Di bawah naungan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Program UNIMAS: Inisiatif Bakti bertujuan menyumbang kepada pembangunan sosial, pendidikan, kesihatan, dan alam sekitar melalui aktiviti sukarelawan yang terancang dan berkesan. Berlandaskan matlamat UNIMAS, "Community-Driven University For a Sustainable World," program ini bermatlamat untuk memberikan pengalaman bermakna kepada mahasiswa untuk bergiat aktif sebagai sukarelawan dalam komuniti, menyediakan khidmat bakti yang efektif kepada masyarakat, menggalakkan semangat kerjasama dan tanggungjawab sosial dalam kalangan pelajar, staf UNIMAS, serta komuniti setempat dan melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi juga prihatin terhadap isu-isu sosial dan mampu memberi impak positif kepada masyarakat.