KERTAS PROJEK
PERTANDINGAN INOVASI DAN REKA
BENTUK STEM PERINGKAT PUTRAJAYA
NAMA PROJEK:
ANTI MICROSLEEPER
NAMA PESERTA:
DANIA BATRISHA BINTI MOHD NOR
030328-10-0564
NURAISYAH ADLINA BINTI MARZUKI
031116-10-0452
WAN NUR SHAFIRA AYUNI BINTI WAN ISMAIL
030119-11-0256
1
TAJUK PROJEK
Anti Microsleeper
Meningkatkan Tahap Konsentrasi Para Pelajar Sewaktu Sesi
Pengajaran dan Pembelajaran Melalui Inovasi ‘Pssh Pssh Wake Up’
ABSTRAK
Dalam menjalani kehidupan seharian di sekolah dan asrama, sebahagian besar
pelajar didapati menghadapi masalah ‘microsleep’. ‘Microsleep’ merujuk kepada satu
keadaan di mana individu tersebut terlelap seketika tanpa dapat dikawal dan
kebiasaannya ia berlaku untuk tempoh 1 hingga 30 saat. Segala input dari deria
penglihatan dan pendengaran tidak dapat diproses oleh otak. Kejadian ini boleh
berlaku walaupun mata masih lagi terbuka. Faktor utama terjadinya ‘microsleep’
adalah disebabkan oleh keletihan para pelajar akibat terpaksa mengikuti jadual aktiviti
sekolah yang padat. Oleh itu, kami membuat keputusan untuk membina sebuah projek
inovasi yang diberi nama ‘Anti Microsleeper’ bagi mengatasi masalah tersebut. Inovasi
ini dapat membantu pelajar dari segi mengembalikan fokus pelajar di dalam kelas dan
mengurangkan kejadian ‘microsleep’ yang dialami oleh pelajar. Guru-guru juga akan
lebih bersemangat untuk meneruskan sesi pembelajaran jika murid dapat
memberikan tumpuan yang sepenuhnya kepada apa yang diajar. Kami telah bersetuju
untuk menggunakan set Arduino Uno bagi merealisasikan projek inovasi kami. Litar
Arduino ini akan memberikan kuasa kepada kipas elektrik lalu kipas akan
menyebarkan bauan yang telah kami cipta. Inovasi ‘Anti Microsleeper’ telah
dieksperimentasikan terhadap pelajar kelas 4 Ibnu Sina. Hasil daripada percubaan
tersebut, didapati objektif penghasilan projek ini tercapai apabila 75% pelajar 4 Ibnu
Sina tidak lagi mengalami masalah ‘microsleep’ di dalam kelas selepas menggunakan
inovasi kami. Hal ini membuktikan keberkesanan ‘Anti Microsleeper’.
2
ISI KANDUNGAN 2
2
Tajuk Projek 3
Abstrak 4
Isi Kandungan 6
Pengenalan 7
Anggaran Kos Projek 8
Metodologi Projek 9
Pelan Perancangan Projek 11
Kesimpulan 12
Penghargaan
Lampiran
3
PENGENALAN
LATAR BELAKANG PROJEK
Kami menjalankan projek yang bertajuk Anti Microsleeper yang bertujuan untuk
menghindarkan fenomena ‘microsleep’ yang kerap kali berlaku dalam kalangan
pelajar SMK Agama Putrajaya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP).
SIGNIFIKASI PROJEK
1. Membantu pelajar untuk memberi tumpuan yang sepenuhnya dalam pelajaran.
2. Menyelesaikan masalah ‘microsleep’ yang semakin berleluasa dalam kalangan
pelajar di SMK Agama Putrajaya.
3. Mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih efektif.
PERNYATAAN MASALAH
Setelah menjalankan kajian, kami mendapati bahawa majoriti pelajar SMK Agama
Putrajaya menghadapi masalah ‘microsleep’ kerana keletihan dengan berbagai-bagai
aktiviti sekolah yang padat. Akibatnya, para pelajar cenderung untuk hilang fokus di
dalam kelas sekaligus memberi kesan negatif terhadap keputusan peperiksaan
mereka.
SKOP PROJEK
1. Projek ‘Anti Microsleeper’ yang telah kami reka dapat digunakan oleh pelajar-
pelajar untuk mengembalikan fokus mereka di dalam kelas lalu membuatkan
pelajar lebih segar dan cerdas
2. Bau-bauan yang semulajadi mudah diperoleh kerana menggunakan bahan
yang sumbernya senang didapati. Maka, proses pembuatan aroma alat ini
amat mudah dihasilkan dan selamat untuk digunakan.
4
LIMITASI PROJEK
1. Kami terpaksa menggunakan masa pengajaran dan pembelajaran sedikit
sebanyak bagi menyiapkan projek ini kerana keadaan waktu yang terhad. Oleh
itu, terdapat beberapa subjek yang tidak dapat kami ikuti.
2. Terlampau banyak sumber rujukan yang perlu dieksperimentasi bagi
menjayakan projek ini .
KEPENTINGAN PROJEK
1. Mengurangkan bilangan pelajar yang mengantuk di dalam kelas.
2. Meningkatkan fokus pelajar ketika sesi pengajaran dan pembelajaran.
3. Menghindarkan ‘microsleep’.
4. Meningkatkan tahap pencapaian para pelajar.
5
ANGGARAN KOS PROJEK
BIL BAHAN KUANTITI HARGA/UNIT JUMLAH HARGA
1 Set Arduino Uno 1 Sedia ada Sedia ada
2 Kipas 1 RM20.00 RM20.00
3 Bekas 1 Sedia ada Sedia ada
4 Orbeez 1 sachet RM4.50 RM9.00
5 Serai RM 1.10
6 Halia 6 batang RM0.18 RM0.80
7 Rosemary 300 g RM0.27 RM1.25
8 Lemon RM1.25 RM4.25
9 Limau kasturi 1 sachet RM1.42 RM1.30
10 Daun pudina 3 biji RM0.16 RM1.18
11 IRF530N 8 biji RM1.18 Sedia ada
Sedia ada
1 sachet
4
6
METODOLOGI PROJEK
PEMERHATIAN
Kami memerhati masalah yang berlaku dikalangan pelajar dan mendapati
bahawa masalah utama pelajar ialah kecenderungan berlakunya ‘microsleep’.
Para guru juga sering kali menegur pelajar mengenai masalah ini yang tiada
titik noktahnya. Guru masih lagi belum menjumpai jalan penyelesaian untuk
menangani kesulitan ini. Oleh itu, kami mengambil inisiatif untuk merekacipta
satu inovasi khas untuk kegunaan pelajar yang mempunyai masalah ini.
PERBINCANGAN
Setelah menjalankan pemerhatian yang terperinci, kami telah berunding
dengan guru pembimbing untuk menghasilkan projek inovasi ini. Kami
berbincang mengenai bahan yang diperlukan, kemahiran dan kepakaran yang
perlu dipelajari, proses penghasilan projek, dan kesan inovasi terhadap
masyarakat sekeliling sama ada positif atau negatif. Kami juga mengambil kira
tentang kos yang diperlukan untuk menjalankan projek ini.
PENYEDIAAN KERTAS KERJA
Kami memulakan perancangan membuat kertas kerja berdasarkan format yang
telah ditetapkan. Dalam masa yang sama, kami juga merujuk kepada guru
pembimbing kami bagi mendapatkan maklumat yang lebih mendalam dalam
menyediakan kertas kerja. Kesemua maklumat yang kami peroleh disertakan
dalam kertas kerja ini.
PENGUMPULAN BAHAN
Bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan aroma menggunakan
bahan yang sudah sedia ada di rumah dan kipas dibeli pada waktu pulang
bermalam. Manakala set Arduino Uno pula kami peroleh daripada pihak
sekolah. Sementara itu kami juga berusaha untuk mencari bahan-bahan yang
sukar diperoleh seperti ‘water beads’ dan transistor IRF530N.
MENGINOVASI PROJEK
Kami memulakan proses pembikinan projek dengan memasang set kipas pada
papan set Arduino Uno. Kami mengambil masa selama tiga hari untuk
mendapatkan sambungan litar yang tepat. Selepas itu, kami mencari kod
‘programming’ bagi mengaktifkan set Arduino Uno bersama kipas.
7
PENGHASILAN AROMA
Kami menghasilkan aroma-aroma menggunakan bahan-bahan semulajadi dan
mudah didapati. Misalnya, bahan-bahan seperti serai, halia, daun pudina,
lemon, limau kasturi dan rosemary. Lemon dan limau kasturi diperah untuk
mendapatkan jusnya manakala bahan-bahan lain direbus sehingga mendidih
untuk mendaptkan air rebusan. Kemudian, ‘water beads’ direndam di dalam jus
serta air rebusan bahan-bahan tersebut untuk semalaman lamanya. Bau-
bauan tersebut akan meresap masuk ke dalam ‘water beads’ menyebabkan ia
menghasilkan aroma yang menyegarkan.
PEMBINAAN PROJEK
Kami meneruskan projek kami dengan membuat bekas untuk mengisi ‘water
beads’ yang beraroma. Di samping itu, kami mencantumkan set papan Arduino
yang telah disambungkan dengan kipas pada bekas yang telah siap
disediakan. Sebelum memulakan projek, kami mencuba dahulu sama ada
aroma yang kami hasilkan tersebar atau tidak.
PERCUBAAN PERTAMA
Kami mencuba keberhasilan projek kami di kelas 4 Ibnu Sina dan mendapati
bahawa bau tidak tersebar dengan efisien disebabkan oleh kelajuan kipas yang
perlahan. Maka, kami memasang transistor IRF530N bagi meningkatkan lagi
kelajuan kipas tersebut.
PERCUBAAN KEDUA
Selepas melakukan penambahbaikan terhadap projek ini, kami telah
melakukan eksperimen sekali lagi terhadap para pelajar kelas 4 Ibnu Sina.
Hasilnya, kami telah mendapati bahawa bau-bauan tersebut dapat disebarkan
dengan sekata dan kelihatan pelajar-pelajar rata-ratanya kurang mengalami
‘microsleep’. Hal ini menunjukkan bahawa kami telah mencapai objektif projek
kami.
8
PELAN PERANCANGAN PROJEK
Taklimat projek
Pemilihan tajuk projek dan penyediaan
kertas projek
Pembentangan kertas projek
Diterima
Pembinaan projek
Penyerahan hasil projek dan draf
laporan
Diterima
Pembentangan projek
Menghantar laporan
Menyemak laporan dan menilai hasil
laporan
Membuat kesimpulan
9
KESIMPULAN
Menyedari tentang masalah yang selalu dihadapi oleh para pelajar di sekolah, kami
telah mencipta projek inovasi ini menggunakan bau-bauan semulajadi dengan
harapan berbagai-bagai impak positif dapat diambil. Antara impak positif yang dapat
dilihat ialah guru-guru tidak lagi mengeluh mengenai masalah setelah projek inovasi
kami diaplikasikan. Diharapkan juga dengan adanya alat ini, fokus pelajar dapat
dikembalikan lalu dapat membantu mereka dalam menuntut ilmu.
Pada masa yang sama, projek ini juga tidak memberikan kesan yang negatif terhadap
alam sekitar mahupun terhadap kehidupan manusia. Penggunaan bahan-bahan
semulajadi menyebabkan alat ini tidak mengeluarkan gas yang beracun yang boleh
membahayakan kesihatan pengguna. Akhir sekali, proses mengerjakan inovasi ini
tidak terlalu rumit menyebabkan projek ‘Anti Microsleeper’ kami ini mudah dan tidak
mengambil masa yang terlalu panjang untuk dihasilkan.
10
PENGHARGAAN
Pertamanya, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat
kami menyiapkan rekaan inovasi kami bersempena dengan Pertandingan Inovasi &
Reka Bentuk STEM Peringkat Putrajaya ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Puan
Idayu selaku guru pembimbing yang telah banyak memberikan bimbingan serta tunjuk
ajar sehingga projek kami dapat diselesaikan pada waktu yang ditetapkan.
Penghargaan dan terima kasih juga kami ucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan
dan ahli keluarga yang banyak memberi sokongan dan bantuan bagi melengkapkan
tugasan projek ini.
Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah membantu
kami sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi menyiapkan projek ini.
11
LAMPIRAN
12
Pemerhatian:
Perbincangan:
13
Menginovasi projek:
Penghasilan aroma:
14
15
Percubaan pertama:
16
Penambahbaikan;
Percubaan kedua;
17
Pembuatan kertas kerja;
TAMAT
18