The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MUHAMAD AMIRUL SYHMI BIN MOHD SAIFULNIZAL IPG-Pelajar, 2025-02-27 10:14:53

Buku Log Kor Sispa

Buku Log Kor Sispa

INSTITU PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS IPOH


SENARAI ISI KANDUNGAN Pertahanan awam di Malaysia Prinsip-prinsip asas KOR SISPA Struktur dan Organisasi KOR SISPA Pakaian, pengangkutan dan peralatan latihan 1 Sejarah KOR SISPA Prosedur penubuhan Pendaftaran ahli dan kumpulan Punca kuasa Matlamat Objektif Logo Lagu pertahanan awam Penubuhan KOR SISPA Tadbir urus KOR SISPA Tugas dan tanggungjawab Pakaian seragam ahli dan pemimpin Peraturan pakaian seragam pegawai kadet KOR SISPA - Tatacara pemakaian pakaian seragam - Lencana dan pangkat Pengurusan badan beruniform secara sistematik dan terancang 2 Pengurusan dan Pentadbiran Unit Beruniform Kor SISPA 1 6 7 9 12 20 21 20 23 24 32 35 36 51 57


SENARAI ISI KANDUNGAN Orientasi kurikulum TUSPA di sekolah rendah Takwim dan Rancangan Aktiviti 3 Orientasi Kurikulum 60 66


Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), yang dahulunya dikenali sebagai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri yang memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan awam dan pengurusan bencana negara. Penubuhannya adalah selaras dengan peruntukan Ordinan Pertahanan Awam 1951 bagi menyediakan perkhidmatan sokongan semasa situasi kecemasan dan bencana. APM turut bertanggungjawab dalam aktiviti pendidikan dan latihan keselamatan serta meningkatkan kesedaran rakyat mengenai langkah-langkah pencegahan bencana. Sebagai salah satu elemen strategik dalam sistem pertahanan negara, APM berfungsi menyokong pihak berkuasa keselamatan lain dalam operasi penyelamatan dan pengurusan bencana, termasuk banjir, kebakaran, dan kemalangan jalan raya. Di samping itu, APM turut memainkan peranan dalam melatih anggota sukarela dan pelajar institusi pengajian tinggi melalui program-program seperti Kor Sispa PENGENALAN


SEJARAH KOR SISPA Pertahanan awam di Malaysia Prinsip-prinsip asas KOR SISPA Struktur dan Organisasi KOR SISPA Pakaian, pengangkutan dan peralatan latihan INSTITU PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS IPOH


SEJARAH PENUBUHAN APM 1939 Aktiviti Pertahanan Awam di Malaysia bermula semasa pemerintahan British dengan penubuhan struktur Passive Defence melalui Emergency Regulation Enactment Chapter 41. Langkah ini diambil sebagai satu langkah persediaan kerajaan British menghadapi ancaman Perang Dunia Kedua. 1951 Ordinan Pertahanan Awam 1951 (Civil Defence Ordinance 1951) diluluskan sebagai undang-undang rasmi dalam sistem keselamatan Tanah Melayu. Ini menandakan pengiktirafan secara rasmi terhadap keperluan Pertahanan Awam 1952 Aktiviti Pertahanan Awam di Malaysia bermula semasa pemerintahan British dengan penubuhan struktur Passive Defence melalui Emergency Regulation Enactment Chapter 41. Langkah ini diambil sebagai satu langkah persediaan kerajaan British menghadapi ancaman Perang Dunia Kedua. 1


1957 Setelah Malaysia mencapai kemerdekaan, tanggungjawab Pertahanan Awam berpindah kepada Kerajaan Persekutuan. Akta Pertahanan Awam 1951 dipinda menjadi Akta Pertahanan Awam 1951 (Akta 221) bagi mengukuhkan kedudukan APM dalam sistem pertahanan negara 1958 Pertahanan Awam diiktiraf sebagai elemen tetap dan penting dalam sistem pertahanan negara, sesuai dengan perkembangan dan keperluan keselamatan yang semakin meningkat. 1964 APM diperluaskan ke Sabah, Sarawak, dan Singapura sebagai responsterhadap konfrontasi Malaysia-Indonesia. Ini menunjukkan komitmen APMdalam memperkukuh dan menjaga keselamatan negara secara menyeluruh 1965 Keanggotaan APM meningkat kepada 36,000 anggota dengan 37 cawanganserta penambahan kelengkapan logistik yang lebih baik untuk memenuhikeperluan operasi SEJARAH PENUBUHAN APM 2


SEJARAH PENUBUHAN APM 1993 Tragedi Highland Towers yang berlaku di Hulu Kelang membawa perubahan besar kepada organisasi APM. Kejadian ini mendorong kepada penambahbaikan dalam sistem pengurusan bencana dan pertahanan awam 1994 Nama singkatan JPA 3 diperkenalkan untuk membezakan Jabatan Pertahanan Awam dengan Jabatan Perkhidmatan Awam dan Jabatan Penerbangan Awam 1995 Pelancaran Talian Kecemasan 991 pada 20 Mei sebagai komitmen Jabatan Pertahanan Awam untuk menyediakan bantuan kecemasan 24 jam 2016 Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dijenamakan semula sebagai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dengan program pemodenan baharu sebagai sebahagian daripada Rancangan Malaysia Ke-10 2009 Talian 'Satu Negara Satu Nombor' diperkenalkan sebagai Talian pusat iaitu 999 bagi menyatukan talian kecemasan yang membabitkan Polis Diraja Malaysia, Kementerian Kesihatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Pertahanan Awam Malaysia. 3


SEJARAH PENUBUHAN KORSISPA 1990-an pelaksanaan kurikulum Pertahanan Awam di institusi pendidikan tinggi (IPT) tidak dilakukan secara berpusat. IPT pertama yang menubuhkan Pasukan Anggota Pelajar JPA3 pada tahun 1996 adalah Universiti Pertanian Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) (kini dikenali sebagai Universiti Malaysia Terengganu) , diikuti oleh Universiti Utara Malaysia (UUM) pada tahun 1997, ITM dan UTM pada tahun 1998 1999 Pusat Kokurikulum UUM dengan kerjasama JPA3 Negeri Kedah telah menawarkan Kursus Pertahanan Awam berstruktur 4 kredit. Inisiatif itu dimulakan dengan 30 pelajar berserta 10 pensyarah dan kakitangan UUM yang mengikuti Kursus Bakal Pegawai di Pusat Latihan Pertahanan Awam, Butterworth dan seterusnya Majlis Pentauliahan pada 20 March 2000 yang disempurna Ketua Pengarah JPA3. 2000 Berlaku penyelarasan semula kokurikulum Pertahanan Awam di IPT bermula pada Disember 2000, dengan UiTM sebagai perintisnya Pasukan Siswa APM. Penyelarasan ini juga dilakukan oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPA3) Negeri Selangor, dengan pelantikan seorang Pegawai Penyelaras untuk program tersebut untuk menguruskan kokurikulum Pertahanan Awam UiTM. 4


SEJARAH PENUBUHAN KOR SISPA 2002 Pada 16 Januari 2002, pelancaran semula kokurikulum Pertahanan Awam di UITM dilaksanakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPA3) yang mewakili Ketua Setiausaha Kementerian Keselamatan Dalam Negeri Malaysia. Pelancaran semula ini menyaksikan kokurikulum Pertahanan Awam ini diasingkan daripada Unit Kesatria HEP UITM dan bergerak dengan jenama sendiri. la turut menggunakan silibus pembelajaran yang digariskan oleh pihak JPA3 dan UiTM 2010 Kor Sispa secara rasmi dilancarkan di UiTM Shah Alam pada 6 Februari 2010, menandakan pengiktirafan terhadap program ini di IPT lain. Majlis Pentauliahan Kor Sispa pertama diadakan pada Disember 2010, melibatkan pegawai kadet dari lima IPT Pasukan Siswa APM. Pendaftaran dan penubuhan Kor Sispa UiTM Shah Alam, Kampus Puncak Alam, Jengka, Machang dan Dungun . pada12- 16 Disember 2010 melibatkan Pegawai Kadet Sispa daripada lima buah IPT iaitu UiTM, UMT, UNISEL, UniKL dan USIM. . Majlis ini disusuli dengan pelancaran buku Panduan Pengurusan Kor Siswa-Siswi Pertahanan Awam (Kor Sispa) yang telah disusun dan diterbitkan dengan kerjasama antara pihak IPPA, JPAM Selangor, JPAM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Kor Sispa UiTM Shah Alam. 5


PRINSIP-PRINSIP ASAS KOR SISPA Memupuk nilai/ sikap hormatmenghormati, menurut perintah, berdisiplin, bekerjasama, bertanggungjawab, berhemah, kejujuran dan keyakinan diri. Mempertingkatkan ketahanan fizikal, mental dan daya kerohanian yang seimbang Menanam semangat kesedaran sivik, ketaatan dan cintakan negara serta penjagaan alam sekitar. Memberi peluang kepada pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dalam APM untuk membantu diri sendiri dan orang lain. PRINSIPPRINSIP ASAS KOR SISPA 6


CARTA ORGANISASI APM PERINGKAT KEBANGSAAN PENGARAH BAHAGIAN KEWANGAN, PEROLEHAN DAN PEMBANGUNAN PN. BANU A/P SUKUMARAN Emel : PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA PN. KHATIJAH BINTI JUSOH Emel : [email protected] PENGARAH BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN TN. YOON BOON CHEW Emel : PENGARAH PERTAHANAN AWAM NEGERI JOHOR PPj. (PA) KAMAL BIN MOKHTAR Emel : [email protected] PENGARAH PERTAHANAN AWAM NEGERI PERAK KOL. (PA) ROHAIZAT BIN HADLI Emel : PENGARAH PERTAHANAN AWAM NEGERI SELANGOR PPj. (PA) GHAZALI BIN ABD RAHMAN Emel : PENGARAH PERTAHANAN AWAM NEGERI SARAWAK PPj. (PA) MOHTAR BIN SAMAT Emel : [email protected] PENGARAH PERTAHANAN AWAM NEGERI SABAH PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN ANGKATAN PPj. (PA) Ts. Dr. MOHAMAD FAZLI BIN SARDI Emel : PENGARAH PERTAHANAN AWAM NEGERI KELANTAN KOL. (PA) MOHD ADZHAR BIN MUJAB Emel : [email protected] PENGARAH PERTAHANAN AWAM NEGERI PERLIS LT. KOL. (PA) MOHD IZAIMI BIN MD DAUD Emel : [email protected] PENGARAH PERTAHANAN AWAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN KOL. (PA) EFFENDY BIN HJ. ALI Emel : [email protected] PENGARAH PERTAHANAN AWAM NEGERI PULAU PINANG KOL. (PA) ISHAK BIN MOHD RADZI Emel : [email protected] PENGARAH PERTAHANAN AWAM NEGERI PAHANG KOL. (PA) CHE ADAM BIN A.RAHMAN Emel : [email protected] PENGARAH BAHAGIAN PERANCANGAN DASAR DAN PENYELARASAN PPj. (PA) SHARUDIN BIN MD ZAIN Emel : [email protected] PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN BENCANA DAN OPERASI KOSONG Emel : @civildefence.gov.my PENGARAH PERTAHANAN AWAM NEGERI KEDAH LT. KOL (PA) ZAIRIL ANUAR BIN ZULMUJI Emel: [email protected] PENGARAH PERTAHANAN AWAM NEGERI SEMBILAN LT. KOL. (PA) MOHD NAZRI BIN MES KAM Emel : [email protected] PENGARAH PERTAHANAN AWAM NEGERI MELAKA LT. KOL. (PA) KAMARULSYAH BIN MUSLIM Emel : [email protected] PENGARAH PERTAHANAN AWAM NEGERI TERENGGANU LT. KOL. (PA) MOHD ROSMAN BIN ABDULLAH Emel : [email protected] PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN LATIHAN KOL. (PA) FAZLISYAH BIN MUSLIM Emel : [email protected] KOMANDAN PUSAT LATIHAN PERTAHANAN AWAM WILAYAH SELATAN (PULAPAS) LT. KOL. (PA) LOKMAN HAKIM BIN ABDUL RAHMAN Emel : [email protected] KOMANDAN PUSAT LATIHAN PERTAHANAN AWAM WILAYAH TIMUR (PULAPAT) LT. KOL. (PA) SYAHRUL BIN SUKOR Emel : [email protected] KOMANDAN AKADEMI LATIHAN PERTAHANAN AWAM (ALPHA) Emel : [email protected] KOMANDAN PUSAT LATIHAN PERTAHANAN AWAM WILAYAH UTARA (PULAPAU) LT. KOL. (PA) MUHAMMAD HANIF BIN NASIR Emel : [email protected] [email protected] ba nus uk um ar an@ c iv il d efe nc e. gov . [email protected] [email protected] PPj. (PA) MOHD YUSOFF BIN SAMAD Emel : [email protected] [email protected] CARTA ORGANISASI ANGKATAN PERTAHANAN AWAM TIMBALAN KETUA PESURUHJAYA (PENGURUSAN) TPj. BERSEKUTU (PA) DATO’ ISMAIL BIN MOHD ZAWAWI Emel : [email protected] PA - Siti Hazwani binti Ishak Emel : [email protected] Tel : 8920 6396 PEJABAT PERTAHANAN AWAM NEGERI TIMBALAN KETUA PESURUHJAYA (OPERASI) TPj. (PA) HJ. ABDUL WAHAB BIN HJ. RAHIM Emel : [email protected] PA - Nazehah binti Zainuddin Emel : [email protected] Tel : 8920 6398 PUSAT LATIHAN PERTAHANAN AWAM KETUA PESURUHJAYA PERTAHANAN AWAM YAS DATUK KPj. (PA) AMINURRAHIM BIN MOHAMED Emel : [email protected] PA – Siti Norfatihah binti Ab.Hamid Emel : [email protected] Tel : 8920 6337 SEKTOR PENGURUSAN SEKTOR OPERASI PENGARAH PN. WAN FADILAH BINTI WAN JAMALUDIN Emel : [email protected] KETUA UNIT INTEGRITI PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM PN. LENNY HASLINDA BINTI HASSAN Emel : [email protected] 7


CARTA ORGANISASI KOR SISPA IPGMKI 8


5.1.1 APM akan membekalkan pakaian seragam lengkap No. 3 dan 4 secara stok pinjaman kepada pihak IPT. Pihak pentadbiran Kor Sispa IPT hendaklah menguruskan bekalan ini dan hanya memohon penggantian jika berlaku sebarang kerosakan. Kehilangan stok pinjaman perlulah diganti oleh individu yang bertanggungjawab. 5.1.2 Pakaian bagi tujuan pentauliahan dan pelbagai istiadat APM hendaklah diuruskan oleh pihak IPT sama ada melalui pembelian, pinjaman atau apaapa alternatif yang bersesuaian. Pihak IPT boleh mendapatkan bantuan daripada pihak APM bagi pembekalan pakaian yang diperlukan. 5.1.3 Penyediaan pakaian seragam No. 1, No. 2, Mess Kit dan aksesori wajib bagi Pegawai Kehormat / Bersekutu adalah di bawah tanggungjawab IPT masing-masing. PERATURAN PAKAIAN 5.1 PAKAIAN 9


Tekan sini untuk melihat aset kenderaan APM PERATURAN PENGANGKUTAN 5.2 PENGANGKUTAN Pihak IPT bertanggungjawab untuk menyediakan pengangkutan yang sesuai kepada Kor Sispa untuk menjalankan sebarang program atau latihan. Namun, pihak pengurusan Kor Sispa IPT juga boleh memohon bantuan pengangkutan daripada Pejabat Pertahanan Awam Negeri / Daerah sekiranya pihak IPT tidak mempunyai pengangkutan bagi tujuan program atau latihan Kor Sispa (bergantung kepada ketersediaan kenderaan). 10


PERATURAN PERALATAN LATIHAN 5.3 PERALATAN LATIHAN 5.3.1 Bagi tujuan latihan, pihak IPT hendaklah memperuntukkan peralatan pembelajaran mengikut silibus yang ditetapkan. Perkara ini merangkumi peralatan bagi pertolongan cemas, menyelamat, pengurusan bencana, melawan kebakaran dan lain-lain. 5.3.2 Semua peralatan pembelajaran yang ada hendaklah mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh APM dan hendaklah sentiasa disimpan, dijaga, diselenggara dan digunakan dengan kaedah yang betul demi keselamatan pengguna dan kebolehfungsian. 5.3.3 Pihak pengurusan Kor Sispa IPT boleh memohon bantuan peralatan latihan daripada Pejabat Pertahanan Awam Negeri/Daerah dan ILPA sekiranya peralatan di IPT tidak mencukupi tertakluk kepada kelulusan Pegawai APM. 5.4 PENGINAPAN Pihak IPT perlu menyediakan penginapan berpusat kepada PKS untuk memudahkan urusan pergerakan aktiviti dan program Kor Sispa. Pihak IPT perlu menyediakan ruang pejabat yang secukupnya serta lengkap dengan peralatan pejabat, kemudahan komunikasi dan utiliti. 5.5 RUANG PEJABAT KOR SISPA 11


PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN UNIT BERUNIFORM KOR SISPA Prosedur penubuhan Penubuhan KOR SISPA Pakaian seragam ahli dan pemimpin Pengurusan badan beruniform secara sistematik dan terancang INSTITU PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS IPOH


PROSEDUR PENUBUHAN Pendaftaran ahli dan kumpulan Punca kuasa Pengenalan Matlamat Objektif Logo Lagu pertahanan awam INSTITU PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS IPOH


PROSEDUR PENUBUHAN KOR SISPA DI IPT Permohonan oleh Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 1 IPT yang berminat perlu mengemukakan permohonan rasmi kepada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) (kini dikenali sebagai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, APM). Permohonan ini biasanya mengandungi dokumen-dokumen seperti: Surat rasmi niat penubuhan. Profil institusi dan kursus ko-kurikulum yang ditawarkan. Justifikasi keperluan dan manfaat Kor SISPA di institusi tersebut. 2 Kelulusan dari Pihak Berkuasa JPAM/APM akan membuat penilaian terhadap permohonan tersebut. Penilaian merangkumi aspek kelayakan institusi, sumber yang tersedia (seperti kemudahan latihan dan tenaga pengajar), serta potensi pelajar yang bakal menyertai Kor SISPA. Setelah penilaian selesai, pihak JPAM/APM akan mengeluarkan surat kelulusan rasmi sekiranya permohonan diterima. 3 Pemilihan Penasihat dan Pegawai Pelaksana Setelah kelulusan diberikan, IPT perlu melantik: Penasihat Kor SISPA: Seorang staf akademik atau pentadbiran yang bertanggungjawab untuk memantau perjalanan program. Pegawai Pelaksana (Komandan): Pegawai APM yang akan bertugas memberikan latihan dan sokongan kepada ahli Kor SISPA. 12


4 Pendaftaran Pelajar Pelajar yang berminat menyertai Kor SISPA akan didaftarkan melalui unit kokurikulum IPT. Proses pendaftaran ini juga diselaraskan dengan pihak JPAM/APM bagi memastikan semua ahli mendapat pengiktirafan rasmi. 5 Penyediaan Modul dan Peralatan IPT bersama dengan JPAM/APM akan menyediakan modul latihan yang bersesuaian. Modul latihan merangkumi: Asas pertahanan awam. Pengurusan bencana. Pertolongan cemas. Latihan praktikal penyelamatan dan keselamatan. Selain itu, peralatan latihan seperti kit pertolongan cemas, kelengkapan keselamatan, dan bahan pengajaran akan disediakan oleh pihak APM atau ditanggung bersama oleh IPT. 6 Pelaksanaan Latihan Latihan Kor SISPA dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan oleh APM dan IPT. Pelajar akan menjalani latihan berkala, termasuk latihan lapangan dan simulasi kecemasan. Pelaksanaan ini dipantau oleh tenaga pengajar APM dan penasihat Kor SISPA. 13


7 Pelaksanaan Latihan APM akan melakukan pemantauan berkala bagi memastikan keberkesanan program. Penilaian terhadap pencapaian ahli Kor SISPA dibuat melalui: Kehadiran dan prestasi latihan. Ujian praktikal dan teori. Penyertaan dalam operasi sebenar (jika ada). 8 Pengiktirafan dan Penyampaian Sijil Ahli Kor SISPA yang berjaya menyelesaikan latihan akan menerima sijil pengiktirafan daripada JPAM/APM. Sijil ini juga diiktiraf sebagai tambahan kepada kelayakan akademik pelajar. 14


PROSEDUR PENUBUHAN MENGIKUT BUKU PANDUAN KOR SISPA INSTITU PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS IPOH


Pusat Kokurikulum atau Bahagian Hal Ehwal Pelajar IPT perlu membuat permohonan bertulis dengan mengemukakan surat dan borang permohonan (Lampiran 1) yang telah disokong oleh Naib Canselor / Presiden / Rektor / Ketua Eksekutif IPT kepada Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Negeri (PPAN) dan satu salinan kepada KPM. Bagi penubuhan Kor Sispa pada peringkat cawangan IPT, kelulusan perlu diperoleh daripada IPT induk terlebih dahulu. Pihak IPT perlu mengemukakan usul penubuhan Kor Sispa untuk kelulusan pihak Senat / Lembaga Pengarah / Pengurusan Eksekutif / Presiden. Permohonan daripada IPT akan dinilai, diproses dan disokong oleh PPAN berdasarkan keperluan Kor Sispa IPT, kemampuan kewangan, pejabat pengurusan, logistik, peralatan dan jurulatih sebelum dimajukan kepada IPPA untuk kelulusan dan rekod. Sekiranya permohonan tersebut tidak disokong oleh PPAN, surat maklum balas permohonan penubuhan Kor Sispa perlu dikembalikan kepada pihak PT berkenaan. Permohonan yang berjaya perlu dimaklumkan oleh IPPA secara bertulis berserta sijil penubuhan kepada PPAN yang berkenaan dan satu salinan surat makluman akan dihantar kepada KPM. 2.1 PROSUDER PENUBUHAN KOR SISPA Untuk menubuhkan Kor Sispa, prosedur berikut hendaklah dipatuhi :- 2.1.1 2.1.2 2.1.3 2.1.4 2.1.5 15


: Kod negeri yang berkenaan, contoh: B untuk Selangor. : Kor Sispa : Nama singkatan IPT yang memohon : IPT Induk : IPT Cawangan : No. Fail Bahagian Pengurusan Angkatan IPPA : Nombor mengikut urutan, contoh: 01, 02 dan seterusnya. : IPT Kategori Awam : IPT Kategori Swasta X SISP A XX C 600 XXX A S 2.1.6 PPAN akan memaklumkan kelulusan permohonan kepada pihak IPT. Permohonan yang telah diluluskan akan didaftarkan dengan satu nombor pendaftaran bagi IPT berkenaan seperti berikut: X/SISPA/XX/I/600-XXX(A) X / SISPA / XX / C / 600-XXX(A) X/ SISPA/XX/1/600-XXX(S) X / SISPA/XX/ C /600-XXX(S) Cth: B/SISPA/UiTM/I/600-01(A) B/SISPA/UiTM/C/600-02(A) B/SISPA/UNISEL/I/600-03(S) B/SISPA/UNISEL/C/600-04(S) PROSUDER PENUBUHAN KOR SISPA 2.1.7 16


2.1.8 PROSUDER PENUBUHAN KOR SISPA Permohonan penubuhan Kor Sispa adalah tertakluk kepada syaratsyarat seperti berikut :- IPT yang diiktiraf dan berdaftar di bawah KPM. IPT yang menawarkan program pengajian dengan pelajar yang mengikuti pengajian ljazah Sarjana Muda yang diktiraf Agensi Kelayakan Malaysia(MQA). Menawarkan sekurang-kurangnya DUA [2] jam kredit mengikut perancangan setiap IPT. a b c 17


2.2 ORGANISASI a. Setiap kompeni Kor Sispa terdiri daripada :- i. 1 Ketua Kompeni (Pegawai Bersekutu) ii. 2 Penolong Ketua Kompeni (Pegawai Bersekutu atau Pegawai Muda) iii. 3 Ketua Platun (Pegawai Muda) iv. 3 Platun (1 Junior, 1 Pertengahan, 1 Senior) v. 9 Ketua Skuad PKS 2.2.1 Kompeni b. Setiap platun Kor Sispa terdiri daripada 30 - 36 anggota iaitu :- i. 1 Ketua Platun (Pegawai Muda) ii. 30 - 36 anggota PKS 2.2.2 Platun c. Setiap skuad Kor Sispa terdiri daripada 10 - 12 anggota iaitu :- i. 1 Ketua Skuad PKS ii. 9 - 11 anggota PKS 2.2.3 Skuad 18


2.2 ORGANISASI Rajah 2.1 Contoh organisasi Kor Sispa. Nota :- Setiap tiga platun akan dijadikan satu kompeni yang terdiri daripada platun Junior, Pertengahan dan Senior. 1. Pengambilan bagi setiap tahun adalah tidak melebihi daripada DUA (2) platun bagi kampus induk dan SATU (1) platun bagi kampus cawangan. 2. 3.Lihat Lampiran 4 Struktur Organisasi Kor Sispa IPT. 19


MATLAMAT DAN OBJEKTIF KOR SISPA MATLAMAT Penubuhan Kor Sispa sebagai landasan untuk melahirkan pegawai muda yang berkepimpinan, berkelayakan dan profesional dalam Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). OBJEKTIF Menyebar dan mendidik pelajar mengenai langkah-langkah keselamatan diri dan orang awam serta membentuk keperibadian mereka untuk menjadi seorang individu yang berpengetahuan dalam ilmu pertahanan awam. Menjadi pemangkin kepada kesedaran keselamatan orang awam melalui ilmu pertahanan awam yang diterapkan dan diaplikasikan pada peringkat universiti. Melahirkan pelajar yang mampu berkhidmat dengan APM sebagai pegawai pasukan yang berkepimpinan, bertanggungjawab, dan berkelayakan dalam melaksanakan tugas. Menanam semangat kerjasama, tanggungjawab, perikemanusiaan, taat setia dan cinta akan negara. 20


VISI, MISI DAN MOTO KOR SISPA VISI Menjadi Angkatan Pertahanan Awam yang kompeten dalam kesiapsagaan awam, perlindungan rakyat dan pengurusan bencana. MISI Memperkasa kesiapsagaan awam untuk keselamatan dan kesejahteraan negara MOTO “SEDIA PANTAS BERINTEGRITI” 21


KONSEP LOGO LOGO DAN TAKRIFAN LOGO APM Untuk menonjolkan fungsi Pertahanan Awam melalui gabungan perlembagaan Pertahanan Awam peringkat antarabangsa dan juga tempatan. SEGITIGA SAMA DAN WARNA OREN Adalah lambang dan warna keselamatan iaitu waspada dan sedia menghadapi sebarang kemungkinan. Warna dan corak di tengah segitiga adalah gabungan warna dan corak bendera serta perlembagaan negara Malaysia yang sentiasa dipertahankan. SENTIASA SIAP SEDIA Untuk menonjolkan fungsi Pertahanan Awam melalui gabungan perlembagaan Pertahanan Awam peringkat antarabangsa dan juga tempatan. BUNGA PADI Berwarna biru melambangkan kesuburan dan kemakmuran negara ini yang perlu dipertahankan melalui keharmonian dan perpaduan yang kukuh seperti digambarkan oleh ikatan yang kemas pada bunga padi. TAPAK LOGO Berwarna oren dengan perkataan Pertahanan Awam Malaysia adalah melambangkan keteguhan, kesediaan dan sokongan padu organisasi Pertahanan Awam Malaysia untuk mendokong wawasan yang diharapkan. 22


LAGU RASMI ANGKATAN PERTAHANAN AWAM Marilah kita semua Bergading bahu mengembleng tenaga Berbakti dalam Pertahanan Awam Untuk bangsa kita Padukan jiwa dan raga Sedia berkorban apa saja Memberi dengan ikhlas khidmat mulia Negara tercinta Malaysia bumi yang bertuah Kami sungguh bangga menjadi warga setia Penuh azam dan tekad bersama Berkhidmat untuk keselamatan rakyatnya Kita sentiasa bersedia Menjunjung wawasan semua Ke arah hidup aman dan sentosa Malayisa Jaya SENTIASA BERSEDIA Tekan sini untuk mendengar lagu Sentiasa Bersedia 23


PENUBUHAN KOR SISPA Tadbir urus KOR SISPA Tugas dan tanggungjawab INSTITU PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS IPOH


Tadbir urus Kor Sispa distrukturkan kepada empat peringkat jawatankuasa seperti dalam perkara 2.3.1 hingga 2.3.4. Empat peringkat jawatankuasa ini merangkumi :- Jawatankuasa Dasar pada peringkat kebangsaan, Jawatankuasa Pengurusan Kor Sispa, Jawatankuasa Kerja Ajutan dan Jawatankuasa Peringkat IPT. Struktur tadbir urus Kor Sispa adalah ditunjukkan dalam Rajah 2.2. 2.3 TADBIR URUS KOR SISPA Peringkat Struktur Bersidang 24


Jawatankuasa Kor Siswa-Siswi Pertahanan Awam Malaysia hendaklah ditubuhkan pada peringkat kebangsaan dan IPT untuk menggubal dasar, menggerakkan latihan, kegiatan dan pentadbiran Kor Sispa pada peringkat kebangsaan dan IPT. 2.3 TADBIR URUS KOR SISPA 25


Deskripsi Tugasan :- Jawatankuasa ini merancang dan membuat keputusan perkara-perkara dasar untuk perkembangan Kor Sispa pada peringkat kebangsaan. Jawatankuasa ini bersidang sekurang-kurangnya SEKALI (1) dalam setahun. Sebarang dasar baharu, semakan atau rombakan dasar yang diluluskan hendaklah dibuat secara edaran melalui surat pekeliling. Jawatankuasa ini juga hendaklah merancang bajet pengurusan Kor Sispa. i. Komandan-komandan Kor Sispa IPT ii. Pengarah Bahagian Mahasiswa Holistik, JPT iii. Pengarah Bahagian Pengurusan Angkatan, APM b. Timbalan Pengerusi Bersama c. Ahli-ahli d. Urus Setia Bersama 2.3 TADBIR URUS KOR SISPA 2.3.1 Jawatankuasa Dasar Kor Sispa Peringkat Kebangsaan i. Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, JPT ii. Ketua Pesuruhjaya APM i. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, JPT ii. Timbalan Ketua Pesuruhjaya APM i. Bahagian Pengurusan Angkatan IPPA ii. Bahagian Mahasiswa Holistik, JPT a. Pengerusi Bersama 26


Timb. Pengerusi I i. Seorang dilantik dalam kalangan Komandan / Timbalan Komandan Kor Sispa IPT ii. Lantikan secara undian dalam kalangan Komandan Kor Sispa IPT iii.Lantikan selama dua tahun (Maksimum dua penggal) Timbalan Pengerusi I i. Pengarah Bahagian Pengurusan Angkatan Pertahanan Awam IPPA Timbalan Pengerusi II i. Komandan / Timbalan Komandan ii. Pengarah-pengarah APM Negeri iii. Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan iv. Komandan-komandan Institut Latihan Pertahanan Awam (ILPA) v. Pengerusi / Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Ajutan vi. Pegawai Bahagian Mahasiswa Holistik Ahli-ahli 2.3.2 JAWATANKUASA PENGURUSAN KOR SISPA 2.3.2 Jawatankuasa Pengurusan Kor Sispa i. Seorang dilantik dalam kalangan Komandan / Timbalan Komandan Kor Sispa IPT. ii. Lantikan secara undian dalam kalangan Komandan Kor Sispa IPT iii. Lantikan selama dua tahun (Maksimum dua penggal) Pengerusi Timb. Pengerusi I 27


2.3.2 JAWATANKUASA PENGURUSAN KOR SISPA i. Bahagian Pengurusan Angkatan, IPPA ii. Bahagian Mahasiswa Holistik, JPT Urus Setia Jawatankuasa ini menyelaras dan menguruskan pelaksanaan Kor Sispa mengikut dasar-dasar yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Dasar Kor Sispa Peringkat Kebangsaan. Jawatankuasa ini bersidang sekurangkurangnya EMPAT (4) kali dalam setahun. Sebarang keputusan mesyuarat hendaklah dimaklumkan ke peringkat Jawatankuasa Dasar. Deskripsi Tugasan 28


2.3.2 JAWATANKUASA PENGURUSAN KOR SISPA 2.3.3 Jawatankuasa Kerja Ajutan Kor Sispa i. Seorang dilantik dalam kalangan Ajutan Kor Sispa IPT ii. Lantikan secara undian dalam kalangan Ajutan Kor Sispa IPT iii. Lantikan selama dua tahun (Maksimum dua penggal) Pengerusi i. Seorang dilantik dalam kalangan Ajutan Kor Sispa IPT ii. Lantikan secara undian dalam kalangan Ajutan Kor Sispa IPT iii. Lantikan selama dua tahun (Maksimum dua penggal) Timbalan Pengerusi i. Ajutan-ajutan Kor Sispa IPT ii. Penolong Pengarah Cawangan Sokongan, BPA, IPPA iii. Pegawai Bahagian Pengurusan Angkatan Negeri iv. Wakil Komandan ILPA Ahli-ahli i. Setiausaha dan Penolong Setiausaha yang dilantik dalam kalangan Ajutan Kor Sispa IPT Urus Setia Deskripsi Tugasan Jawatankuasa ini menyelaras dan melaksanakan arahan dan keputusan daripada Jawatankuasa Pengurusan Kor Sispa. Jawatankuasa ini bersidang sekurang-kurangnya EMPAT (4) kali dalam setahun. 29


2.3.2 JAWATANKUASA PENGURUSAN KOR SISPA 2.3.4 Jawatankuasa Peringkat IPT a. Pengerusi i. Komandan Kor Siapa IPT b. Timbalan Pengerusi i. Timbalan Komandan Kor Sispa IPT c. Ahli-ahli i. Pegawai Bahagian Pengurusan Angkatan Negeri ii. Ajutan Kor Sispa IPT iii. Pegawai-pegawai Bersekutu Kor Sispa IPT iv. Pegawai Kokurikulum/HEPA IPT d. Urus Setia i. Ajutan Kor Sispa IPT Deskripsi Tugasan Jawatankuasa ini merancang dan melaksanakan program Kor Sispa pada peringkat IPT Jawatankuasa ini bersidang sekurang-kurangnya DUA (2) kali dalam setahun. 30


2.3.2 JAWATANKUASA PENGURUSAN KOR SISPA 2.3.5 Jawatankuasa Peringkat IPT Cawangan a. Pengerusi i. Timbalan Komandan Kor Sispa IPT Cawangan b. Timbalan Pengerusi i. Timbalan Komandan Kor Sispa IPT Cawangan c. Ahli-ahli i. Pegawai Bahagian Pengurusan Angkatan Negeri atau Daerah ii. Pegawai-pegawai Bersekutu Kor Sispa IPT Cawangan iii. Pegawai Penyelaras Kor Sispa IPT Cawangan iv. Pegawai Kokurikulum/HEPA IPT d. Urus Setia i. Setiausaha yang dilantik daripada Pegawai yang sedia ada Jawatankuasa in adalah merupakan sub kepada IPT induk dan hendaklah merancang dan melaksanakan program Kor Sispa pada peringkat IPT Cawangan berdasarkan aspirasi daripada IPT induk. Jawatankuasa ini bersidang sekurang-kurangnya DUA (2) kali dalam setahun Deskripsi Tugasan 31


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (IPPA) i. Menerima dan mengesahkan penubuhan Kor Sispa, Pegawai dan anggota Kor Sispa. ii. Merancang peruntukan belanjawan Kor Sispa. iii. Merancang dan menyedia perolehan peralatan dan logistik Kor Sispa. iv. Melantik Pegawai Penyelia Kor Sispa atau pegawai yang bertanggungjawab di IPPA Malaysia. v. Meneliti cadangan lantikan Pegawai Kehormat / Bersekutu Kor Sispa IPT dan mengesahkannya. vi. Mengeluarkan watikah pelantikan Pegawai Kehormat / Bersekutu yang telah dipersetujui. vii. Merancang dan melaksanakan program-program Kor Sispa pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa dengan kerjasama IPT. viii. Mengemas kini, mengesah dan menyebarkan dasar-dasar serta arahan tetap mengenai pengendalian, pengurusan dan latihan Kor Sispa. ix. Menyimpan rekod PKS yang diterima daripada APM negeri. 32


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB Angkatan Pertahanan Awam Negeri i. Melantik seorang pegawai tetap APM sebagai Pegawai Penyelaras Kor Sispa IPT sesebuah IPT untuk merancang latihan dan aktiviti Kor Sispa peringkat negeri dengan bekerjasama Pegawai Bahagian Pengurusan Angkatan Negeri. ii. Menerima dan menyokong penubuhan pasukan Kor Sispa. iii. Menentukan latihan dan aktiviti Kor Sispa berjalan dengan teratur. iv. Mengadakan hubungan rapat dengan IPT berkaitan kegiatan Kor Sispa. v. Menyedia dan memberi bantuan logistik, latihan dan penilaian kenaikan pangkat PKS. vi. Mengumpul, merekod dan menyimpan maklumat Pegawai Kadet dan aktiviti Kor Sispa. 33


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB a. Kementerian Pendidikan Malaysia i. Menetapkan dasar penubuhan dan perkembangan Kor Sispa dengan kerjasama APM. ii. Mengeluarkan surat pelantikan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Kor Sispa. iii. Mengeluarkan surat pelantikan Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha dan Penolong Setiausaha Jawatankuasa Kerja Ajutan Kor Sispa. iv. Bekerjasama dengan APM untuk merancang dan melaksanakan program Kor Sispa pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. v. Meluluskan bajet tahunan pengurusan dan pelaksanaan program Kor Sispa kepada IPT. b. Institusi Pendidikan Tinggi i. Memohon penubuhan pasukan Kor Sispa termasuk kampus cawangan. ii.Mencadang pelantikan Pegawai Kehormat / Bersekutu Kor Sispa IPT. iii. Menyelaras aktiviti-aktiviti Kor Sispa pada peringkat IPT. iv. Menyediakan perancangan bajet tahunan pengurusan Kor Sispa. v. Bekerjasama dengan APM Negeri untuk merancang dan melaksanakan program Kor Sispa pada peringkat negeri. vi. Menyediakan pejabat/tempat pengurusan Kor Sispa. vii. Merekod dan menyimpan maklumat PKS dan menghantar ke APM Negeri. viii.Melapor aktiviti bulanan Kor Sispa kepada APM Negeri. 34


PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN Peraturan pakaian seragam pegawai kadet KOR SISPA Tatacara pemakaian pakaian seragam Lencana dan pangkat INSTITU PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS IPOH


PERATURAN PAKAIAN SERAGAM PEGAWAI KADET KOR SISPA Pakaian Seragam No. 1 (Istiadat) Pakaian Seragam No. 2 (Bush Jacket) Pakaian Seragam No. 3 (Kerja) Pakaian Seragam No. 4 (Operasi) Bagi aktiviti kawad, pakaian seragam dilengkapi dengan aksesori tambahan seperti jambul (hackle), mafla, anklet, sarung tangan putih serta selempang putih. Ketua platun pula memakai selempang oren. JENIS PAKAIAN UNTUK PKS 35


Pakaian Istiadat No. 1 Digunakan oleh semua pegawai APM lelaki dan wanita semasa menghadiri acara istiadat di peringkat jabatan, negeri atau persekutuan. Pakaian ini juga diwajibkan dalam : Majlis rasmi kerajaan, Majlis Pembukaan Perasmian Dewan, Penerimaan pingat kebesaran, Perbarisan istiadat, dan Acara lain yang menetapkan pemakaian rasmi. Pakaian Seragam No. 1 (Istiadat) 36


LENCANA KOLAR (COLLAR BADGE/ GORGET) *mengikut pangkat AIGUILETTE DISANGKUT DI DALAM PADA BUTANG KEDUA *mengikut pangkat SEMBILAN BUTANG BESAR EMAS EPOLET *mengikut pangkat BUAH PINGAT SELUAR WARNA BIRU GELAP DENGAN JALUR VELVET JINGGA BUTANG KECIL EMAS Pakaian Seragam No. 1 Lelaki KASUT WELLINGTON TIGA BUTANG KECIL EMAS PADA MENSET LENGAN BAJU KIRI PAKAIAN KEPALA (SONGKOK) DAN LENCANA APM *mengikut pangkat Pakaian Seragam No. 1 Lelaki (Istiadat) 37


LENCANA KOLAR (COLLAR BADGE / GORGET) *mengikut pangkat AIGUILETTE DISANGKUT DI DALAM PADA BUTANG KEDUA *mengikut pangkat SEMBILAN BUTANG BESAR EMAS TIGA BUTANG KECIL EMAS PADA MENSET LENGAN BAJU KIRI DAN KANAN EPOLET *mengikut pangkat BUAH PINGAT SELUAR WARNA BIRU GELAP DENGAN JALUR VELVET JINGGA Pakaian No. 1 WANITA ( ISTIADAT) KASUT WELLINGTON PAKAIAN KEPALA (BOWLER HAT) *mengikut pangkat BEG TANGAN ANGKAT PAKAIAN NO. 1 WANITA ( ISTIADAT) 38


Digunakan oleh pegawai APM lelaki ketika menghadiri tugas rasmi seperti temu duga, mesyuarat, atau majlis perbarisan di mana anggota lain memakai pakaian nombor 4. Pakaian Seragam No. 2 (Bush Jacket) Pakaian Seragam No. 2 (Bush Jacket) 39


TUJUH BUTANG BESAR EMAS BROGUE SHOE PAKAIAN SERAGAM NO.2 LELAKI (Bush Jacket) PAKAIAN SERAGAM NO.2 LELAKI (BUSH JACKET) LENCANA KOLAR (COLLAR BADGE / GORGET) *mengikut pangkat LENCANA INTEGRITI TANDA NAMA LANYARD PAKAIAN KEPALA (PEAK CAP / BERET) "mengikut pangkat EPOLET "mengikut pangkat JUDUL BAHU PERTAHANAN AWAM RIBEN PINGAT BUTANG KECIL EMAS PADA DUA PENUTUP POKET BAJU 40


Click to View FlipBook Version