The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nor kamariah noordin, 2022-12-04 04:05:24

SEJARAH SEKOLAH SK JATI

SEJARAH SEKOLAH SK JATI

B) SIFAT-SIFAT ISTIMEWA TOKOH GURU

Puan Mardiana bt. Kamil merupakan seorang guru yang sangat rajin dan
komited dengan tugas. Tugas utamanya sebagai penyelaras Frog Vle di Sk Jati
telah berjaya melonjakkan nama SK Jati di kalangan sekolah-sekolah Negeri
Perak.

Kegigihan beliau untuk mengajar guru-guru dan murid-murid untuk
menguasai kemahiran dalam Frog Vle telah menjadikan sekolah ini antara yang
tertinggi pencapaian KPI Frog Vlenya. Tidak keterlaluan jika dikatakan hampir
95% murid telah mahir ICT.

Selain itu, sifat pemurah beliau adalah salah satu keistimewaan dirinya.
Beliau tidak pernah lokek untuk mengeluarkan wangnya sendiri untuk membeli
segala keperluan yang berkaitan dengan pembelajaran. Tambahan pula, beliau
sering bersedekah makanan dan hadiah kepada guru-guru, rakan-rakan dan
anak-anak muridnya.

Sabar dan berdedikasi merupakan sifat beliau yang seterusnya.
Walaupun menghadapi pelbagai masalah dalam keluarganya, beliau tetap
menjalankan segala tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi. Masalah yang
dihadapi tidak pernah dijadikan alasan untuk beliau melakukan tugasnya
sehingga melayakkan beliau menerima Anugerah Guru Cemerlang ( Ikon Guru
Bestari) pada tahun ini.

51

C) TUGAS DAN SUMBANGAN TERHADAP SEKOLAH / MASYARAKAT

Tugas utama beliau adalah sebagai Penyelaras Frog Vle. Sebagai
penyelaras, beliau telah melakukan pelbagai strategi untuk memastikan
pencapaian Frog Vle SK Jati sentiasa maencapai KPI yang telah ditetapkan.

Sumbangan utama yang telah dilakukan oleh beliau adalah
bekerjasama dengan pihak pentadbiran dan Penyelaras Bestari untuk
mewujudkan Frog Vle Classsroom di SK Jati. Dengan bantuan PIBG dan
pelbagai pihak,akhirnya pada bulan Julai 2018, SK Jati telah merasmikan
pembukaan Frog Vle Classroom.

Bermula di saat itulah, nama SK Jati telah meniti di bibir segenap
pelosok daerah di negeri Perak malahan di peringkat BTPN.

Pencapaian tertinggi SK Jati ialah apabila telah dianugerahkan
sebagai Johan Pembestarian Sekolah Peringkat Daerah Kinta Utara pada bulan
September yang lalu. Kejayaan ini tidak dicapai tanpa usaha gigih dan bantuan
dari Pn. Mardiana yang bertungkus lumus menyiapkan segala dokumentasi yang
diperlukan untuk pertandingan tersebut.

Sewajarnya, segala jasa dan penat lelah beliau dihargai. Anugerah Ikon
Guru Bestari yang disandang oleh beliau juga telah memberi kredit yang tinggi
dalam melonjakkan nama SK Jati di persada pendidikan.

Halaman yang berikutnya disenaraikan segala jasa dan sumbangan Pn.
Mardiana Kamil kepada sekolah dan masyarakat sepanjang berkhidmat di SK
Jati.

52

SUMBANGAN KHUSUS TOKOH GURU

1. PENGURUSAN PROGRAM / AKTIVITI PEMBESTARIAN SEKOLAH

Bil. Nama Progam / Aktiviti Peringkat Pencapaian

1. Fasilitator VLE Negeri Perak Negeri

2. Leaps Of Knowledge (Fasilitator) Kebangsaan

3. Program Kelestarian Frog Classroom Sekolah

/Daerah

4. Hours Of Code Kebangsaan 43 Orang Murid Terlibat

5. Permata Pintar Kebangsaan Murid Tahun 4, 5 dan 6

6. DCS Tapir Hero Kebangsaan Murid Tahun 6

7. Pertandingan Frogplay Championship Kebangsaan Ranking 243
2018

8. Pertandingan Frogplay Championship Kebangsaan Ranking 340
2017

9. Frog Classroom Makeover Kebangsaan

10. Pertandingan Hari Guru menggunakan Sekolah
VLE

11. Pertandingan Bulan Panitia (Sejarah,

Pendidikan Islam, Bahasa Arab dan Sekolah
Ihya‟ Ramadhan) menggunakan VLE

12. Bengkel Peningkatan KPI Penggunaan Sekolah
Frog Vle

13. Transformasi Pdpc : Frog Vle dan Sekolah
Sistem Pengurusan Latihan

14. Pfrofesional Learning Comunity (Frog Sekolah
Vle)

15. Taklimat SSQS dan Frog Vle Sekolah

16. Bengkel Modul Frogasia untuk Guru Daerah

17. Bengkel Modul Frogasia untuk Murid Sekolah
18. Bengkel e-RPH Sekolah

19. Bengkel Comunity Quiz Sekolah
20. Sistem e-RPH Sekolah

21. Sistem Kehadiran Sekolah
Sekolah
22. Sistem Automasi Pusat Sumber
Sekolah

53

2 INOVASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)

Bil. Nama Progam / Aktiviti Peringkat Pencapaian

PDPC Al-Quran dan Tasmik
menggunakan Chromebook.Perisian
1. Al-Quran dimasukkan dalam widget Sekolah
External link-Menjimatkan masa
mengambil wuduk.

2. Rekod Pengajaran Harian Sekolah
menggunakan Sistem e-RPH

Pdpd jawi menggunakan e-jawi online
3. Converter. Sekolah

4. Perkongsian Amalan Terbaik bersama Sekolah
sekolah-sekolah lain (80 buah sekolah)

Gimik Pelancaran Menggunakan Daerah/

5. Teknologi (Screen Mirror dan Digital Sekolah
Ink)

6. Pembinaan Laman-laman Sekolah
pembelajaran di dalam Frog Vle

Pembinaan Laman Pembelajaran dan
7. dihantar ke MOE Repository Kebangsaan

Pembinaan soalan dan kuiz di dalam

8. frog vle dan di hantar ke Comunity Kebangsaan

Quiz

Pameran 3R-Laman dimasukkan

9. dalam Frog Vle-Kehadiran Negeri

menggunakan Padlet-Pangkor Dialog

10. Penggambaran Video e-Guru, Kebangsaan
Kementerian Pendidikan Malaysia

INOVASI DALAM PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SEKOLAH (PdT)

Bil. Nama Progam / Aktiviti Peringkat Pencapaian

1. Portal Sekolah menggunakan pelantar Sekolah
Frog Vle

2. Fingerprint Time Management MOA Sekolah
EZ- Touch

3. Sistem Rekod Log Penggunaan Sekolah
Komputer (SisLog)

54

3 PELAKSANAAN PERKONGSIAN PINTAR

Bil. Nama Progam / Aktiviti Peringkat Pencapaian
Pencapaian
Kolaborasi Pintar Pembelajaran dan

Pemudahcaraan Pendidikan Abad

Ke-21 Secara Online Serentak Di Kebangsaan
1.

Sekolah-sekolah Terpilih Seluruh

Negeri Di Malaysia Sempena Aktiviti

Tahun 6 Selepas UPSR 2017

Hangout Hours Of Code Bersama SK
2. Negeri

Alor Janggus Kedah

Program Sekolah HUBS (Frog Daerah
3.

Classroom)

4 PERKONGSIAN ILMU

(sebagai Pakar Rujuk, Penceramah, Fasilitator)

Bil. Nama Progam / Aktiviti Peringkat

1. Fasilitator Vle Negeri Perak Negeri

Fasilitator Leaps Of Knowledge Kebangsaan
2.

Frogasia

Fasilitator Mini Leaps Of Knowledge
3. Kebangsaan

Langkawi

Penceramah Karnival Pembestarian

4. Pendidikan Pangkor 2018 Negeri

(18-19.1.2018)

Penceramah Bengkel Board Out Of Daerah
5.

The Box

Bengkel Pembinaan Laman

6. Pembelajaran Peringkat PKG Daerah

Chenderong Balai (25-26 April 2018)

7. Penceramah e-RPH di SMK Tasek Daerah

Penceramah Kursus CEFR (Bahasa
8. Daerah

Inggeris) Laman VLE

9. Penceramah e-RPH Panitia Agama Daerah

55

Islam dan Bahasa Arab di SK Tanjung

Rambutan (11 Januari 2018)

Penceramah Bengkel PAK21 Aplikasi

dalam Laman Vle Frog untuk

10. Guru-guru Pendidikan Islam dan Daerah

bahasa Arab Kelompok 2 di SK Tg

Rambutan

Penceramah Bengkel Laman Vle di SK
11. Daerah

Sg Rapat

Penceramah Frogplay di SMK Daerah
12.

Anderson Ipoh.

Penceramah Program Edu Tech

13. Educators Workshop di SMK Ahmad Daerah

Boestamam, Manjung

Penceramah Sempena Kursus

Pemantapan Pedagogi Guru Bahasa Daerah
14.

Inggeris Tahun 1, IPG Kampus Ipoh

(25 Mei 2017)

Jurulatih Utama Share The Knowledge

Google Drive, Vle Frog dan Google Daerah
15.

Chrome Anjuran Pemikir Matematik

SK Toh Indera Wangsa Ahmad

PENULISAN/PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/PENGLIBATAN DALAM
5. PENULISAN BUKU, ARTIKEL, JURNAL, KERTAS KERJA DAN LAIN-LAIN

YANG TELAH DIHASILKAN

Bil. Nama Terbitan/Penulisan Peringkat Tahun Dihasilkan

Artikel Terbitan Frog Asia (Case Study)

1. -Frog Is Making Difference in Teaching Kebangsaan 2018
& Learning/Administration and
CommunityEngagement

2. Video Pembelajaran Portal e-guru Kebangsaan 2015
Kementerian Pendidikan Malaysia

56

Tajuk Video: Tayamum Pendidikan Kebangsaan 2018
Islam Tahun 6
Url : https://youtu.be/7JKNdMqJdt0

3. Soalan Kuiz Pendidkan Islam –
Community Quiz Frog Vle

4. Laman Pembelajaran Solat Jenzah dan Kebangsaan 2018
Tajuk Hukum Tajwid- MOE Repository

6 PENCAPAIAN / PENGIKTIRAFAN

Bil. Nama Progam / Aktiviti Peringkat Pencapaian

1. Fasilitator VLE Negeri Perak Negeri 2017-2018

2. Guru Advokasi Emas Frogasia Kebangsaan 2017-2018

3. Fasilitator (Leaps Of Knowledge Kebangsaan 2017
Frogasia)

Fasilitator (Mini Leaps Of Knowlegde
4. Langkawi) Kebangsaan 2017

5. Rakaman Video e-guru Kementerian Kebangsaan 2015
Pendidikan Malaysia

Anugerah Guru Inovatif Dan Kreatif Sekolah 2015
6. 2015 Sempena Hari Anugerah

Kecemerlangan Sekolah

7. Anugerah Guru Gemilang 2017 Sekolah 2017
(Ringkasan Mengajar Terbaik) SK jati

8 Anugerah Guru Gemilang 2017 Sekolah 2017
(Kejurulatihan Frog Vle) SK Jati

9. Anugerah Frog Champion Teacher Sekolah 2018
(Vle Frog)

Anugerah Pencapaian Log In Tertinggi Sekolah 2018
10. Vle Frog

57

Badan
Pengurus/

PIBG

58

Badan Pengurus / PIBG

A) SEJARAH PENUBUHAN PIBG

Mesyuarat Lantikan Jawatankuasa Penaja PIBG telah dijalankan pada 7 Mei 2002.
Kemudian pada 15 Jun 2002, Mesyuarat Agung PIBG kali pertama telah dijalankan. Mesyuarat
Agung PIBG Pertama telah dirasmikan oleh Tuan Hj Nadzri b. Ismail (ADUN Manjoi ). Perjalanan
mesyuarat berjalan baik dan dimulai dengan Perlantikan Jawatankuasa PIBG yang pertama
Sekolah Kebangsaan Jati, Ipoh.

Senarai Jawatankuasa PIBG 2002

Yang Dipertua PIBG : En. Ahmad Fadzil B Mohd Abdul Kader
Naib Yang Dipertua : Tn. Hj Ahmad Razman B Dahari
Setiausaha : Pn. Mahsitah Bt Zainal Abidin
Bendahari : En. Kamaruddin B Abdul Rahman
Ahli Jawatan Kuasa :
Hj Ahya Arip B Ngah Abdullah
En. Mohd Dzohiri B Abdul Samad
En. Rosli B Mohamed Ali
Pn. Mabel Lam
En. Khiri B Ahmad
En. Sved Musa B Syed Hashim
Pn. Latifah Bt Sa‟ad
Pn. Norasnura Bt Abdul Rajak
Pn. Nor Azah Bt Mohamad
Pn. Mastura Bt Abdul Razak.

59

B) SENARAI JAWATAN KUASA PIBG TERKINI

AHLI JAWATANKUASA PIBG SK JATI 2018/2019

Penasihat PIBG Yang Dipertua PIBG Naib YDP PIBG
Puan Hajah Che Tn. Hj. Ahya Arip B. En. Ahmad Nasrul

Halijah Angah Abdullah B. Jalaludin

Setiausaha Pen. Setiausaha Bendahari
Pn. Shariah Bt. PN. Menega A/P Pn. Nor Kamariah

Zulkifly Murugaya Bt. Noordin

AJK(Wakil Guru) AJK(Wakil Guru) AJK( Wakil Guru)
Pn. Ruhaida Pn. Ainaa Mardhiyah En. Muhammad
Bt.Harun
Mad Saad Zharif b.
AJK(Ibu Bapa) Badaruddin
En. Vinnesrasu AJK( Ibu Bapa)
Tn. Hj. Ilias B. Chin AJK(Ibu Bapa)
George Dr. Nirwan B. Oksa
AJK(Ibu Bapa)
AJK(Ibu Bapa) Pn. Mariam Bt. AJK(Ibu Bapa)
Pn. Masjida Yanti Pn. Norehan Bt.
Bt. Abdullah Omar Mohd Ismail
Mohd Aslam
AJK(Ibu Bapa) Juruaudit
Pn. Juaida Bt. Dalaman(Ibu Juruaudit
Dalaman(Guru)
Hambri Bapa) Pn. Anim Bt. Ramli
Tn. Hj.Zulkefli

60

AHLI JAWATANKUASA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (KSIB)
SK JATI 2018/2019

Pn Mariam Bt Biro Kesihatan Dan Keselamatan Tn Hj Ilias
Mohd Ismail Bin Chin
Pn Ainaa'
Mardhiyah Bt

Mat Saad

Pn. Masjida Biro Keceriaan Pn Ruhaida Bt
Yanti Bt Harun
Pn. Norehan Bt
Abdullah Omar Mohd Aslam En.
Muhammad
En. Shahrizal Biro Pembangunan
B. Mat Sharif Zharif
Dr. Nirwan Bin
Oksa

Pn. Mastura Biro Akademik Pn. Nurul
Bt. Abd Razak Akmar Ahmad
Pn Juaida Bt.
Hambri Tajuddin

En Vinnesrasu
George

61

C) TOKOH PIBG

Individu yang boleh dijadikan tokoh tauladan dalam PIBG SK Jati ini ialah
Tuan Haji Ahya Arip b. Ngah Abdullah. Beliau merupakan Yang Dipertua PIBG
yang paling lama pernah memegang tampuk tersebut dalam sejarah sekolah ini.

Penglibatan beliau dalam PIBG SK Jati bermula daripada awal
penubuhan SK Jati, di mana beliau dilantik sebagai ahli jawatankuasa.

Walaupun beralih tahun dan bertukar tampuk pemegang kuasa tertinggi
PIBG serta sekolah, beliau tidak jemu mencurah bakti dalam memastikan
kebajikan warga SK Jati sentiasa terpelihara.

Sifat beliau yang begitu prihatin, bertoleransi, pemurah dan mudah
bekerjasama melayakkan beliau untuk terus menerajui PIBG SK Jati
sehinggalah ke hari ini. Walaupun beliau tidak mempunyai anak mahupun cucu
yang belajar di sekolah ini, namun atas permuafakatan ibu bapa dan persetujuan
dari pihaknya sendiri, beliau meneruskan amanah untuk memegang jawatan
Yang Dipertua PIBG hingga sekarang.

Berkat usaha dan kerjasama daripada beliau, SK Jati telah banyak
menerima bantuan kewangan dan kemudahan prasarana dari pelbagai pihak
untuk tujuan pembangunan fizikal sekolah dan pemantapan sahsiah murid.

Semoga jasa dan bakti beliau dapat diteruskan di sekolah ini selagi beliau
masih mampu dan diizinkan oleh-Nya.

62

D) KEGIATAN PENTING PIBG & SUMBANGAN TERHADAP SEKOLAH

BIL AKTIVITI TARIKH
1 PENDAFTARAN TAHUN SATU 29.12.2016
03-06.1.2017
MINGGU TRANSISI 20.01.2017
2 KEJOHANAN MERENTAS DESA 02.02.2017
3 MAJLIS AKUJANJI DAN PENETAPAN TARGET 08.03.2017
5 KURSUS KEPIMPINAN 10.03.2017
6 BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 11.03.2017
7 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE16 DAN
13.03.2017
PELANTIKAN PEMIMPIN MUDA 20-24.04.2017
8 MINGGU ANTI DADAH 30.03.2017
9 MINGGU BAHASA INGGERIS 21.04.2017
10 KEM CEMERLANG JAWI 26.04.2017
11 SUKAN TAHUNAN 2017 16.05.2017
12 PELANCARAN 3R 11.09.2017
13 SAMBUTAN HARI GURU
14 PAMERAN 3R DI HOTEL CASUARINA MERU 11-12.05.2017
16.06.2017
IPOH 07.07.2017
17 KHEMAH IBADAH 05.-06.10.2017
18 HARI PELAPORAN- BERTEMU WARIS 10.10.2017
19 SAMBUTAN HARI RAYA 19.11.2017
23 PERKHEMAHAN KECIL UNIT BERUNIFORM 23.11.2017
24 SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SEPANJANG
26 HARI ANUGERAH CEMERLANG TAHUN
27 SUMBANGAN KECEMERLANGAN UPSR 2017 28.07.2017
28 PEMBERIAN HADIAH HARI LAHIR MURID
14 .10.2017
29 PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA
SEKOLAH

30 KARNIVAL SENAMROBIKTHON

63

AKTIVITI DAN PROGRAM ANJURAN PIBG SK JATI
Program gotong-royong perdana

Karnival Senamrobikthon

64

Peristiwa
Bersejarah

Sekolah

65

Peristiwa Bersejarah Sekolah

1) PERASMIAN PEMBUKAAN SEKOLAH

Tanggal 7 Januari 2002, Sekolah Kebangsaan Jati telah mula
beroperasi secara rasmi. Bilangan pelajar pada peringkat awalnya adalah
seramai 525, dengan tenaga pengajar sebanyak 28 orang dan staf
seramai 3 orang. Aktiviti PdPc dijalankan dalam 15 buah bilik darjah.

Kemudian pada 3 Julai 2002, Pengarah Pendidikan Negeri Perak
telah melakukan lawatan rasmi ke sekolah ini. Beliau telah memberi
galakan positif dan cadangan yang berfaedah ke arah penambahbaikan
keseluruhan organisasi sekolah.

Kesan dari lawatan tersebut telah memberikan suatu inspirasi
kepada guru-guru untuk meningkatkan intergriti dan kredibiliti dalam
bekerja.

2) PENGOPERASIAN SEKOLAH SATU SESI

Bermula dari awal penubuhan SK Jati, sekolah ini beroperasi dua
sesi, iaitu sesi pagi dan sesi petang.

Namun, bermula pada bulan Oktober 2013, pihak sekolah telah
membuat permohonan untuk menutup sesi pembelajaran sebelah petang
bagi menjadikannya sekolah satu sesi sahaja.

Kelulusan permohonan tersebut telah diluluskan oleh pihak JPN.
Oleh yang demikian, bermula pada Januari 2014, SK Jati melakar sejarah
sekali lagi apabila memulakan sekolah dengan satu sesi sahaja pada
sebelah pagi.

Rentetan dari pembukaan satu sesi ini, semakin ramai murid yang
berpindah masuk ke SK Jati, dan menyaksikan pertambahan murid dan
kelas pembelajaran yang agak ketara

66

3) KARNIVAL SENAMROBIKTHON

Program yang julung kali dilaksanakan ini telah diadakan mula
dilancarkan pada 8 Ogos hingga 8 Oktober 2018. Objektif pelaksanaan
program ini adalah bagi menampung kos penyelenggaraan ,
meningkatkan keceriaan serta melengkapkan prasarana sekolah dan
pembelajaran murid.

Kemuncak program ini adalah pada 14 Oktober 2017, iaitu majlis
Perasmian Penutup serta Karnival Senamrobikthon. Hadiah-hadiah juga
telah disampaikan kepada murid-murid yang erjaya memperoleh kutipan
tertinggi.

Secara umumnya, program ini berjaya mencapai matlamatnya
dengan kutipan akhir sebanyak RM22,000.00.

4) KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE- 17

Untuk kesekian kalinya, SK Jati telah menganjurkan sukan
balapan dan padang tahunan. Namun pada tahun ini, acara ini telah
ditukarkan nama secara rasmi kepada Kejohanan Olahraga.

Acara telah berlangsung pada 16 Mac 2018, di padang SK Jati.
Istimewanya pada tahun ini, program telah dirasmikan oleh Yang
Berhormat Hj. Mohamad Ziad b.Mohamed Zainal Abidin, ADUN Manjoi.
Acara dimulakan dengan lintas hormat perbarisan seterusnya diikuti oleh
perasmian sukan.

Dalam majlis ini, Yang Berhormat ADUN Manjoi turut memberikan
sumbangan khas kepada pihak sekolah yang berupa set baru alatan
siaraya untuk kegunaan majlis-majlis kelolaan sekolah. Sekalung
penghargaan diucapkan atas jasa baik Yang Berhormat.

67

5) PELANCARAN PROGRAM KELESTARIAN FROG-VLE CLASSROOM

Usaha pembinaan Frog Vle Classroom telah mula diwujudkan
pada awal bulan Februari 2018. Dengan dana dan bantuan dari pihak YTL
serta PIBG SK Jati, pada akhir bulan April 2018 bilik khas ini telah siap
dibina.

Seterusnya pada 6 Mei 2018, SK Jati sekali lagi telah melakar
sejarah apabila melancarkan Program Kelestarian Frog Vle Classroom.
Majlis telah dirasmikan oleh En. Mokhtar b. Wahid selaku Ketua Penolong
Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak.

Dengan pelancaran Frog Vle Classroom ini, SK Jati secara
rasminya telah tersenarai di antara sekolah-sekolah yang aktif penggunaan
Frog Vle, di samping meningkatkan pencapaian penguasaan ICT di
kalangan guru dan murid.

6) LAWATAN PERKONGSIAN PINTAR@PENANDA ARAS PEMULIHAN

Pada 5 September 2018, buat pertama kalinya SK Jati telah terpilih
untuk menerima kunjungan Lawatan Penanda Aras bagi Program
Pemulihan.

Pn. Halaliah bt. Mohamaed Adam, selaku guru pemulihan
merangkap Jurulatih Utama Pemulihan Peringkat Daerah, merupakan
tunjang utama program ini. Kunjungan lawatan ini telah disertai oleh
guru-guru pemulihan serta wakil pentadbir sekolah dari Kelompok 6, 7 dan 8
dari daerah Kinta Utara.

Secara umumnya, para guru yang menyertai lawatan ini memberi
respon yang positif terhadap semua aspek yang dikongsikan oleh pihak
sekolah dalam program ini. Di samping itu, pertukaran idea baru dan pendapat
antara guru serta pentadbir turut dikongdi bersama hasil daripada lawatan ini.

68

7) KARNIVAL DAKWAH SEKOLAH KPM PERINGKAT DAERAH
Pada 6 September 2018, SK Jati telah diberi kepercayaan untuk

mengendalikan Karnival Dakwah Sekolah KPM Peringkat Daerah . Sebagai
tuan rumah yang mengendalikan acara-acara MTQ bagi kategori murid orang
asli, SK Jati telah berusaha untuk melaksanakan tugas dengan sebaik
mungkin.

Acara ini disertai oleh para peserta dari 16 buah sekolah sekitar
daerah Kinta Utara. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Pn. Che Rosnani
bt. Ismail, Penyelia Dakwah Pendidikan Islam, PPD Kinta Utara.

Pujian telah diberikan kepada SK Jati selaku penganjur program,
kerana segala perjalanan dan persiapan program disifatkan oleh kebanyakan
guru dan peserta sebagai program taraf kebangsaan. Rentetan daripada itu,
pihak sekolah banyak menerima pelawaan dari pihak PPD Kinta Utara untuk
mengelolakan acara-acara lain di peringkat daerah mahupun negeri.

69

70

Prestasi &
Kejayaan
Sekolah

71

Prestasi dan Kejayaan Sekolah

A) ANALISIS PENCAPAIAN UPSR
Analisis dan graf pencapaian Peperiksaan UPSR dari tahun 2013 hingga
2017 dapat ditunjukkan seperti rajah berikut:

SUBJEK 2013 (%) 2014 (%) 2015 (%) 2016 (%) 2017 (%)
BM (PEM) 96.6 96.6 98.2 97.4 99.1
BM(PEN) 86.3 93.2 93.9 97.4 99.1
BI (PEM) 69.2 87.2 79.8 93.3 95.5
BI (PEN) 0 0 0 92.3 84.7
MATEMATIK 82.2 86.3 93 80.2 82.9
SAINS 90.4 87.2 89.5 97.4 98.2

120

P
E 100
R
A
T 80
U
S

60

L
U
L 40
U
S 20

0 BM (PEM) BM(PEN) BI (PEM) BI (PEN) MATEMATIK SAINS
96.6 86.3 69.2 0 82.2 90.4
2013 (%) 96.6 93.2 87.2 0 86.3 87.2
2014 (%) 98.2 93.9 79.8 0 93 89.5
2015 (%) 97.4 97.4 93.3 80.2 97.4
2016 (%) 99.1 99.1 95.5 92.3 82.9 98.2
2017 (%) 84.7

72

ANALISA PEPERIKSAAN UPSR TAHUN 2015 - 2017

Bil Mata Pelajaran TAHUN Bil Calon A B C D E Menguasai Tidak GPMP /
Bil % Bil % Bil % Bil % Menguasai GPS

Daftar Ambil TH Bil % Bil % Bil %

2015 116 114 2 73 64 16 14 23 20.2 2 1.8 0 0 112 98.2 2 1.8 1.6
1.99
BAHASA 2.09

1 MELAYU 2016 116 116 -- 46 39.7 42 36.2 14 12.1 11 9.5 3 2.6 113 97.4 3 2.6

PEMAHAMAN
2017 111 111 -- 38 34.2 41 36.9 16 14.4 15 13.5 1 0.9 110 99.1 1 0.9

BAHASA 2015 116 114 2 73 64 20 17.5 14 12.3 6 5.3 1 0.9 107 93.9 7 6.1 1.61
2 MELAYU 2016 116 116 -- 42 36.2 43 37.1 21 18.1 7 6.0 3 2.6 113 97.4 3 2.6 2.02
2017 111 111 -- 46 41.4 35 31.5 23 20.7 6 5.4 1 0.9 110 99.1 1 0.9 1.92
PENULISAN

2015 116 114 2 19 16.7 34 29.8 38 33.3 19 16.7 4 3.5 91 79.8 23 20.2 2.61
2.78
BAHASA 2.70

3 INGGERIS 2016 116 116 -- 19 16.4 29 25.0 33 28.4 28 24.1 7 6.0 109 93.3 7 6.0

PEMAHAMAN
2017 111 111 -- 20 18.0 33 29.7 23 20.7 30 27.0 5 4.5 106 95.5 5 4.5

BAHASA 2015 116 114 2 -- -- -- -- -- -- -- -- -- -- -- -- -- -- --
4 INGGERIS 2016 116 116 -- 2 1.7 7 6.0 42 36.2 56 48.3 9 7.8 107 92.3 9 7.8 3.54
2017 111 111 -- 10 9.0 15 13.5 27 24.3 42 37.8 17 15.3 94 84.7 17 15.3 3.37
PENULISAN

2015 116 114 2 40 35.1 28 24.6 38 33.3 5 4.4 3 2.6 106 93 8 7.0 2.15

5 MATEMATIK 2016 116 116 -- 21 18.1 26 22.4 19 16.4 27 23.3 23 19.8 93 80.2 23 19.8 3.04

2017 111 111 -- 10 9.0 16 15.2 27 24.3 37 33.3 19 17.1 92 82.9 19 17.1 3.30

2015 116 114 2 32 28.1 48 42.1 22 19.3 7 6.1 5 4.4 102 89.5 12 10.5 2.17

6 SAINS 2016 116 116 -- 13 11.2 44 37.9 37 31.9 19 16.4 3 2.6 113 97.4 3 2.6 2.61

2017 111 111 -- 10 9.0 33 29.7 51 45.9 15 13.5 2 1.8 109 98.2 2 1.8 2.69

2015 116 114 2 87 76.3 27 23.7 2.03

KESELURUHAN 2016 116 116 -- 91 78.4 24 21.6 2.67

2017 111 111 -- 84 75.68 27 24.32 2.68

ANALISIS KEPUTUSAN UPSR 2017

MP/GRED A B CD A+B+C+D E GPMP
BIL % BIL % BIL %
BM PEM 38 34.2 BIL % BIL % BIL % 110 99.1 1 0.9 2.09
BM PEN 46 41.4 41 36.9 16 14.4 15 13.5 110 99.1 1 0.9 1.92
BI PEM 20 18.0 35 31.5 23 20.7 6 5.4 106 95.5 5 4.5 2.7
BI PEN 10 9.0 33 29.7 23 20.7 30 27.0 94 84.7 17 15.3 3.37
MT 10 9.0 15 13.5 27 24.3 42 37.8 92 82.9 19 17.1 3.3
SN 10 9.0 16 14.4 27 24.3 37 33.3 109 98.2 2 1.8 2.69
33 29.7 51 45.9 15 13.5

73

B) TOKOH MURID
Tokoh murid yang ingin diketengahkan adalah Tokoh Murid Tahun

2017. Beliau diberi nama Nurhawa Hasya bt. Tahir. Anak kelahiran Ipoh Perak ini
merupakan anak yatim semenjak umurnya 6 tahun, apabila ayahanda tercinta
kembali ke pangkuan Illahi. Dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan asuhan
ibunya sahaja, sejak di peringkat pra sekolah lagi, beliau telah menunjukkan ciri-ciri
ketokohan, keberanian dan berketrampilan.

Pencapaian beliau di dalam bidang akademik sentiasa terserlah
bermula dari Tahun 1 lagi, apabila sering tersenarai sebagai 5 terbaik di dalam
setiap keputusan peperiksaan.

Bakatnya di dalam bidang kepimpinan juga tidak dapat dinafikan,
apabila dilantik menjadi Pengawas Sekolah sejak dari Tahun 3 lagi. Apabila berada
di Tahun 6, beliau telah dilantik sebagai Penolong Ketua Pengawas dengan
persetujuan pihak guru dan pentadbir sekolah.

Manakala dalam bidang ko-kurikulum pula, beliau turut bergiat aktif.
Dalam Temasya Balapan & Padang 2017, beliau telah dinobatkan sebagai
Olahragawati Terbaik Peringkat Sekolah. Beliau juga telah mewakili sekolah dalam
pasukan Bola Tampar serta berjaya meraih tempat kedua dalam perlawanan
Peringkat Zon A. Seterusnya, beliau terus mengharumkan nama SK Jati apabila
menjadi johan dalam Pertandingan Pidato Piala Diraja (Bahasa Inggeris) Peringkat
Daerah Kinta Utara pada tahun 2017.

Seterusnya, pada tahun yang sama beliau turut terlibat dalam
Pasukan Bicara Berirama dan berjaya menjadi Johan Peringkat Daerah Kinta
Utara. Beliau juga turut merangkul anugerah Konduktor Terbaik Peringkat Daerah
Kinta Utara. Kemuncak kejayaan beliau ialah apabila berjaya memperoleh 6A
dalam keputusan UPSR tahun lalu. Dengan segala kejayaan dan jasanya
mengharumkan nama SK Jati ini, selayaknya beliau menyandang gelaran Tokoh
Murid 2017 dalam Majis Anugerah Cemerlang SK Jati tahun 2017.

74

C) KEJAYAAN YANG DIPEROLEHI SEKOLAH
Berikut disenaraikan kejayaan yang diperoleh oleh SK Jati sepanjang
tahun 2017 dan 2018:

1) Kejayaan Peringkat Antarabangsa:

ARULVELAN A/L BATHUMALAI(PERINGKAT ASIA)
- PINGAT EMAS 2018 SINGAPORE & ASIAN SCHOOLS MATH OLYMPIAD (SASMO)
- PINGAT SILVER 2018 KANGROO MATH COMPETITION(KMC)

VEERATANEGASRRY A/P BATHUMALAI (PERINGKAT ASIA)
- PINGAT EMAS 2018 SINGAPORE & ASIAN SCHOOLS MATH OLYMPIAD (SASMO)
- PINGAT SILVER 2018 KANGROO MATH COMPETITION (KMC)

2) Kejayaan Peringkat Kebangsaan :

NUR RUSYDINA FARZANA BT. JUHA (PERINGKAT KEBANGSAAN)
- TEMPAT KETIGA TILAWAH (P) KATEGORI ORANG ASLI
- KARNIVAL DAKWAH SEKOLAH SEKOLAH KPM PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2017
NUR RUSYDINA FARZANA BT. JUHA (PERINGKAT KEBANGSAAN)
- NAIB JOHAN TILAWAH (P) KATEGORI ORANG ASLI
- KARNIVAL DAKWAH SEKOLAH SEKOLAH KPM PERINGKAT KEBANGSAAN
TAHUN 2018

75

3) Kejayaan Peringkat Negeri :
MUHAMMAD AMAR IRHAM BIN ABDUL MANAP(PERINGKAT N.PERAK)

- JOHAN (EMAS) KUMPULAN KESELURUHAN L12-2017
- JOHAN (EMAS) ER BERKUMPULAN L12-2017
- NAIB JOHAN (PERAK) KUMPULAN KESELURUHAN L12 -2018
- NAIB JOHAN (PERAK) ER BERKUMPULAN L12-2018

NURQASiH QISTINA BINTI MOHD SHUHARIZMAN(PERINGKAT N. PERAK)
- KE3 (GANGSA) CAMPURAN DAN KE4 (GANGSA) KUMPULAN

KESELURUHAN 2018
MUHAMMAD AMIRUL AZAMIRUDDIN B. JUHA
- NAIB JOHAN TILAWAH (L) KATEGORI ORANG ASLI
- KARNIVAL DAKWAH SEKOLAH SEKOLAH KPM PERINGKAT NEGERI
TAHUN 2018
NUR IRDINA SHAHIRAH BT HISHAM
- PERTANDINGAN HOKI MSSD PERINGKAT NEGERI 2018
- NAIB JOHAN NEGERI

76

4) Kejayaan Peringkat Daerah :

JOHAN KESELURUHAN BICARA BERIRAMA KINTA UTARA 2017
NURHAWA HASYA BT. TAHIR

- JOHAN PIDATO PIALA DIRAJA (B.INGGERIS ) KINTA UTARA 2017.
NURUL FARHANA BT. HASNOL ARIFFIN (PERINGKAT DAERAH)

- NAIB JOHAN TILAWAH (P)MTQ DAERAH KINTA UTARA 2018
PASUKAN HOKI (PERINGKAT DAERAH)

- TEMPAT KE-3 MSSD KINTA UTARA PEREMPUAN BAWAH 12 TAHUN
2017

NAIB JOHAN KESELURUHAN BICARA BERIRAMA KINTA UTARA 2018
JOHAN SEKOLAH BESTARI CEMERLANG

- TERBAIK PEMBESTARIAN SEKOLAH RENDAH
- ANUGERAH PEMBESTARIAN SEKOLAH DAERAH KINTA UTARA 2018

NAIB JOHAN SEKOLAH BESTARI CEMERLANG
- PENGGUNAAN VLE 10 MPS
- ANUGERAH PEMBESTARIAN SEKOLAH DAERAH KINTA UTARA 2018

PN. MARDIANA BT. KAMIL
- GURU BESTARI CEMERLANG
- IKON GURU TEKNOLOGI PENDIDIKAN
- ANUGERAH PEMBESTARIAN SEKOLAH DAERAH KINTA UTARA 2018

ARULVELAN A/L BATHUMALAI
- KETIGA ( BAHASA INGGERIS)
- PEMILIHAN TOKOH NILAM PERINGKAT DAERAH 2018

MUHAMMAD HADIF SYAHMI B. HARIS
- SAGUHATI ( BAHASA MELAYU )
- PEMILIHAN TOKOH NILAM PERINGKAT DAERAH 2018

77

5) Kejayaan Peringkat Zon

BOLA TAMPAR(PERINGKAT ZON)
- JOHAN PERINGKAT ZON 2017(PEREMPUAN BAWAH 12 TAHUN)
- KETIGA PERINGKAT ZON 2018(PEREMPUAN BAWAH 12 TAHUN)
- KEDUA PERINGKAT ZON 2018(LELAKI BAWAH 12 TAHUN)

NURAINA NAJIHA BINTI MOHD AZMI( PERINGKAT KELOMPOK)
- TEMPAT KETIGA PERTANDINGAN BERCERITA BM TAHAP 1 2018

VEERATANEGASRRY A/P BATHUMALAI
- JOHAN BERCERITA SAINS BI 2018(PERINGKAT KELOMPOK)

NUR SYAZLIN ELYANA BT SHAHRIZAL (PERINGKAT KELOMPOK)
- TEMPAT KETIGA
- PERTANDINGAN BERCERITA BM TAHAP 2 2018

KALAM JAMAIE
- JOHAN PERINGKAT ZON IHTIFAL JQAF 2017

FARAH WAHEEDA BINTI ISMAIL
- JOHAN HAFAZAN (P) MTQ PERINGKAT ZON 2018
NATASHA HANIS BINTI MOHD NIZAM
- TEMPAT KETIGA BERCERITA KISAH-KISAH AL-QURAN (P) MTQ

PERINGKAT ZON 2018

78

Rumusan

79

Rumusan

Setelah bertungkus-lumus, akhirnya kajian ini dapat disiapkan
dalam tempoh masa yang ditetapkan. Banyak yang telah dipelajari daripada
kajian yang telah dilaksanakan. Melalui kajian ini, kami berbangga kerana
bersekolah di Sekolah Kebangsaan Jati ini kerana mempunyai tenaga pengajar
yang mencukupi dan berwibawa. Peranan guru sangat penting bagi memastikan
kejayaan institusi sekolah sebagai pemangkin budaya ilmu di kalangan
masyarakat.

Berdasarkan kajian yang dijalankan, kami dapat mengetahui dengan lebih
mendalam mengenai sejarah sekolah. Ini dapat menanam rasa setia dan bangga
dengan identiti sekolah seterusnya meyedari bahawa mengekalkan kemegahan
dan kecemerlangan sekolah merupakan tanggungjawab bersama semua pihak.

Sekolah ini juga menyediakan pelbagai kemudahan yang mencukupi dan
selesa untuk semua warga sekolah. Adalah seharusnya semua warga sekolah
berasa bersyukur dan memanfaatkan segala kemudahan yang disediakan sebaik
mungkin. Selain itu, kajian ini juga telah menyedarkan kami untuk sentiasa
berusaha meningkatkan pencapaian diri dari aspek akademik, kokurikulum
dansebagainya bagi meningkatkan imej sekolah di mata masyarakat.

Sekolah ini adalah sekolah yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti
melayu, india dan sebagainya. Ini memberi peluang kepada semua pelajar
bersama-sama menjalankan hubungan yang erat dan mesra ke arah mencapai
tujuan dan maklamat perpaduan nasional.

80


Click to View FlipBook Version