MEMBINA PATRIOTISME MELALUI RUKUN NEGARA
SEKAPUR SIRIH
Assalamualaikum & salam sejahtera
Syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan izinNya, saya berjaya
menyiapkan e-Scrapbook Rukun Negara yang amat bermakna ini.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada guru pembimbing saya,
Encik Mohamad Jamil bin Hj. Ladisma atas segala panduan
dan tunjuk ajar yang diberikan.
Penghargaan ini juga ditujukan kepada kedua ibubapa saya yang sentiasa
menyokong usaha disebalik penghasilan e-Scrapbook ini.
Seterusnya kepada guru-guru SK LKTP Ulu Penggeli khususnya
Encik Suhaimi bin Salamat, rakan-rakan dan juga semua yang terlibat
sama ada secara langsung mahupun tidak.
Semoga semua jasa dan kebaikan anda akan mendapat ganjaran yang
setimpal daripada Allah S.W.T
Sekian, terima kasih.
i
ISI KANDUNGAN
ISI KANDUNGAN i
ii
Sekapur Sirih 1
Isi Kandungan 2
Definisi 2
Teks & Sejarah Rukun Negara 3
Prinsip Rukun Negara 8
Pengertian Rukun Negara 12
Membina Patriotisme
Rujukan
ii
DEFINISI
DEFINISI PATRIOTISME
[pa.trio.tis.me] | ڤاتريوتيسمى
Definisi :
perasaan cinta yg kuat terhadap tanah air:
(Kamus Dewan Edisi Keempat)
DEFINISI RUKUN NEGARA
Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia
yang telah dibentuk pada 31 Ogos 1970.
Rukun Negara diperkenalkan berikutan Peristiwa 13 Mei 1969
yang telah melemahkan perpaduan
antara kaum di Malaysia.
Tujuan utama Rukun Negara dibentuk adalah untuk membentuk
perpaduan yang kukuh. Oleh itu, prinsip-prinsip dalam Rukun
Negara jelas merupakan kunci kepada keharmonian dan
perpaduan kaum demi memastikan kejayaan dan kestabilan
Malaysia.
1
TEKS & SEJARAH RUKUN NEGARA
PRINSIP RUKUN NEGARA
Melalui Rukun Negara, Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai
perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya,
memelihara satu cara hidup demokratik, iaitu dengan mencipta satu
masyarakat yang adil agar kemakmuran negara dapat dinikmati secara adil
dan saksama, menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak serta membina satu
masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden
dalam rangkaian kehidupan. Terdapat lima prinsip dalam Rukun Negara
yang perlu dijiwai oleh setiap rakyat Malaysia iaitu Kepercayaan kepada
Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan,
Kedaulatan Undang-Undang, Kesopanan dan Kesusilaan.
2
PENGERTIAN RUKUN NEGARA
RUKUN NEGARA #1: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
bangsa dan negara ini telah diwujudkan atas
kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan.
Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan
bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara
yang berdaulat.
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa
islam adalah Agama Rasmi Persekutuan, tetapi
agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh
diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana
bahagian di dalam persekutuan dan tindakan
membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara
atas alasan atau perihal agama adalah dilarang sama
sekali.
Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan
anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-
masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama
dalam Rukun Negara.
3
PENGERTIAN RUKUN NEGARA
RUKUN NEGARA #2: KESETIAAN KEPADA RAJA & NEGARA
berteraskan kepada amalan Sistem Demokrasi
Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dengan Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua
negara.
Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong
sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja
juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua
Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja.
Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua
Negeri merupakan lambang perpaduan rakyat.
Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud,
bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan
sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki
menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah
negeri tempat mereka bermastautin tanpa
mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan
Agong.
4
PENGERTIAN RUKUN NEGARA
RUKUN NEGARA #3: KELUHURAN PERLEMBAGAAN
menekankan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan
mempertahankan keluhuran atau kemuliaan
Perlembagaan Negara.
Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan
yang tertinggi dan berfungsi untuk memberi
perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak
dan keistimewaan mereka sebagai warganegara.
Setiap warganegara Malaysia dikehendaki
menghormati, menghargai, serta memahami maksud
dan kandungan serta latar belakang sejarah
pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan
Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua
kaum dan semua pihak di negara ini. Oleh hal yang
demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat
yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat
oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak.
5
PENGERTIAN RUKUN NEGARA
RUKUN NEGARA #4: KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
Keadilan yang diasaskan atas kedaulatan undang-
undang menunjukkan bahawa setiap rakyat adalah
sama taraf di sisi undang-undang.
Selain itu, Kebebasan asasi juga terjamin bagi semua
warganegara Malaysia. Undang-undang negara yang
berasaskan perlembagaan perlu diterima dan
dipertahankan kedaulatannya.
Tanpa adanya undang-undang maka negara tidak
dapat mencapai keamanan dan kestabilan.
Seterusnya, undang-undang negara dijamin pula oleh
institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap
negara memerlukan undang-undang untuk mengawal
dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil
dan makmur.
Hak-hak semua rakyat juga boleh diamalkan dengan
bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta
perkara-perkara seperti mana yang dijamin oleh
Perlembagaan Negara.
6
PENGERTIAN RUKUN NEGARA
RUKUN NEGARA #5: KESOPANAN DAN KESUSILAAN
menekankan perkembangan personaliti dan tingkah
laku setiap rakyat. Ianya bertujuan untuk membentuk
warga negara yang bersopan santun dan bersusila
selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni
yang dijalankan.
Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila
adalah paling bermakna dan amat penting dalam
konteks perhubungan antara satu sama lain dalam
masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap
bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi
membentuk seseorang individu dan masyarakat yang
berdisiplin dan bermoral tinggi yang akan membantu
mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni.
Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku
atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung
perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah
laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan
yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian
dan kehidupan bernegara.
7
MEMBINA PATRIOTISME
Melalui penghayatan nilai patriotisme ini, hadir Nilai patriotisme sangat
perasaan tanggungjawab, ketaatan dan penting untuk
pengorbanan. Seorang patriot dikatakan seorang melahirkan tindakan
yang cinta akan negaranya dan sanggup melakukan atau perilaku beretika
demi Malaysia tercinta.
apa-apa sahaja demi menjaga maruah atau Penzahiran rasa kasih
kemuliaan negaranya. Kebanggaan terhadap negara
sebagai tanah air dan tanah tumpahnya darah akan dan sayang akan
negara dan
melahirkan perasaan cinta, pengabdian dan nilai
ntegriti yang tinggi terhadap tanah airnya. komponennya
mencetuskan
pengaruh yang kuat
bagi tingkah laku
manusia untuk
mempertahankan
kedaulatan negara
demi kesejahteraan
rakyat. Nilai patriotisme
ini sangat diperlukan
pada saat ini, terutama
ketika masyarakat
mula meminggirkan
nilai murni lantaran
asakan nilai
kebendaan yang begitu
kuat.
8
MEMBINA PATRIOTISME
Rukun Negara
menjadi panduan bagi
rakyat memupuk
semangatsetia kawan
dan kecemerlangan
hidup bermasyarakat
serta bernegara.
Selainitu Rukun Negara
bermatlamat
membentuk masyarakat
yang adil dansaksama
supaya kemakmuran
negara dapat dinikmati
bersama-sama.
9
KESIMPULAN
Kesimpulannya, Rukun Negara bukanlah sekadar prinsip
yang yang hanya dilafazkan dengan ikrar tetapi ianya
menuntut kesungguhan setiap warganegara untuk
menghayati dan mengamalkannya. Justeru,
mengamalkan Rukun Negara akan melahirkan
masyarakat yang bersatu padu, muhibah tanpa mengira
kaum serta bersikap saling menghormati antara satu
sama lain. Melalui perpaduan yang kukuh maka
pertumbuhan ekonomi dapat ditingkatkan dan kestabilan
politik dapat dikekalkan dalam sistem pemerintahan
negara yang bercorak demokratik.
SEKIAN
10
SENARAI RUJUKAN
Fahezah Nor Mohamed (2019). Disebalik Makna Prinsip Rukun
Negara.
https://agri.upm.edu.my/article/disebalik_makna_prinsip_rukun_ne
gara-43449
Nurul Aisyah (2017). Kepentingan Rukun Negara.
https://www.academia.edu/16459970/Kepentingan_rukun_negara
Kamus Dewan & Bahasa Edisi Keempat.
https://www.academia.edu/16459970/Kepentingan_rukun_negara
Kementerian Penerangan Malaysia,Januari 2013