The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sherina mustaffa, 2019-09-04 04:52:41

KOLOKIUM 2019 PDF

KOLOKIUM 2019 PDF

KATA ALUAN PENGARAH INSPEN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurniaNya, INSPEN telah dapat
menganjurkan Kolokium Disertasi Pasca Siswazah ke-3 tahun 2019.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pembentang.
Melanjutkan pelajaran di peringkat pasca siswazah merupakan pengukuhan
dalam perkembangan kerjaya pegawai selaras dengan pelan strategik jabatan
dalam Pembangunan Modal Insan. Kolokium Disertasi Pasca Siswazah dianjurkan
sebagai medan perkongsian ilmu dalam penyelidikan khusus untuk penerima
Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Hadiah Latihan Persekutuan Separa
Biasiswa (HLPSB) di peringkat pengajian Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD).
Selain daripada itu, program kolokium adalah bagi menggalakkan budaya
perkongsian ilmu penyelidikan di kalangan pegawai JPPH, di samping memberikan
pendedahan kepada realiti dunia penyelidikan terutama apabila berada di
peringkat pasca siswazah. Penyelidikan yang dibentangkan adalah terdiri
daripada pelbagai cabang ilmu dalam industri harta tanah.
Diharapkan, ia dapat memberikan manfaat dan ilmu pengetahuan kepada semua
warga JPPH.
Akhir kata, terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa Kolokium, para pembentang
dan semua yang terlibat dalam menjayakan Kolokium Disertasi Pasca Siswazah
kali ke-3.
Sekian, terima kasih.

(Sr MOHD NAZRI BIN AHMAD ZAHARI)
Penasihat Jawatankuasa Kolokium Disertasi Pasca Siswazah
Institut Penilaian Negara
Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH)
Kementerian Kewangan Malaysia

i

OBJEKTIF KOLOKIUM DISERTASI PASCA SISWAZAH KETIGA

i. Perkongsian ilmu tentang penyelidikan yang telah dibuat oleh Pegawai
Penilaian yang telah menerima HLP dan HLPSB.

ii. Menggalakkan budaya penyelidikan di kalangan Pegawai JPPH.

ii

AHLI JAWATANKUASA
KOLOKIUM DISERTASI PASCA SISWAZAH KETIGA 2019

Penasihat
Sr Mohd Nazri Bin Ahmad Zahari
Pengarah INSPEN
Pengerusi Jawatankuasa Kerja
Haszlila binti Jalil
Ketua Pusat Akademik
Naib Pengerusi Jawatankuasa Kerja
Sr Nor Rafidah binti Abdullah
Kertas Kerja
Sr Nor Rafidah binti Abdullah
Marliyana binti Saharan
Perasmian/Protokol
Sr Faridah binti Abdul Rahman
Sr Hani Suryati binti Andul Rahman
Norzaila Binti Abdul Rashid
Mohd Noor Adzim Bin Shaari
Mohd Firdaus bin Hamir
Jemputan
Asmahani binti Mohd Napiah
Ruzanna binti Rusli
Cenderahati/Pendaftaran
Sr Halimatul Saeidah binti Abdul Ghani
Zuraidah binti Khalil
Azmaliza binti Idrus
Amran bin Mohd Yusof
Publisiti/Pencetakan
Soleha binti Hashim
Nor Sherina binti Mustaffa
Teknikal
Mokhtar bin Omar
Nurul Naziha Akma binti Mawati
Roslinda binti Abu Hassan
Hospitaliti/Makanan/Kenderaan
Noorlelawati binti Mat Ari
Zazoraina binti Mohd Noor
Jemputan Penceramah
Sr Hazirah binti Yahaya

iii

ATUR CARA PROGRAM
KOLOKIUM DISERTASI PASCA SISWAZAH KETIGA 2019

Tarikh : 06 September 2019 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi – 12.30 tengah hari
Tempat : Dewan Nusantara, Institut Penilaian Negara (INSPEN)

Masa Atucara
8.00 pg - 8.30 pg Pendaftaran peserta

8.30 pg - 8.45 pg Ketibaan Timbalan Ketua Pengarah Penilaian & Perkhidmatan Harta
8.45 pg - 9.00 pg (Dasar Strategik)
9.00 pg - 9.15 pg Bacaan Doa
Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu JPPH
Ucapan Perasmian TKPPPH (Dasar Strategik)

9.15 pg - 9.30 pg Penyampaian Sijil kepada pembentang

9.30 pg - 9.50 pg Pembentangan 1
Muhd Hasnizam b. Hasan (W44)
Institut Penilaian Negara
Amalan Terbaik dalam Menguruskan Kutipan Caj Penyenggaraan di
Rumah Pangsa Kos Rendah

9.50 pg - 10.10 pg Pembentangan 2
Sr. Siti Noraishah bt. Saharif (W44)
Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC)
Criteria for and Impacts on Abandoned Housing Projects
Rehabilitation in Selangor: A Case Study of LA Cottage Housing
Scheme in Puchong

10.10 pg - 10.40 Minum pagi
pg Pembentangan 3
Puzihana bt. Ismail (W44)
10.40 pg - 11.00 JPPH Negeri Johor
pg Campur tangan Kerajaan Negeri Melaka dalam Kawalan Harga
Rumah Melalui Jawatankuasa Pecah Sempadan dan Belah Bahagi

11.00 pg - 11.20 Pembentangan 4
pg Sr. Hazirah bt. Yahaya (J44)
Institut Penilaian Negara
Penilaian Prestasi Bangunan: Analisis Ruang Tandas Asrama Pelajar

11.20 pg - 12.30 Ceramah Kemahiran Berkomunikasi:
tghari The Art of Dealing with People
En. Zul Husni Bin Zohari
Human Capital Consultant

Selesai

iv

KOLOKIUM DISERTASI PASCA SISWAZAH KETIGA 2019

06 September 2019 (Jumaat)
8.00 pagi – 12.30 tengah hari
Dewan Nusantara, Institut Penilaian Negara (INSPEN)

BIL TAJUK - PEMBENTANG MUKA
SURAT
1. Amalan Terbaik dalam Menguruskan Kutipan Caj
Penyenggaraan di Rumah Pangsa Kos Rendah vi
Oleh: Muhd Hasnizam b. Hasan vii

2. Criteria for and Impacts on Abandoned Housing Projects viii
Rehabilitation in Selangor: A Case Study of LA Cottage Housing
Scheme in Puchong ix
Oleh: Sr. Siti Noraishah bt. Saharif

3. Campur tangan Kerajaan Negeri Melaka dalam Kawalan Harga
Rumah Melalui Jawatankuasa Pecah Sempadan dan Belah
Bahagi
Oleh: Puzihana bt. Ismail

4. Penilaian Prestasi Bangunan: Analisis Ruang Tandas Asrama
Pelajar
Oleh: Sr. Hazirah bt. Yahaya

v

AMALAN TERBAIK DALAM MENGURUSKAN KUTIPAN CAJ
PENYENGGARAAN DI RUMAH PANGSA KOS RENDAH

DISEDIAKAN OLEH:

Muhd Hasnizam Bin Hassan
Pegawai Penilaian Kanan, W44
Pusat Penyelidikan dan Inovasi, INSPEN

Sarjana Sains (Harta Tanah), Universiti Teknologi Malaysia

Secara umumnya Badan Pengurusan Bersama/Joint Management Body (JMB) atau
Perbadanan Pengurusan/Management Corporation (MC) di rumah pangsa kos rendah mahu
pun di pangsapuri kos sederhana dan mewah mempunyai pelbagai cabaran dalam
menguruskan JMB/MC. Salah satu cabaran yang paling kritikal dalam pengurusan JMB/MC
adalah kutipan caj penyenggaraan. Kajian ini dijalankan bagi membantu pihak pengurusan
JMB/MC untuk mengenal pasti faktor faktor yang menyebabkan pembeli atau pemilik petak
enggan membayar caj penyenggaraan. Objektif kajian ini adalah (i) Mengenal pasti faktor-
faktor yang menyebabkan pembeli atau pemilik petak enggan membayar caj penyenggaraan.
Dan (ii) Mengenal pasti amalan terbaik untuk pihak pengurusan JMB/MC bagi mengutip caj
penyenggaraan dengan lebih efisien. Kawasan pemajuan yang akan dikaji adalah kawasan
perumahan strata kos rendah sahaja iaitu di kawasan Rumah Pangsa Kos Rendah (RPKR)
SS13, Subang Jaya. Data-data yang digunakan di dalam kajian ini dikumpulkan melalui kajian
soal selidik kepada pemilik unit dan dianalisis menggunakan perisian SPSS (Statistical Package
for Social Science). Hasil analisis kajian soal selidik ini kemudiannya dihuraikan dan
diperjelaskan lagi melalui pandangan dan cadangan yang diperolehi semasa temu bual dengan
Pegawai Pegawai di Jabatan COB, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Selangor. Bagi
objektif pertama, Berdasarkan kepada analisis yang dijalankan ke atas soal selidik yang
diedarkan, secara purata responden setuju dengan setiap isu-isu yang telah dinyatakan iaitu
faktor penyenggaraan dan faktor pengurusan memainkan peranan yang penting dalam
menentukan kesediaan pembeli/pemilik unit untuk membayar caj penyenggaraan tepat pada
masa. Bagi objektif kedua pula, temu bual dengan Pegawai COB di pihak berkuasa tempatan
(PBT) di Negeri Selangor mendapati bahawa tindakan penguatkuasaan adalah satu tindakan
terbaik untuk dijalankan oleh pihak pengurusan JMB/MC bagi memberi kesedaran kepada
pembeli/pemilik unit untuk membayar caj penyenggaraan. Faktor-faktor yang telah dikenal
pasti akan membantu pihak pengurusan JMB/MC membuat penambahbaikan untuk
memperkemaskan sistem pengurusan penyenggaraan agar keadaan kawasan harta bersama
berada dalam keadaan baik. Kajian ini juga diharapkan dapat memberi panduan atau cetusan
idea kepada pihak KPKT dan COB untuk menyediakan satu tatacara pengendalian piawai bagi
pengurusan JMB/MC untuk menjalankan kutipan caj penyenggaraan secara efisien.

vi

CRITERIA FOR AND IMPACTS ON ABANDONED HOUSING PROJECTS
REHABILITATION IN SELANGOR: A CASE STUDY OF LA COTTAGE

HOUSING SCHEME IN PUCHONG

DISEDIAKAN OLEH:

Sr Siti Noraishah Binti Saharif

Pegawai Penilaian Kanan, W44
Unit Audit Data, NAPIC
Ibu Pejabat, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta

Sarjana Harta Tanah, Universiti Malaya

Abandoned housing project is a worrying phenomenon that occurs in the country's housing
industry. While the national housing industry has grown rapidly since the country gained
independence, issues related to abandoned projects is still an important agenda for the
government to resolve. The problem of abandoned housing projects is generally caused by
weaknesses in the existing housing developmental projects, legal loopholes and lack of
enforcement of the concerned government agencies. Based on the objectives of the study,
that is to identify criteria for rehabilitation of abandoned housing projects and to identify the
impact of recovery on the residential property market in the study area and surrounding areas.
In addition, the social effects resulting from the existence of abandoned housing projects were
also identified. This study used both methods of quantitative and qualitative research. These
methods were used to ensure that this research gets more accurate findings. In addition, the
use of these methods of research is to complement the shortcomings in each of the method
chosen. Questionnaires and interviews were used to obtain the actual views of respondents
on the issues mentioned. The study has found that the main concern for rehabilitation of
abandoned housing projects is whether the project is viable or not. If it is not viable at present,
the project will be rehabilitated in the future after a feasibility study was carried out again.
The study also found that abandoned housing projects which has successfully recovered has
increased the market value of the property in the study area and the surrounding area but
also the negative effects of social problem is not very significant in the study area due to the
existence of abandoned housing projects. In conclusion, the role of government as a facilitator
to resolve the issues of abandoned housing has incurred positive results based on the increase
in the number of abandoned housing projects that were successfully rehabilitated.
Keywords: abandoned housing projects, housing industry, housing construction system,
government intervention, Real estate market, recovery program, recovery criteria

vii

CAMPUR TANGAN KERAJAAN NEGERI MELAKA DALAM KAWALAN
HARGA RUMAH MELALUI JAWATANKUASA PECAH SEMPADAN DAN

BELAH BAHAGI (JKBB)

DISEDIAKAN OLEH:

PUZIHANA BINTI ISMAIL
Pegawai Penilaian Kanan, W44
Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Johor
Bahru, Johor.

Sarjana Sains (Pentadbiran & Pembangunan Tanah)
Universiti Teknologi Malaysia

Kenaikan harga rumah yang semakin meningkat dan tidak selari dengan pendapatan rakyat
di negara ini menyebabkan kemampuan memiliki rumah adalah sukar. Walaupun kerajaan
telah melaksanakan pelbagai langkah dengan mengawal spekulasi harga rumah dan
menyediakan bekalan perumahan negara melalui program – program perumahan awam dan
insentif perumahan, namun mekanisma tersebut adalah terbatas dan masih belum mampu
menangani kenaikan harga rumah. Situasi ini memerlukan kerajaan untuk campur tangan
dengan menubuhkan badan khas sebagaimana saranan rakyat. Melaka adalah negeri pertama
di Malaysia yang telah menubuhkan badan khas iaitu Jawatankuasa Pecah Sempadan dan
Belah Bahagi (JKBB) dalam mengawal harga semua jenis rumah. JKBB masih meneruskan
peranannya walaupun mendapat tentangan daripada pihak pemaju untuk menghentikan
kawalan harga rumah tersebut. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kaedah, isu – isu,
kesan dan cadangan penambahbaikan pelaksanaan JKBB dalam kawalan harga rumah.
Kaedah kajian yang digunakan adalah menerusi analisis kualitatif dengan menjalankan temu
bual semi struktur bersama responden agensi – agensi JKBB, pemaju perumahan dan pembeli
di negeri Melaka. Penemuan kajian ini mendapati di antara isu utama dalam pelaksanaan JKBB
ialah isu harga rumah, rayuan dan penguatkuasaan. Isu ini telah mendatangkan kesan positif
di antaranya ialah harga rumah di Melaka lebih rendah dan mampu dimiliki oleh rakyat.
Manakala kesan negatif di antaranya ialah pemaju menghadapi risiko untuk menangguhkan
atau membatalkan projek perumahan. Di akhir kajian ini pengkaji telah mencadangkan
penambahbaikan aliran kerja pelaksanaan JKBB bagi mengatasi isu - isu yang telah dikenal
pasti.

viii

PENILAIAN PRESTASI BANGUNAN: ANALISIS RUANG TANDAS ASRAMA
PELAJAR

DISEDIAKAN OLEH:
Sr Hazirah Binti Yahaya

Juruukur Bangunan, J44
Pusat Akademik, INSPEN
Sarjana Sains (Senibina), Universiti Kebangsaan Malaysia

Tandas yang mempunyai kecacatan yang banyak terutamanya dari segi fungsi akan
memberikan perasaan ketidakselesaan kepada pengguna. Kajian ini berkaitan dengan tandas
asrama pelajar di sebuah institusi kerajaan yang berperanan sebagai sebuah pusat latihan,
penyelidikan dan pendidikan dalam bidang harta tanah. Keempat-empat blok asrama dibina
di bawah fasa pembangunan yang sama serta mempunyai reka bentuk, kumpulan konsultan
dan kontraktor yang sama. Jumlah kecacatan yang direkodkan sebanyak 1,644 merangkumi
empat blok asrama dengan ketinggian 10 tingkat iaitu dua (2) blok asrama siswa dan dua (2)
blok asrama siswi. Tandas di setiap aras berpusat di satu tempat. Ini bermakna pelajar perlu
berkongsi tandas yang terletak di setiap aras. Hasil penemuan yang diperolehi adalah
wujudnya perkaitan antara jumlah kecacatan dengan setiap aras sehingga menghasilkan garis
kecenderungan kecacatan. Garis kecenderungan kecacatan menggambarkan semakin tinggi
aras maka semakin menaik garisan tersebut. Penemuan kedua adalah wujudnya perkaitan
antara jumlah kecacatan, kumpulan aras dan jantina. Kecacatan blok siswa merekodkan
jumlah yang lebih tinggi berbanding siswi. Hasil penemuan ini boleh diguna pakai oleh
pengurusan institusi berkaitan dalam memberi tumpuan kerja penyenggaraan dan bajet
kepada blok atau aras yang mengalami banyak kecacatan.
Kata kunci: Kecacatan tandas, penilaian keadaan bangunan, pemeriksaan bangunan, matrik
CSP 1

ix


Click to View FlipBook Version