The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wann_rosse, 2019-12-29 19:48:20

Buku Panduan Pengurusan

Buku 1

0 SMK TAMAN DATO’ HARUN
2 KM 12 JALAN KLANG LAMA
2
46000 PETALING JAYA
SELANGOR

TEL.: 03 7782 8358
FAKS.: 03-7781 5712
E-MEL: [email protected]



20
2

BUKU PANDUAN
PENGURUSAN

SEKOLAH

#SEDERAPBERSAMAKEPUNCAKKEGEMILANGAN

Buku Panduan Pengurusan SMK Taman Dato’ Harun 2020



ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
3
BIL. PERKARA
1. Sekapur Sirih Daripada Bonda Pengetua 4–6
2. Surat Lantikan & Akuan Penerimaan 7 – 24
3. Info Pendidikan
25 - 33
• Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Visi dan Misi KPM 34 -36
• Ikrar Penjawat Awam 37 – 39
• SKPMg2 40 – 49
• Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 50 – 61
4. Pengenalan Sekolah 62 – 74
5. Penggal Persekolahan & Cuti Tahun 2020 75 - 102
6. Takwim Peperiksaan & Jadual Waktu 103 – 144
7. Senarai Maklumat Guru 145 – 169
8. Senarai Terperinci Tugas Guru 170 – 203
9. Takwim Sekolah 2020 204 - 238
10. Pengurusan & Pentadbiran Sekolah
11. Pengurusan Kurikulum
12. Pengurusan Hal Ehwal Murid
13. Pengurusan Kokurikulum
14. Pengurusan program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)

2

Buku Panduan Pengurusan SMK Taman Dato’ Harun 2020



SEKAPUR SIRIH
DARIPADA BONDA PENGETUA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillah. Terlebih dahulu, sekalung tahniah dan jutaan terima kasih
bonda tujukan kepada Jawatankuasa Buku Panduan Pengurusan Tahun
2020 yang telah bertungkus-lumus bekerja bagi menyiapkan buku ini.
Berlabuhnya tirai 2019 menyaksikan pelbagai tindakan telah berjaya
dilaksanakan mahupun masih memerlukan penambahbaikan serta
perubahan yang melibatkan keberkesanan kualiti kerja kita. Lembaran tahun 2020 bakal kita singkap dengan
kalimah syukur ke hadrat Ilahi dan menadah tangan mendoakan kesejahteraan kita bersama.

Tahun baharu yang menjengah pastinya datang bersama dengan pelbagai cabaran dan peluang. Benar sekali
kata-kata daripada tokoh terkenal Amerika Syarikat, Benjamin Franklin, “If you fail to plan, you plan to fail”.
Dalam menjana kecemerlangan, sesuatu perancangan yang sistematik amatlah didambakan. Keberkesanan
dalam merancang dan melaksanakan visi dan misi sekolah akan membuahkan hasil yang lumayan. Sehubungan
dengan itu, buku panduan ini diharapkan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh warga D’Harunians.

Tempoh gelombang kedua (2016 – 2020) dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malayisa semakin hampir ke
penghujungnya. Kualiti pengurusan dan kepimpinan, pengajaran dan pembelajaran, iklim pembelajaran yang
kondusif, keterampilan dan kemenjadian murid serta sokongan daripada persekitaran perlu diperkasakan lagi.
Guru-guru perlu bersedia untuk mendepani arus globalisasi dan dunia tanpa sempadan. Keterbukaan minda
yang dikawal oleh ilmu dan kemurniaan akhlak membolehkan kita menerima perubahan secara positif. Sebuah
kejayaan juga tidak datang sekelip mata.

Pada masa kini, modal insan yang berkualiti daripada segala aspek menjadi prasyarat utama kepada kejayaan
untuk meningkatkan imej sekolah sekaligus mampu membentuk masyarakat yang bertamadun seiring dengan
perkembangan semasa. Sememangnya produktiviti yang didasari dengan kreativiti dan inovasi mampu
melonjakkan kecemerlangan daripada segi kemahiran, kecekapan dan keberkesanan khususnya dalam dunia
pendidikan. Selain itu, pencapaian yang cemerlang dalam bidang kokurikulum harus dijadikan asas untuk
memperhebat usaha melahirkan jaguh dan wira yang mampu mengharumkan nama sekolah. Oleh itu, sekiranya
kita dapat memupuk semangat kerjasama dan permuafakatan serta komitmen yang tinggi dalam apa-apa jua
tugasan yang diberikan, kejayaan dan kecemerlangan akan pasti menjadi milik kita.

Akhir kalam, bonda mendoakan semoga warga D’Harunians akan bergerak sederap secara proaktif, berfikir
secara kreatif dan inovatif serta bertindak dengan komited dan penuh bertanggungjawab dalam melaksanakan
tugas yang diamanahkan sepanjang tahun 2020 ini. Harapan bonda agar kita dapat bekerja sebagai satu
pasukan yang utuh demi mencapai kecemerlangan dalam semua bidang terutamanya aspek kemenjadian murid.
Insya-Allah.

#Sederapbersamakepuncakkegemilangan
#Proud2BD’Harunians

FARIDAH AKHMA BINTI ZULKIFLI 3
Bonda Pengetua

Buku Panduan Pengurusan SMK Taman Dato’ Harun 2020



SURAT
LANTIKAN

&

AKUAN
PENERIMAAN

4

Buku Panduan Pengurusan SMK Taman Dato’ Harun 2020



KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Tel: 03-77828358
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Dato’ Harun Faks: 03-77815712

KM 12, Jalan Klang Lama Email:
46000 Petaling Jaya [email protected]

Selangor Darul Ehsan

Rujukan Kami: SMKTDH 500-2/13/1 ( )

Tarikh : 30 DISEMBER 2019

Kepada

…………………………………………….

SMK Taman Dato’ Harun,
KM 12, Jalan Klang Lama,

46000 Petaling PJayrao, tect Our Species : Go Green

Selangor.

Tuan/Puan,

LANTIKAN SEBAGAI AHLI JAWATANKUASA DALAM BIDANG DAN UNIT-UNIT

PENGURUSAN DKUANRIPKEUNLUTAMDBIRLAaNporan Akhir
PENGURUSAN

PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

PENGURUSAN KOKURIKULUM

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumSkaMn KbahTawaamtuaann/pDuaan tdoen’ gHanarrausmninya dilantik sebagai ahli jawatankuasa seperti
yang telah dicatatkan dalam Buku 2Pa8ndOuakntPoebngeurrus2a0n 1Se9kolah bagi tahun 2020.

3. Tarikh kuat kuasa lantikan ini mulai 01 JANUARI hingga 31 DISEMBER 2020.

4. yaTnugan/tpeulaahnPddraenonggaankrainnai mddiiararanShcaemngeknosjaelalpanaknhajanngtTugrtaaEshusEnepS2e0rt2i20la0ndt1aikpa9ant:udnitluakksmaneamkaasntikdaenngseagnalsaepmrpogurrnaam dan
aktiviti dan

Yberintegriti. o u n g V o ic e s fo r C o n se r v a tio n

5. Semoga lantikan dan amanah ini dapat dijalankan dengan komitmen serta iltizam yang tinggi serta dapat
meningkatkan pembangunan diri, menambah pengalaman seterusnya dapat membantu memajukan SMK Taman
Dato’ Harun mencapai kecemerlangan. Kerjasama daripada pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima
kasih.

Sekian.
“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “
Saya yang menjalankan amanah,

(FARIDAH AKHMA BINTI ZULKIFLI)
Pengetua

5

Buku Panduan Pengurusan SMK Taman Dato’ Harun 2020



Pengetua
SMK Taman Dato’ Harun, Petaling Jaya.

Tuan,

MENERIMA PELANTIKAN SEBAGAI AHLI JAWATANKUASA DALAM BIDANG
DAN UNIT-UNIT DI SMK TAMAN DATO’ HARUN BAGI TAHUN 2020

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya …………………………………………………………………………………..

No. K/P: …………………………………… dengan ini menerima lantikan jawatan yang

diberi seperti butiran di bawah.:

BIL. JAWATAN/TUGASAN UNIT

3. Saya berjanji akan melaksanakan tugas dan amanah dengan penuh
tanggungjawab.
Sekian, terima kasih.

Yang benar,

…………………………………………………..

( )

6

Buku Panduan Pengurusan SMK Taman Dato’ Harun 2020



info
pendidikan

7

Buku Panduan Pengurusan SMK Taman Dato’ Harun 2020



8

Buku Panduan Pengurusan SMK Taman Dato’ Harun 2020



IKRAR PENJAWAT AWAM

Kami yang telah dilantik berkhidmat dengan kerajaan Malaysia membuat ikrar di sini
bahawa semasa dan selagi kami berkhidmat dengan kerajaan, kami akan patuh dengan
mengamalkan teras-teras perkhidmatan semasa menjalankan tugas yang diberi.
• Berazam meningkatkan mutu perkhidmatan;
• Bekerja dengan penuh tanggungjawab;
• Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri;
• Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan;
• Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara;
• Bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan musuh-musuh negara; dan
• Berpegang teguh kepada ajaran agama.

Maka kami, rakyat Malaysia, berikrar dan berjanji, akan menumpukan seluruh tenaga
dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip
yang berikut:
• KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
• KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
• KELUHURAN PERLEMBAGAAN
• KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
• KESOPANAN DAN KESUSILAAN



9

Buku Panduan Pengurusan SMK Taman Dato’ Harun 2020



SKPMg2

5 STANDARD SKPMg2

Standard 1 Kepemimpinan

Standard 2 Pengurusan Organisasi

Standard Standard 3 3.1 Pengurusan Kurikulum
Pengoperasian Standard 4 3.2 Pengurusan Kokurikulum
3.3 Pengurusan Hal Ehwal Murid

Pembelajaran dan
Pemudahcaraan

Standard 5.1 Kemenjadian Akademik
Kemenjadian Standard 5 5.2 Kemenjadian Kokurikulum

5.3 Kemenjadian Sahsiah

2017:Task Force SKPMg2/JNJK/KPM 13 Februari 2017

10

Buku Panduan Pengurusan SMK Taman Dato’ Harun 2020



11

Buku Panduan Pengurusan SMK Taman Dato’ Harun 2020



12

Buku Panduan Pengurusan SMK Taman Dato’ Harun 2020



13

Buku Panduan Pengurusan SMK Taman Dato’ Harun 2020



14

Buku Panduan Pengurusan SMK Taman Dato’ Harun 2020



15

Buku Panduan Pengurusan SMK Taman Dato’ Harun 2020



PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA

2013 - 2025

16

Buku Panduan Pengurusan SMK Taman Dato’ Harun 2020



17

2020
Buku Panduan Pengurusan SMK Taman Dato’ Harun

A. Pendekatan

Fokus dan Gerak Kerja Profesional KPPM 2018

01 Perspektif Sistem

Perubahan dalam pendidikan sangat kompleks dan tidak boleh dilihat hanya dalam perspektif atas ke bawah atau bawah ke atas.

4 subsistem utama dalam sistem pendidikan

Perubahan dalam Pendidikan 1 | KPM 2 | JPN 3 | PPD 4 |SEKOLAH
(Educational Change)

1 Perubahan Struktural
(Structural Change)

• Prosedur
• Tata kelola (governance)

2 Perubahan Budaya • Sesuatu sistem itu dibentuk oleh hubungkait pelbagai Subsistem kepada
(Caltural Change) subsistem yang wujud dalam sistem tersebut. sekolah

Foku••s dAGmaayanalafinGkireanrak Kerja Profesi•onSaetliaKp PsuPbsMiste2m0un1ik8dan mempunyai buAda.yaPteernsednedikria. tan • PIBG
• Bilik Guru
• Panitia

01 • Hubungan antara subsistem bukan bersifat hierarki tetapi • Asrama
berbentuk rangkaian (networking). • Bilik Darjah
Perspektif Sistem

Perubahan Budaya Strategik 4

Setiap subsistem perlu 01 Memberi fokus kepada
mengambil tanggungjawab subsistem yang berimpak
dan perubahan gaya fikir dan 02 tinggi iaitu subsistem bilik
amalan (kerja buat) tanpa darjah
menunggu subsistem lain
berubah • Gaya fikir guru dan murid
• Interaksi antara guru dan

murid

Fokus dan Gerak Kerja Profesional KPPM 2018 Perlu intervensi dan perubahan drastik

Merungkai Titik-titik Sudut Pandang A. Pendekatan
Pemegang Taruh
5
Mudah capai dan
Komunikasi Menyeluruh

02 Pelaksanaan PPPM 03 Istilah dan bahasa yang 04 Kegagalan penyampaian
terpisah-pisah dan digunakan semasa sebarang mesej utama
banyak diwarnai oleh merekabentuk inisiatif adalah dengan cepat dan tepat
garis panduan / arahan bahasa dan sudut pandang kepada semua warga guru
dari “atas” pengubal polisi atau
pentadbir di KPM/ JPN/PPD

Berusaha membimbing sekolah Permudahkan kaedah dan Pendekatan mudah capai dan
memahami dan melaksanakan instrumen dengan merekabentuk komunikasi menyeluruh yang cepat
hasrat PPPM dalam bahasa inisiatif menurut sudut pandang dan tepat di dalam perkongsian
sekolah supaya ia lebih dan bahasa pelaksana sebarang mesej utama pendidikan
bermakna dan berdaya maju dengan warga guru

18

6

Buku Panduan Pengurusan SMK Taman Dato’ Harun 2020



Fokus dan Gerak Kerja Profesional KPPM 2018 B. Sasaran Mikro

Intipati PPPM dalam bentuk outcome boleh diterjemah dalam konteks sekolah berdasarkan kualiti sekolah dan kualiti
kemenjadian murid

Kualiti Sekolah SKPMg2 Kualiti PBS
Standard Kualiti Pendidikan Kemenjadian
Malaysia gelombang 2 Pentaksiran Berasaskan Sekolah
Murid

Satu-satunya instrumen utama yang dapat mengukur kualiti Mekanisme / alat ukur utama dalam menterjemahkan dan

sekolah mengoperasikan maksud pembentukan kemenjadian murid

• S1: Kepemimpinan yang holistik
• S2: Pengurusan Organisasi
• S3: Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid • Pentaksiran Pusat (PP)
• S4: Pembelajaran dan Pemudahcara • PAJSK
• S5: Kemenjadian Murid • Psikometrik
• Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

Membudayakan SKPMg2 sebagai alat pengurusan sekaligus Membugarkan kembali pemahaman dan pelaksanaan PBS
alat pengukuran kualiti sekolah

7

Fokus dan Gerak Kerja Profesional KPPM 2018 C. Bidang Tumpuan

Meletakkan PBS dan peperiksaan dalam perspektif yang betul dan produktif

01 Pentaksiran dan Peperiksaan 03

Pembelajaran Berorientasikan 02 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Pertumbuhan (Growth)
Fasa Menengah Atas (2 ) – Tingkatan 4 dan 5 1. Berdasarkan pemberatan implikasi terhadap
Fasa Persekolahan ( 6 + 3 ) Tahun 1 - Tingkatan 3 Pendidikan berorientasikan peperiksaan kemenjadian murid mengikut 4 komponen
Pendidikan asas yang holistik PBS, Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM)
1. Telah berganjak ke fasa alam dewasa melaporkan komponen PBD memberikan
1. Penguasaan kompetensi • Bertanggungjawab signifikan yang tinggi.
• Kognitif • Mampu membuat keputusan yang
• Emosi matang 2. Memberikan fokus utama kepada menilai
• Sosial semula secara keseluruhan pelaksanaan
• Spiritual 2. Orientasi peperiksaan boleh dimanfaatkan PBD di sekolah.
selepas murid diberikan pendidikan asas
2. Pembangunan sahsiah dan karekter murid yang kukuh melalui orientasi pertumbuhan
• Penerapan adab
• Nilai 3. GPS sebagai indikator prestasi sekolah
relevan dengan matlamat peperiksaan SPM
Tindakan Awal: sebagai peperiksaan awam berbentuk
Pengumuman Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah persijilan
(PPSR)
Pemansuhan penggunaan GPS sebagai indikator prestasi
utama sekolah

Kesan: Mengurangkan tekanan kepada pihak sekolah dan guru

8

19

Buku Panduan Pengurusan SMK Taman Dato’ Harun 2020



Fokus dan Gerak Kerja Profesional KPPM 2018 D. Program Strategik

Menggerak dan memantau kemajuan

01 Program Transformasi Daerah 02 Program Sekolah 03 Pembudayaan Komuniti
(DTP) |Dialog Prestasi Transformasi 2025 (TS25) Pembelajaran Profesional (PLC)

Budaya kerja yang menekankan kepada Menggunakan pendekatan Whole School Perkongsian pengalaman dan kepakaran
kepentingan data, intervensi berfokus dan Improvement sebagai strategi perubahan profesional di tempat masing-masing.
pemantauan berterusan. pendidikan
Mengenalpasti pemasalahan sebenar bilik
Pemantauan berterusan diperkemaskan Sekolah yang terlibat dengan TS25 menjadi darjah dan menyediakan kaedah penyelesaian
melalui maklum balas yang berkualiti. sekolah model pelaksanaan PPPM mengikut keperluan sebenar.

Lebih cepat maklum balas diperolehi lebih Dilaksanakan secara berperingkat supaya Boleh dilakukan secara berterusan mengikut
baik dan bermanfaat demi keberkesanan perubahan budaya warga sekolah dapat keperluan dan kesesuaian masa sekolah.
program. dikekalkan momentumnya
Diperhebatkan supaya ia menjadi budaya utama
Tindakan pembetulan dan penambahbaikan Usaha memahami dan menguasai aspek pembangunan profesionalisme warga pendidik
serta penilaian keberkesanan hendaklah pelaksanaan mesti dilakukan secepat mungkin. di semua peringkat
dilaksanakan. Tahun 2020 JPN/ PPD akan bertanggungjawab
sepenuhnya dalam memastikan semua sekolah
melaksanakan program TS25 sebelum 2025

9

Empat Komponen Utama Program Transformasi Daerah (DTP)

20

Buku Panduan Pengurusan SMK Taman Dato’ Harun 2020



Konsep Program TS25

21

Buku Panduan Pengurusan SMK Taman Dato’ Harun 2020



Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013 – 2015 (PPPM)

KEKUATAN KELEMAHAN PPPM 2013-2025 tidak difahami seutuhnya di peringkat sekolah

Strategi Pelaksanaan High level strategy Sekolah tidak Kongsikan PPPM Pelaksanaan PPPM
and implementation mendapat bimbingan dalam bahasa sekolah dapat dipercepatkan
Mewujudkan Unit
Pemantauan Pelaksanaan Cenderung dan langsung dalam dan merungkaikan dan lebih berdaya
PPPM berfokus kepada menterjemahkan semula kerja buat maju
perspektif KPM sekolah berkaitan
Memperincikan peneraju dan PPPM secara Outcome
pelaksana insiatif yang jelas Punca bermakna dalam inisiatif PPPM
konteks keperluan
Pembangunan kapasiti Intervensi
(Capacity building) pemimpin sekolah
pendidikan dan pelaksana di
semua peringkat Akibat

ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN 2

Akses 100 % enrolmen merentas semua peringkat pendidikan daripada
prasekolah hingga menengah atas menjelang tahun 2020

Negara dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran
Kualiti antarabangsa seperti TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun

50% pengurangan dalam jurang pencapaian
(bandar – luar bandar, sosioekonomi, gender) menjelang 2020
Ekuiti
Sistem Pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan
nilai kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian

Perpaduan Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut
peruntukan sedia ada


Kecekapan

22

Buku Panduan Pengurusan SMK Taman Dato’ Harun 2020



23

Buku Panduan Pengurusan SMK Taman Dato’ Harun 2020



24

Buku Panduan Pengurusan SMK Taman Dato’ Harun 2020



SMK TAMAN DATO’ HARUN
KM 12 JALAN KLANG LAMA

46000 PETALING JAYA
SELANGOR



PENGENALAN
SEKOLAH





25

Buku Panduan Pengurusan SMK Taman Dato’ Harun 2020



SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Dato’ Harun (SMKTDH) mula dibina pada awal tahun 1981 dengan
nama Sekolah Menengah Kampung MAHA. Nama tersebut diambil bersempena dengan nama Kampung MAHA
yang merupakan tapak pameran pertanian (Malaysia Horticultural and Agricultural Exhibition- MAHA) yang
diadakan di kawasan ini. Nama sekolah kemudian ditukar kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Taman
Dato’ Harun (SMK Taman Dato’ Harun/SMKTDH) kerana Kampung MAHA telah ditukar nama kepada Taman
Dato’ Harun. Nama ini kekal sehingga kini.

Pada tahun 1983, sekolah ini siap dibina dengan hanya dua blok bangunan sekolah termasuk pejabat
pengurusan, bilik darjah, kantin sekolah dan tapak perhimpunan. Sesi persekolahan pertama dimulakan di
bawah teraju Tuan Haji Harun bin Haji Hasan selaku pengetua bersama-sama dengan 15 orang guru dan
seorang kerani. Jumlah murid pada waktu itu ialah seramai 700 orang yang terdiri daripada 13 kelas tingkatan
satu dan empat kelas peralihan.

Seiring dengan perkembangannya dalam arus pendidikan, sekolah tidak terkecuali dalam memastikan segala
aspek yang berkaitan turut diambil kira. Majalah sekolah yang diberi nama “MURNI” telah diterbitkan seawal
sekolah mula ditubuhkan pada tahun 1984. Lencana sekolah juga diperkenalkan dan diedarkan. Lagu sekolah
pula dicipta pada tahun 1985 bagi melengkapkan motivasi diri dengan meningkatkan keyakinan dan rasa
bangga berada di sekolah di samping membentuk jati diri yang terpuji dalam kalangan warganya. Tahun 1985
merupakan tahun bersejarah kepada SMKTDH kerana tahun tersebut adalah tahun pertama murid-muridnya
menduduki Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP).

Pertambahan penduduk sekitar Taman Dato‘ Harun telah menyebabkan meningkatnya permintaan untuk
memasuki sekolah ini. Dengan pertambahan murid setiap tahun, pihak sekolah membuat keputusan untuk
membina blok bangunan tambahan yang siap dibina pada tahun 1987. Pentadbiran sekolah pada waktu ini telah
beralih di bawah pimpinan Encik Abdullah bin Munam sebagai pengetua bermula tahun 1985 sehingga tahun
1987.

Tampuk pimpinan seterusnya diserahkan kepada pengetua ketiga, Tuan Haji Taib bin Sulaiman (1988 -1991).
Seterusnya, Datin Hajah Kamariah binti Jalil (1991 – 1992), Datin Fatimah binti Abdul Latif (1992 – 1995) dan
Tuan Haji Yaakop bin Ideris @ Idris (1995 – 1999) sebagai pengetua yang keenam.

Sehingga tahun 1997, sekolah telah mempunyai tiga blok bangunan tiga tingkat, satu blok setingkat untuk kelas
Kemahiran Hidup dan satu blok setingkat yang menempatkan dua buah makmal komputer. Kemudi SMKTDH
kemudiannya diteruskan di bawah pimpinan Encik Mohd. Ashraf bin Manzoor Hussain sebagai pengetua yang
ketujuh (1999 – 2003) dan diteruskan oleh Puan Norsiah binti Abd. Ghani selaku pengetua yang kelapan (2003 –
2011).

Tahun demi tahun, SMKTDH terus berkembang dan menjadi pilihan ibu bapa sebagai saluran peningkatan
dalam pendidikan anak-anak mereka. Pada tahun 2008, SMKTDH telah mengorak langkah baharu apabila
menubuhkan Kelas Aliran Agama (KAA) sebagai salah satu pilihan mata pelajaran. Kelas ini telah mendapat
sambutan yang memberangsangkan dalam kalangan masyarakat khususnya ibu bapa yang inginkan anak-anak
mereka menimba ilmu dan cemerlang melalui saluran/aliran agama .

Pada tahun 2010, SMKTDH telah mengalami satu perubahan suasana yang cukup mengujakan. Warga sekolah
mengalu-alukan kehadiran insan-insan istimewa untuk bersama-sama berjuang menuntut ilmu di bawah satu
bumbung yang penuh bermakna. Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran (PPKI) telah
dibuka pada tanggal 1 Januari 2010. Kelas PPKI diwujudkan bagi menampung keperluan murid-murid
berkeperluan khas masalah pembelajaran yang terdiri daripada beberapa kategori seperti sindrom down,
autistik, disleksia, hiperaktif, spastik, slow learner dan lain-lain. Pada peringkat awal jumlah murid PPKI ialah
seramai sembilan orang dan diurus oleh dua orang guru serta seorang Pembantu Pengurusan Murid. Majoriti

26

Buku Panduan Pengurusan SMK Taman Dato’ Harun 2020


murid-murid PPKI (berusia antara 13 hingga 19 tahun) adalah terdiri daripada anak-anak penduduk yang tinggal
di sekitar Taman Dato’ Harun, Taman Medan, Kampung Lindungan dan juga sekitar Sungai Way Petaling Jaya.
Sehubungan dengan itu, bagi menampung keperluan semasa, satu lagi blok bangunan tiga tingkat dibina pada
tahun 2010. Blok ini mempunyai beberapa buah bilik darjah, bilik masakan, bilik jahitan, bilik elektronik dan bilik
seni.

Kerusi kosong Pengetua selepas Persaraan Puan Norsiah binti Abd. Ghani pada akhir tahun 2011 telah diisi
oleh Tuan Haji Ghumiat bin Kamdi sebagai pengetua SMKTDH yang kesembilan (2011 – 2013). Peningkatan
prestasi warga SMKTDH semakin menyerlah dalam semua bidang kurikulum mahupun kokurikulum. Kejayaan
demi kejayaan ditempa telah meletakkan SMKTDH sebaris dengan sekolah-sekolah hebat yang lain di bawah
PPD Petaling Utama. Pertambahan kemudahan dan prasarana sekolah turut berlaku seiring dengan
perkembangan positif murid-murid. Pada tahun 2012, sebuah gelanggang serbaguna dibina bagi kemudahan
murid untuk berhimpun dan melakukan aktiviti sukan serta aktiviti kokurikulum. Bersesuaian dengan hasrat dan
harapan sekolah ingin melahirkan ramai juara dalam bidang sukan dan ko-akademik maka gelanggang
serbaguna tersebut diberi nama “ARENA JUARA”. Satu blok bangunan yang menempatkan murid-murid PPKI
turut dibina bagi menampung pertambahan murid PPKI yang memerlukan persekitaran yang sihat dan
sempurna.

Pada penghujung tahun 2013, warga SMKTDH sekali lagi menyambut kehadiran pengetua baharu, Puan
Habsah binti Atan (2013 – 2018). Perkembangan SMKTDH tidak pernah mengecewakan malah telah banyak
membuka mata dan mengubah persepsi masyarakat terhadap sekolah. Pelbagai kejayaan telah diraih dan
dijulang oleh warganya sama ada dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Nama baik sekolah terukir di
pelbagai peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

Kini, di bawah pimpinan Puan Faridah Akhma binti Zulkifli yang lebih mesra dengan panggilan Bonda dalam
kalangan warga sekolah (D’Harunians), SMKTDH sedang mengorak langkah sederap bersama dalam menuju ke
puncak kegemilangan. Sebagai menyambut tahun 2020, Perpustakaan Komuniti SMK Taman Dato’ Harun yang
terletak di Blok D telah siap dibina. Semua warga D’Harunians diseru untuk terus melangkah ke hadapan
dengan penuh keyakinan demi mencapai misi dan visi sekolah sekaligus merealisasikan serta melestarikan
Sistem Pendidikan Kebangsaan menerusi semangat kerjasama dan kekitaan dalam kalangan seluruh warga
sekolah yang diperkukuh erat. Sekolah juga dipastikan berada pada landasan yang betul sebagai
kesinambungan citra penubuhan SMKTDH lebih 36 tahun yang lalu. Semoga D’Harunians terus mengorak
langkah dan melakar kejayaan demi kejayaan.

#Sederapbersamakepuncakkegemilangan #Proud2BD’Harunians

KRONOLOGI PENGETUA

1. Tuan Haji Harun bin Haji Hassan - 1983 – 1985
2. En. Abdullah bin Munan (Allahyarham) - 1986 – 1987
3. Tuan Haji Taib bin Sulaiman - 1988 – 1991
4. Datin Hjh. Kamariah binti Jalil - 1991 – 1992
5. Datin Fatimah binti Abdul Latif - 1992 – 1995
6. Tuan Haji Yaakop bin Ideris @ Idris - 1995 – 1999
7. En. Mohd Ashraf Manzoor Hussain - 1999 – 2003
8. Puan Hjh. Norsiah binti Abdul Ghani - 2003 – 2011
9. Tuan Haji Ghumiat bin Khamdi - 2011 – 2013
10. Puan Habsah binti Atan - 2013 – 2018
11. Puan Faridah Akhma binti Zulkifli - 2019 - Kini

27

Buku Panduan Pengurusan SMK Taman Dato’ Harun 2020



Visi

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik
Negara Sejahtera

Misi

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang
Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi
Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

MOTO

Berilmu Berdisiplin

HASHTAG

#sederapbersamakepuncakkegemilangan
#proud2BD’Harunians

28

Buku Panduan Pengurusan SMK Taman Dato’ Harun 2020



Piagam pelanggan

Kami guru dan kakitangan SMK Taman Dato’ Harun berikrar dan
berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:

• Memastikan semua murid menerima pendidikan yang
berkualiti dan seimbang.

• Memastikan wujudnya budaya sekolah penyayang dan
prihatin serta memenuhi kehendak ibu bapa dan masyarakat.

• Memastikan semua murid yang keluar dari sekolah ini
mempunyai wawasan, berilmu, berketerampilan serta
mampu berdikari.

• Mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk
kecemerlangan sahsiah dan akademik murid.

• Memberi layanan dan perkhidmatan mesra, adil dan cekap
kepada ibu bapa dan masyarakat.

• Sentiasa bersedia menerima pandangan, teguran dan
sumbangan yang membina daripada setiap pelanggan.

29

Buku Panduan Pengurusan SMK Taman Dato’ Harun 2020



LAGU SEKOLAH

KAMILAH WARGA
DI SMK TAMAN DATO’ HARUN
BERJANJI BERIKRAR
USAHA GIGIH DAN TEKUN

BELAJAR BERSAMA
BERGURU TUNTUT ILMU BERGUNA
SAINS TEKNOLOGI
SASTERA JUGA AGAMA

COGAN KATA
BERILMU BERDISIPLIN
JADIKANLAH CITA-CITA HIDUP MULIA

AMAL KEBERSIHAN
SUKA SEMANGAT SETIAKAWAN
SEKOLAH TERCINTA
ITULAH JADI IDAMAN

30

Buku Panduan Pengurusan SMK Taman Dato’ Harun 2020



LOGO SEKOLAH

Warna :

Hijau, Merah dan Kuning – kejayaan SMK Taman Dato` Harun

Hijau Kesempurnaan iman dan takwa

Merah Keberanian murid untuk meneroka dan
Kuning mereka cipta

Keikhlasan dan ketulusan warga
sekolah dalam menjana ilmu
pengetahuan

Bentuk:

Buku di pangku jambak padi adalah lambang kegigihan sekolah melahirkan generasi
berilmu dan berjasa kepada keluarga, masyarakat dan negara

31


Click to View FlipBook Version