GARIS PANDUAN HUKUMAN (2019)
KATEGORI I: KESALAHAN BERAT
Catatan:
a) Mana‐mana kes atau kesalahan yang disenaraikan atau tidak disenaraikan dalam Garis
Panduan Hukuman ini, Jawatankuasa Tatatertib (JKT) dan Lembaga Tatatertib (LT) PTV MARA
boleh menggunakan budi bicaranya untuk mengenakan apa‐apa jua hukuman yang
bersesuaian kepada pelajar berkenaan.
b) Sekiranya pelajar melakukan kesalahan yang sama berulang kali didalam kategori Kesalahan
Sederhana (KS) dan Kesalahan Ringan (KR) , pelajar boleh dengan budi‐bicara pusat
dikenakan hukuman yang lebih berat dari hukuman yang ada didalam kategori kesalahan
tersebut sehingga hukuman maksimum ‐ Buang Latihan dan dikenakan bayaran gantirugi.
BIL Kesalahan Hukuman
1 Melakukan zina, homoseksual atau lesbian Buang Latihan dan dikenakan
bayaran gantirugi
2 Melakukan khalwat atau berdua‐duaan Buang Latihan dan dikenakan
bayaran gantirugi
3 Mencabul atau cuba mencabul kehormatan atau melakukan Buang Latihan dan dikenakan
gangguan terhadap orang lain bayaran gantirugi
4 Merogol atau melakukan paksaan seksual terhadap orang Buang Latihan dan dikenakan
lain bayaran gantirugi
Buang Latihan dan dikenakan
5 Menggunakan kekerasan dengan senjata berbahaya bayaran gantirugi
bertujuan mengugut atau mengancam nyawa orang lain
atau dengan sengaja mengakibatkan kecederaan serius ke Buang Latihan dan dikenakan
atas pelajar atau individu lain. bayaran gantirugi
6 Memiliki, menyimpan , membawa atau menggunakan Buang Latihan dan dikenakan
senjata berbahaya atau bahan letupan yang diharamkan bayaran gantirugi
oleh kerajaan
7 Didapati memiliki, menyimpan, memberi atau mengedar
apa‐apa jenis bahan dadah atau bahan kimia atau racun
yang mengkhayalkan dan berbahaya kepada nyawa yang
dilarang oleh kerajaan.
BIL Kesalahan Tindakan
8 Menggunakan apa‐apa jenis dadah atau bahan kimia atau Buang Latihan dan dikenakan
racun yang mengkhayalkan dan berbahaya kepada nyawa bayaran gantirugi
yang dilarang oleh kerajaan.
Dibaca bersama klausa 2.3.1.11 Buku Peraturan Tatatertib
Pendidikan Teknikal dan Vokasional MARA
Ruj: Akta Racun 1952
Atau mana‐mana Akta atau peraturan yang dipakai oleh
Kerajaan Malaysia pada masa kesalahan dibuat.
Nota:
Pusat perlu mendapatkan laporan pengesahan ujian dadah
dari Jabatan Kimia/Patologi/Agensi yang diiktiraf oleh
Kerajaan sebagai bukti.
9 Membawa, memiliki, menyimpan, menjaga, meminum atau Buang Latihan dan dikenakan
mengedar apa‐apa jenis minuman keras atau arak di dalam bayaran gantirugi
atau di luar kawasan PTV MARA dan termasuk asrama atau
rumah sewa pelajar
10 Merosakkan harta benda PTV MARA atau hak orang lain Buang Latihan dan dikenakan
dengan sengaja yang bernilai RM200.00 ke atas bayaran gantirugi dan
membayar gantirugi kepada
empunya hartabenda di atas
11 Memalsu, menipu, mengguna, mengedar atau menjual apa‐ nilai kerosakan.
apa dokumen rasmi. Buang Latihan dan dikenakan
seperti Sijil Cuti Sakit Hospital/Klinik Kerajaan/Swasta, Sijil bayaran gantirugi
SPM
(cth: slip SPM/SPVM) Diarah membayar semula
jumlah wang yang dicuri atu
12 Mencuri atau menipu yang melibatkan harta atau wang ditipu sebagai bayaran
yang sama atau melebihi dari RM200.00. gantirugi dan di Buang latihan
dan dikenakan bayaran
gantirugi
Tindakan
Buang Latihan dan
dikenakan bayaran gantirugi.
BIL Kesalahan
Buang Latihan dan
13 Melibatkan diri dengan aktiviti lesbian, gay, biseksual dan dikenakan bayaran gantirugi
transgender (LGBT) Buang Latihan dan
Termasuk pengambilan apa‐apa bahan ubatan atau bahan dikenakan bayaran gantirugi
kimia atau racun ke arah aktiviti LGBT.
Buang Latihan dan
14 Pelajar tidak hadir tanpa sebab yang munasabah melebihi dikenakan bayaran gantirugi
tiga (3) hari dari tempoh keseluruhan Latihan Industri
15 Mana‐mana pelajar yang tidak hadir latihan atau aktiviti
yang dijalankan oleh PTV MARA selama 7 hari berturut‐
turut
16 Melibatkan diri dengan aktiviti‐aktiviti subersif atau
sebarang aktiviti yang menggugat keselamatan negara
Rujukan :
i) Akta Kesalahan (Langkah‐langkah Khas)
(Pindaan) 2015 – SOSMA
ii) Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA)
iii) Atau mana‐mana Akta atau peraturan yang
dipakai oleh Kerajaan Malaysia pada masa
kesalahan dibuat.
17 Meniru atau memalsukan tandatangan Pengawal Pusat, Buang Latihan dan
Pegawai‐Pegawai, Pensyarah atau Staf PTV MARA atau dikenakan bayaran gantirugi
individu lain untuk kepentingan peribadi
18 Melakukan aktiviti buli kepada individu lain yang boleh Buang Latihan dan
membawa kemudaratan secara fizikal atau emosi dikenakan bayaran gantirugi
19 Menceroboh atau memasuki asrama puteri/putera dalam Buang Latihan dan
keadaan yang boleh menjatuhkan maruah penghuni premis dikenakan bayaran gantirugi
yang diceroboh.
20 Meniru di dalam peperiksaan akhir pada setiap sememster Buang Latihan dan
dikenakan bayaran gantirugi
GARIS PANDUAN HUKUMAN (2019)
KATEGORI II: KESALAHAN SEDERHANA
Catatan:
a) Mana‐mana kes atau kesalahan yang disenaraikan atau tidak disenaraikan dalam Garis
Panduan Hukuman ini, Jawatankuasa Tatatertib (JKT) dan Lembaga Tatatertib (LT) PTV MARA
boleh menggunakan budi bicaranya untuk mengenakan apa‐apa jua hukuman yang
bersesuaian kepada pelajar berkenaan.
b) Sekiranya pelajar melakukan kesalahan yang sama berulang kali didalam kategori Kesalahan
Sederhana (KS) dan Kesalahan Ringan (KR) , pelajar boleh dengan budi‐bicara pusat
dikenakan hukuman yang lebih berat dari hukuman yang ada didalam kategori kesalahan
tersebut sehingga hukuman maksimum ‐ Buang Latihan dan dikenakan bayaran gantirugi.
c)
BIL Kesalahan Hukuman
1 Mengubahsuai mana‐mana peralatan, mesin atau Surat amaran dan/atau denda
menggodam komputer (hacker) milik KKTM/MJII/IKM bersamaan elaun 7 hari
tanpa kebenaran.
.
Surat amaran dan bayaran denda
2 Membuat pendawaian elektrik atau mengubahsuai bersamaan elaun 7 hari atau ganti
mana‐mana bahagian asrama atau premis rugi.
KKTM/MJII/IKM tanpa kebenaran atau secara haram.
3 Bersikap biadab atau tidak sopan kepada Pengawal Amaran dan denda bersamaan
Pusat, Pegawai‐Pegawai, Pensyarah atau Staf dengan potong elaun 7 hari,
KKTM/IKM atau pekerja lain yang bertugas di
KKTM/IKM. Amaran dan denda bersamaan
dengan potong elaun 7 hari,
4 Menceroboh atau memasuki asrama puteri/putera
atau kawasan, tempat larangan yang ditetapkan oleh
KKTM/IKM tanpa kebenaran pihak yang
bertanggungjawab.
5 Menyalah guna nama Pengawal Pusat KKTM/IKM, Amaran dan denda bersamaan
Pegawai‐Pegawai, Pensyarah atau Staf KKTM/IKM dengan potong elaun 7 hari,
untuk kepentingan sendiri atau individu lain.
6 Memprovokasi hingga menimbulkan kekacauan atau Amaran dan denda bersamaan
suasana tegang atau terlibat demonstrasi haram dalam dengan potong elaun 7 hari.
KKTM/MJII/IKM.
7 Memiliki atau menyimpan senjata yang berbahaya Amaran dan denda bersamaan
mengikut Akta 357 Akta Bahan Kakisan dan Letupan dengan potong elaun 7 hari,
dan Senjata Berbahaya 1958 atau mana‐mana Akta
yang dipakai oleh kerajaan Malaysia dari masa ke
masa.
BIL Kesalahan Hukuman
8 Menipu/berbohong kepada Pengawal Pusat, Pegawai‐ Amaran dan denda bersamaan
Pegawai, Pensyarah atau Staf KKTM/IKM untuk tujuan dengan potong elaun 7 hari,
tertentu atau kepentingan sendiri atau individu lain.
9 Menghalang mana‐mana Pelajar yang disyaki terlibat Amaran dan denda bersamaan
dengan penyalahgunaan dadah atau racun atau bahan dengan potong elaun 7 hari,
kimia untuk menjalani pemeriksaan doktor atas arahan
Pengawal Pusat atau sesiapa yang diberi kuasa.
10 Membawa keluar dari premis KKTM/IKM sebarang Amaran dan denda bersamaan
harta benda milik KKTM/IKM tanpa kebenaran. dengan potong elaun 7 hari,
11 Mencuri atau menipu yang melibatkan harta atau Amaran serta diarah membayar
wang yang kurang dari RM100. semula jumlah wang yang dicuri
atau ditipu sebagai bayaran
gantirugi.
12 Berkelakuan tidak bermoral di dalam atau luar premis Khidmat masyarakat selama 10 jam
KKTM/IKM dengan apa jua cara yang boleh dan/atau denda bersamaan
menjatuhkan reputasi MARA, KKTM/IKM datau pelajar dengan potong elaun 7 hari
sendiri.
13 Didapati memiliki, membawa, menyimpan, menonton Amaran dan denda bersamaan
atau mengedar apa saja bahan/barang lucah atau dengan jumlah elaun 7 hari.
bahan yang diharamkan oleh kerajaan
14 Membuat atau menyebar fitnah dengan apa cara sekali Khidmat masyarakat selama 10 jam
pun yang boleh merosakkan reputasi Pengawal Pusat dan/atau Denda bersamaan
atau staf atau Pelajar KKTM/IKM atau individu lain dengan potong elaun 7 hari.
Permohonan maaf secara terbuka.
15 Menganjur atau turut serta dalam pesta atau majlis Amaran dan denda bersamaan
yang bercanggah dengan nilai‐nilai moral dan agama dengan potong elaun 7 hari,
Islam.
Amaran dan/atau denda
16 Membawa orang luar ke dalam premis KKTM/IKM bersamaan dengan potong elaun 7
tanpa kebenaran. hari.
Amaran dan/atau denda
17 Ketidakhadiran sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh bersamaan dengan potong elaun 7
KKTM/IKM hari,
18 Meniru selain dari kertas peperiksaan akhir semester Amaran dan/atau denda
bersamaan dengan potong elaun 7
18 Keluar atau masuk ke kawasan premis KKTM/IKM hari,
tanpa melalui pintu laluan keluar‐masuk yang
dibenarkan. Amaran
GARIS PANDUAN HUKUMAN (2019)
KATEGORI III: KESALAHAN RINGAN
BIL KESALAHAN DEMERIT CATATAN
(POIN)
Menghisap rokok/rokok 10/pelajar ‐
1 elektronik di dalam premis 20/pelajar ‐
20/pelajar ‐
KKTM/MJII/IKM
Membawa, menjual/
mengedarkan rokok/rokok
2 elektronik/bahan untuk
merokok di dalam premis
KKTM/MJII/IKM
Tidak menunaikan solat
3 Jumaat dan tanpa sebab
yang munasabah.
Tidak menunaikan solat Bagi Semester/Kumpulan/ Pelajar
yang diwajibkan seperti yang
4 secara berjemaah di 10/pelajar telah ditetapkan oleh pihak
Masjid/Surau/Ruang di 20/pelajar pengurusan.
KKTM/MJII/IKM Program/aktiviti adalah mengikut
ketetapan oleh KKTM/MJII/IKM
Tidak menghadiri
program/aktiviti (selain PnP
5 dan Ko‐Kokurikulum) yang
dianjurkan oleh
KKTM/MJII/IKM tanpa sebab
Penilaian tahap kebersihan 10/pelajar Kriteria Penilaian adalah
6 bilik/dorm pelajar di tahap mengikut ketentuan oleh
KKTM/MJII/IKM masing‐masing.
Gred B
Penilaian tahap kebersihan 20/pelajar Kriteria Penilaian adalah
7 bilik/dorm pelajar di tahap mengikut ketentuan oleh
KKTM/MJII/IKM masing‐masing.
Gred C
8 Vandalisme terhadap 20/pelajar di bilik tersebut
kemudahan bilik/dorm
9 Vandalisme terhadap 20/pelajar di aras tersebut
kemudahan asas asrama
BIL KESALAHAN DEMERIT CATATAN
(POIN)
Membawa bahan bengkel,
alatan bengkel, bahan lusuh Sekiranya pelajar tidak mengaku,
kesemua pelajar akan dikenakan
10 bengkel dan barang terlarang 10/pelajar denda RM 10/pelajar dan demerit
tanpa kebenaran di dalam 10/pelajar
Bilik/Dorm/Asrama dan
Premis KKTM/MJII/IKM
11 Pulang lewat ke asrama 10/pelajar Tempoh bergantung kepada
KKTM/MJII/IKM
Masuk/ keluar dari kawasan 20/pelajar
12 KKTM/MJII/IKM tanpa 10/pelajar
20/pelajar Contoh : Memakai seluar pendek
melalui laluan yang sah. 10/pelajar dan tidak sopan)
10/pelajar Pelajar menginap di asrama
Pemakaian tidak mengikut 20/pelajar tetapi tidak balik melebihi dari 24
13 tatacara pemakaian yang 20/pelajar di aras tersebut jam
20/pelajar
telah digariskan
14 Pelajar tidak balik ke asrama Lokasi parkir kenderaan adalah
melebihi 24 jam tanpa sebab yang ditentukan oleh
KKTM/MJII/IKM
Membawa masuk kenderaan
15 ke kawasan yang tidak
dibenarkan KKTM/MJII/IKM
16 Tidak mendaftarkan Sekiranya pelajar tidak mengaku,
kenderaan kesemua pelajar di bilik/dorm
tersebut akan dikenakan denda
Tidak mematuhi peraturan RM 10 dan dipotong merit 10.
17 jalanraya yang berkuatkuasa
di dalam kawasan
KKTM/MJII/IKM
Menyalahgunakan alat
18 pemadam api/Fire Alarm
System di asrama
Memelihara binatang
19 peliharaan di dalam
bilik/dorm/premis
KKTM/MJII/IKM.
Membuang sampah merata‐ 10/pelajar
20 rata di dalam kawasan
premis KKTM/MJII/IKM
21 Potongan rambut yang tidak 10/pelajar
mengikut peraturan.
BIL KESALAHAN DEMERIT CATATAN
(POIN)
Menjemur atau menyidai
22 pakaian di tempat yang tidak 10/pelajar
dibenarkan samada di dalam
atau di luar bilik.
Menbazir penggunaan
23 tenaga elektrik seperti tidak 10/Pelajar di dalam bilik/dorm
menutup kipas angin, lampu
atau punca kuasa.
24 Pembaziran Air 10/Pelajar di aras tersebut
Pantry Aras tidak
25 kemas/berselerak dan kotor 5/pelajar di aras tersebut
semasa pemeriksaan
dibuat.(caj aras/bahagian)
26 Kehilangan kunci bilik/dorm 10/kunci/pelajar
Kasut / selipar tidak di susun 5/pelajar di dalam bilik/dorm
27 secara teratur di tempat
yang disediakan
Pelajar berkeliaran tanpa 10/pelajar
28 sebab munasabah selepas
jam 12.00 malam.
Pelajar di dapati tidak 20/pelajar
29 mendaftar keluar/masuk
semasa Outing
30 Memiliki peralatan memasak 20/pelajar Sekiranya pelajar tidak mengaku,
ke semua pelajar akan dikenakan
denda RM 10/pelajar dan de
merit 10/pelajar
31 Aktiviti memasak di dalam 20/pelajar Sekiranya pelajar tidak mengaku,
dan kawasan bilik asrama. ke semua pelajar akan dikenakan
denda RM 20/pelajar dan de
merit 20/pelajar
Memaku/ menampal poster 20/pelajar di dalam bilik/dorm
32 di pintu/di dinding tanpa
kebenaran
BIL KESALAHAN DEMERIT CATATAN
(POIN)
Mengalih peralatan Penyusunan bergantung kepada
33 kemudahan perabot asrama 10/pelajar ketetapan KKTM/MJII/IKM.
Pelajar perlu menyusun semula
di dalam bilik/dorm kemudahan tersebut selepas di
denda
Mengalihkan peralatan dan 20/pelajar Pelajar perlu menyusun semula
34 kemudahan lain ke dalam 10/pelajar kemudahan tersebut selepas di
denda
bilik asrama.
Membawa/menyimpan
35 kenderaan di dalam bilik/
tempat tidak dibenarkan
Tidak mendaftar barang‐ 20/pelajar Ketetapan peralatan elektrik
36 barang atau peralatan bergantung kepada ketetapan
KKTM/MJII/IKM
elektrik yang dibenarkan.
37 Tilam dan Bantal tidak 10/pelajar
bercadar/bersarung. 20/pelajar
20/pelajar
38 Tukar bilik/dorm asrama
tanpa kebenaran
Membenarkan orang luar
39 dan pelajar luar asrama
menginap di bilik asrama.
Pelajar tidak mempamerkan/ RM 10/pelajar di dalam
40 menanggalkan nama bilik/dorm
penghuni bilik di Pintu
Pelajar tidak hadir roll call 10/pelajar
41 Jabatan/Program dan 10/pelajar
10/pelajar
Senaman Pagi
42 Tidak memakai kad matrik
pelajar di dalam kolej
43 Pelajar hadir lewat melebihi
15 minit ke kelas
BIL KESALAHAN DEMERIT CATATAN
(POIN)
Menggunakan Alat 10/pelajar
Komunikasi Mudah Alih
44 dengan kegunaan yang tidak
bersesuaian ke dalam dewan
peperiksaan ataupun kelas.
45 Menggunakan kad pelajar 20/pelajar
lain untuk tujuan tertentu 10/pelajar
10/pelajar Sekiranya pelajar tidak mengaku,
Mengganggu ketenteraman ke semua pelajar di
bilik/dorm/aras akan dikenakan
46 awam (bising) di dalam denda RM 10/pelajar atau
kawasan asrama/ kawasan demerit 10/pelajar
sekitar IKM/KKTM/MJII
47 Pelajar tidak berpuasa di
bulan Ramadhan.
PERATURAN ASRAMA PELAJAR KKTM, MJII DAN IKM
(Pindaan 2019)
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Peraturan Asrama ini hendaklah terpakai kepada semua pelajar KKTM,
MJII dan IKM di sepanjang tempoh pengajian. Tindakan tatatertib boleh
diambil terhadap mana-mana pelajar yang melanggar mana-mana
peraturan dalam Peraturan Asrama KKTM, MJII dan IKM ini.
2.0 PENEMPATAN DI ASRAMA
2.1 Penginapan Asrama Tidak Diwajibkan.
(Kemudahan Asrama Tidak Mencukupi Bagi KKTM, MJII dan IKM)
2.1.1 Permohonan untuk tinggal di asrama hendaklah dengan
menggunakan borang permohonan yang boleh didapati dari
Penyelia Asrama/Pembantu Tadbir Kanan (Asrama).
2.1.2 Permohonan hendaklah dibuat pada awal semester bagi pelajar
baru dan pada akhir semester bagi pelajar sedia ada.
2.2 Penginapan Asrama Diwajibkan.
(Mempunyai kemudahan asrama yang mencukupi di KKTM, MJII dan
IKM)
2.2.1 Permohonan untuk tinggal di luar asrama hendaklah dengan
menggunakan borang permohonan yang disediakan.
2.2.2 Permohonan hendaklah dibuat pada awal semester bagi pelajar
baru dan pada akhir semester bagi pelajar sedia ada.
2.3 Penempatan pelajar di dalam asrama akan ditentukan oleh Penyelia
Asrama.
2.4 Pelajar tidak dibenarkan berpindah tempat sama ada berpindah bilik atau
blok asrama tanpa kebenaran Penyelia Asrama.
2.5 Hanya pelajar yang berdaftar sahaja dibenarkan tinggal di bilik asrama.
Pelajar tidak dibenarkan memberi tumpangan penginapan kepada mana-
mana pelajar lain, tetamu atau pelawat di mana-mana bilik asrama.
2.6 Pengarah atau wakil kuasanya boleh mengarah pelajar menggosongkan
bilik asramanya atau berpindah ke tempat tinggal yang lain pada bila-bila
masa jika didapati pelajar telah melanggar peraturan asrama yang
termaktub di dalam buku peraturan ini.
3.0 KELENGKAPAN DAN PERALATAN ASRAMA
3.1 Pelajar hendaklah memastikan semua peralatan dan perabot di dalam
biliknya lengkap dan sempurna semasa mula menduduki bilik berkenaan.
Sebarang kekurangan atau kerosakan perlu dilaporkan kepada pihak
pengurusan asrama dengan segera.
3.2 Pelajar hendaklah bertanggungjawab ke atas kerosakan dan keselamatan
peralatan yang disediakan.
3.3 Pelajar tidak dibenarkan mengubah dan memindah segala peralatan tanpa
kebenaran.
3.4 Keselamatan harta benda persendirian pelajar adalah tanggungjawab
sendiri. Bilik hendaklah sentiasa dikunci bagi tujuan keselamatan.
4.0 KEBERSIHAN BILIK DAN KAWASAN SEKITAR
4.1 Kebersihan bilik adalah tanggungjawab penghuninya. Pelajar
bertanggungjawab menjaga kebersihan bilik, asrama dan kawasan sekitar.
4.2 Pelajar WAJIB menyediakan jadual bertugas harian bagi tujuan
kekemasan dan kebersihan bilik.
4.3 Bilik hendaklah sentiasa berada dalam keadaan kemas, teratur dan bersih.
4.4 Penggunaan cadar dan sarung bantal diwajibkan.
4.5 Pelajar tidak dibenarkan menconteng, menampal dan memaku di dinding
bilik.
4.6 Pakaian pelajar hendaklah disimpan dengan kemas dan teratur di dalam
almari baju yang disediakan.
4.7 Kasut hendaklah sentiasa disusun rapi.
4.8 Meja tulis hendaklah sentiasa kemas dan tersusun
4.9 Pelajar dilarang membuang sampah sarap melalui tingkap dan kaki lima
blok asrama.
5.0 TATA KELAKUAN
5.1 Pelajar digalakkan menunaikan solat berjemaah di surau terutama pada
waktu Maghrib dan Isyak serta waktu / masa yang ditetapkan oleh pihak
pengurusan kolej.
5.2 Pelajar perlu mematuhi dan mengikuti jadual solat dan program-program
keagamaan yang ditetapkan oleh pengurusan kolej.
5.3 Pelajar pada bila-bila masa dilarang bersiul-siul, membuat bising, ketawa
dengan kuat, bertempik, melaung-laung, melolong dan bergurau senda
yang boleh dianggap liar atau melebihi batasan.
5.4 Pelajar hendaklah sentiasa menunjukkan akhlak dan keperibadian yang
mulia, menjalinkan hubungan yang baik serta bersopan santun sesama
pelajar dan pengurusan asrama mengikut peraturan yang ditetapkan oleh
KKTM, MJII dan IKM.
5.5 Pelajar dilarang mengeluarkan kata-kata kesat, bercakap secara tidak
sopan yang boleh menyinggung perasaan dan menimbulkan suasana
kacau bilau, huru-hara dan menimbulkan pergaduhan.
5.6 Sebarang bentuk perlakuan ‘ragging’, membuli, mendera dan peras ugut
TIDAK DIBENARKAN sama sekali dilakukan oleh pelajar.
5.7 Pelajar dilarang mengamal atau menanam sifat kedaerahan, kenegerian,
berpuak-puak atau kumpulan yang boleh mencetuskan suasana tidak
harmoni.
5.8 Pelajar TIDAK DIBENARKAN menjadi ahli mana-mana parti politik,
kesatuan sekerja atau mana-mana pertubuhan. Sekiranya perlu, pelajar
perlu mendapat sokongan dari Pengarah Pusat dan mendapat kelulusan
daripada Pengarah Bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT) MARA.
5.9 Pelajar TIDAK DIBENARKAN menyatakan atau berbuat sesuatu yang
boleh ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan
terhadap mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan yang diharamkan.
5.10 Pergaulan sesama pelajar terutama di antara lelaki dan perempuan perlu
mengikut batas-batas hukum Islam serta peraturan yang ditetapkan oleh
KKTM, MJII dan IKM sama ada di dalam atau di luar kawasan asrama.
5.11 Pelajar TIDAK DIBENARKAN berdua-duaan di dalam atau di luar asrama
dengan pelajar atau bukan pelajar yang bukan mahram.
5.12 Pelajar TIDAK DIBENARKAN menjalin hubungan sejenis atau sebarang
hubungan terlarang seperti LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual & Transgender)
di dalam dan di luar kawasan asrama.
5.13 Pelajar lelaki DILARANG memasuki asrama perempuan tanpa kebenaran
atau menceroboh asrama perempuan atau sebaliknya.
6.0 BAHAN-BAHAN LUCAH, DADAH, RACUN, MABUK, BERJUDI, BAHAN
LETUPAN DAN MEDIA SOSIAL
6.1 Pelajar TIDAK DIBENARKAN memiliki, menyimpan atau ada di bawah
jagaan atau kawalannya apa-apa bentuk dan jenis bahan lucah, dadah,
racun atau minuman keras (arak).
6.2 Pelajar TIDAK DIBENARKAN melihat atau mendengar secara sengaja
apa-apa bahan lucah di dalam atau di luar asrama KKTM, MJII dan IKM.
6.3 Pelajar TIDAK DIBENARKAN mengedar, membahagi-bahagi atau
mempamerkan apa-apa bahan lucah untuk tujuan mendapat/tanpa bayaran
atau apa-apa balasan lain.
6.4 Pelajar TIDAK DIBENARKAN memiliki atau ada di bawah jagaan atau
kawalannya apa-apa perkakas, alat, radas atau barang yang pada
pendapat pihak berkuasa tatatertib adalah rekabentuk atau dimaksudkan
untuk digunakan bagi memakan atau meminum atau menghisap atau
menyedut atau memasukkan ke dalam badannya dengan jalan cucuk atau
dengan apa-apa jua cara lain apa-apa dadah atau racun.
6.5 Pelajar TIDAK DIBENARKAN meminum minuman yang memabukkan atau
didapati dalam keadaan mabuk di dalam dan luar kawasan asrama.
6.6 Pelajar TIDAK DIBENARKAN mengurus, menganjur atau menjalankan
atau menyertai apa-apa aktiviti perjudian, pertaruhan atau loteri di dalam
atau di luar kawasan asrama KKTM, MJII dan IKM.
6.7 Pelajar DILARANG membeli, menyimpan, memiliki, menjual, atau bermain
mercun dan bunga api atau bahan letupan yang merbahayakan.
6.8 Pelajar DILARANG memiliki, mencetak, menerbit, memuat naik atau
memuat turun serta mengedar apa-apa dokumen atau bahan infografik
atau bahan bergambar berbentuk hasutan, propaganda, subversif atau
apa-apa jua dokumen atau bahan bercetak yang boleh mengancam
keselamatan negara dan menjatuhkan nama baik KKTM, MJII dan IKM di
media sosial atau di mana-mana laman sesawang.
7.0 LARANGAN MEROKOK
7.1 Pelajar DILARANG merokok di mana-mana kawasan asrama dan sekitar
KKTM, MJII dan IKM.
7.2 Larangan merokok ini juga terpakai kepada larangan menggunakan e-
cigarette atau rokok elektronik.
8.0 PENGGUNAAN PERALATAN ELEKTRIK
8.1 Sebarang penggunaan barangan elektrik di asrama wajib didaftarkan
kepada pihak berkuasa institusi.
8.2 Sambungan secara haram (tanpa kebenaran) ke sebarang alat elektrik
tidak dibenarkan.
8.3 ‘Plug’ berpin hendaklah ditanggalkan dari soket selepas digunakan.
8.4 Pelajar adalah dilarang dari menggunakan sebarang peralatan elektrik
ketika cuaca membahayakan seperti kilat/petir.
8.5 Alatan eletrik yang telah didaftarkan hanya boleh digunakan di bilik/tempat
yang dikhaskan/dibenarkan sahaja.
8.6 Pengurusan KKTM/IKM berhak merampas mana-mana peralatan elektrik
yang digunakan oleh pelajar yang gagal mematuhi peraturan serta syarat-
syarat yang telah ditetapkan.
8.7 Pelajar dilarang membaiki sendiri sebarang kerosakan berkaitan dengan
elektrik dan hendaklah dilaporkan segera kepada pegawai yang diberi
kuasa.
8.8 Pelajar perlu memastikan semua suis elektrik ditutup apabila tidak berada
dalam bilik bagi mengelak Sebarang bentuk pembaziran penggunaan
tenaga elektrik.
8.9 Pelajar hendaklah mematuhi peraturan keselamatan semasa
menggunakan alatan elektrik.
9.0 TATACARA MENGGUNAKAN KEMUDAHAN ASRAMA
9.1 Pelajar bertanggungjawab menjaga kebersihan, keselamatan bagi
kemudahan yang disediakan seperti sick bay, student centre, bilik riadah,
bilik air dan sebagainya.
9.2 Pelajar dilarang membuat pindaan atau membuat sambungan secara haram
pada mana-mana bahagian asrama atau pada sebarang alat-alat elektrik.
9.3 Pelajar hendaklah melaporkan sebarang kerosakan atau kebocoran dibilik
kawasan umum dan kawasan gunasama kepada pihak berkuasa
Asrama/Warden.
9.4 Sebarang kerosakan disebabkan kecuaian atau salahguna oleh pelajar akan
dikenakan tindakan tatatertib.
10.0 PERATURAN KESELAMATAN, KEBAKARAN DAN BANTUAN KECEMASAN
10.1 Apabila mendengar isyarat berlaku kebakaran atau terhidu bau asap,
perkara pertama yang mesti dilakukan ialah pelajar hendaklah
menyelamatkan diri serta rakan-rakan yang lain.
10.2 Segera memberi amaran kepada rakan asrama. Menjerit sekuat mungkin
perkataan “API…….API……API…..”
10.3 Segera hubungi Bomba, No. Telefon 999 dan seterusnya menghubungi
warden bertugas atau penyelia asrama.
10.4 Jika terdapat pelajar yang tidak berupaya untuk bergerak keluar dari asrama
disebabkan pengsan, patah dan sebagainya, pelajar-pelajar lain hendaklah
membantu dengan membawanya keluar.
10.5 Pelajar hendaklah keluar dari asrama secepat mungkin melalui pintu yang
paling hampir (seperti dalam pelan setiap asrama).
10.6 Bergeraklah dengan pantas tetapi teratur meninggalkan asrama menuju ke
tempat yang telah ditetapkan dan berkumpul di situ.
10.7 Semasa bergerak untuk berkumpul :
10.7.1 Ikutlah laluan yang selamat dan yang tidak ada sebarang halangan.
10.7.2 Elakkan laluan yang berhampiran dengan api kebakaran.
10.7.3 Elakkan daripada berlaku kesesakan dalam laluan tersebut.
10.8 Mengesan Pelajar Setiap Asrama :-
10.8.1 Semua pelajar hendaklah berkumpul dalam barisan mengikut
asrama masing-masing. Semua ketua dorm/bilik/aras/blok
hendaklah berada di hadapan dan bertindak segera untuk
membentuk barisan bagi semua ahli asrama di bawah
pengawasannya. Ketua dorm/bilik/aras/blok wajib mengetahui
bilangan sebenar ahli asramanya.
10.8.2 Ketua dorm/bilik/aras/blok dikehendaki mengira bilangan pelajar
dibawah pengawasannya.
10.8.3 Ketua dorm/bilik/aras/blok hendaklah melaporkan bilangan pelajar
dan nama pelajar yang tidak ada ketika itu dengan segera kepada
Pegawai Bomba/Warden Asrama yang hadir ketika itu (berikan
sebab pelajar yang tiada).
10.8.4 Tindakan selanjutnya akan dilakukan oleh Warden Asrama dan
Pihak Bomba. Pelajar dikehendaki mematuhi semua arahan
daripada pihak Warden Asrama dan Bomba.
10.8.5 Latihan Kebakaran (Fire-Drill) perlu dilakukan sekurang-kurangnya
dua kali setahun dan akan dijalankan pada bila-bila masa yang
difikirkan sesuai. Semua pelajar dikehendaki sentiasa merujuk dan
memahami langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil.
10.9 Perkara-perkara yang menjadi punca kebakaran seperti penggunaan ubat
nyamuk, pelita, lilin atau sebarang perbuatan yang boleh mengakibatkan
kebakaran berlaku TIDAK DIBENARKAN di bilik / kawasan asrama.
10.10 Jika berlaku kecemasan yang memerlukan rawatan segera, pelajar perlu
menghubungi warden asrama dengan segera. Jika warden tiada, pelajar
dikehendaki menghubungi penyelia asrama, Timbalan Pengarah Khidmat
Pengurusan dan Hal Ehwal Pelajar (TPPKPHP) atau Pengarah pusat.
10.11 Jika terdapat pelajar sakit, rakan sebilik atau rakan lain di asrama
bertanggungjawab melaporkan kepada warden segera.
10.12 Pelajar yang menerima, mengetahui atau mengesyaki apa-apa jenis
ancaman atau ugutan hendaklah melaporkan dengan segera kepada
Pengarah atau wakil kuasanya.
10.13 Sekiranya berlaku bencana alam, pelajar hendaklah mengosongkan bilik
dan mendapat bantuan segera. Pelajar hendaklah menyelamatkan diri
dengan melalui laluan yang selamat serta mengikut arahan yang diberi.
10.14 Pelajar perlu berkumpul di kawasan lapang yang jauh dari bangunan atau
tempat bencana yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan kolej.
11 KESELAMATAN BARANGAN PERIBADI
11.1 Semua barangan peribadi hendaklah disimpan ditempat yang selamat.
Pelajar adalah bertanggungjawab atas keselamatan barang tersebut.
11.2 Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk melaporkan dengan segera
kepada pihak berkuasa KKTM, MJII dan IKM sekiranya berlaku kehilangan
barangan peribadi.
12 MEMASAK DAN MAKANAN
12.3 Pelajar DILARANG memasak di dalam bilik atau di pantri asrama atau di
kawasan asrama.
12.4 Pelajar DILARANG menggunakan pemanas air (immersion heater). Air
panas boleh didapati dengan memasak menggunakan cerek yang
disediakan atau dari ‘water dispenser’.
12.5 Hanya bahan-bahan makanan yang halal di sisi agama Islam sahaja yang
dibenarkan dibawa masuk ke asrama.
12.6 Pelajar DILARANG menggunakan bilik asrama sebagai tempat memakan
makanan yang boleh mengotorkan bilik atau yang menyebabkan kerosakan
salur air dan elektrik, dan juga menimbulkan bau yang kurang
menyenangkan kepada penghuni lain.
13.0 ROLL CALL
13.1 Roll Call wajib dibuat sekurang-kurangnya satu (1) kali pada setiap bulan.
Roll call juga boleh dibuat pada bila-bila masa mengikut keperluan dan
hanya boleh dibuat oleh warden sahaja.
13.2 Semua pelajar wajib berkumpul di tempat yang ditentukan. Kehadiran
pelajar akan direkodkan dalam buku kehadiran yang disediakan oleh pihak
pusat sama ada secara manual atau menggunakan aplikasi atas talian.
14.0 PEMERIKSAAN ASRAMA
14.1 Hanya boleh dilakukan oleh Pengarah/TP HEA/TP KPHP dan lain-lain
pegawai yang diberi kuasa.
14.2 Boleh dibuat pada bila-bila masa yang difikirkan perlu atau sekurang-
kurangnya sebulan sekali.
14.3 Pemeriksaan asrama puteri akan dilakukan oleh warden wanita atau
pegawai yang diberikan kuasa.
15.0 PERATURAN KELUAR MASUK HARIAN, HUJUNG MINGGU, CUTI UMUM
DAN CUTI SEMESTER
15.1 Semua pelajar yang keluar dari asrama dan kawasan KKTM, MJII dan IKM
atas urusan harian dikehendaki masuk semula ke kawasan asrama tidak
lewat dari jam 11.00 malam atau masa yang telah ditentukan oleh
Pengarah KKTM, MJII dan IKM pada hari yang sama kecuali dengan
kebenaran yang diberikan oleh warden. Setiap pelajar hendaklah melapor
diri di Pondok Pengawal dan perlu meninggalkan kad keluar asrama ketika
berada di luar kawasan KKTM, MJII dan IKM.
15.2 Pelajar asrama TIDAK DIBENARKAN bermalam di luar kawasan KKTM,
MJII dan IKM kecuali mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada
Pengarah atau wakil kuasanya. Pelajar DIMESTIKAN merekod maklumat
yang dikehendaki di Pondok Pengawal dan melapor semula apabila
kembali ke asrama.
15.3 Semua pelajar yang bermalam di luar kawasan KKTM, MJII dan IKM pada
hujung minggu, cuti umum atau cuti semester dikehendaki masuk semula
ke kawasan asrama tidak lewat dari jam 11.00 malam atau masa yang
telah ditentukan oleh Pengarah KKTM, MJII dan IKM.
15.4 Kad keluar/masuk asrama hendaklah digunakan dengan sempurna setiap
kali pelajar hendak keluar/masuk kawasan asrama/institusi.
15.5 Kad keluar/masuk asrama yang didapati kotor, rosak, koyak atau hilang
akan dikenakan denda.
15.6 Mana-mana pelajar yang lewat masuk selepas waktu-waktu yang
ditetapkan kad keluar/masuk boleh diambil tindakan tatatertib oleh pegawai
yang diberi kuasa.
15.7 Pelajar yang lewat menuntut semula kad keluar/masuk boleh diambil
tindakan tatatertib.
16.0 PROSEDUR PELAWAT
16.1 Pelajar hanya dibenarkan menerima pelawat dari keluarga atau saudara
mara sahaja.
16.2 Perjumpaan dengan pelawat hanya dibenarkan pada waktu rehat di tempat
yang disediakan.
16.3 Pelawat mestilah melaporkan diri dan mengisi maklumat di dalam “Buku
Pelawat” dan seterusnya mendapatkan “Pas Pelawat” daripada Pengawal
Keselamatan.
16.4 Pelawat tidak dibenarkan masuk ke kawasan Asrama Pelajar.
16.5 Pelajar-pelajar yang dilawati bertanggungjawab memastikan pelawat-
pelawat berkenaan mematuhi semua peraturan lawatan yang ditetapkan.
16.6 Masa lawatan adalah seperti di bawah atau ditentukan oleh Pengarah
KKTM, MJII dan IKM:
Hari Kuliah - 4.00 petang – 10 malam
8.00 pagi – 10 malam
Cuti Hujung Minggu / Cuti Umum -
17.0 LARANGAN MEMELIHARA BINATANG
17.1 Pelajar DILARANG memelihara atau menternak apa-apa jenis binatang di
dalam bilik atau kawasan asrama.
17.2 Sebarang jenis binatang yang terlepas masuk ke kawasan asrama
hendaklah diserahkan atau dilaporkan kepada warden.
18.0 PERATURAN MENGGUNAKAN KENDERAAN PERSENDIRIAN
18.1 Hanya pelajar yang mempunyai lesen memandu yang sah dan mempunyai
kebenaran bertulis daripada Pengawal Pusat sahaja dibenar menggunakan
kenderaan di dalam kawasan KKTM,MJII & IKM.
18.2 Kenderaan hendaklah diletakkan ditempat yang dikhaskan sahaja.
18.3 Pelajar yang telah diberi kebenaran mesti mematuhi peraturan penggunaan
yang ditetapkan :-
18.3.1 Kelulusan bertulis:
18.3.1.1 Pelajar perlu memohon kebenaran bertulis daripada
Pengawal Pusat sekiranya ia berhajat menyimpan atau
mengguna kenderaan bermotor di KKTM,MJII & IKM.
18.3.1.2 Permohonan hendaklah mempunyai maklumat berikut :-
a. Salinan geran
b. Salinan cukai jalan
c. Lesen memandu yang sah
d. Surat kebenaran daripada pemilik kenderaan
(jika berkenaan)
Pemohon juga hendaklah melaporkan kesalahan
lalu lintas yang pernah dikenakan sebelum ini
(sekiranya ada).
18.3.2 Buku Pendaftaran Kenderaan Pelajar:
Pengawal Pusat perlu menyimpan rekod pendaftaran kenderaan
yang digunakan dan dimiliki oleh pelajar.
18.3.3 Had Laju:
Pelajar tidak dibenarkan memandu melebihi had laju yang
ditetapkan oleh pihak KKTM,MJII & IKM.
18.3.4. Laluan Dan Jalan Bagi Kegunaan Kenderaan:
Pelajar hanya dibenarkan memandu kenderaan di jalan yang
dikhususkan untuk laluan kenderaan. Dengan ini kenderaan
18.3.5 tidak dibenarkan dipandu/ dibawa di ’pavement’, ‘sidewalk’,
‘grass verge’, ‘footpath’ atau lain-lain tempat sama ada di tepi
sepanjang ‘carriage way’ atau di mana-mana tempat yang
sepatutnya bukan untuk laluan kenderaan.
Papan Tanda Dan Peraturan Lalu Lintas:
Pelajar hendaklah sentiasa mematuhi papan tanda jalan dan
peraturan lalu lintas.
18.3.6 Lesen Memandu Dan Kad Pelajar:
Pelajar yang memandu kenderaan dikehendaki sentiasa
membawa lesen memandu dan Kad Pelajar, mereka hendaklah
bersedia menunjukkan dokumen tersebut apabila diminta oleh
pihak berkuasa KKTM,MJII & IKM.
18.3.7 Pihak institusi tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang
kehilangan, kerosakan dan keselamatan kenderaan pelajar.
19.0 AKTIVITI SOSIAL, PERHIMPUNAN, TAKLIMAT, KULIAH DAN CERAMAH
19.1 Pelajar asrama yang berkenaan adalah dikehendaki menghadiri, mengikuti
dan mengambil bahagian di dalam apa-apa perjumpaan, perhimpunan,
ceramah, taklimat dan lain-lain aktiviti yang dianjurkan oleh pihak
pengurusan asrama atau pengurusan KKTM, MJII dan IKM.
19.2 Sebarang bentuk aktiviti sosial di asrama KKTM, MJII dan IKM dan di
persekitarannya adalah TIDAK dibenarkan kecuali mendapat kebenaran
bertulis Pengarah atau wakil kuasanya terlebih dahulu.
19.3 Sebarang bentuk perhimpinan yang melebihi lima (5) orang di asrama atau
persekitarannya tanpa kebenaran pihak pengurusan asrama atau KKTM,
MJII dan IKM TIDAK dibenarkan.
19.4 Sebarang perlakuan pelajar yang boleh mencemarkan nama baik
KKTM, MJII dan IKM adalah DILARANG.
19.5 Pelajar asrama TIDAK dibenarkan bergiat, berkecimpung, melibatkan diri
atau memberi sokongan kepada mana-mana parti politik atau kumpulan
haram.
19.6 Pelajar yang berdua-duaan dalam keadaan yang kurang sopan dan
mencurigakan dengan pelajar atau orang luar di mana-mana kawasan
KKTM, MJII dan IKM adalah DILARANG.
19.7 Pelajar TIDAK dibenarkan untuk mengambil dan menyebarkan video
dengan tujuan untuk menjatuhkan imej KKTM, MJII dan IKM serta MARA.
20.0 PERATURAN SEMASA
20.1 Pihak pengurusan KKTM, MJII dan IKM berhak meminda dan
menambahbaik peraturan asrama mengikut kesesuaian di kolej masing-
masing.