PERTANDINGAN INFOGRAFIK EKSPLORASI KERJAYA
PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2021
MAKLUMAT PERTANDINGAN
Pertandingan INFOGRAFIK KERJAYA Peringkat Kebangsaan Tahun
2021 bertujuan mencungkil kreativiti dan meningkatkan pengetahuan
murid dalam bidang kerjaya ke arah mendepani cabaran era Revolusi
Industri 4.0. (IR 4.0)
Pertandingan ini bermula pada 9 Ogos 2021 sehingga 15 Oktober 2021.
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
Pertandingan ini terbuka kepada semua murid warganegara Malaysia
yang berumur 10 hingga 19 tahun mengikut kategori berikut:
Kategori I : (10 - 12 tahun) – ( TEMA: Junior Celik Digital)
Kategori II : (13 - 19 tahun) - (TEMA : Revolusi Industri 4.0)
Penyertaan adalah PERCUMA.
Setiap peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan.
Hanya satu penyertaan sahaja yang layak untuk memenangi hadiah
pertandingan.
Penyertaan dikemukakan secara berkumpulan 5 ORANG MURID dan
SEORANG GURU PEMBIMBING.
Kos penyediaan INFOGRAFIK adalah ditanggung sepenuhnya oleh
peserta. UNIT PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SK BANDAR SERI PUTRA
43000 KAJANG, SELANGOR.
PERTANDINGAN INFOGRAFIK EKSPLORASI KERJAYA
PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2021
ISI KANDUNGAN INFOGRAFIK
Menyampaikan mesej-mesej kerjaya di era revolusi industri 4.0
dengan jelas (kelayakan akademik, ciri peribadi, tempat melanjutkan
pelajaran, kursus, gaji, insentif, faedah, ganjaran, cabaran, tempat
kerja dan maklumat- maklumat berkaitan) .
Menepati tajuk yang telah ditetapkan.
Menyalurkan idea dalam bentuk positif dan kreatif.
Karya yang dihasilkan menggambarkan kreativiti peserta,
mengandungi nilai-nilai murni dan tidak boleh mengandungi unsur
yang menyentuh sensitiviti perkauman, kebudayaan, keagamaan,
politik dan pemimpin.
Infografik bersaiz poster (A3) dan dalam format jpeg.
Setiap penyertaan mestilah merupakan kerja asal/asli.
Peserta boleh menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
Semua penyertaan tidak boleh dimuat naik ke mana-mana portal
sebelum mendapat kebenaran penganjur.
Setiap hasil karya juga mestilah tidak pernah menyertai mana-
mana pertandingan INFOGRAFIK.
UNIT PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SK BANDAR SERI PUTRA
43000 KAJANG, SELANGOR.
PERTANDINGAN INFOGRAFIK EKSPLORASI KERJAYA
PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2021
ISI KANDUNGAN INFOGRAFIK
Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya
yang dikemukakan tidak asli / diciplak.
Peserta perlu menghantar hasil karya melalui Jabatan
Pendidikan Negeri masing-masing.
Peserta hendaklah menyediakan sinopsis atau ringkasan isi kandungan
INFOGRAFIK yang disediakan. Formatsinopsis / ringkasan adalah
menggunakan jenis font arial, saiz tulisan 12 dan single spacing.
Sebarang pelanggaran syarat di atas akan membatalkan penyertaan.
UNIT PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SK BANDAR SERI PUTRA
43000 KAJANG, SELANGOR.
PERTANDINGAN INFOGRAFIK EKSPLORASI KERJAYA
PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2021
TUNTUTAN HAK CIPTA
Kementerian Pendidikan Malaysia memiliki hak cipta sepenuhnya
terhadap hasil karya yang dihasilkan.
KEPUTUSAN PERTANDINGAN
Setiap karya akan dinilai keaslian, isi kandungan, konsep dan
kreativiti serta kualiti oleh panel juri yang dilantik penganjur.
Keputusan panel juri adalah muktamad. Sebarang rayuan
dan bantahan tidak akan dipertimbangkan.
HADIAH
Bagi setiap kategori (Kategori I dan II) adalah seperti berikut:
Hadiah Tempat Pertama : Wang tunai, piala dan sijil penghargaan
Hadiah Tempat Kedua : Wang tunai, piala dan sijil penghargaan
Hadiah Tempat Ketiga : Wang tunai, piala dan sijil penghargaan
2 hadiah saguhati bagi setiap kategori
UNIT PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SK BANDAR SERI PUTRA
43000 KAJANG, SELANGOR.
UNIT PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
UNIT PERKHSIDKMBAATNADNARBISMEBRIINPGUATNRADAN KAUNSELING
4300S0KKBAAJNADNAGR, SSEELRAINPGUOTRRA.
43000 KAJANG, SELANGOR.