Selamat Menyambut MAAL HIJRAH 1445 1 M u h a rr am 1 4 4 5 H 1 9 J u l a i 2 0 2 3 M @suraunurulimansksaujanautamaijok
@suraunurulimansksaujanautamaijok SALAM MAAL HIJRAH Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. . Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah. . "Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah nescaya ia akan dapati dimuka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya disisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." )Surah An-Nisa' 4, Ayat 100(
@suraunurulimansksaujanautamaijok ❤️ Sempena dengan kedatangan Tahun Baru Islam 1445H bersamaan 1 Muharram 1445H, ( Rabu ) jom sama-sama kita meraikan penghujung tahun dan memulakan awal tahun baru Islam dengan membaca doa akhir tahun dan awal tahun Hijrah. . Doa Akhir Tahun Hijrah (1444H) dibaca sebelum masuk waktu Maghrib (akhir waktu Asar atau selepas solat Asar) pada 29 Zulhijah 1444H bersamaan 18 Julai 2023M (Selasa). . Doa Awal Tahun Hijrah (1445H) pula dibaca selepas masuk waktu Maghrib pada 18 Julai 2023M (Selasa). . Info: Berdasarkan kalendar Islam, pertukaran tarikh hijri (hijrah) bermula selepas masuknya waktu Maghrib. 18 Julai 2023: Waktu Asar bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah pada jam 4.46 petang manakala waktu Maghrib adalah pada jam 7.31 malam.
@suraunurulimansksaujanautamaijok
@suraunurulimansksaujanautamaijok
@suraunurulimansksaujanautamaijok
@suraunurulimansksaujanautamaijok
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa-apa yang ada pada diri mereka sendiri" (Ar-Ra'd: 11) @suraunurulimansksaujanautamaijok