The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tugasan 1 _ Buku Log Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search

Buku Log Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)

Tugasan 1 _ Buku Log Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM) Disediakan oleh: Che Ku Syazwina Alisa binti Che Ku Mohamad Rafee PISMP AMBILAN JUN 2021-2026


Isi Kandungan Prinsip-prinsip Perlembagaan Pertubuhan Lambang/ Emblem, Logo dan Cogan kata Ikrar Lagu Antarabangsa dan Kebangsaan Peringkat Cawangan Peringkat IPG Peringkat Sekolah Sejarah ringkas peringkat antarabangsa Ringkasan penubuhan BSMM di Malaysia Tujuan penubuhan BSMM Istiadat-istiadat Rasmi BSMM Pendaftaran Ahli dan Kumpulan Kuasa penganjur Struktur unit Tanggungjawab pemimpin Pakaian seragam ahli dan pemimpin PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN BSMM SEJARAH PENDIDIKAN PALANG MERAH / BSMM STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN UNIT BSMM PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 1 2 3 4 Menyediakan satu perancangan tahunan program Unit Uniform BSMM di sekolah rendah ORIENTASI KURIKULUM UNIT BERUNIFORM DI SEKOLAH RENDAH 5 02 06 07-10 11-13 14 15 17-19 21 22 23-26 28-34 35 36-37 38 40-42 43 44 45-52 53-68 70


Biodata 03 NAMA NO. KAD PENGENALAN ANGKA GILIRAN TARIKH LARIKH KURSUS/ OPSYEN AMBILAN EMEL PELAJAR NO TELEFON KOD KURSUS NAMA KURSUS NAMA PENSYARAH NAMA IPG PROGRAM KUMPULAN: : CHE KU SYAZWINA ALISA BINTI CHE KU MOHAMAD RAFEE : 030907110230 : 2021212350381 : 7 SEPTEMBER 2003 : 013-4453120 : PISMP : TESL : JUN 2021-2026 : TESL L : g-p21212132@moe-dl.edu.my : MPU3451a : KOKURIKULUM – UNIT BERUNIFORM BULAN SABIT MERAH MALAYSIA : DR. MALATHI AP BALAKRISHNAN : IPG KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA


Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) yang juga dikenali sebagai The Malaysian Red Crescent Society (MRCS) merupakan satu pertubuhan sukarelawan yang telah ditubuhkan pada tahun 1948. Persatuan ini telah diiktiraf oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1957 dam Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada tahun 1963. Visi, Misi dan Moto BSMM Pengenalan 04 Visi Untuk dikenali sebagai organisasi kemanusiaan yang unggul, di peringkat kebangsaan dan antarabangsa Misi Berkhidmat kepada yang memerlukan dengan berkesan Moto “Inter arma carita” (di dalam perang ada kebajikan)


05 Perlembagaan Pertubuhan Bulan Sabit Merah Prinsip-prinsip Perlembagaan Pertubuhan Lambang/ Emblem, Logo dan Cogan kata Ikrar Lagu


06 Prinsip-prinsip Asas Pertubuhan Ia merupakan badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang tujuan mencari untung. KEMANUSIAAN Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dilahirkan dengan hasrat untuk memberi pertolongan tanpa diskriminasi kepada mereka yang cedera di medan pertempuran dan berusaha mencegah dan meringankan kesengsaraan di mana jua ianya wujud. Tujuannya adalah untuk melindungi nyawa dan kesihatan serta hormat-menghormati sesama manusia. Ia memupuk kesefahaman, persahabatan, dan kedamaian yang berkekalan di kalangan manusia Tidak membezakan bangsa, kaum, agama, darjat atau fahaman politik dalam kegiatannya. Tujuan asasnya ialah meringankan kesengsaraan individu dan memberi keutamaan kepada kes-kes kecemasan yang paling serius. Walaupun berupa badan tambahan kepada pihak yang berkuasa awam dan tertakluk kepada undang-undang Negara, Persatuan tetap menjaga autonominya supaya ia boleh bertindak mengikut prinsip pergerakan. Hanya ada satu Persatuan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah dalam sesebuah Negara. Persatuan ini hendaklah terbuka kepada semua pihak dan aktivitinya meliputi seluruh Negara. KEBERKECUALIAN Untuk terus mendapat kepercayaan orang ramai terhadapnya, Persatuan tidak menyebelahi mana-mana pihak yang bermusuhan dan tidak menyertai pertikaian yang bercorak politik, perkauman, agama, dan ideologi. KHIDMAT SUKARELA KETUNGGALAN KEBEBASAN KESEJAGATAN Gerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa meliputi seluruh dunia, dimana semua Persatuan mempunyai taraf dan tanggungjawab yang sama serta saling bantumembantu diantara satu sama lain. Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah telah menggariskan 7 prinsip asas bagi Persekutuan dan Persatuan Kebangsaan untuk diterimapakai. Prinsipprinsip ini diterima secara rasmi pada Persidangan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah ke – 20 Di Vienna, Itali dalam tahun 1965. Prinsipprinsip itu adalah seperti berikut KESAKSAMAAN


Perlembagaan Pertubuhan Bulan Sabit Merah 07 Objektif Perlembagaan Setiap persatuan yang ditubuhkan harus mempunyai perlembagaan atau undang-undang. Mengikut akta pendaftaran penubuhan, persatuan yang ditubuhkan di luar institusi pendidikan diwajibkan mendaftar secara rasmi dengan pendaftar penubuhan parti politik dan persatuan belia. Antara fungsi perlembagaan atau undang-undang ialah sebagai panduan menggerakkan persatuan, melicinkan perjalanan persatuan kerana ia menetapkan bidang tugas dan hak jawatankuasa dan ahli serta menjadi rujukan apabila timbul sebarang masalah dalam menjalankan aktiviti persatuan. Pasukan beruniform telah mempunyai peraturan atau undang-undang tersendiri yang ditetapkan oleh badan induk. Objektif Perlembagaan BSMM Di bawah peruntukan Akta Perbadanan, objektif BSMM: “Dalam masa aman atau peperangan, memberi bantuan sukarela kepada orang sakit dan cedera samada dari angkatan tentera atau pihak yang tidak berperang, kepada orang tawanan perang, dan orang awam yang menderita akibat peperangan, mengikut semangat dan waad-waad Konvensyen Geneva dan menjalankan segala kewajipan ke atas sesuatu Persatuan Kebangsaan oleh tiap-tiap Negara yang telah menjadi suatu pihak kepada Konvensyen Geneva.”


08 Akta dan Perlembagaan Akta 4 Akta Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu (Perbadanan). Akta ini dikemuka pada tahun 1961 di Parlimen dan diluluskan di Dewan Negara pada Mei 1961. Ia dikuatkuasakan pada 16 April 1962. Akta 1965 Akta No, 47 tahun 1965 telah mengabungkan Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu, Cawangancawangan Persatuan Palang Merah British di Sabah, Sarawak dan Singapura dikenali sebagai Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Perbadanan). Nama baru pergerakan ini di bawah akta berkenaan ialah Persatuan Palang Merah Malaysia Akta 1962 Akta Persatuan Palang Merah Pertukaran nama dan lambang persatuan telah diluluskan oleh Parlimen Malaysia dan diwartawakan pada 04 September 1975. Nama pergerakan ditukarkan kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) dan Lambang Bulan Sabit Merah menjadi hak milik persatuan ini. Akta 162 Antara tujuan Akta Persatuan Palang Merah Malaysia berkuat kuasa pada 1 Julai 1965 ialah: Memberi bantuan dalam menjaga kesihatan, mencegah penyakit dan mengurangkan penderitaan sama ada dalam masa aman atau perang. Mewujudkan bantuan sukarela kepada yang sakit dan cedera. Menjalankan tanggungjawab dalam negara


Kandungan Perlembagaan BSMM 09 Subperaturan 5 (1) (a) dalam persatuan-persatuan pendidikan (Persatuan sekolah) 1998. Akta pendidikan 1996 seperti dalam warta Kerajaan Malaysia jilid 42, No. 11 Tambahan No 41, Perundangan (A):P.U.(A) 196 bertarikh 1998 berikut merupakan peratuan-peraturan perlembagaan) Bulan Sabit Merah Malaysia: Peraturan 1 Nama dan alamat Peraturan 2 Matlamat Peraturan 3 Objektif Peraturan 4 Keahlian Peraturan 5 Guru penasihat Peraturan 6 Ahli jawatankuasa Peraturan 7 Tanggungjawab jawatankuasa Peraturan 8 Kewangan Peraturan 9 Penyertaan Peraturan 10 Aktiviti Peraturan 11 Peraturan-peraturan Peraturan 12 Pindaan perlembagaan Peraturan 13 Pembubaran persatuan Peraturan 14 Tindakan disiplin Peraturan 15 Hal-hal lain


10 Perkara-perkara lain yang ditambah ke dalam perlembagaan ialah: i) Lencana / Logo persatuan ii) Cogan kata / Moto iii) Tugas persatuan di peringkat institusi pendidikan, cawangan, daerah, dan negeri iv) Pendaftaran persatuan v) Jawatankuasa kecil


Lambang Palang Merah dipilih sebagai satu penghargaan kepada Switzerland (Palang Merah yang bertatarkan warna putih sepertimana warna bendara Kkebangsaan Swiss yang diterbalikkan). Ia wujud untuk menentukan perlindunaan bai mereka yang tercedera di masa perang dan anggota yang menjaga dan merawat mereka Lambang / Emblem, Logo dan Cogankata 11 Pada November 1876, Turki yang sedang berperang dengan Russia mengumumkan kepada Majlis Persekutuan Swiss, sebagai penjaga Konvensyen Geneva, bahawa lambang Palang Merah menghina kepercayaan anggota tenteranya dan mereka menggunakan Lambang Bulan Sabit Merah untuk perkhidmatan ambulans mereka Langkah tersebut diikuti oleh banyak negara Arab dan negara yang ramai penduduk muslim Sebanyak 29 buah negara kini menggunakan lambang Bulan Sabit Merah untuk menandakan orang dan barang yang dilindungi oleh Konvensyen Geneva Negara yang menandatangani Konvensyen Geneva mestilah mengawal penggunaan lambang tersebut. Ia hanya boleh dipamerkan di atas kenderaan, kapal terbang, kapal laut, bangunan, pembinaan, dan orang yang ditugaskan untuk menjaga dan mengangkut mereka yang tercedera akibat perang Dilarang menggunakan lambang bagi tujuan peperangan, perniagaan dan publisiti LAMBANG International Federation of Red Cross and Red Crescent Societies (IFRC)


Sejarah Penubuhan Lambang Bulan Sabit Merah Malaysia 12 Lambang Bulan Sabit Merah berasal dari lambang palang merah. Negara-negara Islam tidak setuju dengan palang merah kerana berkaitan dengan uagam Kristian. Mulanya Henry Dunant mencadangkan satu lambang digunakan oleh pasukan penyelamat dan kakitangan perubatan untuk mengelakkan mereka dari diserang ketika peperangan. Jadi Dr Louis Appia mencadangkan kain putih digunakan . Kain putih selalunya bermaksud perlindungan dan menyerah kalah atau berkecuali. General Henry Duffor mrencadangkan palang merah ditambah pada kain putih. Kebetulan lambang ini sama dengan bendera Switzerland. Tahun 1906, Konvensyen Geneva telah menambah makna iaitu ‘tanda perhormatan kepada negara Switzerland’. Apabila perang Rusia-Turki tercetus, negara Turki enggan mengiktiraf lammbang palang merah . Sebaliknya menggunakan bulan sabit merah dan kebetulan bulan sabit merah sama dengan bendera Turki. Ramai negara Islam mengikut langkah Turki. Mulanya Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah tidak setuju tindakan Turki ini dan mendakwa lambang palang merah tidak ada kaitan dengan agama Kristian. Akhirnya 1929, Persidangan Palang Merah Antarabangsa mengiktiraf lamabng Bulan Sabit Merah.


13 Bendera BSMM dalam bentuk lakaran. Logo rasmi yang dilekatkan pada pakaian seragam Ukuran piawai lambang bulan sabit pada bendera BSMM. Logo BSMM mengikut laman sesawang rasmi BSMM Logo Bulan Sabit Merah Malaysia Cogankata BSMM “Cergas pada masa aman dan perang”


14 Ikrar Bahawa kami Ahli Bulan Sabit Merah Malaysia berikrar Taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Dan pemerintah-pemerintah di negara kami Berdasarkan prinsip-prinsip Rukun Negara Bahawa kami berikrar akan sentiasa patuh pada perlembagaan dan undang-undang serta arahan persatuan walau di mana kami berada Bahawa kami berikrar akan sentiasa memberi khidmat sukarela kami kepada mereka yang sakit dan menderita di waktu aman atau bencana berdasarkan prinsip Bulan Sabit Merah seperti berikut: 1. Kemanusiaan 2. Kesaksamaan 3. Keberkecualian 4. Kebebasan 5. Khidmat Sukarela 6. Ketunggalan 7. Kesejagatan


15 Lagu LAGU BULAN SABIT MERAH MALAYSIA Bulan Sabit Merah di Malaysia Giat berjasa untuk negara Tidak kira kaum dan agama Waktu aman atau bahaya. Di mana jua adanya sengsara Di sana ada kita Di darat dan laut kita bersedia Walaupun diancam bahaya. Bulan Sabit Merah Gerakan sedunia Membantu semua yang menderita Badan sukarela berkhidmat Dengan tabah dan bersemangat. Lirik: Dato’ Dol Ramli @ Song: Dato’ Johari Salleh Lagu Bulan Sabit Merah ini pertama kali dimainkan pada tahun 1975 bagi memperingati peristiwa perubahan nama persatuan dari Persatuan Palang Merah Malaysia kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.


16 Sejarah Pendidikan Palang Merah / BSMM Sejarah ringkas peringkat antarabangsa Ringkasan penubuhan BSMM di Malaysia Tujuan penubuhan BSMM Istiadat-istiadat Rasmi BSMM


Sejarah Ringkas Peringkat Antarabangsa Palang Merah (Red Cross) yang berpangkalan di Switzerland diasaskan oleh seorang ahli perniagaan iaitu Jean Henry Dunant yang lahir pada 8 Mei 1828 di Geneva. Semasa meningkat dewasa, beliau banyak menyertai persatuan-persatuan yang berunsurkan kemanusiaan seperti League of Alms yang bermatlamat untuk membantu golongan miskin dan menderita. Minat yang tinggi terhadap dunia perniagaan telah menyebabkan Henry meletakkan jawatan beliau sebagai pegawai bank demi memenuhi minat beliau. Perniagaan yang dibangunkan oleh Henry mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat setempat. Namun begitu, semuanya berubah dengan sekelip mata apabila tercetusnya Perang Solferino. 17 Pengasas Pergerakan Palang Merah Jean Henry Dunant


Sekitar Jun 1959, Henry menyaksikan Perang Solferino ketika beliau dalam perjalanan ke Algeria, Afrika. Peperangan yang berlanjutan selama 16 jam itu mengakibatkan kawasan peperangan itu dipenuhi dengan 40,000 askar yang terkorban dan juga cedera. Beliau telah bertindak membantu mangsamangsa yang tercedera dengan membawa mereka ke sebuah gereja yang berdekatan. Segala yang berlaku semasa beliau berada di kawasan peperangan itu telah dicatatkan lalu diterbitkan sebagai sebuah buku yang bertajuk "A Memory of Solferino". Henry memikirkan bahawa kesengsaraan yang dilalui mangsa-mangsa Perang Solferino perlulah diberikan perhatian. Oleh itu, beliau telah mencetak beberapa naskhah bukunya menggunakan wang saku sendiri untuk diedarkan kepada ketuaketua negara Eropah. 18 Perang Solferino Sejarah Ringkas Peringkat Antarabangsa


19 Dalam penulisannya, beliau telah mencadangkan dua perkara untuk diambil perhatian. Cadangan pertama, membentuk organisasi kemanusiaan antarabangsa bagi membantu tentera dan orang awam yang tercedera semasa peperangan. Cadangan kedua, mengadakan perjanjian antarabangsa agar tentera yang tercedera daripada mana-mana pasukan perlulah dibantu. Tindakan beliau telah membuahkan hasil apabila pada tahun 1864, jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) telah dibentuk serta termeterainya Konvensyen Geneva. Namun begitu, penubuhan ICRC dilakukan tanpa kehadiran Henry ekoran beliau dikatakan terlalu idealis. Sejarah Ringkas Peringkat Antarabangsa


20 Di Malaysia, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) telah ditubuhkan pada tahun 1948 sebagai cabang Persatuan Palang Merah Britain di Sabah dan Sarawak. Pada tahun 1950, semakin banyak cawangan persatuan telah ditubuhkan di Malaysia bermula di Pulau Pinang dan kemudiannya di negeri-negeri lain. Setelah Malaysia merdeka pada tahun 1957, Persatuan Bulan Sabit Merah ini telah diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Persatuan Palang Merah Antarabangsa juga telah mengiktiraf persatuan ini pada 4 Julai 1963 dan telah menjadi ahli badan antarabangsa pada 24 Ogos 1963. Sejarah Penubuhan BSMM di Malaysia Berikutan penggabungan antara Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak, serta penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963, penggubalan akta baharu iaitu Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Penswastaan) Akta 1965 telah mengambil langkah untuk menggabungkan Persatuan Palang Merah Malaya dengan cawangan Persatuan Palang Merah di Sabah dan Sarawak di bawah satu nama baharu iaitu Persatuan Palang Merah Malaysia. Hal ini telah dikuatkuasakan pada 1 Julai 1965. Persatuan Palang Merah Malaysia telah ditukarkan nama kepada Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) sejajar dengan kebenaran penukaran nama Akta Persatuan Palang Merah Malaysia kepada Akta Bulan Sabit Merah Malaysia Akta 1975 oleh Parlimen Malaysia pada 5 Julai 1975.


21 Sejarah Ringkas Peringkat Antarabangsa Ringkasan Penubuhan BSMM di Malaysia 1948 Persatuan Palang Merah ditubuhkan di Tanah Melayu sebagai satu Cawangan Palang Merah British. 1950-1952 1961 1962 1963 1965 1975 Ditubuhkan di Pulang Pinang (1950), Perak, Terengganuu dan Selangor (1951), Melaka, Johor dan Pahang (1952). 1 Mei 1961, Rang Undang-undang Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu (Perbadanan) telah dibacakan di Parlimen 16 April 1962, Akta Persatan Palang Merah Malaysia Persekutuan Tanah Melayuu (Perbadanan) Akta 1961 (No. 4 tahuun 1962) telah berkuuatkuasa. 4 Julai 1963, Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) menerima pengiktirafan dengan rasmi sebagai satu Persekutuan Palang Merah Selaras dengan penubuhan Malaysia, parlimen telah meluluskan Akta Persatuan palang Merah (Akta No. 47 tahun 1965) 21 Ogos, nama Palang Merah ditukarkan kepada Bulan Sabit Merah dan diwartakan pada 4 September 1975


Tujuan Penubuhan Penuhan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) bukanlah merupakan satu penubuhan persatuan yang dilakukan secara spontan. Sebaliknya, ianya ditubuhkan atas tujuantujuan tertentu seperti : 22 Pertubuhan terbuka tanpa membezakan agama, bangsa atau politik kepada semua orang yang melakukan segala hal yang ditakrifkan oleh pertubuhan atau majlisnya berfaedah untuk mencapai tujuan tersebut. 1. Menjalankan usaha memperbaiki taraf kesihatan, mencegah penyakit dan meringankan penderitaanpenderitaan di seluruh dunia dalam masa aman tau atau perang. 2. Memberikan bantuan sukarela kepada orang cedera sama ada daripada angkatan tentera atau pihak yang menderita akibat peperangan. 3. Menjalankan segala kewajipan yang dipertanggungjawabkan ke atas sesuatu persatuan kebangsaan oleh tiap-tiap negara yang telah satu pihak kepada konvesyen tersebut. 4. Mengesan perkembangan dan penguasaan ahli-ahli secara menyeluruh dalam aspek-aspek pengetahuan intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak dan sosial selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara. 5.


Ketua pasukan melaporkan keahlian kepada komander Bacaan doa oleh ahli bertugas Nyanyi tiga buah lagu – Lagu Sekolah – Lagu Negeri – Negaraku Laporan dari komander kepada guru penasihat Arahan komander supaya membuka barisan Pemeriksaan barisan oleh guru besar diiringi oleh guru penasihat dan komander Arahan komander supaya menutup barisan Guru penasihat menjemput guru besar memberikan ucapan Keluar baris 23 Istiadat-istiadat Rasmi BSMM Istiadat Perhimpunan


Ketua pasukan dan ketua kumpulan berdiri dalam bentuk bulatan 24 Istiadat Meningkat Naik Guru penasihat memberi arahan dan menerangkan dengan ringkas tujuan istiadat ini diadakan Ahli BSMM yang akan meningkat naik dipanggil ke hadapan guru penasihat yang kaanmengucapkan terima kasih semasa berada didalam keahlian Berjabat tangan dengan kawan-kawan Ahli lain memberi satu sorakan Guru penasihat memberi arahan menutup bulatan dan bersurai Istiadat-istiadat Rasmi BSMM


25 Istiadat Melantik Diadakan ditempat lapang Diadakan ditempat lapang Semua hali yang terlibat harus faham peranan masingmasing Semua keperluan disediakan Guru penasihat dan ketua pasukan hendaklah menghebahkan istiadat ini pada perhimpunan sebelumnya Prosedur: Apabila seorang pelajar telah bersedia menjadi ahli BSMM, dia patut disahkan menjadi seorang ahli melalui satu istiadat Istiadat itu amat bermakna kepada ahli baru yang akan menjadi kenagan seumur hidup mereka dan kepada semua ahli kumpulan akan mendapat seorang ahli baru Istiadat diadakan secara: Perkataan dan upacara ringkas dan mudah dengan ikhlas Dengan khusyuk dan syahdu Istiadat-istiadat Rasmi BSMM


Ahli yang mengambil bahagian perlu membuat satu bulatan besar 26 Ketua pasukan berada dalam bulatan Ketua pasukan dalam keadaan sedia Ahli baru yang berada di luar bulatan di panggil masuk ke dalam bulatan Wakil ahli membawa ahli baru berdiri di depan guru penasihat Pen guru penasihat masuk ke dalam bulatan dan berdiri di sebelah guru penasihat dengan membawa lencana,tanda negeri dan lambang di lengan Selepas itu, wakil ahli, balik ke tempatnya Guru penasihat melafazkan ikrar diikuti oleh ahli baru Guru penasihat berdiri di tengah bulatan Guru pen penasihat berdiri di luar bulatan di belakang bendera Guru penasihat menyematkan lencana keahlian, tanda negeri dan lambang di lengan kepada ahli baru Ahli baru memberi hormat kepada guru penasihat dan berpusing Wakil ahli memperkenalkan kepada ahli-ahli yang lain Upacara perlantikan ahli baru BSMM: Istiadat-istiadat Rasmi BSMM


27 Struktur dan Organisasi Pertubuhan Unit BSMM Pengurusan dan struktur organisasi Pertubuhan Palang Merah / BSMM: Antarabangsa dan Kebangsaan Peringkat Cawangan Peringkat IPG Peringkat Sekolah


Bulan Sabit Merah Antarabangsa terdiri daripada tiga badan berasingan iaitu : 1) Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah - The International Committee of the Red Cross (ICRC) 2) Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah - International Federation of Red Cross and Red Crescent Societies (IFRC) 3) Persatuan-persatuan Palang Merah/ Bulan Sabit Merah Kebangsaan Pengurusan dan struktur organisasi Pertubuhan Palang Merah / BSMM Antarabangsa 28


Peranan JAPM 1. Pemaju Konvesyen Kemanusiaan Antarabangsa 2. Menjaga prinsip-prinsip asas Palang Merah Mengiktirafkan penubuhan persatuan, Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Kebangsaan 3. 4.Agensi pengesanan pusat Menyediakan anggota perubatan sekiranya berlaku peperangan, perang saudara/rusuhan 5. PERHIMPUNAN menentukan dasar am dan prinsip-prinsip Juga dikenali dengan nama International Committee of The Red Cross (ICRC) Komponen yang prihatin pada pembangunan Undang-undang kemanusiaan Antarabangsa Ditubuh pada tahun 1863 Ditubuh oleh 5 warganegara swiss Organisasi Swiss - bebas dan bersendirian Tugas: membantu orang yang cedera Diberi statuus pemerhati oleh Perhimpunan Agung PBB pada 16 Oktober 1990 Keputusan mereka berasaskan kepada pertimbangan kemanusiaan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (JAPM) 29 Badan Pentadbir JAPM LEMBAGA EKSEKUTIF bertanggungjawab terhadap hal operasi dan penyelia hal-ehwal pentadbiran DIREKTORAT (Ibu Pejabat) mengenali pelbagai perkhidmatan yang mendokong aktiviti di medan OPERASI (Medan) pengurusan pentadbiran wilayah seperti perlembagaan undang-undang kemanusiaan dan prinsip asas sumber manusia, sokongan kewangan dan pentadbiran, komunikasi dan perhubungan raya


fungsi IFRC: Bertindak sebagai badan tetap berkenaan perhubungan, penyelarasan dan pengkajian di antara persatuan-persatuan kebangsaan 1. Menggalakkan dan mempromosi di setiap negara penubuhan dan pembangunan persatuan kebangsaan yang bebas serta diiktiraf 2. 3. Memberi bantuan dengan apa jua cara kepada mangsa bencana alam 4. Mengatur, menyelaras dan mengarah tindakan bantuan antarabangsa 5. Menggalakkan penyertaan persatuan kebangsaan dalam aktiviti menjaga kesihatan umum 6. Membantu JAPM memaju dan membangunkan undang-undang kemanusiaan antarabangsa Menjadi perwakilan rasmi dalam urusan perakuan yang diterima pakai serta menjadi penjaga kepada kepentingan mereka 7. 8. Melaksanakan mandat yang diamanahkan. PERHIMPUNAN AGUNG Menentukan dasar umum yang harus diikuti oleh persatuan kebangsaan IFRC (International Federation of Red Cross) 1919 Dahulu: Liga persatuan Antarabangsa Palang Merah atau Bulan Sabit Merah Bebas daripada pengaruh kerajaan Tujuan: memberi semangat, galakan dan promosi kepada sema bentuk aktiviti kemanusiaan bagi mencegah dan meringankan penderitaan manusia. Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) 30 Badan Pentadbir IFRC MAJLIS EKSEKUTIF Bertindak atas segala keputusan yang dibuat oleh Perhimpunan Agung SURUHANJAYA STATUT 5 suruhanjaya iaitu kewangan, belia, bantuan bencana, pembangunan, kesihatan SEKRETARIAT Mempraktikkan segala keputusan yang dibuat oleh badan pemerintahan di Ibu pejabat Geneva


Bertindak sebagai khidmat bantuan kepada pihak berkuasa awam dan persatuanpersatuan kebangsaan menjalankan tugasnya Memberi abntuan kepasa mangsa bencana alam, pencegahan penyakit dan membaiki tahap kesihatan Melantik anggota-anggota pertolongan cemas • Menjaga tentera yang sakit dalam peperangan • Membantu orang-orang tawanan perang, menghantar perutusan orang awam. Persatuan Palang Merah / Bulan Sabit Merah Kebangsaan ( PBSMK ) 31 Persidangan Palang Merah Antarabangsa JAPM, IFRC, PBSMK dan kerajaan yang menandatangani Konvensyen Geneva berjumpa 4 tahun sekali Badan ynag membuat keputusan yang tertinggi Semua terikat dengan keputusan dan resolusi ( pembaharuan ) yang dibuat


Pengurusan dan struktur organisasi Pertubuhan Palang Merah / BSMM Kebangsaan 32 Penaung persatuan : Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Presiden persatuan dipegang oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Timbalan Presiden dipegang oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri Naib Presiden dipegang oleh: YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat YB Menteri Kesihatan YB Menteri Luar Negeri YB Menteri Belia dan Sukan YB Menteri Pelajaran YB Menteri Pendidikan Tinggi Carta Organisasi


33 Senat BSMM Badan tertinggi Tidak mempunyai kuasa eksekutif Peranan : meningkatkan imej dan matlamat persatuan sejajar dengan prinsip-prinsip pergerakan 25 senator pada suatu masa Pelantikan senator : ditentukan atas budi bicara Majlis Kebangsaan dan dilantik kalangan ahli-ahli BBSM Majlis Kebangsaan Merupakan badan yang membuat polisi dan dasar BSMM Mesyuarat : Sekurang-kurangnya 3 kali dalam setahu Memerlukan 1/3 kehadiran ahli untuk membentuk korum Dianggotai oleh Pengerusi Kebangsaan Timbalan Pengerusi Kebangsaan 4 orang Naib Pengerusi Kebangsaan Bendahari Kehormat Kebangsaan 8 orang ahli yang dipilih 2 orang wakil setiap Cawangan Wakil-wakil agensi kerajaan Kementerian Setiausaha Agung


34 Lembaga Eksekutif Kebangsaan ( NEB ) Badan yang menjalankan polisi dan dasar yang diputuskan oleh Majlis Kebangsaan Pengurusan seharian mengenai persatuan Mesyuarat : sekurang-kurangnya 2 bulan sekali Tugas : Melaksanakan arahan Majlis Kebangsaan Menjalankan aktiviti-aktivi seharian BSMM Dianggotai oleh : Pengerusi Kebangsaan Timbalan Pengerusi Kebangsaan 4 orang Naib Pengerusi Kebangsaan Bendahari Kehormat Kebangsaan 8 orang ahli yang dipilih 5 orang wakil zon Setiausaha Agung Pengerusi Kebangsaan BSMM : YM Tunku Tan Sri Dato’ Shahriman bin Tunku Sulaiman, PSM, DIMP, ASDK, PJK


Pengurusan dan struktur organisasi Pertubuhan Palang Merah / BSMM Cawangan ( Negeri ) 35 Kesemua jawatan dalam struktur organisasi tersebut berada di Ibu Pejabat Kebangsaan ( IPK ) Kuala Lumpur BBSM terdapat 15 cawangan di Malaysia. ( setiap negeri, Wilayah Persekutuan dan Labuan ) Struktur organisasi hampir serupa dengan NEB Pengurusan dan struktur organisasi Pertubuhan Palang Merah / BSMM Cabang ( Daerah ) Setiap Cawangan terdiri daripada beberapa Cabang Daerah Daerah Kecil merupakan suatu institusi ( universiti, maktab perguruan…) Kini telah dinaik taraf kepada Cabang Tahun 2000 – 119 Cabang di Malaysia


Pengurusan dan struktur organisasi Pertubuhan Palang Merah / BSMM Peringkat IPG 36


Pengurusan dan struktur organisasi Pertubuhan Palang Merah / BSMM Peringkat IPGKBA 37 Carta Organisasi BSMMIPGMKBA PISMP AMBILAN JUN 2021-2016 Kompeni Charlie Penaung (Pengarah IPGK) DATIN DR. HAJAH BUSHRO BINTI ALI Pengerusi (Ketua Jabatan) Penasihat (Pensyarah) Pengerusi (Pelajar) Naib Pengerusi (Pelajar) Setiausaha (Pelajar) P. Setiausaha (Pelajar) Bendahari Ahli Jawatankuasa EN. MOHAMMAD HAMZAH BIN SARIMUN DR. MALATHI AP BALAKRISHNAN ANGELIKA JOVINNA ANAK JOHNY SITI NORSHAZANA SHAZA BINTI HAZARDIE MUHAMAD MURSYIDIL HAFIZ BIN KAMARUDIN NUR HUMAIRAH BINTI SULAIMAN SITI AFIQAH AL HUSNA BINTI SHADI NATALIA SHARMILA MARLENIE ANAK SABAT MARYLYNE JUPA ANAK SALIH NUR ZIA AMIRA BINTI SHAARI


Pengurusan dan struktur organisasi Pertubuhan Palang Merah / BSMM Peringkat Sekolah 38 Guru Besar Guru Penasihat (Penolong Kanan Kokurikulum) Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Ahli Jawatankuasa Penolong Setiausaha Bendahari Penolong Bendahari


39 Pengurusan dan Pentadbiran Pendaftaran Ahli dan Kumpulan Kuasa penganjur Struktur unit Tanggungjawab pemimpin Pakaian seragam ahli dan pemimpin


Keahlian persatuan terbuka kepada semua tanpa mengira bangsa, agama, jantina dan politik. Ahli dan sukarelawan datang daripada pelbagai golongan, memberi sumbangan perkhidmatan bagi mewujudkan hasrat dan prinsip persatuan. Pendaftaran ahli BSMM disimpan dalam sistem database di Ibu Pejabat Kebangsaan. Setiap Cabang, Cawangan dan Unit akan menyimpan rekod keahlian masing-masing. Bagi Cawangan yang tiada Unit di bawah pentadbiran, rekod boleh disimpan oleh jawatankuasa Eksekutif. 40 Pendaftaran Ahli KEAHLIAN BIASA Yuran tahunan sekurangkurangnya RM2 setahun Bayaran dibuat kepada Setiausaha Cawangan atau Cabang AHLI SEUMUR HIDUP AHLI KEHORMAT SEUMUR HIDUP PASUKAN BANTUAN SUKARELA AHLI BELIA Permohonan di atas budi bicara dan kelulusan Cawngan Yuran tidak kurang daripada RM1000 Dilantik oleh Jawatankuasa Anugerah Kebangsaan Tidak melebihi 4 orang setiap tahun Yuran RM2 setahun tetapi digalakkan bayar yuran sekaligus untuk 5 tahun Permohonan diluluskan oleh Jawatankuasa Cawangan Tidak melebihi 12 tahun dan berdaftar di bahagian unit sebagai Bulan Sabit Kanak-kanak Tidak melebihi 18 tahun dan berdaftar di unit Bulan Sabit Muda (Junior) Tidak melebihi 25 tahun dan berdaftar di Unit Pasukan Sukarela (Voluntary Aid Detachment: VAD)


41 Pasukan kanak-kanak Pasukan belia Pasukan belia terbuka Pasukan banutan sukarela berpakaian seragam pasukan banutan sukarela tidak berpakaian seragam] pasukan banutan sukarela di IPT Pendaftaran Kumpulan Setiap sekolah hanya dibenarkan untuk menubuhkan satu pasukan BSMM Bilangan minimum ahli ialah 15 orang bagi satu pasukan Pihak sekolah menghantar borang pendaftaran kepada Setiausaha Cabang dan disemak oleh pihak Cabang barulah perrmohonan dimajukan kepada Setiausaha Cawangan Pendaftaran bagi Pasukan Kanak-kanak/Belia


42 Ditubuhkan di kawasan yang diberikan kelulusan oleh Cabang sahaja Bilangan minimum ahli ialah seramai 15 orang Borang pendaftaran perlu dihantar kepada Cabang sebelum dihantar kepada Ibu Pejabat Kebangsaan untuk disemak dan dikeluarkan Sijil Pendaftaran bagi Pasukan Belia Terbuka Ditubuhkan di kawasan yang disyorkan oleh Cabang Bilangan minimum ahli ialah seramai 15 orang Langkah pendaftaran adalah sama seperti pendaftaran Pasukan Kanak- kanak/Belia Pendaftaran bagi Pasukan Kanak-kanak/Belia


Meluluskan pendaftaran tahunan unit BSMM dengan ibu pejabat BSMM Penganjur merupakan salah seorang daripada dua penurun tandatangan rasmi (official signatories) dan seorang lagi ialah pemimpin kumpulan bagi akaun simpanan atau semasa untuk BSMM tersebut Mengesahkan penyata akaun unit yang disediakan oleh pemimpin BSMM Mengesahkan sebarang persuratan rasmi yang berkaitan dengan unit BSMM apabila diperlukan Meluluskan permohonan untuk aktiviti-aktiviti luar seperti rombongan, kembaran dan perkhemahan untuk ahli-ahli BSMM Menyelia dan mengawal kemajuan unit BSMM di sesebuah institusi Menganjur kursus-kursus sijil lencana kecekapan dan sijil peperiksaan Memberikan khidmat nasihat tentang BSMM kepada warga institusi 43 Kuasa Penganjur


44 Struktur Unit Setiap unit yang berdaftar mempunyai nombor unit khas. Nombor ini akan menunjukkan unit itu berasal dari Cabang dan bahagian tertentu. Contohnya : Unit PK(Y) 118 PK - Unit ini berasal daripada Cabang Perak (Y) - Kumpulan Belia atau Youth 118 - Unit ke-118 yang didaftarkan


45 Tanggungjawab Pemimpin a) Pengerusi Bertanggungjawab terhadap Pengerusi Cawangan dan bertanggungjawab terhadap semua hal berkaitan pengurusan, pembangunan, pentadbiran dan kegiatan cabang. 1. Bertanggungjawab mempengerusikan semua Mesyuarat Jawatankuasa Cabang. 2. Mempunyai satu undi Penentuan dan akan menandatangani minit tiap-tiap mesyuarat semasa disahkan. 3. Bertanggungjawab menyediakan tugas-tugas dan menyelia AJK cabang dalam perlaksanaan tugas mereka. 4. Menentukan akaun Cabang disediakan untuk diaudit, diluluskan dan dikemukakan ke Cawangan. 5. Bertanggungjawab di dalam memastikan belanjawan dan perancangan belanjawan Cabang tersusun rapi. 6. Terlibat dalam tugas-tugas rasmi dengan Kementerian, Jabatan Kerajaan dan BSMM 7. b) Naib Pengerusi I Bertanggungjawab menjalankan tugas Pengerusi semasa ketiadaannya. 1. Mengambil alih jawatan Pengerusi apabila Pengerusi meletakkan jawatan sehingga Pengerusi baru dilantik. 2. Bertanggungjawab terhadap kegiatan pentadbian dan kewangan Cabang. 3. Bertanggungjawab membantu Pengerusi menyelia tugas AJK Cabang. 4.


46 Tanggungjawab Pemimpin c) Naib Pengerusi II (bergantung pada keperluan Cabang dan tugastugasnya seperti Naib Pengerusi I). 1. d) Setiausaha Kehormat Bertanggungjawab terhadap Setiausaha Cawangan dan menjadi Pegawai Penyelaras dan Perhubungan untuk Cabang dan Unit. 1. Membantu Jawatankuasa Cabang dalam memelihara perhubungan dengan badanbadan kerajaan, swasta dan pertubuhan lain di peringkat Cabang. 2. Bertanggungjawab memberi bantuan secretariat dan susulan untuk Jawatankuasa Cabang teruatama kepada Pengerusi dan Naib Pengerusi. 3. 4. Menyelaras semua kegiatan Cabang. Bekerjasama dengan Bendahari Kehormat dalam menyediakan peruntukan tahunan dan penyata kewangan. 5. Menjadi pegawai pentadbiran peringkat Cabang termasuk bertanggungjawab mengenai semua dokumen, buku, rekod, pendaftaran dan insuran kepunyaan Cabang. 6. e) Bendahari Kehormat Bertanggungjawab terhadap Bendahari Cawangan dan akan bertanggungjawab menyimpan rekod akaun, menyediakan penyata penerimaan dan pembayaran, pendapatan dan perbelanjaan dan kunci kirakira bulanan dan tahunan. 1. Bertanggungjawab mengenai penerimaan dan pembayaran di Cabang dan Unit. 2. Menandatangani semua cek yang dikeluarkan bersama pegawai yang dilantik oleh Jawatankuasa Cabang. 3.


47 Tanggungjawab Pemimpin 4. Bertanggungjawab menyediakan belanjawan tahunan untuk dikemuakan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Cabang dan memajukan ke cawangan. 5. Menasihati Jawatankuasa Cabang dalam 2 pengawasan kewangan dan audit. 6. Bertanggungjawab menyimpan dan merekod segala harta Cabang seperti tanah, bangunan, kenderaan, peralatan, perkakasan pejabat dan lainlain. 7. Menyelia dan mengemukakan akaun yang disatukan ke Cawangan sebelum 30 Mac setiap tahun. f) Pegawai Perubatan Bertanggungjawab mengenai berbagai aspek perubatan dan kesihatan dalam programprogram Cabang. 1. Bekerjasama dengan Pegawai Penjaga Latihan untuk mengemaskinikan cara-cara latihan pertolongan cemas, rawatan rumah, pemulihan pernafasan dan lain-lain perkara yang bersangkutan di peringkat Cabang. 2. g) Penguasa Jururawat Bertanggungjawab dalam segala aspek kegiatan rawatan dan kejururawatan di Cabang. 1. Bekerjasama dengan Pegawai Penjaga Latihan untuk mengemaskini cara-cara rawatan. 2. h) Pegawai Penjaga Latihan Bertanggungjawab kepada Penolong Pengarah Latihan Cawangan mengenai semua hal latihan di cabang. 1.


48 Tanggungjawab Pemimpin 2. Bertangggungjawab mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa Latihan Cabang. 3. Berkerjasama dengan Penolong Pengarah 3 Latihan Cawangan dalam usaha menyelaras, merancang dan mengimplimentasi program latihan untuk Cabang dan Unit. 4. Bertanggungjawab dalam merancang dan mengadakan semua program latihan untuk Cabang. 5. Bertanggungjawab memajukan Laporan Latihan Cabang kepada Penolong Pengarah Latihan Cawangan. i) Pegawai Penjaga PBS Bertanggungjawab kepada Penolong Pengarah PBS Cawangan, Pengerusi / Naib Pengerusi Cabang dalam semua hal kebajikan am, pengurusan dan kegiatan PBS di Cabang. 1. Bekerjasama dengan Penolong Pengarah PBS dalam penubuhan dan pembangunan PBS di Cabang. 2. Bekerjasama dengan Pengerusi JKK Bantuan Bencana dalam pengerahan dan memobilisasikan anggota PBS semasa bencana alam peringkat Cabang. 3. Bertanggungjawab menyediakan laporan aktivit PBS peringkat Cabang dan memajukan kepada Penolong Pengarah PBS dari semasa ke semasa. 4. Bertanggungjawab menyediakan laporan berhubung kenaikan pangkat Pasukan PBS, pertukaran pemimpin dan alamat melalui Pengerusi / Setiausaha Kehormat Cabang seperti yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Cabang. 5.


49 Tanggungjawab Pemimpin 6. Bertanggungjawab menyelesaikan masalah yang timbul dari pasukan PBS yang mana di 4 dalam bidang dan tugas beliau. Disyorkan jika terdapat masalah atau keraguan, hendaklah merujuk kepada Pengerusi Cabang atau Penolong Pengarah PBS. 7. Mempengerusi, menasihat dan menyelaras mesyuarat Pegawai-pegawai PBS. 8. Bersama Pegawai Latihan menentukan pasukan PBS mendapat latihan yang sewajarnya. j) Pegawai Penjaga Belia / Link 1. Bertanggungjawab kepada Penolong Pengarah Belia dalam semua hal kebajikan am, pengurusan dan kegiatan unit-unit Belia / Kanak-kanak di Cabang. 1. Bekerjasama dengan Penolong Pengarah Belia dalam penubuhan dan pembangunan unit Belia / Kanak-kanak di Cabang. 2. Bertanggungjawab dalam menyediakan laporan aktiviti bela / kanak-kanak peringkat cabang dan memajukan kepada Penolong Pengarah Belia dari semasa ke semasa. 3. Bertanggungjawab menyediakan laporan berhubung kenaikan pangkat pasukan Belia, pertukaran pemimpin dan alamat melalui Pengerusi / Setiausaha Kehormat Cabang seperti yang diluluskan oleh Jawatankuasa Cabang. 4.


50 Tanggungjawab Pemimpin 5. Bertanggungjawab menyelesaikan masalah yang timbul dari pasukan belia / kanak-kanak yang mana di dalam bidang dan tugas beliau. Disyorkan jika terdapat masalah dan keraguan hendaklah dirujuk kepada Pengerusi Cabang atau Penolong Pengarah Belia. 6. Mempengerusi, menasihat dan menyelaras 5 mesyuarat pegawai-pegawai belia dan kanak-kanak. 7. Bersama-sama Pegawai Latihan menetukan pasukan belia dan kanak-kanak mendapat latihan yang sewajarnya k) Pegawai Seranta Bertanggungjwab kepada Pengerusi / Naib Pengerusi Cabang dalam memberi informasi mengenai kegiatan Cabang. 1. Bekerjasama dengan Setiausaha Kehormat Cabang dalam menerbitkan semua bahan berita, bahan bercetak atau elektronik dan penerangan mengenai kegiatan Cabang. 2. Bekerjasama dengan Setiausaha Kehormat Cabang dalam membangunkan satu sistem perhubungan anatara berbagai Jawatankuasa Cabang dengan Cawangan dan pasukanpasukan. 3. l) Kuartermas ter Bertanggungjawab kepada Pengerusi / Naib Pengerusi Cabang dan Kuartermaster Cawangan untuk semua asset (peralatan dan bekalan) yang dipunyai oleh Cabang. 1. Bertanggungjawab mengenai stor dan inventori Cabang dan menyediakan laporan harta benda dan lain-lain yang berkaitan kepada Cawangan dari semasa ke semasa melalui Setiausaha Kehormat Cabang. 2.


Click to View FlipBook Version