0
1 ETIKA PEMAKAIAN STAF HOSPITAL PENGAJAR UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (HPUniSZA) 1.0 PENGENALAN Cara berpakaian melambangkan keperibadian pegawai dan staf serta nilai-nilai dan etika kerja yang murni. Oleh itu, cara berpakaian yang bersih, kemas dan bersesuaian adalah ditekankan untuk dijadikan amalan kepada pegawai dan staf. Peraturan-peraturan berikut mengenai pakaian semasa bertugas di HPUniSZA hendaklah dipatuhi semasa bekerja. 2.0 PANDUAN PAKAIAN STAF PENTADBIRAN 2.1 Pakaian Staf Lelaki (i) Kepala • Rambut hendaklah pendek dan kemas serta tidak mencecah kolar baju. (ii) Badan • Lounge Suite atau Bush Jacket dengan bahan kain dan warna bersesuaian bagi staf Pengurusan Tertinggi, Pengurusan dan Profesional. • Baju kemeja lengan panjang dan seluar panjang serta bertali leher dengan warna yang sesuai. • Digalakkan memakai baju korporat pada hari Rabu. • Digalakkan memakai tanda nama di sebelah kiri. • Diwajibkan memakai Kad Staf semasa waktu pejabat.
2 • Hendaklah memakai pakaian batik Malaysia pada setiap hari Khamis. (iii) Kaki • Kasut kulit atau lain-lain kasut yang sejenis dengannya beserta stoking. Digalakkan memakai kasut hitam/ gelap dan berkilat. Jadual 1: Pakaian Staf Pentadbiran Lelaki
3 2.2 Pakaian Staf Wanita (i) Kepala • Memakai tudung yang bersesuaian dan tidak mencolok mata serta digalakkan memilih tudung yang sepadan dengan warna baju. • Staf yang bukan beragama Islam hendaklah menyisir rambut dengan rapi dan bagi yang berambut panjang, hendaklah diikat dengan kemas. • Tudung melepasi aras dada dan bersesuaian dengan etika berpakaian ke pejabat. Fesyen yang keterlaluan adalah tidak digalakkan. (ii) Badan • Memakai baju kurung/ baju kebaya longgar dan labuh atau Lounge Suit melalui gabungan 3-pieces suit yang bersesuaian iaitu kot, skirt labuh dan longgar serta kemeja. • Staf wanita bukan warganegara dibenarkan memakai pakaian kebangsaan Negara masing-masing atau pakaian mengikut kaum masing-masing yang sopan dan bersesuaian. • Digalakkan memakai baju korporat pada hari Rabu. • Digalakkan memakai tanda nama di sebelah kiri. • Diwajibkan memakai Kad Staf semasa waktu pejabat. • Hendaklah memakai pakaian batik Malaysia pada setiap hari Khamis. (iii) Kaki • Kasut yang bertutup sekeliling hendaklah dipakai semasa bekerja. Ketinggian tumit kasut melebihi 2 inci adalah tidak digalakkan.
4 Jadual 2: Pakaian Staf Pentadbiran Wanita
5 3.0 PANDUAN PAKAIAN SERAGAM • Pemakaian pakaian seragam ini perlu dipakai oleh staf semasa bekerja secara berterusan bagi mereka yang dibekalkan dengannya. • Pemakaian tanda nama diwajibkan kepada semua staf, namun ianya tidak dibenarkan kepada staf bilamana staf berkenaan melakukan prosedur perubatan kerana ia boleh mendatangkan risiko pencemaran oleh kumankuman yang berada pada tanda nama berserta pin atau lanyard nya. • Pakaian seragam staf HPUniSZA direka berdasarkan falsafah yang telah digariskan seperti berikut: 3.1 Falsafah Pakaian Seragam Staf HPUniSZA Jawatan : Pembantu Perawatan Kesihatan Pakaian Seragam Warna Falsafah Kuning Muda Melambangkan kemesraan, keikhlasan dan kesungguhan anggota Pembantu Perawatan Kesihatan UniSZA semasa menjalankan tugas Kelabu Gelap Menunjukkan keharmonian dan toleransi, semangat kerja berpasukan dan hormat menghormati Jawatan : Penolong Pegawai Perubatan Pakaian Seragam Warna Perkara Falsafah Hijau Baju Melambangkan kebersihan, keikhlasan dan kesungguhan anggota Penolong Pegawai Perubatan UniSZA semasa menjalankan tugas Putih Tudung Melambangkan kesucian, bersih dan kemas Hitam Seluar Melambangkan kekuatan yang utuh dalam pasukan dan semangat kekitaan UniSZA
6 Jawatan : Pegawai Dietetik : Pegawai Penyediaan Makanan White Coat Warna Falsafah Putih Melambangkan persekitaran fasiliti pada tahap harmoni, sihat serta mencerminkan penjagaan kebersihan dalam melaksanakan tugasan Line Kelabu Muda Pada Atas Poket Melambangkan profesionalisme kerja, komitmen dan kekuatan kerjasama kakitangan dalam memberi perkhidmatan sebagai staf UniSZA Jawatan : Pegawai Farmasi White Coat Warna Falsafah Putih Melambangkan kebersihan dan kejujuran dalam menjalankan tugas Line Kelabu Muda Pada Atas Poket Melambangkan profesionalisme dalam tugasan harian dan identiti UniSZA Jawatan : Penolong Pegawai Farmasi Pakaian Seragam Warna Falsafah Kelabu Gelap Melambangkan profesionalisme dalam tugasan harian Seluar/Kain Warna Falsafah Hitam Melambangkan keteguhan dan ketegasan dalam melaksanakan arahan Tudung Warna Falsafah Kelabu Muda Melambangkan profesionalisme dalam tugasan harian
7 Jawatan : Jururawat Pakaian Seragam Reka bentuk Falsafah Leher Cekak Musang Melambangkan pakaian tradisional Melayu Potongan Patuh Syariah Baju longgar dan labuh sesuai dengan syariat Islam. Tudung dipakai di luar uniform bagi menutup aurat Belahan Kiri dan Kanan Memudahkan pergerakan Butang Sorok Bagi kemasan imej korporat dan segak Poket Kiri Kanan Bagi menyimpan alat tulis dan keperluan lain sepanjang bekerja Warna Falsafah Biru Muda Melambangkan kepimpinan Warna langit dan laut Warna yang damai, sejuk dan dapat menenangkan fikiran Dapat memberi efek menenangkan Warna yang memberi kesan professional dan kepercayaan Dapat merangsang individu berkomunikasi Merangsang pemikiran yang positif meningkatkan konsentrasi Warna biru pastel agar mudah didekati, memudahkan pesakit dalam menjalani rawatan
8 Jawatan: Pegawai Sains/Pensyarah Perubatan/Pakar Perubatan White Coat Reka bentuk Falsafah Logo Melambangkan identiti semangat staf UniSZA Poket Melambangkan kekemasan aturan cara kerja dalam melaksanakan tugas Hand Cuff Melambangkan ketelitian dalam menjaga keselamatan dan kebersihan semasa menjalankan tugas Dart Bahagian Belakang (Perempuan) Melambangkan keselesaan dan penampilan yang kemas dalam menjalankan tugasan Warna Falsafah Putih Melambangkan persekitaran fasiliti pada tahap harmoni, sihat serta mencerminkan penjagaan kebersihan dalam melaksanakan tugasan Line Kelabu Muda Pada Atas Poket Melambangkan profesionalisme kerja, komitmen dan kekuatan kerjasama kakitangan dalam memberi perkhidmatan Jawatan : Juru X-Ray (Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Pelaksana) White Coat Warna Falsafah Putih Melambangkan kebersihan dan kejujuran dalam menjalankan tugas Line Kelabu Muda Pada Atas Poket Melambangkan profesionalisme dalam tugasan harian dan identiti UniSZA Logo UniSZA di Bahagian Atas Poket Atas Sebelah Kiri Melambangkan sikap sayangkan UniSZA, kekitaan, kerjasama dan bernaung di bawah organisasi yang sama serta sentiasa menjaga nama baik organisasi Logo X-Ray Berwarna Kuning di Lengan Kanan Melambangkan sikap prihatin dan sentiasa mengamalkan langkah keselamatan radiasi pesakit, kakitangan dan orang awam
9 Jawatan : Pegawai Pemulihan Perubatan : Jurupulih Perubatan Pakaian Seragam Item Falsafah Baju Potongan loose cutting dipilih bagi keselesaan staf dalam memberikan rawatan kepada pesakit Seluar Potongan slack dipilih kerana staf memerlukan seluar yang selesa dan tahan lasak memandangkan keperluan tugas yang banyak bergerak secara aktif Warna Falsafah Biru (Navy Blue) Warna biru melambangkan kepercayaan dan keilmuan staf dalam menjalankan tugas Hitam (Tudung) Warna hitam melambangkan keteguhan dan semangat berpasukan dalam kalangan staf Kelabu (Tudung) Warna kelabu melambangkan keseimbangan dan keharmonian setiap unit dalam Jabatan Rehabilitasi
10 3.2 White Coat (Lengan Panjang/ Lengan Pendek) • Pegawai Perubatan/ Pegawai Perubatan (Pakar) • Pegawai Dietetik • Pegawai Farmasi • Pegawai Psikologi • Pegawai Optometri • Pegawai Pemulihan Perubatan • Penolong Pegawai Sains • Penolong Pegawai Penyediaan Makanan
11
12 3.3 White Coat (Lengan Panjang Cuff) • Pegawai Sains • Juruteknologi Makmal Perubatan
13 3.4 White Coat (Lengan Panjang/ Lengan Pendek dengan Logo Sinaran) • Juru X-Ray (Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Pelaksana)
14 3.5 Pakaian Rasmi Jawatan (PRJ) • Penolong Pegawai Perubatan U32 U29
15 U29
16 3.6 Pakaian Tugas Klinikal (PTK) • Penolong Pegawai Perubatan
17 3.7 Pakaian Seragam Pembantu Perawatan Kesihatan
18 3.8 Pakaian Seragam Penolong Pegawai Farmasi
19
20 3.9 Pakaian Seragam Jururawat U41 U41
21 U36 U32
22 U29 U29
23 U29 (Staf Hamil)
24 3.10 Pakaian Seragam Pegawai Pemulihan Perubatan/ Jurupulih Perubatan
25 3.11 Scrub Suit (Paramedik) Nota: Scrub Suit ini hanya digunakan semasa berada dalam kawasan HPUniSZA sahaja. Staf adalah dilarang untuk memakai pakaian ini semasa di luar kawasan HPUniSZA.
26 3.12 Jaket • Penolong Pegawai Teknologi Maklumat • Penolong Jurutera • Juruteknik Komputer
27 3.13 Pakaian Seragam Pembantu Operasi
28 4.0 PEMAKAIAN YANG TIDAK DIBENARKAN 4.1 Staf Lelaki (i) Kepala • Memakai serban, kopiah atau topi. • Fesyen rambut mencacak, punk atau skinhead dan yang sama dengannya dan tidak dibenarkan mewarna rambut melainkan atas sebab-sebab kesihatan. • Misai melebihi bibir atas dan janggut mencecah butang atas baju. • Bertindik atau memakai subang di hidung, lidah atau yang sama jenis dengannya. (ii) Badan • Memakai pakaian kasual/semi kasual seperti T-shirt berkolar, Tshirt berkolar bulat, jeans, corduroy, seluar pendek, bow-tie atau yang sama jenis dengannya. • Pakaian batik Indonesia pada hari Khamis menggantikan pakaian batik Malaysia. • Kemeja bercetak perkataan yang tidak sesuai, logo, gambar atau slogan yang berunsurkan politik, ganas, seram dan seumpamanya. • Memakai apa-apa jenis bentuk pakaian atau perhiasan yang melambangkan wanita. • Memakai pakaian mencolok mata walaupun semasa menjalankan tugas lebih masa. • Memakai cincin secara berlebih-lebihan serta memakai bangle. • Bertatu, mewarnakan kuku, bertindik atau memakai subang di mana-mana bahagian badan atau yang sama jenis dengannya.
29 (iii) Kaki • Selipar, kasut getah, kasut kanvas, kasut sukan (kecuali dipakai dengan pakaian sukan yang lengkap) atau yang sejenis dengannya. 4.2 Staf Wanita (i) Kepala • Memakai purdah atau apa-apa pakaian yang menutup muka semasa di pejabat. (ii) Badan • Memakai pakaian kasual / semi kasual seperti blaus pendek tidak melepasi punggung, jeans, skirt atau seluar yang singkat dan ketat atau yang sama jenis dengannya. • Memakai pakaian yang mencolok mata seperti baju Kebaya ketat, Kurung Kedah, pakaian berlengan lebar, berleher luas dan tidak berlengan. • Pakaian batik Indonesia atau baju yang dipadankan dengan kain batik sarung pada hari Khamis menggantikan pakaian batik Malaysia tidak dibenarkan. • Memakai pakaian yang mencolok mata dan warna serta fabrik yang keterlaluan walaupun semasa menjalankan tugas lebih masa. • Kemeja bercetak perkataan yang tidak sesuai, logo, gambar atau slogan yang berunsurkan politik, ganas, seram dan seumpamanya. • Mewarnakan kuku (melainkan inai), rambut dan anggota lain melainkan atas sebab-sebab tertentu.
30 (iii) Kaki • Selipar, kasut getah, kasut kanvas dan kasut sukan (kecuali pakaian sukan yang lengkap) atau yang sejenis dengannya tidak boleh dipakai semasa bekerja. 5.0 RUMUSAN Pematuhan terhadap peraturan pakaian semasa bekerja di pejabat memerlukan komitmen dan penghayatan semua staf HPUniSZA. Penentuan pakaian ini melambangkan kedudukan sosioekonomi, imej dan personaliti seseorang individu selain membentuk peribadi agar lebih berdisiplin dan berketerampilan. Ini sekaligus mengangkat imej yang baik bagi HPUniSZA selaras dengan peraturan semasa yang telah ditetapkan kepada semua pegawai awam oleh pihak Pengurusan Universiti dan Kerajaan. Penguatkuasaan adalah serta merta. Bahagian Perkhidmatan Sumber Manusia Jabatan Sumber Manusia Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (HPUniSZA)
31