The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PERTANDINGAN BUKU SKRAP JALAN RAYA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rosefajar, 2021-09-19 20:52:27

WASPADA BUDAYA KITA

PERTANDINGAN BUKU SKRAP JALAN RAYA

SEKOLAH KEBANGSAAN SEBERANG JAYA II

LENGKOK TENGGIRI
BANDAR SEBERANG JAYA

13700 PERAI

NAMA-NAMA AHLI KUMPULAN :

ABDUL FATAH BIN ZULFAZLI
6 PERDANA

[email protected]

MUHAMMAD ADHA FIZRI BIN YUSRIZAL
6 PERDANA

[email protected]

AMIRAH NATASHA BINTI MOHD BAKRI
6 PERDANA

[email protected]

1

KANDUNGAN Muka surat

Perkara 3
4
1. Pengenalan 5
2. Keselamatan di Jalan Raya 7
3. Sikap Positif dan Bertanggungjawab ketika di Jalan Raya 11
4. Bahagian Jalan dan Persekitaran yang Selamat 12
5. Cara Melintas di Jalan Raya dengan Selamat 15
6. Konsep Keselamatan Jalan Raya 16
7. Kegunaan Alat Keselamatan 17
8. Penutup
9. Sumber Rujukan

2

PENGENALAN
Saban hari, rakyat Malaysia dikejutkan dengan paparan-paparan kemalangan
yang melibatkan pelbagai jenis kenderaan sama ada kenderaan persendirian mahupun
kenderaan komersial malah turut melibatkan pejalan kaki. Kemalangan-kemalangan ini
berpunca daripada pelbagai faktor seperti faktor manusia, persekitaran, reka bentuk
jalan dan kenderaan. Kemalangan adalah satu tragedi dan ironinya mengakibatkan
kerugian dari segi tenaga kerja dan juga wang ringgit. Amalan berwaspada amatlah
penting dalam kehidupan kita walau di mana sahaja kita berada. Kita haruslah peka
kepada keadaan sekeliling demi keselamatan baik kepada diri sendiri mahupun orang
lain. Justeru itu, pendidikan keselamatan jalan raya perlu dilaksanakan secara
berterusan sepanjang hayat ke arah melahirkan pengguna jalan raya yang
bertanggungjawab dan mempunyai kesedaran untuk menghargai nyawa,
kesihatan dan harta. Pembudayaan keselamatan jalan raya menjadi pemangkin
perubahan sikap dan tingkah laku untuk melahirkan generasi pengguna jalan
raya yang berhemah serta mematuhi peraturan dan undang-undang keselamatan
jalan raya. Usaha pendidikan keselamatan jalan raya ini dapat menyumbang
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

3

KESELAMATAN DI JALAN RAYA
Perkataan keselamatan berasal dari bahasa Latin iaitu Securitas yang merujuk kepada
bebas daripada bahaya atau risiko. Keselamatan Jalan Raya adalah tanggungjawab bersama,
itu adalah slogan yang digunakan sejak dulu lagi. Sungguhpun begitu, saban hari ada sahaja
berita kemalangan yang disiar dalam berita dan akhbar. Malah ada ketikanya kemalangan itu
berlaku di hadapan mata kita. Kita bukan tidak faham atau tidak cuba untuk menjadi seorang
pemandu/pengguna jalanraya yang baik dan berhemah, tetapi kadangkala sikap pengguna yang
lain kadangkala mencabar kesabaran kita. Tidak ada cara yang langsung untuk menentukan
bahawa sesuatu situasi itu adalah selamat, hanya pelbagai tindakan boleh diambil untuk
mengurangkan risiko dan bahaya. Begitulah hanya dengan keselamatan pengguna di jalan raya
memang sukar diramalkan. Tetapi melalui penyelidikan, pendidikan dan perlaksanaan,
masalah kemalangan jalan raya seharusnya dapat dikaji, diawasi dan dikawal.

Kemalangan jalan raya telah lama dikenal pasti sebagai salah satu penyebab utama
kematian dinegara-negara maju. Sungguhpun data kemalangan telah lama wujud dikebanyakan
negara maju, tetapi cara-cara penyelesaian yang diamalkan di negara-negara itu tidak dapat
diterapkan kedalam latar tempatan oleh sebab faktor sosiobudaya dan persekitaran yang sangat
berbeza. Penyelidikan hanya boleh dinilai dan difahami oleh mereka yang arif dan
berpengalaman mengenainya. Hal ini perlu disedari jika penyelidikan bermutu mahu
diteruskan. Data kajian juga diperlukan bagi merancang kempen mengenai keselamatan jalan
raya. Tanpa maklumat mengenai ciri-ciri manusia seperti sikap, personaliti dan tingkah laku
pengambilan risikonya, mesej bagi sesuatu kempen itu tidak dapat disampaikan kepada
kelompok sasaran yang berkaitan.

4

KESELAMATAN JALAN RAYA
5

SIKAP POSITIF DAN BERTANGGUNGJAWAB KETIKA DI JALAN RAYA
Pengguna jalan raya perlu bersikap positif dan bertanggungjawab ketika berada di jalan

raya. Sikap toleransi dan berhati-hati dengan pengguna jalan raya lain amatlah perlu. Ia adalah
satu langkah melindungi diri dan pengguna lain daripada terlibat dalam kemalangan. Oleh itu,
disenaraikan beberapa perkara yang perlu dititikberatkan ketika menggunakan jalan raya:

Beri isyarat
Bagi penunggang motosikal, pastikan sentiasa memberi isyarat sebelum anda menukar lorong
supaya kenderaan lain peka dengan tindakan anda. Gunakan lampu isyarat membelok semasa
menukar haluan anda.

Jangan mencelah
Perbuatan mencelah merupakan salah satu punca utama berlakunya kemalangan antara
penunggang motosikal dan kenderaan. Pastikan anda tidak mencelah kerana ketika melakukan
perbuatan sedemikian anda bukan sahaja membahayakan diri malah melibatkan nyawa
pengguna jalan raya lain.

Elakkan titik buta
Penunggang motosikal dan basikal perlu sentiasa mengelakkan titik buta pemandu kenderaan
semasa memintas mereka. Hal ini kerana pemandu kenderaan tidak boleh melihat dan tidak
sedar kewujudan anda sekiranya anda memotong atau mengikuti mereka di titik buta
kenderaan.

6

Lampu pada waktu malam
Ramai penunggang motosikal dan basikal tidak menggunakan lampu hadapan ketika berada di
jalan raya. Hal ini menyebabkan kegagalan pemandu kenderaan untuk melihat anda. Pastikan
mengganti lampu hadapan motosikal dengan segera sekiranya rosak bagi melindungi diri dan
pengguna jalan raya lain.

Elakkan memakai ‘earphone’
Penunggang kini ramai menggunakan ‘earphone’ ketika menunggang motosikal dan basikal
yang secara tidak langsung menggangu pendengaran mereka. Perbuatan ini akan menjejaskan
keselamatan kerana anda tidak dapat mendengar isyarat bunyi hon yang diberi oleh pemandu
lain.

Menjaga jarak kenderaan
Bagi mengelakkan kemalangan dengan pengguna jalan raya lain, anda boleh sentiasa menjaga
jarak kenderaan anda daripada penunggang motosikal dan basikal. Memandu secara rapat
dengan mereka akan meningkatkan kecenderungan kemalangan.

Memberi laluan
Berikan laluan kepada mereka untuk melepasi kenderaan anda. Dengan bertindak demikian
anda dapat mengelakkan risiko melanggar mereka di jalan raya.

Jaga titik buta
Sebagai langkah pencegahan kemalangan, anda perlu sentiasa berwaspada dengan titik buta
kenderaan anda. Pastikan sentiasa melihat secara teliti sebelum menukar laluan kerana
penunggang motosikal boleh memotong anda dari belakang secara tiba-tiba.

7

BAHAGIAN JALAN DAN PERSEKITARAN YANG SELAMAT

Pejalan kaki merujuk kepada orang yang berjalan atau mengembara dengan
menggunakan kaki sama ada berjalan ataupun berlari di jalan raya ataupun turapan.
Dalam Bahasa Inggeris, pejalan kaki disebut sebagai "pedestrian". Maksud
"pedestrian" terdapat morfem iaitu ped- (kaki) dan -ian (ciri-ciri). Perkataan ini berasal
dari istilah Latin iaitu "pedester" ('berjalan kaki') dan pertama kali digunakan
(dalam bahasa Inggeris) pada abad ke-18. Di California, definisi pejalan kaki telah
diperluaskan untuk memasukkan siapa sahaja di mana-mana kenderaan bertenaga
manusia bukanlah basikal, serta orang yang menggunakan kerusi roda disebabkan oleh
kecacatan fizikal. Di beberapa komuniti, mereka yang menggunakan roda kecil
seperti kasut roda, papan selaju, dan skuter, serta pengguna kerusi roda juga termasuk

sebagai pejalan kaki.

Jalan raya mempunyai beberapa bahagian jalan dan fokus kita adalah kepada
bahagian jalan setapak yang khas untuk lalu lintas pejalan kaki, yang
disebut turapan dalam bahasa Melayu, trotoar dalam bahasa Indonesia,
sidewalk dalam bahasa Inggeris Amerika Utara, pavement dalam bahasa Inggeris
British, dan footpath dalam bahasa Inggeris Australia dan New Zealand. Istilah pada
bahagian jalan yang digunakan secara asasnya yang perlu kita ketahui sebagai pejalan
kaki:

• Bahu jalan - bahagian tepi jalan raya yang tidak berturap dan tidak dilalui lalu
kenderaan.

• Pembahagi jalan - ruang pemisah antara 2 aliran trafik yang bertentangan di
bahagian tengah jalan raya atau lebuh raya. Pembahagi jalan boleh jadi tembok
konkrit, rel pengawal ataupun ruang tanah kosong yang lapang.

• Lintasan pejalan kaki - kawasan khas pada sesuatu jalan raya untuk membantu
8

pejalan kaki melintas jalan.

BAHAGIAN JALAN DAN PERSEKITARAN YANG SELAMAT
Pejalan kaki boleh melintas apabila imej orang hijau
pada lampu isyarat lintasan pejalan kaki
berisyarat bernyala dan semua kenderaan berhenti.
Lintasan sekolah yang dikawal oleh peronda
lintasan sekolah membolehkan kanak-kanak
melintas jalan dengan selamatnya.

Kita hendaklah berhenti di bebendul jalan sebelum
melintas jalan

Lintasan pejalan kaki hendaklah digunakan
semasa melintas jalan

Pejalan kaki hendaklah menggunakan laluan
pejalan kaki yang disediakan untuk mengelakkan
kemalangan

9

P
A
T
U
H
I

P
E
R
A
T
U
R
A
N

J
A
L
A
N

R
A
Y
A

10

CARA MELINTAS DI JALAN RAYA DENGAN SELAMAT
11

KONSEP KESELAMATAN JALAN RAYA

Keselamatan boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan atau persekitaran dimana
seseorang itu dapat menjalankan aktiviti harian dan lain-lain aktiviti anjuran sekolah
dengan selamat, sejahtera, harmonis, kurang risiko, tanpa sebarang gangguan dan
kemalangan. Langkah-langkah keselamatan dimaksudkan sebagai sebarang usaha yang
dilakukan oleh mana-mana pihak, sekolah, ibu bapa,masyarakat atau agensi-agensi
berkenaan bagi mewujudkan keadaan atau persekitaran yang selamat di sekolah.
Keselamatan di sekolah adalah satu aspek penting yang perlu diberikan perhatian serta
menjadi tanggungjawab utama semua orang. Di sekolah, pelbagai usaha dan rancangan
diatur dengan tujuan untuk mengelak, mengawal, atau mengurangkan kemungkinan
berlakunya masalah keselamatan

Konsep keselamatan jalan raya digunakan untuk merujuk kepada keseluruhan
set langkah, peruntukan, peraturan, antara lain, yang ada di sekitar pergerakan orang
dan kereta di jalan-jalan dan lebuh raya, dan mempunyai misi yang jelas untuk
mencegah kemalangan dari transit yang melibatkan pengguna jalan raya. Kita semua,
terutama yang tinggal di bandar-bandar besar, mesti hidup dengan lalu lintas, yang
pada masa puncak, disebabkan oleh pergerakan orang dan kereta yang bergerak dari
rumah mereka untuk bekerja, ke sekolah, antara di tempat lain, ia sungguh sengit dan
berbahaya, kerana semua orang ingin sampai ke destinasi yang dituju dengan cepat,
dan dalam keghairahan ini berkali-kali ada kemalangan jalan raya yang sangat banyak
yang merosakkan pejalan kaki dan pemandu kenderaan mereka.

12

KESEDARAN DALAM KONSEP KESELAMATAN
DI JALAN RAYA

13

14

KEGUNAAN ALAT KESELAMATAN

Perlatan keselamatan amatlah penting bagi melindungi diri dan juga dapat mengatasi
kecederaan teruk pada anggota badan jika berlakunya kemalangan. Setiap penunggang
motosikal dan basikal perlu lebih berhati-hati ketika menggunakan jalan raya. Hal ini kerana
golongan ini merupakan antara kumpulan pengguna jalan raya yang paling terdedah dan
berisiko tinggi untuk terlibat dalam kemalangan jalan raya. Antara alat keselamatan yang
paling asas yang perlu digunakan adalah :

1. Pakai jaket keselamatan atau pakaian berwarna cerah
Pastikan memakai jaket keselamatan sekiranya anda memakai pakaian berwarna gelap.
Pantulan cahaya daripada jaket ini akan memudahkan pengguna jalan raya lain untuk
melihat anda.

2. Pakai pakaian berwarna cerah
Membiasakan diri untuk memakai pakaian berwarna cerah terutamanya pada waktu
malam. Ia adalah untuk memastikan pengguna jalan raya disekeliling anda boleh melihat
anda di atas jalan raya. Elakkan memakai baju berwarna hitam kerana pemandu lain tidak
dapat melihat anda.

3. Pastikan topi keledar dipakai dengan cara yang betul semasa menunggang basikal atau
motosikal

4. Sentiasa pakai tali pinggang keledar – Pastikan anda memakai tali pinggang keledar
setiap kali berada di dalam kereta, sama ada di hadapan atau di belakang

5. Gunakan kerusi keselamatan kanak-kanak. Penggunaan kerusi keselamatan kanak-
kanak atau bayi boleh membantu menyelamatkan nyawa mereka dalam kemalangan.

6. Pakai sarung tangan keselamatan bagi mengelakkan kecederaan semasa menunggang
motorsikal atau basikal.

15

PENUTUP

Langkah utama dalam mengurangkan angka kemalangan jalan raya sudah pastilah
dengan mendidik para pemandu khususnya pemandu pengangkutan awam supaya lebih
berdisiplin ketika memandu. Peratusan tinggi kemalangan dikatakan berpunca daripada sikap
pemandu itu sendiri yang dikatakan cuai ketika berada di atas jalan raya. Sebagai contohnya,
banyak pemandu yang masih menggunakan telefon bimbit ketika memandu yang secara tidak
langsung menyebabkan mereka kehilangan fokus. Oleh itu, kesedaran tentang kepentingan
mengikut peraturan jalan raya perlu hadir dari dalam diri kerana tanpa kesedaran dalam diri,
peraturan yang digubal umpama tidak bermakna.

Kemalangan jalan raya juga dapat dielakkan melalui pendidikan di sekolah. Sejajar
dengan peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya, begitulah juga halnya dalam usaha
untuk mendidik pemandu agar lebih berdisiplin ketika berada di atas jalan raya. Pihak kerajaan
melalui Kementerian Pendidikan Malaysia sememangnya maklum akan hal ini dan telahpun
memasukkan silibus keselamatan jalan raya dalam pendidikan di sekolah. Secara tidak
langsung, anak-anak yang belajar di sekolah boleh mendapat pendidikan secara langsung
tentang peraturan dan isu-isu keselamatan ketika berada di jalan raya.

Pelbagai langkah yang boleh diambil oleh individu, masyarakat mahupun negara dalam
mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Semua pihak ini perlulah berganding bahu bagai
aur dengan tebing supaya setiap langkah yang diambil mendatangkan kesan yang positif. Jika
segala langkah telah diambil dan dijalankan dengan sewajarnya, tidak mustahil kita dapat
melihat negara yang dicintai ini berkembang menuju ke arah status negara maju setanding
dengan negara-negara maju yang lain. Kadar kemalangan jalan raya yang berkurang juga boleh
menggalakkan pelaburan asing ke negara kita yang secara tidak langsung dapat meningkatkan
ekonomi negara.

16

SUMBER RUJUKAN
https://ms.wikipedia.org/wiki/Pejalan_kaki

google images
https://ms.wikipedia.org/wiki/Jalan_raya
https://safesteps.com/main/Bahasa-Malaysia/road-safety/

http://online.anyflip.com/bectv/poar/
https://www.miros.gov.my/xs/kajian.php?kajian_id=21

17


Click to View FlipBook Version