PELANGONGAN
GASTRONOMI
TUAN NURIN BATRISYIA BT TUAN ZUKRI
4 ALFA
CG HAJAH NORSIAH BT IDRIS
APA ITU GASTRONOMI?
Gastronomi adalah seni menyediakan makanan yang enak. Gastronomi
terdiri dari sekumpulan pengetahuan dan praktik yang berkaitan dengan seni
kuliner , resipi, ramuan, teknik dan kaedah, serta evolusi sejarah dan makna
budaya.
Dalam pengertian ini, gastronomi juga merupakan disiplin yang mengkaji
hubungan manusia dengan makanannya , persekitaran semula jadi dari mana
dia memperoleh sumber makanan dan cara dia menggunakannya, serta
aspek sosial dan budaya yang campur tangan dalam hubungan. yang
dibentuk oleh setiap masyarakat dengan keahliannya.
Sebagai gastronomi, ia juga digelar sebagai cinta makanan yang baik dan
restoran yang baik; makan dengan menghargai dan merasai rasa, bau dan
tekstur, mengalami hidangan eksotik dan menikmati keseronokan selera pada
amnya.
PELANCONGAN
GASTRONOMI DI JOHOR
Johor Darul Takzim, sebuah negeri yang kini pesat
membangun, kaya dengan pelbagai keunikan dan
tarikan pelancong.
Lengkapkan percutian anda di Johor dengan
melawati destinasi makan menarik di JB untuk
santapan anda.
Terdapat banyak negeri yang mempunyai
makanan yang menarik. Antaranya ialah ;
JOHOR
BAHRU
KACANG
POOL HAJI
Satu hidangan makanan kalau dilihat ala-ala orang Perancis. Semangkuk
kuah yang pekat seakan paste kari dan gandingkan pula dengan roti.
Makanan ini sangat popular di Johor sebagai makanan santai. Walaupun
ianya bernama Kacang, namun jangan anggap kuahnya seperti kuah
kacang satay.
Rasanya sangat berempah dan kadang-kadang lidah berkata ada rempah
kurma dan kadang lidah juga terasa seperti paste beriyani. Memang
sangat unik rasa dia dan pasti akan menjadi kesukaan anda apabila
merasaya buat pertama kali.
MUAR - MEE BANDUNG
Betapa popularnya mee bandung Muar ini sehinggakan kini
kita boleh melihat sendiri pelbagai paste Mee Bandung Muar
yang dijual di pasaran bagi memudahkan orang untuk
mencuba resepi masakan orang Johor yang sedap ini.
Rasa mee bandung Johor memang sangat kaya dengan
intipati bahan-bahan seafood yang membangkitkan lagi
rasanya. Lain daripada mee bandung biasa, kalau anda rasa
betul-betul, rasa dan aroma udang di dalam kuahnya sangat
kuat. Dan kuahnya sudah tentu sangat pekat dan likat.
BATU PAHAT
NASI BERIYANI GAM
Menu makanan yang sangat terkenal di Johor
terutamanya di daerah Batu Pahat. Nasi beriyani gam
bukan sahaja menempah nama di Johor, malah turut
terkenal di bandar utama lain di Kuala Lumpur dan
Selangor.
Memang berlainan rasa nasi beriyani gam dengan nasi
beriyani biasa dan rasa rempah ratusnya lebih tajam.
Cara nak memasaknya terutamanya lauknya memang
leceh kalau mengikut cara yang sebenar.
FAEDAH PELANCONGAN GASTRONOMI
Menambah ilmu Menenangkan Menghindari Menikmati
pengetahuan minda perkara negatif keindahan alam
Pendapat saya?
Pada pendapat saya, makanan di Malaysia
boleh digunakan dalam pelancongan
gastronomi dan mampu mengubah Malaysia
kepada bandar gastronomi untuk pelancong.
Selain itu, kita berpeluang untuk mengenali
dengan lebih dekat akan keunikan setiap
negeri dan menimbulkan rasa bangga dan
cinta akan tanah air.
Harapan saya?
Saya harap pada masa akan
datang saya dapat merantau
seluruh Malaysia untuk menikmati
keindahan keunikan setiap negeri.