TADIKA ISLAM JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH
DAERAH KUBANG PASU
LAPORAN TUGASAN
GURU DAN PEMBANTU
PENGAJARAN
DAN
PEMBELAJARAN DI RUMAH ( PDPR )
TADIKA ISLAM
SURAU KAMPUNG KETOL
13 JUN HINGGA 15 JULAI 2021
TADIKA ISLAM JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH
DAERAH KUBANG PASU
LAPORAN PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PDPR)
SEMASA TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)
BERMULA 13 JUN HINGGA 15 JULAI 2021
PENDAHULUAN
KPM telah mengumumkan penutupan semua sekolah bagi seluruh Negara bermula 13 Jun hingga 15 Julai
2021 berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Kerajaan akibat penularan jangkitan
wabak penyakit COVID-19. Sepanjang tempoh penutupan tadika, pengajaran dan pembelajaran akan tetap
diteruskan secara Home Based Learning mengikut kesesuaian guru dan murid dan guru perlu kekal berada di
stesen tempat bertugas masing-masing.
MATLAMAT
Memastikan murid tidak ketinggalan dalam akademik dan dapat mengikuti pembelajaran secara berterusan
dalam keadaan yang selamat.
OBJEKTIF
1.Memastikan proses PdPR berjalan seperti yang dirancang dalam keadaan selamat.
2.Memastikan murid dapat melalui proses pembelajaran secara berterusan walaupun tidak dapat hadir ke
Tadika Islam.
3.Memastikan silibus pengajaran disampaikan dengan sebaiknya.
KAEDAH PELAKSANAAN
Tadika Islam Daerah Kubang Pasu telah membuat ketetapan PdPR semua mata pelajaran disampaikan dan
dilaksanakan menggunakan medium WhatsApp. Bahan dan aktiviti pembelajaran secara bermodul yang
diberikan boleh diakses dan dibuat pada bila-bila masa supaya semua lapisan murid dan ibu bapa dapat
mengakses pembelajaran/tugasan yang disampaikan oleh guru dalam pelbagai keadaan dan situasi semasa
ibu bapa dan murid berada di rumah. Aktiviti pembelajaran pula menggunakan pelbagai kaedah yang sesuai
seperti yang disarankan oleh KPM dalam Manual Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR).
PERANCANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PDPR)
Perancangan PdPR melibatkan penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) sebelum sesi PdPR. Guru telah
merancang aktiviti pembelajaran dengan mengambil kira standard kandungan, standard pembelajaran,
objektif pembelajaran, aktiviti pembelajaran yang bersesuaian dengan keadaan dan situasi guru dan murid
ketika tempoh PKP.
SEMASA PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PDPR)
Peranan guru semasa proses PdPR adalah sebagai pemudahcara dan pembimbing perkembangan murid.
Murid secara individu dengan bimbingan ibu bapa di rumah menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.
Murid dan ibu bapa boleh menghubungi guru untuk bertanya dan berbincang berkaitan pembelajaran.
TADIKA ISLAM JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH
DAERAH KUBANG PASU
PUSAT TADIKA ISLAM : TADIKA ISLAM SURAU KAMPUNG KETOL
LAPORAN TUGASAN GURU DAN PEMBANTU TADIKA ISLAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PDPR)
13 JUN 2021 HINGGA 17 JUN 2021
MINGGU : 24
TEMA : HARI KEPUTERAAN YDP AGONG
TARIKH TUGASAN GURU/PEMBANTU CATATAN
13.06.2021 NAMA GURU BESAR Modul PdPR
HINGGA ( HABIBAH BINTI KHALID ) minggu
17.06.2021 - Mengambil kehadiran kanak-kanak melalui aplikasi whatsapp. Jadual waktu
PdPR mingguan
- Mengemaskini tentang kehadiran kanak-kanak setiap
hari melalui whatsapp. disertakan
- Melaksanakan PdPR subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,
Bahasa Arab dan Sains.
- Memberi arahan latihan bergantung pada subjek setiap hari.
- Membuat laporan PdPR mengikut subjek setiap hari.
- Berbincang bersama pembantu untuk mencari bahan modul
untuk PdPR minggu yang seterusnya.
PEMBANTU Penyediaan
( MARLIANA BINTI ALI ) tempat
- Meletakkan modul di Tadika untuk waris ambil secara pandu mengambil
lalu. modul
- Memberi maklumat kepada guru tentang penglibatan waris
dalam mengambil modul dan menghantar modul dan buku
tulis petak untuk minggu sebelumnya.
-
- Berbincang dan mencari bahan bersama guru untuk modul
PdPR minggu seterusnya.
- Menghantar bahan untuk dijadikan modul.
- Susun modul dan buku tulis petak mengikut umur anak-anak
Tadika ( untuk mudahkan waris )
- Memastikan semua murid mendapat modul.
- Menyediakan pernyataan terimaan dan bayaran untuk Tadika.
- Mengikut arahan guru dari masa ke semasa.
TADIKA ISLAM JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH
DAERAH KUBANG PASU
PUSAT TADIKA ISLAM : TADIKA ISLAM SURAU KAMPUNG KETOL
LAPORAN TUGASAN GURU DAN PEMBANTU TADIKA ISLAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PDPR)
21 JUN 2021 HINGGA 24 JUN 2021
MINGGU : 25
TEMA : HAIWAN LIAR
TARIKH TUGASAN GURU/PEMBANTU CATATAN
21.06.2021 NAMA GURU BESAR Modul PdPR
HINGGA ( HABIBAH BINTI KHALID ) minggu
24.06.2021 - Setiap pagi mengambil kehadiran kanak-kanak ( bermula jam
8.00 am ) melalui aplikasi whatsapp.
- Mengemaskini tentang kehadiran kanak-kanak setiap
hari melalui whatsapp.
- Melaksanakan PdPR subjek minggu ini iaitu subjek Bahasa Jadual waktu
Melayu, Sains, Pendidikan Islam dan Bahasa Inggeris. PdPR mingguan
- Memberi arahan latihan bergantung kepada subjek setiap pagi. disertakan
- Membuat laporan PdPR mengikut subjek setiap hari.
- Mengemaskini buku-buku latihan yang diberikan pada murid
setiap minggu.
- Berbincang bersama pembantu untuk mencari bahan modul
yang sesuai untuk PdPR minggu yang seterusnya.
PEMBANTU Penyediaan
( MARLIANA BINTI ALI ) tempat
- Meletakkan modul di Tadika untuk waris ambil secara pandu mengambil
lalu. modul
- Memberi maklumat kepada guru tentang penglibatan waris
dalam mengambil modul dan menghantar modul dan buku
tulis untuk minggu seterusnya.
- Berbincang dan mencari bahan bersama guru untuk modul
PdPR minggu seterusnya.
- Menghantar bahan untuk dijadikan modul.
- Susun modul dan buku tulis petak mengikut umur kanak-kanak
Tadika ( bagi memudahkan waris untuk mengambil ).
- Memastikan semua murid mendapat modul yang disediakan.
- Menyediakan pernyataan terimaan dan bayaran untuk Tadika.
- Mengikut arahan guru dari semasa ke semasa.
TADIKA ISLAM JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH
DAERAH KUBANG PASU
PUSAT TADIKA ISLAM : TADIKA ISLAM SURAU KAMPUNG KETOL
LAPORAN TUGASAN GURU DAN PEMBANTU TADIKA ISLAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PDPR)
27 JUN 2021 HINGGA 01 JULAI 2021
MINGGU : 26
TEMA : SERANGGA
TARIKH TUGASAN GURU/PEMBANTU CATATAN
27.06.2021 NAMA GURU BESAR Modul PdPR
HINGGA ( HABIBAH BINTI KHALID ) minggu
01.07.2021 - Setiap pagi bermula jam 8.00 am mengambil kehadiran kanak-
kanak melalui aplikasi whatsapp.
- Mengemaskini tentang kehadiran kanak-kanak setiap Jadual waktu
hari melalui whatsapp. PdPR mingguan
- Melaksanakan PdPR subjek seperti Matematik, Sains, Jawi, disertakan
Kreativiti dan Bahasa Melayu.
- Memberi arahan latihan bergantung pada subjek yang akan
dijalankan setiap hari.
- Membuat laporan PdPR mengikut subjek setiap hari.
- Berbincang bersama pembantu untuk mencari bahan modul
untuk PdPR minggu yang seterusnya.
- Memastikan waris mengambil modul pada setiap minggu.
PEMBANTU Penyediaan
( MARLIANA BINTI ALI ) tempat
- Meletakkan modul di Tadika untuk waris ambil secara pandu mengambil
lalu. modul
- Memberi maklumat kepada guru tentang penglibatan waris
dalam mengambil modul dan menghantar modul dan buku
tulis petak untuk minggu sebelumnya.
- Berbincang mencari bahan bersama guru untuk modul PdPR
minggu yang seterusnya.
- Menghantar bahan untuk dijadikan modul pada setiap minggu.
- Menyusun modul dan buku petak di dalam kotak mengikut
umur anak-anak Tadika.
- Memastikan semua murid mendapat modul dan buku tulis.
- Menyediakan penyata bayaran untuk Tadika.
- Mengikut arahan dari guru dari semasa ke semasa.
TADIKA ISLAM JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH
DAERAH KUBANG PASU
PUSAT TADIKA ISLAM : TADIKA ISLAM SURAU KAMPUNG KETOL
LAPORAN TUGASAN GURU DAN PEMBANTU TADIKA ISLAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PDPR)
04 JULAI 2021 HINGGA 08 JULAI 2021
MINGGU : 27
TEMA : PAKAIAN
TARIKH TUGASAN GURU/PEMBANTU CATATAN
04.07.2021 NAMA GURU BESAR Modul PdPR
HINGGA ( HABIBAH BINTI KHALID ) minggu
08.07.2021 - Mengambil kehadiran kanak-kanak melalui aplikasi whatsapp.
- Mengemaskini tentang kehadiran kanak-kanak setiap
hari melalui whatsapp.
- Melaksanakan PdPR subjek minggu tersebut. Jadual waktu
PdPR mingguan
- Memberi arahan latihan setiap hari bergantung kepada subjek. disertakan
- Membuat laporan PdPR mengikut subjek pada setiap hari.
- Memastikan modul yang akan di hantar ( di ambil oleh waris )
beada dalam keadaan yang tersusun.
- Berbincang bersama pembantu untuk mencari bahan modul
untuk PdPR minggu yang seterusnya.
- Menyemak semula modul yang telah di hantar oleh murid di
rumah.
PEMBANTU Penyediaan
( MARLIANA BINTI ALI ) tempat
- Meletakkan modul di Tadika untuk di ambil waris ambil secara mengambil
pandu lalu. modul
- Memberi maklumat kepada guru tentang penglibatan waris
dalam mengambil modul dan menghantar modul dan buku
tulis petak untuk minggu sebelumnya.
- Berbincang dan mencari bahan bersama guru untuk modul
PdPR minggu yang seterusnya.
- Menghantar bahan untuk dijadikan modul.
- Menyusun modul dan buku tulis mengikut umur kanak-kanak
bagi memudahkan waris waktu mengambil.
- Memastikan setiap murid mendapat modul.
- Menyediakan penyata terimaan dan bayaran untuk Tadika.
PENUTUP
1. PdPR secara dalam talian pada mulanya kurang mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ibu
bapa. Namun begitu, usaha berterusan daripada guru-guru menampakkan hasil yang membanggakan
apabila jumlah murid yang memberi respon semakin bertambah.
2. Selain itu, kebanyakan murid sekadar meminjam dan menggunakan telefon pintar ibu bapa mereka
sahaja dan terpaksa berkongsi dengan adik beradik yang lain dan ini menyebabkan murid tidak dapat
menghantar tugasan dengan lebih cepat.
3. Kesedaran ibu bapa/penjaga dilihat semakin bertambah dengan pemberitahuan serta penjelasan oleh
pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melalui media massa.
4. Penambahbaikan secara berterusan perlu sentiasa dijalankan, antaranya menghubungi ibu bapa murid
yang tidak memberi sebarang respon setelah dua kali pdp dijalankan.
5. Guru-guru perlu tingkatkan usaha, menambah ilmu pengetahuan dalam mendepani cabaran semasa
dengan semangat yang positif serta saling berkongsi pendapat bersama rakan setugas dan menjalinkan
hubungan yang baik bersama ibu bapa/penjaga agar matlamat Pendidikan negara dapat dicapai secara
holistik.