The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by portalikbnkl, 2026-01-01 21:29:39

UNIK EDISI PERTAMA IKSN

UNIK EDISI PERTAMA IKSN

Keywords: IKSN,IKBNKL,TVET,UNIK

UNIK ISSUE #2025“WORK HARD, DREAM BIG”UNLIMITED NEWSSUKAN NEGARA12 3479 0098 22 PESERTA 2025AKHIR WSMBIKSN LAKARSEJARAH SEKILASIDEA’25“Penguasaan teknologi dan kreativiti menjadi kunci kejayaan generasi muda”KEMAHIRAN MASA DEPAN“Pasukan berjaya merangkul pingat emas melalui projek inovasi berimpak tinggi, menjadi inspirasi generasi muda untuk terus berkarya”PINGAT EMAS iCOMPEX25“Kejayaan cemerlang dengan kedudukan Top 5 dalam Sukan ILKBS ke-37”HEBATNYA IKSNEDISI PERTAMAIKSNIKSN PENERAJU KEMAHIRAN


KANDUNGAN JAWATANKUASA SIDANG REDAKSISEKAPUR SIRIH SEULAS PINANGTINTA EDITORSEGMEN SATU DESTINASI,SERIBU MEMORISEGMEN GEMILANG BERPRESTIJQUICK FACTSEGMEN PENCAPAIANSEGMEN KERJASAMA STRATEGIKSEGMEN INSPIRASI UNIKSEGMEN LENSA UNIK WORD OF WISDOM HUBUNGI KAMI 030405060828293034526869


JAWATANKUASASIDANG REDAKSIPENAUNGTS. DR PUTEH MELOR WESMA BINTI SALEHEN KETUA EDITORPN. LAILY BINTI ABU SAMAHPEREKA GRAFIKPN. NOR AZLIN BINTI SUMIRANPEN. KETUA EDITOR / JURUFOTOEN. HATIM BIN MAZLANPENYELARAS KANDUNGANPN. NORSHAHIMA BINTI ISA


Sekapur Sirih Seulas Pinang السالم عليكم ورحمة الله وبركاتهSelawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya, kita dapat menerbitkan e-buletin UNIK Edisi Pertama IKSN 2025.E-buletin UNIK diwujudkan sebagai salah satu wadah penyebaran maklumat kepada seluruh warga IKSN dan pemegang taruh. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Sidang Redaksi serta seluruh warga IKSN yang telah menyumbang idea, masa, dan tenaga dalam menjayakan penerbitan ini. Penerbitan UNIK juga secara tidak langsung menggalakkan budaya penulisan dalam kalangan warga IKSN.Tahun 2025 menjadi tahun bermakna buat IKSN apabila diberi kepercayaan sebagai tuan rumah Penganjuran Pertandingan Inovasi IDEA’25 dan Hari Kerjaya ILKBS Zon Tengah. Selain itu, kejayaan dalam arena sukan dengan pencapaian tempat ke-4 keseluruhan pada Sukan ILKBS kali ke-37 turut menjadi kebanggaan bersama. Semua pencapaian ini membuktikan komitmen IKSN dalam memperkukuh peranan sebagai peneraju pendidikan dan latihan kemahiran.Saya berharap agar seluruh warga IKSN dan pemegang taruh memperoleh manfaat daripada penerbitan UNIK ini. Ia juga diharapkan menjadi wahana untuk mempromosikan IKSN dalam mengarusperdana Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), selaras dengan aspirasi TVET Madani.Semoga usaha murni ini dinilai sebagai amal ibadah dan diberkati Allah S.W.T. Insya-Allah.Sekian, terima kasih.Ts. Dr. Puteh Melor Wesma binti SalehenPengarahInstitut Kemahiran Sukan Negara4


Tinta EditorSyukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, e-Buletin Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) yang dijenamakan sebagai UNIK dapat sekali lagi diterbitkan untuk Edisi Pertama IKSN tahun 2025.Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada Sidang Redaksi atas usaha, komitmen serta masa yang dicurahkan bagi merealisasikan penerbitan buletin ini. UNIK menampilkan pelbagai aktiviti, pencapaian serta detik bersejarah warga IKSN sepanjang tahun, termasuklah kejayaan sebagai tuan rumah Pertandingan Inovasi IDEA’25 dan Hari Kerjaya ILKBS Zon Tengah, di samping pencapaian membanggakan dalam Sukan ILKBS kali ke-37.Sebagai Ketua Editor, saya mewakili Sidang Redaksi memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dalam penghasilan keluaran kali ini. Sesungguhnya segala yang baik datangnya daripada Allah S.W.T, dan segala kelemahan adalah daripada diri kami sendiri.Semoga penerbitan buletin UNIK ini menjadi wadah untuk merakam kenangan, mengabadikan memori indah, serta menyemarakkan lagi semangat warga IKSN dalam mendukung aspirasi TVET Madani pada masa hadapan.Sekian, terima kasih.Laily Binti Abu SamahKetua Editorبسم الله الرحمن الرحيمDengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.5


6 Quick Fact


PERTANDINGAN“ Revolusi Idea : Dari Konsep Ke Realiti”REKA CIPTA DAN INOVASISTATISTIK iDEA’25Quick Fact 7


INNOVATION DEVELOPMENT THROUGH EDUCATIONAL ACTIVITIES 2025 (iDEA’25)BANTING, 17 Ogos 2025 - Pertandingan Innovation Development Through Educational Activities Tahun 2025 (iDEA’25) yang berlangsung di Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN), telah melabuhkan tirai dengan penuh gemilang.Lebih 500 projek inovasi dipertandingkan dalam dua kategori iaitu Murid Sekolah dan Pelajar IPT/ILK, sebanyak 12 Johan dalam enam bidang yang dipertandingkan serta dua Johan Keseluruhan telah diumumkan. Johan Keseluruhan bagi kategori Pelajar IPT/ILK disandang oleh peserta dari Politeknik Mersing Johor dengan projek Solar-Powered IoT Monitoring System For Sea Turtle Nest. Sementara itu, Johan Keseluruhan bagi kategori Murid Sekolah disandang oleh peserta dari Kolej Vokasional Kuala Klawang menerusi projek Safe-I.Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS. Turut hadir, YBrs. Puan Chan Hong Jin, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS, YBrs. Puan Dalila Sharingat, Pengarah Kemahiran, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, serta YBrs. Ts. Dr. Puteh Melor Wesma binti Salehen, Pengarah Institut Kemahiran Sukan Negara.Sesi fotografi VVIP bersama tetamu jemputan dan pemenang iDEA’25 di Dewan Ibnu Sina IKSNSesi fotografi pegawai dan kakitangan IKSN “IDEA’25 membuka peluang kerjaya, inspirasi, dan jaringan industri.”8 Segmen Gemilang Berprestij


YBhg. Dato’ KSU KBS menandatangani Buku Pelawat sempena Majlis Perasmian Penutupan iDEA’25 & Hari Kerjaya TVET ILKBS Zon Tengah 2025YBrs. Puan Chan Hong Jin sedang menandatangani buku pelawat sebelum bermula majlis.Barisan juri yang telah mengadili projek peserta iDEA’25 Mesyuarat penilaian bagi peserta iDEA’25 yang layak ke peringkat akhir.YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu melancarkan gimik perasmian sempena Majlis Perasmian Penutupan iDEA’25 dan Hari Kerjaya TVET ILKBS Zon Tengah 2025. Sesi fotografi bersama sebahagian tetamu jemputan.Segmen Gemilang Berprestij 9


10 Segmen Gemilang Berprestij


Segmen Gemilang Berprestij 11


HARI KERJAYA TVET ILKBS ZON TENGAH 2025 MERIAHBANTING, 17 Ogos 2025 - Hari Kerjaya TVET ILKBS Zon Tengah 2025 yang berlangsung di Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) telah melabuhkan tirainya dengan penuh kemeriahan, sambutan hangat serta penyertaan yang membanggakan daripada pelbagai institusi dan industri.Program ini turut dikendalikan bersama empat lagi ILKBS Zon Tengah iaitu IKTBN Dusun Tua , IKTBN Sepang , IKBN Peretak dan Akademi Kebangsaan Belia Golf.Program ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti Temuduga Terbuka, Pertandingan Inovasi iDEA’25, Taklimat & Seminar Kerjaya, Servis Motosikal, Pertunjukan Dron, Jualan Rahmah, Kaunter Saman PDRM & JPJ, Mini Golf, Henna serta pelbagai aktiviti lain.Majlis perasmian penutupan ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS. Turut hadir, YBrs. Puan Chan Hong Jin, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS, YBrs. Puan Dalila Sharingat, Pengarah Kemahiran, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, serta YBrs. Ts. Dr. Puteh Melor Wesma binti Salehen, Pengarah IKSN.Sesi fotografi VVIP bersama wakil syarikat MoU di Dewan Ibnu Sina IKSNYBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu hadir sempena Majlis Perasmian Penutupan iDEA’25 dan Hari Kerjaya ILKBS Zon Tengah 2025. “Membina Kerjaya, Mencorak Masa Depan.”12 Segmen Gemilang Berprestij


YBhg. Dato KSU meluangkan masa menyantuni wakil syarikat yang turut mengadakan pameranSesi fotografi bersama wakil industri di booth pameran Sesi pertukaran dokumen Memorandum Persefahaman antara IKSN dengan Todak Academy Sdn. Bhd.Sesi pertukaran dokumen Memorandum Persefahaman antara IKSN dengan MRU Motorsport.YBhg. Dato KSU meluangkan masa menyantuni wakil syarikat yang turut mengadakan pameranMajlis menandatangani MoU diantara BPKB bersama industri. Segmen Gemilang Berprestij 13


14 Segmen Gemilang Berprestij


Segmen Gemilang Berprestij 15


Segmen Gemilang Berprestij IKSN LAKAR SEJARAH DI KEJOHANAN SUKAN ILKBS KALI KE-37 DI IKTBN BUKIT MERTAJAMBUKIT MERTAJAM, 20 Ogos 2025 - Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) mencatatkan pencapaian yang memberangsangkan apabila berjaya memenangi 2 pingat Perak iaitu dalam acara sukan badminton & bola jaringdi Kejohanan Sukan ILKBS Kali Ke-37 di IKTBN Bukit Mertajam.Selain itu, IKSN juga menjadi Johan dalam acara sukan Pengarah ILKBS iaitu Paintball yang diwakili oleh Encik Bashirul bin Ismail, Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan IKSN. Lebih membanggakan apabila IKSN dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pakaian Kontinjen Terbaik pada temasya sukan tahunan tersebut.Kesemua hadiah tersebut disampaikan oleh YBrs. Puan Chan Hong Jin, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS.Turut hadir ialah YBrs. Puan Dalila binti Sharingat, Pengarah Kemahiran, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Ybrs. Ts. Hajah Junita binti Mohammed Ali, Pengarah IKTBN Bukit Mertajam dan Puan Zuraidah binti Yusoff, Ketua Kontinjen IKSN,Pengarah IKSN, Ts. Dr. Puteh Melor Wesma binti Salehen turut berkesempatan bertemu dengan kontinjen IKSN untuk menyampaikan ucapan penghargaan dan tahniah atas kejayaan IKSN meraih tempat keempat daripada 22 institusi ILKBS yang bertanding. Pengarah IKSN turut berkesempatan bergambar dengan kontinjen IKSN di IKTBN Bukit Mertajam16


Segmen Gemilang BerprestijEn. Bashirul bin Ismail (TPPL) IKSN diumumkan sebagai Johan acara Paintball bagi acara sukan Pengarah-Pengarah ILKBS 2025.Pasukan Bola Jaring IKSN diumumkan sebagai Naib Johan sempena Sukan ILKBS Kali Ke-37Pegawai IKSN bergambar kenangan meraikan kemenangan Anugerah Pakaian Kontinjen Terbaik sempena Sukan ILKBS Kali Ke-37.Pn. Zuraidah Binti Yusoff (TP HEP) IKSN mewakili Pengarah IKSN menerima Anugerah Pakaian Kontijen Terbaik di Kejohanan Sukan ILKBS Kali ke-37.Pasukan Badminton IKSN diumumkan sebagai Naib Johan sempena Sukan ILKBS Kali Ke-37Pegawai IKSN bergambar kenangan bersama TKSU (S) di IKTBN Bukit Mertajam.17


Segmen Gemilang Berprestij JERANTUT, 13 Februari 2025 - Pertandingan Creativity & Innovative Technology Competition (CITEC) anjuran Jabatan Tenaga Manusia (JTM) tahun 2025 telah diadakan di ADTEC Jerantut bertemakan Kelestarian Inovasi, Integrasi Inovasi Ke Arah Kemampanan Agrotek pada 11 hingga 13 Februari 2025.Majlis penutupan program dirasmikan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, YB Dato’ Sri Abdul Rahman Bin Mohamad.Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) Kuala Langat telah menghantar 1 pasukan projek inovasi bagi penyertaan kali ini iaitu Aplikasi Bergamifikasi - Seronok Belajar : Sunting Imej.Secara keseluruhannya, projek IKSN telah layak ke peringkat akhir dan meraih Pingat Emas bagi penyertaan edisi kali ini. Ahli kumpulan bagi projek ini terdiri daripada:1. Puan Laily Binti Abu Samah (Ketua/ Penyelia)2. Puan Norshahima Binti Isa (Ahli)3. Christopher Andres Ronney Anak Mathew (Ahli)4. Nurul Batrisyia Binti Muhammad Daniel Firdaus (Ahli)Pada majlis tersebut, para juri juga memberi cadangan bagi kebolehpasaran projek inovasi ini agar projek ini dapat memberi manfaat yang lebih besar. Tahniah kepada semua peserta yang sentiasa berusaha memberikan yang terbaik sepanjang pertandingan berlangsung.Pertandingan Creativity & Innovative Technology Competition (CITEC) 2025 18


Segmen Gemilang BerprestijCHINA, 5 Mei 2025 - Dengan sokongan Kedutaan China di Malaysia, Program 2025 “Bridge to Guizhou Study Tour”yang dianjurkan bersama oleh Persatuan Persahabatan Malaysia-China dan Persatuan Pertukaran Antarabangsa Pendidikan Guizhou telah berlepas hari ini ke Guiyang, Guizhou Barat Daya, dan Bibu untuk melaksanakan pelbagai aktiviti pertukaran budaya dan pendidikan.Menurut kenyataan Persatuan Persahabatan Malaysia-China, program ini diadakan bersempena dengan “Minggu Pertukaran Pendidikan ASEAN Guizhou-China”.Rombongan tersebut terdiri daripada 33 peserta dari 12 universiti tempatan, termasuk Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaysia Terengganu, Universiti Utara Malaysia, Universiti Xiamen Malaysia, Universiti Sains dan Pengurusan Malaysia, Universiti Teknologi MARA, Universiti Malaysia Sarawak, Universiti Yayasan Pahang, Universiti Tenaga Nasional, Universiti Teknologi PETRONAS, dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka.Bagi ILKBS Kementerian Belia & Sukan, peserta yang terpilih ialah Muhammad Farhan Bin Mahyuddin, seorang pelajar IKSN dalam bidang Terapi Sukan, yang mewakili pelajar ILKBS seluruh Malaysia.Tahniah dan Syabas kerana terpilih sebagai Recognition of Distinction at The Malaysia –China TVET (Upskilling) Training Programme di Xiamen Universiti Malaysia.Program “Bridge to Guizhou Study Tour” bermula pada 4 Mei sehingga 12 Mei 2025 sebagai hadiah tajaan kepada pelajar atas penghargaan beliau aktif dan komitmen ketika di program Xiamen Universiti Malaysia.Program ini bertujuan untuk memupuk hubungan persahabatan antara Malaysia dan China melalui pertukaran belia, budaya, pendidikan, dan sukan. Guizhou, yang terkenal dengan landskap semula jadi yang menakjubkan, jambatan ikonik, dan teknologi canggih, termasuk lokasi teleskop terbesar di dunia, dijangka menjadi destinasi yang penuh inspirasi bagi peserta program.Program 2025 “Bridge to Guizhou Study Tour”19


Segmen Gemilang Berprestij Kuala Lumpur, 25 Jun 2025 – Pelajar Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) telah mencipta kejayaan membanggakan apabila muncul Johan Pertandingan Inovasi Kitar Semula sempena Program Fiesta Rakan Muda Peringkat Kawasan Titiwangsa/Setiawangsa yang berlangsung di Universiti Geomatika Malaysia, Kuala Lumpur hari ini.Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/Setiawangsa ini menghimpunkan pelbagai penyertaan kreatif dan inovatif daripada institusi pendidikan sekitar, termasuk penyertaan aktif pelajar Jabatan Perkhidmatan Sukan dan Jabatan Teknologi Maklumat dari IKSN.Pertandingan Inovasi yang bertemakan “Bahan Kitar Semula dan Barangan Terpakai” telah menyaksikan kreativiti luar biasa ditonjolkan oleh para peserta. Pelajar Jabatan Perkhidmatan Sukan berjaya menarik perhatian juri dengan ciptaan inovatif yang mesra alam, seterusnya menewaskan penyertaan lain untuk merangkul tempat pertama. Kemenangan ini turut melayakkan pasukan inovasi tersebut untuk mewakili kawasan ke Peringkat Parlimen Kuala Lumpur.Dalam masa yang sama, pelajar dari Jabatan Teknologi Multimedia dan Jabatan Perkhidmatan Sukan turut mengambil bahagian dalam Pertandingan Art Doodles, mempamerkan bakat seni mereka dalam ekspresi visual bertemakan “Gaya Hidup Rakan Muda”.Penyertaan aktif dan kejayaan yang diraih membuktikan komitmen IKSN dalam menerapkan nilai inovasi, kelestarian alam dan pembangunan sahsiah dalam kalangan pelajarnya, selari dengan aspirasi Program Rakan Muda untuk melahirkan belia yang berketerampilan dan berdaya saing.Pertandingan Inovasi Kitar Semula dan Pertandingan Art Doodles di Fiesta Rakan Muda Titiwangsa/Setiawangsa20


Segmen Gemilang BerprestijANGKASAPURI, 5 Julai 2025 – Jabatan Perkhidmatan Sukan Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) menyerlah dalam Program Infiniteen anjuran RTM @ TV OKEY dan MTVET apabila diberi ruang mempromosikan bidang Terapi Sukan kepada khalayak awam.Ketua Jabatan Perkhidmatan Sukan IKSN, Puan Ida Shahiza binti Saharom bersama tenaga pengajar, Encik Muhammad Azraai bin Ismail serta dua pelajar IKSN iaitu Muhammad Aniq Zharfan dan Muhammad Daniel Imran telah tampil dalam sesi temu bual dan demonstrasi khas.Antara pengisian utama ialah perkongsian berkaitan rawatan urutan sukan, teknik pemulihan kecederaan serta sesi demonstrasi interaktif kepada penonton yang mengalami kecederaan ringan.Program ini berjaya menampilkan keupayaan pelajar dalam kemahiran rawatan secara hands-on, sekali gus menyerlahkan potensi bidang Terapi Sukan sebagai kerjaya masa depan.Pihak Jabatan Perkhidmatan Sukan IKSN merakamkan penghargaan kepada RTM dan MTVET atas jemputan yang bermakna serta berharap kerjasama ini dapat diteruskan di masa akan datang.TERAPI SUKAN IKBN KUALA LANGAT LIVE DI PROGRAM INFINITEEN @ TV OKEY21


Segmen Gemilang Berprestij Cyberjaya, 21 Julai 2025 – Universiti Multimedia (MMU) Cyberjaya menjadi tumpuan komuniti seni kontemporari global apabila bakat tempatan sekali lagi diperakui di pentas antarabangsa melalui iVENTX Creative Exhibition – Sustainaissance: Emotion. Expression. Identitiy yang telah berlangsung.Pameran peringkat antarabangsa ini menampilkan karya-karya inovatif daripada penggiat seni kontemporari dari beberapa negara termasuk Poland, Korea Selatan, Bangladesh, Vietnam, Singapura dan Malaysia. Antara yang menerima pengiktirafan tersebut ialah dua orang pegawai Bahagian Fotografi, Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN), Encik Hamzuri bin Abdul Hamid dan Encik Rizman Hady bin [email protected] Rizman Hady, membawa pulang Pingat Perak menerusi karya Verdant Veins yang menggambarkan dialog antara binaan manusia dan ekosistem semula jadi melalui pendekatan fotografi landskap yang halus dan simbolik.Sementara itu, Encik Hamzuri, berjaya merangkul Pingat Gangsa bagi karya fotografi bertajuk Echoes of Resilience – satu kajian visual yang menggabungkan teknik komposisi kompleks dan narasi emosi dalam merakam ketahanan manusia terhadap perubahan alam sekitar.Kedua-dua karya ini dipilih oleh panel juri antarabangsa yang terdiri daripada kurator, akademik dan pengamal seni visual berpengalaman atas keupayaannya dalam mengintegrasikan konsep kelestarian dengan ekspresi emosi dan identiti dalam seni fotografi kontemporari.Pencapaian ini bukan sahaja membawa nama IKSN ke persada global, malah menegaskan komitmen institusi dalam melahirkan bakat TVET kreatif yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa sambil mengekalkan nilai estetika dan kelestarian sebagai teras seni moden.Dua Pegawai Bidang FotograFI IKSN Rangkul Pingat di iVENTX Creative Exhibition 202522


Segmen Gemilang BerprestijJitra, 14 Ogos 2025 — Pasukan KLID Technologies dari Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) yang diketuai oleh Ts. Mohd Fawwaz Najmi bin Mohd Fuzi berjaya merangkul Pingat Emas pada Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx) 2025 yang berlangsung di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS), Kedah. Penyertaan projek inovasi bertajuk BIM Auto-Checking e-Profiling System™️ (BIMCheck Pro™️) bersama Khairun Yasirah binti Hawalit, Nayli Syazwina Iyazi binti Abdul Muhaimin, dan Saidatul Adriana binti Khairul Nizam; sesi penjurian dan pameran diadakan pada 12–14 Ogos 2025 di POLIMAS. BIMCheck Pro™ beroperasi sebagai platform atas talian analisis keperluan Latihan (TNA) masa nyata pertama di Malaysia untuk menjejak, mengukur dan memperakui 5 domain kompetensi bagi teknologi ‘BIM e-Submission’.Dibangunkan berdasarkan ‘BIM Auto-Checking Competency Framework™️’, sistem ini mengenal pasti jurang kemahiran, mencadangkan modul peningkatan kemahiran yang disasar, serta mengesahkan kecekapan teknikal; sijil digital juga disepadukan bagi pemetaan kompetensi. Penganugerahan pingat emas ini mengiktiraf sumbangan IKSN dalam memperkasa bakat TVET dan profesional binaan tempatan melalui inovasi BIMCheck Pro™ sebagai penyelesaian digital untuk pemprofilan kompetensi semakan automatik berasaskan BIM, serta pengalaman pengguna yang bergamifikasi—selaras dengan agenda Malaysia Madani dalam memperkukuh Dasar TVET Negara 2030.IKSN Berjaya Merangkul Pingat Emas di iCompEx 202523


Segmen Gemilang Berprestij Johor Bahru, 10 September 2025 — Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) yang diwakili Ts. Mohd Fawwaz Najmi Bin Mohd Fuzi dan En. Muhammad Fariz Najmi Bin Fauzi melakar kejayaan berganda apabila diumumkan sebagai penerima Pingat Emas serta Anugerah Poster Terbaik dalam International Product Profile Innovation Competition (IPPIC), yang berlangsung bersempena The 6th Technical and Vocational Education and Training International Conference (TVETIC 2025) di KSL Hotel & Resort, Johor Bahru, Johor.Penyertaan IKSN menerusi projek inovasi “BIM Auto-Checking e-Profiling System™️ (BIMCheck Pro™️)” berlangsung secara pameran bersemuka bersama peserta tempatan dan antarabangsa dengan penjurian rasmi di dewan utama.Sebagai sebuah acara antarabangsa yang dianjurkan oleh Jabatan TVET Termaju, Fakulti Sains Dan Teknologi Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), TVETIC 2025 diperkukuhkan lagi dengan kerjasama rakan strategik dan universiti luar negara seperti Institut Teknologi Sepuluh Nopember (Indonesia), Mulawarman University (Indonesia), Kolej Vokasional Tanjung Puteri (Malaysia) dan Rajamangala University of Technology Thanyaburi (Thailand)—sekaligus menegaskan dimensi TVET global di rantau ASEAN.BIMCheck Pro™ menampilkan solusi pemprofilan kompetensi kepekerjaan BIM e-Submission, dengan pendekatan yang menggabungkan kesahan teknikal, pemetaan keperluan latihan dan pengesahan kemahiran secara digital menjadikan ia layak dinobatkan sebagai antara inovasi paling berimpak tinggi di pentas IPPIC 2025.Penganugerahan ini bukan sahaja mengangkat jenama IKSN, malah menyumbang kepada agenda pemerkasaan TVET Malaysia melalui inovasi yang praktikal, terukur dan sejajar dengan keperluan industri semasa.Pingat Emas dan Anugerah Poster Terbaik Milik IKSN di IPPIC Sempena TVETIC 202524


Segmen Gemilang BerprestijBANGI, 21 September 2025 - Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) mencatatkan kejayaan membanggakan apabila menerima dua Anugerah Pengurusan Latihan Terbaik ILKBS 2025 iaitu bidang Teknologi Awam & bidang Teknologi Maklumat.Penyampaian anugerah ini telah disempurnakan oleh YB Adam Adli Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan yang turut hadir meraikan graduan pada hari ke-2 Konvokesyen Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) Ke-20 Tahun 2025 yang berlangsung di Bangi Avenue Convention Centre, Selangor.Ts. Dr. Puteh Melor Wesma binti Salehen, Pengarah IKSN menerima anugerah tersebut dari YB Timbalan Menteri sambil diiringi Ketua Jabatan Teknologi Awam, Puan Siti Nor Sharbana binti Azmi & Ketua Jabatan Teknologi Maklumat, Encik Mohd Hatim bin Mazlan.Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga kerja IKSN di atas pencapaian yang cemerlang ini. Anugerah ini diharapkan dapat memberikan motivasi bagi pencapaian seterusnya pada masa hadapan agar IKSN menjadi sebuah pusat latihan yang terunggul di mata dunia.Anugerah Pengurusan Latihan Terbaik ILKBS 202525


Segmen Gemilang Berprestij Bandar Seri Putra, 1 Oktober 2025 – Universiti Islam Selangor (UIS) menjadi tumpuan komuniti inovasi dan penyelidikan apabila penganjuran International Innovation, Technology & Research Exhibition and Conference (iTREXC 2025) menghimpunkan pameran inovasi dan persidangan kertas kerja pada tarikh kemuncak hari ini.Acara dikelola oleh Fakulti Multimedia Kreatif & Komputing (FMKK) dengan kerjasama KUISCELL Sdn. Bhd., melibatkan sesi penilaian dalam talian dan pembentangan fizikal di kampus UIS, Bandar Seri Putra, Selangor.Dalam acara ini, Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) melakar kejayaan berganda apabila diumumkan penerima Pingat Emas sekaligus Anugerah Inovasi Terbaik untuk projek inovasi BIMCheck Pro™️.Pasukan KLID Technologies yang diterajui oleh Ts. Mohd Fawwaz Najmi Bin Mohd Fuzi dan Muhammad Fariz Najmi Bin Fauzi, turut dianggotai oleh pelajar-pelajar Diploma Teknologi Awam (Hiasan Dalaman) Semester 5 iaitu Nur Haslina Binti Saifol, Noor Fakhriah Binti Ni Aznan, Siti Nursyasya Diyanah Binti Noorazman, serta pelajarpelajar Diploma Teknologi Awam (Hiasan Dalaman) Semester 2 iaitu Nayli SyazwinaIyazi Binti Abdul Muhaimin, Khairun Yasirah Binti Hawalit, Saidatul Adriana Binti Khairul Nizam, Daniel Hakimi Arsyad Bin Shashi, dan Adrian Hareez Bin Akmalrizal.Pengiktirafan tersebut diberikan selepas sesi penjurian rasmi di iTREXC 2025 yang memfokuskan impak, kebolehskalaan serta sumbangan penyelesaian kepada komuniti dan industri. Kemenangan ini bukan sahaja mengharumkan nama IKSN di pentas inovasi serantau, malah memperteguh komitmen institusi terhadap pembangunan bakat TVET yang kreatif, berimpak dan setara antarabangsa seiring aspirasi pemodenan ekosistem inovasi negara.Anugerah Inovasi Terbaik Dan Pingat Emas Milik IKSN Di iTREXC 202526


Segmen Gemilang BerprestijBANTING, 11 November 2025 – Pasukan ‘Warriors of Malaya’ yang mewakili Malaysia kini bersiap sedia untuk menyertai FAI World Drone Soccer Championships (FAIWDSC) 2025 yang akan berlangsung di Shanghai, China dari 15 hingga 18 November 2025.FAIWDSC 2025 dijangka menarik penyertaan lebih 18 negara, termasuk Korea Selatan, Jepun, Amerika Syarikat, dan Perancis — negara yang mempunyai tradisi kukuh dalam sukan ini.Pegawai serta pelajar dari Jabatan Teknologi Multimedia Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) iaitu Ketua Jurulatih, Badrul Hisyam bin Ahmad Jalaludin bersama dua pemain iaitu Muhammad Norman Hasyrique bin Lokman dan Alif Faizuddin bin Mohd Zaidi, antara 12 pemain & empat pegawai yang bakal menggalas cabaran Malaysia.Menurut Badrul Hisyam, penyertaan kali ini bukan sekadar untuk bersaing, tetapi juga sebagai platform memperkukuh kedudukan Malaysia dalam arena sukan udara berteknologi tinggi.“Pasukan ini telah menjalani latihan intensif selama beberapa bulan dengan fokus kepada strategi penerbangan, kawalan formasi dan taktikal serangan” katanya.Pasukan Malaysia turut menerima sokongan padu daripada Malaysian Sports Aviation Federation (MSAF) serta CIAST Shah Alam dan ADTEC JTM Kampus Mersing, yang menjadi pusat latihan utama bagi sukan Drone Soccer di Malaysia.‘Warriors of Malaya’ Terbang ke Shanghai : Malaysia Gempur Kejohanan Dunia Drone Soccer 202527


Segmen Pencapaian Penerima Anugerah Pekerja Cemerlang Tahun 2024Pertandingan Inovasi Kitar Semula sempena Fiesta Rakan Muda Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Johan PertandinganMajlis Pentauliahan Profesionalisme Kerja Belia Kali Ke-2 Tahun 2025 28


Segmen Satu Destinasi,Seribu MemoriTs. Dr. Puteh Melor Wesma binti SalehenBertukar ke CIAST1 Oktober 2025Badrul Hiysam bin Ahmad JalaluddinBersara Pilihan 1 Disember 2025Mohd Din bin IsmailBersara Pilihan 25 September 202529


Segmen Kerjasama Strategik SHAH ALAM, 3 Jun 2025 – Satu lawatan kunjungan hormat dan kerjasama strategik telah diadakan oleh delegasi Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) ke Unit Automotif dan Drone, Pusat Latihan Pengajar & Kemahiran Lanjutan (CIAST), Shah Alam bagi tujuan penandaarasan dan pembangunan bidang sukan permotoran di bawah inisiatif TVET.Delegasi diketuai oleh Pengarah IKSN, Ts. Dr. Puteh Melor Wesma binti Salehen, bersama Ketua Jabatan Motorsports, Encik Mohd Anwar Siddiq bin Abd Jalil, Ketua Bahagian Motorsports (4 Roda), Encik Mohd Shazly Farith bin Mohd Ilias, serta barisan pengajar sukan permotoran iaitu Encik Norhisam bin Kamarudzaman, Encik Azaq bin Abdul Hamid, dan Encik Muhallim bin Arshad.Ketibaan delegasi disambut oleh Ketua Unit Automotif dan Drone CIAST, Encik Zuraidy bin Shamsuddin, bersama tenaga pengajar bidang automotif dan drone yang lain.Sesi dimulakan dengan taklimat pengenalan oleh Encik Zuraidy, yang menyentuh aspek pengurusan lawatan, susun atur bengkel, pembangunan lantai epoxy berasaskan piawaian industri, eProfiling motorsport serta Program Pembangunan Kemahiran Pengajar (PPK) yang merangkumi komponen teknologi baharu (New Emerging Technology - NET).IKSN melihat lawatan ini sebagai satu lonjakan dalam memperkasa bidang TVET khususnya dalam sukan permotoran, dan akan meneroka potensi jalinan Memorandum Persefahaman (MoU) bersama agensi berkaitan pada masa akan datang.LAWATAN STRATEGIK IKSN KE UNIT AUTOMOTIF & DRONE CIAST PERKASA BIDANG PERMOTORAN TVET30


Segmen Kerjasama StrategikShah Alam, 5 Jun 2025 – Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) mengorak langkah memperkukuh hubungan strategik bersama industri automotif menerusi satu lawatan kunjungan hormat dan perbincangan kerjasama ke B Auto Berhad yang berlangsung di Glenmarie, Shah Alam.Delegasi IKSN diketuai oleh Pengarah, Ts. Dr. Puteh Melor Wesma Salehen dan diiringi Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan, Encik Bashirul bin Ismail serta pegawai kanan lain termasuk Ketua Cawangan Hubungan Industri, Encik Mohamad Aizuddin bin Sae’don, Ketua Jabatan Sukan Permotoran, Encik Mohd Anwar Siddiq bin Abd Jalil, dan Ketua Bahagian Sukan Permotoran, Ts. Muzri Affandi bin Jamaluddin. Turut serta ialah tenaga pengajar sukan permotoran dari IKSN. Ketibaan delegasi disambut mesra oleh barisan pengurusan B Auto Berhad yang diketuai oleh General Manager, Encik Mohd Zahir bin Ismail bersama timbalannya, Encik Lim Hock Swee serta beberapa pegawai kanan daripada syarikat tersebut.Antara tentatif lawatan yang dijalankan termasuklah taklimat dan demonstrasi berkaitan teknologi kenderaan elektrik (EV), lawatan ke stesen pengecasan EV, makmal simulasi EV First Responder, dan latihan asas sistem elektronik serta ADAS di E-Lab serta EV Lab.Lawatan ini bertujuan membina jaringan kerjasama jangka panjang dalam bidang latihan teknikal dan teknologi automotif, sejajar dengan matlamat memperkasa TVET negara, khususnya dalam sukan permotoran.IKSN Jalin Kerjasama Strategik dengan B Auto Berhad dalam Sektor Sukan Permotoran & EV31


Segmen Kerjasama Strategik KUALA LANGAT, 26 Jun 2025 – Sebanyak 13 agensi kerajaan dan organisasi tempatan telah menyatakan komitmen untuk bersama-sama menjayakan Hari Kerjaya TVET ILKBS Zon Tengah 2025 menerusi Mesyuarat Kerjasama Rakan Strategik yang diadakan di Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN).Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengarah IKSN, Ts. Dr. Puteh Melor Wesma Bt Salehen, memberi tumpuan kepada penyelarasan pelaksanaan program Hari Kerjaya TVET ILKBS yang dijadual berlangsung pada 16 dan 17 Ogos 2025.Antara agensi strategik yang hadir termasuk:• Polis Diraja Malaysia (PDRM)• Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)• Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)• ILP Kuala Langat• Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL)• Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat• Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Tengah• Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)• Koperasi Hijrah Selangor Berhad (Kohijrah)• Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM)• Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat• Pejabat Daerah dan Tanah Kuala LangatAntara fokus utama yang dibincangkan adalah penyediaan tapak pameran, sesi temu duga terbuka serta promosi menyeluruh program.13 RAKAN STRATEGIK BERSATU JAYAKAN HARI KERJAYA TVET ILKBS ZON TENGAH 202532


Segmen Kerjasama StrategikMEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) ANTARA IKSN DENGAN INDUSTRIIKSN telah melaksanakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama dua buah syarikat iaitu Todak Academy Sdn. Bhd. dan MRU Motorsport.“Hubungan kerjasama Industri dan ILKBS adalah sangat penting bagi meningkatkan kebolehpasaran pelajar TVET”33


INSPIRASIUNIK 2025


Segmen Inspirasi Unik BANTING, 24 April 2025 - IKSN dengan kerjasama Majlis Sukan Negara (MSN) telah menjalankan Kursus Pengurusan Sukan Kebangsaan (KPSK) Tahap 1 Siri 1/2025 bertempat di Bilik Seminar CIAST , IKSN .Kursus ini dijalankan selama 3 hari pada 22 hingga 24 April 2025 dengan dihadiri oleh seramai 35 orang peserta yang terdiri daripada pengiat, pentadbir dan pengurus-pengurus sukan, guru-guru dan pensyarah universiti tempatan.Kursus pada kali ini telah dirasmikan oleh En. Mohd Safrushahar B. Yusoff, Pengarah Bahagian Pengurusan Acara dan Sukan daripada Majlis Sukan Negara (MSN).Kursus ini adalah merupakan satu program pendidikan berterusan dengan aplikasi yang dipiawaikan bagi melatih dan meningkatkan tahap pengetahuan, kemahiran dikalangan para penggiat, pentadbir dan pengurus sukan mengikut kehendak dan keperluan sukan tempatan tanpa mengabaikan keperluan peringkat antarabangsa.Sepanjang kursus ini, para peserta telah didedahkan dengan 13 topik yang merangkumi Akta, Pengurusan, Kepimpinan, Risiko dan Pengurusan Kewangan.Kursus ini juga adalah merupakan salah satu daripada kursus separuh masa yang beroperasi dibawah Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) dengan kerjasama daripada MSN bermula tahun 2024.KURSUS PENGURUSAN SUKAN KEBANGSAAN (KPSK) TAHAP 1 SIRI 1/202535


Segmen Inspirasi UnikKursus Mobile Photography Tingkat Kemahiran Kakitangan KBSPUTRAJAYA, 20 Mac 2025 – Seramai 23 pegawai dan kakitangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyertai kursus Rakan Mahir, Lensa Dalam Poket: Kuasai Mobile Photography yang berlangsung di Menara KBS hari ini.Kursus ini bertujuan membekalkan peserta dengan kemahiran asas fotografi menggunakan telefon pintar, termasuk teknik penggambaran yang betul serta proses penyuntingan imej. Fokus utama adalah menghasilkan gambar berkualiti tinggi bagi mempromosikan produk dan perkhidmatan secara lebih efektif.Tenaga pengajar bidang Fotografi IKSN, Encik Mohd Hatim Bin Mazlan & Encik Hamzuri Bin Abdul Hamid terlibat sebagai penceramah kursus ini.Majlis penutup disempurnakan oleh Pengarah Kemahiran, Bahagian Pembangunan Belia (BPKB), Puan Dalila Binti Sharingat, yang turut menyampaikan penghargaan kepada para peserta. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan penguasaan teknologi digital dalam dunia moden.“Kemahiran fotografi menggunakan telefon pintar semakin relevan dalam era digital. Diharapkan ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam tugasan harian” katanya.Rakan strategik IKSN, Futuromic Photo AV Sdn. Bhd. turut terlibat secara tidak langsung dalam pelaksanaan kursus ini apabila memberi sokongan dari segi peralatan kursus.Program ini mendapat sambutan positif daripada peserta yang menghargai peluang untuk meningkatkan kemahiran visual.Program Rakan Mahir: Future Y-SkillsProgram Rakan Mahir: Future Y-Skills dilaksanakan bagi membantu belia mempersiapkan diri dalam mendepani cabaran peningkatan kos sara hidup, ketersediaan sumber makanan dan seterusnya kesejahteraan sosial dan ekonomi secara tidak langsung. KBS dan ILKBS mampu memainkan peranan yang signifikan dalam menyediakan sistem sokongan dan dorongan secara berterusan kepada belia tanpa mengira lokaliti demi kelangsungan hidup serta memperkasa bidang TVET dikalangan belia.“Konsep program ini adalah latihan kemahiran berbentuk Do-it-yourself ”.36


Segmen Inspirasi Unik KUALA LANGAT, 14 Jun 2025 – Satu Program Rakan Mahir: Future Y-Skills anjuran IKSN dalam bidang Asas Penyelenggaran Jentera Sukan 2 Roda telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Bengkel Sukan Permotoran, IKSN melibatkan para belia seliaan institusi-institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat iaitu Sekolah Tunas Bakti Sungai Besi, Asrama Sentosa Kuala Lumpur dan Pusat Perkembangan Kemahiran Kebangsaan (PPKK) Serendah. Seramai 22 orang peserta yang terdiri dari 19 orang belia berumur lingkungan 15 hingga 18 tahun bersama 3 orang pegawai pengiring telah hadir ke program tersebut.Dalam program yang berbentuk kursus jangka pendek tersebut, peserta beserta pegawai pengiring telah didedahkan dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam penyelenggaraan motorsikal (motosikal biasa dan motosikal sukan lumba) melibatkan proses penukaran minyak enjin, penapis minyak dan palam pencucuh. Berpandukan kepada tunjuk ajar dan bimbingan tenaga pengajar pakar dari Jabatan Sukan Permotoran IKSN, para peserta mampu melaksanakan proses penyelenggaraan dengan sempurna menggunakan peralatan dan kemudahan yang disediakan. Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini khususnya Ketua Jabatan Sukan Permotoran, Encik Mohd Anwar Siddiq Bin Abd Jalil, barisan tenaga pengajar pakar Jabatan Sukan Permotoran yang terlibat iaitu Encik Hashim Bin Ibrahim, Ts. Muzri Affandi Bin Jamaluddin dan Tc. Mohd Shazly Farith Bin Mohd Ilias. Kerjasama rintis bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat melalui institusi-institusi terlibat diharapkan dapat diteruskan dan diperluaskan lagi di masa hadapan bagi memberi ruang dan peluang kepada belia mendapatkan latihan kemahiran yang boleh dimanfaatkan dalam kehidupan harian dan kerjaya di masa hadapan.KURSUS ASAS PENYELENGGARAN JENTERA SUKAN 2 RODA37


Segmen Inspirasi Unik IKSN Anjur Kursus Asas Penyelenggaraan Tayar Jentera Sukan 4 RodaBanting, 19 Julai 2025 - Buat julung kalinya, kursus berkaitan penyelenggaraan tayar kenderaan telah dijalankan di Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN).Penganjuran Kursus Asas Penyelenggaraan Tayar Jentera Sukan 4 Roda di bawah platform Program Rakan Mahir:Future Y-Skills ini telah memberi peluang kepada para belia memperoleh kemahiran asas penyelenggaraan tayar kenderaan.Seramai 20 orang belia dan lima orang pegawai pengiring dari institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah hadir ke kursus tersebut yang dijalankan di Bengkel Sukan Permotoran, IKSN.Peserta telah didedahkan secara teori dan amali berkenaan asas penyelenggaraan tayar meliputi proses buka dan pasang tayar, ‘balancing’ tayar dan proses penampalan kebocoran tayar.Semua peserta telah diberi peluang mencuba setiap proses berkenaan. Hasilnya, semua peserta lebih memahami proses yang dipelajari dan yakin dalam melaksanakan proses-proses tersebut sehingga selesai. Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada para tenaga pengajar pakar dari Jabatan Sukan Permotoran, IKSN atas kesudian berkongsi ilmu dan kemahiran bersama para belia dalam kursus tersebut.Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan kursus tersebut khususnya kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat melibatkan Rumah Kanak-Kanak Rembau, Asrama Sentosa Kuala Lumpur dan Sekolah Tunas Bakti Sg. Besi.Semoga ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh semua peserta dapat dimanfaatkan sama ada untuk diri sendiri atau masyarakat. 38


Segmen Inspirasi Unik KURSUS PENGHASILAN PRODUK CENDERAMATA SUKAN DENGAN KEMASAN EPOXYBanting, 4 Julai 2025 – Telah berlangsung dengan jayanya satu Program Rakan Mahir: Future Y-Skills anjuran IKSN dalam bidang Penghasilan Produk Cenderamata Sukan Dengan Kemasan Epoxy bertempat di Bengkel Perabot melibatkan belia seliaan institusi-institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat iaitu Sekolah Tunas Bakti Sungai Besi dan Pusat Perkembangan Kemahiran Kebangsaan (PPKK) Serendah bermula 30 Jun hingga 4 Julai 2025. Seramai 10 orang peserta yang terdiri dari belia berumur lingkungan 15 hingga 18 tahun bersama 2 orang pegawai pengiring telah hadir ke program tersebut.Para peserta telah didedahkan dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam penghasilan produk cederamata bertemakan sukan menggunakan teknologi bahan epoxy. Secara khususnya, peserta telah diajar menghasilkan cenderamata berbentuk pemukul pingpong menggunakan bahan epoxy dan kotak hiasan menggunakan kayu. Berdasarkan kepada hasil kerja yang diperolehi di akhir program, dilihat peserta telah berjaya menguasai teknik-teknik bancuhan epoxy dan mampu menghasilkan cenderamata sukan yang mempunyai kualiti dan nilai komersial yang tinggi. Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini khususnya Ketua Bahagian Perabot, Puan Suzilawati Binti Senin dan barisan tenaga pengajar pakar dari Bahagian Perabot iaitu Puan Rohana Binti Apandi dan Encik Mazli Bin Muhammad. Semoga ilmu dan kemahiran yang diperolehi para peserta dapat dimanfaatkan bagi meningkatkan kualiti hidup di masa hadapan.39


Segmen Inspirasi Unik KURSUS ASAS PENERBITAN VIDEOBANTING, 8 Ogos 2025 – Pelaksanaan Kursus Asas PenerbitanVideo telah tamat dengan jayanya bertempat di Jabatan Teknologi Multimedia, Institut Kemahiran Sukan Negara, Selangor selama 5 hari bermula 4 hingga 8 Ogos 2025 . Penganjuran kursus tersebut dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat melibatkan 10 orang peserta yang terdiri dari kalangan belia lingkungan 15 hingga 18 tahun.Peserta telah didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran asas dalam penerbitan sesebuah video. Antara topik yang diketengahkan adalah seperti prinsip sinematografi, asas kamera, teknik suntingan, pengenalan kepada perisian penyuntingan video dan aliran kerja pra dan pasca produksi. Para peserta telah diberi peluang menghasilkan video bermula dari sesi rakaman sehingga penyuntingan dengan bimbingan dan tunjuk ajar tenaga pengajar pakar dalam bidang Multimedia Interaktif dari IKSN.Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kursus tersebut terutamanya kepada tenaga pengajar pakar iaitu Encik Badrul Hisyam Bin Ahmad Jalaludin, Encik Shahrul Affendy Bin Zakariah @Zakaria dan Encik Azmadi Bin Talib. Seterusnya, jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat atas kesudian bekerjasama dalam penganjuran kursus tersebut melalui penglibatan para peserta dari Sekolah Tunas Bakti Sungai Besi. Semoga ilmu dan kemahiran yang diperolehi para peserta sepanjang kursus tersebut dapat dimanfaatkan sama ada dalam kehidupan harian, mahupun kerjaya di masa hadapan.40


Segmen Inspirasi Unik Kursus Pembuatan Item Dekorasi Menggunakan Teknologi Laser CuttingKUALA LANGAT, 22 Ogos 2024 — Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) berjaya menganjurkan Kursus Pembuatan Item Dekorasi menggunakan Teknologi Laser Cutting di bawah inisiatif Program Rakan Mahir: Future Y-Skills pada 18 hingga 22 Ogos 2025. Kursus ini memberi pendedahan TVET berasaskan industri kepada remaja terpilih bagi meningkatkan kebolehpasaran, keyakinan diri dan kemahiran kreatif mereka.Kandungan latihan menumpukan pengendalian mesin laser cutting, tatacara keselamatan, asas reka bentuk vektor dan proses pemotongan/ukiran serta kemasan bagi penghasilan cenderamata dan item dekorasi. Melalui pendekatan teori dan amali, peserta digalakkan meneroka idea reka bentuk sendiri sambil memahami aliran kerja pengeluaran sebenar.Seramai 11 peserta daripada Sekolah Tunas Bakti (STB) Sungai Besi telah mengikuti kursus ini, disertai dua orang pengiring, En. Abdul Hafiz bin Che Ab Ghani dan Tg. Iskandar Shah bin Tuan Mahmood.Penganjuran kursus ini merupakan salah satu daripada lima komponen latihan di bawah Future Y-Skills, yang menyasarkan penghuni institusi di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mendapatkan kemahiran vokasional bernilai tambah dan laluan jelas ke dunia pekerjaan atau keusahawanan mikro.IKSN terus komited memperkukuh ekosistem TVET komuniti melalui kerjasama strategik dengan rakan industri dan institusi latihan dalam memastikan setiap peserta memperoleh kemahiran yang relevan, boleh diukur dan boleh diguna terus dalam kehidupan seharian.41


Segmen Inspirasi UnikCyberjaya, 13 Ogos 2025 – IKSN telah berkolaborasi bersama Todak Academy bagi penganjuran Program Bootcamp Asas Fotografi Tahun 2025. Seramai 10 orang peserta telah berjaya menamatkan program yang berlangsung selama sebulan dengan elemen team building, latihan teori dan latihan amali berkaitan bidang fotografi. Majlis ini turut dihadiri penyelaras utama dari Kementerian Belia Dan Sukan, Puan Musyrifah Binti Elias, Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan Kekompetenan Belia BPKB dan Puan Erni Nurshanisza binti Mohd Markhaza.Pengarah IKSN, Ts. Dr. Puteh Melor Wesma Binti Salehen telah meyempurnakan majlis perasmian penutup berkenaan. Program ini turut dihadiri Encik Mohammad Taufik Rizal Bin Aminuddin (CEO Todak Academy) dan Kakitangan Todak Academy.Seusai itu, Pengarah IKSN dan CEO Todak Academy telah menyampaikan sijil tamat latihan dan surat tawaran pekerjaan kepada peserta dan disaksikan ketua cawangan BPKB KBS. Sijil penghargaan juga diberikan kepada industri penyedia latihan serta pengajar. Program ini ditamatkan dengan sesi bergambar dan lawatan ke galeri hasil fotografi.PROGRAM BOOTCAMP:ASAS FOTOGRAFI Konsep pelaksanaan Program Bootcamp adalah “Train & Place”42


Lawatan Verifikasi Pentauliahan Program Persediaan dan Penyelenggaraan Jentera Sukan Bermotor Empat Roda IKSN“Kriteria yang dinilai adalah pengajaran dan pembelajaran, kerjasama dan penglibatan bersama industri, pengajar atau kakitangan pentadbiran, pengurusan sumber, kebolehkerjaan, dan pengiktirafan dan pencapaian.”Segmen Inspirasi Unik KUALA LANGAT, 10 Disember 2025 - Institut Kemahiran Sukan Negara menerima Lawatan Verifikasi Pentauliahan Program Persediaan dan Penyelenggaraan Jentera Sukan Bermotor Empat Roda bagi memastikan pematuhan standard JPK.Lawatan tersebut disertai Puan Suziyana binti Shaidin dari Bahagian Pentauliahan JPK bersama dua panel industri dilantik iaitu Encik Mohamad Hisham bin Hashim dan Encik Mohd Fariq Izmeer bin Mat Sharie.Sepanjang sesi, penilaian merangkumi bahan pembelajaran, peralatan dan kemudahan latihan dilaksanakan bagi mengesahkan kecukupan serta pematuhan keperluan standard ditetapkan JPK.Selain itu, pengesahan kriteria personel pentauliahan turut dibuat melibatkan Pegawai Pengesahan Dalaman dan Pegawai Penilai bagi menjamin keabsahan pelaksanaan program.Sesi bermula dengan mesyuarat pembukaan melibatkan pengurusan IKSN, ketua jabatan, pegawai terlibat serta pengajar Jabatan Teknologi Sukan Permotoran.Lawatan ini diurusetiakan oleh Cawangan Penyelarasan dan Kawalan Kualiti dengan kerjasama semua pihak bagi memastikan kelancaran serta kejayaan proses verifikasi pentauliahan.43


BANTING, 20 Jun 2025 - IKSN dengan kerjasama KSR Feature Capital dan Persatuan Urutan Sukan Selangor telah menganjurkan kursus bertujuan untuk memberi latihan kemahiran lain yang boleh digunapakai oleh tenaga pengajar dalam rawatan kepada atlet pada 17 - 20 Jun 2025. Selain itu, ia juga bertujuan untuk membantu pengajar mengunakan kaedah baru dalam penyampaian dan pengajaran dalam bidang Terapi Sukan.Seramai 7 orang pengajar dari Jabatan Perkhidmatan Sukan menyertai kursus ini. Kursus di kendalikan oleh Dr Hairul Fahmi Bin Awaludin, yang merupakan seorang berkelulusan doktor perubatan dan berpengalaman menggubal silibus Diploma dan Ijazah di beberapa kolej dan universiti tempatan. Beliau juga kerap menjalankan siri kursus berkaitan sukan dan perubatan antaranya kursus Anatomy, Pathology & Manual Therapy.Antara modul yang dipelajari di dalam program ini ialah Anatomi dan Physiologi Atlet Sukan, Prinsip Pemulihan Atlet, Penekanan Advanced Remedial Massage, Sports Injuries, Deep Tissue Masssage & Mobilisation, Dry Needling ,Cara Rawatan Dry Needling dengan masalah kecederaan sukan. Kaedah pengajaran yang digunakan semasa kursus adalah melalui kaedah teori dan amali. Hasil daripada kursus ini, para pengajar telah berjaya mempraktikkan Advanced Treatment Remedial Massage For Athlete dengan baik serta menggunakan Dry Needling dengan cara yang betul. Para pengajar juga berkeyakinan dan berpotensi untuk mengaplikasikan kemahiran-kemahiran ini di masa akan datang. Program Peningkatan Kemahiran (PPK 2025 BIDANG TERAPI SUKAN): Kursus Advance Remedial Massage Treatment For Athlete TreatmentSegmen Inspirasi Unik44


KOTA DAMANSARA, 19 Mei 2025 - Institut Kemahiran Sukan Negara menganjurkan Kursus Advanced Sports Photography for Professional Photographers bagi meningkatkan kepakaran pengajar TVET dalam bidang fotografi sukan profesional.Program selama empat hari ini berlangsung dari 19 hingga 22 Mei 2025 di Futuromic Photo AV Sdn Bhd, Kota Damansara, melibatkan latihan teori dan amali berteknologi industri semasa.Seramai enam peserta daripada ILKBS iaitu IKSN dan IKBN Bandar Penawar terlibat, bertujuan memperkukuh kemahiran teknikal serta standard profesional pengajaran fotografi sukan negara.Kursus ini diselaras Institut Kemahiran Sukan Negara di bawah Projek Peningkatan Kepakaran Pengajar TVET 2025 bagi menyokong pembangunan modal insan berkemahiran tinggi.Program Peningkatan Kemahiran (PPK 2025 BIDANG FOTOGRAFI): KURSUS ADVANCED SPORTS PHOTOGRAPHY FOR PROFESSIONAL PHOTOGRAPHERS“The capacity to learn is a gift; the ability to learn is a skill; the willingness to learn is a choice.” – Brian HerbertSegmen Inspirasi Unik 45


Tanah Rata 2 Oktober 2025 - IKSN telah mengajurkan Kursus Audio dan Kesan Bunyi Dalam Penerbitan Animasi dan Video pada 29 September hingga 2 Oktober 2025. Tujuan kursus ini dianjurkan adalah untuk memberi latihan kemahiran lain yang boleh digunapakai oleh tenaga pengajar dalam pembangunan audio dan kesan bunyi dalam penerbitan video animasi. Selain itu, ia juga bertujuan untuk membantu pengajar mengunakan kaedah baru dalam penyampaian dan pengajaran dalam bidang Reka Bentuk Multimedia Interaktif.Seramai 10 orang pengajar yang terdiri dari IKSN , IKBN Kemasik dan IKBN Seri Iskandar menyertai Kursus ini. Kursus ini di kendalikan oleh Syarikat DSP Entertainment yang mempunyai pengalaman luas tentang penerbitan video dan audio. Antara modul yang dipelajari di dalam program ini ialah menguasai teknik penyuntingan audio dan penyelarasan bunyi (sound sync) yang tepat dengan pergerakan watak, memahami prinsip kesan khas untuk meningkatkan nilai estetika dan penceritaan visual, menggabungkan elemen audio-visual secara harmoni menggunakan perisian standard industri dan mencipta pengalaman tontonan yang lebih hidup dan profesional melalui perincian bunyi dan kesan visual yang berkualiti. Kursus ini sangat sesuai bagi pengajar dalam meningkatkan kualiti produksi animasi daripada tahap asas ke tahap profesional yang memenuhi piawaian industri kreatif. Program Peningkatan Kemahiran (PPK 2025 BIDANG MULTIMEDIA): Kursus AUDIO DAN KESAN BUNYI DALAM PENERBITAN ANIMASI DAN VIDEO Segmen Inspirasi Unik46


RABU, 29 Oktober 2025 – Peperiksaan Akhir Teori dan Amali bagi Program Akademi Dalam Industri (ADI) telah berjaya dilaksanakan pada Rabu, 29 Oktober 2025 bertempat di Bengkel Terapi Sukan Lelaki, Jabatan Perkhidmatan Sukan, bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.Seramai 10 orang perantis Program ADI telah berjaya menduduki peperiksaan tersebut yang merangkumi penilaian teori dan kemahiran amali. Peperiksaan ini dilaksanakan sebagai penilaian akhir bagi mengukur tahap penguasaan ilmu, kemahiran praktikal serta kesediaan perantis sebelum melangkah ke alam pekerjaan sebenar.Pelaksanaan peperiksaan ini turut mendapat kerjasama strategik daripada pihak industri iaitu dari Bekam Sport Therapy, yang berperanan sebagai rakan industri serta penilai bersama. Penglibatan pihak industri ini bertujuan memastikan tahap penilaian adalah selaras dengan keperluan dan standard semasa industri terapi, Pada sesi teori, perantis diuji berkaitan pengetahuan asas terapi sukan, keselamatan, etika kerja dan pengurusan klien. Manakala sesi amali pula menilai kecekapan perantis dalam pelaksanaan teknik urutan sport therapy, pengendalian peralatan serta pematuhan aspek kebersihan dan keselamatan.Secara keseluruhannya, peperiksaan ini telah berjalan dengan lancar dan teratur. Semua perantis menunjukkan komitmen dan disiplin yang baik sepanjang peperiksaan dijalankan. Program Akademi Dalam Industri (ADI) dilihat mampu melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang memenuhi kehendak industri, sekali gus memperkukuh hubungan kerjasama antara institusi latihan dan pihak industri.PROGRAM AKADEMI DALAM LATIHAN (ADI) 2025.“Belajar di Industri, Pakar di Kerjaya.”Segmen Inspirasi Unik 47


SUZILAWATI BINTI SENIN1 Jun 2025 hingga 30 Jun 2025Bengkel Jahitan KemasIDA SHAHIZA BINTI SAHAROM18 Ogos 2025 hingga 16 September 2025PhysioGo CyberjayaSkop Tugas : 1. Membantu melaksanakan kerja-kerja menjahit seperti langsir dan sebagainya.2. Merancang Dan Membuat Pelmet With ScallopSkop Tugas : 1. Membantu ahli fisioterapi semasa sesi rawatan pesakit. 2. Menyediakan peralatan rawatan.PROGRAM LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI (LSI)Segmen Inspirasi Unik SHAHRUL AFFENDY BIN ZAKARIA1 September 2025 hingga 30 September 2025Gallery CreativeMOHD SAFRUDIN BIN MORSHID1 September 2025 hingga 30 September 2025Tang Boon Siew TradingSkop Tugas : 1. Percetakan Bunting dan Penyelesaian2. Pemotongan Sticker dan Pelekat 3. Latihan Sulaman pada Pakaian4. Latihan Percetakan Baju dan PembelajaranSkop Tugas : 1. Operasi yang merangkumi penanaman, penjagaan, penyiraman, pembajaan2. Penghantaran rumput ke lokasi pelanggan48


Segmen Inspirasi Unik JPA terus menerajui pembangunan bakat sektor awam melalui penganjuran program Malaysia Public Service AI & Digital Leadership di bawah PRESTIJ, yang berlangsung selama 5 bulan melibatkan pembelajaran intensif di Malaysia dan Korea Selatan. Majlis graduasi hari ini telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Yusri bin Razalli @ Ghazali, Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Pembangunan Modal Insan, JPA.Program ini direka khusus oleh JPA bersama rakan strategik iaitu Chamrun Digital Sdn. Bhd., National Human Resources Development Institute (NHI) dan Seoul National University untuk memperkukuh kompetensi penjawat awam dalam Kecerdasan Buatan (AI) dan Kerajaan Digital. Selain modul kelas, peserta turut menerima pendedahan industri daripada Google Malaysia, PayNet, Alibaba Cloud, Oracle, AWS dan Microsoft, serta lawatan strategik ke IEFZ Global Center, AhnLab, KT Cloud Center, NAVER dan seminar Kerajaan Digital Korea Selatan.Seramai 22 pegawai pelbagai kementerian berjaya menamatkan program elit ini, membuktikan komitmen JPA dalam melahirkan pemimpin perkhidmatan awam yang bersedia mendepani transformasi digital negara.JPA terus komited memperkasa bakat digital negara melalui program berimpak tinggi yang memperkukuh kepakaran dan daya saing perkhidmatan awam. Pegawai IKSN yang mewakili Kementerian Belia dan Sukan telah terpilih untuk mengikuti program ini iaitu Puan Laily binti Abu Samah. Diharapkan, ilmu dan pengalaman yang diperolehi dapat disumbangkan kembali ke arah pemerkasaan IKSN.MAJLIS GRADUASI MALAYSIA PUBLIC SERVICE AI & DIGITAL LEADERSHIP DI BAWAH PROGRAM PEMBANGUNAN KEPAKARAN DAN PERUNDING KERAJAAN (PRESTIJ)49


Segmen Inspirasi UnikKUALA LANGAT, 27 Mei 2025 – IKSN terus unggul sebagai institusi latihan kemahiran apabila terpilih sebagai lokasi pelaksanaan Modul Eksplorasi TVET & Industri bagi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Siri 2/2025, yang bakal melibatkan 188 peserta dari Kem Regimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur pada 16 Jun 2025.Satu lawatan tapak telah diadakan hari ini oleh Sekretariat Majlis TVET Negara (MTVET) bersama rakan strategik daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Cawangan Latihan Khidmat Negara (CLKN) dan Malaysia Investment Development Authority (MIDA). Lawatan yang berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari itu bertujuan menilai fasiliti dan persediaan IKSN untuk melaksanakan modul berkenaan.Program ini bertujuan memberikan pendedahan kepada peserta PLKN mengenai landskap industri dan peluang kerjaya dalam bidang TVET, selain menyemai minat mereka untuk memilih laluan pendidikan TVET sebagai pilihan masa depan.Modul Eksplorasi TVET & Industri PLKN 3.0 Siri 2/2025Antara pengisian program termasuk: • Taklimat ekosistem TVET Malaysia • Pameran teknologi & peluang latihan oleh institusi TVET • Demonstrasi kemahiran oleh IKSN • Lawatan ke bengkel-bengkel • Aktiviti “Do It Yourself” (DIY) • Perkongsian kerjaya industri berasaskan TVET50


Click to View FlipBook Version