The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Majalah IKBN Kuala Langat Edisi Pertama

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by portalikbnkl, 2024-02-19 21:32:02

UNIK EDISI PERTAMA

Majalah IKBN Kuala Langat Edisi Pertama

Keywords: IKBNKL,UNIK

1 “IKBNKL komited dalam melahirkan tenaga mahir TVET holistik memenuhi keperluan pasaran pekerjaan” Ts. Dr. Puteh Melor Wesma Binti Salehen Pengarah IKBNKL BN Kuala Langat Profesional Terunggul Unlimited News IK EDISI 1 2023 Innovation Development Through Educational Activities 2023 (iDEA’ 23)


2 KANDUNGAN JAWATANKUASA SIDANG REDAKSI 03 PENGENALAN UNIK 07 SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG 04 TINTA EDITOR 05 WORDS OF WISDOM 38 39 HUBUNGI KAMI TEAM SIDANG REDAKSI 06 INNOVATION DEVELOPMENT THROUGH EDUCATIONAL ACTIVITIES 2023 (iDEA’23) 08 SEGMEN GEMILANG BERPRESTIJ ANUGERAH & PENCAPAIAN WARGA IKBN KUALA LANGAT 10 SEGMEN PENCAPAIAN PENCAPAIAN CAWANGAN HUBUNGAN INDUSTRI 14 SEGMEN PENCAPAIAN RENCANA KREATIF 2023 18 SEGMEN RENCANA KREATIF LENSA UNIK 28 SEGMEN LENSA MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) 15 SEGMEN KERJASAMA STRATEGIK KERJASAMA STRATEGIK IKBNKL BERSAMA INDUSTRI 16 SEGMEN KERJASAMA STRATEGIK


3 JAWATANKUASA SIDANG REDAKSI 2023/2024 KETUA EDITOR PN. LAILY BINTI ABU SAMAH PEN. KETUA EDITOR / JURUFOTO EN. MOHD HATIM BIN MAZLAN PEREKA GRAFIK PN. NOR AZLIN BINTI SUMIRAN PEN. PEREKA GRAFIK PN. NORSHAHIMA BINTI ISA PENYELARAS KANDUNGAN EN. EZZAT NAFIS BIN BADRUL HISHAM ( CAWANGAN PENGURUSAN PELAJAR ) EN. SHAHRUL AFFENDY BIN ZAKARIAH @ ZAKARIA ( BAHAGIAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA ) EN. HAMZURI BIN ABDUL HAMID ( BAHAGIAN TEKNOLOGI FOTOGRAFI ) PN. SITI NOR SHARBANA BINTI AZMI ( BAHAGIAN TEKNOLOGI AWAM) PN. IDA SHAHIZA BINTI SAHAROM ( BAHAGIAN PERKHIDMATAN SUKAN ) EN. MOHD ANWAR SIDDIQ BIN ABD. JALIL ( CAWANGAN HUBUNGAN INDUSTRI ) PN. NOOR AINI BINTI MOHD KHALID ( CAWANGAN PENYELARASAN DAN KAWALAN KUALITI ) CIK KOK DIK SIANG ( CAWANGAN PENGAJIAN UMUM ) PN. SAZLINA BINTI MAT SAID ( CAWANGAN PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN ) PN. SITI NUUR HAFEEZAH BINTI ABDUL HALIM ( BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN ) PENAUNG TS. DR PUTEH MELOR WESMA BINTI SALEHEN


4 السالم عليكم ورحمة الله وبركاته Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Alhamdulillah segala puji bagi Allah, kerana atas kebesaran dan limpah rahmatNya dapat kami menyempurnakan dan mengeluarkan buah tangan berbentuk e-buletin edisi tahun 2023. E-buletin yang diberi nama UNIK menjadi hasrat IKBNKL sebagai salah satu wadah saluran penyebar maklumat kepada seluruh warganya dan semua pemegang taruh. Tahniah dan syabas diucapkan kepada team Sidang Redaksi serta seluruh warga IKBNKL yang bersama-sama menyumbang idea serta tenaga untuk menerbitkan UNIK buat julung kalinya. Penerbitan UNIK ini secara tidak langsung menggalakkan budaya penulisan dikalangan warga IKBNKL. Platform UNIK juga dilihat sebagai satu alternatif untuk melaporkan kejayaan staf serta pelajar pada setiap tahun. Ianya juga memberi peluang kepada warga IKBNKL untuk menerbitkan hasil penulisan bersahaja malah dilihat sebagai satu agenda dalam meningkatkan tahap profesionalisma para pengajar. Akhir kalam, saya berharap agar seluruh warga IKBNKL dan semua pemegang taruh beroleh manfaat dari penghasilan Sidang Redaksi UNIK ini. Dengan adanya buletin UNIK juga, merupakan wahana mempromosikan IKBNKL dalam mengarusperdana Kemahiran Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional (TVET) selaras dengan keperluan TVET Madani. Semoga dengan usaha murni yang sedikit ini, Allah S.W.T menilainya sebagai ibadah dan membalasnya dengan kebaikan,InsyaAllah Sekian, terima kasih. Ts. Dr. Puteh Melor Wesma binti Salehen Pengarah Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Langat EKAPUR IRIH S SEULAS INANG P


5 Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya buletin Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Langat (IKBNKL) keluaran pertama yang dijenamakan sebagai UNIK dapat diterbitkan. Setinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada Sidang Redaksi atas usaha, tenaga dan masa yang dicurahkan bagi merealisasikan penerbitan naskah ini. Buletin ini mempotretkan sebahagian besar aktiviti dan pencapaian pegawai, kakitangan dan pelajar sepanjang tahun 2023 sebagai tatapan warga IKBNKL dan seterusnya kepada para pembaca. Sebagai Ketua Editor Buletin UNIK keluaran pertama ini, saya mewakili Sidang Redaksi memohon maaf jika terdapat kekurangan dan kelemahan dalam penghasilan keluaran kali ini. Sesungguhnya segala yang baik datangnya daripada Allah dan yang kurang datangnya daripada kelemahan diri saya sendiri.Semoga dengan penerbitan buletin ini, semua kenangan dan memori indah bersama IKBNKL dapat diabadikan untuk tatapan masa hadapan. Laily Binti Abu Samah Ketua Editor Sidang Redaksi بسم الله الرحمن الرحيم Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang TINTA EDITOR


6 TEAM SIDANG REDAKSI


7 IK U.N.I.K adalah singkatan kepada perkataan Unlimited News Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Langat Dengan gemilangnya, kami sidang redaksi majalah revolusioner, dengan bangganya mempersembahkan edisi pertama UNIK yang menembusi ruang dan masa dengan visi futuristik yang memikat. Seiring langkah dinamik, kami membawa anda kepada era baharu pembelajaran, pencapaian, dan inovasi di Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Langat. Majalah ini, sebagai medium yang mencerminkan semangat keunggulan, akan menjadi panduan anda merentasi gelombang transformasi pendidikan dan kejuruteraan masa depan. Edisi perdana ini, disulam dengan kecemerlangan dan daya kreatif yang mengagumkan, mengangkat pengalaman berilmu dan kesaksamaan di dalam kampus. Sentuhan futuristik memperlihatkan kepada kita semua bahawa masa depan bukan lagi sekadar jangkaan, tetapi satu realiti yang kita rancang hari ini. Di halaman-halaman setiap artikel, helaian grafik dan interaktif, kami membawa anda menyelusuri jejak transformasi digital dan teknologi yang membentuk kehidupan harian di kampus ini. Dari inovasi kejuruteraan kepada eksplorasi dunia digital, majalah ini tidak hanya menjadi pencerahan tetapi juga sebuah perisai untuk menghadapi cabaran abad ke-21. Sidang redaksi kali ini berusaha untuk menyampaikan informasi yang menarik dan bermanfaat kepada anda. Kami berbangga menjadi kumpulan penyampai maklumat terkini, berita menarik, dan kisah-kisah yang memberi inspirasi kepada pembaca kami. Misi kami adalah menyediakan pembaca dengan maklumat yang relevan, inspiratif, dan bermanfaat. Kami komited untuk menyajikan pelbagai topik, termasuk berita semasa, kebudayaan, inovasi, kreatif, dan banyak lagi supaya setiap pembaca dapat menemui sesuatu yang menarik dalam setiap keluaran kami. Selain daripada memberikan informasi, kami juga ingin mendengar pandangan dan maklum balas daripada pembaca kami. Oleh itu, jangan ragu-ragu untuk berkongsi idea, kritikan, atau cadangan anda. Kami percaya bahawa interaksi dengan pembaca adalah kunci kejayaan kami. Terima kasih, bersama-sama kita jadikan setiap keluaran majalah ini sesuatu yang benar-benar “UNIK” SELAMAT DATANG kepada pembaca setia UNIK.


8 INNOVATION DEVELOPMENT THROUGH EDUCATIONAL ACTIVITIES 2023 (iDEA’23) SERDANG, 29 Oktober 2023 - Karnival TVET ILKBS 2023 telah ditutup dengan rasminya oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli bin Abd Halim dengan beberapa acara antaranya Pertukaran MoU, penyampaian hadiah pertandingan inovasi iDEA’23 serta Penyampaian hadiah Y-Roboc. Karnival yang diadakan di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) itu dimeriahkan dengan kehadiran Timbalan Ketua Setiausaha Strategik, KBS,YBrs. Pn. Ramona binti Mohd Razali dan Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan, KBS, YBrs. Tuan Haji Abdullah bin Hasan. Turut hadir Pengarah Kemahiran, Tn. Shahrul Affendi bin Baharudin, pengarah-pengarah Institusi Latihan Kemahiran Belia Sukan (ILKBS) dan syarikat-syarikat yang menandatangani MoU bersama ILKBS. IKBN Kuala Langat berbangga kerana telah diberi kepercayaan untuk menjadi penganjur bersama Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) , Kementerian Belia dan Sukan. Penyertaan kali ini merupakan penyertaan terbesar iaitu sebanyak 607 penyertaan projek inovasi sepanjang penganjuran oleh ILKBS. Dua kategori yang dipertandingkan iaitu Kategori Sekolah dan Kategori Institut Pengajian Tinggi (IPT). YB Adam Adli menerima cPengarah IKBN Kuala LanYB Adam Adli beramah mILKBS. YB Adam Adli menyampaikan dokumen perjanjian Memorandum Persefahaman antara IKBN Kuala Langat dan wakil Syarikat Boss Seven Engineering Sdn. Bhd. Petugas IKBN Kuala Langat yang terlibat menjayakan Karnival TVET ILKBS. SEGMEN GEMILANG BERPRESTIJ “Graduan ILKBS: Menepati Keperluan Industri”


9 SEGMEN GEMILANG BERPRESTIJ cenderahati daripada ngat Barisan juri yang telah menilai projek inovasi yang layak ke peringkat akhir di MAEPS. YB Adam Adli menerima cenderahati daripada wakil Syarikat Boss Seven Engineering Sd. Bhd. Sesi fotografi bersama peserta di booth pameran inovasi iDEA’23 mesra dengan Pengarah


10 ANUGERAH & PENCAPAIAN WARGA IKBN KUALA LANGAT 2023 Anugerah Pengurusan Latihan Terbaik (PLT) 2022 Juara Kategori Awam Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC 2022) SEGMEN PENCAPAIAN


11 Pertandingan Drone Soccer CIAST Shah Alam 20 September 2023 Tempat Ketiga Y-Roboc ‘23 MAEPS Serdang 28-29 Oktober 2023 Tempat Ketiga (Rumble 8Kg) Tempat Keempat (Agro Robot) University Robot Competition : Kingdom Of Champion (U-Rock 2023) UNIMAP, Perlis 30 Nov - 3 Dis 2023 Tempat Ketiga SEGMEN PENCAPAIAN


12 World Skills Malaysia Pengajar (Drone Pilot) Peringkat Akhir World Skillls Malaysia Belia (Cabinet Making) Peringkat Akhir Peserta Tunggal ILKBS Pertandingan Fotografi Merdeka 2023 Naib Juara & Saguhati SEGMEN PENCAPAIAN


13 V.U.S.T (Vase - User friendly – Self Watering – Turbidity Detector) iDEA’2023 Pingat Perak SCIMA ( Speech Converter Instructional Material Aids) iDEA’2023 Pingat Perak Projek Inovasi Headwater Alarm Intelligence (HAI) iDEA’2023 Pingat Perak SEGMEN PENCAPAIAN


14 PRODUCTIVITY CHAMPION AWARD - MALAYSIA PRODUCTIVITY CORPORATION (MPC) SEGMEN PENCAPAIAN KATEGORI : “LEADER” & “PRACTITIONER” KATEGORI : “PRACTITIONER” PRODUCTIVITY CHAMPION adalah pengiktirafan individu yang aktif memacu agenda peningkatan produktiviti di peringkat organisasi, industri dan negara yang dianugerahkan oleh Malaysia Productivity Corporation (MPC). Seramai 19 orang pegawai dan kakitangan IKBNKL telah menerima Anugerah Productivity Champion yang terdiri daripada tiga kategori iaitu Leader, Practitioner dan Talent. KATEGORI : “TALENT” “MEMACU PRODUKTIVITI NEGARA” BASHIRUL NORHANIFAH KHAIRUL AZHAR SUHAIMI SULAIMAN NOR SHARBANA NOR AZLIN NOR AZLIN ARIF AFFANDI IDA SHAHIZA NADIA NATASHA RAFIDAH AMERULL MAZLI BADRUL HISYAM SHAFIQAH ROHANA RASHID AZRAI NUR AIZARD


15 SEGMEN KERJASAMA STRATEGIK MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) ANTARA IKBN KUALA LANGAT DENGAN INDUSTRI Syarikat Boss Seven Engineering Sdn. Bhd. 27 September 2023 Futuromic Photo AV Sdn. Bhd. 16 Oktober 2023 IKBN Kuala Langat telah melaksanakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama dua buah syarikat iaitu Syarikat Boss Seven Engineering Sdn. Bhd. dan Futuromic Photo AV Sdn. Bhd. “Hubungan kerjasama Industri dan ILKBS adalah sangat penting bagi meningkatkan kebolehpasaran pelajar TVET”


16 KIAN JOO CAN FACTORY BERHAD JPK WILAYAH TENGAH INSTITTUT SUKAN NEGARA SEPANG INTERNATIONAL CIRCUIT TOC - TECHNICAL AUTOMOTIVE KOLEJ UNIVERSITI ISLAM SELANGOR ILP NIBONG TEBAL SEGMEN KERJASAMA STRATEGIK KERJASAMA STRATEGIK IKBN KUALA LANGAT BERSAMA INDUSTRI


17 KERJASAMA STRATEGIK IKBN KUALA LANGAT BERSAMA INDUSTRI SIME DARBY ECO GARDEN PERTUBUHAN YATIM MOTORSPORTS ASSOCIATION OF MALAYSIA (MAM) MAJLIS SUKAN NEGARA SMK SELANGOR SEGMEN KERJASAMA STRATEGIK YAYASAN FELDA SUNGKAI PERAK


18 RENCANA KREATIF 2023


19 11 Mac 2023 - Program Skills For Life yang bertajuk “Smartphone Photography - Composition” telah diadakan di IKBN Kuala Langat. Seramai 26 orang peserta dari negeri Melaka termasuk seorang warganegara Jepun turut serta di dalam kursus yang memfokuskan teknik dan komposisi fotografi menggunakan telefon pintar. Para peserta diberi pemahaman awal didalam kelas teori beserta nota dan seterusnya dibawa ‘outing’ ke pantai yang popular di negeri Selangor ini iaitu Pantai Morib. 10 Jun 2023 - Kursus Body Therapy @Home telah diadakan di Dewan PPR Seri Cempaka, Kuala Lumpur melibatkan 20 orang peserta dengan kerjasama pihak Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan (JBS WPKL). Sepanjang program berlansung, dengan bimbingan dan tunjuk ajar tiga orang tenaga pengajar bidang Terapi Sukan dari IKBNKL, peserta telah didedahkan secara teori dan amali kepentingan urut terapi dalam kehidupan harian terutama di rumah yang mana ia amat membantu dalam melegakan ketegangan otot dan meningkatkan peredaran darah yang mana secara langsung dan tidak langsung membantu dalam mengekalkan kesihatan mental. SMARTPHONE PHOTOGRAPHY (COMPOSITION) BODY THERAPHY @ HOME SKILLS FOR LIFE SEGMEN RENCANA KREATIF Program Skills for Life merupakan satu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hasil cetusan idea YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan pada 15 Disember 2022 dalam satu sesi taklimat bersama Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Program ini merupakan antara usaha berterusan KBS sejajar dengan inisiatif kerajaan dalam menangani peningkatan kos sara hidup bagi semua kumpulan belia terutamanya kepada belia berisiko dan minoriti dalam kumpulan terendah 40% (B40) dan pertengahan 40% (M40). Secara keseluruhannya seramai 146 orang peserta telah menyertai kursus anjuran IKBN Kuala Langat pada tahun 2023 “Konsep program ini adalah latihan kemahiran berbentuk Do-it-yourself ”.


20 29 Julai 2023- Kursus Mengganti Tombol Pintu telah dilaksanakan bertempat di Madrasah Huffaz Ulul Albab, Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan dengan penglibatan seramai 20 orang peserta terdiri dari pelajar-pelajar di Madrasah itu. Dalam program ini, peserta telah diajar secara teori dan amali berkenaan kaedah dan cara-cara mengganti tombol pintu yang betul oleh tiga orang tenaga pengajar IKBN Kuala Langat dalam bidang perabot. 29 Julai 2023- Kursus English Enrichment Day dengan tajuk Digital Storytelling: Using Creativity to Improve Your English. Seramai 82 orang peserta telah menyertai program ini yang diterajui oleh seorang pengajar Bahasa Inggeris dari IKBN Kuala Langat. Dalam program ini, peserta telah diberi pendedahan dengan ilmu dan kemahiran untuk mencipta dan mempraktikkan Digital Storytelling dengan cara yang santai dan menyeronokkan. MENGGANTI TOMBOL PINTU ENGLISH ENRICHMENT DAY SEGMEN RENCANA KREATIF SKILLS FOR LIFE


21 Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Langat (IKBNKL) telah bekerjasama dengan syarikat DRKAKI Reflexology and Spa yang beralamat di Level P1, Dpulze Shopping Centre, 63000 Cyberjaya, Selangor untuk menjalankan program SLDN dalam bidang Urut Terapi secara modular melibatkan 10 orang perantis. Program tersebut dijadualkan bermula pada 1 Julai sehingga 31 Disember 2023 melalui kaedah penyampaian lepasan bulanan atau dipanggil sebagai block release. PROGRAM SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL (SLDN) Program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) merupakan program latihan kemahiran yang dijalankan di dalam dua situasi pembelajaran iaitu di tempat kerja yang sebenar (syarikat) yang merangkumi 70% hingga 80% latihan amali dan di pusat latihan yang merangkumi 20% hingga 30% pembelajaran teori. SEGMEN RENCANA KREATIF “Melahirkan pekerja berpengetahuan (K-Workers) iaitu pekerja yang memiliki tiga elemen kompetensi iaitu kompetensi teknikal, kompetensi sosial & kemanusiaan juga kompetensi metadologi & pembelajaran.”


22 Program STAR@U: My Future Youth Plus merupakan satu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) bagi menyediakan peluang dan alternatif kepada golongan belia berisiko bagi mendapatkan latihan kemahiran asas secara modular menerusi kursus jangka pendek dengan menggunakan fasiliti dan tenaga pengajar sedia ada di ILKBS. Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Langat (IKBNKL) telah menjalankan tiga program STAR@U iaitu: Pembuatan Item Dekorasi Menggunakan Teknologi Laser Cutting melibatkan seramai 10 orang peserta, Pembuatan Perabot Menggunakan Teknologi Epoxy melibatkan 10 orang peserta dan Penghasilan Rekaan Grafik Dan Dye Sublimation T-Shirt yang melibatkan seramai 7 orang peserta. Setiap program berjalan selama lima hari dan peserta yang berjaya menamatkan program dengan jayanya telah diberikan sijil penyertaan. PROGRAM STAR@U: MY FUTURE YOUTH PLUS SEGMEN RENCANA KREATIF


23 Program Bootcamp merupakan salah satu inisiatif utama dalam Program Transformasi IKBN yang bertujuan untuk menyediakan modal insan berkemahiran sama ada sebagai pekerja mahir atau separa mahir mengikut keperluan industri negara melalui kaedah pelaksanaan latihan yang lebih intensif,berkesan serta dijalankan dalam tempoh yang lebih singkat iaitu di antara 4 hingga 12 minggu. Pada tahun 2023, Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Langat (IKBNKL) telah melaksanakan Program Bootcamp dalam bidang Dekorator Dalaman selama sebulan melibatkan 20 orang peserta dengan kerjasama syarikat Boss Seven Engineering Sdn. Bhd. yang terletak di Klang, Selangor. Peserta Program Bootcamp telah menjalani latihan kemahiran di syarikat Boss Seven Engineering Sdn. Bhd. dalam pelbagai aspek melibatkan bidang hiasan dalaman seperti product and process knowledge, sale and marketing strategy, lawatan tapak projek dan proses pembuatan produk hiasan dalaman. Semua aktiviti dirancang sebagai bekalan untuk peserta semasa berada dalam alam pekerjaan kelak. PROGRAM BOOTCAMP:DEKORATOR DALAMAN SEGMEN RENCANA KREATIF


24 Program latihan sangkutan industri merupakan satu inisiatif yang dikelolakan oleh Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) untuk memperkasa pengajar TVET dalam bidang kepakaran tertentu melalui kaedah penempatan pegawai di industri dalam tempoh satu hingga 13 minggu. Seramai lima orang pegawai dari Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Langat (IKBNKL) telah berpeluang menghadiri sesi latihan sangkutan industri tersebut selama satu bulan iaitu Encik Amerull Zaihiril Edham Bin Ab Wahab dari Jabatan Teknologi Awam, Encik Faherinizam Bin Russali dari Cawangan Hubungan Industri, Encik Azmadi Bin Talib dari Jabatan Teknologi Multimedia, Puan Rafidah Binti Saat dari Jabatan Perkhidmatan Sukan dan Encik Naser Bin Ismail dari Cawangan Hubungan Industri. PROGRAM LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI (LSI) SEGMEN RENCANA KREATIF En Amerull Zaihiril Edham Infrastructure University Kuala Lumpur En Naser bin Ismail AAZ Motorwagen Sdn. Bhd. En.Azmadi bin Talib Warisan Studio Sdn. Bhd. Pn. Rafidah binti Saat Sweat Sweet and Fit Banting En.Faherinizam Russali Astana Digital Sdn. Bhd.


25 23 Ogos 2023 - IKBN Kuala Langat telah menerima kunjungan panel verifikasi dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bagi sesi penilaian Penarafan Tunggal Program TVET bagi tahun 2023 yang diketuai oleh Puan Raihan Binti Abdul Wahab dan dibantu oleh Puan Juliana Binti Jopely serta Puan Norazuri Binti Yusoff. Tiga bidang terlibat dalam sesi penilaian tersebut iaitu bidang Hiasan Dalaman (ID-032-3:2015 – SKM Tahap 3), bidang Koordinasi Hiasan Dalaman (M741- 001-4:2016 - DKM) dan bidang Fotografi (AC-050- 3:2012 – SKM Tahap 3). PENILAIAN PENARAFAN TUNGGAL PROGRAM TVET SEGMEN RENCANA KREATIF “Kriteria yang dinilai adalah pengajaran dan pembelajaran, kerjasama dan penglibatan bersama industri, pengajar atau kakitangan pentadbiran, pengurusan sumber, kebolehkerjaan, dan pengiktirafan dan pencapaian.”


26 Program Pembangunan Kepakaran dan Latihan Semula Tenaga Pengajar TVET merupakan satu inisiatif memperkasa pengajar TVET melalui pendekatan kursus jangka pendek yang menumpukan kepada aspek upskilling dan reskilling kepakaran pegawai dalam bidang kemahiran tertentu. Pada tahun 2023, Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Langat (IKBNKL) telah menganjurkan empat (4) bidang kemahiran iaitu bidang fotografi (Professional Sports Phototography Using Wireless File Transmitter ), bidang terapi sukan (Physical Exertion and Sport Injuries for Althlete Performance), bidang multimedia (Mobile Application - MIT) dan bidang teknologi hiasan dalaman (Interior House 3D Model making Using 3D Printer Technology). PROGRAM PEMBANGUNAN KEPAKARAN TENAGA PENGAJAR (PPK) TVET SEGMEN RENCANA KREATIF NEW EMERGING DRONE PILOTING and technical specialist Program Master Trainer New Emerging dalam Bidang Drone Piloting And Technical Specialist anjuran Pusat Latihan Tenaga Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) yang telah disertai oleh seramai 10 orang peserta dari pelbagai agensi TVET ini merupakan program yang baharu diperkenalkan. Seramai dua orang pegawai dari IKBN Kuala Langat telah terpilih untuk menyertai program ini iaitu En. Mohd Hatim bin Mazlan dan En. Badrul Hisyam bin Ahmad Jalaludin . Program ini merangkumi empat siri dimana para peserta wajib melengkapkan kesemua siri pengisian yang telah ditetapkan iaitu Basic Drone Piloting, Drone Assamble, Drone Operation For Agriculture dan Drone For Industry . Interior House 3D Model Making using 3D Printer Mobile Application - MIT Physical Exertion And Sport Injuries For Athlete Performance Professional Sports Photography Using Wireless File Transmitter Sesi Drone Assamble oleh En. Peserta yang menyertai program ini Mohd Hatim bin Mazlan Sesi Praktikal Basic Drone Piloting oleh En. Badrul Hisyam


27 BANTING, 25 Oktober 2023 - IKBN Kuala Langat berbangga menerima kunjungan dari Deligasi Malaysian Technical Cooperate Programme (MTCP) yang dikendalikan oleh Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), Shah Alam bersama 10 orang peserta dari Negara Afrika Selatan, Eswatini, Filipina, Gambia, Ghana, Mauritius, Mesir, Nigeria, Turkmenistan dan Zimbabwe bersama 12 orang tenaga pengajar, Sekretariat dan pasukan media CIAST. IKBN Kuala Langat telah dijadikan sebagai penanda aras kepada para peserta nanti. Jesteru ini merupakan pengiktirafan kepada standard kecemerlangan dan fasiliti latihan yang disediakan di IKBN Kuala Langat. LAWATAN PESERTA MALAYSIAN TECHNICAL COOPERATION PROGRAMME (MTCP) Rombongan yang diketuai oleh Ketua Program Kelayakan Kekompetenan (KK) iaitu Puan Ainin Nisak Binti Ahmad Asnawi bersama Ketua Unit latihan Antarabangsa Ts. Dr. Norhayati Binti Yahya adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta MTCP ini mendapatkan maklumat pelaksanaan latihan kemahiran TVET secara khusus bagi bidang Multimedia Interaktif berkaitan Multi-Camera Production for Virtual Studio yang dilaksanakan di IKBN KL dan juga pelaksanaan latihan kemahiran TVET yang diamalkan di ILKBS di bawah Kementerian Belia dan Sukan. SEGMEN RENCANA KREATIF


28 LENSA UNIK


29 8 OKT 2023- TEAM BUILDING PEGAWAI IKBN KUALA LANGAT 28 DIS 2023 - SUMBANGAN UNTUK PALESTIN 7 OGOS 2023 - LAWATAN KERJASAMA STRATEGIK KE INSTITUT SUKAN NEGARA SEGMEN LENSA 19 OKT 2023 - SIMPOSIUM KEMAHIRAN ILKBS TAHUN 2023 (SKIL’ 23)


30 6 OKT 2023- PERASMIAN FIT MALAYSIA KOMUNITI ORANG ASLI 5 JULAI 2023- MAJLIS PENYERAHAN PROJEK SIAP KERJA PEMBAIKAN MENDAPAN TANAH 6 NOV 2023 - TEMUBUAL STESEN RADIO RAKITA BERSAMA PENGARAH IKBN KUALA LANGAT 2 JUN 2023- PROGRAM MEMBINA MALAYSIA MADANI SEGMEN LENSA


31 22 JULAI 2023 - JELAJAH GENTA BELIA DAERAH KUALA LANGAT 20 OGOS 2023- PROGRAM GOTONG-ROYONG BEBAS DENGGI 13 JAN 2023- PAMERAN FOTO PELAJAR FOTOGRAFI 23 OGOS 2023 - PENILAIAN PENARAFAN TUNGGAL PROGRAM TVET 2023 7 APRIL 2023 - PAMERAN PENDIDIKAN DI KLANG COMERCIAL CONVENTION CENTRE 12 APRIL 2023- HIASAN POP-UP DECO SEMPENA HARI RAYA DI KBS SEGMEN LENSA


32 3 DIS 2023 - UNIVERSITI ROBOT COMPETITION OF KINGDOM (U-ROCK) DI UNIMAP 16 JUN 2023 - PROGRAM EKSPRESI BAKAT PERINGKAT IKBN KUALA LANGAT 8 NOV 2023 - KURSUS PENGURUSAN JENAZAH 31 OGOS 2023 - PERARAKAN SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2023 15 SEPT 2023 - MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KONTIJEN IKBN KUALA LANGAT 10 NOV 2023 - PENGURUSAN DAN PELUPUSAN AL-QURAN SEGMEN LENSA


33 14 OGOS 2023- PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU 10 OKT 2023- BENGKEL PELAN RISIKO DAN PELUANG ISO 11 JULAI 2023- PROGRAM PENGUKUHAN INTEGRITI DAN ANTI RASUAH SEGMEN LENSA


34 11 DIS 2023 - PROGRAM PENCAPAIAN SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI 13 OKT 2023 - SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT IKBN KUALA LANGAT 21 SEPT 2023 - SUKAN ILKBS DI IKTBN PAGOH 2 DIS 2023 - PROGRAM SELANGKAH KE UNIVERSITI MATIS MADINATUL HUFFAZ 30 OGOS 2023- PROGRAM AL-QURAN HOURS KBS TAHUN 2023 SEGMEN LENSA


35 27 OGOS 2023- SAMBUTAN HARI ZOONIS SEDUNIA 8 NOV 2023- PROGRAM BERSAMA SOLS FOUNDATION 4 DIS 2023- PROGRAM PERKHEMAHAN ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA SEGMEN LENSA


36 28 OKT 2023 - YOUTH ROBOT CHALLENGE 2023 13 OKT 2023- HARI SUKAN NEGARA 4 JULAI 2023 - MINGGU KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 12 MAY 2023 - HARI BERTEMU PELANGGAN 20 OKT 2023 - SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW PERDANA PERINGKAT IKBN KUALA LANGAT SEGMEN LENSA


37 25 OKT 2023 - LAWATAN PESERTA MALAYSIAN TECHNICAL COOPERATION PROGRAMME 28 OKT 2023 - KARNIVAL TVET SEMPENA KONVOKESYEN ILKBS 2023 SEGMEN LENSA


38 “Our greatest glory is not in never falling, but in rising every time we fall.” - Oliver Goldsmith, “The mind is the limit. As long as the mind can envision the fact that you can do something, you can do it, as long as you really believe 100 percent.” -Arnold SchwarzeneggerWORDS OF WISDOM


39 HUBUNGI KAMI IKBN KUALA LANGAT OFFICIAL Ikbn Kuala Langat Page ikbnklofficial [email protected] Jalan Sultan Abdul Samad, 42700 Banting , Selangor Darul Ehsan. 03-31802128 / Faks : 31801677


40


Click to View FlipBook Version