Derap kaki yang berlari ke arah surau semakin lama semakin menenggelamkan keheningan sekitar.Seorang remaja lelaki melirik ke arah jam tangannya.Beberapa minit lagi sebelum buku catatan keramatnya bakal dipenuhi nama-nama mangsa yang lewat ke surau. Figura yang amat dikenali menyapa kornea matanya membuatkan mata si pencatat terbuntang.Jarang-jarang lelaki yang merangkap sahabatnya itu datang lewat ke surau.Bahkan sahabatnya itu akan sentiasa berada di surau jikalau tiada kelas dan tiada aktiviti yang perlu dilakukannya.Lagi mengejutkan bahawa Khuzair Ajwad datang dengan serban yang dililit ala kadar.Bahkan nampak baju jubahnya masih tidak terbuntang penuh. “Ajwad!Jarang-jarang anta datang lewat ke surau ni?”tanya Firdaus yang mengambil tanggungjawab untuk mencatat nama pelajar yang lewat pada hari tersebut. “Maafkan ana.Tadi ada ustaz nak jumpa.Maklumlah nak dekat Ramadhan ni memang jadual kita pack la jawabnya.”ujar Ajwad sambil menayang sengih.Kaki kananyya naik melangkah masuk ke dalam surau.Keningnya berkerut tatkala melihat kerumunan di hujung kanan surau.Langkah diambil untuk menghampiri kerumunan tersebut. “Assalamualaikum,antum-antum semua.Apa yang terjadi ni?Kenapa korang masih tak duduk mengikut saf?”Ajwad sekadar menegur lembut.Tidak mengambil masa lama sebelum dia tercenggang.Rupa-rupanya ada seseorang yang menangis dibalik kerumunan itu. “Antum semua pergi duduk dalam saf ye?Ana tahu antum semua risau dengan sahabat kita ni.Tapi,azan dah tak lama.Seeloknya antum semua mula bersiap untuk dirikan solat Maghrib sekejap lagi.Yang ni biar ana uruskan ya.”ujar Ajwad lagi.Pelajar yang lain tidak merungut dan mengikut sahaja arahan Ajwad.Ada beberapa yang menepuk bahu Ajwad yang menunjukkan mereka berharap kepadanya agar dapat selesaikan masalah ini.Ajwad tersenyum sebelum mengangguk sedikit. Dirinya dibawa bersila disebelah lelaki yang sedang menangis tersedu-sedan.Melihatkan matanya yang memang merah membengkak membuatkan Ajwad tahu yang lelaki itu sudah menangis buat waktu yang lama. “Kalau anta nak cerita dekat ana,ceritalah.In Sya Allah apa yang termampu ana akan tolong?Kalau tak anta boleh minta tolong dengan Allah.Allah akan membantu setiap hambanya yang sentiasa ingat akan-Nya.Ana tak nak paksa anta kalau anta tak nak cerita.Take your ti-“ “Boleh diam tak?!Semuanya acah baik!Lagak macam tahu apa yang aku rasa!Yang korang tahu suruh aku bertenang je!Pastu minta tolong!?Mak Bapak aku baru mati!Kau ingat kau boleh tolong
hidupkan diorang balik ke!?”Ajwad tercenggang.Bukan dia je malahan seisi surau.Bahkan bahagian muslimat pun menjadi hening.Suara lelaki itu bergema ke seluruh surau. Ajwad beristighfar kejap sebelum dia mengukir senyum lembut.Jangan pernah melawan api dengan api.Hadap lah ia dengan ketenangan.Itulah apa yang selalu dipesan Puan Khalisya merangkap ibu Ajwad. “Anta nak tahu tak?Baginda rasulullah pun pernah menangis tatkala meratapi pemergian orang yang disayanginya.Bahkan bukan itu sahaja.Tatkala itu baginda Nabi S.A.W menghadapi ujian apabila baginda diboikot oleh seluruh Bani Hashim dan Bani Al-Mutalib.Hal ini menjurus kepada krisis kelaparan yang juga dirasai seluruh umat islam pada tika itu.Baginda berasa amat sedih pada tika itu.Disebabkan itu Allah hadiahkan Nabi sebuah perjalanan.”ujar Ajwad memulakan muqaddimahnya.Jam dilirik.2 minit lagi sebelum masuk waktu Maghrib.Remaja lelaki tadi terdiam. “Hadiah...sebuah perjalanan?”sebait ayat itu terkeluar dari mulut lelaki yang menangis tadi atau dikenali sebagai Raid.Tampak seperti Ajwad berjaya menarik perhatiannya untuk mendengar kisah perjalanan tersebut.Perjalanan yang mengandungi pelbagai iktibar pada diri manusia pada zaman kini. “Nanti ana akan sambung selepas Maghrib ni ye.Seeloknya kita mendahulukan panggilan kekasih kita dahulu sebelum menelusuri kisah yang sangat menarik ni.Ye tak?”ujar Ajwad.Mulutnya tak lekang tersenyum.Naik heran Raid.Tak penat ke asyik tersenyum.Raid mengangguk lemah bagi mejawab pertanyaan Ajwad tadi.Jejaka itu berdiri dan berlalu ke tempat wudhuk bagi mengambil wudhuk.Serentak dengan itu azan mula berkumandang. ... Ajwad mengambil duduk diatas kerusi yang memang tersedia berdekatan mimbar surau.Mikrofon diambil. “Bismillahirrahmanirrahim.Assalamualaikum W.B.T Dengan izin Allah dapat kita bertemu lagi dalam slot Story of History yang akan dibawakan oleh saya,Khuzair Ajwad Bin Khalid Azif.Jadi,ana yakin yang antum semua mengetahui apa yang berlaku sebelum kita menunaikan solat tadi.Jadi ana bawakan kisah ini khas untuk orang tersebut dan juga mereka yang berduka lara tika ini.Kisah ini dinamakan Hadiah Sebuah Perjalanan atau dikenali sebagai Israk Mikraj.”ujar Ajwad.Apa yang diberitahu kepada Raid diberitahu kembali kepada seisi surau. “Jadi sebelum ana meneruskan kisah ini.Dengan sukacitanya ana nak bagilah soalan cepumas ye?HEHE.Jadi,siapa tahu apa maksud israk mikraj?”tanya Ajwad.Pelbagai riaksi diberi.Ada yang
menunduk dan ada yang pura-pura sibuk.Senyum Ajwad melebar sebaik ada yang mengangkat tangan. “Ya,boleh bagitahu nama dan jawab persoalan tadi ye” “Bismillahirrahmanirrahim.Assalamualaikum kepada adik-adik dan sahabat seperjuangan sekalian.Nama diberi Idris Ukyle.Jadi,untuk pertanyaan yang diberikan Abang Ajwad kita.Apakah maksud israk mikraj.Suka saya terangkan.Bahawa kedua-dua patah perkataan ini membawa maksud yang berbeza.Di mana,Israk bermaksud perjalanan Rasulullah SAW pada waktu malam dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestin.Mikraj pula adalah perjalanan baginda SAW dari langit ke Sidratul Muntaha untuk bertemu Allah SAW.”jawapan Idris membuatkan semua warga menepuk tangan. “Betul sekali jawapan diberi.Jadi,antum semua nak tahu tak apa yang berlaku ketika israk dan mikraj ni?”Ajwad bertanya dan dijawab dengan jawapan positif dari seisi surau. “Bersemangat ye semua.Jadi tanpa lengah ana akan mulakan kisahnya.Perjalanan ini bermula Pada 27 Rejab tahun 621 Masihi dan pada tika ini umur baginda telah mencapai 51 tahun.Jadi,apa yang berlaku ketika peristiwa israk?Semasa Israk,Rasulullah menaiki Buraq dan ditemani Malaikat Jibril untuk pergi ke masjidil Aqsa.Bukan kaleng-kaleng la transport nabi ni,HEHE.Tapi,sebelum nabi memualakan perjalanan,hati baginda dibersihkan oleh Malaikat Jibri dengan air suci zamzam.Ketika,bermulanya perjalanan ada beberapa tempat yang perlu disinggahi kerana Rasulullah diarah untuk berhenti dan sembahyang dua rakaat.Jadi,suka saya hendak memberi peluang kepada Abang Firdaus kita untuk menyatakan tempat-tempat tersebut”ujar Ajwad lalu menghulurkan mic kepada Firdaus.Naik terkejut member.Tu la tadi syok sangat berangan. “Ehem,err..boleh ulang soalan?”tanya Firdaus sambil menggaru rambutnya yang tak gatal.Mahu saja Ajwad tergelak.Dia suruh Firdaus jawab pun sebab memang dah nampak yang fokus jejaka itu dah melayang entah kemana.Ajwad mengulang kembali soalan dan diiringi gelak ketawa dari setiap genap.Naik merah muka Firdaus menahan malu. “Ehem.Amboi,suka antum semua gelak ye.Oklah,ana tahu ana salah sebab syok sangat termenung.Jadi jawapan untuk persoalan yang diajukan sahabat saya ialah first,Negeri Thaibah(Madinah)tempat nabi akan melakukan hijrah.Kedua,Bukit Tursina,tempat Nabi Musa menerima wahyu daripada Allah dan Baitul-Laham(tempat Nabi Isa dilahirkan).”jawapan yang diberikan Firdaus buatkan seisi surau senyap.Terkejut agaknya yang Firdaus siap bagi detail tempat tersebut. “Terima kasih untuk sahabat ana.Okay kita teruskan lagi ye.Semasa perjalanan,baginda telah melalui pelbagai peristiwa dan antaranya iala baginda melihat Kaum yang sedang bertanam dan terus
menuai hasil tanaman mereka.Apabila dituai hasil yang baru keluar seolah-olah belum dituai!MasyaAllah.Mereka inilah Kaum yang berjihad ‘Fisabilillah’ yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.Masya-Allah betapa besarnya ganjaran mereka yang berjihad di jalan Allah ni”Ajwad berdehem seketika.Tekaknya terasa kering.Firdaus menghulurkan air ke arahnya.Ajwad mengucapkan terima kasih sebelum dia meminum tiga teguk air. “Nak diringkaskan cerita,Setibanya di Masjidil Aqsa,nabi masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan setiap anbia dan mursalin menjadi makmum baginda.Lalu Rasulullah berasa dahaga dan dibawa malaikat Jibrail dua benjana.Satu berisi arak dan satunya berisi Susu.Rasulullah memilih susu dan berkata Jibrail;Baginda membuat pilihan betul.Andai baginda memilih arak,nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.”Ajwad berhenti seketika.Matanya naik merenung sekeliling.Reaksi Raid dilihatnya.Lega terasa sebaik Raid masih setia mendengar kisah ini. “Suka untuk ana sambung.Kisah baginda SAW ketika Mikraj pula.Nabi bermula dari Masjidil Aqsa kemudain diangkat ke langit ditemani Jibrail.Terdapat beberapa lapisan langit yang dilalui baginda dan setiap tingkat langit ada rasul-rasul yang diutus sebelum baginda.Emm,jom kita test sorang adikadik tingkatan 1 kita.Siapa tahu siapakah para rasul tersdebut?”pertanyaan yang dilontarkan Ajwad sekali lagi membuatkan pelajar-pelajar tersebut diam tak berkutik.Pergh tadi kemain bergosip lah,tidur la,main lattalilat lah.Haih,ini lah realiti yang perlu kita perbetulkan.Mana nak dapat ilmu kalau orang yang berkongsi ilmu tu bercakap tetapi si pendengar pula sekadar masuk telinga kanan,keluar telinga kiri.Kalau masuk tu takpelah ni kalau tak masuk terus?Hmm,sama-sama lah kita renungkan. “Oklah,ana berkenan lah dengan adik kita yang jadi sleeping handsome kat belakang tadi.Boleh jawab persoalan ana tak?”pelajar tingkatan 1 itu terkedu namun tetap berdiri.Ajwad tersenyum sebab dia yakin yang pelajar itu boleh menjawab persoalannya sebentar lagi.Cuma satu je masalahnya,pelajar tu pemalu sikit. “Idris tolong ana passkan mic ni”pinta Ajwad.Idris menyambut mic yang dihulurkan sebelum mendekati pelajar yang dinyatakan tadi. “Jangan nak malukan abang ye Izzat Uzair”bisik Idris ditelinga adiknya.Ya,pelajar tadi merupakan adik kepada seorang Idris Ukyle ye kawan-kawan.Izzat meneguk liur,Bukan apa,terasa kering tekak dia bila ramai yang melihat. “Emm...dilangit pertama Rasulullah bertemu dengan Nabi Adam,langit kedua bertemu Nabi Isa dan Nabi Yahya.Langit ketiga Nabi Yusuf.Langit keempat Nabi Idris.Langit kelima Nabi Harun.Langit keenam Nabi Musa dan langit Ketujuh Nabi Ibrahim.Sebelum nabi bertemu Allah nabi melalui Baitul Ma’mur dan Sidratul Muntaha.Ketika bertemu Allah nabi tidak ditemani malaikat Jibril.Setelah Nabi menyaksikan Allah baginda terus bersujud.”suara Izzat yang menjawab pertanyaan Ajwad semakin lama semakin perlahan seiring dengan setiap perkataan yang
disebutnya.Walaubagaimanapun,semua pelajar masih menepuk tangan di atas keberanian Izzat menjawab pertanyaan tadi. “Masya-Allah.Terima Kasih Izzat.Dia jawab sekali dengan peristiwa Nabi bertemu Allah,padahal ana minta untuk jawab siapa para nabi di setiap langit je.Masya-Allah.Markah bonus la untuk adik kita ni.Nanti claim dengan Abang Idris smoothie strawberry kegemaran anta.”Ujar Ajwad lalu tergelak melihat wajah Idris yang terkejut. “EH!KENAPA ANA PULAK?!”geram Idris membangkang. “Alah,adik Anta jugak.Tak salahkan HAHAHHA”riang Ajwad menggelakkan wajah cemberut yang ditayangkan Idris. “Ehem,ok jadi mari kita sambung.Dan ketika Peristiwa Mikraj ni lah baginda SAW menerima wahyu dan perintah dari Allah SWT iaitu ibadah solat.Kalau antum belum mendengar kisah ini pasti antum semua terkejut kerana pada awalnya Allah memerintahkan supaya solat didirikan pada 50 waktu.”seperti dugaan Ajwad ada beberapa pelajar yang mula terlopong. “Kemudian,baginda turun bertemu Nabi Musa dan Nabi Musa menasihatkan untuk mempertimbangkan supaya waktu solat dikurangkan.Baginda SAW ulang-alik bertemu Allah untuk meminta agar waktu solat dikurangkan.Dan akhirnya Allah mengurangkannya kepada 5 waktu solat seperti yang sentiasa kita laksanakan pada hari ni.Betapa besarnya usaha yang ditonjolkan Baginda SAW.”di dalam hati Ajwad sudah bebrapa kali berselawat ke atas Rasulullah.Betapa bertuahnya dia untuk menjadi umat baginda. “Ana mahu beri satu persoalan dan berharap antum semua dapat renungkan.Jikalau pada tika itu perintah solat 50 waktu diteruskan sanggupkah kita?Mesti dan ana yakin jawapannya tidak.Jadi,adakah antum semua masih tidak bersyukur dengan apa yang telah Nabi usahakn terhadap umatnya?Padahal solat ini merupakan hadiah daripada Allah.Hadiah kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai salah satu jalan komunikasi antara hamba dengan Tuhannya.Jadi,ana berharap nanti kita sama-sama dapat berlumba-lumba untuk menunaikan solat pada awal waktu jika tiada musyaqah.”panjang lebar Ajwad memberi penerangan tentang peristiwa diturunkan wahyu solat.Ada yang terdiam dan terkedu.Baru tersentap agaknya. “Panjang lebar ana bercerita ni harapnya antum semua masih boleh fokusla ye.Jadi selain kisah tersebut,sepanjang israk dan mikraj Baginda juga telah diperlihatkan beberapa perkara ketika peristiwa tersebut.Antaranya,ada satu kaum yang mempunyai kuku tembaga.Mereka mencakar muka dan dada mereka.Dan inilah orang yang memakan daging manusia iaitu mengunpat dan menjatuhkan maruah mereka.Selain itu,Baginda juga melihat beberapa orang yang lidahnya dipotong dengan guting berapi.Lalu siapakah golongan ini?Mereka merupakan khatib umat baginda,mereka memerintahkan kepada orang agar membuat kebaikan namun mereka melupakan diri mereka sendiri.”Ajwad berjeda sebentar jam diliriknya.Tak lama lagi masuknya waktu isyak.
“Hmm,kalau nak diceritakan semua panjang kisahnya.Oklah ana bagitahu satu perkara lagi yang dilihat baginda iaitu nabi muhammad telah melintasi nabi-nabi AS dan diperlihatkan umat masingmasing.Ada nabi yang umatnya satu kaum,ada yang beberapa orang sahaja bahkan ada yang tiada berumat.Lalu Nabi melihat lautan manusia yang besar.Lalu baginda bertanya siapa mereka.Dijawab kepada baginda mereka merupakan Musa dan umatnya.Kemudian dikata kepada Baginda;Angkatlah pandangan mu dan lihatlah dari ufuk sana dan ufuk sana.Mereka itulah umatmu dan diantara mereka akan ada 70,000 orang yang bakal memasuki syurga tanpa dihisab.Moga- moga kita tergolong diantara mereka.Jadi,saya rasa itu sahaja perkongsian untuk hari ini.Kalau ada yang nak tahu lebih lanjut.Boleh lah berjumpa saya selepas waktu solat isyak ni.Memandangkan memang dah masuk waktu ni.Saya akhiri slot kita pada hari ini dengan wabillahitaufikwalhidayah,Assalamualaikum W.B.T.”ujar Ajwad sebelum menutup mic.Mic dihulurkan kepada bilal yang bakal melaungkan azan. ... Turun sahaja dari surau Ajwad menggaru kepala sebaik seliparnya tidak terlihat.Aik,dekat sekolah pun ada yang nak mencuri selipar jugak ke?Dia beristighfar.Aish,tak baik menuduh orang.Cuba cari dulu.Sedang asyik dia mencari, bahunya terasa disentuh seseorang.Naik terperanjat dirinya. “Allahuakbar.Haish.Raid cuba anta bagi salam.Terkejut ana dibuatnya.Nasib tak sakit jantung je.”ujar Ajwad.Tangannya naik mengurut dada.Raid beriak selamba. “Jadi apa yang kau nak kaitkan?”pertanyaan Raid buatkan dahi Ajwad berkerut tak paham. “Hadiah sebuah perjalanan tu kan hadiah untuk Rasulullah.Apa kaitan dengan aku?”tanya Raid.Dia cuba memahami.Ye tak dapat dinafikan banyak iktibar yang dapat diambil dari kisah itu.Tapi,apa kaitannya dengan dia yang hanya hamba kerdil ni. Ajwad tersenyum seketika sebelum mulakan bicara “Point yang ana cuba sampaikan kepada anta adalah.Allah takkan uji hambanya kalau tak mampu.Cliche tapi benar.Bukannya Allah bagi ujian tu tanpa tahu limit hambanya.Dan seperti hadiah sebuah perjalanan ini,Allah akan hadirkan hadiah bersama ujian seperti yang diriwayatkan Abu Hurairah R.A,Rasulullah SAW bersabda;Barangsiapa Allah menghendaki kebaikan untuknya,maka Allah akan memberikan percobaan kepadanya.Jadi,mungkin anta tak dapat hadiah perjalanan ini.Bahkan sesiapa pun mungkin takkan dapat.Tapi bentuk hadiah itu ada banyak dan antaranya ganjaran syurga.”ujar Ajwad sambil menggosok bahu Raid yang sekali lagi menitiskan air mata.Satu tangan lagi menghinggap bahu Raid. “Sebagai anak soleh apa yang anta dapat buat sekarang adalah,berdoa dengan Allah.Agar kedua ibu bapa anta dimasukkan ke syurga.Anta tidak sedar.Tapi keberadaan anta disekolah ini pun sudah
menjadi hadiah kepada kedua ibu bapa anta.”sambung Firdaus.Tangannya yang sebelah lagi naik menghulurkan tisu. “Apa maksud anta?”Tanya Raid.Ajwad dan Firdaus sama-sama mengukir senyum dengan panggilan kata ganti nama yang sudah diubah Raid. “Anta masuk sekolah ini dengan pilihan anta untuk menjadi seorang penghafaz Al-Quran.Sekaligus anta dah buka jalan agar ibu bapa anta dapat dipakaikan mahkota diakhirat kelak.Bukankah itu hadiah terbaik anak terhadap ibu bapanya?Segala perancangan Allah sempurna.Allah ambil ibu bapa anta yang dia pinjamkan kerana dia rindu akan hambanya.Apa yang anta boleh lakukan jangan berputus asa bedoa dan berdoa”ujar Idris pula.Riak mukanya beku macam selalu.Naik meremang bulu roma Raid.Terasa air matanya pun dah kering sekarang sebaik Idris berkata. “Terima kasih antum semua and maafkan ana Ajwad.Ana dah tengking anta tadi.Padahal anta berniat nak tolong ana”ujar Raid sugul.Ajwad menggelengkan kepalanya sambil tersenyum nipis. “Itulah tugas kita.Sebagai hamba Allah dan Umat Baginda Rasul SAW.Saling berpesan-pesan dan saling menjaga kerana kita diibaratkan sebagai saudara.Mana ada saudara yang tinggalkan saudara kan?Tak gitu,Idris?”tanya Ajwad tetapi dipalau Idris.Ajwad hanya tersenyum,bukannya tak biasa.Maklumlah Idris ni bukannya beku sangat pun,buktinya.Telinga dia dah merah.HAHAHAHHA. “Eh,jomla kita pergi makan sekali.Malam ni menu dia Mihun soto.Siapa lambat aku kebas dia punya.HAHAHAHAHHA”ujar Firdaus sambil ketawa riang.Tangan Raid ditariknya bagi menyamakan langkah dengannya.Mata Raid terbuntang sebaik sahaja ditarik begitu sahaja. “Macam budak-budak”komen Idris.Ajwad tersenyum penuh misteri.Tangannya naik menarik tangan Idris kemudian turut berlari. “Dah-dah la kontrol macho Idris oii,this is our last year untuk berdakwah dekat sekolah ni.Have a fun,bro!”jerit Ajwad riang.Tangan sebelah Idris yang tidak dipegang Ajwad naik menutup muka.Aduhai,malunyalah ada kawan ribena ni.Tapi bukan makna dia tak suka. Kerana sahabatlah kunci kegembiraan. THE END OF CHAPTER 1
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM SEKALUNG PENGHARGAAN DIUCAPAKAN KEPADA SEMUA WARGA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG DALAM MENYIAPKAN KARYA DAKWAH SIRI PERTAMA INI. IN SYA ALLAH,DENGAN IZIN ALLAH,KARYA INI TAKKAN BERAKHIR DI SINI.MALAHAN AKAN DISUSULI SIRI YANG SETERUSNYA PULA. AJWAD DAN RAKAN-RAKAN JUGA AKAN BERUSAHA DALAM MENGHADIRKAN SINAR KEPADA PARA PEMBACA. MAAF ATAS SEGALA KEKURANGAN YANG TERDAPAT DI DALAM KARYA INI.SAYA AKHIRI SIRI PERTAMA INI DENGAN KALIMAH,WABILLAHITAUFIK WALHIDAYAH ASSALAMUALAIKUM W.B.T #SEBARANG NAMA ATAU TEMPAT TIDAK BERKAIT DENGAN YANG MASIH HIDUP ATAU YANG SUDAH MATI. CREDIT: NIK NUR AUNI AS OUR ILLUSTRATOR. AHLI-AHLI BADAR YANG MENYUMBANGKAN SEGALA IDEA DAN KOMITMEN DALAM MENYIAPKAN KARYA DKAWAH SIRI PERTAMA INI.