The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Latarbelakang dan sejarah Sekolah Kebangsaan Bukit Kenangan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by A RAMLEE MD JOHAR, 2023-12-21 21:44:40

Sejarah Sekolah Kebangsaan Bukit Kenangan

Latarbelakang dan sejarah Sekolah Kebangsaan Bukit Kenangan

Keywords: Sejarah,sejarah sekolah kebangsaan bukit kenangan,bukit kenangan,jba2014,latarbelakang skbk,Sejarah SK Bukit Kenangan,Kampung Bukit Kenangan,Simpang Renggam

L A G U SEK O L A H Aman damai suasana Di celah keindahan alam maya Terbit rasa ingin berbakti Pada nusa, bangsa sejati Dengan Hasrat serta usaha Penuh semangat gemilang tenaga Lahirlah kebangaan desa Sekolah kami kemegahan bangsa Bukit Kenangan desa yang indah Disini tempat kami berjuang Sekolah kami berdiri megah Lambang cita-cita yang murni Segala ilmu telah diberi Akan tetap semua hargai Ilmu kebahagiaan hidup Pegangan kami selama-lamanya


Tahun 1972, kerajaan telah membeli kawasan tapak seluas 3 ekar dengan harga RM5000 untuk kawasan sekolah sekarang. Tahun 1973, pembinaan sekolah baru dua tingkat yang mengandungi 4 bilik darjah, 1 Pejabat, 2 bilik tandas dan 3 bilik stor. Keluasannya ialah 100 x 25 kaki dengan nombor JKR1754 dan kos pembinaanya lebih kurang RM70.000 Sebuah kantin seluas 25 x 40 kaki dibina dengan kos 15,000 (JKR1755). pada tahun itu juga murid-murid berpindah ke bangunan baru. Bangunan Baru gambar hiasan


Dalam menuju Pendidikan Bertaraf Dunia dan Wawasan Pendidikan, sekolah ini menerima bangunan yang serba lengkap dan modern iaitu 4 tingkat bangunan sekolah, sebuah kantin dan juga sebuah Pondok Pengawal Keselamatan. Sebuah bangunan empat tingkat dibina bagi menampung keperluan pendidikan semasa. Bangunan baru 4 tingkat ini telah siap sepenuhnya pada 31 Oktober 2003. Bangunan ini mula digunakan pada awal November 2003. Bangunan baru ini dilengkapi dengan perabot dan barangbarang keperluan lainnya. Ada beberapa buah bilik yang dilengkapi dengan sistem penghawa dingin.Bangunan ini mengandungi bilik-bilik seperti 7 bilik darjah, 1 pejabat, 1 bilik guru, 1 bilik komputer, 1 bilik mesyuarat, 1 perpustakaan, 1 bilik sumber, 1 bilik muzik, 1 makmal sains, 1 bilik Kemahiran hidup, 1 bilik solat, 2 bilik wuduk, 1 bilik peperiksaan, 1 bilk stor sukan dan 4 tandas. Bangunan kantin pula mengandungi ruang masak, 3 ruang bilik tandas, ruang makan murid dan ruang makan guru serta kakitangan sekolah. BANGUNAN BARU 4 TINGKAT BANGUNAN BARU KANTIN POS PENGAWAL


Click to View FlipBook Version