SEJARAH PENUBUHAN 1948 - Palang Merah British di Borneo Utara 1950 - Palang Merah British di Pulau Pinang 1957 - Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu 1963 - Persatuan Palang Sabit Merah Malaysia -Pengiktirafan oleh Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) 1965 - Akta Penubuhan 1965 (540/1965) 1975 - Penukaran nama kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (162/1975) 1995 - Kajian Semula: Law of Malaysia Act 540
SEJARAH PENUBUHAN BSMM DI MALAYSIA Pertubuhan sukarela yang ditubuhkan pada tahun 1948. Tahun 1957 dan Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada tahun 1963 Pada tahun 1948 sebagai cawangan Persatuan Palang Merah Britain di Sabah dan Sarawak. Malaysia bermula di Pulau Pinang dan kemudian negerinegeri lain. Semenanjung Tanah Melayu dipanggil Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu Malaysia ditukar nama kepada Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM). Selaras dengan kebenaran penukaran nama Akta Persatuan Palang Malaysia
7 PRINSIP ASAS BSMM 1. KESAKSAMAAN (Impartility) Palang Merah atau Bulan Sabit Merah tidak membezakan kaum, agama, darjat atau pun fahaman politik dalam kegiatannya. Pada asasnya meringankan kesengsaraan individu dalam kes kecemasan. 2. KEBERKECUALIAN (Neutrality) Tidak menyebelahi pihak-pihak yang bermusuhan. Tidak menyertai pertikaian yang bercorak politik, perkauman, agama dan ideologi. 3. KEBEBASAN (Independence) Palang Merah atau Persatuan Bulan Sabit Merah bertindak mengikut prinsip pergerakannya walaupun pertubuhan ini merupakan badan sokongan kepada pihak berkuasa awam. 4. KHIDMAT SUKARELA (Voluntary Service) Palang Merah atau Persatuan Bulan Sabit Merah merupakan badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang tujuan mencari keuntungan. 5. KETUNGGALAN (Unity) Hanya satu Pertubuhan Palang Merah dan Persatuan Bulan Sabit Merah di sesebuah negara. -Pertubuhan ini terbuka kepada semua pihak - Aktivitinya meliputi seluruh negara. 6. KESEJAGATAN (Universality) Pertubuhan Palang Merah dan Persatuan Bulan Sabit Merah Antarabangsa meliputi seluruh dunia. Mempunyai tanggungjawab bersama. Saling bantu membantu di antara satu dengan lain antara negara. 7.KEMANUSIAAN (Humanity) Memberikan pertolongan tanpa diskrimnasi kepada mereka yang tercedera di medan peperangan. Mencegah dan meredakan kesengsaraan. Memupuk kesefahaman, kerjasama, hormat menghormati dan kedamaian sesama manusia.
STRUKTUR & ORGANISASI BULAN SABIT MERAH MALAYSIA ANTARABANGSA
STRUKTUR & ORGANISASI BULAN SABIT MERAH MALAYSIA ANTARABANGSA
STRUKTUR & ORGANISASI BULAN SABIT MERAH MALAYSIA KEBANGSAAN
STRUKTUR & ORGANISASI BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (PERINGKAT IPG)
STRUKTUR & ORGANISASI BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (PERINGKAT SEKOLAH)
STRUKTUR & ORGANISASI BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (PERINGKAT SEKOLAH)
UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA Undang-undang Kemanusian Antarabangsa (UUKA) adalah peraturan yang, atas dasar kemanusiaan, menentukan batasan untuk menghadkan kesankesan konflik bersenjata. la melindungi mereka yang tidak terlibat, atau tidak lagi mengambil bahagian dalam peperangan, dan menghadkan cara dan kaedah peperangan. UUKA adalah sebahagian daripada undang-undang antarabangsa awam. Peraturan UUKA ini terkandung dalam perjanjian atau konvensyen dan juga sebahagian daripada undang-undang lazim yang diterima pakai oleh semua negara. UUKA tidak menentukan sama ada sesebuah negara boleh menggunakan kekerasan atau tidak. Ini ditentukan oleh Piagam Bangsabangsa Bersatu dan undang-undang lain yang menjadi kebiasaan dalam undang-undang antarabangsa awam. Tetapi, sebaik sahaja sesebuah konflik bersenjata tercetus, UUKA akan diguna pakai. UUKA berusaha untuk menetapkan cara dan kaedah peperangan dalam kedua-dua jenis konflik bersenjata - konflik antarabangsa dan juga konflik bukan antarabangsa.
PEMBANGUNAN KONVENSYEN-KONVENSYEN GENEVA Konvensyen Geneva ditandatangani pada 1949 sebagai rundingan berakhirnya Perang Dunia Kedua 1939-1945, bertujuan mengemas kini terma Perjanjian 1929. Konvensyen Geneva memperjelas hak asas pihak yang terlibat dalam peperangan melibatkan tentera dan orang awam. Dalam konvensyen ini termaktub perlindungan terhadap mereka yang cedera dan sakit serta mewujudkan perlindungan ke atas orang awam yang berada dalam persekitaran perang. Perjanjian 1949 diratifikasi oleh 196 negara; mengandungi empat perjanjian dan tiga protokol tambahan, lantaran menghasilkan piawaian undang-undang antarabangsa berkaitan layanan kemanusiaan semasa tercetus perang. Geneva sedia ada (empat) Konvensyen, termasuk 12 Ogos 1949 di Geneva membuat kesimpulan lagi empat undang-undang asas kemanusiaan antarabangsa, seperti yang ditetapkan dalam undangundang antarabangsa untuk standard kemanusiaan. Mereka terutamanya yang berkaitan kepada mangsa-mangsa perang, rawatan tawanan perang dan orang awam di masa perang.
EMPAT KONVENSYEN 1.Konvensyen Geneva Pertama (1864) dan Kedua (1899). Anggota tentera yang cedera dan sakit (yang tidak lagi bersenjata) tidak boleh diserang. Mereka hendaklah dilayan dengan baik. Jika ditawan, mereka hendaklah dijaga dengan baik seperti pihak musuh menjaga anggota mereka sendiri yang cedera. Pihak-pihak yang bersengketa hendaklah mengambil tindakan seberapa daya yang boleh mencari dan mengumpul mereka yang cedera dan sakit seberapa segera, dan melindungi mereka daripada dianiaya. Jika boleh, mereka yang mati hendaklah dikumpul dan dikebumikan atau dibakar dengan penuh penghormatan. Butir-butir díri mereka hendaklah diberi kepada agensi-agensi yang berkenaan supaya saudara mara mereka boleh dihubungi. Barang kepunyaan mereka tidak boleh dicuri. Anggota-anggota perubatan sama ada berkhidmat dengan tentera Palang Merah, atau mana-mana organisasi bantuan yang lain, tidak dianggap sebagai kombatan. Mereka tidak boleh diserang. Mereka dibenarkan merawat orang-orang yang sakit atau cedera tanpa gangguan. Pasukan tentera boleh menahan anggota perubatan tentera dan guru agama tentera supaya mereka boleh digunakan untuk memberi rawatan perubatan atau keperluan agama tawanan perang. Mereka tidak dianggap sebagai tawan perang, dan hendaklah dibebaskan bila khidmat mereka tidak diperlukan lagi. Semua bangunan dan unit perubatan seperti hospital, ambulans dan kapal hospital hendaklah menggunakan lambang Palang Merah atau Bulan Sabit Merah supaya dikenalpasti. Mereka tidak boleh diserang, dimusnah atau dihalang daripada menjalankan operasi mereka. Salah guna lambang Palang Merah atau Bulan Sabit Merah adalah salah dari segi undang-undang.
EMPAT KONVENSYEN 2. Konvensyen Geneva Ketiga (1929) Semua tawanan hendaklah memberi nama, pangkat, tarikh lahir dan nombor pengenalan. Maklumat ini hendaklah dihantar kepada kuasa-kuasa yang berkenaan supaya mereka dapat dikesan oleh kerajaan mereka. Tawanan perang tidak boleh diseksa untuk mendapatkan maklumat. Mereka tidak boleh diancam (seperti mengurung, tidak diberi makanan untuk mendapatkan maklumat. Tawanan perang hendaklah sentiasa diberi layanan yang baik. Mereka tidak boleh didera atau digunakan dalam eskperimen perubatan atau sains. Tawanan perang tidak boleh dihantar atau ditempatkan dalam kawasan yang terdedah kepada pertempuran. Keadaan hidup mereka (seperti makanan, perlindungan, pakaian) hendaklah sama baiknya dengan anggota-anggota tentera pihak musuh. Pakaian, makanan dan peraturan kesihatan hendaklah baik supaya tawan peang berada dalam keadaan yang selesa. Tawanan perang yang sihat boleh ditugaskan membuat kerja yang ringan dan tidak merbahaya serta tidak mempunyai tujuan ketenteraan. Mereka hendaklah dibayar dengan bayaran yang berpatutan. Tawanan perang hendaklah dibenar membuat aduan mengenai keadaan hidup mereka atau hal-hal lain kepada wakil ICRC. Ini hendaklah dilakukan tanpa saksi, dan oleh seorang wakil yang dipilih oleh tawanan-tawanan perang. Tawanan perang yang tidak berdaya, sakit tenat atau sakit jiwa hendaklah dihantar pulang. Tawanan perang hendaklah dihantar pulang selepas tamat peperangan.
EMPAT KONVENSYEN 3. Konvensyen Geneva Keempat (1949) Mereka yang cedera, tua, kanak-kanak dan ibu mengandung hendaklah seboleh- bolehnya dipindahkan daripada kawasan pertempuran. Rumah sakit awam dan anggota-anggota rumah sakit hendaklah dilindungi daripada serangan dan dibenarkan menjalankan tugas mereka tanpa gangguan. Laluan bebas hendaklah diberi kepada peralatan dan bekalan perubatan dan juga keperluan bagi tujuan keagamaan. Tindakan harus diambil oleh pihak- pihak bermusuhan untuk menentukan bahawa kanak-kanak yatim berusia 15 tahun ke bawah atau mereka yang terpisah dengan keluarga akibat peperangan diberi makanan, pakaian, tempat tinggal dan pelajaran. Orang-orang awam mestilah diberi layanan yang baik. Mereka berhak dihormati mengenai agama, adat, kepercayaan mereka. Wanita tidak boleh dirogol, diserang atau dipaksa menjadi pelacur. Dilarang menggunakan paksaan terhadap orang-orang awam untuk mendapat maklumat. Mencuri harta awam atau mengambil tebusan adalah dilarang. Orang-orang awam yang membuat kesalahan hendaklah dibicarakan oleh mahkamah undang-undang (awam).
PROTOKOL-PROTOKOL TAMBAHAN 1. Protokol Tambahan I Protokol tambahan kepada Konvensyen Geneva 12 Ogos 1949 berkaitan dengan perlindungan terhadap mangsa konflik bersenjata antarabangsa (8 Jun 1977) Skop perlindungan diluaskan kepada orang awam dan menghadkan kaedah serta cara peperangan. 2. Protokol Tambahan II Protokol tambahan kepada Konvensyen Geneva 12 Ogos 1949 berkaitan dengan perlindungan terhadap mangsa dalam konflik bersenjata bukan antarabangsa (8 Jun 1977). Mengandungi jaminan asas bagi individu yang tidak mengambil bahagian dalam konflik bersenjata bukan antarabangsa, menyediakan peraturan berkaitan dengan perlindungan terhadap orang awam dan objek serta kelengkapan penting untuk menjamin keselamatan mereka seterusnya. 3. Protokol Tambahan III Protokol tambahan kepada Konvensyen Geneva 12 Ogos 1949 berkaitan penggunaan lambang tambahan (8 Disember 2005). Mewujudkan lambang tambahan, Kristal Merah, yang mana tarafnya adalah sama dengan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah.
TANGGUNGJAWAB KEPADA NEGARA-NEGARA Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia juga bergerak aktif dalam membantu persatuan kebangsaan yang lain terutamanya ketika berlaku bencana besar sejak dari 1970an hingga kini dan diantara bantuan kemanusiaan terbesar yang pernah dihulurkan oleh PBSMM adalah pada 2004 ketika tragedi Gempa dan Tsunami di Banda Aceh dimana PBSMM telah menghantar bantuan hasil sumbangan rakyat Malaysia dan juga para petugas sukarelawan dari pelbagai kemahiran dan latar belakang seperti perubatan, logistik, mencari dan menyelamat. Selain itu, PBSMM juga turut menghantar pasukan respons dan menghulurkan bantuan kemanusiaan di: 1.Gempa bumi Pakistan 2005 2.Banjir Lumpur Leyte, Filipina 2006 3.Taufan Milenyo (Durian) Filipina 2007 4.Taufan Nargis, Myanmar 2008 5.Gempa bumi Padang 2009 6.Taufan Feng Shen (Frank) Filipina 2009 7.Taufan Feng Shen (Frank) Vietnam 2009 8.Misi Bantuan Kemanusiaan Palestin 2010 9.Banjir Besar Sind Pakistan 2010 10.Gempa Bumi Tohoku, Jepun 2011 11.Taufan Yolanda, Filipina 2013 12.Gempa bumi Nepal 2015 13.Gempa bumi Kota Palu, Sulawesi Tengah Indonesia 2018 Dalam masa aman Bulan Sabit Merah berlatih menyediakan diri untuk membolehkan mereka memainkan peranan yang lebih berkesan lagi ketika berlakunya perang atau kecemasan disamping terlibat dalam aktiviti-aktiviti untuk meringankan penderitaan manusia.
KONVENSYEN-KONVENSYEN HAGUE IstIlah "Konvensyen Hague" menerangkan perjanjian dan pengisytharan yang diterima pakal di The Hague dan yang mengandungi peraturan yang mengawal selia peperangan. Ini termasuk sin perjanjian dan pengisytiharan antarabangsa yang diterima pakai pada dua persidangan keamanan antarabangsa pada 1890 dan 1907 dan Konvensyen Hague 1954 mengenal Perlindungan Harta Budaya sekiranya berlaku konflik bersenjata. Peraturan yang terhasil daripada Konvensyen ini - Undang-undang The Hague - mengawal penggunaan cara dan kaedah peperangan, kelakuan permusuhan dan pendudukan, bertentangan dengan Undang-undang Geneva - yang terutama mengawal perlindungan mangsa perang. Objektif Hague Perbincangan berkaitan Undang-undang Antarabangsa. Perlindungan kepada objek-objek balai seni dan tugu peringatan. Perlindungan mangsa-mangsa perang dari senjata. Tandatangani persetujuan dan persefahaman perjanjian antarabangsa. 2 Konvensyen Hague 1. Persidangan Keamanan Pertama 1899 Terdapat 4 bahagian perjanjian dan 3 sumpahan persefahaman ditandatangani. 2. Persidangan Kedua mengenai peperangan laut dan darat pada 1907 Kebanyakan kandungan Persidangan 1899 digantikan dengan undangundang lebih lengkap 1907. 4 Bahagian Perjanjian Hague: 1. Hal-hal antarabangsa yang menjadi isu-isu pertikaian di Benua Pasifik 2. Undang-undang dan amalan kebiasaan berkenaan dengan peperangan darat 3. Penambahan syarat peperangan di lautan kepada Prinsip Konvensyen Geneva pada tahun 1864 4. Melarang penggunaan bom yang dipancar dan mengebom di udara
KONVENSYEN-KONVENSYEN HAGUE Hague 1 Pacific Settlement of International Disputes. Ditandatangani pada 29 Julai 1899. Dikuatkuasa pada 4 september 1900 Bertujuan mengekalkan keamanan antara negara. Jika terdapat pertelingkahan hendaklah ditandatangani secara rundingan sebelum mengangkat senjata. Suruhanjaya Siasatan Antarabangsa bertindak sebagai badan pengaman perlu dirujuk jika sesuatu konflik tidak dapat diselesaikan secara diplomasi. Hague 2 Ditandangani pada 29 Julai 1899. Dikuatkuasa pada 4 September 1900. Diilhamkan semasa persidangan Brussels 1874. Pihak yang bertelagah perlu menghormati undang-undang dan cara-cara peperangan darat. Undang-undang, hak dan tugas peperanagn perlu dipatuhi oleh semua pihak. Sekiranya mereka ditawan, mereka berhak dilayan sebagai tahanan perang. Hague 3 Undang-undang peperangan adalah adaptasi peperangan maritim (22 Ogos 1864). Prinsip Konvensyen Geneva: Penyesuaian peperangan di laut. Kemudahan perubatan (hospital kapal tentera): 1.Kapal tersebut tidak boleh digunakan dalam tujuan peperangan. 2.Dicat dengan warna putih dengan garisan melintang bewarna merah. Hague 4 Antara persetujuan-persetujuan adalah: Contracting Power telah bersetuju untuk menyekat pembebasan gas beracun. Kewujudan deklarasi tersebut terikat kepada Contracting Power dalam kes peperangan antara dua atau lebih pihak yang terlibat. Deklarasi harus disahkan segera dan pengesahan seharusnya dimulakan di Hague dengan cara menulis notis kepada Kerajaan Netherland.
KONVENSYEN-KONVENSYEN HAGUE 3 Sumpahan Persefahaman 1.Berkenaan pelancaran bom udara. Berkenaan penggunaan objek akan menyebarkan gas racun melalui udara yang akan membunuh manusia. 2. Berkenaan penggunaan peluru yang senang mengembang dan mengalahkan di dalam tubuh manusia. 3. Bab dalam Perjanjian Terdapat empat bab utama dalam Konvensyen Hague: Kawalan -Director-general of the United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization mempunyai kuasa dalam memastikan bahawa objek-objek dan warisan sesebuah negara yang berlaku konflik adalh terpelihara. Perlindungan Istimewa -International Register of Cultural Property under Special Protection. -Sesebuah negara berhak mendaftarkan barangan, objek yang dianggap bernilai dalam masa 30 hari ketika tercetusnya konflik. Pengangkutan -United Nations Educational, Scientific andCultural Organization akan menyediakanpengangkutan untuk membawa keluar barangan tersebut ke tempat yang lebih selamat. Lambang kenderaan -Kenderaan yang membawa barangan ini mestilah melekatkan lambang ini. -Pihak yang terbabit dalam konflik tidak boleh memusnahkan, merosakkan atau merampas kenderaan tersebut. -Sehingga kini, konvensyen Hague masih lagi digunakan untuk melindungi sesetengah hak barangan untuk kepentingan sejagat
PENGGUNAAN LAMBANG BULAN SABIT MERAH 1.Semasa peperangan Sebagai pelindung daripada diserang Bersaiz besar dan bersesuaian pada tempat yang digunakan supaya senang diperhatikan dari jauh Ia mesti dipasang di tempat yang jelas dilihatdari jauh supaya anggota BSM tidak diserang semasa peperangan 2. Semasa keamanan Sebagai pengenalan – dikenali pasukan yangbertugas seperti semasa sukan, perhimpunan awam dan sebagainya Bersaiz kecil Digunakan supaya tidak menimbulkan kekeliruan dengan lambang yang digunakan sebagai pelindung
LAMBANG/EMBLEM Logo rasmi yang dilekatkan pada pakaian seragam Logo rasmi pada laman sesawang BSMM Bendera BSMM dalam bentuk lakaran Ukuran piawai lambang bulan sabit merah pada bendera BSMM Lambang rasmi IFRC
PENGENALAN/INDIKATIF & PERLINDUNGAN DENGAN PENGGUNAAN LAMBANG DAN SIGNIFIKANNYA Peruntukan dalam Konvensyen Geneva 1949 dan Protokol Tambahan menentukan bahawa Palang Merah, Bulan Sabit Merah dan Kristal Merah adalah simbol yang dilindungi oleh undang-undang antarabangsa. Peruntukan ini mendefinisikan individu dan perkhidmatan yang berhak menggunakan lambang-lambang tersebut. Penggunaannya adalah dikawal pada setiap masa, waktu aman dan juga ketika konflik bersenjata. Setiap penggunaan lambang tanpa kebenaran adalah dilarang. Secara amnya, penggunaan lambang dibenarkan bagi melindungi pasukan perubatan angkatan tentera dan ketika waktu perang, termasuk juga hospital awam. la juga digunakan oleh Persatuan-persatuan Kebangsaan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah, Persekutuan Antarabangsa dan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC). LANGKAH-LANGKAH DOMESTIK UNTUK MENGAWAL PENGGUNAAN DAN MENGHALANG PENYALAHGUNAAN LAMBANG Tanggungjawab untuk memberi hak penggunaan Palang Merah, Bulan Sabit Merah atau Kristal Merah terletak dalam polisi negara, yang harus selaras dengan terma-terma Konvensyen dan Protokol Untuk memastikan pengawalan penggunaan emblem secara efektif, setiap negara harus mengamalkan langkah-langkah penguatkuasaan seperti berikut: Pengenalpastian dan definisi lambang untuk tujuan pengenalan dan perlindungan Hak negara untuk mengawal penggunaan lambang Entiti-entiti yang diberi kebenaran untuk menggunakan lambang kebenaran penggunaan lambang Seterusnya, sebuah negara harus menggubal perundangan negara bagi melarang dan menghukum penggunaan lambang tanpa kebenaran pada setiap masa. Perundangan ini harus diguna pakai keatas semua jenis penggunaan secara peribadi atau komersial, serta melarang peniruan atau rekabentuk yang boleh disalah anggap sebagai Palang Merah, Bulan Sabit Merah atau Kristal Merah.
UNDANG-UNDANG ASAS KONVENSYEN Pembatasan Hak pihak-pihak yang bersenjata untuk mengguna pakai cara (senjata) dan kaedah (seperti taktik peperangan) bagi mencederakan musuh adalah TERBATAS. Perbezaan di antara sasaran ketenteraan dengan orang dan objek awam Serangan yang ditujukan secara khusus terhadap orang awam adalah dilarang. Harus dikenalpasti perbezaan di antara anggota/ objek tentera dengan anggota/ objek awam yang tidak bersalah pada setiap masa. Penderitaan dan kemusnahan yang tidak wajar Mengakibatkan penderitaan atau kemusnahan harta benda secara tidak wajar bagi memaksa musuh untuk menyerah adalah dilarang. Pertimbangan Penggunaan cara dan kaedah peperangan haruslah setimpal dibandingkan dengan kesan ketenteraan yang dijangkakan akan diperoleh secara langsung Keperluan Ketenteraan Membenarkan penggunaan kekerasan secara seimbang ketika konflik bersenjata untuk memaksa musuh menyerah. Tetapi bukan alasan untuk langgar UUKA atau menyokong kepimpinan buruk.
LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN Minggu : 1 Tarikh : 10 Januari 2024 Masa : 3.00 petang - 5.00 petang Tempat : Balai Persidangan IPGMKTHO Aktiviti yang Dijalankan: Lantikan AJK BSMM batch Angah. Perbincangan aktiviti sepanjang semester. Pembahagian 6 Kumpulan. Minggu : 2 Tarikh : 17 Januari 2024 Masa : 3.00 petang - 5.00 petang Tempat : Balai Persidangan IPGMKTHO Aktiviti yang Dijalankan: Sejarah dan latar belakang BSMM. Lantikan AJK dalam setiap kumpulan. Minggu : 3 Tarikh : 24 Januari 2024 Masa : 3.00 petang - 5.00 petang Tempat : Balai Persidangan IPGMKTHO Aktiviti yang Dijalankan: Pembahagian tajuk pembentangan setiap kumpulan.
LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN Minggu : 4 Tarikh : 31 Januari 2024 Masa : 3.00 petang - 5.00 petang Tempat : Balai Persidangan IPGMKTHO Aktiviti yang Dijalankan: Hanya dihadiri pelajar perempuan manakala pelajar lelaki berada di tasik IPGMKTHO. Rawatan awal tercekik Minggu : 5 Tarikh : 7 Februari 2024 Masa : 3.00 petang - 5.00 petang Tempat : Balai Persidangan IPGMKTHO Aktiviti yang Dijalankan: Pembentangan group A dan B Group A – Rawatan patah / cedera menggunakan bandage etc. Group B – Rawatan lemas / tak sedarkan diri menggunakan cpr etc. Minggu : 6 Tarikh : 21 Februari 2024 Masa : 3.00 petang - 5.00 petang Tempat : Astaka IPGMKTHO Aktiviti yang Dijalankan: Pertolongan cemas asas Recovery position
LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN Minggu : 7 Tarikh : 28 Februari 2024 Masa : 3.00 petang - 5.00 petang Tempat : Balai Persidangan IPGMKTHO Aktiviti yang Dijalankan: Pembentangan MK Kumpulan 2 – Keracunan, kebakaran dan tercekik Kumpulan 1 – Kecederaan tulang, rangka, sendi dan otot Minggu : 8 Tarikh : 6 Mac 2024 Masa : 3.00 petang - 5.00 petang Tempat : Balai Persidangan IPGMKTHO Aktiviti yang Dijalankan: Pembentangan MK Kumpulan 2 – Keracunan, kebakaran dan tercekik Kumpulan 1 – Kecederaan tulang, rangka, sendi dan otot Minggu : 9 Tarikh : 13 Mac 2024 Masa : 2.30 petang - 4.30 petang Tempat : Balai Persidangan IPGMKTHO Aktiviti yang Dijalankan: Pembentangan MK Kumpulan 3 – CPR
LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN Minggu : 10 Tarikh : 20 Mac 2024 Masa : 2.30 petang - 4.30 petang Tempat : Balai Persidangan IPGMKTHO Aktiviti yang Dijalankan: Balutan patah leher, peha kiri dan kanan etc CPR Minggu : 11 Tarikh : 27 Mac 2024 Masa : 2.30 petang - 4.30 petang Tempat : Balai Persidangan IPGMKTHO Aktiviti yang Dijalankan: Pendidikan Kesihatan Cara kesan gejala dan simptom Nama ubat kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, saraf dan masalah mental Rawatan untuk sakit biasa (sakit perut, kepala etc) Minggu : 12 Tarikh : 3 April 2024 Masa : 2.30 petang - 4.30 petang Tempat : Balai Persidangan IPGMKTHO Aktiviti yang Dijalankan: Pembentangan MK Kawad kaki dan istiadat Amali kawad kaki
RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH
RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH DATO’ BAHAMAN MINGGU TAJUK ISI KANDUNGAN AKTIVITI CATATAN / ALATAN 1 2 Pengenalan Objektif Pendaftaran Pendidikan Palang Merah & Bulan Sabit Merah: 1. Lambang BSMM Palang Merah & Kristal Merah. 2. Nyanyian Lagu BSMM. 3. Lafaz ikrar BSMM. . 1. Pendaftaran ahli baharu. 2. Membuat bayaran yuran. 3. Pembahagian ahli kumpulan. 4. Pengenalan BSMM. 1. Mengenali lambang BSMM & Palang Merah. 2. Mengetahui sejarah BSMM. . 1. Sesi pengenalan kepada ahli baharu. 2. Membincangkan dan membentuk organisasi BSMM yang baharu. 3. Latihan upacara BSMM: • Melapor ahli BSMM. • Nyanyian Negaraku. • Nyanyian lagu Johor. • Lafaz ikrar BSMM. : Perancangan orientasi ini dirancang bagi tahun 6 : Pada akhir pembelajaran ini, murid dapat: a. Membina semangat sebagai satu pasukan. b. Mengukuhkan semangat jati diri dalam diri . c. Memperolehi pengalaman yang berguna dalam kehidupan seharian. Buku log Slaid Pembentangan Buku log. Slaid Pembentangan Video lagu Gambar Penggal 1
RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH DATO’ BAHAMAN 3 4 5 6 7 Asas Pertolongan Cemas Asas Pertolongan Cemas: Asas Pertolongan Cemas Asas Kawad Kaki Asas Kawad Kaki 1. Pengenalan 1. Ikatan , anduh & balutan. • Anduh kecil • Anduh besar • Anduh segi tiga 1. Bahasa Hukuman 2. Kawad Statik 1. Mengenal jenisjenis luka. 2. Lakonan merawat luka. 1. Bahasa Hukuman. 2. Kawad Dinamik 1. Tujuan pertolongan cemas. 2. Langkah awal perubatan. 3. Kecederaan yang sering berlaku. 1. Latihan kawad kaki secara statik. 1. Latihan kawad kaki secara dinamik. 1. Menerangkan cara-cara menggunakan Kit Pertolongan cemas. 2. Mengumpul maklumat dengan menyalin nota. 1. Latihan upacara BSMM. 2. Penerangan dan mengumpul maklumat dengan menyalin nota. 3. Latihan menggunakan anduh bagi membuat anduh besar, kecil dan segi tiga. 1. Latihan upacara BSMM. 1. Latihan upacara BSMM. 2. Penerangan dan membuat nota-nota. 3. Murid melakonkan caracara memberi rawatan. • Buku log Buku log Buku log Buku log Slaid Gambar & Video Buku log Slaid Pembentangan • Gambar & Video Buku log Slaid Pembentangan • Kit Pertolongan Cemas • Gambar & Video • Kain Anduh
RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH DATO’ BAHAMAN 8 9 10 11 Minggu Kesihatan Ikatan & Simpulan Tali Kraf Perkhemahan Pendidikan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah 1. Penjagaan Kebersihan diri. 2. Pertandingan melukis tentang penjagaan kebersihan diri. kepentingan, kegunaan ikatan dan jenis tali. 2. Jenis-jenis ikatan: 1. Merancang aktivitiaktiviti perhubungan, nilai-nilai kemanusiaan 1. Pengenalan kepada gajet. 2. Jenis-jenis Gajet. 2. Guru memberikan penerangan mengenai kepentingan dan menunjukkan demonstrasi kepada murid-murid. 3. Latihan ikatan. 1. Latihan upacara BSMM. 2. Penerangan kepada kegunaan, kepentingan gajet. 1. Latihan upacara BSMM. 2. Penerangan dan menyalin nota semua maklumat diberikan. 3. Menjalankan pertandingan menghasilkan grafik penjagaan kebersihan diri mengikut masa ditetapkan. 4. Guru akan menilai hasil murid. 1. Latihan upacara BSMM. 2. Penerangan guru kepada setiap ahli diminta membuat album bertemakan cogan kata • Slaid Pembentangan • Gambar & Video • Tali Buku log Slaid Pembentangan • Gambar & Video • Tali Buku log Slaid Pembentangan • Gambar & Video Buku log Slaid Pembentangan • Gambar & Video
RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH DATO’ BAHAMAN 1. Latihan upacara BSMM. 2. Melakukan aktiviti gotong-royong 3. Menghulurkan sumbangan kepada yang memerlukan 1. Latihan upacara BSMM. 2. Guru memberi taklimat menjawab soalan kuiz 3. Murid dikehendaki menjawab soalan kuiz. 12 13 14 15 Kuiz Malaysia Aktiviti Masyarakat Asas Pertolongan Cemas Asas Pertolongan Cemas 1. Masalah pernafasan. 1. Kuiz kefahaman 1. Pengenalan tajuk patah tulang. 2. Jenis-jenisd patah tulang. 1. Masyarakat Bertanggungjawab. 1. Latihan upacara BSMM. 2. Penerangan dan membuat nota-nota. BSMM. 1. Latihan upacara BSMM. 2. Penerangan dan membuat nota-nota. Kertas soalan Bahan-bahan Buku log Slaid Pembentangan • Gambar & Video • Peti pertolongan cemas Buku log Slaid Pembentangan • Gambar & Video • Peti pertolongan cemas • Kain Anduh • Buku Log • Alat gotong royong. • Duit Sumbangan
RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH DATO’ BAHAMAN Penggal 2 16 17 18 Pendaftaran Asas Pertolongan Cemas Pendidikan Palang Merah & Bulan Sabit Merah: 1. Keracunan 1. Ikatan , anduh & balutan. • Anduh kecil 1. Lambang BSMM Palang Merah & Kristal Merah. 2. Nyanyian Lagu BSMM. 3. Lafaz ikrar BSMM. 1. Pendaftaran ahli baharu. 2. Membuat bayaran yuran. 3. Pembahagian ahli kumpulan. 4. Pengenalan BSMM. 1. Sesi pengenalan kepada ahli baharu. 2. Membincangkan dan membentuk organisasi BSMM yang baharu. 3. Latihan upacara BSMM: • Melapor ahli BSMM. • Nyanyian Negaraku. • Nyanyian lagu Johor. 4. Lafaz ikrar BSMM. 1. Latihan upacara BSMM. 2. Mengenali lambang BSMM & Palang Merah. 3. Mengetahui sejarah BSMM. 1. Latihan upacara BSMM. 2. Penerangan dan menyalin nota. 3. Menjalankan aktiviti antara platun. 1. Latihan upacara BSMM. 2. Penerangan dan mengumpul maklumat Buku log Slaid Pembentangan Buku log. Slaid Pembentangan Video lagu. Gambar Buku log Slaid Pembentangan • Gambar & Video • Peti Pertolongan Cemas. Buku log Slaid Pembentangan
RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH DATO’ BAHAMAN 19 20 21 22 Asas Pertolongan Cemas Asas Pertolongan Cemas Asas Pertolongan Cemas: Pendidikan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Malaysia 2. Keracunan 1. Faktor terbakar Anduh besar Anduh segi tiga 2. Merancang aktivitiaktiviti perhubungan, nilai-nilai kemanusiaan dengan menyalin nota. 3. Latihan menggunakan anduh bagi membuat anduh besar, kecil dan segi tiga. 3. Latihan upacara BSMM. 4. Penerangan guru kepada setiap ahli diminta membuat album bertemakan cogan kata BSMM. 4. Latihan upacara BSMM. 5. Penerangan dan menyalin nota. 6. Menjalankan aktiviti antara platun. 1. Latihan upacara BSMM. 2. Penerangan dan menyalin nota. Kit Pertolongan cemas Buku Log Gambar & Video Slaid Pembentanga n Buku log Slaid Pembentangan • Gambar & Video • Bahan-bahan • Buku log • Slaid Pembentangan • Gambar & Video • Peti Pertolongan Cemas. • Kit Pertolongan Cemas • Gambar & Video • Kain Anduh
RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH DATO’ BAHAMAN 23 24 25 26 27 28 Ceramah Asas Kawad Kaki Asas Kawad Kaki Kraf Perkhemahan Perkhemahan Perkhemahan 1. Pertolongan Cemas. 1. Pertandingan kawad kaki. 1. Bahasa Hukuman 2. Kawad Statik 1. Ceramah daripada pensyarah BSMM. 1. Bahasa Hukuman. 2. Kawad Dinamik 3. Pengenalan kepada gajet. 4. Jenis-jenis Gajet. 1. Ceramah 2. Sesi soal jawab 1. Latihan kawad kaki secara statik. 1. Latihan kawad kaki secara dinamik. 3. Latihan upacara BSMM. 4. Penerangan kepada kegunaan, kepentingan gajet. 1. Latihan upacara BSMM. 2. Menjalankan pertandingan kawad kaki mengikut kumpulan. 1. Latihan upacara BSMM. 2. Menjalankan latihan pertolongan cemas asas. Buku Log Buku Log • Kit Pertolongan Cemas. Buku log. Slaid Pembentangan Video lagu Gambar Buku log Slaid Pembentangan • Gambar & Video • Tali
RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH DATO’ BAHAMAN 29 30 Kuiz Jamuan 1. Kuiz kefahaman 1. Jamuan akhir tahun. 2. Refleksi daripada guru dan murid. 1. Guru memberi taklimat menjawab soalan kuiz 2. Murid dikehendaki menjawab soalan kuiz 1. Latihan upacara BSMM. 2. Jamuan akhir tahun sebagai tanda kejayaan. 3. Guru memberikan ulasan keseluruhan. . Makanan dan minuman. Video & Gambar Kertas soalan
RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH DATO’ BAHAMAN 2.0 RUJUKAN Amzan Abd. Malek & Hazira Hamsah. (2007). Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia. Batu Caves: PTS Professional Sdn. Bhd. Hidayatul Akmar. (2002). Perancangan Tahunan PBSM. Dipetik pada 15 Ogos 2018 daripada https://www.slideshare.net/akmar05/perancangan-tahunan-pbsmp.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BSMM RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BSMM Unit Beruniform : BSMM Kelas : 4 Bismillah Hari : RABU Masa : 3.00pm – 4.00pm (1 jam) Tarikh : 12 September 2017 Bilangan : 30 Orang Aktiviti: 1. Ikatan 2. Asas pertolongan cemas Hasil pembelajaran: Diakhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat 1. Mempelajari ikatan tindih kasih, bukusila, bung ageti, simpul manuk dan ikat balak dengan betul dan sempurna 2. Mengetahui asas-asas pertolongan cemas dan dapat mengaplikasikannya ketika darurat. Langkah / Aktiviti Catatan masa Set Alatan: Lcd induksi - Nyanyain lagu BSSM 3.00 - 3.10 - (10minit) 1. Menayangkan murid dengan tayangan Alatan: tali. 3.10 - 3.25 video mengenai ikatan-ikatan asas Tali perlu dibawa (25minit) - Ikatan buku sila sendiri oleh murid. - Ikatan bunga geti - Ikatan simpul manuk
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BSMM 2. Guru akan menunjukkan cara dan langkah yang betul mengenai ikatan yang telah ditonton dalam tayangan video. 3. Setiap murid akan melalukan aktiviti ikatan tersebut dengan menggunakan tali masingmasing. Asas pertolongan cemas Alatan: kain anduh 3.25 – o Murid akan dibahagikan ke dalam 3.55 kumpulan yang mengandungi 5 orang (25minit) bagi setiap kumpulan. o Salah seorang dari setiap kumpulan akan menjadi mangsa. o Guru pembimbing akan menunjikkan contoh ‘’cpr’’ dan cara balutan anduh kecil dan anduh besar. o Murid-murid akan melaukan aktiviti tersebut sebagaimana yang telah ditunjukkan. Penutup 3.55 – - Quiz spontan. 4.00 - Bacaan doa. (5 minit) Refleksi sebelum pengajaran dan pembelajaran: ---------------------------------------------------------------------------------------------------- ----------------- ---------------------------------------------------------------------------------------------------- ----------------- Refleksi selepas pengajaran dan pembelajaran: ----------------------------- ---------------------------------------------------------------------------------------- ---------------------------------------------------------------------------------------------------- -----------------
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BSMM Catatan guru pembimbing: --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Catatan penyelia/ pensyarah pembimbing: -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------