The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL BAHASA MELAYU SK TAHUN 5 TEMA KESELAMATAN (SK PADANG BERAMPAH) - 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by KOLEKSI BUKU DIGITAL CHEKGU LK, 2022-03-17 03:17:44

MODUL BAHASA MELAYU SK TAHUN 5 TEMA KESELAMATAN (SK PADANG BERAMPAH)

MODUL BAHASA MELAYU SK TAHUN 5 TEMA KESELAMATAN (SK PADANG BERAMPAH) - 2021

Keywords: BM TAHUN 5,BAHASA MELAYU,MODUL PDPR BM

1

PERKARA SENARAI KANDUNGAN

MUKA SURAT

PENGENALAN 1
OBJEKTIF DAN SASARAN 2

MODUL PdPR BM 4 -7
1.4.4 KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR 8-11
2.5.2 KEMAHIRAN MEMBACA 12-16
3.5.2 KEMAHIRAN MENULIS 17-26
5.1.7 ASPEK TATABAHASA
27
RUMUSAN PENCAPAIAN MURID

2

PENGENALAN

Pandemik Covid 19 telah memberi kesan kepada sistem pendidikan di negara kita
dan terkini membawa kepada penutupan semua sekolah. Namun, ini bukan menjadi
penghalang kepada guru-guru untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab
dalam menyampaikan ilmu. Justeru itu, kami guru-guru BM SK Padang Berampah
berganding bahu menyediakan modul bagi melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran di rumah (PdPR) sebagai salah satu kaedah lain pembelajaran norma
baharu.

Penggunaan Modul juga sebagai salah satu kaedah pelaksanaan Pengajaran
dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) seperti yang disarankan oleh KPM bagi
memberi pilihan kepada guru dalam mengoptimumkan pembelajaran murid.

Selain itu, kaedah penggunaan Modul untuk PdPR adalah sebagai satu cara
bagi menjana kreativiti dan inovatif guru dalam menghasilkan bahan bantu
mengajar.

Modul pengajaran dan pembelajaran di rumah ini disediakan untuk murid-
murid tahun 5.Pemilihan tajuk dan aktiviti dalam modul ini dibina berdasarkan
DSKP tahun 5. Modul ini menjadi bahan sokongan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran murid-murid semasa di rumah (PdPR) sepanjang tempoh Perintah
Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), agar tidak berlaku keciciran dalam
pembelajaran. Guru juga boleh mendapatkan gambaran tentang prestasi murid
selepas sesi pdp dan mencadangkan aktiviti susulan yang bersesuian dengan
tahap penguasaan murid.

Semoga modul ini memberi manfaat khasnya kepada murid-murid tahun 5
supaya dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dari semasa ke
semasa.

3

1

OBJEKTIF

1. Bahan sokongan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran murid semasa di rumah
sepanjang PKPB agar tiada keciciran dalam
pembelajaran.

2. Membantu murid-murid untuk lebih
menguasai topik atau tajuk yang diberikan.

3. Membantu guru mengikuti perkembangan
prestasi murid dalam tempoh PKPB.

SASARAN

Modul ini disasarkan untuk murid-murid tahun 5

4

2

MODUL BAHASA MELAYU TAHUN 6
KEMAHIRAN MDESNKUPLIBSM TAHUN 5 TEMA 3:KESELAMATAN

TEMA / UNIT STANDARD STANDARD
KANDUNGAN PEMBELAJARAN

Tema 3: 1.4 Bertutur, berbual dan 1.4.4 Menyatakan permintaan
Keselamatan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara
tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber
Unit 7 : daripada pelbagai sumber menggunakan ayat yang
Keselamatan semasa dalam situasi formal dan gramatis dan bahasa badan
Bersukan tidak formal secara yang sesuai dalam situasi
bertatasusila. formal secara bertatasusila.
Tajuk :
Bersukan dengan 2.5 Membaca, memahami 2.5.2 Membaca, memahami,
Selamat dan menaakul untuk dan menaakul maklumat yang
memindahkan maklumat terdapat dalam bahan puisi
yang terdapat dalam dengan betul.
pelbagai bahan dengan
betul.

3.5 Mencatat maklumat yang 3.5.2 Mencatat maklumat yang
betul tentang sesuatu
perkara daripada pelbagai betul mengikut urutan daripada
pelbagai sumber.
sumber.

4.2 Mengujarkan bahasa 4.2.2 Mengujarkan cerita

yang indah dan dengan menggunakan bahasa
menggunakan bahasa yang indah untuk
badan secara kreatif semasa menyampaikan idea dengan

bercerita secara didik bahasa badan yang kreatif.
hibur.

5.1 Memahami dan 5.1.7 Memahami dan
menggunakan golongan kata menggunakan kata nafi, kata
dengan betul mengikut pembenar, kata arah, kata

konteks. bilangan mengikut konteks
dengan betul.

5

3

MODUL BAHASA MELAYU:KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

Sasaran Murid Tahun 5
Subjek
Kemahiran Bahasa Melayu
Tema
Unit Mendengar dan Bertutur
Tajuk
Standard Kandungan 3. Keselamatan
Standard Pembelajaran
7. Keselamatan Semasa Bersukan
Objektif
Bersukan dengan Selamat
Aktiviti Pembelajaran
1.4 Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan tentang
Penilaian
sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dalam situasi

formal dan tidak formal secara bertatasusila.

1.4.4 Kemahiran Bertutur (3.4.1 Kemahiran Menulis)

Menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada

pelbagai sumber menggunakan ayat yang gramatis dan

bahasa badan yang sesuai dalam situasi formal secara

bertatasusila

Pada akhir pembelajaran, murid dapat:

Menyatakan tiga daripada lima permintaan menggunakan
ayat yang gramatis dan bahasa badan yang sesuai secara
bertatasusila.

1. Murid meneliti teks dalam gambar dan menuturkan
dialog yang disediakan. (Kemahiran Bertutur)

2. Murid menyatakan permintaan berdasarkan teks
menggunakan ayat yang gramatis serta bahasa
badan yang sesuai dalam situasi formal.

3. Murid menulis panduan bersukan dengan selamat
seperti dalam Latihan 1. (Kemahiran Menulis)

4. Murid menuturkan dialog dan melengkapkan ayat
permintaan berdasarkan aspek keselamatan yang
disediakan seperti dalam Latihan 2 (Kemahiran
Menulis)

5. Murid menonton video cara menjaga keselamatan
ketika bersukan yang lain. (Penyerapan PKJR)
Pautan video : https://youtu.be/ZLbT_NLbEUg

6. Murid merumuskan isi pelajaran tentang bersukan
dengan selamat berdasarkan video yang ditonton.

Murid menyatakan ayat permintaan dengan menggunakan

ayat yang gramatis.

6

4

Nota Bahasa :

7

5

Latihan 1
Standard Pembelajaran : 1.4.4 Menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara
daripada pelbagai sumber menggunakan ayat yang gramatis dan bahasa badan yang
sesuai dalam situasi formal secara bertatasusila.
Arahan : Baca dan fahami teks berikut. Murid menulis panduan keselamatan semasa
bersukan dengan ayat yang gramatis.

8

6

Latihan 2
Standard Pembelajaran : 1.4.4 Menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara
daripada pelbagai sumber menggunakan ayat yang gramatis dan bahasa badan yang
sesuai dalam situasi formal secara bertatasusila.
Arahan : Lengkapkan dialog di bawah dengan ayat permintaan yang sesuai.

9

7

MODUL BAHASA MELAYU:KEMAHIRAN MEMBACA

Sasaran Murid Tahun 5
Subjek
Kemahiran Bahasa Melayu
Tema
Unit Membaca
Tajuk
Standard Kandungan 3. Keselamatan

Standard Pembelajaran 7. Keselamatan Semasa Bersukan

Objektif Keselamatan Amalan Bersama

Aktiviti Pembelajaran 2.5 Membaca, memahami dan menaakul untuk

Penilaian memindahkan maklumat yang terdapat dalam pelbagai

bahan dengan betul.

2.5.2 Kemahiran Membaca (3.4.1 Kemahiran Menulis)

Membaca, memahami dan menaakul maklumat yang terdapat

dalam bahan puisi dengan betul

Pada akhir pembelajaran, murid dapat:

Menaakul enam maklumat yang terdapat dalam bahan puisi

dengan betul.

1. Murid melafazkan pantun berkait. Story Telling
(Ceritakannya) (Kemahiran Membaca)

2. Murid membaca dan memahami puisi, serta
memberikan maksud puisi dalam bentuk peta buih
(peta i-think) (Kemahiran Membaca)(kemahiran
menulis)

3. Murid menyenaraikan kepentingan menjaga
keselamatan semasa bersukan berdasarkan puisi.
(Kemahiran Membaca).

4. Murid menulis teks puisi secara mekanis dengan betul
dan kemas. (Kemahiran Menulis).

5. Murid merumuskan isi pelajaran tentang keselamatan
amalan bersama dengan bimbingan guru.

Menaakul enam maklumat yang terdapat dalam bahan puisi

dengan betul.

Selamat belajar
murid-murid.

10

8

KESELAMATAN AMALAN BERSAMA

Keli limbat bercorak kain,
Berjalur di dada ikan ketuka;
Padang tempat murid bermain,
Harus waspada setiap ketika.

Berjalur di dada ikan ketuka,
Berenang-renang di laut tenang;
Harus waspada setiap ketika,
Walau di padang atau gelanggang.

Berenang-renang di laut tenang,
Terang cahaya ombak berbisik;
Walau di padang atau di gelanggang,
Alatan bahaya jangan diusik.

Terang cahaya ombak berbisik,
Bayu tenang di tengah laut;
Alatan bahaya jangan diusik,
Tingginya tiang usah digayut.

Bayu tenang di tengah laut,
Matahari jatuh samudera surut;
Tingginya tiang usah digayut,
Arahan dipatuh aturan diturut.

Matahari jatuh samudera surut,
Tanda alamat malam menjelma;
Arahan dipatuh aturan diturut,
Murid selamat gembira bersama.

11

9

Standard Pembelajaran : 2.5.2 Membaca, memahami, dan menaakul maklumat yang

terdapat dalam bahan puisi dengan betul.

Aktiviti 1

Arahan :Murid melafazkan pantun dengan intonasi yang betul.

Aktiviti 2 :Berikan maksud setiap rangkap pantun dalam bentuk peta buih di bawah.
Arahan

MAKSUD
RANGKAP
. PANTUN

Aktiviti 3
Senaraikan tiga kepentingan menjaga keselamatan semasa bersukan.

I. __________________________________________________________________________
II. __________________________________________________________________________
III. __________________________________________________________________________

12

10

IV.

Aktiviti 4
Berdasarkan buku teks, lengkapkan pantun di
bawah ini.

KESELAMATAN AMALAN BERSAMA
________________________
________________________
Padang tempat murid bermain,
Harus waspada setiap ketika.

Berjalur di dada ikan ketuka,
Berenang-renang di laut tenang
___________________________.
____________________________

Berenang-renang di laut tenang,
___________________________
___________________________

Alatan bahaya jangan diusik.
_____________________,
Bayu tenang di tengah laut;
Alatan bahaya jangan diusik,
_________________________.

_________________________,
Matahari jatuh samudera surut;
Tingginya tiang usah digayut,
Arahan dipatuh aturan diturut.
Matahari jatuh samudera surut,
Tanda alamat malam menjelma;
Arahan dipatuh aturan diturut,
_________________________.

13

11

MODUL BAHASA MELAYU:KEMAHIRAN MENULIS

Sasaran Murid Tahun 5
Subjek Bahasa Melayu
Kemahiran Menulis
Tema 3. Keselamatan
Unit
Tajuk 7. Keselamatan Semasa Bersukan
Standard Kandungan
Waspada Diri
Standard Pembelajaran 3.5 Mencatat maklumat yang betul tentang sesuatu perkara
daripada pelbagai sumber
Objektif 3.5.2 Mencatat maklumat yang betul mengikut urutan
daripada pelbagai sumber.
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat;

1. Mencatat sekurang-kurangnya 3 maklumat yang betul
daripada pelbagai sumber.

2. Menyusun sekurang-kurangnya 3 maklumat dengan
urutan yang betul.

Aktiviti Pembelajaran 1. Murid membaca dan memahami maklumat yang
Penilaian terdapat dalam teks dan gambar.

2. Murid mencatat maklumat berdasarkan bahan grafik
Murid membuat latihan menyusun maklumat dengan
urutan yang betul berdasarkan bahan grafik.

Penilaian di buat berdasarkan hasil kerja murid.

14

12

Latihan 1
Standard Pembelajaran : 3.5.2 Mencatat maklumat yang betul mengikut urutan daripada
pelbagai sumber.
Arahan :Catatkan apa-apa maklumat berkaitan dengan gambar di bawah tentang taklimat
permainan futsal.

1. _______________________________________________________
_______________________________________________________
_______________________________________________________

2. _______________________________________________________
_______________________________________________________
_______________________________________________________

3. _______________________________________________________
_______________________________________________________
_______________________________________________________

4. _______________________________________________________
_______________________________________________________
_______________________________________________________

5. _______________________________________________________
_______________________________________________________
_______________________________________________________

15

13

Latihan 2

Standard Pembelajaran : 3.5.2 Mencatat maklumat yang betul mengikut urutan daripada

pelbagai sumber.

Arahan : Catatkan maklumat di bawah mengikut urutan yang betul.

TAKLIMAT PERMAINAN FUTSAL

Pakai pad kaki untuk keselamatan Pakai kasut yang bertapak rata
tulang kering untuk keselamatan kaki

Minum air untuk mengelakan
penghidratan

lakukan aktiviti pemanasan untuk Elakkan memegang, menolak atau
mengelakkan kekejangan menerjah pihak lawan

1. ________________________________________________________________
________________________________________________________________

2. ________________________________________________________________
________________________________________________________________

3. ________________________________________________________________
________________________________________________________________

4. ________________________________________________________________
________________________________________________________________

5. ________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________

16

14

Latihan 3

Standard Pembelajaran : 3.5.2 Mencatat maklumat yang betul mengikut urutan daripada

pelbagai sumber.

Arahan :Catatkan dan susun maklumat berdasarkan gambar di bawah tentang

persediaan sebelum, semasa dan selepas melakukan aktiviti senaman.

1. ________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________

2. ________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________

3. ________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________

17

15

4. ________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________

5. ________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________

6. ________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________

18

16

MODUL BAHASA MELAYU:ASPEK TATABAHASA

Sasaran Murid Tahun 5
Subjek
Aspek Bahasa Melayu
Tema
Unit Tatabahasa
Tajuk
Standard Kandungan 3.Keselamatan
Standard Pembelajaran
Objektif 7.Keselamatan semasa bersukan

Aktiviti Pembelajaran Keselamatan semasa bersukan

Penilaian (Kata nafi, kata pembenar, kata arah dan kata bilangan)

5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata dengan
betul mengikut konteks.
5.1.7 Memahami dan menggunakan kata nafi, kata
pembenar, kata arah, kata bilangan, mengikut konteks
dengan betul.
Pada akhir pembelajaran, murid dapat:

i. Mengelaskan kata nafi, kata pembenar, kata arah

dan kata bilangan dalam borang grafik dengan betul.

ii. Menggunakan golongan kata yang dipelajari melalui

latihan mengisi tempat kosong, gariskan dan memilih

penggunaan ayat mengikut konteks yang betul.

1. Murid membaca nota bahasa untuk memahami
golongan kata yang dipelajari atau merujuk buku teks
BM halaman 50 dan 51.

2. Murid juga boleh menonton video di pautan berikut
sebagai bahan rujukan tambahan.
https://youtu.be/bukHhGRIVQs
https://youtu.be/jlbyrHHQaQk
https://youtu.be/anASfsIoosM

3. Murid menjawab pelbagai bentuk soalan pada
lembaran kerja yang di berikan seperti:
➢ Latihan 1:Mengelaskan golongan kata tersebut
dalam borang grafik (jadual).
➢ Latihan 2 :Memilih ayat yang betul dan salah.
➢ Latihan 3 :Menggariskan kata bilangan yang
sesuai pada ayat.
➢ Latihan 4 dan 5 :Mengisi tempat kosong
berdasarkan ayat dan gambar.

Menjawab pelbagai latihan soalan tentang golongan kata

seperti kata kata nafi, kata pembenar, kata arah dan kata

bilangan dengan betul.

19

17

NOTA BAHASA

Kata nafi ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan
dan menidakkan sesuatu pernyataan pada ayat.

KATA NAFI

TIDAK BUKAN

Menafikan Frasa Kerja Menafikan Frasa Nama
dan Frasa Adjektif dan Frasa Sendi Nama

Kata Nafi Contoh Ayat
Tidak 1. Sungai di belakang rumah saya tidak dalam sangat.

2. Maklumat itu tidak benar.

3. Faizal tidak hadir ke sekolah kerana dia selsema.

Bukan 1. Baju itu bukan untuk Adlyna, tetapi untuk adiknya.
2. Kereta itu bukan buatan Jepun tetapi buatan Malaysia.

3. Buku yang ayah beli itu bukan buku cerita kanak-kanak.

20

18

NOTA BAHASA

Kata Pembenar ialah perkataan yang digunakan
untuk menegaskan sesuatu perkara atau mengesahkan
sesuatu pertanyaan.

KATA PEMBENAR

YA BENAR BETUL

Kata Pembenar Contoh ayat
Ya 1. Ya, saya yang menelefon kamu tadi.

Benar 2. “ Ya, saya akan datang lusa,” kata Zuhairie kepada
Betul Hamdan.

1. Benar, dialah yang menolong saya semalam.

2. Benar, dialah yang melukis lukisan itu.

1. “Betul, begitulah caranya memotong bawang,” kata
ibu kepada adik.

2. Betul, kalau tidak percaya, tanyalah neneknya.

21

19

NOTA BAHASA

Kata bilangan ialah kata yang digunakan untuk
menghitung sesuatu.

Kata bilangan Bilangan Kata bilangan
tingkat Kardinal tak tentu
(Kata bilangan
tentu )

Jenis Kata
Bilangan

Kata bilangan Kata Bilangan
pisahan Himpunan

Kata Bilangan
Pecahan

Kata Bilangan

01. Kata Bilangan Kardinal (Kata bilangan tentu)
Contohnya :Satu, lima, sepuluh, seratus, seribu, dua juta

02. Kata bilangan tak tentu
Contohnya :beberapa, para, segala, semua

03. Kata bilangan pisahan
Contohnya : masing-masing, setiap, dan tiap-tiap

04. Kata bilangan pecahan
Contohnya :suku, setengah, dua pertiga, enam persepuluh

05. Kata bilangan himpunan
Contohnya :berbagai-bagai, berjenis-jenis, kedua-dua

06. Kata bilangan tingkat
Contohnya :pertama, kedua , ketiga

22

20

NOTA BAHASA

Kata arah ialah kata yang digunakan untuk menunjukkan
arah seseorang atau sesuatu.
perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan selepas kata
sendi nama.

KATA ARAH

Contoh-contoh Kata Arah

atas bawah tepi antara
timur
luar utara selatan barat
samping
puncak dalam tengah sudut

sisi penjuru hujung
pinggir hulu seberang

23

21

Latihan 1

Standard Pembelajaran :

5.1.7 Memahami dan menggunakan kata nafi, kata pembenar, kata arah, dan kata bilangan
mengikut konteks yang betul.

Arahan : Kelaskan perkataan yang diberikan di bawah ini dalam jadual tersebut.

Hujung Ya Seribu Sudut betul

Tidak Segelintir Dalam Separuh utara

Sisi Benar Kedua Bukan Tiap-tiap

KATA NAFI KATA PEMBENAR KATA ARAH KATA BILANGAN

24

22

Latihan 2

Standard Pembelajaran :

5.1.7 Memahami dan menggunakan kata nafi, kata pembenar, kata arah, dan kata bilangan
mengikut konteks yang betul.

Arahan :Tandakan ( / ) pada ayat yang betul dan ( X ) pada ayat yang salah penggunaan kata
nafi dan kata pembenar yang digariskan.

Syanaz bukan pergi ke padang menjalani latihan hoki kerana demam
1. Syanaz bukan pergi ke padang menjalani latihan hoki kerana demam.

2. Ya, saya hendak mencari kasut sukan untuk anak saya.
3. Kasut pemain bola sepak bukan sama dengan kasut pelumba lari.

4. Betul, sayalah yang masuk ke bilik peralatan sukan tanpa kebenaran guru.

5. Penjaga gol itu tidak dapat menangkap tendangan bola dengan baik.

6. Adilah kecewa kerana tidak mendapat tempat pertama dalam acara lari 100
meter.

7. Betul, dia sangat menghormati jurulatih pasukan hokinya.

8. Darina memakai pad kaki semasa bermain futsal supaya tulang kering
bukan tercedera.

25

23

Latihan 3

Standard Pembelajaran :

5.1.7 Memahami dan menggunakan kata nafi, kata pembenar, kata arah, dan kata bilangan
mengikut konteks yang betul.

Arahan : Garis kata bilangan yang sesuai dalam ayat-ayat di bawah.

1. ( Semua / Pertama ) penonton berdiri dan bersorak untuk memberikan sokongan kepada
atlet rumah sukan masing-masing.

2. Murid-murid 5 Gemilang bekerjasama membersihkan kelas mereka ( setengah / setiap )
hari.

3. Murid-murid berbaris mengikut kelas ( tiap-tiap / masing-masing ) semasa perhimpunan.

4. (Seluruh / Para ) tetamu dijemput ke kantin untuk menikmati hidangan selepas acara
sukan selesai.

5. Hanya ( lima / puluhan ) orang murid yang melepasi saringan dalam acara larian itu.

6. Sejak ( segala / beberapa ) hari yang lalu, Hanim sangat sibuk menjalani latihan sukan.

26

24

Latihan 4

Standard Pembelajaran :

5.1.7 Memahami dan menggunakan kata nafi, kata pembenar, kata arah, dan kata bilangan

mengikut konteks yang betul.

Arahan : Isi tempat kosong dengan kata arah yang betul.

1 Encik Zulkifli berasa gementar untuk menyampaikan ucapan di
____________ khalayak ramai.

2 Pelari itu berlari dengan pantas meninggalkan pesaingnya jauh
di________________nya.

3 Ah Chong menghalang Ah Seng yang sedang menjaringkan
bola ke ___________ jaring itu.

4 Pengadil yang berada di ___________ padang itu telah meniupkan
wisel dan kemudian mengangkat kad merah kepada pemain yang
melanggar peraturan permainan.

5 Peralatan sukan mesti disimpan di ___________stor sukan dengan
kemas selepas digunakan.
27

25

Latihan 5
Arahan: Lengkapkan ayat di bawah ini dengan menggunakan kata nafi, kata pembenar, kata arah

dan kata bilangan yang diberi.

tidak atas tepi penjuru bukan

Benar pertama Semua Betul Sebahagian

1. Khemah-khemah untuk setiap rumah sukan akan didirikan di _________ padang sekolah
semasa Hari Sukan nanti.

2. ___________________ daripada peserta yang hadir dalam ceramah keselamatan itu ialah
murid-murid tahun 5 dari Sekolah Kebangsaan Padang Berampah.

3. “Jurulatih____________memarahi kita tetapi menasihati supaya kita berhati-hati ketika
menendang bola agar tidak berlaku kecederaan semasa dalam latihan.” Kata Azman
kepada Azlan.

4. ___________________guru dan murid bertungkus lumus untuk memastikan kejayaan
kejohanan sukan tersebut.

5. “______________, merekalah yang membaiki peralatan sukan yang rosak itu,” kata Hanis
kepada Siti.

6. Murid-murid__________________ dibenarkan berkeliaran di kawasan padang semasa
acara sukan dijalankan.

7. “________________, begitulah caranya menangkis serangan dengan menggunakan pad
kaki,” kata jurulatih pasukan hoki itu kepada Zarul.

8. Piala-piala untuk para pemenang dalam kejohanan sukan itu tersusun dengan rapi di
_________________ meja di khemah utama.

9. Murid yang menyertai acara sukan perlu berada di khemah peserta yang dipasang di
___________________ kiri padang.

10. Semasa kejohanan berlangsung, perkara _______________ yang diberikan perhatian oleh
guru ialah aspek keselamatan murid.

28

26

RUMUSAN PENCAPAIAN MURID

*Ruang ini akan diisi oleh guru.

29

27


Click to View FlipBook Version