The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH PENULISAN BAHAGIAN B BINA ULASAN SOALAN CARTA PAI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by KOLEKSI BUKU DIGITAL CHEKGU LK, 2022-04-07 03:33:59

BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH PENULISAN BAHAGIAN B BINA ULASAN SOALAN CARTA PAI

BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH PENULISAN BAHAGIAN B BINA ULASAN SOALAN CARTA PAI

PENULISAN BAHAGIAN B
TUISYEN SIARAN LANGSUNG BERSAMA DENGAN CHEKGU LK

Apakah yang ANDA akan pelajari hari ini?

Format Ulasan Teknik Menjawab
Panduan Pemarkahan POPULAR

Jenis Bahan Cadangan Cara
Rangsangan Menjawab

Contoh soalan Carta Pai

Penulisan Bahagian B Cara Menjawab :
Tiada had
Jawapan ditulis
dalam perenggan Pemarkahan :
15 markah
50 – 80 patah
perkataan Masa Menjawab :
25 minit

PANDUAN PEMARKAHAN ULASAN

CEMERLANG Ulasan idea sangat jelas, Penggunaan ayat yang gramatis,
(12 – 15 markah) tersusun, dan menarik kosa kata luas, ejaan dan tanda baca
serta dapat memberikan yang betul
BAIK pendapat berdasarkan
(8 – 11 markah) Idea bahan rangsangan Penggunaan ayat yang
menepati gramatis, kosa kata
MEMUASKAN tugasan Ulasan idea jelas, baik dan sesuai
(4 – 7 markah) tersusun, dan menarik
serta masih dapat Penggunaan yang Terdapat
PENCAPAIAN memberikan pendapat kurang gramatis, kosa beberapa
TAHAP MINIMUM berdasarkan bahan kata sederhana tetapi kesalahan
rangsangan masih sesuai dengan ejaan dan
(1 – 3 markah) bahan rangsangan tanda baca
Idea masih Ulasan idea ringkas dan
menepati mudah
tugasan

Idea Ulasan idea kurang / tidak Kata dan ayat yang Tidak
kurang / menepati tugasan kurang menepati menguasai
tidak tugasan, kosa kata kemahiran
menepati terhad / tidak sesuai penggunaan
tugasan dengan bahan ejaan dan
rangsangan tanda baca

Jenis Bahan Rangsangan

❑Gambar tunggal
❑Gambar bersiri
❑Carta pai
❑Peta minda
❑Poster
❑Carta
❑Iklan
❑Teks
❑Bahan sastera

Teknik Menjawab POPULAR

PASDAK

Pendahuluan – Antaranya – Selain itu
– Di samping itu – Akhir sekali –
Kesimpulannya

PASSAK

Pendahuluan – Antaranya – Selain itu
– Seterusnya – Akhir sekali –
Kesimpulannya

Cadangan Cara Menulis Ulasan

PPerenggan 1 Ayat 1 – Ayat soalan baris 1 (diubah sedikit)

(Pendahuluan) 2 ayat Ayat 2 – Penegasan kehendak soalan (isi)

A Antaranya, Isi Tersurat
+
Perenggan 2 S Selain itu,
(Isi) D Di samping itu, Isi Tersirat

A Akhir sekali, Jumlah isi
bergantung
dengan bahan

Perenggan 3 K 1 ayat - Teknik CAHAP
(Penutup) Cadangan + Harapan +
Peribahasa

CCoonnttoohh SSooaallaann CCaarrttaa PPaaii

Gambar di bawah ini menunjukkan poster Teknik Amalan Menabung.
Tulis ulasan tentang teknik amalan menabung dalam bentuk perenggan.

Pendahuluan

Gambar di bawah ini menunjukkan poster Teknik Amalan Menabung.
Tulis ulasan tentang teknik amalan menabung dalam bentuk perenggan.
Panjangnya ulasan anda ialah 50 hingga 80 patah perkataan.

PPerenggan 1 2 ayat Ayat 1 – Ayat soalan baris 1 (diubah sedikit)
Ayat 2 – Penegasan kehendak soalan (isi)
(Pendahuluan)

Gambar tersebut menunjukkan poster
Kebaikan Amalan Menabung. Terdapat
beberapa teknik amalan menabung.

Isi

Antaranya, kita hendaklah peruntukkan sebanyak 55
peratus untuk keperluan terlebih dahulu agar dapat
membahagikan wang tabungan kepada tujuan tertentu. Selain itu,
sebanyak 10 peratus wang diperuntukkan untuk simpanan jangka
masa panjang begitu juga bagi tujuan membiayai kos pelajaran
tanpa bergantung kepada ibu bapa. Di samping itu, wang tabungan
juga diperuntukkan 10 peratus untuk kecemasan dan 10 peratus
lagi untuk perbelanjaan luar jangka kerana malang tidak berbau.
Akhir sekali, peruntukkan sebanyak lima peratus untuk tujuan
kebajikan membantu mereka yang memerlukan kelak.

Penutup

K 1 ayat - Teknik CAHAP
Cadangan + Harapan + Peribahasa

Kesimpulannya, kita hendaklah mengamalkan
amalan menabung agar dapat menjamin masa depan
seperti peribahasa Melayu sediakan payung sebelum
hujan.

Contoh jawapan penuh

Gambar tersebut menunjukkan poster Kebaikan Amalan Menabung.
Terdapat beberapa teknik amalan menabung.

Antaranya, kita hendaklah peruntukkan sebanyak 55 peratus untuk
keperluan terlebih dahulu agar dapat membahagikan wang tabungan
kepada tujuan tertentu. Selain itu, sebanyak 10 peratus wang
diperuntukkan untuk simpanan jangka masa panjang begitu juga bagi
tujuan membiayai kos pelajaran tanpa bergantung kepada ibu bapa. Di
samping itu, wang tabungan juga diperuntukkan 10 peratus untuk
kecemasan dan 10 peratus lagi untuk perbelanjaan luar jangka kerana
malang tidak berbau. Akhir sekali, peruntukkan sebanyak lima peratus
untuk tujuan kebajikan membantu mereka yang memerlukan kelak.

Kesimpulannya, kita hendaklah mengamalkan amalan menabung
agar dapat menjamin masa depan seperti peribahasa Melayu sediakan
payung sebelum hujan.

Terima kasih semua !


Click to View FlipBook Version