KATA GANDA
CIKGU NURLISA BINTI KAMBA
@ CHEKGU LK
APAKAH YANG AKAN DIPELAJARI?
01. DEFINISI KATA GANDA
02. JENIS KATA GANDA
03. KEKELIRUAN ANTARA KATA GANDA & KATA MAJMUK
01. DEFINISI KATA
GANDA
Definisi kata ganda
Bentuk yang dihasilkan dengan
menggandakan atau mengulang kata
dasar yang diulang secara seluruh/pada
bahagian-bahagian tertentu dengan
imbuhan atau tanpa imbuhan.
Tatabahasa Dewan Edisi Dewan Edisi Bahasa (Nik Safiah Karim)
02. JENIS KATA
GANDA
Jenis kata ganda Kata Ganda Separa
Kata Ganda Berimbuhan
Kata Ganda Seluruh / Penuh
Kata Ganda Berentak / Berirama
Kata ganda seluruh /
penuh
Kata ganda seluruh / penuh
Kata ganda seluruh / penuh
melibatkan seluruh kata dasar
yang diulang atau digandakan
tanpa sebarang perubahan
bentuk.
Kata ganda seluruh / penuh
Contoh :
KATA NAMA KATA KERJA KATA ADJEKTIF
kasut-kasut pusing-pusing cantik-cantik
murid-murid geleng-geleng panjang-panjang
merah-merah
rumah- gelak-gelak
rumah
Kata ganda seluruh / penuh
Kata ganda ada yang
bermaksud jamak, tunggal,
atau kedua-duanya.
Kata ganda seluruh / penuh
Contoh : MAKNA JAMAK MAKNA
banyaknya api TUNGGAL
PENGAND
AAN sejenis serangga
api-api
kuda-kuda banyaknya kuda kayu penyangga
anak-anak ramainya anak mainan
Kata ganda separa
Kata ganda separa
Kata ganda separa ialah kata ganda
yang mengalami pengulangan suku
kata pertama pada kata asalnya.
Selain itu, bunyi vokal pada suku kata
pertama berubah menjadi vokal yang
dilambangkan dengan huruf e.
Kata ganda separa
KATA KATA GANDA KATA GANDA
DASAR SEPARA
layang layang-layang lelayang
kuda-kuda kekuda
kuda tupai-tupai tetupai
tupai siku-siku sesiku
siku bola-bola bebola
bola jari-jari jejari
jari langit-langit lelangit
langit
Kata ganda separa
Namun begitu, terdapat juga
pembentukan istilah baru dalam
kata ganda separa ini seperti
pepejal, cecair, tetuang dan
sesendi.
Kata ganda berentak
/ berirama
Kata ganda berentak / berirama
Kata ganda berentak / berirama
merupakan proses menggandakan kata
dasar mengikut rentak bunyi tertentu
dalam kata dasar tersebut. Seluruh
kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi
tertentu diulang.
Kata ganda berentak / berirama
Kata ganda ini terbahagi kepada tiga, iaitu :
JENIS KATA CONTOH CONTOH AYAT
GANDA
persamaan bunyi kuih-muih, Kuih-muih itu terhidang di
di hujung lauk-pauk atas meja.
batu-batan,
persamaan bunyi gotong-royong Aktiviti gotong-
di pangkal royong akan diadakan
kusut-masai, esok.
persesuaian bunyi simpang-siur Rambutnya kusut-
keseluruhan masai kerana ditiup angin.
Kata ganda
berimbuhan
Kata ganda berimbuhan
Kata ganda berimbuhan ialah
kata ganda yang menerima
imbuhan sama ada awalan,
apitan, sisipan, atau akhiran.
Kata ganda berimbuhan
IMBUHAN CONTOH KATA GANDA BERIMBUHAN
melayang-layang, bermain-main,
Awalan
menjerit-jerit, tergaru-garu, berkotak-kotak
bertolak-tolakan, bersalam-salaman,
Apitan
setidak-tidaknya, kebiru-biruan
tulang-temulang,turun-temurun,
Sisipan
gilap-gemilap
wangi-wangian, tumbuh-tumbuhan,
Akhiran
ubat-ubatan
0K3E.KELIRUAN ANTARA KATA
GANDA & KATA MAJMUK
Kekeliruan kata ganda & kata majmuk
Kata ganda –
ditandai tanda sempang kecuali kata
ganda separa.
Kata majmuk –
tidak ditandai tanda sempang tetapi
ada yang ditulis rapat dan jarak.
Jom semak ejaan
semak-samun gotong-royong
semak samun gotong royong
bukit-bukau jimat-cermat
bukit bukau jimat cermat
Dia digelar ______________ oleh rakan-rakannya
kerana suka meminjam pakaian orang lain untuk
dipakai.
A paru-paru C pijat-pijat
B dekak-dekak D umang-umang
Menurut hikayat, guruh berdentam-dentum dan
kilat ______________ mengiringi kelahiran putera
raja itu.
A gelap-gelita C memancar-mancar
B berkelip-kelip D sabung-menyabung
Budak nakal itu berlari ______________ setelah
dikejar oleh seekor anjing liar di lorong itu.
A haru-biru C hiruk-pikuk
B bolak-balik D pontang-panting
Permukaan jalan yang ______________ selepas hujan
lebat menyebabkan pengguna jalan raya memandu
kenderaan mereka dengan ______________.
A licin-licau …. berhati-hati
B simpang-siur …. berkira-kira
C lekak-lekuk …. berpada-pada
D bengkang-bengkok …. berjaga-jaga