PANDUAN DAN ARAHAN
1. Baca dan faham arahan soalan sebelum menjawab latihan ini .
2. Tandakan jawapan kamu dalam buku Latihan .
3. Kamu hanya perlu menanda jawapan sahaja , soalan tidak perlu ditulis
/disalin .
4. Sila buat latihan mengikut tarikh yang ditetapkan di bahagian atas helaian
kertas soalan .
5. Hantar buku latihan kamu dipondok jaga pada atau sebelum 9/12 /2021
untuk disemak dan dibuat penilaian .
6. Ibu bapa sila pastikan anak tuan puan dapat menyiapkan tugasan diberi
dan hantar kepada saya.
1 TAHUN 3
Hari : ISNIN
Tarikh : 29 /11/2021
PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)
PENILAIAN SUMATIF (MORFOLOGI / SINTAKSIS)
TAHUN TIGA - MODEL SATU - 2021
Nama Murid: _________________________________________________________________________________
Kelas: _________________________________________________________________________________
BAHASA MELAYU - PBD (MORFOLOGI / SINTAKSIS) M1 - 2021
Bahagian A
Model Satu - 2021
JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas peperiksaan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.
2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.
3. Bagi Bahagian A, setiap soalan diikuti oleh tiga pilihan jawapan A, B dan C atau empat
pilihan jawapan A, B, C dan D. Antaranya, ada satu jawapan sahaja yang betul. Pilih
jawapan yang betul itu. Kemudian, tandakan jawapan kamu itu dengan menghitamkan
ruangan pada kertas jawapan tersebut. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan
tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.
Model Satu © MRS/2021 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) [Lihat halaman sebelah
SULIT
2 TAHUN 3
Kertas Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) ini mengandungi tujuh (7) halaman bercetak.
5.1 Memahamai fungsi dan menggunakan golongan kata mengikut konteks. Bahagian A
5.2 Memahami dan menggunakan pembentukan kata mengikut konteks. [25 markah]
5.3 Memahami dan membina ayat mengikut konteks.
Soalan 1 hingga Soalan 21
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
Soalan 1 berdasarkan gambar 1 Adik menangis __________ kerana giginya sakit.
1 A terliur-liur
B teresak-esak
C tersedak-sedak
D ternganga-nganga
Gambar 1
Soalan 2 dan soalan 3 berdasarkan gambar 2
2 Anjing jiran Leong __________ apabila terlihat orang
yang tidak dikenali.
A mencicit-cicit
B mengiau-ngiau
C menyalak-nyalak
D mengembek-ngembek
Gambar 2
3 Seorang kanak-kanak cedera parah akibat __________ seekor anjing liar di Shah
Alam baru-baru ini.
A digigit
B dikejar
C disalak
Soalan 4 berdasarkan gambar 3 Ayam kampung itu tinggal di _________ reban.
4 A sisi
B tepi
Gambar 3 C atas
D dalam
Model Satu © MRS/2021 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) [Lihat halaman sebelah
SULIT
3 TAHUN 3
Soalan 5 berdasarkan gambar 4
5 Adam termakan nasi ayam yang sudah __________.
A basi
B busuk
C masam
Gambar 4
6 Emak mengganti langsir rumahnya kerana warna langsir itu sudah __________.
A gelap
B cerah
C pudar
D terang
Soalan 7 berdasarkan gambar 5 “Pada setiap hari Rabu, __________ menghadiri aktiviti
kokurikulum di sekolah,” kata Azwar dan adiknya.
7
A dia
Gambar 5 B kami
C awak
D mereka
8 Pengawal keselamatan itu telah kehilangan se __________ kunci pejabat.
A buah
B papan
C jambak
D genggam
Soalan 9 dan soalan 10 berdasarkan gambar 6
9 Posmen itu hendak memasukkan se __________ surat
ke dalam peti surat di rumah Puan Azida.
A helai
B pucuk
C lembar
D naskhah
Gambar 5
10 Puan Azida menerima surat itu __________ anaknya yang tinggal di Mersing.
A dari
B pada
C kepada
D daripada
Model Satu © MRS/2021 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) [Lihat halaman sebelah
SULIT
4 TAHUN 3
Soalan 11 dan soalan 12 berdasarkan gambar 7
11 Empat ekor ___________ telah ditemui di dalam bekas
plastik yang berisi air itu.
A jejentik
B rerama
C lelabah
D pepatung
Gambar 7
12 Kami __________ membersihkan kawasan tempat pembiakan nyamuk aedes.
A berdolak-dalik
B bersimpang-siur
C berpindah-randah
D bergotong-royong
Soalan 13 berdasarkan gambar 8
13 __________ mereka berbaris di luar dewan itu?
A Apakah
B Siapakah
C Mengapakah
D Bagaimanakah
Gambar 8
Soalan 14 dan soalan 15 berdasarkan gambar 9
14 Kucing-kucing itu manja _________ dengan Suraya.
A agak
B benar
C paling
D terlalu
Gambar 9
15 Sehubungan itu, Suraya juga sangat sayang __________ kucing-kucingnya itu.
A oleh
B akan
C pada
Soalan 16 dan soalan 17 berdasarkan gambar 10
16 Pak Cik Samad __________ jalanya ke dalam sungai.
A melabuhkan
B menebarkan
C membalingkan
D membuangkan
Gambar 10
Model Satu © MRS/2021 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) [Lihat halaman sebelah
SULIT
5 TAHUN 3
17 Jika tidak turun ke sungai, Pak Cik Samad akan __________ bahagian jalanya
yang terkoyak.
A menyirat
B menenun
C menyulam
D menampung
Soalan 18 berdasarkan gambar 11
18 Aliff Satar _____________ simbal dan dram mengikut
rentak lagu yang rancak itu.
A memetik
B memukul
C menghayun
Gambar 11
Soalan 19 berdasarkan gambar 12
19 Pak Cik Wahid __________ bekerja di kebun sayurnya
sepanjang hari.
A mandi peluh
B mandi kerbau
C mandi lumpur
Gambar 12
Soalan 20 berdasarkan gambar 13
20 Nur Atikah Husna memang suka bercakap. Dia digelar
__________ oleh kakaknya.
A buah mulut
B berat mulut
C mulut murai
D mulut buaya
Gambar 13
Soalan 21 berdasarkan gambar 14
21 Keluarga Encik Lim mengamalkan sikap __________
untuk membersihkan kawasan rumah mereka.
A ringan tulang
B bekas tangan
C dalam tangan
D langkah kanan
Gambar 14
Model Satu © MRS/2021 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) [Lihat halaman sebelah
SULIT
6 TAHUN 3
Soalan 22 dan 23
Pilih perkataan seerti (sinonim) dengan perkataan yang bergaris.
22 Hang Tuah merupakan pahlawan Melayu yang sangat terbilang dan amat terkenal
di negeri Melaka.
A terkaya
B terbesar
C tertangkas
D termasyhur
23 Puan Kamariah merendam sarung bantal di dalam baldi dengan serbuk pencuci
supaya cepat bersih.
A botol
B kolah
C timba
D besen
Soalan 24 dan 25
Pilih perkataan berlawan (antonim) dengan perkataan yang bergaris
24 Jiran saya yang baru pindah dari Kuala Kangsar itu peramah orangnya.
A pemalu
B pelawak
C pendiam
D penyibuk
25 Wajah adik kelihatan muram sahaja kerana dia mengalami demam panas.
A ceria
B sedih
C suram
D tenang
BAHAGIAN A TAMAT
Model Satu © MRS/2021 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) [Lihat halaman sebelah
SULIT
TARIKH : 30/11/2021 7 TAHUN 3
HARI : SELASA
PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)
PENILAIAN SUMATIF (MORFOLOGI / SINTAKSIS)
TAHUN TIGA - MODEL SATU - 2021
Nama Murid: _________________________________________________________________________________
Kelas: _________________________________________________________________________________
BAHASA MELAYU - PBD (MORFOLOGI / SINTAKSIS) M1 - 2021
Bahagian B
1¼ jam Satu jam lima belas minit
Untuk Kegunaan Pemeriksa
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI Kod Pemeriksa:
SEHINGGA DIBERITAHU
Nombor Markah Markah
1. Tulis nombor kad pengenalan atau nombor sijil Soalan Penuh Diperoleh
kelahiran dan angka giliran kamu pada petak yang
disediakan. (a)
19
2. Jawapan kamu hendaklah pada ruang jawapan yang
disediakan dalam kertas soalan ini. (b)
(a)
3. Serahkan jawapan Bahagian B ini bersama-sama 24
dengan kertas jawapan objektif (Bahagian A) kepada (b)
pengawas peperiksaan pada akhir peperiksaan. (a)
34
4. Pastikan semua soalan telah kamu jawab dengan baik (b)
dan sempurna. (b)
(b)
44
(c)
(d)
5 (a) 4
Jumlah 25
Kertas Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) ini mengandungi lima (5) halaman bercetak.
2.1 Asas membaca dan memahami. Bahagian B
2.2 Membaca, memahami, dan menaakul bahan grafik dan bukan grafik. [25 markah]
2.3 Membaca dan mengapresiasi karya sastera dan bukan sastera.
Model Satu © MRS/2021 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) [Lihat halaman sebelah
SULIT
8 TAHUN 3
Soalan 1
(a) Pilih perkataan yang sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam soalan yang diberi.
nakal segak mesra cantik garang
lekuk sengit hangat muram bengkak
(i) Budak yang ___________ itu telah dimasukkan ke sekolah pemulihan akhlak.
(ii) Dahi Abdul Rahman ___________ kerana terhantuk pada tiang gol bola sepak.
(iii) Semua yang hadir dalam majlis itu telah dilayan dengan ___________ oleh kakak.
(iv) Pertarungan ___________ antara kedua-dua pendekar itu telah menggegarkan stadium.
(v) Pakaian yang digayakan oleh peragawati dalam pertunjukan fesyen itu amat ____________.
[5 markah]
(b) Padankan perkataan yang sesuai berdasarkan ayat yang diberikan. Satu daripada telah
ditunjukkan sebagai contoh.
(i) Semua pengawas sekolah yang dilantik ________ berenang
akan menjalankan tugas dengan dedikasi. berikrar
berteduh
(ii) Setiap minggu atlet remaja akan menjalani latihan bertakung
________ di Pusat Akuatik Negara. berhijrah
(iii) Air yang ________ merupakan tempat yang paling [4 markah]
sesuai untuk nyamuk aedes bertelur.
(iv) Azwar dan Azaki _________ di pondok perhentian
bas kerana hujan lebat pada petang itu.
(iv) Keluarga Encik Ali telah ________ ke tanah tinggi
Cameron Highlands ketika usiannya tujuh tahun.
Model Satu © MRS/2021 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) [Lihat halaman sebelah
SULIT
9 TAHUN 3
Soalan 2
(a) Tandakan ( √ ) bagi penjodoh bilangan yang paling sesuai berpandukan gambar.
(i) (ii)
buah kaki
butir ekor
buku helai
[2 markah]
(b) Tandakan ( √ ) bagi simpulan bahasa yang paling sesuai berpandukan gambar.
(i)
rendah diri
ringan tulang
langkah kanan
(ii)
makan angin
jejak langkah
rambang mata
[2 markah]
Soalan 3
(a) Tandakan ( √ ) bagi ayat tanya yang paling sesuai berpandukan jawapan yang diberi.
(i) Subang Jaya terletak berhampiran dengan Shah Alam.
Adakah Subang Jaya terletak berhampiran dengan Shah Alam?
Apakah bandar yang terletak berhampiran dengan Shah Alam?
(ii) Datuk dan nenek akan bertolak ke Negeri Sembilan esok.
Bilakah datuk dan nenek akan bertolak ke Negeri Sembilan?
Kenapakah datuk dan nenek hendak bertolak ke Negeri Sembilan?
[2 markah]
Model Satu © MRS/2021 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) [Lihat halaman sebelah
SULIT
10 TAHUN 3
(b) Tandakan ( √ ) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi. [2 markah]
(i) Di Malaysia, istana tertua ialah Istana Air Mata di Kota Bharu.
Istana tertua di Kota Bharu terletak di Malaysia ialah Istana Air Mata.
Istana tertua di Malaysia ialah Istana Air Mata terletak di Kota Bharu.
(ii) “Maziah tidak mampu membeli komputer yang mahal itu,” kata Aini.
Aini berkata, Maziah tidak mampu membeli komputer yang mahal itu.
Maziah berkata, Aini tidak mampu membeli komputer yang mahal itu.
Soalan 4
Baca petikan berita di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
KLANG, 26 April 2021 – Empat orang lelaki bersenjatakan pistol telah merompak wang tunai
RM20 000.00 dari sebuah rumah seorang jutawan di Jalan Merak di sini pagi tadi.
Rompakan itu adalah kali kedua di rumah jutawan berkenaan. Pada 14 Februari yang lalu,
RM18 000.00 telah dilarikan dari rumah tersebut.
Ketua Polis Daerah Klang memberitahu pemberita, rompakan yang memeranjatkan tuan
rumah berlaku dalam beberapa minit sahaja. Rompakan berlaku pada pukul 10.30 malam ketika
jutawan berkenaan sedang menonton televisyen bersama-sama keluarganya.
Menurut siasatan polis, perompak-perompak itu mungkin mendapat kerjasama daripada
pembantu rumah jutawan berkenaan beberapa hari sebelum rompakan berlaku. Pembantu rumah
jutawan itu juga turut melarikan diri.
Perompak-perompak itu telah memecahkan peti besi yang terletak di dalam bilik jutawan
tersebut. Mereka telah melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta Toyota Vios.
(a) Bilakah rompakan pertama berlaku di rumah jutawan tersebut?
_________________________________________________________________________________________
[1 markah]
(b) Di manakah letaknya rumah jutawan tersebut?
_________________________________________________________________________________________
[1 markah]
(c) Berapakah jumlah wang yang telah dirompak?
_________________________________________________________________________________________
[1 markah]
(d) Ketika rompakan berlaku, jutawan dan keluarganya sedang
_________________________________________________________________________________________
[1 markah]
Model Satu © MRS/2021 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) [Lihat halaman sebelah
SULIT
11 TAHUN 3
Soalan 5 betul
Tuliskan ( betul ) pada ayat yang betul dan ( salah ) bagi ayat yang salah.
Contoh:
Adik sangat sayang akan kucing siamnya itu.
(i) Kami sekeluarga makan malam di Restoran Putra.
(ii) Emak gemar sangat makan goreng pisang rangup.
(iii) Puan Suria bekerja sebagai kerani di mini estet itu.
(iv) Arif Ikwan membeli sos cili di Kedai Rucit Pak Din. [4 markah]
BAHAGIAN B TAMAT
Model Satu © MRS/2021 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) [Lihat halaman sebelah
SULIT
12 TAHUN 3
HARI : RABU dan KHAMIS
TARIKH : 1 & 2/12/2021
PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)
PENILAIAN SUMATIF (PENULISAN)
TAHUN TIGA - MODEL SATU - 2021
Nama Murid: _______________________________________________________________________________________
Kelas: _______________________________________________________________________________________
BAHASA MELAYU - PBD (PENULISAN) M1 - 2021
Model Satu - 2021 Satu jam lima belas minit
1¼ jam
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Tulis nombor kad pengenalan atau nombor sijil Untuk Kegunaan Pemeriksa
kelahiran dan angka giliran kamu pada petak yang
disediakan. Kod Pemeriksa:
2. Kertas soalan ini mengandungi tiga (3) bahagian: Bahagian Markah Markah
Bahagian A, Bahagian B, dan Bahagian C. Penuh Diperoleh
3. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan yang A 10
telah disediakan pada Bahagian A, Bahagian B, dan
Bahagian C dalam buku soalan ini. B 15
4. Jawapan kamu hendaklah ditulis pada ruangan yang C 25
disediakan di dalam kertas peperiksaan ini. Sekiranya
ruang yang disediakan tidak cukup, sila dapatkan Jumlah 50
helaian tambahan daripada pengawas peperiksaan.
Helaian tambahan (jika ada) hendaklah diikat dan
dihantar bersama-sama kertas peperiksaan.
5. Pastikan semua soalan telah kamu jawab dengan baik
dan sempurna.
Kertas Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) ini mengandungi lapan (8) halaman bercetak..
Model Satu © MRS/2021 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) [Lihat halaman sebelah
SULIT
13 TAHUN 3
3.1 Asas menulis. Masa dicadangkan: Bahagian A
3.2 Menulis perkataan, frasa, dan ayat yang bermakna. [5 minit] [5 markah]
3.3 Menghasilkan penulisan.
1. Tulis lima ayat lengkap dengan menggunakan imbuhan yang betul berdasarkan
kata dasar yang diberikan.
FORMULA : SKOP {SUBJEK / KATA KERJA / OBJEK / PELUASAN AYAT}
Subjek Kata Kerja Objek Peluasan Ayat {Tersurat / Tersirat}
cemar rawat dedah pamer masuk nikmat
1. Banyak lalat hinggap di atas makanan yang ____________ di atas meja.
2. Makanan mesti ditutup supaya tidak ____________ dan dikotori oleh lalat.
3. Budak lelaki itu sedang ____________ hidangan yang telah dicemari oleh lalat.
4. Budak lelaki itu telah mengalami cirit-birit dan ____________ ke sebuah hospital.
5. Seorang doktor sedang ____________ serta memeriksa keadaan budak lelaki itu.
Markah: 5
Model Satu © MRS/2021 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) [Lihat halaman sebelah
SULIT
14 TAHUN 3
3.1 Asas menulis. Masa dicadangkan: Bahagian A
3.2 Menulis perkataan, frasa, dan ayat yang bermakna. [10 minit] [5 markah]
3.3 Menghasilkan penulisan.
2. Tulis lima ayat lengkap tentang aktiviti perkelahan yang terdapat dalam gambar.
FORMULA : SKOP {SUBJEK / KATA KERJA / OBJEK / PELUASAN AYAT}
Subjek Kata Kerja Objek Peluasan Ayat {Tersurat / Tersirat}
Susun dan tulis semula frasa di bawah ini supaya menjadi ayat yang gramatis.
1. alif farhan / minggu yang lalu / sekeluarga berkelah / pada hari
2. di pantai teluk batik / dan keluarganya berkelah / perak / alif farhan
3. bola di tepi pantai / sedang asyik bermain / dan adik-adiknya / alif farhan
4. sambil belajar / pula mandi-manda / berenang / abang dan kawan-kawannya
5. sedang beristirahat / ayah alif farhan / sambil membaca majalah / di bawah pokok
Markah: 5
Model Satu © MRS/2021 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) [Lihat halaman sebelah
SULIT
15 TAHUN 3
2. Tulis lima ayat lengkap tentang aktiviti perkelahan yang terdapat dalam gambar.
FORMULA : SKOP {SUBJEK / KATA KERJA / OBJEK / PELUASAN AYAT}
Subjek Kata Kerja Objek Peluasan Ayat {Tersurat / Tersirat}
Menulis jawapan: Ayat yang sudah disusun dan ditulis semula (ayat gramatis).
1.
2.
3.
4.
5.
Markah: 5
Model Satu © MRS/2021 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) [Lihat halaman sebelah
SULIT
16 TAHUN 3
3.1 Asas menulis. Masa dicadangkan: Bahagian B
3.2 Menulis perkataan, frasa, dan ayat yang bermakna. [15 minit] [7 markah]
3.3 Menghasilkan penulisan.
1. Tulis cerita di bawah ini semula dengan tanda baca, huruf kecil dan huruf besar
yang betul.
RESPONS TERTUTUP (TERSURAT) RESPONS TERBUKA (TERSIRAT)
Subjek yang Diceritakan (Watak) Idea/Isi (Ayat Tunggal / Ayat Majmuk) Peluasan Idea {Tersurat / Tersirat}
Mengedit tanda baca, huruf kecil dan huruf besar dalam petikan dengan betul.
kita mestilah menjaga kebersihan tempat tinggal dan persekitaran rumah
kita. tempat tinggal kita sepatutnya sentiasa dalam keadaan ceria. oleh itu
sampah sarap hendaklah dibuang di tempat yang disediakan.
selain itu utamakan keselamatan tempat tinggal kita. kawasan yang
kotor dan berbau busuk boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk lalat
lipas dan tikus. binatang ini boleh menyebarkan penyakit.
kesimpulannya kita sepatutnya menjaga kebersihan persekitaran
tempat tinggal kita. kebersihan tempat tinggal dapat menjamin kesihatan
dan kesejahteraan hidup kita sekeluarga.
Markah: 7
Model Satu © MRS/2021 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) [Lihat halaman sebelah
SULIT
17 TAHUN 3
1. Tulis cerita di bawah ini semula dengan tanda baca, huruf kecil dan huruf besar
yang betul.
RESPONS TERTUTUP (TERSURAT) RESPONS TERBUKA (TERSIRAT)
Subjek yang Diceritakan (Watak) Idea/Isi (Ayat Tunggal / Ayat Majmuk) Peluasan Idea {Tersurat / Tersirat}
Menulis jawapan: Mengedit tanda baca, huruf kecil dan huruf besar.
____________________________________________________________________________________________________________________

18 TAHUN 3
3.1 Asas menulis. Masa dicadangkan: Bahagian B
3.2 Menulis perkataan, frasa, dan ayat yang bermakna. [10 minit] [8 markah]
3.3 Menghasilkan penulisan.
2. Lengkapkan situasi di bawah berdasarkan gambar dan perkataan yang disediakan.
RESPONS TERTUTUP (TERSURAT) RESPONS TERBUKA (TERSIRAT)
Subjek yang Diceritakan (Watak) Idea/Isi (Ayat Tunggal / Ayat Majmuk) Peluasan Idea {Tersurat / Tersirat}
kristal amalan menyusun mengelap membasuh
murid menegur kebersihan membantu mencontohi
Syafira Ketua Kelas Tahun Tiga ______________. Dia seorang ______________ yang
suka dan cinta akan kebersihan. Syafira selalu _______________ kawan-kawannya
membersihkan kelas mereka supaya sentiasa ceria.
Mereka sering bergotong-royong _______________ tingkap, menyapu sampah,
dan, _______________ kerusi serta meja. Cikgu Halim, guru kelas mereka juga turut
membantu. Menurut Cikgu Halim, ______________ kelas adalah asas kesihatan serta
keselesaan belajar kepada semua murid.
Kita patutlah _________________ mereka. Sikap rajin, saling bekerjasama, dan
cinta akan kebersihan merupakan _______________ yang mulia.
Markah: 8
Model Satu © MRS/2021 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) [Lihat halaman sebelah
SULIT
19 TAHUN 3
3.1 Asas menulis. Masa dicadangkan: Bahagian C
3.2 Menulis perkataan, frasa, dan ayat yang bermakna. [10 minit] [10 markah]
3.3 Menghasilkan penulisan.
1. Lengkapkan cerita “Farah Sakit Gigi” berdasarkan perkataan yang disediakan.
kerusi ubat gusi sekolah rosak
geraham mencabut doktor klinik kaunter
Farah sakit gigi. Dia tidak dapat pergi ke ___________ kerana gignya sakit sangat.
Bapanya membawa Farah ke ____________ gigi. Setelah sampai, Farah terus
mendaftarkan namanya di _____________.
Sementara menunggu giliran, Farah dan bapanya duduk di _____________
yang telah disediakan. Kemudian, _____________ pun memeriksa gigi Farah. Gigi
_____________ Farah berlubang dan sudah _____________.
Doktor menyuntik ____________ kebas pada _____________ Farah. Lebih
kurang dua puluh minit kemudian, doktor pun _______________ gigi Farah.
Markah: 10
Model Satu © MRS/2021 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) [Lihat halaman sebelah
SULIT
20 TAHUN 3
3.1 Asas menulis. Masa dicadangkan: Bahagian C
3.2 Menulis perkataan, frasa, dan ayat yang bermakna. [25 minit] [15 markah]
3.3 Menghasilkan penulisan.
2. Lengkapkan karangan autobiografi di bawah ini dengan perkataan kamu sendiri.
AKU SEBUAH KERETA MALAYSIA
Namaku Proton {1}_________. Aku dilahirkan
di sebuah {2}______________ kereta di Shah
Alam, Selangor. Badanku diperbuat daripada
kepingan aluminium, {3}____________, kaca,
besi, dan lain-lain lagi.
Saiz badanku {4}_____________ besar.
Aku adalah antara kereta nasional buatan
{5}_____________ yang dipasarkan di dalam
negara. Aku sangat {6}______________ oleh
segenap lapisan masyarakat.
Aku dipasang dengan enjin, alat pendingin {7}__________, lampu, tempat duduk,
radio kaset, tayar, dan peralatan yang lain. Aku dilahirkan dalam keluarga yang agak
{8}____________. Aku dan ahli keluarga yang lain dipasarkan dengan {9}____________
yang berbeza-beza mengikut saiz badan kami.
Sebelum dipasarkan aku menjalani {10}__________ terlebih dahulu. Setelah aku
lulus, aku {11}_____________ ke sebuah cawangan Proton di Semenanjung Malaysia.
Aku dan kawan-kawanku dipamerkan untuk dijual kepada para {12}____________.
Pada suatu petang, {13}_______________ pemuda berkunjung ke tempatku. Aku
tidak menyangka bahawa pemuda itu telah jatuh {14}____________ kepadaku. Pemuda
itu bersetuju untuk membeli dan memiliki aku. Dia {15}______________ dengan ciri-ciri
canggih dan istimewa yang ada pada diriku.
Markah: 15
KERTAS SOALAN TAMAT
Model Satu © MRS/2021 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) [Lihat halaman sebelah
SULIT
21 TAHUN 3
Model Satu © MRS/2021 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) [Lihat halaman sebelah
SULIT