The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Webinar : Kepentingan Terapi Cara kerja bagi murid berkeperluan khas.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by DALIZA MAILIS, 2021-05-05 10:22:50

Jemputan Dan Ucapan Hajah Wanihim

Webinar : Kepentingan Terapi Cara kerja bagi murid berkeperluan khas.

Keywords: Unit Pendidikan Khas

Jemputan

Jawatankuasa Penganjur Webinar:
Kepentingan Terapi Cara kerja bagi murid berkeperluan khas

Program Pendidikan Khas Integrasi
SK Pekan Tamparuli

Dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan

PN. HAJAH WANIHIM BINTI OTHMAN
Pegawai Pendidikan Daerah Tuaran

ke
Majlis Perasmian Webinar :
Kepentingan Terapi Cara Kerja bagi murid berkeperluan khas

10 Mei 2021
Jam 2.00 petang

Guru besar SK. Pekan Tamparuli

Tentatif

2.00 petang - Ucapan aluan Moderator
2.05 petang - Doa Pembukaan oleh Ustaz Salehuddin Sane
2.10 petang - Ucapan Aluan penganjur oleh En. Jasnie Omar

(Guru Besar SK Pekan Tamparuli)
2.15 petang - Ucapan Pengurus EF Borneo oleh En Maitul bin Maidun.
2.20 petang- Ucapan Perasmian Webinar oleh Pn. Hajah Wanihim binti Othman

(Pegawai Pendidikan Daerah Tuaran)
2.30 petang - Ceramah "Kepentingan Terapi Cara Kerja bagi murid berkeperluan

khas dimulakan oleh Pn. DK Noor Azzatun Nikmah binti Ag Sobudin
@ Ab Hamid. (Occupational Therapy)
3.30 petang - Montaj dari EF Borneo.
3.40 petang - Sesi soal jawab
3.55 petang - Sesi bergambar
4.00 petang - Selesai

10 MEI 2021 
2.00 - 4.00 PETANG

UCAPAN

PERASMIAN

Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh, Selamat
Petang, Salam Sejahtera, Salam PPD Tuaran Sederap
Menerajui Perubahan.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ALLAH SWT kerana dengan izin
dan limpah kurnia-Nya kita dapat menyertai webinar ini di
bawah anjuran PPKI SK Pekan Tamparuli. Syabas dan tahniah
kepada pihak penganjur kerana mengadakan webinar ini yang
melibatkan penyertaan guru, ibu bapa dan pihak luar.
Kerjasama dari pihak EF Borneo dalam memberikan informasi
terapi cara kerja amatlah dihargai agar dapat memberikan
manfaat pada ibu bapa yang memiliki anak istimewa
menjalankan terapi di rumah memandangkan dalam masa
keadaan sekarang ini, kita masih tertakluk dengan Perintah
Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), membataskan
pergerakan kita untuk melakukan sebarang aktiviti di luar.

Kita sudah sedia maklum murid-murid berkeperluan khas
mengalami ketidakupayaan dalam perkembangan mental,
integrasi sosial, kestabilan emosi dan psikomotor mereka.
Besarnya bebanan dan cabaran yang dihadapi oleh guru-guru
pendidikan khas dalam melengkapkan diri menyediakan
pelbagai strategi dan kaedah dalam pengajaran bagi membantu
murid-murid ini mengikuti proses pembelajaran menjalani
kehidupan secara optimumnya. Salah satu kaedah pengajaran
untuk murid berkeperluan pendidikan khas adalah
menggunakan terapi carakerja bagi membantu murid ini
meningkatkan daya pengamatan murid, meransang untuk
bergerak balas secara positif terhadap sesuatu kemahiran serta
meningkatkan lagi perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial
dan psikomotor mereka. Justeru itu, dengan adanya
penggunaan terapi carakerja dalam pengajaran juga dapat
melatih murid-murid menguasai kemahiran tertentu
bersesuaian dan berkaitan dengan kehidupan seharian serta
mewujudkan suasana yang kondusif dan menyeronokkan.

Betapa pentingnya terapi carakerja ini diterapkan dalam
pengajaran di sekolah. Saya difahamkan guru-guru
pendidikan khas kurang diberikan pendedahan tentang
terapi ini. Oleh itu, perlunya pendedahan terapi ini kepada
semua guru bagi memantapkan lagi penyampaian
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Bukan mudah
kita mendidik anak-anak istimewa ini kerana memerlukan
ketabahan dan kecekalan yang kuat. Tahniah sekali lagi saya
ucapkan kepada guru-guru pendidikan khas atas keikhlasan
hati dalam membentuk murid-murid berkeperluan khas
mampu mengurus diri sendiri dan meneruskan proses
pembelajaran walaupun mengambil tempoh yang lama.

Kepada semua ibu bapa semua harus mengambil tahu tentang
apa itu terapi carakerja dan kepentingan dan dapat digunakan
dengan anak masing-masing. Pendedahan amalan terapi ini
dapat membantu anak-anak mmembentuk diri dari segi
mental, emosi dan sosial bagi menjalani kehidupan seharian.
Tambahan pula pada masa sekarang ini Malaysia masih dalam
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), semua guru
perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di sekolah
dan sentuhan terhadap murid adalah sangat digalakkan. Aktiviti
terapi carakerja kepada murid-murid berkeperluan khas ini
dapat dijalankan di rumah atau sebagai satu inisiatif tambahan
pergi ke Pusat terapi kerajaan atau swasta seperti EF Borneo.
Adalah diingatkan pada ibu bapa, pencapaian murid-murid
dalam setiap matapelajaran yang diajar juga mempunyai KPI
masing-masing.

Akhir sekali, saya berharap pada guru-guru, ibu bapa dan pihak
terapi kerajaan atau swasta agar senantiasa mengadakan
kolaborasi sebegini untuk berkongsi ilmu bagi meningkatkan
perkembangan anak-anak istimewa ini bagi menjalani kehidupan
seharian mereka. Tanpa sokongan dan kerjasama dari semua
pihak menyebabkan anak-anak istimewa ini mengalami proses
perkembangan yang lambat. Dengan ini lafaz
bismillahiramannirahim saya merasmikan webinar ‘Kepentingan
terapi carakerja bagi murid berkeperluan khas’ anjuran PPKI SK
Pekan Tamparuli. Sekian terima kasih dan saya sudahi dengan
ucapan Wabillahitaufik walhidayah wassalammualaikum
warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.


Click to View FlipBook Version