INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK
JALAN BAKAM
98009 MIRI
SARAWAK
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN [PPISMP]
AMBILAN JUN 2021
BAHASA MELAYU [SJK]
KERJA KURSUS
BMMB1104: KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
TAJUK
TUGASAN 1: PENGHASILAN PRODUK (INDIVIDU)
NAMA PELAJAR : SUZANA MASTURA ANAK SALAMAH
ANGKA GILIRAN : 2021022310153
NO. KAD PENGENALAN : 030130130178
KUMPULAN/ UNIT : PPRBMM2-6
KOD DAN NAMA KURSUS : BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN
KEBUDAYAAN MELAYU
NAMA PENSYARAH
: PUAN SELINA BINTI AHMAD
TARIKH HANTAR
PENGAKUAN PELAJAR : 21 MAC 2021
MENERIMA MAKLUM BALAS
PENSYARAH :
KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
1
1.0 KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU 1
3
2.0 FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU 4
4
3.0 MANIFESTASI AKAL BUDI DAN PEMIKIRAN
4.0 RUMUSAN
5.0 RUJUKAN
1
1.0 KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU
Kesusasteraan merujuk kepada ungkapan perasaan yang disampaikan oleh pencipta
kepada orang lain yang menggambarkan keindahan dengan bahasa (Kamus Dewan Edisi
Keempat, 2005). Menurut Abdul Halim Ali (n.d., ms.101), menyatakan bahawa “kata ‘sastra’
yang berasal daripada Sanskrit bermaksud sarana atau alat yang membawa pengajaran,
sedangkan awalan ‘su’ membawa makna indah, maka kata susastra dengan sendiri
mendokong suatu makna bahawa susastera yang difahami dalam bahasa Jawa dan Melayu
itu ialah sarana yang membawa pengajaran dengan cara yang indah.” Kesusasteraan
Melayu juga merupakan seni lisan yang dihasilkan dengan menggunakan kata-kata yang
indah.
2.0 FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT
MELAYU TRADISIONAL
Kesusasteraan Melayu merupakan hasil karya masyarakat Melayu tradisional yang
mempunyai fungsi-fungsi tertentu. Antaranya adalah sebagai hiburan, pendidikan, dakwah
dan kritikan sosial. Fungsi-fungsi ini dapat dijalankan melalui dua bentuk kesusasteraan iaitu
prosa dan puisi dalam kehidupan masyarakat Melayu tradisional.
Hiburan merupakan sesuatu perbuatan atau benda yang dilakukan untuk
menyenangkan atau menenteramkan hati. Dalam kehidupan masyarakat Melayu tradisional,
belum wujudnya media eletronik seperti Youtube, Facebook, TikTok dan sebagainya untuk
menjadi hiburan kepada mereka. Maka, kesusasteraan Melayu merupakan satu-satunya
medium hiburan yang ada pada zaman itu dan juga persembahan atau kegiatan yang direka
bentuk untuk memberi nikmat kepada penonton-penonton. Hal ini kerana hiburan terhasil
daripada keindahan kata-kata yang diungkapkan, irama atau rentak yang tersusun,
kemampuan karya sastera untuk membelai emosi pembaca atau pendengar, unsur
kelucuan dan sebagainya. Pantun merupakan salah satu karya sastera yang amat popular
pada zaman itu kerana ia berupaya membawa keindahan yang dapat menghiburkan
masyarakat Melayu tradisional. Pantun mampu menimbulkan rasa keriangan kerana
mempunyai unsur-unsur jenaka dan juga alam yang dikatakan sangat akrab hubungannya
dengan masyarakat Melayu tradisional (Mohd Khairi bin Ariffin, 2010).
Memang tidak dapat kita nafikan bahawa karya-karya kesusasteraan sebenarnya
sarat dengan unsur pendidikan. Penulis-penulis yang menghasilkan sastera amat
berpengalaman dan berupaya menterjemahkan kisah hidup masyarakat setempat melalui
sastera. Menurut Mako Deng (n.d.), menyatakan bahawa “pengalaman mereka ini dijadikan
prosa atau puisi dan diadun dengan unsur-unsur pengajaran, moral atau ilmu pengetahuan
2
yang tinggi nilainya yang mana akan dapat dikutip oleh para pembaca maka berlakulah
pendidikan secara tidak langsung.” Selain itu, penulis menyampaikan pendidikan dari segi
nasihat atau pesanan kepada masyarakat melalui sastera Melayu. Contohnya, hasil karya
sastera cerita rakyat Kisah Si Tanggang telah memberi pengajaran kepada masyarakat
Melayu pada zaman dahulu supaya tidak berderhaka dengan orang tua dan lupa akan asal
usul mereka apabila telah mendapat kebahagian. Hasil karya sastera Melayu sebegini
mampu mendorong masyarakat setempat untuk berfikir secara kritis dan sedar dengan
situasi kehidupan mereka yang sebenar.
Dakwah juga dapat disampaikan oleh penulis kepada masyarakat setempat melalui
sastera Melayu. Proses penyampaian pesan suci Tuhan kepada umatnya dapat dilancarkan
oleh penulis-penulis melalui sastera seperti novel, syair dan sebagainya. Kegiatan ini dapat
menyeru, membimbing, mengyakinkan serta mempengaruhi masyarakat dari segi
pengamlan ajaran agama yang benar dan diterima oleh masyarakat setempat. Penulis juga
menggunakan sastera untuk menunjukkan kekaguman serta penghayatan mereka terhadap
kebesaran dan kekuatan Tuhan. Sastera Melayu juga merupakan medium penyampaian
nilai-nilai moral, peringatan, tunjuk ajar kepada masyarakat Melayu tradisional supaya dapat
dipraktikkan dalam kehidupan mereka. Maka dengan adanya kesusasteraan Melayu
sebagai dakwah, kehidupan masyarakat Melayu tradisional lebih berilmu dalam bidang
keagamaan kerana mempraktikkan pengajaran melalui hasil sastera sebagai dakwah
mereka. Tamsilnya, dalam hasil karya Hamzah Fansuri iaitu “Syair Perahu”, penulis bukan
sahaja menyampaikan nasihat, malah menyampaikan pengajaran agama ( Zurina Abdullah,
et.al, 2017). Dengan ketinggian ilmu beliau dalam kesusasteraan dan bahasa Melayu,
penyampaian dakwah berjalan dengan lancar dan berkesan.
Karya sastera juga berfungsi sebagai kritikan sosial kepada masyarakat Melayu
tradisional. Menurut Maydora Marcus (2018), menyatakan bahawa “kritikan sosial dalam
sastera pula merujuk kepada satu bentuk komunikasi dalam masyarakat yang berfungsi
sebagai pengawalan terhadap jalan sesuatu cerita dalam sistem bermasyarakat .” Kritikan
sosial dapat diertikan dengan penilaian atau pengajian keadaan masyarakat pada satu-satu
masa (Kamal Azmi Abd Rahman & Sharifah Nur Aminah Syd Kassim, 2016). Karya sastera
yang berfungsi sebagai kritikan sosial adalah berbentuk sindiran. Terdapat karya sastera
yang digunakan untuk menyindir kepicangan sosial yang berlaku dalam masyarakat Melayu
tradisional. Contohnya dalam cerita rakyat Bodoh-Sial Pak Kadok, pembaca bukan sahaja
mendapat hiburan dengan seloka yang turut dihasilkan oleh penulis malah mengkritik
golongan manusia yang suka membuang masa seperti Pak Kadok yang hidup berjudi dan
menyabung ayam akan membawa kerugian. Kritikan kepada golongan atasan yang
3
menindas golongan bawahan dengan menggunakan kekuasaan yang dimilikinya juga
dikemukakan oleh penulis melalui sastera.
3.0 MANIFESTASI AKAL BUDI DAN PEMIKIRAN
Menurut Norazimah Zakaria et.al. (2017), menyatakan bahawa akal budi mencermikan
perbuatan, pemikiran dan sikap seseorang manusia yang mendokong kebijaksanaan,
kehalusan jiwa serta keindahan. Pantun-pantun yang dihasilkan juga mencerminka akal budi
dan pemikiran penulis terhadap sesuatu.
Dalam pantun yang pertama, “Cedok air dengan keladi, cedok nasi dengan senduk,”
merupakan pembayang kepada pantun ini. Manakala “ Baik dibawa resmi padi, semakin
berisi semakin tunduk.” pula merupakan maksud yang ingin disampaikan penulis. Penulis
menggunakan padi yang berisi sebagai seseorang individu yang berilmu atau tinggi
pangkatnya dan menggunakan istilah semakin tunduk untuk menyampaikan maksud
merendahkan diri. Maka, akal budi dan pemikiran yang disampaikan oleh penulis ialah
seseorang yang mempunyai ilmu pengetahuan atau pangkatnya yang tinggi namun
menerapkan nilai rendah diri. Ini memberi pengajaran kepada masyarakat supaya tidak
sombong walaupun berilmu atau berpangkat tinggi.
Dalam pantun yang kedua pula, dua rangkap pertama merupakan pembayang
kepada pantun ini. Manakala “ Indah tampan kerana Budi, tinggi bangsa kerana bahasa.”
merupakan maksudnya. Penulis menyatakan bahawa seseorang yang dirinya indah dan
tampan bukanlah dilihat dari paras muka malah dari budi bahasanya yang tinggi, manakala
bangsa yang diagung-agungkan adalah kerana tutur bahasa yang baik. Pantun ini
membawa maksud orang yang berbudi akan dipandang mulia dan martabat bangsa dinilai
dari segi bahasa dan tutur kata.
Bagi pantun ketiga pula, “ Berburu ke padang jajar,” membawa maksud sekiranya
kita hanya berburu di kawasan padang, kita tidak boleh mengjangka apa-apa melainkan
belalang sahaja. “Dapat rusa berbelang kaki” pula mengisyaratkan sumber ilmu. Sekiranya
kita hanya duduk menghadap ilmu dari gua sahaja, maka ilmu yang kita peroleh hanya di
gua itu sahaja. “Berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi.” telah membawa
maksud sekiranya orang yang berguru tetapi leka-leka dan main-main dia akan tidak
mendapat hasil dan rugi. Orang tersebut diibaratkan bunga, jikalau dia belajar bersungguh,
bunganya menjadi dan sebaliknya. Secara keseluruhannya, tempat berlajar dan cara
berguru perlu dititikberatkan kerana ia dapat menentukan tinggi rendah ilmu pengetahuan
seseorang.
4
Melalui pantun-pantun tradisional Melayu, kita dapat menyimpulkan bahawa
masyarakat dahulu mempunyai pemikiran, daya imaginasi, kreativiti serta ilmu pengetahuan
yang tinggi sehingga dapat menghasilkan karya yang berguna.
4.0 RUMUSAN
Kesimpulannya, hasil sastera Melayu telah menjalankan pelbagai fungsi dalam kehidupan
masyarakat Melayu tradisional mahupun masyarakat kini. Ia tetap memberikan pengajaran,
nasihat, ilmu pengetahuan, dakwah dan sebagainya sehingga zaman kini. Tanpa karya
sastera ini, kehidupan masyarakat Melayu tradisional akan menjadi tidak menyeronokan
kerana tiada hiburan, pendidikan,dakwah dan kritikan sosial.
(1085 Patah Perkataan)
5.0 RUJUKAN
Abdul Halim Ali. (n.d.). Konsep keindahan dalam kesusasteraan Melayu tradisional.
PENDETA- Jurnal Bahasa dan Sastera Melayu, 100-117.https://bit.ly/3KYZ5uC
Kamal Azmi Abd Rahman & Sharifah Nur Aminah Syd Kassim. (2016). Idea-idea kritikan
sosial hamka di dalam novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.
ResearchGate.https://bit.ly/3qobmB4
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). https://bit.ly/36dIFQk
Mako Deng. (n.d.). Fungsi sastera. https://www.academia.edu/35999639/Fungsi_sastera
Maydora Marcus. (2018). Kritikan Sosial Dalam Sastera.
https://maydoracom.wordpress.com/2018/07/09/kritikan-sosial-dalam-sastera/
Mohd Khairi bin Ariffin. 2010 September 22. Fungsi Pantu dalam Masyarakat Melayu
Tradisional.http://retibasa.blogspot.com/2010/09/fungsi-pantun-dalam-masyarakat-
melayu.html
Norazimah Zakaria, Azlina Abdullah, Sharifah Zarina Syed Zakaria, Mimi Hanida Abdul
Mutalib, Alizah Lambri, Siti Salwa Jamldin, Mashitah Sulaiman & Rosmah Derak .
(2017). Akal budi dan cerminan jati diri Melayu dalam pantun. Jurnal Sultan Alauddin
Sulaiman Shah. Vol 4 Bil 2. https://bit.ly/3tpkLKo
Zurina Abdullah, Farah Nur-Rashidah Rosnan & Ahmad Nazeer Zainal Arifin. (2017).
Analisis morfologi dalam syair Perahu. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah. 73-81.
https://bit.ly/3tslFFS
5