The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurulsatulmariana24-1487, 2023-04-04 04:05:58

Analisis Unsur Kata Baharu dan Isu Kesalahan Kata

Tugasan 2 BMMB 3023

TUGASAN 2 BMMB 3203


Nurulisatul Marina Binti Raman No Angka Giliran : 2021072340416 Ambilan : Pismp 2022 Kod Kursus : BMMB 3023 Nama Pensyarah: Encik Ag Ahmad


Pengenalan Unsur Kata Baharu Isu Kesalahan Kata Penutup Rujukan


Berdasarkan tugasan pentaksiran berterusan pada kali ini, saya telah memilih media cetak novel Adinda Ayuni karya Nur Izzah Hani untuk menganalisis unsur kata baharu isu kesalahan kata yang terdapat di dalam novel ini. Saya juga telah memilih novel ini kerana jalan ceritanya yang moden banyak menggambarkan pemikiran pembaca remaja pada masa kini. Tambahan pula, penggunaan bahasa melayu yang tidak betul pada masa kini mampu membawa impak negatif kepada masyarakat melayu pada hari ini.


Dalam pembentukkan kata baharu sesuatu bahasa, akan berlaku proses pengayaan yang melibatkan bidang-bidang bunyi bahasa (fonologi), pembentukan kata (morfologi) dan pembendaharaan kata (leksikon). Pembentukkan kata baharu terdiri daripada tiga cara iaitu, peminjaman unsur imbuhan, penggunaan popular, perancangan bahasa rasmi dan penyerapan bahasa asing.


Perkataan daripada bahasa lain yang telah diserap masuk kedalam bahasa melayu dan digunapakai secara aktif.


perkataan baharu mula mula diperkenalkan secara ciptaan sendiri , melalui terjemahan atau secara ambilan keseluruhan. Bentuk-bentuk ini kemudian menjadi popular dan digunakan umum.


Isu kesalahan kata .sering kali berlaku dalam kehidupan masyarakat melayu hari ini. Isu kesalahan kata terdiri daripada bahasa slanga, pencampuran kod dan juga dialek.


Bahasa yang dipertuturkan oleh golongan tertentu khususnya remaja. Ciri-ciri bahasa ini ialah tidak rasmi, tidak baku, variasi rendah taraf daripada bahasa standard dan kosa kata mempunyai makna tersendiri yang difahami oleh golongan tertentu.


Percampuran kod bahasa adalah penggunaan lebih daripada satu bahasa di dalam sebuah pertuturan. Sebagaimana yang dikatakan oleh Nababan, percampuran kod merupakan satu keadaan atau cara berbahasa di mana pengguna bahasa mencampurkan satu bahasa atau lebih ke dalam satu pertuturan (Tan Kooi Yee, 2009)


Dialek suatu daerah dapat diketahui berdasarkan bunyi bahasa yang diucapkan. Perbezaan pada dialek terdapat pada seluruh aspek bahasa, iaitu fonologi, ejaan, morfologi, sintaksis, kosakata dan peribahasa (idiom) serta pragmatik (penggunaan bahasa). Ragam dialek dapat muncul disebabkan oleh bahasa bahasa ibunda sesuatu bangsa.


Menurut James. T. C (2005) Bahasa melayu termasuk sebagai kerabat besar dari berbagai Bahasa. Maka dengan itu, penggunaan bahasa asing perlu diambil sebagai suatu peluang untuk memajukan bahasa melayu dan bukannya untuk mendominasikan sesuatu bangsa. Hal ini disebabkan oleh, bahasa melayu adalah tunjang kepada kesatuan orang melayu dalam berkomunikasi manakala bahasa asing tetap menjadi keutamaan untuk menambah ilmu pengetahuan seseorang individu


James.T. C (2005). Tinjauan prasejarah Bahasa melayu. Bahasa melayu Bahasa dunia : sejarah singkat (p.1). Yayasan Pustaka Obor Indonesia Atykah Aura. (2014, April 26). Proses pembentukan perkataan baharu dalam bahasa melayu. Slide Share. https://www.slideshare.net/AtykahAura22/proses-pembentukanperkataan-baharu-dalam-bahasa-melayu Rafiza Diy. (2015, August 28). Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu). Slide Share. https://www.slideshare.net/diyraz/morfologi-bahasamelayu-pembentukan-perkataan-baharu


Click to View FlipBook Version