BUKU CERITA KANAK-KANAK JUMBO
Alam membawasetiapjiwa jauhdarikerasnyakota, Kicauanburung, rintihanunggasyang memecah malam, menjadikansetiapjiwaalpa perihalhartadantakhta. Kulihatalam inipenuhdengancinta, hidupanyangtakhabisdengansyukurnya, hidupanyangjauhdarikhianatsaudara, danjauhdarisengketa.
walauadaketika, alam ini menjadikorbannafsuserakah manusia, yang manaindahnya mereka musnah, keluarganya merekapisah. laluhasilnya mereka manjakankota. Namunalam tetaplahalam, masihsetia menemani manusia, walausekeras mana mereka menghinanya. Alam tidakpernahakankalah, keranapenciptaNyabukandarigolongankita.
Di dalam sebuah hutan yang dikenali sebagai hutan rimba arumba, tinggal sepasang gajah yang hidup harmoni. Mereka sangat menyayangi antara satu sama lain. Kehidupan mereka sangat dipenuhi dengan kebahagiaan dan kasih sayang yang disaksikan oleh seluruh penghuni di hutan itu. Pada setiap petang, pasangan itu akan keluar untuk mencari bekalan makanan mereka.
Pada suatu petang, mereka melalui tasik yang menjadi rumah kepada keluarga katak. “Andai bahagianya sebuah keluarga itu jika mempunyai anak yang menceriakan hidup mereka” ujar gajah betina dengan sayu. “Wahai isteriku, bersabarlah. Kita juga sudah cukup bahagia. Kita perlu bersyukur untuk setiap perkara yang telah ditentukan untuk kita” . Kata gajah jantan.
“ wah hari ini ada banyak tebu, kita keluar awal agaknya hari ni berbanding yang lain. “Mari pergi sana” Sang gajah Jantan cuba mengubah topik agar isterinya tidak bersedih. Usai mendapat bekalan makanan. Pasangan itu pun berlalu pergi.
Keesokan harinya, sang gajah betina kelihatan tidak sihat. “Wahai isteriku, berehatlah dirumah. Hari ini aku akan pergi mencari makansendiri” . Petangitusanggajahjantankeluarlah mencari makanan. Semasa dia sedangleka mengambil buahkelapa daripokoknya. Dia terdengar suara seseorang yang sedang meminta tolong. “tolongg aduhhh” “tolongggg” . Sang gajah jantan pun segera berlarikearahsuara itu.
Dia melihat seorang wanita tua yangsedang berlumuran darah keranakakinya tercucuk duri tajam. Tanpa berfikir panjang, dia segera mengangkat wanita tua itu ke sebuah kawasan yang jauh dari duri-duri dan mencabut duri itu. Bertahanlah sedikit, saya akan pergi mencari daun penawar untuk menghentikan darahnyakata gajah jantan sambil berlalupergi dari situ.
Tidak berapa lama kemudian, dia Kembali dengan beberapa helai daun. Sang gajah jantan, membersihkan kaki wanita tua itu dan menampal daun Penawar pada kakinya. Kakimu akan membaik dengan daunpenawar itu . Wanita tua itu pun membalas murni sungguh hatimu wahai binatang yang dikagumi di seluruh hutan. Aku terhutang budipadamu, izinkanakuuntuk membalas budi itu .
Sesungguhnya, kelompokku dan kelompok manusia sudah seperti keluarga. Bantuan ini adalah tanda aku menyayangi kelompok manusia sepertikeluargakusendiri. “Wahai sang gajah, sesungguhnya aku tahu apa yang terjadi dalam hidupmu. Ambilah buah ini dan beri makan pada isterimu lalu wanita itupun berlalupergi” .
Sang gajah jantan berasa pelik dengan peristiwa yang berlaku. Dia pun bergegas menyiapkan tujuannya tadi dan pulang ke rumah untuk memberi buah itu kepada isterinya
Selang beberapa hari selepas memakan buah itu, pasangan itu dikejutkan dengan berita bahawa sang gajah betina telah mengandung. Alangkah gembiranya sang gajah jantan sehingga dia pergikehutanuntuk mengkhabarkanseluruhpendudukhutan. “Akuakan menimangcahaya mata !” “Akuakan menimangcahaya mata!” jeritnya denganpenuhgirang.
Hari berlalu begitu pantas, akhirnya sang gajah betina selamat melahirkan anak. Anak mereka diberi nama Jumbo. Jumbo amat disayangi oleh kedua orang tuanya. Dia dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh. Ibu ayahnya sangat memanjakan jumbo. Semua kehendakjumbo diikuti tanpa sedikit bantahan.
Namun, didikan yang terlalu manja mengakibatkan jumbo menjadi seekor gajah yang malas, tidak tahu berdikari dan mudah marah jika kehendaknya tidak diikuti.
Hari berlalu pantas, sang gajah Jantan dan betina semakin di mamah usia. Kudrat mereka untuk hidup sudah tidak sama seperti dulu. Jumbo hari ini kamu mesti teman ayah mencari bekalan makanan, musim tengkujuh bakal menjelangtiba. Kita akan kelaparankatagajah Jantankepada jumbo.
“Saya mahu pergi main petang ini ayah, ibu ayah sahajalahyangpergi. Ujar jumbo. Ibu ayahnya hanya menggeleng. wahai isteri ku, biarlah akusahajayangpergi. Kamu dirumahsahaja
Semasa ketiadaan ayahnya, jumbo telah keluar pergi bermain. Namun, ketika hari hampir gelap jumbo masih belum pulang. Ibu dan ayahnya amat risau. Sang gajah jantan keluar dan memberitahu seluruh penduduk hutan jika terlihat anaknya itu. Lalu katak bersuara, Wahai sang gajah, petang tadi jumbo mengangguku lagi. Aku terdengar perbualan mereka hendak pergi ke hilir sungai di atashutanini
Tanpa berfikir panjang, sang gajah jantan terus berlari ke sungai yang dimaksudkan katak. Seluruh penduduk hutan mengetahui sejarah sungai itu. Sungai yang sangat bahaya kerana sangat dalam dan biasanya hanya dihuni binatang buas sahaja di sekitarnya.
Hujan turun dengan lebatnya, penglihatan sang gajah jantan juga sudah tidak berapa jelas. Akhirnya dia tiba di sungai itu. Air Sungai terlalu deras, dia tidak melihatkelibat jumbo. Tiba-tiba sang gajah jantan terdengar bunyi gajah sedang meminta tolong. Anakku jumbo, ayah datang naksang gajah terus turun ke sungai yang deras itu dancuba menyelamatkananaknya. Dia menolakanaknyauntuknaikkeatas batu.
Air yang semakin deras dan hujan yang lebat menyukarkan sang gajah untuk menolak jumbo. Namun, dia berusaha demi anaknya. Akhirnya jumbo berjayanaikkeatas batu. Tetapi malangnya, ketika sang gajah Jantan hendak keluar dari air. Air Sungai yang begitu deras datang dari arah hilir dan sang gajah pun dibawa arus. Jumbo tidak dapat berbuat apa-apa. Dirinya juga sudah tidak mempunyai daya. ayahhhhhhh, ayahhhhhhhh,ayahhhhhhhhh
Keesokan paginya, jumbo tersedar dan menjerit nama ayahnya dengan begitukuat sekali. Ibunyacuba menenangkan dirinya. “Jumbo ini ibunak” ujar ibunyakesedihan. “ibu dimanakahayah” jumbo bertanya sambil berlinanganair mata “Seluruh penduduk hutan masih mencari ayah di Sungai itu nak, tetapi sejak malam tadi ayahtidakpernah muncul”
Jumbo menangis teresak-esak mengenangkansikapnya. “Jika aku tidak pergi ke situ, sudah tentu ayah masih ada”
Jumbo kini sudah semakin dewasa. Dia lah yang akan mencari bekalan makanan semenjak ketiadaan ayahnya. Ketika sedang mengambil buah tebu, jumbo melihat katak yang sedang bermain-main bersama ibu ayahnya. Jumbo pun duduk di bawah sepohon pokok sambil menangis kerana mengenangkan ayahnya yang sudah tiada.
Sang ayah, aku terlalu leka dengan remaja, sehingga aku lupa, bahawa kau juga sedang dimamah usia. Kudratmu sudah tidak seteguh sebelumnya, tapi aku masih dengan dunia.
Hari ini dirimu sudah tiada, seperti angin yang hilang begitu saja, kau telah jauh dari aku dan cinta hatimu. Wahai sang ayah, peritnya cerita tanpa ada kau di dalamnya. Hidupan hutan mungkin berjalan seperti biasa, tetapi tidak bagi aku dan ibuku.
PENGAJARAN Kita hendaklah menghargai dan menyayangi kedua orang tua kita agar tidak menyesal suatu masa nanti TAMAT