The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by abusyiham, 2023-08-23 08:10:18

BUKU PANDUAN PROGRAM TAMHIDI UA MRSM-1

BUKU PANDUAN PROGRAM TAMHIDI UA MRSM

PANDUAN TAMHIDI ULUL ALBAB MAKTAB RENDAH SAINS MARA BAHAGIAN PENDIDIKAN MENENGAH MARA PELAKSANAAN PROGRAM


Membentuk pelajar yang berpengetahuan, berkemahiran dan menjadi tempat rujukan serta menguasai pelbagai bidang ilmu dan bahasa ENSIKLOPEDIK Menghafaz al-Quran serta memahaminya berdasarkan konsep baca, ingat, faham, fikir, amal dan sebar (BIFFAS) QURANIK Melahirkan pelajar yang berkeupayaan memberi pandangan dalam menyelesaikan masalah, memaksimumkan potensi minda serta berfikiran kreatif dan inovatif IJTIHADIK QQURANIK E I ENSIKLOPEDIK IJTIHADIK


PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM TAMHIDI 1 PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM TAMHIDI ULUL ALBAB MAKTAB RENDAH SAINS MARA BAHAGIAN PENDIDIKAN MENENGAH MARA CETAKAN EDISI PERTAMA 2023


PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM TAMHIDI 2 PELAKSANAAN PROGRAM TAMHIDI ULUL ALBAB MRSM 1. PENDAHULUAN Kemajuan negara bergantung kepada kemajuan pemikiran dan keupayaan modal insan yang mampu dijana oleh sistem pendidikan. Apatah lagi bagi sebuah negara seperti Malaysia yang ingin memaju ekonomi berasaskan pengetahuan, sudah pasti memerlukan modal insan kelas pertama. Oleh yang demikian, sebagai sebuah organisasi yang memartabatkan Bumiputera, Majlis Amanah Rakyat MARA perlu memajukan terus sistem pendidikan yang sedia ada supaya selari dengan perubahan dan keperluan semasa. Program Tamhidi Ulul Albab adalah penjenamaan semula kepada Program Mini Ulul Albab yang telah dilaksanakan di MRSM sejak 2013 lagi. Program ini merupakan penyumbang kepada anjakan paradigma Sistem Pendidikan MRSM dan diharap dapat melahirkan generasi pelajar yang bukan sahaja mahir dalam bidang teknokrat bahkan seimbang dari sudut akademik dan sahsiah. 2. OBJEKTIF PROGRAM i. Melahirkan generasi al-Quran yang beriman, bertaqwa, berilmu, berakhlak mulia, berketrampilan, bertanggungjawab dan dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara. ii. Membentuk dan mendidik pelajar ke arah kecemerlangan dan kegemilangan dari sudut akademik dan sahsiah. iii. Mendekatkan diri pelajar dengan al-Quran untuk melahirkan pelajar pintar soleh yang mampu menghadapi cabaran globalisasi dan mencapai kegemilangan ketamadunan ummah. iv. Mewujudkan suasana maktab yang sentiasa membudayakan al-Quran dalam kehidupan. 3. KUMPULAN SASAR Semua pelajar yang beragama Islam bermula dari tingkatan satu hingga tingkatan lima di MRSM seluruh Malaysia kecuali MRSM Ulul Albab.


PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM TAMHIDI 3 4. STRUKTUR ORGANISASI PENAUNG (PENGARAH BPM) PENASIHAT (PENGETUA) PENGERUSI (TIMBALAN PENGETUA KECEMERLANGAN AKADEMIK) TIMBALAN PENGERUSI (KETUA JABATAN SAINS SOSIAL) AJK AJK AJK PENYELARAS (GURU PENDIDIKAN ISLAM)


PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM TAMHIDI 4 5. PELAKSANAAN PROGRAM TAMHIDI ULUL ALBAB 5.1 PANDUAN MENGHAFAZ AL-QURAN i. Sebelum menghafaz: - Niat yang ikhlas. - Menggunakan al-Quran yang sama (lebih baik menggunakan alQuran tafsir). - Pakaian dan tubuh badan yang suci bersih. - Dalam keadaan bersedia, bertenaga dan tidak mengantuk. - Ayat yang hendak dihafaz telah ditalaqqi (dibaca di hadapan guru). - Keadaan dan suasana tempat menghafaz berkeadaan bersih, tenang dan baik. - Menunaikan solat sunat dua rakaat memohon daripada Allah SWT dipermudahkan hafazan. ii. Semasa Menghafaz: - Baca muka surat yang hendak dihafaz berulang kali sehingga lancar dan menepati hukum tajwid. Pastikan tiada kesalahan huruf, baris dan waqaf. - Gunakan qit’ah (potongan) yang telah diberikan oleh guru. - Baca qit’ah yang pertama dengan lancar sebelum masuk qit’ah yang kedua. - Mulakan dengan menghafaz ayat yang pertama dengan kekerapan ulangan 48 kali. - Guna kaedah melihat mushaf (al-Quran) 4 kali dan tidak melihat mushaf 4 kali. - Setelah hafaz qit’ah yang pertama, gunakan kaedah yang sama untuk qit’ah yang kedua. - Gabungan antara qit’ah pertama dan kedua hendaklah diulang sebanyak 10 kali. iii. Selepas Menghafaz: - Membaca ayat-ayat yang dihafaz dalam solat fardu atau solat sunat. - Sentiasa mengisi masa dengan mengulang ayat yang telah dihafaz atau menghafaz ayat-ayat baru. - Menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang dalam agama. - Sentiasa berdoa agar Allah SWT memberi kekuatan dan kemudahan untuk menjaga kalamNya yang agung.


PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM TAMHIDI 5 5.2 DOA SEBELUM DAN SELEPAS MENGHAFAZ Doa Sebelum Menghafaz Doa Selepas Menghafaz


PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM TAMHIDI 6 5.3 PEMBAHAGIAN KELAS: i. Pembahagian pelajar adalah mengikut kelas akademik masing-masing. ii. Guru Pendidikan Islam bertanggungjawab melaksanakan program tasmik terhadap pelajar di kelas masing-masing. iii. Guru boleh membahagikan pelajar kepada beberapa halaqah (kumpulan) untuk memudah proses tasmik bacaan dan hafazan pelajar. iv. Semasa sesi tasmik, seorang pelajar berada di hadapan guru dan seorang pelajar yang lain hendaklah menunggu di sebelah kiri atau kanan guru. v. Pelajar tidak dibenarkan keluar kelas semasa sesi tasmik kecuali kecemasan atau qadha hajat. vi. Guru hendaklah peka dan sentiasa memastikan agar pelajar bermotivasi untuk membaca al-Quran dan tidak mensia-siakan masa yang diperuntukkan. 5.4 WAKTU HAFAZAN: i. Program Tasmik (pelajar memperdengarkan ayat hafazan di hadapan guru): Kelas sesi akademik (dua jam kredit seminggu). ii. Program Tahdhir (menghafaz): Waktu antara maghrib dan isyak sekurang-kurangnya sekali seminggu. Pemantauan dilakukan oleh guru Pendidikan Islam atau warden yang bertugas. 6. SILIBUS HAFAZAN i. Pembahagian Surah mengikut tingkatan adalah seperti berikut: TINGKATAN SURAH KOD SURAH JUMLAH SURAH SATU Al-Nas - Al-Syams 01 - 24 24 DUA Al-Balad - Al-Mutaffifin 25 - 32 08 TIGA Al-Infithar - Al-Naba’ 33 - 37 05 EMPAT Al- Sajdah & Al-Insan 38 - 39 02 LIMA Al-Mulk & Al-Waqiah 40 - 41 02


PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM TAMHIDI 7 ii. Senarai surah hafazan dan kod: SURAH KOD SURAH KOD SURAH KOD Al-Nas 01 Al-Falaq 02 Al-Ikhlas 03 Al-Masad 04 Al-Nasr 05 Al-Kafirun 06 Al-Kauthar 07 Al-Maa’un 08 Quraisy 09 Al-Fil 10 Al-Humazah 11 Al-A’sr 12 Al-Takathur 13 Al-Qariah 14 Al-’Adiat 15 Al-Zalzalah 16 Al-Baiyinah 17 Al-Qadr 18 Al-‘Alaq 19 Al-Tin 20 Al-Syarh 21 Al-Dhuha 22 Al-Lail 23 Al-Syams 24 Al-Balad 25 Al-Fajr 26 Al-Ghasyiah 27 Al-A’la 28 Al-Tariq 29 Al-Buruj 30 Al-Insyiqaq 31 Al-Mutaffifin 32 Al-Infitar 33 Al-Takwir 34 Abasa 35 Al-Naziat 36 Al-Naba’ 37 Al-Sajadah 38 Al-Insan 39 Al-Mulk 40 Al-Waqiah 41


PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM TAMHIDI 8 iii. Sukatan ayat hafazan dan tilawah Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) mengikut tingkatan: TINGKATAN SURAH DAN AYAT BACAAN HAFAZAN SATU Al-Baqarah: Ayat 34-37 Al-Baqarah: Ayat 01-05 Al-Baqarah: Ayat 155-156 Al-Baqarah: Ayat 201 Al-Baqarah: Ayat 168 Al-Baqarah: Ayat 255-257 Al-Baqarah: Ayat 284-286 DUA Ali-Imran: Ayat 103 Ali-Imran: Ayat 08 Ali-Imran: Ayat 133-136 Ali-Imran: Ayat 18 Ali-Imran: Ayat 159 Ali-Imran: Ayat 26-27 Al-Nisa’: Ayat 29 TIGA Al-A’raf: Ayat 179 Al-A’raf: Ayat 23 Al-A’raf: Ayat 205-206 Al-Kahfi: Ayat 01-10 Al-Taubah: Ayat 100 Al-Nur: Ayat 30-31 Ghafir: Ayat 67 EMPAT Al-Baqarah: Ayat 188 Al-An’am: Ayat 162-163 Ali-Imran: Ayat 137-139 Al-Kahfi: Ayat 101-110 Al-An’am: Ayat 70 Fussilat: Ayat 33 LIMA Al-Taubah: Ayat 19-20 Al-Taubah: Ayat 128-129 Al-Hujurat: Ayat 13 Al-Hasyr: Ayat 21-24 Al-Mukminun: Ayat 01-11


PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM TAMHIDI 9 7. CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TAMHIDI ULUL ALBAB (TASMIK) KELAS TARIKH TEMPOH 1 JAM TEMPAT MASA KEHADIRAN OBJEKTIF Di akhir pembelajaran, pelajar dapat: 1. Membaca ayat al-Quran di hadapan guru dengan bacaan yang lancar. 2. Tasmik ayat-ayat al-Quran di hadapan guru tanpa melihat teks al-Quran. 3. Menghafaz dengan tajwid dan bacaan yang betul. AKTIVITI 1. Talaqqi dan Musyafahah (Membaca al-Quran secara langsung di hadapan guru). 2. Pelajar membaca dan menghafaz ayat-ayat al-Quran sebagai persediaan untuk sesi tasmik. 3. Pelajar tasmik ayat al-Quran di hadapan guru. Guru merekod ayat dan surah hafazan pelajar dalam ‘Rekod Tasmik Tamhidi Guru’. 4. Pelajar merekod ayat hafazan al-Quran dalam ‘Buku Rekod Tasmik dan Tilawah’ selepas sesi tasmik dengan pemantauan guru (tanda √ atau tandatangan). 5. Guru memberi teguran dan penilaian terhadap bacaan dan hafazan pelajar semasa sesi tasmik. PEDAGOGI 1. Pembelajaran Masteri 2. Akses Kendiri TEKNIK 1. Talaqqi Musyafahah 2. Latihan 3. Demonstrasi 4. Muraja’ah/ Pengulangan REFLEKSI CATATAN


PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM TAMHIDI 10 8. PROGRAM PENGAYAAN DAN PENGIKTIRAFAN i. Mengadakan musabaqah (pertandingan) tilawah dan hafazan al-Quran di peringkat maktab. Pelajar yang terpilih akan menyertai pertandingan Nadwah Islamiah dan Ihtifal Ulul Albab peringkat Kebangsaan. ii. Menganugerahkan sijil kepada pelajar yang berjaya menamatkan hafazan mengikut silibus hafazan yang ditetapkan. Peringkat Menengah Rendah: Sijil penghargaan daripada maktab. Peringkat Menengah Atas: Sijil Penghargaan daripada BPM. iii. Anugerah Homeroom terbaik berdasarkan kecemerlangan dalam hafazan alQuran. 9. PENILAIAN i. Pengiraan markah gred PNG Pentaksiran Menengah Rendah BIL PERKARA MARKAH KETERANGAN 1 Penilaian Sumatif 60% Peperiksaan/ Pentaksiran Semester I Peperiksaan/ Pentaksiran Semester II (UASA) 2 Penilaian Formatif semasa proses PdP di kelas 40% Penilaian merangkumi segala bentuk pentaksiran guru subjek mengikut item dan pecahan peratus seperti berikut: 20% Ujian Setara 10% Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 10% Tamhidi Ulul Albab Jumlah 100%


PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM TAMHIDI 11 ii. Pengiraan markah gred PNG Peperiksaan/ Pentaksiran Menengah Atas BIL PERKARA MARKAH KETERANGAN 1 Penilaian Sumatif 60% Peperiksaan/ Pentaksiran Semester I & II Peperiksaan Akhir Sijil Pendidikan MRSM (SPMRSM) 2 Penilaian Formatif semasa proses PdP di kelas 40% Penilaian merangkumi segala bentuk pentaksiran guru subjek mengikut item dan pecahan peratus seperti berikut: 20% Ujian Setara 10% Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 10% Tamhidi Ulul Albab Jumlah 100% iii. Sepuluh peratus (10%) daripada markah keseluruhan (100%) peperiksaan semester Subjek Pendidikan Islam diperuntukkan kepada program Tamhidi Ulul Albab. iv. Rubrik Pemarkahan Tamhidi Ulul Albab pelajar Menengah Rendah: TINGKATAN SEMESTER KOD SURAH MARKAH SATU I 01 hingga 03 01-02 04 hingga 06 03-04 07 hingga 09 05-06 10 hingga 12 07-08 13 hingga 15 09-10


PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM TAMHIDI 12 II 16 01 17 02-03 18 hingga 19 04 20 hingga 21 05 22 06 23 07-08 24 09-10 TINGKATAN SEMESTER KOD SURAH MARKAH DUA I 25 01-02 26 03-04 27 05-07 28 08-10 II 29 01-02 30 03-04 31 05-07 32 08-10 TINGKATAN SEMESTER KOD SURAH MARKAH TIGA I 33 01-03 34 04-06 35 07-10 II 36 01-05 37 06-10


PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM TAMHIDI 13 v. Rubrik Pemarkahan Tamhidi Ulul Albab pelajar Menengah Atas: TINGKATAN SEMESTER KOD SURAH MARKAH EMPAT I 38 (ayat 01 – 06) 01-02 38 (ayat 07 – 12) 03-04 38 (ayat 13 – 18) 05-06 38 (ayat 19 – 24) 07-08 38 (ayat 25 – 30) 09-10 II 39 (ayat 01 – 06) 01-02 39 (ayat 07 – 12) 03-04 39 (ayat 13 – 18) 05-06 39 (ayat 19 – 24) 07-08 39 (ayat 25 – 31) 09-10 LIMA I 40(ayat 01 – 06) 01-02 40 (ayat 07 – 12) 03-04 40 (ayat 13 – 18) 05-06 40 (ayat 19 – 24) 07-08 40 (ayat 25 – 30) 09-10 II 41 (ayat 01 – 20) 01-02 41 (ayat 21 – 40) 03-04 41 (ayat 41 – 60) 05-06 41 (ayat 61 – 80) 07-08 41 (ayat 81 – 96) 09-10


PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM TAMHIDI 14 10. PELAPORAN i. Guru tasmik perlu merekodkan hafazan pelajar semasa sesi tasmik (mingguan) dalam templat (excel) Rekod Tasmik Tamhidi Guru yang telah disediakan. ii. Guru tasmik perlu merekodkan hafazan pelajar (bulanan) dalam microsoft form yang telah disediakan. iii. Penyelaras Tamhidi Ulul Albab setiap maktab hendaklah merekodkan hafazan semua pelajar mengikut tingkatan (bulanan) dalam microsoft form yang telah disediakan. iv. Semua perekodan hafazan pelajar akan dipantau oleh Ketua Penolong Pengarah Unit Pendidikan Islam Bahagian Pendidikan Menengah MARA. v. Laporan bulanan adalah berdasarkan silibus yang telah ditetapkan mengikut tingkatan. LAPORAN TAMHIDI ULUL ALBAB (BULANAN) PEMBAHAGIAN KOD SURAH MENGIKUT SEMESTER I TING BULAN 1 BULAN 2 BULAN 3 BULAN 4 BULAN 5 SATU 01 - 03 04 - 06 07 - 09 10 - 12 13 - 15 DUA 25 26 27 28 TIGA 33 34 35 EMPAT 38 (ayat 01-06) 38 (ayat 07-12) 38 (ayat 13-18) 38 (ayat 19- 24) 38 (ayat 25-30) LIMA 40 (ayat 01-06) 40 (ayat 07-12) 40 (ayat 13-18) 40 (ayat 19-24) 40 (ayat 25-30)


PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM TAMHIDI 15 LAPORAN TAMHIDI ULUL ALBAB (BULANAN) PEMBAHAGIAN KOD SURAH MENGIKUT SEMESTER II TING BULAN 6 BULAN 7 BULAN 8 BULAN 9 BULAN 10 SATU 16 - 17 18 - 19 20 - 21 22 - 23 24 DUA 29 30 31 32 TIGA 36 37 EMPAT 39 (ayat 01-06) 39 (ayat 07-12) 39 (ayat 13-18) 39 (ayat 19 – 24) 39 (ayat 25-31) LIMA 41 (ayat 01-20) 41 (ayat 21-40) 41 (ayat 41-60) 41 (ayat 61-80) 41 (ayat 81-96) 11. PENUTUP Semoga usaha untuk melahirkan modal insan yang seimbang dan cemerlang dari segi akademik dan sahsiah ini mendapat limpahan rahmat dan pertolongan daripada Allah S.W.T. Dengan sokongan dan kerjasama yang mantap daripada semua pihak sama ada guru, pengurusan maktab mahupun ibu bapa diharap program ini dapat dilaksanakan dengan baik dan jaya sebagai satu wadah bagi memartabatkan agama, bangsa dan negara.


16 1 JAWATANKUASA PENGGUBAL BUKU PANDUAN TAMHIDI ULUL ALBAB Penasihat : Abd Manab bin Abdul Majid Pengarah BPM Pengerusi : Juriah binti Alias Timbalan Pengarah I (Pembangunan Kurikulum) Naib Pengerusi I : Shahrizal bin Mohd Saderi Timbalan Pengarah I (Pengurusan & Perkhidmatan) Naib Pengerusi II : Jasmin bin Abd Shukor Timbalan Pengarah I (Hal Ehwal Pelajar) Penyelaras : Dr. Zulkifli bin Hussain @ Mat Hassan Timbalan Pengarah II (Sains Sosial) Setiausaha : Wan Ahmad Marzuki bin Wan Ahmad Ketua Penolong Pengarah Pendidikan Islam AJK Induk : Ithnaini binti Muhamed Kamil Rafidah binti Jaafar Khairul Anuar bin Ramli Noriha binti Kasim Muhammad Azizi bin Abdullah Panel Penggubal : Mohamad Zaid bin Dzakaria Mohd Tony bin Saidi Mohd Faisal bin Fadzil Azharudin bin Mohd. Isa


Click to View FlipBook Version