DUA 6022
KOMUNIKASI
PENYIARAN
ISLAM
Puan Farha Binti Muhammad
Ahli:
NAZEEF AHMAD 33DEI18F10
IZZUDDIN BIN ABD AZIZ 33DEI18F1014
ZAIRUL IKMAL 33DEI18F100
KU NAJMI AMIR SYAUQI 33DEI18F1041
PENGHARGAAN
Pencapaian e – folio ini adalah dengan pertolongan dan arahan daripada pensyarah yang saya
sayangi Puan Farha Binti Muhammad yang sentiasa gembira dan bersedia membantu kami
menyelesaikan kekeliruan dan mengarahkan kami untuk mendekati hasil akhir projek ini. Di
samping itu, Puan Farha Binti Muhammad adalah seorang yang senang dan terbuka, yang juga
merupakan rakan baik kita. Tanpa dorongannya, kami tidak akan menyelesaikan kerja akhir ini
dalam pengajian Diploma kami. Terima kasih banyak Puan untuk masa dan pengetahuan anda.
Selanjutnya, kami ingin menunjukkan rasa bersyukur kami kepada Puan Farha Binti
Muhammad yang pernah mengajar kami bagaimana membuat projek ini dengan betul dan
membimbing kami sehingga menyelesaikan e – folio ini dan kami sangat bersyukur kepada
Allah kerana membantu kami menjalankan projek ini dengan lancar. Puan kami sentiasa
bersabar untuk menolong kami.
Selain itu, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang terlibat dalam
penyediaan ini secara langsung atau tidak langsung dan membantu kami dalam usaha ini.
Projek ini tidak akan dapat disiapkan tanpa bantuan dan pengalaman mereka yang luar biasa.
Setiap kali kami memerlukan, mereka ada di belakang kami untuk menyokong. Terima kasih.
ABSTRAK
Maklumat atau informasi merupakan hasil daripada pemprosesan, pengumpulan dan
penganalisaan data yang dapat menambah pengetahuan kepada penerima maklumat. Secara
ringkas, maklumat merupakan konteks apabila data digunakan. Menurut beberapa kamus
umum,maklumat ialah data,bahan dan pengetahuan.Selain itu,maklumat juga adalah data yang
tersusun dalam satu struktur yang mempunyai makna.Ciri-ciri maklumat termaksuklah
relevan,boleh dipercayai,boleh difahami,lengkap,tepat pada masanya dan membantu
mengurangkan ketidakpastian.Mankala data tidak dianggap sebagai maklumat sekiranya lapuk
atau ketinggalan daripada realiti sebenar,kabur,tidak jelas,tidak lengkap atau bukan dalam
format yang diperlukan.Contoh organisasi yang menguruskan maklumat ialah
perpusatkataan,arkib,muzium,galeri seni dan internet.Seorang individu yang cekap,tidak kira
sama ada seorang itu adalah seorang pelajar,profesiona,atau seorang pekerja mesti berupaya
mengenalpasti keperluan-keperluan maklumatnya,iaitu tahu bagaimana untuk
mengesan,mengakses,mendapat semula,menlai,menyusun dan menggunakkan maklumat
itu.Seseorang itu perlu tahu bagaimana memperolehi manfaat daripada maklumat yang telah
dikumpulkan untuk menjadi seseorang yang celik maklumat(Lau 2006). Maklumat iaitu
pengetahuan diperoleh menerusi proses mengetahui atau mengumpul maklumat yang akan
mengembangkan kemampuan kita dalam berinteraksi dengan dunia di sekeiling kita.Proses
mengumpul maklumat ini akan berterusan sepanjang hayat,sejak lahir sehingga ke akhir
hayat.Sepanjang kehidupan setiap individu akan mengalami pelbagai bentuk permasalahan
yang membuatkan dirinya mempelajari sesuatu dan mendapat maklumat yang baru.
TAJUK:KEPENTINGAN PENTAFSIRAN MAKLUMAT YANG TEPAT
Isi kandungan
▪ Definisi Pentafsiran maklumat yang tepat
▪ Cara menangani penyebaran maklumat palsu
▪ Kesan mentafsir maklumat yang tepat
▪ Akibat mentafsir maklumat yang palsu
▪ Etika kewartawanan
▪ Garis panduan dan etika kewartawanan dalam Islam
▪ Kod etika yang perlu dipatuhi oleh wartawan
▪ Kesimpulan
Definisi Pentafsiran Maklumat yang Tepat
▪ Pentafsiran ialah integrasi proses mengumpul maklumat, mengintepretasikan maklumat
atau memberi nilai kepada maklumat itu dan membuat keputusan berdasarkan interpretasi
yang dibuat ke atas maklumat.
▪ Dalam Kamus Dewan, istilah pentafsiran membawa maksud perihal (perbuatan) untuk
mentafsirkan sesuatu perkara.
▪ Dari sudut Islam pula, pentafsiran lebih kepada usaha memahami, menerang atau member
penjelasan serta ulasan terhadap ayat-ayat suci al-quran.Manakala, pentafsiran dari sudut
sejarah pula hanyalah mentafsir sesuatu per stiwa berdasarkan sumber, kaedah dan kritikan
sesuatu. Hal ini menunjukkan bahawa mentafsir sejarah adalah lebih mudah berbanding
mentafsir dari sudut Islam kerana Al-Quran tidak boleh ditafsir sesuka hati berbanding
sejarah boleh ditafsir berdasarkan sumber yang ada tetapi setiap sejarawan bebas mentafsir.
Cara menangani penyebaran maklumat palsu.
• Jangan mudah terpedaya dengan e-mail,mesej dan maklumat yang diterima
• Sentiasa peiksa kesahihan e-mail ,mesej dan maklumat tersebut.
• Pastikan e-mail ,maklumat dan mesej dari sumber yang dipercayai (seperti pihak
berkuasa atau individu yang ada kredibiliti)
• Siasat latar belakang pengirim e-mail, mesej dan maklumat atau penyebar maklumat
• Ingat ,bukan semua maklumat di internet dan laman media social itu benar
• Jika tidak pasti, jangan kongsi semak maklumat sahih di https://sebenarnya.my
Kesan Mentafsir Maklumat Yang Tepat
• Dapat mengelakkan salahfaham dan meningkatkan persefahaman
-maklumat disampaikan akan mudah difahami serta mudah untuk mendapatkan kata
sepakat yang sama dalam sesuatu masyarakat.
• Meningkatkan kualiti perhubungan
- perhubungan akan menjadi lebih baik dan professional dalam sesuatu organisasi.
• Meningkatkan kualiti kerja
- Hasil kerja yang dihasilkan akan lebih baik dan sempurna
• Puas hati dengan maklumat yang diterima
- Maklumat yang diperolehi atau diterima, kita mudah untuk hadam ataupun
memahami isi kandungnya.
• Dipengaruhi tingkahlaku
- Kita dapat mengubah dimana silapnya ataupun dimana kurangnya apabila cara
penyampaian disampaikan dengan baik .
• Membaiki atau membaikpulih hubungan
• Dapat meningkatkan lagi persefahaman antara satu sama lain dalam masa yang sama
dapat mengeratkan hubungan silaturrahim.
Akibat mentafsir maklumat yang palsu.
• Akan menimbulkan kesan negative kepada masyarakat.
• Negara akan menjadi kucar kacir.
• Masyarakat tidak akan percaya sesuatu makluat yang benar kerana selalu terkena
dengan maklumat yang palsu.
Etika kewartawan
Menurut Aminudin Basir (2009), media komunikasi tidak dapat dipisahkan daripada mesej.
Untuk memperoleh mesej yang telus dan benar, kebebasan diperlukan. Tanpa kebebasan mesej,
media komunikasi tidak dapat mencapai matlamat yand dikehendaki. Untuk menjaga
kepentingan masyarakat awam dan keselamatan negara, kebebasan media dalam memperoleh
mesej dan menyampaikannya perlu bergerak dalam lingkungan undang-undang serta
berpegang teguh pada akhlak dan etika yang luhur.
Justeru, ajaran Islam perlu dijadikan dasar dan panduan utama dalam membentuk garis
panduan kebebasan media komunikasi dan amalan etika pengalaman media komunikasi
negara.
Garis panduan dan etika kewartawanan dalam Islam adalah seperti yang berikut:
▪ Dilarang mendedahkan keburukan serta keaiban seseorang tanpa sesuatu maslahah atau
kepentingan yang jelas.
▪ Dilarang menyiarkan berita berunsuran fitnah dalam pelbagai bentuk.
▪ Dilarang menyebarkan perkara-perkara yang lucah atau berunsur lucah.
▪ Tidak harus membesar-besarkan sesuatu perkara yang tidak penting. Mengkaji semula
setiap berita sama ada benar atau salah (palsu).
Kod etika yang perlu dipatuhi oleh wartawan.
▪ Melaporkan kebenaran dan menghormati hak orang ramai untuk mendapatkan
maklumat yang benar.
▪ Menggunakan cara yang wajar untuk mendapatkan berita, gambar, filem dan dokumen.
▪ Menghayati kebebasan memungut dan menyiarkan berita secara jujur serta berhak
membuat ulasan dan kritikan yang saksama.
▪ Sebarang maklumat yang tersiar yang didapati tidak benar hendaklah diperbetulkan.
▪ Berbudi pekerti ketika menjalankan tugas dan menggelakkan diri daripada plagiarisme,
fitnah dan hasutan tuduhan tidak berasas serta rasuah dalam apa jua bentuk sekalipun.
Kesimpulan
Kesimpulannya, maklumat hendaklah disiasat dahulu sebelum disebarkan agar maklumat
adalah tepat supaya tidak menimbulkan konflik dari mana mana pihak yang menerimanya.
Selain itu, kita hendaklah selalu berhati hati apabila mendapat sesuatu maklumat dan
memastikan bahawa maklumat tersebut adalah sahih selepas kita siasat asal usul maklumat
tersebut. Oleh itu, tahulah kita bahawa apa sahaja maklumat yang kita hendak kongsi, kita perlu
sahihkan dahulu kebenarannya dan jangan lah membabi buta menyebarkan maklumat yang
tidak tepat.
Rujukkan
-BUKU KOMUNIKASI & PENYIARAN ISLAM
-https://sites.google.com/site/kemahiranbelajarnaajah/bab-3-kemahiran-perolehan-dan-
pengurusan-maklumat/3-1-pencarian-sumber-maklumat
-https://www.slideshare.net/wazsanry/maklumat
https://ms.wikipedia.org/wiki/Pentafsiran_maklumat