The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SUKAN DAN PERPADUAN MEMBENTUK MASYARAKAT YANG HARMONI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mcmorricio, 2023-04-14 00:03:55

SUKAN DAN PERPADUAN MEMBENTUK MASYARAKAT YANG HARMONI

SUKAN DAN PERPADUAN MEMBENTUK MASYARAKAT YANG HARMONI

S U K A N & P E R P A D U A N M E M B E N T U K M A S Y A R A K A T Y A N G H A R M O N I BY MCMORRICIO & MOHD SHAH


PRAKATA Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya maka E-book ini telah disempurnakan. E-book ini merupakan pengenalan kepada sukan dan perpaduan dalam membuka minda dan membentuk keharmonian dalam kalangan masyarakat. Jadi E-book ini akan membahaskan dan membincangkan tentang perkara yang telah dikaji tentang sukan dan perpaduan dalam membentuk keharmonian masyarakat. Dalam menyediakan E-book ini , pelbagai cabaran dan rintangan yang perlu dihadapi sebelum dapat menghasilkan sebuah E-book yang amat mantap dari segi isi penyampaiannya. E-book ini menjelaskan konsep tentang sukan dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan kaum. Selain itu , ada sedikit sejarah tentang asal usul sukan dan tentang kegemilangannya.Oleh itu , saya menerima dengan hati yang terbuka jika terdapat sebarang pandangan dan ulasan yang membina terhadap E-book ini.


SHAH KENALI PENULIS NO.MATRIX : 20DEE22F1032 KELAS : DEE2B NAMA PENSYARAH : PUAN FATIN FAQERIAH BINTI HAMSAH MCMORRICIO MONG NO.MATRIX : 20DEE22F1027 KELAS : DEE2B NAMA PENSYARAH : PUAN FATIN FAQERIAH BINTI HAMSAH MOHD SHAH SHAUFIQ BIN MANARAH MCMORRICIO


ISI KANDUNGAN t Pengenalan Sukan 03 Pengenalan Perpaduan 04 Sejarah Sukan 05-06 Kesimpulan 15 Rujukan 16 Kepentingan Sukan 07-08 Sukan Di Malaysia 09-10 Sukan Agen Perpaduan 11-12 1 Murid 1 Sukan 13-14 Aktiviti Pengukuhan 17


PENGENALAN Sukan adalah sebagai alat perpaduan dalam kalangan penghuni Malaysia dan perpaduan antarbangsa.Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan kumpulan etnik. Aktiviti sukan melibatkan pelbagai etnik menyediakan peluang untuk bekerjasama dan saling memahami di samping mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Selain itu, kegiatan sukan juga boleh menyumbang ke arah perpaduan serta dapat mengikis segala gejala sosial yang kurang diingini dalam pembangunan negara seperti diskriminasi, pengasingan dan sebagainya. peranan ikon sukan bukan sahaja terhad untuk mengharumkan nama Negara. Contohnya, perlawanan bola sepak yang melibatkan pasukan Malaya yang hampir keseluruhanya adalah peminat tempatan. S U K A N 03


Pengenalan perpaduan Perpaduan merupakan penyatuan dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan sesebuah masyarakat ataupun kumpulan. Ia merujuk kepada semua perhubungan sosial yang mengaitkan manusia. Asas perpaduan sosial yang mengaitkan manusia. Asas perpaduan bagi sesuatu masyarakat ringkas ataupun biasa is mungkin berdasarkan hubungan dalam kekeluargaan dan nilai saling menghormati dan menyayangi Mewujudkan sukan berperanan mengeratkan hubungan sebagai alat hubungan diplomatik silaturahim perpaduan dan antara sesebuah dapat antara satu sama negara dengan lain menyemarakan negara lain. semangat patriotik di Malaysia 04


SEJARAH SUKAN DUNIA SEJARAH SUKAN Sukan merupakan cara yang berguna bagi manusia meningkatkan kelebihan mereka ke atas alam semula jadi dan persekitaran. Sejarah sukan telah mengajar kita banyak perkara mengenai perubahan kemasyarakatan dan mengenai sifat semulajadi sukan itu sendiri. Sukan telah mengembangkan kemahiran manusia melalui latihan dan ia juga selari dengan perubahan masyarakat dan terdapat perubahan dalam peraturan. Tidak dinafikan bahawa sukan telah memberikan banyak kepentingan kepada manusia. Sukan telah wujud sejak dulu lagi iaitu wujud sekurangkurangnya dua setengah ribu tahun dahulu. Seperti yang kita tahu sukan seperti memanah , bola sepak , berenang dan gusti merupakan sukan yang tertua di dunia. Berdasarkan peninggalan dan penelitian orang cina telah terbabit dengan aktiviti kesukanan se-awal 4000 BC. Dengan pengelibatan manusia beribu tahun dengan aktiviti sukan terwujudnya pertandingan yang sangat popular sehingga mempengaruhi seluruh dunia seperti Sukan .Olimpik , Piala Dunia , Sukan Komanwel dan Piala Thomas. 05


Sukan Malaysia dikonsepkan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim , Menteri Kebudayaan , Belia dan Sukan pada tahun 1983. Sukan pertama di Malaysia telah diadakan di Kuala Lumpur dari 19-26 April 1986 yang disertai oleh 3849 atlet dari 13 negeri Malaysia , Persekutuan Kuala Lumpur, Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM), Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Sukan ini dinamkan sukan SUKMA yang diadakan dwitahunan pada peringkat kebangsaan. Hal ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara kaum dan perpaduan antara masyarakat. Sukan Malaysia atau lebih dikenali sebagai SUKMA boleh dikatakan temasya sukan yang wajib ditonton oleh rakyat Malaysia. Pada setakat ini , Selangor merupakan kontinjen yang paling mempunyai banyai pingat dan yang kedua ialah negeri Sarawak. Sejarah Sukan Malaysia 06


KEPENTINGAN SUKAN "MARILAH BERSUKAN" Manfaat utama dalam menyertai aktiviti sukan adalah ia dapat meningkatkan tahap kesihatan diri secara fizikal dan juga mental. Umum mengetahui bahawa bersukan melibatkan aktiviti fizikal yang menggerakkan otot serta mencabar kecerdasan minda. Sebagai contoh, aktiviti berbasikal memerlukan kita mengayuh dan melihat persekitaran sekeliling supaya selamat dan tidak membahayakan.Dari sudut biologi, bersukan dapat meningkatkan kesihatan kardiovaskular, kekuatan otot dan kebolehan aerobik. Individu yang bersukan juga dapat mengawal berat badan jika bersukan dengan kerap dan mengurangkan risiko menghidap penyakit berbahaya seperti serangan jantung, strok dan juga diabetis. Selain itu, aktiviti sukan juga meningkatkan dan membina keyakinan dan keterampilan diri seseorang individu. Hal ini kerana , aktiviti sukan mendedahkan kita dengan pelbagai nilai kehidupan dan gaya hidup yang lebih sihat. Dengan menyertai pertandingan yang berkaitan dengan sukan kita akan merasai pengalaman menang atau kalah. Sebagaimana dalam kehidupan kita akan mengalami dimana kita akan berasa kecewa atau kekalahan dan hal ini secara tidak langsung akan memberikan kita semangat untuk bangkit mengecapi kejayaan. Nilai dalam sukan amatlah penting bagi generasi muda supaya mereka lebih tabah menghadapi cabaran hidup.Tambahan pula, dalam aktiviti sukan yang melibatkan rakan sepasukan, kita akan belajar untuk bekerjasama dan bertoleransi dalam mencapai suatu misi. 07


SUKAN MENJADI KERJAYA Seperti yang kita tahu , manfaat sukan adalah membuka peluang kerjaya kepada masyarakat. Sehingga hari ini negara kita Malaysia telah melahirkan ramai atlet yang bertaraf antarabangsa seperti Datuk Lee Chong Wei , Datuk Nicol Ann David dan Datuk Pandelela Rinong yang telah banyak merangkul kerjayaan di peringkat antarabangsa. Hal ini secara tidak langsung memberi semangat dan menjadi contoh kepada generasi yang akan datang untuk menaikkan dan mengharumkan nama negara. 08


SUKAN DI MALAYSIA Sukan padang di Malaysia boleh disebut sebagai sukan utama yang dilakukan oleh rakyat berbilang usia. Sukan padang seperti bola sepak, hoki, ragbi, padang, golf dan lainlain dimainkan di seluruh pelusuk negara. Terutamanya permainan bola sepak yang boleh dimainkan di seluruh dunia sehingga dipertandingkan di peringkat antarabangsa yang telah dijadikan antara sukan paling popular di kalangan rakyat Malaysia. Seterusnya sukan seperti hoki dan ragbi juga mendapat tempat di kalangan para atlit di Malaysia. Sukan di Malaysia adalah bahagian penting dalam budaya Malaysia. Sukan di Malaysia sangat popular dari aspek penyertaan dan pemandangan. Rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat menyertai pelbagai sukan untuk rekreasi dan persaingan. Dalam definisi yang paling luas sukan sukan fizikal semua jenis-empat sukan rekreasi yang paling popular di kalangan penduduk umum Malaysia adalah senaman berjalan, latihan aerobik, latihan kekuatan, dan berjalan. Sukan lain yang paling popular ialah berbasikal, berenang, memanjat, berkhemah, boling, mendaki, memancing dan selam skuba. Dalam aspek yang menarik, enam sukan penonton dengan kebanyakan peminat adalah bola sepak persatuan, hoki lapangan, kesatuan ragbi, badminton, bola tampar, bola baling, bola keranjang dan seni mempertahankan diri campuran. Malaysia telah menganjurkan beberapa acara sukan utama termasuk Sukan Komanwel pada tahun 1998. SUKAN PADANG 09


Aktiviti-aktiviti balapan ini adalah antara sukan umum yang disertai oleh rakyat Malaysia di beberapa kejohanan peringkat Asia Tenggara, Asia atau peringkat Antarabangsa. Sukan seperti lari pecut, lari berganti-ganti, lompat kijang, lari berpagar, lompat jauh, lontar peluru, lempar cakera, lompat tinggi, lompat bergalah dan seumpamanya adalah antara sukan-sukan yang disertai oleh rakyat-rakyat di Malaysia. Pada paralimpik 2016 seorang atlet Malaysia telah memenngi pingat emas dalam pertandingan belapan dalam larian 100 meter iaitu Mohd Ridzuan Mohd Puzi. Di Malaysia sukan air ini juga antara aktiviti yang menarik perhatian ramai. Terdapat pelbagai sukan air yang dilakukan di Malaysia seperti kapal layar, bot laju, kayak, perahu panjang, berenang, menyelam, polo air, gimnastik, snorkling dan sebagainya. Sukan-sukan ini biasanya dimainkan sama ada di dalam pusat akuatik, kolam, tasik, sungai dan laut. Sukan air di Malaysia juga telah diperkenalkan sehingga ke peringkat antarabangsa. SUKAN BALAPAN Mohd Ridzuan Mohd Puzi (kiri) pingat emas larian 100m Muhammad Ziyad bin Zolkefli (tengah) pingat emas lontar peluru Datuk Abdul Latif Romly (kanan) pingat emas lompat jauh SUKAN AIR 10


SUKAN AGEN PERPADUAN BIDANG sukan dilihat masih mampu menjadi landasan dalam memupuk perpaduan antara kaum. Bagi Merak Jalanan, ini bukan retorik tapi satu realiti yang berlaku. Biarpun berlainan fahaman politik, berbeza agama dan bangsa namun ketika menyokong pasukan negara yang bertanding, tembok yang tebal itu boleh dihapuskan.Contohnya, apabila pasukan Harimau Malaya bertanding, semua sempadan terhapus dengan sendirinya kerana kita memberi fokus agar kemenangan dapat dicapai. Sukan dapat menyatukan rakyat kerana sukan adalah agen perpaduan. Aktiviti bersukan dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan pada masa sama menerapkan disiplin dan integriti dalam kalangan peserta. 11


Sukan adalah cara yang terbaik untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat dan pelbagai kaum di setiap negara.Selain itu sukan juga dapat menerapkan sikap nilai murni dalam diri setiap individu,dimana masyarakat akan belajar berinteraksi dan berkomunikasi secara meluas antara pelbagai kaum.Oleh hal yang demikian, mereka akan mengenali antara satu sama lain malahan dapat mewujudkan semangat kekitaan dalam diri masing-masing.Seperti yang disedia maklumkan bahawa masyarakat perlulah melakukan aktiviti sukan walau apa jua sukan sekalipun.Pentingnya bersukan adalah kerana sukan dapat membentuk jati diri dan membina sahsiah diri serta memperbaik keseimbangan emosi seseorang. Masyarakat boleh melakukan apa jua aktiviti sukan sama ada sukan indoor atau outdoor seperti bola sepak,futsal,badminton dan bukan sahaja permainan tradisional.Tujuan utama kita adakan sukan adalah untuk memantapkan perpaduan pelbagai kaum disamping dapat memupuk amalan hidup sihat dan untuk jadikan Malaysia sebagai negara yang bersukan.Oleh itu ,untuk membuktikan bahawa sukan dapat memupuk perpaduan ialah dengan melihat perwatakan anak-anak muda atau orang dewasa yang mana mereka saling menyokong dan bersorak bersama-sama sekiranya pertandingan sukan di adakan seperti pertandingan bola sepak yang dimainkan di stadium.Sukan menjadi penjana dalam mempertahankan keharmonian dan kesejahteraan negara.Keamanan negara juga dapat dicapai sekiranya setiap negara menitikberatkan fungsi sebenar sukan dalam membentuk hubungan global yang baik.Jadi jelaslah bahawa sukan adalah aktiviti yang penting bagi setiap individu. 12


Dasar 1 Murid 1Sukan (1Mw1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan Aktiviti sukan di bawah Sukan Untuk Semua adalah sangat penting dalam membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan ke semua murid. Bagi Sukan untuk Kecemerlangan, prestasi murid yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan di bawah Program Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh yang demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu padu. 13


Dasar 1 Murid 1 Sukan berupaya memupuk perpaduan antara kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Perpaduan merupakan kunci kejayaan Malaysia hingga dikenali di peringkat antarabangsa. Malaysia sentiasa dijadikan contoh kepada negara-negara lain di dunia ini kerana kejayaannya membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk selama 54 tahun kebelakangan ini. Kerajaan sedar bahawa rakyat tidak harus alpa dengan kepentingan perpaduan untuk membina sebuah negara Malaysia yang berjaya dan harmoni. Indikator terbaik ke arah itu ialah melalui sukan Semangat kerjasama dan bertolenransi amatlah penting dalam menjayakan sesuatu aktiviti sukan. Rakyat pelbagai kaum akan dipertemukan dan bergaul sesama mereka semasa menjalani aktiviti sukan. Dengan ini mereka akan memahami budaya dan cara hidup kaum lain. Aktiviti sukan berupaya meningkatkan kecergasan jasmani seseorang dan memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti fizikal. Hal ini demikian kerana kerajaan sedar semakin ramai rakyat Malaysia yang mengabaikan sukan dalam kehidupan lantaran terlalu sibuk dengan urusan seharian. Akibatnya, bilangan rakyat Malaysia yang mengidap masalah kegemukan dan obesiti semakin meningkat saban tahun. Pada tahun 2011, dilaporkan rakyat Malaysia merupakan golongan terbanyak mengidap obesiti dalam kalangan rakyat di negara-negara ASEAN dan yang keenam di Asia. Oleh sebab itu, tindakan kerajaan memperkenalkan Dasar 1 Murid 1 Sukan memang tepat pada masanya dalam usaha membentuk masyarakat Malaysia yang cergas dan cerdas sepanjang masa. 14


KESIMPULAN Sukan merupakan elemen penting untuk mempupuk perpaduan antara kaum. Sukan juga mempunyai kepentingan yang melimpah seperti baik untuk kesihatan dan dapat mengeratkan silaturahim antara masyarakat mahupun masyarakat di negara lain.Negara Malaysia yang tercinta ini telah mengadakan Temasya Sukan Malaysia iaitu SUKMA setiap 2 tahun sekali yang mana dapat memupuk perpaduan dalam kalangan permain atau penonton.Di samping itu,bersukan juga menyelami erti perpaduan,menghormati antara kaum yang mana kesannya kita dapat mempertahankan kedaulatan.Oleh itu, semua lapisan masyarakat amat digalakkan untuk menyertai semua jenis aktiviti sukan atau permainan kerana ia dapat melahirkan masyarakat yang sihat, bersatu padu,berdaya saing dan berdaya maju.Ada satu slogan yang menyatakan majulah sukan untuk negara harus dipegang oleh setiap lapisan insan Malaysia jika kita mahu acara sukan ini terus mendat tempat dalam jiwa rakyat. Akhir sekali, sukan juga dapat mengeratkan hubungan antara pemain dengan penonton yang tidak kira apa latar belakang masing-masing maka usaha untuk memupuk dan memperkukuhkan semangat nasionalisme, integrasi sosial, saling menghormati dan toleransi seharusnya dikekalkan bukan sahaja di dalam gelanggang bahkan juga di luar gelanggang. Ternyata, bidang sukan benar-benar menjadi salah satu menyatupadukan masyarakat di Malaysia. Bidang sukan juga memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat dan dapat menyatupadukan masyarakat. 15


https://ms.wikipedia.org/wiki/Sukan_di_Malaysia https://ms.wikipedia.org/wiki/Perpaduan https://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_sukan https://ms.wikipedia.org/wiki/Sukan_di_Malaysia https://www.sinarharian.com.my/article/60309 https://karangan.net/manfaat-dasar-1-murid-1-sukan-stpm https://www.bing.com/ck/a?!&&p=b6cf5b4b0623a48fJmltdHM9MT Y4MTM0NDAwMCZpZ3VpZD0wZjc5ZjMyMS1kMjVjLTYwNmMt MWRjNy1lMTJjZDNjYjYxNzImaW5zaWQ9NTI1Ng&ptn=3&hsh=3 &fclid=0f79f321-d25c-606c-1dc7- e12cd3cb6172&psq=paralimpik+malaysia+2016&u=a1aHR0cHM6Ly 9tcy53aWtpcGVkaWEub3JnL3dpa2kvTWFsYXlzaWFfZGlfU3VrYW 5fUGFyYWxpbXBpa19NdXNpbV9QYW5hc18yMDE2&ntb=1 R U J U K A N 16


AKTIVITI PENGUKUHAN TAMAT 17


e-book ini telah menjelaskan pelbagai cabaran yang membentuk kerharmonian masyarakat di Malaysia. Antara cabaran yang membentuk kerharmonian masyarakat Malaysia yang dibincangkan di dalam e-book ini ialah sejarah sukan , kepentingan bersukan , sukan di Malaysia , sukan agen perpaduan dan 1 murid 1 sukan. Perbincangan cabaran ini meliputi dari banyak sumber benar dan sahih yang dapat dihubungkait dengan e-book ini. E-book ini mejelaskan cabaran daripada pelbagai aspek-aspek yang penting dan saling menghubungkait dengan masyarakat di Malaysia. E-BOOK


Click to View FlipBook Version