The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by unitkurikulumskdj, 2021-09-22 05:28:38

SAINS TAHUN 5 | BUKU 1

SAINS TAHUN 5 | BUKU 1

IMBAS KEMBALI

1. Sumber tenaga elektrik adalah daripada stesen jana kuasa seperti stesen
jana kuasa angin, stesen jana kuasa ombak, stesen jana kuasa hidroelektrik,
sel suria, sel kering, dinamo, akumulator dan penjana.

2. Mentol boleh disusun secara bersiri atau selari.

3. Contoh lakaran litar untuk susunan secara bersiri dan selari menggunakan
simbol adalah seperti yang berikut:

lakaran litar bersiri lakaran litar selari

4. Kecerahan mentol dalam litar boleh diubah dengan cara:
• mengubah bilangan mentol atau bilangan sel kering pada litar bersiri.
• mengubah bilangan sel kering pada litar selari.

5. Perbezaan keadaan mentol antara litar bersiri dengan litar selari
apabila satu suis dibuka adalah seperti yang berikut:

Litar bersiri Litar selari

Suis X dibuka A

Suis X dibuka Suis Y ditutup Suis Y ditutup

Semua mentol tidak menyala. B

Mentol pada cabang Y masih menyala.

6. Faktor yang mempengaruhi penggunaan tenaga elektrik: 141
• Menggunakan kipas berbanding dengan penyaman udara.
• Menutup suis lampu semasa tidur.
• Tidak membiarkan peralatan elektrik terpasang jika tidak digunakan.
• Tidak membiarkan peti sejuk terbuka untuk jangka masa yang lama.
• Mengurangkan penggunaan pemanas air semasa mandi.
• Menggunakan lampu jimat tenaga seperti lampu LED berbanding
dengan lampu filamen.

7. Kesan kecuaian semasa pengendalian peralatan elektrik:
• renjatan elektrik.
• litar pintas.
• kebakaran.

8. Langkah-langkah keselamatan ketika mengendalikan peralatan elektrik:
• Peralatan elektrik yang rosak hendaklah dibaiki oleh pihak yang bertauliah.
• Pastikan tangan kering semasa menyentuh suis.
• Sambungkan hanya satu plag pada satu soket.
• Suis pada soket perlu dimatikan sebelum mencabut plag daripada soket.
• Wayar yang rosak perlu digantikan dengan wayar yang baharu.

ASAH MINDA

Jawab soalan yang berikut dalam buku latihan Sains.

1. Nyatakan semua sumber yang menghasilkan tenaga elektrik.

2. Perhatikan komponen litar di bawah:

mentol suis sel kering wayar penyambung
berklip buaya

(a) Dengan menggunakan semua komponen di atas, hasilkan lakaran
gambar rajah bagi dua jenis litar yang berbeza menggunakan simbol.

(b) Mentol dalam susunan yang manakah menyala lebih cerah? Mengapa?

(c) Jelaskan perbezaan antara susunan mentol dalam litar bersiri dengan
litar selari dalam jadual di bawah.

Litar Bersiri Selari

Susunan mentol

142


Click to View FlipBook Version