Tatabahasa Mari Kita Berinovasi
Farisha dan ayahnya cuba menghasilkan satu ciptaan daripada buku Jimat dan
Mudah dengan Inovasi, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
“Farisha, mari kita hasilkan alat inovasi perangkap nyamuk,” kata encik Farid.
“Baiklah, ayah. Adakah alat ini memudaratkan kita? Tolong ayah beritahu
keistimewaan alat ini,” ujar Farisha.
“Usah risau, Farisha. Keistimewaan alat ini tiada penggunaan bahan kimia
berbahaya. Penghasilan alat ini juga mudah dan jimat,” jelas encik Farid.
“Kalau begitu, silalah ayah beritahu bahan-bahan yang kita perlukan,” minta Farisha.
“Mula-mula, minta sediakan bahan seperti botol plastik 1.5 liter, 200 mililiter air,
50 gram gula merah, 11 gram yis dan kertas pembalut hitam. Kemudian, ”.
Potong botol plastik. Campurkan gula merah Tambah yis bagi menghasilkan
dengan air. karbon dioksida. (nyamuk
tertarik akan karbon dioksida)
Letakkan bahagian corong, Balut botol dengan kertas hitam. Tunggu dan lihat hasil dalam
terbalik, ke dalam separuh Kemudian, letakkannya di sudut masa dua minggu.
botol tadi. rumah.
Munsyi Cilik
Ayat perintah ialah ayat yang digunakan untuk menimbulkan sesuatu tindakan.
Aktiviti Contoh: ayat suruhan, ayat larangan (kata larangan jangan dan usah),
ayat silaan (kata silaan sila dan jemput) dan ayat permintaan (kata permintaan
minta dan tolong).
Mengenal pasti kata perintah dan melengkapkan dialog dengan
membina ayat perintah.
Nota • Bimbing murid memahami dan membina ayat perintah mengikut konteks. 137
Guru Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme KBAT: Mencipta – Menghasilkan
eMK: Kreativiti dan Inovasi KPM
5.3.2
(ii)
Pemulihan
Baca dan teliti teks. Kemudian, edit dan murnikannya dari segi ejaan,
tanda baca dan imbuhan. Tulis jawapan dalam buku latihan.
Dunia Sains
Taman Herba Sekolah
JASIN, 20 Jun – SK Seri Makmur telah mengadakan acara perasmian Taman Herba
Sains pada minggu lepas. Taman itu telah diusahakan oleh angota Kelab Sains.
Taman itu diwujudkan untuk memberi murid pendidikan tentang khasiat
tumbohan herba. Oleh itu, terdapat pelbagai jenes tanaman herba dan organek
yang mampu mengobati beberapa masalah kesihatan secara tradisiunal di situ.
Projek taman herba itu melibatkan kerjasama pelbagai pihak! Misalnya, bekalan
anak pokok dan benih diperoleh daripada institut penyelidikan dan kemajuan
pertanian malaysia (MArDI) dan sumbangan penduduk setempat. Pihak sekolah
dan murid pula melakukan penyenggaraan taman,
‘Kita berharap agar tanaman herba ini dapat dimanfaatkan oleh murid semasa
proses pembelajaran Sains di sekolah, terutamanya dalam penyelidikan dan inovasi,’
Pesan guru besar dalam ucapan perasmian.
Mengikut tinjauan, didapat hampir 50 jenis tanaman pokok herba, sayuran dan
buah herba di taman itu. Antara pokok yang bertanam termasuklah tongkat ali, kacip
fatimah, stevia, pegaga, durian belanda dan mulberi. Info sains tentang manfaat
tumbuhan juga dipamerkan bagi dimudahkan kefahaman murid. Aktiviti luar bilik
darjah seperti itu menjadikan murid lebih dihargai
khazanah alam semula jadi.
3.3.2
138
KPM
Pengayaan
(A) Baca dan fahami graf dan infografik. Kemudian, bincangkan
maklumat tersurat dan tersirat.
45
40
35
30
25
20
15
10
5
0
V2.0
Pusat Rujukan Persuratan Melayu
melayari menghantar melayari memuat turun melayari laman mengakses
aplikasi dan menerima enjin carian soalan-soalan Pusat rujukan sumber
YouTube untuk Google untuk
menonton video e-mel mendapatkan dan video Persuratan pembelajaran
pembelajaran Melayu (PrPM) dalam aplikasi
pelbagai pendidikan untuk mencari nota, soalan
rujukan dan
makna dan latihan
ilmu perkataan
peperiksaan
(B) Berikan respons kamu tentang soalan-soalan yang berikut.
1. Apakah pendapat kamu tentang peratus murid yang melayari aplikasi Internet
pada bulan Mac?
2. Daripada enam aplikasi yang sering dilayari murid, aplikasi yang manakah
pilihan kamu? Mengapa?
3. Mengapakah Internet penting semasa aktiviti pembelajaran dan aktiviti kendiri
murid di sekolah?
2.1.1
139
KPM
Pengukuhan
Bina dialog dan lakonkan.
Rekreasi Bahasa
Arahan aktiviti:
Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan.
1. Pilih sekeping kad tugasan dan fahami kandungan kad.
2. Berbincang dalam kumpulan untuk membina dialog.
3. Boleh merujuk Internet dan sumber rujukan lain.
4. Gunakan ayat seruan dan ayat perintah yang betul dan gramatis.
5. Lakonkan dengan penyampaian yang baik.
Kad Tugasan 1 Kad Tugasan 2
Kumpulan kamu berpeluang Kumpulan kamu berpeluang
untuk mencuba satu alat untuk mencuba alat pengukur
permainan simulator tahap kemanisan buah atau
penerbangan pesawat dalam refraktometer brix di Lembaga
pameran syarikat penerbangan. Pemasaran Pertanian Persekutuan
(FAMA). Alat ini ialah inovasi dalam
Bina dialog yang mengandungi bidang pertanian dan kawalan
ayat seruan dan ayat perintah gula oleh pengguna.
semasa mengendalikan alat itu.
Bina dialog yang mengandungi
ayat seruan dan ayat perintah
semasa menggunakan alat itu.
140 5.3.2
(i,ii)
KPM
Penilaian
(A) Baca kisah pengembaraan Didi dan ramalkan kesudahan cerita itu
berdasarkan gambar. Kemudian, cari makna perkataan yang
berwarna hijau.
Didi di Angkasa
Didi tercampak jauh di kawasan lapang. roket yang dinaikinya hancur. Mujurlah sut
pakaian angkasanya masih elok. Dapatlah dia bernafas dengan tangki oksigen yang
masih ada. Dia tidak pasti sama ada dia di Bulan atau di sebuah planet lain.
Tiba-tiba, Didi terkejut apabila melihat sebuah jentera meluncur laju di hadapannya.
Jentera itu nampak begitu canggih dan moden. Dengan pantasnya, Didi menyorok
di sebalik batu besar. Dia ingin memerhatikan situasi yang akan berlaku.
Jentera itu berhenti. Dua buah robot keluar dari jentera itu. robot pertama
menerbangkan dron untuk mengesan sesuatu. robot kedua pula mengawal tempat
dengan selaras senjata moden. Didi bimbang akan keselamatannya. Dia hanya
mampu mengintipnya dan mendiamkan diri.
Seketika kemudian, robot-robot itu menaiki jentera kembali. Dalam beberapa saat,
jentera itu terbang laju, lalu hilang daripada pandangan.
“Tentu jentera itu menggunakan kuasa roket,” fikir Didi.
Didi keluar dari persembunyiannya. Tiba-tiba, dia terpijak sejenis alat mirip sebuah
telefon pintar. Alat itu mungkin tercicir semasa robot itu menjalankan operasi. Dalam
fikiran Didi sekarang hanyalah untuk kembali ke Bumi. Dia mungkin berpeluang
dengan menggunakan alat perhubungan itu.
(B) Bina ayat majmuk peluasan subjek dan predikat pada ayat di bawah.
1. roket yang dinaikinya hancur. (peluasan subjek)
2. Jentera itu berhenti . (peluasan predikat)
3. robot pertama menerbangkan dron untuk mengesan sesuatu . (peluasan
predikat)
4. Didi keluar dari persembunyiannya . (peluasan predikat)
5. Alat itu mungkin tercicir semasa robot itu menjalankan operasi . (peluasan
subjek dan predikat)
1.3.1 141
2.1.2
5.3.1 KPM
Bacaan Luas
Satelit dan Kehidupan Alam
Fungsi sebenar satelit di angkasa lepas telah wujud sejak
berdekad lalu. Satelit diakui mampu membantu kehidupan
kita dalam pelbagai bidang termasuklah pertanian, bantuan
kemanusiaan, meteorologi dan telekomunikasi maklumat.
Dalam bidang pertanian, imej satelit digunakan untuk
meningkatkan penghasilan dan mengurangkan kos. Data imej
satelit digunakan oleh perancang, pembuat dasar dan petani moden
bagi membuat keputusan yang berkesan. Misalnya, menjamin bekalan air
yang stabil untuk makanan dan persekitaran. Melalui satelit, manusia dapat
menentukan lokasi punca air di dalam lembangan sungai pada masa-masa
tertentu dalam setahun.
Satelit juga penting untuk menangani isu bantuan kemanusiaan. Bantuan
kemanusiaan ialah tindakan meringankan penderitaan akibat bencana seperti
banjir, kebakaran hutan, ribut taufan, gempa bumi, tsunami dan kemarau,
serta perpindahan populasi. Oleh itu, maklumat geografi yang tepat sangat
penting untuk saluran bantuan di kawasan yang terpencil dan rumit.
Selain itu, satelit juga digunakan dalam meteorologi. Meteorologi ialah
bidang ilmu sains tentang atmosfera dan fenomena, terutamanya kajian
cuaca dan ramalan cuaca. Dengan satelit meteorologi, ahli meteorologi dan
penyelidik tentunya boleh memerhati fenomena jangka pendek di sekeliling
dunia 24 jam sehari.
Seterusnya, fungsi lain satelit juga adalah sebagai alat komunikasi. Satelit
komunikasi satu daripada medium pertukaran maklumat ke seluruh dunia,
khususnya melalui bidang penyiaran, telefon dan Internet. Melaluinya,
liputan yang luas di antara dua kawasan yang jauh di muka bumi dapat
dihubungkan.
Sesungguhnya, komunikasi satelit merupakan teknologi yang membawa
perubahan besar dalam kehidupan manusia kini. Oleh itu, murid-murid
haruslah memanfaatkan kemudahan satelit untuk meneroka ilmu baharu
sebagai satu proses pembelajaran yang bermakna.
(Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada https://www.majalahsains.com/fungsi-satelit-dalam-kehidupan/)
142
KPM
Tema KELESTARIAN ALAM
7
Aktiviti
Berbual-bual tentang gambar.
143
KPM
UNIT 19 Ceriakan Buana Kita
Mendengar dan Bertutur
Pembersih Udara Semula Jadi
Cikgu Mariam telah mengadakan sesi pembelajaran luar bilik darjah
di Taman Lestari.
Murid-murid, lihat dengan telitinya cara Baiklah, cikgu.
menanam pokok-pokok ini. Kami akan
melihat dengan
Untuk makluman kamu, pokok telitinya cara
lidah jin, pokok labah-labah dan pokok cikgu menanam
pakis Boston ini boleh membersihkan pokok-pokok ini.
udara secara semula jadi. Misalnya,
pokok lidah jin dan pokok labah-labah
memiliki daya serap yang sangat
tinggi terhadap gas-gas beracun yang
terbebas di udara. Pokok pakis Boston
pula mampu membersihkan dan
melembapkan udara.
Afifi, apakah keistimewaan
ketiga-tiga pokok ini?
Tinesh, bagaimanakah ___
pokok-pokok ini berfungsi
kepada alam sekitar?
___
Aktiviti
Mendengar, mengecam dan menyebut maklumat semula.
Nota • Bimbing murid mendengar, mengecam sebutan, dan menyebut semula ujaran yang
Guru
terdapat dalam situasi formal.
1.1.1
144 Strategi PdP: KP – Naturalis KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan
KPM eMK: Kelestarian Global
Membaca Terarium atau Pasu?
Afifi dan Sofea berkongsi cerita tentang tanaman mesra alam mereka
kepada rakan sekelas.
Selamat sejahtera, kawan-kawan. Hari ini, Selamat sejahtera, kawan-kawan. Hari
saya akan bercerita tentang terarium ini, saya akan menceritakan perihal
mesra alam milik saya. Terarium ialah bekas tanaman bunga di halaman rumah saya.
lut sinar yang digunakan untuk memelihara Saya lebih suka memanfaatkan halaman
tumbuh-tumbuhan kecil. Saya menghasilkan rumah dengan tanaman pelbagai jenis
terarium mesra alam ini di dalam bekas pokok bunga. Saya menanam pokok
kaca yang pelbagai saiz dan bentuk. Bekas bunga di dalam pasu yang pelbagai
ini biasanya saya tutup untuk mencegah bentuk dan saiz.
kehilangan lembapan. Saya hanya menyiram tanaman
Tanaman ini senang untuk saya jaga. saya pada waktu pagi dan petang.
Saya tidak perlu menyiram tanaman ini selalu. Bunga yang sedang mekar memberi
Terarium ini boleh diletakkan di ruangan kecil saya sekeluarga kepuasan. Kecantikan
di dalam rumah. Terarium menjadikan ruang bunga pula menghidangkan panorama
tamu dan bilik tidur saya cantik dan ceria. indah dan menyejukkan pandangan.
Terarium mampu menjadi terapi minda bagi Bagi saya, hobi ini juga antara terapi
mengurangkan stres. untuk menenangkan diri sambil bersantai
dengan keluarga tersayang.
Danish, kaedah tanaman
manakah yang kamu suka?
Mengapa? Saya suka kaedah penanaman ___
kerana ___. Dengan itu, saya memilih ___.
Apakah pula pilihan
kamu, Tinesh?
___
Aktiviti
Membaca dan memahami teks untuk membuat pertimbangan dan keputusan.
Nota • Bimbing murid membaca dan memahami maklumat untuk membuat pertimbangan dan
Guru
keputusan.
2.2.1
Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik KBAT: Menganalisis – Menilai 145
eMK: Kelestarian Alam KPM
Menulis Komuniti Samudera
Afifi membaca buku cerita di perpustakaan
mini rumahnya.
“Sahabatku, Sang Penyu. Mengapakah wajah kamu
tidak ceria seperti biasa! Jika kamu memerlukan
pertulungan, beritahulah aku. aku pasti akan
menolong kamu,” kata sang pari.
‘Lihatlah kaki dan leher aku ini, ada jareng yang
tersangkut. Susah untuk aku barenang untuk mencari
makan. Pelbagai usaha sudah aku lakukan. namun
begitu, semuanya tidak berhasel,’ kata Sang Penyu,
“Baiklah, biar aku cuba bantu kamu membuang
jaring yang tersangkut itu. Kasihan pula aku terlihat
kamu menanggung kesakitan,” kata Sang Pari.
Sang Pari pun berusaha untuk menanggalkan
jaring yang disangkut pada kaki dan leher Sang Penyu.
Walaupun Sang Pari mengunakan gigi dan
ekornya yang tajam, jaring tersebut masih tersangkut
pada Sang Penyu.
“Minta maaflah Sang Penyu, aku tidak mampu
menmotong jaring ini. Talinya berlalu kuat,” kata
Sang Pari.
“Aduhai, malang sungguh nasib aku kali ini!” rintih
Sang Penyu.
Sang Pari kemudiannya menjemput Sang Penyu
berjumpa dengan Sang Todak. Sang Pari menyatakan
bahawa Sang Todak mempunyai ramuan yang cukup
untuk membantu Sang Penyu itu.
Setelah berjumpa dengan Sang Todak, Sang
Penyu menanyakan masalah yang dihadapinya.
Tanpa membuang masa, Sang Todak terus
memangkas jaring yang terlekat pada kaki dan
leher Sang Penyu. Setelah berjaya, Sang Penyu
mengucapkan tahniah kepada Sang Todak.
146
KPM
Semasa dalam perjalanan pulang,
mereka melihat warga samudera di tepi
pantai. Apabila menghampiri pantai, sedang
mengadakan gotong-royong mereka
melihat anggota masyarakat membersihkan
kawasan tersebut. Di kawasan darat, aktiviti
rakan Alam Sekitar (rAS) gotong-royong
disertai oleh ahli. Di dalam air pula, menolak
sampah ke kawasan pantai warga samudera
bersama-sama agar dipungut senang oleh
ahli rAS. Kini, masyarakat di darat dan warga
samudera bekerjasama untuk menjaga
kebersihan alam sekitar.
“Mengapakah kamu tersenyum sendirian,
Sang Penyu?” tanya Sang Pari.
‘Saya bersyukur kerana anak-anak saya
tidak lagi bersalah makan plastik. Mereka
menonton plastik sama seperti makanan kami,
iaitu ubor-ubor,’ soal Sang Penyu.
Kawasan pantai telah bersih dan
samudera. kawasan pantai menjadi semakin
menarik dan endah. ramai pelanggan
mula datang untuk berkelah dan bereadah
di tepi pantai, Di samudera pula, tiada lagi
pengcemaran. Warga dapat berenang
dengan bebasnya samudera. Warga
samudera juga menbiak dengan cepatnya.
Mereka hidop dalam keceriaan!
Aktiviti
Mengedit dan memurnikan teks.
Nota • Bimbing murid mengedit dan memurnikan perenggan dari aspek ejaan, tanda baca,
Guru
penggunaan imbuhan, penggunaan kata, dan struktur ayat.
3.3.2
Strategi PdP: Pembelajaran Masteri KBAT: Menganalisis – Mengesan 147
eMK: Nilai Murni – Prihatin KPM
Seni Bahasa
Wajah Ceria Taman Tasik Titiwangsa
encik Nazri dan keluarga ambil angin di Taman Tasik Titiwangsa. Taman
ini baru dibuka setelah kerja-kerja penambahbaikan selesai.
Wah, nyaman dan segarnya Kamu harus bijak ambil peluang
udara di sini! Angin pula mengenali tumbuh-tumbuhan di sini.
bertiup sepoi-sepoi bahasa. Tumbuhan itu bukan sekadar hiasan,
malah ekosistem penting bagi
mengekalkan kelembapan suhu sekitar.
hujan emas di negeri ramai macam bagai isi
orang, hujan batu semut dengan kuku peluk tubuh
di negeri sendiri
Kita juga perlulah sentiasa mematuhi
Kos baik pulih taman ini sangat besar. peraturan di taman ini.
Namun begitu, pihak kerajaan tetap
meneruskan usaha itu demi kelestarian
alam di kawasan bandar.
di mana ada titik peluh di mana bumi dipijak, sepakat
kemahuan, di situ langit dijunjung membawa
di situ ada jalan berkat
Semasa berjalan di Taman Tasik Titiwangsa, mereka sangat selesa. Asmina, adik Afifi,
berkata bahawa ___.
Aktiviti
Bercerita dan mengujarkan dialog dengan menggunakan peribahasa.
Nota • Bimbing murid bercerita dengan menggunakan peribahasa.
Guru
Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Mengaplikasi – Mengguna pakai
4.1.1
148 eMK: Nilai Murni – Kebersihan Fizikal dan Mental
KPM
Tatabahasa
Badak Sumbu Sumatera Terakhir
encik Nazri telah memberitahu Afifi tentang kisah
Badak Sumbu Sumatera terakhir di Malaysia.
terkejut
Afifi terus melayari Internet untuk mendapatkan maklumat. ramai
masyarakat telah berbicara tentang kematian Badak Sumbu Sumatera
terakhir di Malaysia. Badak Sumbu Sumatera itu sebahagian daripada
haiwan terlindung di negara ini. Badak Sumbu Sumatera itu
bernama Iman. Nama: Iman
“Iman mati semasa di Santuari Badak Borneo, Hutan Simpan Umur: 25 tahun
Jenis: Badak Sumbu
Hidupan Liar Tabin, di Lahad Datu, Sabah. Petugas telah memberi
Iman rawatan dengan sebaik-baiknya. Walau bagaimanapun, Sumatera
rawatan untuk mengubati masalah ketumbuhan pada uterus Iman berumur
gagal. Berita kematian Iman menggemparkan masyarakat,
terutamanya pencinta alam di negara ini. Mereka amat berdukacita
dengan kejadian tersebut,” kata Afifi kepada ayahnya.
“Kesedihan ini amatlah kita rasai. Namun begitu, masyarakat
harus belajar daripada kejadian ini. Kini, pihak Santuari Badak Borneo
berusaha untuk membiakkan badak jenis ini di habitat yang sesuai. merawat
Mereka akan bekerjasama dengan negara jiran yang masih
mempunyai badak jenis ini. Kehadiran Iman dan badak sumbu yang lain
telah menceriakan alam kita selama ini,” kata encik Nazri.
Kita sepatutnya bersama-sama memelihara berharap
menjaga alam sekitar supaya
hidupan liar tidak terancam. Munsyi Cilik
Kita perlu ___.
Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang
Aktiviti mengutamakan subjek asal.
Mengenal pasti dan membina
ayat aktif. Contoh: Afifi memelihara alam.
(objek)
(subjek) (kata kerja aktif)
Nota • Bimbing murid memahami dan membina ayat aktif.
Guru
Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Mengaplikasi – Membina
5.3.3
eMK: Nilai Murni – Menghargai 149
KPM
Tatabahasa Hotel Hijau
encik Nazri telah mencadangkan hotel hijau sebagai penginapan keluarga mereka
semasa bercuti. Ayat Pasif
Afifi: Ayah, hotel itu diiktiraf oleh kerajaan sebagai hotel hijau.
Apakah yang dimaksudkan dengan hotel hijau?
Ayah: Hotel hijau ialah inisiatif oleh pihak hotel yang menyediakan
kemudahan dan perkhidmatan yang bersifat mesra alam.
Afifi: Oh, begitu! Apakah inisiatif mesra alam itu?
Ayah: Banyak bangunan hotel menggunakan cahaya matahari untuk
pencahayaan di dalam bilik. Mentol lampu cekap tenaga juga
digunakan oleh pihak hotel. Oleh itu, penggunaan tenaga
elektrik dapat dijimatkan.
Afifi: eh, mengapakah banyak basikal di hotel itu, ayah?
Ayah: Pihak hotel hijau itu juga menyediakan perkhidmatan sewaan
basikal. Tetamu digalakkan berbasikal ke sesuatu destinasi
yang berdekatan. Dengan cara ini, pencemaran udara dapat
kita kurangkan.
Afifi: Bagaimanakah pula dengan tempat letak kenderaan berwarna
hijau itu, ayah?
Ayah: Oh, itu tempat mengecas kenderaan hibrid! Perkhidmatan
itu juga ialah sokongan ke arah usaha mesra alam. Dengan itu,
kedatangan pelancong hijau dapat kita tingkatkan.
Ayat Aktif Ayat Pasif
Pihak hotel hijau menyarankan pelanggannya menjimatkan ___
penggunaan air. Pelanggan menukar tuala dan cadar
apabila perlu sahaja. Selain itu, hotel juga menggunakan
tadahan air hujan untuk simbahan tandas. Kita mestilah
menyokong usaha pelestarian alam ini.
Munsyi Cilik
Ayat pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek
asal sebagai subjek baharu.
Contoh ayat pasif: Contoh ayat aktif:
Alam disayangi Afifi. Afifi menyayangi alam.
(subjek) (kata kerja aktif) (objek)
Aktiviti (objek) (kata kerja pasif) (subjek)
Mengenal pasti dan memahami ayat pasif dalam teks.
150 Nota • Bimbing murid memahami dan membina ayat pasif.
Guru Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme KBAT: Mengaplikasi – Membina
KPM eMK: Nilai Murni – Menghargai
5.3.3
UNIT 20 Selamatkan Alam Kita
Mendengar dan Bertutur
Pasar Lestari
Semasa aktiviti Kelab Lestari Alam, Cikgu Zakwan menerangkan
cara-cara untuk menjaga kebersihan pasar basah.
CARA-CARA UNTUK MENJAGA KEBERSIHAN PASAR BASAH
TIDAK LAKSANAKAN AKTIVITI PENGKOMPOSAN
MENJALANKAN BAGI SISA MAKANAN
AKTIVITI
PENYEMBELIHAN GUNAKAN BEG MESRA ALAM
TIDAK SISA SISA DIKUMPULKAN _ DIANGKUT KE KILANG _ DIJADIKAN
MEMBUANG ORGANIK LAIN
SISA MAKANAN
DAN SAMPAH PEMPROSESAN BAJA ORGANIK
MERATA-RATA
ASINGKAN SISA-SISA BUANGAN
(Sumber: Kementerian Wilayah Persekutuan)
Sofea, mengapakah peniaga tidak Para peniaga tidak dibenarkan melakukan
dibenarkan melakukan aktiviti aktiviti penyembelihan di pasar basah bagi
penyembelihan di pasar basah? mengelakkan pencemaran sungai.
Apakah cara lain untuk menjaga
kebersihan di pasar basah? ___ Afifi, bolehkah
kamu terangkan
___ proses
pengkomposan
sisa makanan
kepada kami
semula?
Aktiviti
Mendengar, memahami dan memberikan respons.
Nota • Bimbing murid mendengar, memahami dan memberikan respons terhadap maklumat 151
Guru yang diujarkan dalam situasi formal.
KPM
1.1.2 Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik KBAT: Mengaplikasi – Mengguna pakai
eMK: Nilai Murni – Kebersihan Fizikal dan Mental
Membaca Jom Kitar, Kumpul dan Tukar
Afifi dan Azrul tertarik akan berita Kempen
Jom Kitar, Kumpul dan Tukar. Afifi juga ingin
menyertai pertandingan mendeklamasikan
sajak dalam kempen itu.
Jom Kitar, Kumpul dan Tukar
PUTRAJAYA, 28 Julai – Pihak Jabatan Alam Sekitar
akan menganjurkan Kempen Jom Kitar, Kumpul
dan Tukar. Kempen ini akan berlangsung selama
seminggu bermula hari ini. Orang ramai diundang untuk hadir bagi menyokong dan
memeriahkan kempen tersebut.
Menurut pengurus kempen, encik Marzuki Mohamad, kempen ini adalah untuk
menggalakkan masyarakat mengamalkan kitar semula. Seterusnya, program
seperti ini diharapkan dapat memberikan kesedaran kepada segenap lapisan
masyarakat tentang kepentingan melestarikan alam. Program seperti ini juga
mampu menjadi landasan bagi anggota keluarga untuk menjalankan aktiviti kitar
semula secara santai sepanjang program berlangsung.
Program Kumpul dan Tukar Barangan Kitar Semula merupakan program
pengumpulan barangan kitar semula dengan tawaran tebus barangan eksklusif.
Para pengunjung boleh membawa barangan kitar semula ke kios penebusan yang
disediakan.
Sehubungan dengan itu, barangan kitar semula seperti surat khabar, majalah,
botol plastik, kertas, logam atau besi, kotak dan aluminium akan ditimbang.
Kemudian, barangan tersebut akan dinilai untuk penebusan cenderamata eksklusif
seperti kemeja-T, beg, topi dan
kasut. Peserta perlu diingatkan
bahawa tiada urusan tunai
dijalankan. Dengan inisiatif ini,
pengunjung dapat menzahirkan
perasaan cinta akan alam dengan
aktiviti yang berkonsepkan KUMPUL TImbANG TEBUS
keseronokan.
152
KPM
Selepas membaca maklumat program, Afifi mengarang sebuah sajak
bagi pertandingan itu nanti.
poster surat khabar
Seruan Alam orang ramai
diundang untuk hadir
Ayuh kawanku
kita saling membantu Kempen Jom
lestarikan alam kita
agar alam kekal ceria. ___ Kitar, Kumpul ___
Ayuh ibu dan Tukar
kita kitar semula
buangan dapur ___
kita olah menjadi kompos
untuk bajai tanaman. puisi
Ayuh jiran tetangga Apakah rumusan yang
bersama kita kumpulkan boleh kita buat daripada
kertas, plastik juga logam Kempen Jom Kitar, Kumpul
boleh dikitar semula dan Tukar ini, abang?
boleh juga digunakan semula.
___
Ayuh masyarakat
tunjukkan keazaman
buktikan keupayaan
mampu kita lakukan
demi alam semesta.
Nukilan: Hasdi
Aktiviti IMBAS SAYA
Membaca pelbagai bahan untuk membuat rumusan.
Nota • Bimbing murid membaca dan meneliti kandungan teks karya sastera dan karya bukan
Guru
sastera untuk membuat rumusan.
2.3.1
Strategi PdP: Belajar Cara Belajar KBAT: Menganalisis – Menerangkan 153
eMK: Nilai Murni – Prihatin KPM
Menulis Buang Sampah Dapat Wang
Wah, sekolah kita sudah ada tong buang Ya, kita boleh
dan tebus ini! Banyak manfaatnya. menggalakkan amalan
kitar semula sambil
mendapat ganjaran
wang tunai.
Inilah kad ucapan tahniah yang
akan kita berikan kepada guru
besar atas usaha itu.
Tuan guru besar,
Ibu bapa kami juga akan berganding bahu agar program ini terus mencapai
objektifnya. Sebagai ibu bapa, mereka juga akan memberi kami galakan untuk
menggunakan tong buang dan tebus. Nasihat mereka, wang yang kami dapat
hanyalah sebagai galakan tetapi yang lebih utama ialah ilmu tentang penjagaan
alam sekitar.
Kami akan terus menyokong usaha murni ini. Kami akan berkempen agar semua
warga sekolah ini dapat memanfaatkan tong tersebut. Sesungguhnya, kebersihan
alam sekitar ialah tanggungjawab kita bersama.
Kami yang ikhlas,
Murid-murid Kelas 5 Ceria
Aktiviti
Menulis ayat dalam perenggan berdasarkan kad ucapan dalam bentuk
tulisan berangkai.
Nota • Bimbing murid menulis ayat dalam perenggan secara mekanis dalam bentuk tulisan
Guru
berangkai.
3.1.1
154 Strategi PdP: Belajar Cara Belajar KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan
KPM eMK: Kreativiti dan Inovasi
Seni Bahasa
Budi Sungai
Dengarlah ini wahai saudara,
Kisah sungai yang terpelihara,
Jernih airnya hingga muara,
Menarik minat teruna dara.
Haiwan akuatik bebas bersarang,
Ikan, buaya, udang, memerang,
Bawah sinaran cahaya terang,
Mencari makanan tidak berkurang.
Kepada tumbuhan sungai berjasa,
Pepohon segar nyaman dirasa,
Indahnya alam dirakam lensa,
Tenang fikiran hidup selesa.
Demi manusia sungai dijaga,
Airnya diminum terasa lega,
Sumber pertanian ekonomi warga,
Sungai khazanah amat berharga.
Syair ini
berkisahkan ___.
Aktiviti IMBAS SAYA
Melagukan syair dan menyatakan idea keseluruhan syair.
Nota • Bimbing murid melagukan syair dengan irama yang sesuai serta menyatakan idea
Guru
keseluruhan syair.
4.2.1
Strategi PdP: KP – Muzik KBAT: Menganalisis – Menerangkan 155
eMK: Nilai Murni – Menghargai KPM
Tatabahasa E-Sisa Mudah Alih
Afifi dan rakan-rakan mendengar ceramah semasa E-Sisa
perjumpaan mingguan Kelab Lestari Alam di sekolah.
Mudah Alih
SituaSsit1uasi 1
Selamat sejahtera, murid-murid. Saya akan
menyampaikan ceramah tentang e-sisa mudah alih.
Banyak maklumat akan saya kongsikan dengan kamu.
Program ini adalah untuk memberi kita kesedaran
tentang kepentingan pelupusan e-sisa mudah alih
secara mesra alam. Telefon bimbit, telefon pintar, tablet
dan aksesorinya perlu dikitar semula dengan cara yang
betul. e-sisa mudah alih ini perlu kita serahkan kepada
pengumpul. Selain itu, kita juga digalakkan untuk
membaik pulih peranti mudah alih secara selamat.
Dengan amalan ini, aktiviti perlombongan bahan
baharu dapat kita kurangkan. Komponen berbahaya
yang boleh menjejaskan kesihatan akan terhindar.
Kita perlu berazam untuk menjaga alam sekitar bagi
mengelakkan pencemaran.
SituaSsit1uasi 2 21:14 21:14
21:14
– mendengar ceramah – – bertanya soalan – – difahami oleh Afifi
Aktiviti
Mengenal pasti dan membina ayat aktif dan ayat pasif mengikut konteks.
156 Nota • Bimbing murid memahami dan membina ayat aktif, dan ayat pasif mengikut konteks.
Guru Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme KBAT: Mengaplikasi – Membina
KPM eMK: Kelestarian Global
5.3.3
UNIT 21 Teknologi Hijau Kereta Elektrik
Mendengar dan Bertutur P menggunakan tenaga
elektrik sepenuhnya
Pilihan Terbaik
Afifi menemani ayahnya ke pusat pameran kereta. P tidak menggunakan
Mereka telah berbincang dengan pegawai promosi petrol
tentang pilihan kereta yang terbaik.
P tidak membebaskan
Apakah perbezaan gas karbon dioksida
antara kereta hijau
dengan kereta biru ini? P kos penyenggaraan
yang rendah
P lebih senyap
Kereta hijau itu berenjin petrol dan
perlu disenggara secara berkala.
Kereta biru ini pula ialah kereta elektrik.
Afifi, setelah mendengar ___
penerangan tadi, kereta ___
manakah yang sesuai
untuk keluarga kita?
Mengapa?
Apakah kesannya jika
ramai orang membuat
pilihan yang sama
seperti Afifi?
Aktiviti
Mendengar, mentafsir dan memberikan respons.
Nota • Bimbing murid mendengar, mentafsir dan memberikan respons terhadap soalan secara
Guru
kritis dan kreatif.
1.1.3
Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik KBAT: Menilai – Memberikan alasan 157
EMK: Sains dan Teknologi KPM
Membaca Perkampungan Solar
Afifi telah menerima sepucuk surat daripada kawannya di Sarawak.
Jimi anak rebai,
11, Jalan Matang 1,
Taman Matang Jaya,
93050 Kuching,
Sarawak.
18 Julai 2000
Menemui sahabatku, saudara Afifi, yang kini berada di Johor Bahru. Saya berharap
semoga saudara dan keluarga dalam keadaan sihat sejahtera.
Saudara,
Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menceritakan pengalaman saya
sekeluarga semasa bercuti di Long Liwok, Baram, Miri, Sarawak.
Saya sangat seronok kerana inilah kali pertama saya ke sana untuk menziarahi
saudara-mara. Perjalanan ke sana mengambil masa kira-kira enam jam. Kami melalui
jalan balak dengan kenderaan pacuan empat roda dari bandar Miri. Perjalanan kami
mencabar, terutamanya di lereng-lereng bukit yang curam.
Setibanya di kampung tersebut, saya sangat kagum kerana rumah panjang
di sana mempunyai kemudahan tenaga elektrik. Tenaga elektrik diperoleh daripada
panel tenaga solar yang disediakan oleh pihak berkuasa. Buat pengetahuan
saudara, tenaga solar ini tidak mencemarkan alam sekitar seperti generator yang
menggunakan minyak diesel. Tenaga solar ialah tenaga semula jadi daripada
cahaya matahari yang dapat menjanakan kuasa elektrik.
Kini, corak kehidupan masyarakat di situ turut berubah dengan adanya bekalan
elektrik. Anak-anak tidak lagi menyiapkan kerja sekolah dengan ditemani cahaya lilin
dan pelita. Kaum ibu juga sudah boleh menyimpan bekalan makanan di dalam peti
sejuk. Kerja-kerja kraf tangan juga boleh dijalankan pada waktu malam. Pendek kata,
tenaga solar ini mesra alam kerana sumber tenaga ini bersih dan boleh dibaharui
secara berterusan.
Ketenangan persekitaran di sana membolehkan saya menyiapkan sebuah
gurindam tentang masyarakat tersebut. Bersama-sama surat ini juga saya sertakan
sebuah gurindam yang saya tulis dan beberapa keping gambar.
Sekian dahulu buat kali ini. Saya berharap agar kita berjumpa lagi dalam warkah
yang lain.
Sahabatmu,
Jimi
158
KPM
Gurindam Perkampungan Solar
Kisah kehidupan di pedalaman,
Untuk tatapan saudara dan teman.
Hendak ke sana agaklah susah,
Tiada elektrik selalu dikisah.
Masalah penduduk bersama dibincang,
Kerajaan prihatin terus merancang.
Tenaga solar menjadi pilihan,
Penduduk bersyukur dengan kemudahan.
Menelaah buku ilmu dicari,
Walaupun selepas terbenam mentari.
Adanya lampu hasil meningkat,
Masa bekerja tidak lagi singkat.
Anyaman tikar untuk pasaran,
Malam yang cerah bantu pengeluaran.
Teknologi hijau perlu bijak digunakan,
Manfaatnya usahlah kita abaikan.
IMBAS SAYA
Aktiviti
Membaca surat dan gurindam dengan penyampaian yang sesuai.
Nota • Bimbing murid membaca dan mempersembahkan karya sastera dan karya bukan sastera
Guru
dengan pelbagai bentuk penyampaian.
2.3.2
Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik KBAT: Menganalisis – Membezakan 159
eMK: Nilai Murni – Kesyukuran KPM
Menulis Lampu Jalan Diod Pancaran Cahaya
Afifi melayari Internet. Dia terbaca tentang usaha Tenaga Nasional Berhad
(TNB) yang menggunakan teknologi hijau bagi kemudahan masyarakat.
LATAR BELAKANG MENGENAI KAMI INFO PERKHIDMATAN HUBUNGI KAMI
HULU LANGAT, 25 Julai – Sebanyak 10 000 unit lampu jalan jenis diod pancaran cahaya
atau light-emitting diode (LED) akan dipasang di seluruh Semenanjung Malaysia secara
berperingkat. Lampu jalan LeD ini dipilih kerana mampu menjimatkan penggunaan
tenaga elektrik sebanyak 40 peratus.
Penggunaan lampu LeD juga dapat mengurangkan kos penyenggaraan lampu
jalan. Lampu LeD yang akan dipasang ini lebih terang daripada lampu jalan biasa. Situasi
ini akan memudahkan penduduk kampung menggunakan jalan raya ketika gelap.
Pihak TNB juga menyatakan bahawa mereka tetap akan menyokong penggunaan
teknologi hijau demi kelestarian alam. Selain itu, mereka juga menjalankan kerjasama
dengan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim untuk
memenuhi permintaan daripada penduduk kampung yang memerlukan pemasangan
lampu jalan LeD.
(Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada BH Online, 3 November 2019)
menjimatkan mengurangkan
penggunaan pelepasan gas
tenaga elektrik
rumah hijau
___ Penggunaan ___
Lampu
Jalan LeD
___ ___
Pada pendapat ___ ___
saya, ___.
Info
Aktiviti LeD daripada perkataan bahasa Inggeris, iaitu light-emitting diode.
LeD ialah diod semikonduktor yang memancarkan cahaya apabila
arus elektrik dialirkan.
Membina dan menulis ayat untuk menyatakan pendapat.
160 Nota • Bimbing murid melengkapkan peta pemikiran dan membina ayat untuk menyatakan
Guru pendapat berpandukan bahan multimedia.
KPM Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme KBAT: Menganalisis – Mengenal pasti
3.2.1 eMK: Kelestarian Global
Seni Bahasa
Maksud Sajak Tenaga Alternatif
Kita patut Syukur kepada Tuhan
bersyukur dengan anugerah alam-Nya luas
anugerah alam nikmat-Nya tidak terhingga
yang dapat kita akal kita mampu mengolahnya.
nikmati.
Ke hilir air yang mengalir ____
mampu diempang membukit
memutar turbin tanpa jemu
menghasilkan tenaga elektrik.
Angin yang bertiup nyaman
bilah raksasa boleh terpusing
mudah tenaga elektrik terhasil
____ tanpa sedikit pun merosakkan alam.
Panel-panel hitam solar ____
mampu menyerap cahaya
mengolah dan menyimpan
hasilnya menjadi tenaga.
Marilah warga dunia IMBAS SAYA
gunakanlah anugerah ini
dengan sebaik-baiknya Info
____ alam buana pasti ceria.
Lebih seabad, majoriti penggunaan
Aktiviti Nukilan: Hasdi kuasa elektrik di Malaysia
dijanakan dengan menggunakan
Mendeklamasikan sajak dengan nada yang bahan api fosil.
sesuai dan menyatakan maksud sajak.
Nota • Bimbing murid mendeklamasikan sajak dengan nada yang sesuai dan menyatakan
Guru
maksud sajak.
4.2.2
Strategi PdP: KP – Naturalis KBAT: Menganalisis – Menerangkan 161
eMK: Nilai Murni – Kesyukuran KPM
Tatabahasa
Tiba-tiba Cerah
Afifi melihat ayahnya menambah baik sistem lampu di dalam
bilik air. Dengan ayahnya, Afifi berbual-bual. Setelah selesai, Afifi
menyenaraikan kebaikan teknologi tersebut kepada alam sekitar.
Afifi: Apakah yang sedang ayah lakukan?
Ayah: Ayah memasang sensor pergerakan pada lampu ini.
Afifi: Ayah memasang sensor pergerakan ini, mengapa?
Ayah: Untuk mengelakkan pembaziran elektrik, ayah memasang sensor ini.
Adik kamu, apabila keluar dari bilik air, selalu lupa mematikan suis lampu.
Afifi: Bagaimanakah alat ini berfungsi, ayah?
Ayah: Dengan alat ini, lampu di dalam bilik air akan menyala secara automatik
apabila adanya pergerakan. Akan terpadam secara automatik pula lampu
apabila tiadanya pergerakan.
Afifi: Wah, sangat bagus sensor ini!
Ayah: Ya, Afifi. Teknologi ini sangat cekap. Yang lebih penting, alat ini dapat
menyokong usaha pelestarian alam.
Afifi: Terima kasih, ayah, kerana mengajar kami untuk memelihara alam kita ini.
jimat mengurangkan alam
tenaga pencemaran sekitar
karbon terpelihara
Munsyi Cilik
Ayat susunan biasa ialah ayat yang subjeknya Ayat susunan songsang ialah ayat yang predikatnya
di hadapan dan predikatnya di belakang. di hadapan dan subjeknya di belakang.
Contoh: Contoh:
subjek predikat predikat subjek
Sensor pergerakan ini menjimatkan elektrik. Menjimatkan elektrik sensor pergerakan ini.
Aktiviti
Mengenal pasti dan membina ayat susunan biasa dan ayat susunan
songsang.
162 Nota • Bimbing murid memahami dan membina ayat susunan biasa dan ayat susunan songsang
Guru mengikut konteks.
KPM
5.3.4 Strategi PdP: Pembelajaran Masteri KBAT: Menganalisis – Membina
eMK: Kelestarian Alam
Pemulihan
Bina ayat aktif berdasarkan frasa dan gambar.
Tiada Lagi Tisu
Pada suatu hari, Afifi dan keluarganya beriadah di Taman Botani.
Semasa di sana, Afifi dan abangnya menuju ke tandas. Afifi ___.
mencuci alat pengering menghulurkan
tangan tangan – berada tangan
menjadi berjanji hutan
kering terpelihara
5.3.3 163
KPM
Pengayaan
Tulis ayat untuk menyatakan pendapat.
Sungai Nadi Kehidupan
Jason, rakan Afifi dari Sabah, telah menghantar
e-mel kepada Afifi. Jason ingin bertanyakan
pendapat Afifi tentang Sungai Nadi Kehidupan (ROL).
E-mel Cari
Daripada: [email protected]
Kepada: [email protected]
Perkara: Sungai Nadi Kehidupan
Ke hadapan sahabatku, Afifi, semoga dalam keadaan sihat sejahtera selalu.
Tujuan saya menulis e-mel ini adalah untuk bercerita tentang projek Sungai Nadi
Kehidupan yang dijalankan di Kuala Lumpur. Saya terbaca bahawa projek ini adalah untuk
mengembalikan kelestarian dan kebersihan sungai-sungai di sana.
Saya juga melihat keadaan Sungai Gombak dan Sungai Klang di pusat bandar raya
Kuala Lumpur melalui Internet. Keadaannya banyak berubah sekarang. Timbul keinginan
saya untuk mengunjungi Kuala Lumpur bagi melihat keindahan sungai-sungai tersebut.
Saya juga dimaklumkan bahawa indeks kualiti air bersih di kedua-dua batang sungai
itu telah mencapai 76 peratus. Hal ini telah menjadikan Sungai Gombak dan Sungai Klang
setaraf dengan beberapa batang sungai yang bersih di luar negara.
Kini, Sungai Gombak dan Sungai Klang menjadi tarikan kepada pelancong
di Kuala Lumpur. Pelancong boleh menikmati keindahan pantulan cahaya lampu neon,
di samping pancutan air di tengah-tengah sungai.
Saya berharap agar kamu dapat memberikan pendapat tentang coretan saya ini dan
gambar-gambar yang saya sertakan. Saya menantikan balasan e-mel daripada kamu.
Saya akhiri e-mel saya dengan ucapan terima kasih.
Afifi membalas kiriman e-mel Jason.
E-mel Cari
Daripada: [email protected]
Kepada: [email protected]
Perkara: Pendapat Saya tentang Sungai Nadi Kehidupan
Ke hadapan sahabatku, Jason, semoga dalam keadaan sihat sejahtera
selalu. Pada pendapat saya, pihak berkuasa telah berusaha untuk
memulihara sungai-sungai di negara ini. Selain itu, ___.
3.2.1
164
KPM
Pengukuhan
Baca dan fahami teks. Kemudian,
buat pertimbangan dan keputusan.
Rencana
Uniknya Lembangan Maliau
Lembangan Maliau terletak di bahagian selatan Sabah. Lembangan ini disempadani tebing
curam berketinggian 1675 meter dari aras laut. Jalan masuk ke sana hanyalah dengan
kenderaan pacuan empat roda melalui bandar Keningau atau bandar Tawau sejauh 190
kilometer.
Lembangan Maliau ini unik kerana lembangan ini merupakan
kawasan tadahan besar yang mengalir dari Sungai Maliau dan
berakhir di Sungai Kinabatangan. Hasil kajian mendapati sungai
di kawasan ini sangat bersih dan dikategorikan dalam kelas pertama.
Sungai ini menjadi nadi penting bagi kelangsungan ekosistem di sini.
Di sini juga, terdapat banyak air terjun yang masih belum
diteroka atau diberikan nama, di samping sebuah tasik air
tawar yang besar. Para pengkaji telah menemui fosil haiwan
marin dari 16 hingga 17 juta tahun dahulu di kawasan tasik tersebut.
Lembangan Maliau juga diserikan dengan keindahan flora.
Kawasan hutan dihijaui dengan pelbagai lumut dan kulat. Yang
lebih menarik, bunga orkidnya lebih besar dan jambaknya lebih
panjang daripada biasa. Lembangan Maliau juga kaya dengan
kepelbagaian spesies fauna yang melengkapi rantaian ekosistem. Lembangan ini menjadi
khazanah dan syurga tumpuan para penyelidik dan pencinta alam seluruh dunia.
(Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada majalah era Hijau, Jabatan Alam Sekitar Malaysia)
Aktiviti Sekiranya kamu dipilih sebagai ahli dalam ___
pasukan pengkaji alam, mahukah kamu ___
2NG.ou2tr.au1 mengikuti mereka? Jelaskan alasan kamu.
1.2.2 165
2.2.1 Di Lembangan Maliau ini, adanya
arang batu bergred tinggi. KPM
Bersetujukah kamu jika dibina
lombong arang batu di sana?
Mengapa?
Penilaian
Semasa sambutan Hari Alam Sekitar, Afifi dan rakan-rakan tertarik akan
persembahan dalam pertandingan deklamasi sajak.
Selamatkan Bumi Kita SEBLUAMMI AKTITKAAN
Bersama sekata READ MORE
lestarikan sekolah kita IMBAS SAYA
persekitaran menyejukkan mata
sekeliling pasti terjaga
sekolah tampak ceria.
Hanya 60 minit HBAURMI I
malam kita bergelap
betapa banyak kita berjimat
melestarikan sumber tenaga.
Bersatu kita mengumpulkan HTeijaknuologi 60 Minit
sesama kita guna semula Tanpa Cahaya
mengolah dan mengitar Lampu
untuk kurangkan kerosakan alam.
Nukilan: Hasdi
(A) Fahami sajak dan berikan respons.
Salam sejahtera, Afifi. ___
Bagaimanakah dapat ___
kita menyelamatkan
bumi kita?
Apakah kebaikan
mengumpulkan dan
menggunakan bahan
buangan semula?
(B) Bina peta bulatan tentang sajak dan poster. Kemudian, buat rumusan.
(C) Bina ayat susunan biasa dan ayat susunan songsang dengan
menggunakan perkataan berwarna biru dalam sajak.
166 1.1.2
2.3.1
KPM 5.3.4
Tema EKONOMI,
KEUSAHAWANAN
8 DAN PENGURUSAN
KEWANGAN
Ekonomi Dinamik
Usahawan Berwawasan
Pintar Kewangan
CONTOH
Aktiviti
Membuat sumbang saran berdasarkan gambar.
167
KPM
UNIT 22 Ekonomi Dinamik
Mendengar dan Bertutur
Cara Kami
Farisha dan rakan-rakan berbual melalui aplikasi WhatsApp tentang cara
membantu keluarga berjimat. Kelas 5 Arif
Amira, Irfan, Shu Fen, Rubini, Kamu...
Kelas 5 Arif Kelas 5 Arif Rubini
Amira, Irfan, Shu Fen, Rubini, Kamu... Amira, Irfan, Shu Fen, Rubini, Kamu...
Selamat sejahtera, kawan-kawan. Rubini
Bolehkah saya tahu cara kamu
membantu keluarga masing-masing Amboi, seronoknya! Saya juga ingin
berjimat? berkongsi cara kami. Saya dan adik
ke sekolah pada setiap hari dengan
berkongsi dan bergilir kereta dengan
jiran kami.
Amira Shu Fen
Selamat sejahtera, Farisha. Kasut Saya pula membawa bekal makanan
saya yang masih elok tetapi sudah ke sekolah pada setiap hari. Kami dapat
ketat untuk saya pakai, akan saya menjimatkan perbelanjaan harian.
berikannya kepada adik saya.
Amira
Terima kasih, Amira. Wah, bagusnya
amalan itu! Farisha, bolehkah kamu berikan
pandangan tentang amalan-amalan
berjimat kami?
Irfan ___
Hai, semua! Saya pula membantu Irfan
ayah saya menanam sayur-sayuran
di belakang rumah. Lihatlah kebun Cara manakah yang ingin kamu ikut,
sayur kami yang subur ini. Farisha?
___
Taip mesej
Taip mesej Taip mesej
Aktiviti
Menyatakan pertimbangan dan membuat keputusan.
Nota • Bimbing murid bertutur untuk menyatakan pertimbangan dan keputusan tentang bahan
Guru
multimedia secara bertatasusila mengikut konteks.
1.2.21
168 Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik KBAT: Menilai – Membuat keputusan
KPM eMK: Nilai Murni – Berjimat Cermat
Membaca
Pembelian Tanpa Tunai
Farisha menonton berita tentang pembelian tanpa tunai dalam televisyen.
Ayah, apakah maksud Pembelian tanpa tunai ialah kaedah
pembelian tanpa tunai? melakukan transaksi barangan
Pernahkah ayah menggunakan dan perkhidmatan melalui sistem
kaedah pembelian ini? pembayaran elektronik atau dalam
talian. Kita pernah menggunakan
kaedah ini semasa berbelanja
di Bazar ramadan Kampung Baru.
Cuba Farisha imbau kembali, kita sekeluarga telah ke Bazar ramadan Kampung
Baru pada bulan puasa yang lepas.
Semasa di sana, kebanyakan peniaga menawarkan kemudahan RM
e-dompet kepada para pengunjung. Kaedah ini menjadikan bazar
itu sebagai bazar tanpa tunai pertama di negara ini. IMBAS
Bazar itu mempunyai keunikan tersendiri. Kedudukannya BAYAR
di bandar mampu menarik minat pengunjung membuat
e-dompet transaksi bayaran menggunakan e-dompet.
Kita hanya perlu memuat turun aplikasi e-dompet dalam telefon
pintar. Kemudian, kita menambah amaun nilai yang kita perlukan.
Setelah memilih barangan, kita hanya perlu melakukan imbasan kod Qr
untuk membuat pembelian.
Keselamatan e-dompet ini berada pada tahap yang baik kerana setiap
transaksi memerlukan pengesahan nombor pin. Pengguna tidak perlu membawa
wang tunai untuk berbelanja.
Aktiviti
Menyenaraikan maklumat tersurat dan tersirat untuk memberikan respons.
Nota • Bimbing murid membaca dan memahami maklumat tersurat dan tersirat untuk
Guru
memberikan respons.
2.1.1
Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Menganalisis – Menerangkan 169
eMK: Nilai Murni – Prihatin KPM
Menulis
Awas, Akaun Keldai!
Farisha menyertai program Skim Galakan Simpanan Pelajar (SGSP)
di sekolah. Selepas membuka akaun simpanan, Farisha melihat
pameran poster yang menarik perhatiannya.
APAKAH AKAUN KELDAI? RM
HANTAR
Akaun bank seseorang individu yang digunakan oleh orang lain
untuk transaksi kewangan yang tidak sah atau menyalahi
undang-undang.
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN
• Jangan benarkan akaun bank kamu digunakan oleh penjenayah
kewangan atau orang lain.
• Jangan mudah percaya akan tawaran wang bagi penggunaan akaun kamu.
• Usah dedahkan maklumat peribadi perbankan kamu kepada pihak ketiga.
HUKUMAN DAN TINDAKAN TERHADAP PEMILIK AKAUN KELDAI
• Pemilik akaun boleh didakwa atas kesalahan menyembunyikan atau
memindahkan harta orang lain yang membawa hukuman penjara 5 tahun
atau denda atau kedua-duanya.
• Akaun bank akan disekat dan kamu tidak boleh membuat sebarang transaksi
perbankan.
(Sumber: Bank Negara Malaysia)
___ ___
___ ___
1. Siapakah pemilik akaun keldai?
2. Nyatakan kesan terhadap pemilik akaun keldai.
3. Mengapakah masih ramai pemilik akaun yang menjadi mangsa akaun keldai
tanpa disedari?
4. Pada pendapat kamu, bagaimanakah dapat kita menyedarkan orang ramai agar
tidak menjadi pemilik akaun keldai?
Aktiviti
Menghasilkan jawapan dengan alasan secara kritis dan kreatif.
Nota • Bimbing murid menghasilkan jawapan dengan alasan secara kritis dan kreatif.
Guru
Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Menganalisis – Mengenal pasti
3.2.2
170 eMK: Nilai Murni – Bertanggungjawab
KPM
Seni Bahasa
Sediakan Payung sebelum Hujan
Farisha ingin menyertai pertandingan pantun sempena minggu
keusahawanan sekolahnya. Dia mula berlatih untuk membina pantun.
Wanginya aroma bunga telepok,
Tiada di hutan sukar dicari;
Diberikan nama insurans berkelompok,
Tanda ingatan pemimpin bestari.
Naik perahu pergi ke kota,
Pergi bertiga menjual bemban;
Ambillah tahu akan hak kita,
Agar keluarga tidak terbeban.
Berenang memerang bersama tuntung,
Tersangkut kaki terkena joran;
Murid sekarang sungguh beruntung,
Insurans dimiliki tanpa bayaran.
Pohon koko tumbuh sekata,
Petik bersama muat di pedati;
Jauhkan risiko diri kita,
Insurans diterima sebagai ganti.
Lebah bersarang di pokok jelutung Pisang kaki di atas ran IMBAS SAYA
Ikan gelama dibuat keropok Ayam kinantan dimasak kari
Senang keluarga tiada terbeban Ambillah tahu manfaat kita
Insurans diterima syukur di hati Kurangkan risiko diri kita
Aktiviti
Mengubah suai pantun dan mempersembahkannya.
Nota • Bimbing murid mengubah suai puisi dan mempersembahkannya secara kreatif.
Guru
Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik KBAT: Mengaplikasi – Menyesuaikan
4.3.1
eMK: Bahasa 171
KPM
Tatabahasa
Rancang Kewangan Keluarga
encik Farid dan keluarga mula membuat perancangan kewangan
tahunan. Mereka sedang merancangnya bersama-sama.
1 Kita mesti menyediakan 2 Kita perlu membuat simpanan
simpanan kecemasan. perbelanjaan tetap tahunan.
Simpanan kecemasan sangat penting Perbelanjaan tetap tahunan ialah
perbelanjaan yang wajib ada pada
kerana keadaan ekonomi yang tidak setiap tahun. Perbelanjaan tersebut
adalah seperti memperbaharu cukai
menentu. Perkara yang memerlukan jalan kenderaan dan perbelanjaan
musim perayaan. Kita boleh membuat
simpanan kecemasan ialah situasi persediaan lebih awal untuk
berbelanja pada musim
kehilangan pekerjaan dan kos sara hidup perayaan yang akan
datang.
yang makin tinggi. Kita juga mungkin
memerlukannya untuk
kejadian luar jangkaan. K ECEMASA
Dengan simpanan ini, kita N
telah bersedia lebih awal.
RM
3 Kita harus meningkatkan 4 Kita patut membuat simpanan
simpanan percutian. perbelanjaan persekolahan.
Pada tahun akan datang, ayah ingin Pada setiap awal tahun, kita
membawa keluarga kita melancong memerlukan perbelanjaan yang banyak.
ke beberapa tempat yang amat menarik. Kelengkapan persekolahan yang
Melancong dengan keluarga sungguh dibeli pakaian seragam, alat tulis
menyeronokkan. Kita dapat melihat alam dan buku. Kelengkapan persekolahan
yang indah nian. Namun begitu, kosnya ini untuk kemudahan anak-anak
adalah terlalu mahal. Kita patut belajar. Oleh itu, simpanan
ke tempat yang masih belum ini penting bagi
kita teroka dalam negara. yang merancang
perbelanjaan.
Aktiviti
Mengenal pasti kata pemeri, kata penguat dan kata bantu yang sesuai.
Nota • Bimbing murid memahami dan menggunakan kata pemeri, kata penguat dan kata bantu
Guru
mengikut konteks.
5.1.4
172 (i,ii,iii) Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan
KPM eMK: Pendidikan Kewangan
UNIT 23 Usahawan Berwawasan
Mendengar dan Bertutur
Inovasi Pemasaran
KAEDAH PROMOSI PRODUK JUALAN DALAM
KARNIVAL KEUSAHAWANAN
Selamat sejahtera, 1 Kaedah pertama PROMOSI
kawan-kawan. menggunakan pelbagai
Sila lihat cadangan medium media sosial 3 SANDWIC
saya tentang terkini seperti Facebook,
kaedah promosi Instagram dan WhatsApp
produk jualan kita
untuk karnival PROMOSI Kaedah ketiga
keusahawanan nanti. SANDWIC
memasang gegantung
di hadapan sekolah
2 Kaedah kedua
mengedarkan risalah kepada
semua warga sekolah
Tindakan Promosi Kesan
penggunaan media sosial pelanggan terdiri daripada
warga sekolah
memasang gegantung
Pada pendapat saya,
Pada pendapat kamu, kerana .
kaedah manakah yang
sesuai kita gunakan
untuk mempromosikan
produk jualan kita
nanti? Mengapa?
Aktiviti
Bertutur dan menghuraikan maklumat tersurat dan tersirat.
Nota • Bimbing murid bertutur dan menghuraikan maklumat menggunakan idea yang kritis dan kreatif.
Guru
Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik KBAT: Menganalisis – Menerangkan
1.2.2
eMK: Keusahawanan 173
KPM
Membaca
Mudahnya Ibu Berniaga
Ibu Farisha mengusahakan perniagaan pembuatan kek di rumah. Beliau
berniaga secara dalam talian.
Puan Faezah pandai membuat pelbagai jenis kek yang lazat.
Selain itu, hiasan pada kek juga kreatif. Beliau menghias kek
mengikut tempahan pelanggan. Beliau tidak ketinggalan
mengikuti trend terkini teknik hiasan kek.
Pada permulaannya, kek yang dibuat oleh Puan Faezah
hanya ditempah oleh jiran tetangga. Namun begitu, selepas
Farisha dan Farhana memuat naik video ibu mereka
membuat kek dalam Facebook, tempahan semakin
meningkat. Video itu telah tular dalam media sosial.
Oleh sebab permintaan yang tinggi, Farisha dan
Farhana selalu membantu ibu mereka. Farisha mencari
maklumat tentang jenis kek yang disukai ramai. Farhana pula akan menyiapkan
pembungkusan kek. Pembungkusan kek mereka menarik, kemas
dan berkualiti.
Mereka menggunakan kemudahan
media sosial untuk promosi dan
tempahan. Pelanggan boleh membayar
tempahan secara dalam talian atau
menerusi perkhidmatan tunai semasa
hantar kepada pelanggan. Pelanggan berpuas hati dengan
perkhidmatan tersebut.
Para pelanggan yang menggemari kek Puan
Faezah memberikan maklum balas yang baik dalam
media sosial. Kini, Puan Faezah berusaha untuk
membuka sebuah kedai kek di bandar pula. Beliau
juga sedia menerima ejen jualan.
Aktiviti
Membaca dan merujuk kamus serta media elektronik untuk mencari
makna perkataan yang berwarna biru.
Nota • Bimbing murid membaca dan merujuk kamus serta media elektronik untuk mencari makna
Guru
perkataan dan meneliti ejaan yang tepat mengikut susunan perkataan.
2.1.2
174 Strategi PdP: Belajar Cara Belajar KBAT: Menganalisis – Menerangkan
KPM eMK: Keusahawanan
Menulis
Usahawan Salai
Farisha dan keluarganya ke Port Dickson, Negeri Sembilan. Semasa
di sana, mereka singgah makan di sebuah restoran. Mereka sempat
berbual-bual dengan pemilik restoran tersebut.
Jemputlah makan.
Saya harap masakan
di sini sesuai dengan
selera tuan sekeluarga.
Terima kasih. Wah, sedapnya
lauk-pauk ini!
Tuan, saya lihat
ramai pelanggan
di kedai ini. Bolehkah
tuan ceritakan
perniagaan produk
salai ini?
Sebelum saya memulakan perniagaan ini, saya pernah melakukan
pelbagai pekerjaan semasa berhijrah ke Kuala Lumpur. Namun,
semuanya tidak memenuhi cita rasa saya.
Kemudian, saya balik ke kampung untuk membantu ibu bapa
saya. Selepas tiga tahun, saya mendapat idea menghasilkan dan
mengkomersialkan produk salai. Produk salai yang dijual ialah itik,
ayam kampung, daging, puyuh dan ikan sembilang.
Saya juga melakukan pembungkusan secara vakum
atau kedap udara supaya produk salai tahan lebih
lama dan kekal segar.
Selepas perusahaan salai mendapat sambutan
hangat, barulah saya membuka restoran ini. Usahawan
Makanan berasaskan salai menjadi kegemaran Salai
pelanggan kerana aroma yang terhasil daripada
asap selepas disalai membuka selera. Saya juga
mendapat sokongan dan kerjasama daripada
agensi kerajaan.
Aktiviti
Mencatat maklumat berdasarkan bahan.
Nota • Bimbing murid mencatat maklumat pada peta bulatan berdasarkan bahan yang dibaca,
Guru
dilihat, dan didengar.
3.2.3
Strategi PdP: Belajar Cara Belajar KBAT: Menganalisis – Mengesan 175
eMK: Keusahawanan KPM
Seni Bahasa Hobi Menjadi Wang
Bakal Usahawan Arnab Bakal Usahawan Ikan Pelaga
Farisha sangat suka akan arnab. Amira
Ayahnya telah membelikan Farisha
sepasang arnab. Pada masa lapang, sepasang ikan
Farisha bermain-main dengan arnab pelaga
tersebut.
Ayah dan abang Farisha membina memasang rak
sangkar di belakang rumah mereka. akuarium
Farisha dan ibu memberi arnab
makanan dan membersihkan sangkar
arnab. Arnab milik Farisha membiak
dengan cepatnya.
Bilangan arnab belaan Farisha pelbagai media
semakin banyak. Bahagian belakang sosial
rumahnya penuh dengan sangkar
arnab. Farisha mengambil gambar
arnab-arnab yang comel itu dan
memuat naiknya dalam Instagram.
Keluarga Farisha tidak menyangka koleksi ikan
bahawa ramai peminat arnab pelaga
menghubungi Farisha. Mereka ingin
membeli arnab-arnab milik Farisha.
Farisha menjual arnab tersebut
dengan harga yang berpatutan.
Sejak itu, barulah Farisha sedar rezeki
bahawa hobinya itu mendatangkan
wang. Dia berharap agar dapat
menjadi usahawan arnab pada
suatu hari nanti.
Aktiviti
Mengubah suai cerita dan mempersembahkannya.
176 Nota • Bimbing murid mengubah suai cerita dengan bahasa yang indah dan santun serta
Guru mempersembahkannya secara kreatif.
KPM
4.3.2 Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme KBAT: Mencipta – Menggubah
eMK: Keusahawanan
Tatabahasa Kompang Lima Beradik
Farisha dan keluarganya ke majlis kenduri kahwin. Semasa menikmati
jamuan, mereka dihiburkan dengan persembahan kumpulan kompang.
Farisha: Wah, rancaknya paluan kompang itu!
Ayah: Betul, Farisha. Lagu yang dimainkan pun sedap didengar.
Faris: Kalau adik ingin tahu, itulah Kumpulan Kompang Lima Beradik. Kumpulan
itu terkenal dengan persembahan kompang berformasi. Persembahan
mereka memerlukan persefahaman semua ahli kerana melibatkan gerakan
badan, nyanyian dan paluan kompang secara serentak dan teratur.
Keunikan persembahan mereka sering mencuri tumpuan tetamu
majlis kenduri.
Farisha: Lihat, ramai tetamu memberikan tepukan dan pujian setiap kali mereka
membuat gerakan badan yang unik. Mesti banyak tempahan
persembahan yang diterima mereka untuk memberikan hiburan kepada
tetamu dalam majlis perkahwinan.
Ayah: Cuba Farisha dan Faris lihat laman sesawang ini. Mereka sebenarnya
masih belajar. Namun begitu, mereka mampu mengurus masa dengan
baiknya. Mereka cuba memenuhi semua undangan kerana tidak mahu
menghampakan harapan tuan rumah. Mereka juga mengenakan bayaran
yang berpatutan. Hasil bayaran persembahan digunakan untuk
membiayai pendidikan. Mereka gigih berusaha untuk berjaya sebagai
pemain kompang. Sikap mereka ini wajar kamu contohi dan amalkan.
Kata Berimbuhan
Awalan Akhiran
Aktiviti
Mengkategorikan kata berimbuhan awalan dan kata berimbuhan akhiran
dalam teks. Kemudian, membina ayat.
Nota • Bimbing murid memahami dan menggunakan kata berimbuhan awalan dan kata berimbuhan akhiran.
Guru
Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Mengaplikasi – Mengelaskan
5.2.1
(i,ii) eMK: Nilai Murni – Keberanian 177
KPM
Tatabahasa
Kolam Pancing Ikan
Farisha dan keluarganya membantu perusahaan kolam pancing ikan datuknya.
Terima kasih, Farisha, kerana Datuk ingin membuka kedai menjual peralatan
menolong datuk mengemaskan memancing. Kedai ini sinambung daripada
stor ini. Stor ini tidak lagi selerak. pembinaan kolam pancing ikan.
Sama-sama, datuk.
Mengapakah stor
ini dikemaskan?
Wah, menarik
idea datuk!
Nanti, Farisha bantu kakak menanam pokok di tepi Cuba lihat di tepi kolam
gelanggang takraw itu. Tempat itu akan dijadikan sana. Tebing kolam
tempat letak kenderaan oleh pelanggan. dipasangkan cerucuk
oleh ayah dan Faris
Farisha, buangkan tali tangsi yang agar tidak runtuh.
serabut itu kerana membahayakan
pengunjung. Kemudian, cabutkan
kemuncup itu. Hati-hati semasa
mencabutnya supaya telapak
tangan tidak kelupas.
Baiklah, ayah.
Aktiviti Terima kasih, semua. Kolam pancing ikan kita
makin gemilang dengan cahaya lampu. Datuk
mengharapkan perusahaan ini akan lebih maju.
Menyatakan dan membina ayat menggunakan kata berimbuhan
apitan dan kata berimbuhan sisipan mengikut konteks.
Nota • Bimbing murid memahami dan menggunakan kata berimbuhan apitan dan kata
Guru
berimbuhan sisipan mengikut konteks.
5.2.1
178 (iii,iv) Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan
KPM eMK: Keusahawanan
UNIT 24 Pintar Kewangan
Mendengar dan Bertutur
Segala-galanya Bermula di Sini
Cikgu Julia dan murid-murid ke Muzium dan Galeri Seni Bank Negara
Malaysia. Mereka diberi taklimat tentang keistimewaan setiap galeri.
Galeri Kanak-kanak Galeri Bank Negara Malaysia (BNM)
• Permainan interaktif Simpan, Belanja • Sejarah BNM
dan Kongsi • Fungsi, peranan dan tanggungjawab BNM
• Permainan Pelaburan
• Pendidikan kewangan • replika bilik Gabenor
• Terowong rM1 Juta
• Mencipta wang kertas sendiri
Galeri Numismatik Galeri Ekonomi
• Sejarah mata wang Malaysia • Peranan dan pencapaian Malaysia dalam
• Permainan Sistem Barter ekonomi
• Denai duit syiling
• Pameran mata wang dunia • Sektor-sektor ekonomi Malaysia
• Perkembangan sistem pembayaran di Malaysia
Irfan, galeri manakah
yang paling menarik Galeri yang paling menarik perhatian saya ialah Galeri
perhatian kamu? Bank Negara Malaysia (BNM). Di sana, saya dapat
mengetahui sejarah dan fungsi BNM. Permainan Pelaburan
pula mengajar saya ilmu pengurusan kewangan.
Farisha, galeri manakah
pula yang dapat menambah
pengetahuan kita tentang
pendidikan kewangan?
Aktiviti
Bersoal jawab untuk menjanakan idea.
Nota • Bimbing murid bersoal jawab untuk menjanakan idea tentang sesuatu perkara.
Guru
Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Menilai – Membincangkan
1.2.3
eMK: Pendidikan Kewangan 179
KPM
Membaca
Kenali Wang Kita
Semasa di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia, Farisha dan
kawan-kawan telah membaca cara mengenal pasti ketulenan wang kertas
Malaysia pada panel skrin.
KAEDAH SENTUH CONTOH
Sentuh mata wang kertas kamu dan pastikan:
• wang kertas – rasa sedikit kesat dan cetakan timbul pada
bahagian potret Yang di-Pertuan Agong dan teks
• wang polimer – rasa cetakan timbul pada potret
Yang di-Pertuan Agong dan teks
CONTOH KAEDAH LIHAT
Lihat wang kertas kamu dengan berlatarbelakangkan cahaya
dan pastikan kamu dapat melihat:
• potret tanda bayang Yang di-Pertuan Agong tiga dimensi,
tanda dan tingkap pandang telus
KAEDAH SENDENG CONTOH
Pegang wang kertas kamu dan sendengkannya sedikit.
Kamu akan dapat melihat pergerakan imej dan
perubahan warna pada benang keselamatan dan petak
kilat berwarna.
CONTOH KAEDAH PERIKSA
Periksa wang kertas dengan peralatan seperti:
• peranti cahaya ultraungu – substrat kertas akan berkilau
pada ciri-ciri keselamatan tertentu
• kanta pembesar – tulisan teks bersaiz mikro kelihatan jelas
Pada pendapat kamu, Pada pendapat saya,
kaedah manakah yang lebih kaedah .
berkesan untuk mengenal
pasti ketulenan wang kertas
Malaysia?
Saya pula memilih
Aktiviti kaedah .
Membaca maklumat untuk membuat pertimbangan dan keputusan.
Nota • Bimbing murid membaca dan memahami maklumat berdasarkan bahan multimedia untuk
Guru
membuat pertimbangan dan keputusan.
2.2.1
180 Strategi PdP: BCB – Bacaan Intensif KBAT: Menilai – Membuat keputusan
KPM eMK: Pendidikan Kewangan
Menulis
Jadilah Pengguna Bijak
Farisha dan encik Farid ke kedai jam. Mereka ingin membeli seutas jam
tangan. Sebelum ke sana, mereka telah membandingkan harga
di semua premis secara dalam talian.
Farisha tertarik akan seutas jam tangan pintar.
encik Farid memanggil jurujual untuk mendapatkan
penerangan tentang keistimewaan jam itu. Setelah
berpuas hati, barulah encik Farid membayar harga jam
tangan tersebut dengan transaksi kad debit.
“Jam ini baru dilancarkan. Tuan bertuah kerana
ada potongan harga bagi pembelian awal. Pembelian
ini saya sertakan dengan kad warantinya sekali. Kad
waranti dan resit pembelian ini perlu tuan simpan.
Jika jam ini rosak dalam tempoh satu tahun dari
tarikh pembelian, pihak kami akan membaiki atau
menggantikan jam tersebut dengan jam yang baharu,”
terang jurujual kepada Farisha dan encik Farid.
“Terima kasih, tuan. Saya akan menyimpan kad
waranti dan resit ini baik-baik,” kata encik Farid.
Pada suatu hari, jam tangan Farisha telah rosak.
Farisha dan encik Farid kembali ke kedai jam itu. encik
Farid memaklumkan jurujual bahawa jam tangan pintar
yang dibeli enam bulan lalu telah rosak.
“Tuan, ini resit pembelian dan kad waranti jam
tangan ini sebagai bukti pembelian,” kata encik Farid.
“Baiklah, jam tangan ini saya periksa dahulu. Jika
boleh saya baiki, saya akan membaikinya secara
percuma. Jika tidak, pihak kami akan menggantikannya
dengan yang baharu,” kata jurujual.
Setelah diperiksa, jurujual tersebut telah memberikan
jam tangan pintar baharu kepada Farisha. Farisha
sungguh gembira. encik Farid pula senang hati kerana
jurujual tersebut prihatin akan hak-hak pengguna.
Aktiviti
Menulis ayat yang diimlakkan.
Nota • Bimbing murid menulis ayat yang diimlakkan.
Guru
Strategi PdP: Belajar Cara Belajar KBAT: Mengaplikasi – Mengguna pakai
3.2.4
eMK: Nilai Murni – rasional 181
KPM
Seni Bahasa
Hemat Berbelanja
Farisha memperdengarkan lagu ciptaannya di dalam kelas. rakan-rakannya
telah mengubah seni kata lagu tersebut dan mempersembahkannya dalam
bentuk koir.
Hemat Berbelanja Ini pesanan untuk semua
Ingatlah kawan semua
Wahai rakan semua
Sikap boros membeli Na na na na na na na
Bukan amalan kita Sikap membazirkan wang
Nanti kita juga yang rugi Mari amalkan bersama
Wahai kawan semua
Wahai rakan semua Kelak kita juga yang susah
Hemat dalam berbelanja
Sikap berjimat cermat
Satu amalan yang mulia
Dengarkanlah Buat ingatan dalam diri
Lagu ini
Semaikan di dalam hati
La la la la la la la (ulang dua kali)
Hemat berbelanja
Dengarlah wahai semua
rancang sebelum berbelanja
Beli yang perlu sahaja
Ini nasihat yang berguna
(Melodi lagu “Lompat Si Katak Lompat”)
IMBAS SAYA
Aktiviti
Mengubah suai seni kata lagu dan mempersembahkannya secara kreatif.
Nota • Bimbing murid mengubah suai seni kata lagu dengan menggunakan diksi yang sesuai dan
Guru
mempersembahkannya dengan gaya yang kreatif.
4.3.3
182 Strategi PdP: KP – Muzik KBAT: Mencipta – Menggubah
KPM eMK: Nilai Murni – Berjimat Cermat
Tatabahasa
Lawatan Celik Wang
Setelah pulang dari lawatan sambil belajar di
Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia,
Farisha berkongsi pengalaman dengan keluarganya.
Ayah: Bagaimanakah lawatan buah hati ayah ke Muzium dan Galeri Seni Bank
Negara Malaysia (BNM), semalam?
Farisha: Seronok, ayah. Saya dapat makan angin sambil memperoleh ilmu
pendidikan kewangan. Keunikan wang kertas dan wang syiling Malaysia
yang baharu dapat saya ketahui. Hal ini menimbulkan perasaan sayang
saya akan wang. Terima kasih, ayah dan ibu, kerana memberikan
peluang kepada saya mengambil bahagian dalam lawatan itu.
Ayah: Pada pukul berapakah Farisha tiba di sana?
Farisha: Kami tiba di sana pada pukul 12:00 tengah hari. Kedatangan kami
disambut oleh kakitangan Muzium dan Galeri Seni BNM. Tiada bayaran
dikenakan kepada pengunjung warganegara ataupun antarabangsa.
Kami dan guru pengiring telah melawat ke Galeri BNM, Galeri ekonomi,
Galeri Kanak-kanak dan Galeri Numismatik. Di Galeri Kanak-kanak, kami
diberi penerangan tentang pengurusan kewangan. Saya berbesar hati
kerana dapat menyertai permainan interaktif Simpan, Belanja dan Kongsi.
Lebih teruja apabila saya dapat melihat koleksi tandatangan gabenor
bank pada wang kertas Malaysia.
Ibu: Beritahulah kami, ilmu pengetahuan yang Farisha peroleh.
Farisha: Oh, ya! Saya ada tulis dalam buku catatan tentang lawatan itu. Sejujurnya,
lawatan itu telah membuka mata saya akan pentingnya fungsi, peranan
dan tanggungjawab BNM terhadap perkembangan ekonomi negara. Kami
juga diberi peluang untuk mengemukakan buah fikiran tentang ilmu
pengurusan kewangan diri. Sebelum pulang, kami sempat membeli
cenderamata.
Kata Majmuk
Bebas Mantap Kiasan
Aktiviti
Mengenal pasti dan mengkategorikan kata majmuk. Kemudian,
membina ayat menggunakan kata majmuk tersebut.
Nota • Bimbing murid memahami dan menggunakan kata majmuk bebas, kata majmuk mantap dan kata
Guru
majmuk kiasan mengikut konteks.
5.2.2
(i,ii) Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan 183
eMK: Pendidikan Kewangan KPM
Tatabahasa
Pintar Merancang
Keluarga Farisha ingin mengadakan majlis ulang tahun kelahiran Farisha
dan kenduri kesyukuran. Mereka sekeluarga merancang persiapannya.
Farhana, kita perlu Baiklah, ibu. Farisha dan Faris, ini tugasan yang
merancang sebelum mesti kita lakukan sebelum majlis
berbelanja. Inilah berlangsung.
barang-barangan yang
perlu kita beli. Senarai Baiklah, ayah. Kita
ini penting supaya kita akan melakukannya
membeli barang yang bersama-sama.
perlu sahaja.
Farhana: Ibu, kita perlu ke pasar untuk membeli bawang putih, bawang merah dan
bawang besar. Kuantiti bebawang yang kita perlukan ialah sekilogram
setiap satu.
Ibu: Apakah sayur-mayur lain yang perlu kita beli, Farhana?
Farhana: Kita perlu membeli sawi dan tauge untuk memasak mi goreng. Cukupkah
jika kita hanya membeli tiga peket bebola ayam dan jejari kentang?
Ibu: Ibu fikir itu mencukupi. Kita jangan berlebih-lebihan dalam berbelanja.
Ibu akan membuat tempahan kuih-muih daripada jiran kita. Beliau memberi
kita harga yang murah. Ibu juga akan menyediakan lauk-pauk dan
makanan-makanan lain berdasarkan jumlah tetamu yang diundang
supaya tidak berlaku pembaziran.
Farisha: Adakah ibu mengundang saudara-saudara kita yang berdekatan?
Ibu: Mestilah ibu mengundang mereka. Mereka juga sudi menyumbang
juadah-juadah enak. Dari sudut itu, kita dapat berjimat juga.
Farisha: Wah, bagusnya amalan itu! Ibu, jangan lupa beli buah-buahan dan belon
warna-warni. Belon tersebut ingin saya gunakan untuk hiasan.
Ayah: Ayah harap kita dapat bantu-membantu agar majlis kita berjalan lancar.
Dengan mengadakan majlis yang serba-serbi sederhana, kita dapat
menjimatkan perbelanjaan dan tidak berboros.
Faris: Baiklah, ayah. Saranan ayah kami patuhi. Kita doa-doakan majlis ini berjaya.
Aktiviti
Mengenal pasti dan mengkategorikan kata ganda menggunakan peta
pemikiran. Kemudian, membina ayat menggunakan kata ganda tersebut.
184 Nota • Bimbing murid memahami dan menggunakan kata ganda penuh, kata ganda separa
Guru dan kata ganda berentak mengikut konteks.
KPM
5.2.3 Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme KBAT: Mengaplikasi – Mengelaskan
(i,ii,iii) eMK: Nilai Murni – Berjimat Cermat
Pemulihan
Tulis ayat yang dibaca oleh guru.
Panduan Keluargaku Berbelanja
Farisha berkongsi cerita di hadapan kelas tentang cara keluarganya
berbelanja di pasar raya.
Keluarga saya mengamalkan perancangan
kewangan yang berhemat. Kami berbelanja apabila
perlu sahaja. Kami mestilah bijak dan berjimat
dalam perbelanjaan agar tidak berlaku pembaziran.
Sebelum berbelanja, saya sekeluarga akan
membuat senarai barang yang ingin kami beli.
Cara ini dapat memastikan kami membeli
barangan yang perlu sahaja. Dengan ini,
perbelanjaan kami akan terkawal.
Semasa berbelanja, ayah akan menasihati kami agar
membandingkan harga barangan sebelum membelinya.
Perbandingan dibuat berdasarkan tawaran kualiti dan
kuantiti pada sesuatu barangan. Ayah juga berpesan
agar kami tidak terlalu terpengaruh dengan jualan murah.
Selepas berbelanja, kami akan memeriksa resit pembelian
sebelum meninggalkan kaunter bayaran. Cara ini dapat
memastikan harga barangan sama dengan harga yang
tercatat pada resit pembelian. Ayah juga akan mencatat
jumlah perbelanjaan pada setiap bulan.
3.2.4
185
KPM
Pengayaan
Fahami maklumat tersurat dan tersirat untuk memberikan respons.
Mudahnya Menyimpan Wang
Selamat sejahtera, Baiklah, cikgu. Ayah, esok pihak BSN akan datang
murid-murid. esok, ke sekolah. Saya perlu membawa wang
pihak Bank Simpanan tabungan dan buku akaun. Pihak mereka
Nasional (BSN) akan akan menyediakan perkhidmatan kaunter
ke sekolah kita. Kamu simpanan wang tanpa perlu ke bank.
boleh membawa
wang tabungan dan Wah, bagusnya! Farisha perlu berhati-hati
buku akaun untuk semasa membawa wang tabungan tersebut.
menyimpan wang. Nah, ini rM50.00 untuk tambahan wang
simpanan Farisha!
Apakah kebaikan menyimpan wang Bagaimanakah cara yang selamat untuk
di bank? membawa wang?
Wah, banyaknya wang tabungan kamu!
Bagaimanakah kamu menyimpannya?
Jika kamu kerap menyimpan wang dalam
akaun, kamu berpeluang untuk menerima
wang galakan daripada BSN.
Saya menabung lebihan wang Pada pendapat Pada pendapat
saku setiap hari. Baiklah, saya kamu, apakah saya, .
akan mengikut saranan puan. kebaikan
program seperti
Nyatakan nilai murni yang ditunjukkan ini diadakan?
oleh Farisha.
2.1.1
186
KPM