The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Sultan Johor--Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by LIM JIA QI, 2021-03-31 23:42:32

Tokoh Pemimpin di Johor

Sultan Johor--Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar

Tajuk:

Tokoh pemimpin negeri Johor

NAMA:
LIM JIA QI

KELAS:
4 BAKTI

ALAMAT EMAIL:
[email protected]

NAMA SEKOLAH:
SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN TUNKU
PUTRA

ALAMAT SEKOLAH:
KM12, JALAN BESAR, TONGKANG
PECHAH, JOHOR

Isi Kandungan

01 03

Pendahuluan Pendidikan

02 06

Biodata Sumbangan

04

Kerjaya

05

Nilai-nilai Murni

07 08

Kesimpulan Sumber
Rujukan

Pendahuluan

.

Johor Darul Ta'zim juga dikenali sebagai dan dimasyhurkan sebagai Tunku Mahkota
Johor atau Kesultanan Johor Moden (tidak Johor pada 3 Julai 1981. Mulai 25 April
rasmi). Johor ialah negeri Malaysia di 1984 hingga 25 April 1989 Tunku
selatan Semenanjung Malaysia. Johor Mahkota Tunku Ibrahim dilantik sebagai
mempunyai sempadan darat dengan Pemangku Raja semasa Duli Yang Maha
negeri-negeri di Malaysia Pahang di utara Mulia Sultan Iskandar diangkat sebagai
dan Melaka dan Negeri Sembilan di barat Yang di-Pertuan Agong. Tuanku
laut. memanfaatkan tempoh sebagai Pemangku
Raja untuk menimba ilmu pengetahuan
Tunku Ibrahim dilantik sebagai waris berkaitan urusan negeri serta berdamping
apabila Duli Yang Maha Mulia Sultan dengan rakyat.
Iskandar menaiki takhta Kerajaan Johor

Tunku Mahkota Tunku Ibrahim
dimasyurkan sebagai Sultan Johor pada 23
Januari 2010 di atas kemangkatan Duli Yang
Maha Mulia Sultan Iskandar.Tuanku
mendirikan rumah tangga dengan Duli Yang
Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Binti
Almarhum Sultan Idris Shah dan
dikurniakan lima orang putera dan seorang
puteri.

Semangat juang dan kecenderungan aktiviti
laut yang diwarisi dari keturunan
Temenggong menjadikan Duli Yang Maha
Mulia Tuanku amat gemar dengan sukan
lasak. Semasa berusia lima tahun Tuanku
memandu bot laju dalam satu pertandingan
bot. Tuanku berkebolehan dan bertauliah
memandu kapal laut, kapal terbang, jet dan
helikopter dan merupakan Raja Melayu
yang pertama yang mempunyai lesen
memandu keretapi. Tuanku cekap
menunggang kuda dan bermain sukan polo.
Tuanku merupakan Raja Melayu yang
menjelajah setiap pelusuk negeri pada setiap
tahun untuk merapatkan diri dengan rakyat
melaui Kembara Mahkota semenjak tahun
2001.

Biodata • Raja Muda
Tunku Ismail
• Sultan Johor Era Moden ke-V
Johor Darul Ta’zim • Pasangan
Raja Zarith Sofiah binti Almarhum
• Pemerintahan Sultan Idris Iskandar Al-
23 Januari 2010 - kini Mutawakkil Alallahi Shah
(11 tahun, 2 bulan dan 2 hari) Afifurlah (k. 1982)

• Pendahulu
Sultan Iskandar

Biodata SULTAN
IBRAHIM ISMAIL
IBNI SULTAN
MAHMUD ISKANDAR
AL-HAJ

• Anakanda

1. Tunku Ismail Idris • Nama penuh
2. Tunku Tun Aminah Maimunah Sultan Ibrahim Ibni Almarhum
Sultan Iskandar
Iskandariah
3. Tunku Idris Iskandar

4. Tunku Abdul Jalil (Mangkat 5 • Tempat persemayaman
Disember 2015)

5. Tunku Abdul Rahman Hassanal Jefri Johor Istana Bukit Serene,
6. Tunku Abu Bakar Johor Bahru, Johor

• Ayahanda • Keputeraan
Baginda Al-Mutawakkil Alallah 22 November 1958
Sultan Iskandar Ibni Almarhum (umur 62)
Sultan Ismail Al-Khalidi Hospital Sultanah
• Bonda Aminah, Johor Bahru,
Enche Besar Hajah Khalsom Binti Johor, Malaya
Abdullah (née Josephine Ruby
Trevorrow) • Agama
Islam Sunni

Biodata SULTAN
IBRAHIM ISMAIL IBNI
SULTAN MAHMUD
ISKANDAR AL-HAJ

• Gelaran hormat bagi Sultan • Gaya pertuturan
Ibrahim Ismail: Duli Yang Maha Mulia

• Gaya panggilan • Gaya pilihan
Duli Yang Maha Mulia Tuanku

Pendidikan
Seperti kanak-kanak yang lain, Tunku Ibrahim juga melanjutkan pelajaran. Sekolah pertama
baginda ialah Sekolah Temenggong Abdul Rahman. Setelah itu, baginda kemudiannya
menyambung pelajarannya di Trinity Grammar School di Australia pada 1968 selama dua tahun.
Sekembalinya baginda ke Johor, baginda kemudiannya belajar di Maktab Sultan Abu Bakar
(MSAB). Di samping itu, Tunku Ibrahim juga bersekolah di Sekolah Agama Bukit Zaharah dan
Sekolah Agama Air Molek di Johor Bahru bagi mempelajari asas-asas agama Islam.

Kepimpinan Tuanku terserlah apabila setelah tamat
persekolahan Tuanku dilantik sebagai platun komander
ketika menjalani latihan ketenteraan di Pusat Latihan
Tentera Darat di Kota Tinggi. Kemudiannya di atas
jemputan khas Tuanku mengambil bahagian dalam
latihan ketenteraan untuk pegawai muda di Fort
Benning, Georgia USA.

Selain dari itu Tuanku juga menjalani latihan ‘airborne‘ dan ‘ranger‘ untuk pegawai infantri. Selepas
berehat dua bulan, Tuanku meneruskan latihan ‘American Special Forces‘ dan ‘Pathfinder’ dimana
Tuanku telah membuat 19 terjunan payung terjun, lapan darinya pada waktu malam. Tuanku dipilih
dan ditauliahkan sayap dan dijadikan sebagai seorang komando. Tuanku juga ditauliahkan sebagai
anggota pasukan SEAL (tentera laut dan darat). Selain itu Tuanku melakukan beberapa penerjunan di
Bandung Indonesia sebelum ditauliahkan sebagai ahli kehormat Komando Pasukan Khusus
(KOPASSUS) Indonesia.

Sekembalinya ke Johor, Tuanku dilantik sebagai Timbalan Pegawai Pemerintah Askar Timbalan
Setia Negeri. Dalam masa yang sama Tuanku menjalani latihan juruterbang helikopter dengan
Tentera Udara Diraja Malaysia. Dengan kecekapan yang ditunjukkan Tuanku dibenarkan
mengendalikan penerbangan helikopter perseorangan. Dengan kesungguhan dan ketabahan, Tuanku
berjaya lulus satu kursus lebih awal dari peserta lain. Tuanku dikurniakan dan menerima sayap pada
26 April 1982 dari Sultan Iskandar dalam satu upacara perbarisan dalam mana Tuanku menjadi
ketuanya.

Tuanku juga menyertai
selama tiga bulan latihan
tentera laut di Pengkalan Tentera Laut Diraja
Malaysia di Lumut, sekaligus melengkapkan Tuanku
sebagai pegawai tentera darat, laut dan udara.

Bagi mengimbangi latihan ketenteraan dan untuk menjadikan
Raja yang berwibawa dan dihormati, Tuanku meneruskan pelajaran di
Fletcher School of Law and Diplomacy di Boston, Massachusetts USA.
Tuanku menyertai dan melengkapi dua kursus, ‘Southeast Asian Strategic
Studies’ dan ‘International Laws of the Seas’.

Kerjaya

Tuanku berkhidmat dengan Kerajaan Negeri
Johor dan ditempatkan di antara lain di Pejabat
Setiausaha Kerajaan, Pejabat Perbendaharaan,
Pejabat Tanah, Jabatan Perancang Bandar dan
Desa, Jabatan Perhutanan dan Jabatan Pertanian
untuk mempelajari selok belok pengurusan dan
pentadbiran negeri.

Sebagai Tunku Mahkota Johor
Tunku Ibrahim Ismail telah dilantik sebagai
Tunku Mahkota Johor pada 3 Julai 1981 dan
telah berdiam di Istana Pasir Pelangi sejak itu.
Baginda pernah menjadi pemangku sultan Johor
pada 26 April 1984 hingga 25 April 1989 ketika
ayahandanya, Sultan Iskandar telah
dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Agong
Malaysia yang kelapan. Dalam beberapa tahun
belakangan ini, Tunku Ibrahim secara beransur-
ansur mengambil alih beberapa tugas negeri dan
fungsi dari ayahandanya yang telah tua
termasuklah ketika mesyuarat Majlis Raja-Raja
kali ke-211 di mana Tunku Ibrahim bersama
Tunku Abdullah, Tengku Mahkota Pahang telah
mewakili ayahanda masing-masing dalam
mesyuarat itu.

Kemahkotaan Sultan Johor
Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor diperkenalkan oleh Sultan Johor Moden yang pertama iaitu
Almarhum Sultan Abu Bakar pada tahun 1886 selepas baginda mendapat ilham daripada lawatan
baginda Empayar British dan Empayar Uthmaniyah. Baginda memperkenalkan konsep mahkota kepada
raja-raja Melayu yang kemudiannya diikuti oleh Kelantan, Selangor dan Terengganu.
Pada tahun 2013, kerja-kerja penaiktarafan Istana Besar Johor dan Istana Bukit Serene telah mula
dilangsungkan atas perkenan baginda yang berkehendaki agar Istiadat Kemahkotaan baginda diadakan
pada 5 Mei 2014, sempena baginda menjadi Sultan Johor yang ke-5. Walau bagaimanapun, disebabkan
kerja-kerja yang tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan, Istiadat tersebut ditangguh.[13]
Pada Januari 2015, Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor iaitu Datuk Abdul Rahim Ramli
menyampaikan perkenan baginda untuk melangsungkan Istiadat Kemahkotaan baginda. Kali terakhir
Istiadat tersebut dilangsungkan ialah pada tahun 1960 iaitu Kemahkotaan Sultan Ismail ibni Sultan
Ibrahim. Sultan Iskandar pula tidak berkehendakkan Istiadat Kemahkotaan buat dirinya.
Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor kali-4 ini bakal diadakan pada 23 Mac 2015 dan disambut secara
besar-besaran yang bermula dari Istiadat Meletak Kerja pada 16 Mac 2015 dan diisi dengan 9 istiadat
utama dan keraian di seluruh negeri Johor sehingga bulan April 2015.
Istiadat ini akan memperlihatkan kembali tradisi diraja Johor moden yang mempamerkan tradisi
gabungan Melayu, Islam dan Barat dalam istiadat itu.

Sumbangan

Almarhum Sultan Idris Shah dan putera puteri
Tuanku menyertai program mesra rakyat ini.

Dalam Kembara Mahkota pertama yang
diadakan pada 2 hingga 4 Julai 2001,
penjelajahan tiga hari dua malam, diiringi oleh
28 buah motosikal berkuasa tinggi, menyusuri
setiap pelosok negeri merangkumi lapan daerah
di negeri Johor sejauh kira-kira 870 kilometer.
Ekspedisi bermotosikal yang julung kali
diadakan itu bertujuan mendekatkan istana
Sultan yang berjiwa rakyat ini cukup sinonim
dengan rakyat selain mempromosikan industri
dengan Program Kembara Mahkota Johor,
pelancongan. Lantaran keberkesananya, Tunku
aktiviti yang berteraskan kerja sosial yang
Mahkota ketika itu mengumumkan Kembara
diilhamkan oleh DYMM Tuanku Sultan
Mahkota Jelajah Johor, dijadikan acara tahunan
Ibrahim sejak 2001 ketika Tuanku menjadi
‘Tunku Mahkota Johor’. Program Kembara dan meletakkan matlamat menjadikannya
sebagai program amal bagi membantu golongan
Mahkota Johor dengan konvoi motosikal
kurang bernasib baik.
berkuasa tinggi dijadikan acara tahunan yang
disertai YAB Menteri Besar dan pegawai-
pegawai Kerajaan Negeri, bagi melaksanakan
pelbagai projek kebajikan sepanjang laluan
konvoi di semua 10 daerah di negeri Johor.
DYMM Tuanku Sultan Ibrahim juga turut
membabitkan ahli keluarganya, Duli Yang
Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Binti

Siri ketiga Kembara Mahkota tahun 2003, yang berlangsung selama empat hari
tiga malam mulai 8 hingga 11 Mei, meneruskan tumpuan terhadap kerja amal dan
kebajikan, antaranya Tunku Mahkota Johor telah menyumbangkan komputer, pakaian dan
basikal kepada murid-murid miskin di luar bandar. Melalui Kembara Mahkota, rakyat
merasakan bertuah bernaung di bawah institusi istana Johor yang sentiasa memberi perhatian
terhadap soal kebajikan, kesejahteraan dan kepentingan pendidikan rakyat. Kembara
Mahkota juga memberi faedah besar kepada Kerajaan Negeri dan seluruh rakyat Johor. Para
pemimpin negeri dan pegawai-pegawai kerajaan yang mengambil bahagian dalam acara
berprestij ini, dapat melihat sendiri dan mengumpul maklumat mengenai aspirasi dan
keperluan rakyat secara lebih jelas. Berbekalkan pengalaman yang dilalui dan maklumat
yang diperolehi, mereka berupaya melaksanakan dasar-dasar pembangunan yang benar-benar
memberi manfaat kepada rakyat yang tinggal di luar bandar.
DYMM Sultan Ibrahim sangat berminat dalam bidang sukan, khususnya polo yang telah
membawa baginda menyertai kejohanan sehingga ke peringkat antarabangsa. Turut menjadi
kegemaran Tuanku ialah sukan tenis, luncur layar, menembak, memandu dan payung terjun.
Tuanku juga telah mencipta sejarah memperolehi Lesen Memandu Kereta Api Kelas 26
setelah menyempurnakan acara pusingan lokomotif seberat 86 tan menggunakan alat ‘turn
table’. Tuanku juga telah menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book Of Records
(MBOR) sebagai Sultan pertama memandu kereta api secara rasmi. Majlis penyampaian
lesen memandu kereta api ini disempurnakan oleh Dr. Aminuddin Adnan, Presiden Kereta

Api Tanah Melayu Bhd (KTMB) pada
29 Jun 2010 di Stesen Kereta
Api Gemas.

Nilai-nilai murni

Nilai pemurah
Sultan Johor ialah seorang pemerintah
yang murah. Pada tahun lalu, Sultan Johor,
Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan
'hadiah' kepada 30 pemandu teksi
kawasan Stulang Laut. Kesemua pemandu
teksi terbabit menerima kurniaan hadiah
daripada baginda Tuanku sempena
sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal
disambut tidak lama lagi.

Nilai kerajinan
Sultan Johor ialah seorang pemerintah yang
rajin belajar. Baginda telah melanjutkan
pelajaran di beberapa sekolah. Sekolah
pertama baginda ialah Sekolah Temenggong
Abdul Rahman. Setelah itu, baginda
kemudiannya menyambung pelajarannya di
Trinity Grammar School di Australia pada
1968 selama dua tahun. Sekembalinya
baginda ke Johor, baginda kemudiannya
belajar di Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB).

Nilai dedikasi
Sultan Johor merupakan seorang yang
berdedikasi. Baginda berkenan

mengurniakan pelbagai peralatan
perubatan dan keperluan bagi
kegunaan hospital di negeri ini
dalam menangani Covid-19, menerusi
Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ). Menerusi hantaran di laman Facebook
miliknya, baginda mengurniakan 19 unit ventilator bagi kegunaan Hospital Sultan
Ismail (HSI), 24 unit lagi bagi Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang
termasuk 200 bantal dan cadar.

Nilai bertanggungjawab
Sultan Johor ialah seorang
pemerintah yang
bertanggungjawab untuk menjaga
keamanan dan kebajikan rakyat.
Baginda telah mengumumkan
Kembara Mahkota Jelajah Johor,
dijadikan acara tahunan dan meletakkan matlamat menjadikannya sebagai program amal
bagi membantu golongan kurang bernasib baik. Baginda ketika itu bertitah, Kembara
Mahkota Jelajah Johor juga bermatlamat memupuk semangat perpaduan di kalangan
masyarakat berbilang kaum di negeri ini.

Kesimpulan

Dalam penghasilan buku skrap ini, saya dapat
mengetahui maklumat mengenai perkara-
perkara penting sepanjang proses penubuhan
Johor di Malaysia. Perkara yang saya dipelajari
adalah kita harus rajin belajar seperti baginda.
Baginda telah menyertai banyak kursus,
melanjutkan pelajaran untuk menambahkan ilmu
dan teknik. Selain itu, baginda sangat prihatin
terhadap rakyatnya dan memberi bantuan
apabila rakyat menghadapi masalah dan cabaran.

Perpaduan yang kita nikmati dan masyarakat yang
harmoni, tenang dan makmur sekarang sebenarnya
hasil usaha tokoh-tokoh di Malaysia. Banyak pejuang
tanah udara yang telah berkorban masa dan tenaga
untuk mencapai taraf Negara Berdaulat.

Kita sebagai generasi muda haruslah
berusaha dan bersatu padu untuk
mengekalkan perpaduan dan keamanan di
bumi Malaysia ini.

Marilah kita bersama-sama berganding bahu mengekalkan kesejahteraan negara kita
selama-lamanya dan menghargai jasa tokoh-tokoh. Kita haruslah menganggap tokoh
tokoh-tokoh Malaysia sebagai teladan.

Sumber rujukan

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Johor

01

02 https://en.m.wikipedia.org/wiki/Ibrahim_Ismail_of_Johor

03 http://kgjlnibrahim1920.blogspot.com/2018/09/sejarah-
kesultanan-johor.html?m=1

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Johor

04

05 https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/taxo
nomy/term/61/2015/03/44028/kesultanan-johor-pencetus-
amalan-birokrasi-moden



SEKIAN,

TERIMA KASIH.


Click to View FlipBook Version