The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-28422395, 2022-05-24 23:05:52

5_6082376919016277244-2-5

5_6082376919016277244-2-5

UNIT KOKURIKULUM,
SEKOLAH KEBANGSAAN ALAI,
KM 8, ALAI, MELAKA
TEL : 06-2682727 FAKS : 06-2686522

MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM KALI PERTAMA 2019

Tempat : Dewan SK Alai
Tarikh : 15 Mac 2022
Hari : Selasa
Masa : 8.30 pagi
Kehadiran : Seperti di Lampiran

1. KATA ALUAN TUAN GURU BESAR (EN. MOHAMAD AZMIR BIN ABU HASSAN)

Tuan guru besar mengucapkan ucapan tahniah atas kehadiran semua guru pada hari kedua
mesyuarat sama ada yang hadir secara bersemuka atau di atas talian. Beliau menyatakan
bahawa mesyuarat ini diadakan untuk menyiapkan guru-guru dan sekolah untuk menyantuni
murid-murid yang bakal hadir pada sesi persekolahan 2022/2023. Beliau juga mengucapkan
terima kasih atas komitmen guru-guru yang terbaik bagi melahirkan kemenjadian murid yang
positif sama ada perdana atau PPKI. Beliau juga memaklumkan bahawa tugas dan amanah yang
ditanggungjawabkan kepada guru-guru hendaklah digalas dengan baik, supaya murid-murid
dapat menjadi insan dan manusia yang dapat menerajui negara pada masa akan datang. Beliau
juga menasihatkan guru-guru supaya dapat memastikan murid-murid terlibat di dalam semua
aspek kurikulum dan kokurikulum supaya seimbang dan tidak cenderung kepada sesuatu
bahagian sahaja. Beliau juga memaklumkan bahawa di dalam sesuatu organisasi, semua individu
mempunyai fungsi dan peranan masing-masing dan meminta supaya semua guru dapat
berganding bahu bersama-sama menjadikan SK Alai terbaik.

Tindakan: Makluman

2. UCAPAN TERIMA KASIH (EN. MASRIZAL BIN RAHMAT)

En. Masrizal mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua guru di atas kemenjadian
murid yang amat memberangsangkan di dalam bidang kokurikulum. Beliau juga menyatakan
target di dalam bidang kokurikulum pada sesi persekolahan tahun 2022/2023 adalah,
mendigitalkan pengurusan kokurikulum secara optimum. Tujuannya adalah untuk memudahkan
guru-guru bekerja dan meminimumkan penggunaan pen dan kertas.

Tindakan: Makluman

3. PEMBENTANGAN SISTEM DIGITAL KOKURIKULUM (SIKSKA)
En. Masrizal memaklumkan pautan sistem digital kokurikulum adalah seperti berikut :
https://sites.google.com/view/sikska
Beliau memaklumkan bahawa SIKSKA adalah singkatan kepada Sistem Kokurikulum SK Alai.
Sistem ini hanya boleh diakses menggunakan email Delima yang telah diberikan kepada beliau.

Guru-guru akan menggunakan sistem ini untuk memasukkan data seperti senarai nama murid,
kehadiran murid dan laporan aktiviti pada setiap kali perjumpaan. Laporan akan diisi di dalam
google form, setiausaha setiap unit akan dipandu oleh guru-guru penasihat untuk melengkapkan
laporan pada setiap kali perjumpaan. Data di dalam sistem ini juga amat mudah dicapai dan
disemak dari semasa ke semasa. Beliau juga telah menunjukkan paparan contoh laporan dan
analisa dan penglibatan aktiviti kokurikulum pada tahun 2021 yang berada di dalam sistem
SIKSKA.

Tindakan: Semua Guru

4. PEMBENTANGAN TENTANG MASUK DATA KE DALAM SISTEM SIKSKA
En. Masrizal memaklumkan bahawa selain laporan aktiviti kokurikulum setiap kali perjumpaan,
guru-guru penasihat yang membawa murid-murid menyertai pertandingan juga wajib
memasukkan data penyertaan dan pencapaian di dalam sistem SIKSKA. Beliau membentangkan
cara-cara untuk memasukkan data penyertaan serta pencapaian pertandingan tersebut pada
pautan tersebut: https://sites.google.com/view/sikska/penglibatan.
Beliau memaklumkan juga bahawa guru-guru kelas akan lebih mudah untuk menyemak dan
mengisi laporan PAJSK tentang penglibatan dan pencapaian murid-murid pada hujung tahun
dengan hanya membuat carian “nama murid” tersebut. Sistem ini juga akan membuatkan
guru-guru lebih telus dalam mengisi laporan PAJSK. En. Masrizal berharap bahawa pendigitalan
pengurusan kokurikulum ini diterima oleh guru-guru.

Tindakan: Guru penasihat/Jurulatih Pasukan/Guru Kelas

5. PEMBENTANGAN TENTANG PERANCANGAN SETIAP UNIT KOKURIKULUM
En. Masrizal menyatakan tahniah kepada guru-guru yang telah melengkapkan perancangan
setiap unit kokurikulum. Semua perancangan boleh dilihat di dalam sistem SIKSKA seperti di
pautan berikut: https://sites.google.com/view/sikska/perancangan.

Tindakan: Makluman

Beliau juga telah memaparkan contoh perancangan mingguan bagi Unit Beruniform TKRS.
Semua guru penasihat boleh menyemak dan menggunakan perancangan yang telah dibuat
tersebut untuk perjumpaan kokurikulum akan datang. Perancangan dibuat untuk 12 minggu
namun pelaksanaan kokurikulum perlu tunggu surat daripada jabatan.

Tindakan: Makluman/Guru Penasihat

Guru Besar menyatakan kepada guru-guru bahawa dengan perancangan ini, guru-guru penasihat
tidak akan mempunyai masalah sekiranya kokurikulum dibuat secara maya ataupun bersemuka.

Tindakan: Makluman

6. MEMPERKASAKAN UNIT UNIFORM
En. Masrizal memaklumkan bahawa pemakaian Uniform bagi Unit Kokurikulum akan
diperkasakan. Guru-guru dan murid-murid sangat digalakkan memakai baju uniform pada hari
perjumpaan kokurikulum.

Tindakan: Makluman/Semua Guru/Murid

En. Masrizal juga memaparkan contoh-contoh pemakaian uniform bagi setiap Unit Beruniform.
Guru-guru yang tidak mempunyai Unit Beruniform juga boleh memakai Uniform TKRS/pilihan.
Setiap Unit Beruniform boleh menetapkan uniform yang akan dipakai sama ada uniform 1/2/3.

Tindakan: Makluman/Semua Guru/Murid

En. Masrizal mohon untuk guru-guru menunjukkan bakat dalam bidang masing-masing kerana
pada tahun ini akan diadakan ujian asas bagi semua Unit Beruniform.

Tindakan: Makluman

7. PEMBAHAGIAN TUGAS GURU-GURU
Guru-guru telah merujuk buku takwim untuk melihat tugasan masing-masing. Semuanya telah
disusun dan berharap bahawa semua guru dapat menjalankan tugas dengan baik.

Tindakan: Makluman

En. Masrizal mengumumkan bahawa Pasukan Elit telah dijenamakan semula kepada Skuad Elit.
Beliau menyatakan beza antara Sukan dan Permainan serta Skuad Elit. Skuad Elit akan
menjalankan latihan di luar waktu normal kokurikulum. Sebarang pertukaran tugasan boleh dibuat
suka sama suka walaubagaimanapun terdapat beberapa pertukaran yang akan disusun
kemudian.

Tindakan: Makluman

8. HARI DAN WAKTU PERJUMPAAN KOKURIKULUM
Seperti di dalam buku takwim. Perjumpaan koku secara bersemuka masih lagi tidak dimaklumkan
dan tiada surat.

Tindakan: Makluman

9. SOP PERJUMPAAN MINGGUAN KOKURIKULUM
Seandainya ada perjumpaan, masih lagi menggunapakai SOP kerajaan Malaysia seperti
penjarakan dan penggunaan pelitup muka, namun tertakluk kepada perubahan sekiranya
terdapat arahan terbaru.

Tindakan: Makluman

10. BUKU PAJSK MURID
En. Masrizal maklum tentang ketiadaan buku PAJSK murid tahun 4 dan akan cuba mencari
penyelesaian bagi masalah tersebut.

Tindakan: GPK KOKU

11. HAL-HAL LAIN
En. Fahmi menyatakan kerisauannya tentang keadaan padang sekolah yang berisiko untuk
latihan kerana keadaan padang yang tidak rata.

Tindakan: Guru Besar/GPK KOKU

12. PENUTUP
En Masrizal mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua guru kerana telah berjaya
menjayakan aktiviti KOKU pada tahun 2021 dan berharap agar semua guru dapat berusaha lebih
keras dan sama-sama menggembleng tenaga demi mencapai kejayaan bagi unit kokurikulum
sesi 2022/2023. Beliau juga mengucapkan selamat kembali bertugas untuk sesi persekolahan
tahun 2022/2023 kepada semua guru dan AKP SK Alai.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.30 pagi.

Disediakan oleh,

_________________________
(NURUL ATIQAH BINTI SHAKOR)
Setiausaha Kokurikulum
Sekolah Kebangsaan Alai


Click to View FlipBook Version