The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Soalan : Bincangkan Model-model kajian tindakan dan proses melaksanakan Kajian Tindakan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zerrysus, 2023-11-12 21:57:35

Model-model Kajian Tindakan

Soalan : Bincangkan Model-model kajian tindakan dan proses melaksanakan Kajian Tindakan

Keywords: Kajian Tindakan

Bincangkan Model-model kajian tindakan dan proses melaksanakan Kajian Tindakan Kajian Tindakan dalam pendidikan merupakan suatu unit professionalisma guru yang prosesnya diatur secara sistematik di bawah seliaan BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA beserta buku manual yang boleh dirujuk guru-guru. Ia melibatkan pengumpulan dan perterjemahan data yang seterusnya akan digunakan oleh guru untuk memudahkan pemahaman permasalahan dan membaiki amalan serta mengatasi masalah dalam proses pendidikan. Terdapat berbagai definisi yang dibuat berkenaan kajian tindakan, antaranya oleh Kemmis & McTaggart (1988) yang menyatakan bahawa kajian tindakan merupakan kajian berbentuk inkuiri yang dilakukan secara kolektif oleh peserta yang berada dalam situasi sosial bagi meningkatkan kerasionalan dan keadilan amalan-amalan kemasyarakatan dan pendidikan. Terdapat pelbagai model kajian tindakan yang telah dibangunkan oleh para penyelidik antaranya ialah Model Kajian Tindakan yang dibangunkan oleh Kemmis & McTaggart (1988). Model tersebut menyarankan empat langkah kajian tindakan berdasarkan gelungan (cycle) seperti berikut: i. Mereflek (Reflect); ii. Merancang (Plan); iii. Bertindak (Action); dan iv. Memerhati (Observe). Ia boleh diringkaskan seperti dalam gambar rajah berikut;


Rajah 1 menunjukkan kajian tindakan dijalankan berpandukan proses berikut: i. guru menjalankan refleksi ke atas satu-satu isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani; ii. guru menyediakan satu rancangan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapinya; dan iii. guru melaksanakan rancangan yang dihasilkan dan dalam proses pelaksanaannya guru memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan itu. Refleksi dilakukan bertujuan seperti berikut: i. memahami kewujudan sesuatu masalah/kesukaran; ii. memahami mengapa masalah tersebut wujud; iii. memahami bentuk masalah yang timbul; iv. mengetahui tahap keseriusan masalah yang membelenggu pengajaran dan pembelajaran tersebut; dan v. memahami pelaku yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam permasalahan itu. Selain itu, terdapat model Somekh (1989) yang melibatkan fasa-fasa berikut ;mengenal pasti masalah atau fokus kajian yang diminati, mengumpul data, menganalisis data dan membina hipotesis, merancang pelan tindakan, melaksana pelan tindakan, mengumpul data untuk mengesan perubahan, menganalisis dan menilai serta mengenal pasti folus penyelidikan yang baru. Manakala Model Dave Ebutt (1985) memperkenalkan model kajian tindakan yang berbentuk kitaran. Di mana dalam sebuah kitaran akan berlaku maklumbalas sama ada maklumbalas itu berlaku dalam kitaran atau di antara kitaran.


Terdapat beberapa lagi model kajian tindakan yang secara umumnya mempunyai kaedah dan siri pengkajian yang hampir sama dengan beberapa kaedah di atas sebagai rujukan.


Click to View FlipBook Version