The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nor Syazwanie binti Mohamad zamal, 2019-06-18 23:00:28

Topik 5 - sec2332

Topik 5 - sec2332

Topik 5:
Harga Diri

Hasil Pembelajaran

Diakhir pembelajaran, pelajar dapat:-
1. Menjelaskan kepentingan harga diri tinggi yang perlu ada

dalam diri kanak-kanak
2. Mengetahui peranan guru dalam membentuk harga diri

kanak-kanak.
3. Mengetahui kesan harga diri yang rendah kepada kanak-

kanak.

DEFINISI HARGA DIRI

 Stuart dan Sundeen (1991) mengatakan bahawa harga diri atau self-
esteem merupakan penilaian individu terhadap hasil yang dicapai
dengan menilai seberapa jauh perilaku memenuhi tujuan idealnya

 Coopersmith (dalam Ainur,1997) menjelaskan bahawa harga diri adalah
penilaian yang dibuat mengenai sesuatu yang berkaitan dengan
dirinya, yang diekspresikan dalam suatu bentuk sikap setuju atau tidak
setuju dan menunjukkan bahawa individu tersebut meyakini dirinya
sendiri sebagai individu yang mampu, penting dan berharga

 Harga diri adalah satu cara di mana kanak-kanak menilai diri mereka
sendiri.

KONSEP HARGA DIRI

 Harga diri melibatkan perasaan dan penilaian yang menyeluruh
ke atas diri sendiri. Ada pakar-pakar psikologi yang mengatakan
harga diri ialah sejauh mana seseorang itu dapat menerima diri
sendiri sebagaimana yang sebenarnya.

 Maksudnya dapatkah seseorang itu menerima bahawa dia
mempunyai ciri-ciri yang istimewa pada dirinya dan juga ciri-ciri
yang tidak istimewa.

 Dia juga menerima bahawa dia bukan hanya sudah melakukan
banyak perkara yang baik dan bijaksana tetapi pernah melakukan
perkara-perkara yang tidak bijaksana.

 Harga diri juga memberitahu sejauh mana seseorang itu berasa
dirinya seorang yang baik dan berguna, tanpa mengira apa yang
sudah berlaku pada dirinya selama ini.

KEPENTINGAN HARGA DIRI TINGGI

 Harga diri kanak-kanak adalah sangat penting dalam
menentukan perkembangan kanak-kanak yang sihat dalam
semua aspek. Harga diri yang rendah akan mengakibatkan
pembentukan personaliti yang kurang menarik sebaliknya harga diri
yang tinggi akan menjamin kesejahteraan hidup dan kejayaan.

1. Seseorang kanak-kanak yang mempunyai harga diri yang tinggi
akan mempunyai prestasi yang lebih baik dalam
pembelajarannya. Ini adalah kerana beliau berani mencuba,
bertanya dan meneroka.

2. Kanak-kanak yang mempunyai harga diri yang rendah tidak
berani melibatkan diri dan tidak mahu bertanya. Mereka
sentiasa takut akan pandangan orang lain terhadap diri mereka.

3. Kanak-kanak dengan harga diri tinggi juga akan lebih pandai
menyesuaikan diri dalam pergaulan sosial mereka. Mereka tidak
senang tersinggung oleh komen atau pendapat rakan sebaya.

4. Kanak-kanak dengan harga diri tinggi juga lebih kreatif dalam
pemikiran dan hasil kerja mereka.

KESAN HARGA DIRI TINGGI

Kesan kepada kanak-kanak yang mempunyai harga diri yang tinggi:-
1. Mudah berkawan
2. Berminat untuk melakukan aktiviti-aktiviti baru
3. Mudah bekerjasama dan patuh pada arahan
4. Boleh mengawal perlakuan
5. Bermain sendiri dan bersama rakan-rakan lain
6. Mempunyai idea-idea tersendiri dan kreatif
7. Riang, bersemangat dan mudah berinteraksi

KESAN HARGA DIRI RENDAH

Kesan kepada kanak-kanak yang mempunyai harga diri yang rendah:-
1. Tidak ceria
2. Kurang keyakinan diri
3. Perasaan tidak berguna
4. Sentiasa berasa letih dan penat
5. Sering memikirkan perkara-perkara yang tidak baik
6. Rasa rendah diri
7. Sering gagal di sekolah

Faktor-faktor yang menyumbang kepada perasaan harga
diri:-
1. Kasih sayang
2. Keselamatan
3. Panduan
4. Penghargaan
5. Galakan

MEMBINA HARGA DIRI

Guru boleh membantu kanak-kanak untuk membina perasaan harga
diri yang tinggi dengan cara:-
1. Berikan pujian pada setiap kejayaan walaupum kejayaan yang

kecil.
2. Tunjukkan minat pada setiap masalah, aktiviti atau projek yang

dilakukan oleh kanak-kanak.
3. Beri penghargaan atas segala bantuan dan kerjasama yang

diberikan atau apa-apa pertuturan yang sopan.
4. Menerangkan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan.

RUMUSAN

 Persekitaran yang menggalkkan, iaitu suasana yang mesra, penuh rasa
hormat dan peneguhan positif akan membuat kanak-kanak merasa
disayangi dan dihargai.

 Pembentukan harga diri yang tinggi merupakan hadiah yang paling
‘tahan lama’ dan berkesan yang dapat diberikan oleh seseorang guru
kepada kanak-kanak pada peringkat ini.

 Oleh yang demikian guru yang komited dan bertanggungjawab tidak
akan mengabaikan tanggungjawab ini kerana mereka sedar bahawa apa
yang mereka lakukan pada peringkat ini akan memberi kesan yang
mungkin berlarutan sepanjang hidup kanak-kanak yang dididik mereka.


Click to View FlipBook Version