The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by FATAHIAH BT BASRI KPM-Guru, 2024-06-12 03:23:51

Anak Syurga

Nur Farisya edit

1


2 Nur Farisya…anak Syurga yang dilahirkan secara normal tanggal 17 Mei 2014 di Hospital Putrajaya tepat jam 9.45 malam. Kehadirannya menyerikan lagi kehidupan pasangan suami isteri Mohd Zaki dan Fatimah kerana sebelum ini mereka telah dikurniakan seorang Cahaya mata lelaki, Muhammad Farid yang Ketika itu berusia 3 tahun. Isya panggilan manja dalam keluarga membesar seperti bayi lain seusianya. Keletahnya yang sangatsangat menghiburkan serta petah bercakap cukup disenangi ahli keluarga juga rakan-rakan di taska. Isya pernah mewakili taska dalam pertandingan “ bayi aktif” Ketika usianya 1 tahun. Isya juga pernah mewakili sekolah dalam pertandingan sukan tahunan sekolah serta selalu menyanyi sekiranya taska ada menganjurkan apa-apa program sekolah. Pendek kata jika dilihat dari mata kasar memang tak terfikir yang sebenarnya Isya menghidap penyakit kanser..cervical chordoma.


3 Pada suatu petang, Ketika Puan Fatimah mengambilnya dari taska, guru kelas memaklumkan yang pihak pengurusan ingin berjumpa. Ketika perjumpaan itu, pihak pengurusan menyarankan Puan Fatimah membawa Isya ke klinik untuk pemeriksaan kerana menurutnya terdapat sedikit kelainan pada diri Isya. Menurutnya lagi, Isya langsung tidak mahu belajar, tidak mahu menulis dan Nampak sangat tidak aktif sepertimana yang mereka kenal selalu. Ketika aktiviti menulis, Isya gagal menyiapkan tugasan kerana dia enggan menulis. Bila ditanya..jawabnya tangan sakit, tak tau nak buat.Sedangkan sebelum ini Isya adalah antara murid yang paling cepat menyiapkan tugasan. Ketika di klinik, pegawai perubatan menyarankan supaya Isya dibawa ke pakar kanak-kanak di hospital memandangkan mereka tidak menemui punca mengapa tangan Isya bermasalah. Di hospital, pakar kanakkanak mengaturkan jadual supaya Isya menjalani MRI di IKN Putrajaya kerana mereka juga merasa pelik dengan keadaan Isya.


4 Petang hari yang sama Isya membuat MRI, Isya terus dibawa ke Hospital Kuala Lumpur kerana hasil keputusan MRI mendapati ada sesuatu yang tidak kena pada tulang belakang Isya. Maka pergilah Isya Bersama ibunya ke HKL menaiki ambulans. Perasaan sedih dan takut bercampur baur namun Puan Fatimah cuba kuatkan semangat dan berdoa bahawa semuanya akan baik-baik Sahaja. Di HKL pakar kanak-kanak memaklumkan bahawa Isya perlu menjalankan pembedahan dengan kadar segera bagi mengelakkan keadaannya menjadi semakin teruk. Alhamdulillah pembedahan Berjaya dan hasil pembedahan tersebut doctor Berjaya mengeluarkan cecair yang terdapat di tulang belakang Isya. Walaupun hanya Berjaya mengeluarkan separuh Sahaja( menurut doctor jika buang semua boleh menyebabkan lumpuh kerana cecair tersebut ada pada saraf utama), namun Puan Fatimah merasa sangat bersyukur kerana pembedahan Berjaya.


5 2 minggu selepas pembedahan, doctor memaklumkan hasil ujian makmal mendapati cecair yang di ambil itu menunjukkan yang Isha mengidap kanser Cervical Chordoma. Luluhnya hati seorang ibu namun Puan Fatimah tidak patah semangat. Beliau sentiasa mencari maklumat di internet berkaitan penyakit anaknya. Beliau belajar sedikit demi sedikit cara menguruskan pesakit kanser dari segi pemakanan, ubat-ubatan, factor persekitaran yang boleh memberikan kesan lebih buruk kepada pesakit kanser dan sebagainya. Sebulan selepas pembedahan yang pertama, Isya perlu menjalani pembedahan kedua untuk mengeluarkan cecair di pangkal leher. Ketika itu ada saraf mata Isya yang terpaksa di potong kerana telah dijangkiti. Alhamdulillah pembedahan kedua juga Berjaya. 5 bulan selepas pembedahan kedua, Isya perlu menjalani sesi radioterapi sebanyak 28 circle. Namun radioterapi pertama tidak Berjaya kerana keadaan Isya menjadi semakin teruk dan lemah walaupun baru 10 kali sesi radioterapi dijalankan. Radioterapi


6 diberhentikan serta merta. Keadaan Isya sangat lemah, langsung tidak boleh berdiri,hanya terlantar di katil. Hasil MRI mendapati C4 tulang belakang Isya remuk. Kuatlah Isya..doa si ibu tidak pernah putus dan moga ada keajaiban untuk Isya. Isya menjalani sesi fisioterapi dan rehabilitasi bagi membolehkan anggota badannya tidak menjadi semakin teruk. Puan Fatimah juga telah mengupah seorang ahli fisio untuk hadir ke rumah untuk memantau keadaan Isya. Apabila hari cuti hujung minggu, Puan Fatimah akan membawa Isya untuk bermain pasir di Pantai. Adakalanya Puan Fatimah bawa Isya berjalan di atas rumput berembun selepas solat Subuh di taman belakang rumah mereka. Semua usaha Puan Fatimah lakukan demi untuk melihat Isya Kembali sihat. Berdukung sana sini, tolak kerusi roda, berenang semua yang doctor sarankan Puan Fatimah buat. Puan Fatimah memohon cuti separuh gaji demi memastikan Isya terus mendapat rawatan yang sepatutnya. 2020..dunia digemparkan dengan virus covid. Semua rakyat Malaysia menjalani Lockdown demi


7 membendung penularan virus tersebut. Isya mula menunjukkan perubahan positif. Dari mula terlantar, Isya mula meniarap,merangkak dan akhirnya duduk sendiri. Isya sudah pandai memakai baju sendiri, makan dan buang air sendiri. Syukur Ya Allah..walaupun belum boleh berjalan sendiri namun Puan Fatimah sangat-sangat bersyukur dengan perubahan Isya. Kata-kata semangat terus diberikan kepada Isya agar terus kuat dan positif melawan penyakitnya. Julai 2020..Isya mula melangkah dengan memegang dinding. Berpeluh-peluh Isya kerana menurutnya gayat. Maklumlah dah lama sangat terbaring tiba-tiba kena berjalan pula. Namun Isya memang anak yang kuat. Dalam tempoh 6 bulan Isya dah boleh berjalan sendiri tanpa menggunakan kerusi roda. Walaupun gaya jalannya akan terhencot sedikit namun adalah lebih baik jika dibandingkan Ketika Isya terlantar. Kini Isya telah berusia 10 tahun. Keadaan Isya sangat baik. Menurut doctor, kanser masih ada namun dalam keadaan terkawal, tidak membesar dan tidak merebak. Isya Kembali aktif seperti dulu bermain,


8 melompat berlari dan sebagainya. Cuma menurut doctor jangan sampai jatuh.


Click to View FlipBook Version