The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by naishaikal6, 2022-06-11 13:56:28

majalah

majalah

PENGAJIAN ISLAM (MPU23012)

SESI DISEMBER 2020

PENSYARAH : USTAZAH KHODZIRAH BINTI AHMAD

TAJUK : RADIKALISME DAN EKSTREMISME DALAM BERAGAMA

1

KU AFIQ NAJMI MUHAMMAD HARIS
03DPR21F1091 03DPR21F1104

MUAZ MUIZZUDDIN NAIS NAJMI HAIQAL
03DPR21F1067 03DPR21F1082

2

ISI KANDUNGAN

PERKARA

1.0 Pengenalan
2.0 Objektif
1. Rumusan Artikel

2. Kejahilan Suburkan Ekstremisme
3. Golongan Radikaldiangaap ‘ Human Bomb ‘ ?
4. GolonganAgamawan Perlu BantuTanganiEkstremisme

1. Punca-PuncaRadikalisme dan Ekstremisme dalamBeragama
2. Pengetahuan yang Cetek Terhadap Ilmu Agama
Sebenar
3. Sikap yangTerlalu Fanatikdan TaksubdalamBeragama
4. PenyebaranRadikalismedanEkstremisme melaluiKemajuanTeknologi
Maklumat (IT)

1. Kesan-KesanTerhadapRadikalisme dan Ekstremisme dalamBeragama
2. PenindasanTerhadapOrangIslam dan IslamofobiaSemakin Berleluasa
3. SeseorangLupadan Cuai TerhadapTanggungjawabLain,Memberi Kesan
Buruk Terhadap Akal dan Fikiran Manusia
4. Meracuni Fikiran Generasi Muda

1. Langkah-LangkahMengatasi Radikalisme dan Ekstremisme dalamBeragama
2. Peranan Ibu Bapa dalam Menerapkan Ilmu Agama
3. Peranan Masyarakat dalam Menjalin Kerjasama
4. Mengukuhkan Perpaduan

6.0 pergerakan wahabi dan kesan di malaysia

1.pengenalan wahabi
2.faktor faktor berlakunya perkembangan fahaman wahabi
3.kesan ancaman wahabi

7.0 Kesimpulan

3

1.0 PENGENALAN

Radikalisme adalah salah satu masalah yang sering dihadapi oleh sesebuah negara di dunia ini. Radikalisme,
terutamanya dalam konteks politik dan sosial sering dikaitkan dengan fahaman ekstremisme dan juga membawa
maksud keinginan untuk perubahan poltik dan sosial yang mendadak. Radikalisme adalah fahaman yang
mempengaruhi keadaan politik dan sosial dalam sesebuah negara. Radikalisme juga selalu dikaitkan dengan
konsep ekstremisme dan terrorisme malah radikalisme sudah wujud ketika abad ke-18 di Eropah. Manakala
Ekstremisme (extremism) membawa maksud hal yang berkenaan atau kepercayaan yang keterlaluan yang
membawa penindasandan kezaliman.
Radikalisme dan ekstremisme telah wujud sejak dahulu lagi. Mungkin pada masa itu kedua-dua fahaman tersebut
hanya dikaitkan dengan politik dan sosial, namun fahaman tersebut sangat ditentang dan diperangi sekarang
kerana ia melibatkan kekerasan. Oleh itu, radikalisme dan ekstremisme ini sangat dibenci dan dilarang kepada
umat Islam.

1. OBJEKTIF
Objektif utama dalammenyelesaikantugasan E-folioini adalah:

I. Mengetahuiisu-isu yangberkaitan denganradikalisme dan ekstremisme di dalamnegara.
II. Menyelidik danmengetahui punca-punca berlakunya masalahradikalismedan ekstremisme.
III. Menyenaraikandanmenulis langkah-langkahyangbolehditerapkandalamkehidupanuntuk mengatasi

masalah radikalisme danekstremisme ini.
IV. Mengetahuikesan-kesan buruk yang boleh diperolehdisebabkan fahaman radikalismedan

ekstemisme ini.

4

1. RUMUSANARTIKEL

Isu berkenaan radikalisme dan ekstemisme ini banyak diperkatakan di dalam media massa seperti radio,
televisyen, media sosial dan pelbagai lagi. Rumusan artikel ini akan membincangkan 3 isu berkaitan dengan tajuk
ini.Antara artikel yang ditemui adalah:

I. GolonganRadikal Islamdianggap ‘Human Bomb’.
II. Kejahilan SuburkanEkstremisme.
III. GolonganAgamawan perlubantu tanganiekstremisme.

3.1 KEJAHILAN SUBURKAN EKSTREMISME
Golongan ekstremis radikal telah muncul sejak dahulu lagi. Golongan ini berfahaman radikal iaitu seseorang yang
hanya mendengar atau menerima satu sudut pandangan sahaja. Kedua-dua fahaman ini, ekstremisme dan
radikalisme masih lagi berleluasaseiring denganmasa yang bergerak pantas dan dunia yang semakin moden.
Terdapat golongan ekstremis radikal yang menggunakan ajaran Islam untuk menyesatkan dan menjatuhkan
umat Islam sendiri. Bukan sahaja golongan marhaen, malah golongan ulama juga tidak terkecuali dalam
menyahut fahaman ekstremis radikal. Dalam konteks pembicaraan mereka mungkin berunsurkan keagamaan
namun realitinya mereka tidak menjalankan hukum Islam dan tunduk kepada kuasa Barat. Golongan ini juga
menggunakan kekerasan tanpa mengikut hukum yang telah ditetapkan dalam Islam malah sanggup
mengorbankan darah saudara Islam mereka yang berpihak kepada kuasa Barat serta menganggap diri mereka
sebagai pembelaIslam.
Akibat tindakan radikalisme dan ekstremisme ini, umat Islam yang tinggal di negara Barat terancam dan tertekan.
Mereka sedaya upaya membuktikan bahawa mereka berfikiran terbuka dan liberal agar Islam dapat diterima di
negara Barat tersebut.

Bacaan lanjut bolehdidapati di link:
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2017/06/296076/kejahilan-suburkan-ekstremisme

5

3.2 GOLONGAN RADIKAL DI ANGGAP ‘ HUMAN BOMB ‘ ?

Masyarakat berasa semakin terancam dengan keselamatan diri mereka apabila pengganas radikal agama
menggunakan nama agama semata-semata untuk melakukan kezaliman. Keadaan ini berlaku kerana mereka
mempunyai fahaman bahawa mereka perlu menggunakan kekerasan dalam berdakwah sehingga mereka
berpegang teguh untuk menghalalkan pembunuhan demi menyampaikan dakwah Islam mereka kepada orang
ramai walhalfahamtersebut sangat bertentangan denganprinsipajaranIslam.
Hal ini dapat dibuktikan apabila pada tahun 2018, sebuah gereja dan hotel di tiga bandar yang terletak di Sri
Lanka telah di bom sehingga meragut nyawa seramai 200 orang manakala 500 orang mengalami kecederaan
ketika mereka sedang menyambut perayaan bagi penganut agama Kristian iaitu ‘ Hari Easter ‘ . Bukan itu sahaja,
pengeboman juga dilakukan di tiga tempat ibadah yang terletak di Surabaya, Indonesia menyebabkan 8 orang
terkorban. Kedua-dua serangan yang berlaku ini dikatakan mempunyai kaitan dengan kumpulan militan yang
menggelardirimereka sebagai negara Islam.
Berdasarkan kejadian ini, fahaman sebenar agama Islam yang menolak sekeras-kerasnya perlakuan keganasan
perlu didedahkan kepada seluruh masyarakat hingga pelusuk dunia. Umat Islam perlu mempunyai keberanian di
dalam diri untuk menunjukkan bahawa ajaran Islam mengajarkan ketenangan dan juga kedamaian serta menolak
segala perbuatan yang tidak berperikemanusiaan. Secara kesimpulannya, golongan radikal Islam ini dianggap
sebagai ‘ Human Bomb ‘ kerana mereka boleh muncul di mana sahaja dan melakukan keganasan kepada
sesiapa sahaja.

Bacaan lanjut bolehdidapati di link:
http://www.nadinegara.com/uncategorized/golongan-radikal-islam

6

3.3 GOLONGANAGAMAWAN PERLUBANTU TANGANI EKS

Seseorang yang mempunyai agama dan kepercayaan mereka sendiri perlu bersikap sederhana dimana dalam
mereka perlu bersederhana di dalam hal keagamaan ini adalah kerana ia dapat menimbulkan pendamaian dan
keharmonian di dalam negara. Radikalisme dan ekstremisme ini semestinya telah menunjukkan fahaman yang
buruk kerana pemikiran yang ekstrem dan radikal ini hanya mendatangkan kemudaratan kepada manusia. Oleh
disebabkan itu, mereka yang berfikiran ekstrem ini berfikir dengan melampau yang menyebabkan fahaman
mereka terpesong dalamprinsipkeagamaan.
Selain itu, sebagai masyarakat kita mempunyai budaya, bangsa dan agama yang berlainan kesederhanaan
dalam hal keagamaan ini merupakan satu perkara penting iaitu dalam menuju kepada kejayaan yang lebih besar
yang menyebabkan penyatuan antara pelbagai agama dan masyarakat. Sifat kebersamaan dan saling
menghormati akan menjadikan dunia ini merupakan tempat yang baik untuk manusia menjadi kehidupan mereka.
Sebagai contoh, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengiktiraf Resolusi Kesederhanaan Malaysia
pada Perhimpunan Agong ke-72. Resolusi ini membolehkan usaha Malaysia mempromosikan konsep
kesederhanaan, keharmonian, toleransi,kerjasama dan lain-lain.
Di samping itu, sebagaimana yang kita tahu negara Malaysia mempunyai pelbagai agama, kaum, budaya dan
adat. Melalui konsep kesederhanaan ini negara Malaysia telah diiktiraf oleh Liga Dunia Islam sebagai negara
yang harmoni di dunia. Ini merupakan satu kejayaan kerana dengan konsep kesederhanaan serta tanpa fahaman
radikalisme dan ekstremisme dalamkehidupan telahmelahirkan negara yangharmoni dan aman damai.
Konklusinya, golongan agamawan haruslah menyedarkan masyarakat berkenaan dengan radikalisme dan
ekstremisme serta konsep kesederhanaan kepada masyarakat agar Malaysia dapat membanteras fahaman
radikalisme dan ekstremisme di dalamnegara.

Bacaan lanjut bolehdidapati di link:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/03/404210/golo
ekstremisme

7

4.0 PUNCA-PUNCABERLAKURADIKALISME DAN EKSTRE
Berdasarkan isu-isuyangtelahdibincangkan, terdapatbeberapa
ekstremisme dalamberagamaini berlaku.Antara puncaradikalis

4.1 PENGETAHUANYANG CETEKDALAM ILMU AGAMA SEBENAR
Bertindak tanpa mengetahui sesuatu hukumIslam adalah salah. Hal ini demikian tindakan tersebut mungkin akan
meninggalkan kesan buruk terhadap kesucian dan imej Islam. Sebagai contoh, seorang individu berfahaman
ekstremis radikal berpendapat bahawa umat Islam yang mengikut gaya Barat dan tunduk kepada Barat
hendaklah dihukum dengan hukuman yang berat seperti hukuman bunuh. Namun begitu, jika individu tersebut
melaksanakan hukuman tersebut tanpa memikirkan kesan dan tiada perbincangan adalah salah. Seorang yang
berfahaman ekstremis radikal dianggap seseorang yang pengetahuannya cetek dalam ilmu agama. Golongan
ekstremis radikal ini menganggap dirinya setaraf dengan ulama dan para ilmuan sedangkan seseorang itu masih
tidak dapat membezakan yang zahirdanbatil.

RasulullahSAW bersabda:

‫ِأ امِ ِِنإِ ِفنِ ˚مِ كِ لِه ˚ ِقنِ اك ن˚ك ِلب ˚ابِ م˚ ِلغِ ل’لاىفِ وِ ِ’د˚نِ ي‬
‫كاِِي ˚اوِ م˚لاىِف وِِ ِلغِ ل ِ’د˚ي‬

“Hindarilaholeh kalian tindakan melampaui batas (ghuluw) dalam beragama sebab sungguh ghuluw dalam
beragama telah menghancurkanorang sebelumkalian.”
[HR. An-Nasâ’i dan Ibnu Mâjah]

8

4.2 TERLALUFANATIK DAN TAKSUBDALAM BERAGAMA

Umum mengetahui bahawa budaya fanatik dan taksub ini m
Berdasarkan kamus dewan bahasa dan pustaka, fanatik didefin
sesuatu pegangan atau pendirian yang kebiasannya berkaita
sebagai pegangan atau keyakinan yang keterlaluan terhadap ses
memandang diri sendiri mereka sahaja yang betul manakala m
mereka menganggap diri mereka sebagai seorang rasul yang ter
berasa bahawa apasahaja yang dilakukanolehmereka adalah ib
Keadaan ini menjadi bertambah buruk apabila mereka bertindak
akan mencuba untuk mewajibkan sesuatu perkara walaupun
Sebagai contoh, menurut analisis pandangan al-Qaradawi, m
kekerasan agar orang lain menunaikan ibadah sunat sama sepe
ibadah sunat ini hanya digalakkan sahaja. Maka hal ini yang aka
ekstremisme dalamberagama.
Sesungguhnya, Nabi Muhammad SAW tidak menyukai orang ya
sebuah hadis yang melarang perbuatan yang menyukarkan d
seseorang itu akan tewas dengandiri sendiri.
DaripadaAbu HurairahRA, Rasulullah SAW pernahbersabda:

‫د اش ِين ِ’ِهبِلِغِ لِِ ِإ دحِ ِأنِ يد‬

Yang bermaksud “ Sesungguhnya agama itu mudah, jangan
(menyulitkanurusan agamaitu) melainkan kamu akantewas “
[ Riwayat al-Bukhari (39)]

9

4.4 PENYEBARANRADIKALISME DAN EKSTREMISMEMELALUI KEMAJUANTEKNOLOGIMAKLUMAT
(IT)
Internet dan media sosial adalah medium yang paling efektif bagi golongan ekstremis radikal untuk membuat
propaganda. Internet dan media sosial memiliki dan menyediakan pelbagai ruang untuk pengguna memuat naik
pelbagai bahan untuk dikongsi. Ruang-ruang ini menjadi tempat persinggahan yang popular kepada para
pengguna. Terdapat pelbagai jenis bahan seperti video, forum, kenyataan dan laman sosial yang dijadikan
sebagai platform untuk menyebarkan fahaman ini. Tambahan pula, negara kita merupakan salah satu negara di
mana penggunaan teknologi maklumat adalah tinggi. Ini bermakna hampir semua masyarakat di negara kita
mempunyaikemudahaninternet danmedia sosial.
Seperti kita ketahui, penggunaan internet dan media sosial tidak terhad kepada golongan muda malah golongan
tua juga ada yang memiliki media sosial. Tambahan lagi terdapat juga kanak-kanak yang bijak menggunakan
internet dan media sosial. Oleh itu, golongan ekstremis radikal ini dapat menyasarkan penyebaran fahaman ini
kepada semua peringkat usia malah tidak mengiraagama, kaumdan bangsa kerana melalui internet, penyebaran
radikalisme dan ekstremisme dapat diatur dalam pelbagai bahasa. Sudah terang lagikan bersuluh penggunaan
teknologi maklumat memudahkan penyebaran radikalisme dan ekstremisme serta mengadakan propaganda
dengan lebih luastanpa ada sempadanagama, bangsadanbahasa.

10

1. KESAN-KESANBERLAKUNYARADIKALISME DAN EKSTREMISME DALAM BERAGAMA
Radikalismedanekstremisme dalamberagamayangberlakutelahmeninggalkanpelbagaikesan.Antara
kesan daripada radikalismedanekstremisme dalamberagamaadalah :
1.PENINDASAN TERHADAPORANG ISLAM DAN ISLAMOFOBIA SEMAKIN BERLELUASA
DAN DIANGGAP WAJAR
Dengan adanya isu radikalisme dan ekstremisme di negara kita, seolah- olah kita sebagai umat Islam menerima
kenyataan yang selalu diperkatakan oleh dunia bahawa Islam adalah agama yang ganas dan menggunakan
kekerasan terhadap orang lain. Hal ini demikian menjadikan Islam tidak akan diterima oleh masyarakat bukan
Islam dan golongan anak muda Islam juga mungkin akan keliru malah mungkin akan meninggalkan Islam kerana
imej Islamyang telahjatuh dandiburukkan olehgolongan ekstremis radikalini.

“ Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal
ia di dalamnya, dan Allah murka kepadanya, dan melaknatkannya serta menyediakan baginya azab seksa yang
besar. “
{SurahAn-Nisaa' 4:93}
Dari Abdullah r.a katanya: "Rasulullah SAW pernah bersabda: " Memaki orang Muslim itu adalah (fasiq) dan
membunuhnya kafir."
{HadithRiwayat Imam Bukhari,Shahih Bukhari Hadith No-40}

11

5.3 MENYEBABKAN SESEORANG INDIVIDU LUPADAN CUA

MEMBERI KESANBURUK TERHADAPAKAL DAN FIKIRAN SESEORANG MANUSIA
Fahaman radikalisme dan ekstremisme ini telah memberi impak yang besar terhadap pembangunan umat Islam.
Kita mengetahui bahawa golongan fahaman radikalisme dan ekstremisme ini bukan sahaja di dalam Malaysia
malah diseluruh penjuru dunia. Antara kesan terhadap fahaman ini adalah menyebabkan seseorang individu lupa
dan berlaku cuai terhadap tanggungjawab yang lain. Contohnya, mereka akan melupakan tanggungjawab
mereka kepada keluarga disebabkan mereka terlampau taaksub ingin mengerjakan ibadah sampai melupakan
perkara yangmerupakan tanggungjawab kepadamereka.
Berdasarkan firmanAllahSWTdalamSurahAl-Qasas (28:77):

"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan
hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat
baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya
yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak
suka kepada orang-orangyang berbuat kerosakan ".
Melalui Surah Al-Qasas ayat ke-77 ini, kita mengetahui bahawa Allah SWT telah mengurniakan pahala dan
gajaran kebahagiaan di akhirat kepada mereka yang mentaati segala perintahNya akan tetapi Allah juga
melarang kita supaya tidak melupakan kehidupan kita di dunia yang merupakan bekalan dan keperluan kita untuk
menuju ke kehidupan yangseterusnya iaitu kehidupankekal di akhirat kelak.
Selain itu, fahaman radikalisme turut memberi kesan buruk terhadap akal dan fikiran seseorang manusia.
Seseorang individu radikal akan melahirkan keberanian yang melulu yang menyebabkan mereka tidak
mengambil peduli terhadap undang-undang serta mereka berani untuk mengeksploitasikan ayat suci Al-quran
dan Hadis. Misalnya, kumpulan militan ISIS yang telah mencipta fahaman mereka sendiri dengan mengelirukan
orang Islamdengancara penyeruanjihad bersama-sama dengan mereka

12

5.4 MERACUNI FIKIRAN GENERASI MUDA

Tidak dinafikan bahawa pengaruh daripada radikalisme dan ekstremisme dalam beragama ini juga akan
memberikan implikasi yang buruk terhadap pemikiran generasi anak muda. Generasi muda merupakan golongan
yang mudah menjadi sasaran golongan radikalisme dan ekstremisme untuk menyampaikan ideologi pemikiran
mereka. Hal ini kerana generasi muda merupakan generasi yang masih dalam tempoh pembentukan diri dimana
mereka masih mudah terpengaruh dengan persekitaran mereka. Generasi muda seharusnya menjadi penerus
dalam menyebarkan kebaikan yang dapat dijadikan kebanggaan agama, bangsa dan negara kerana mereka
merupakanharapanutama negara.
Dr Yusuf al-Qardhawi pernahmenegaskanbahawa:
“ Apabilakita hendakmelihatwajah negara padamasa hadapan, lihatlah generasimuda padahari ini. ”
Tetapi disebabkan oleh pengaruh golongan radikal dan ekstremis ini, mereka telah terpesong menjadi generasi
muda yang melakukan keganasan dan kekerasan demi menyampaikan jihad mereka. Apabila generasi muda ini
terjebak dengan radikalisme dan ekstremisme, negara akan kehilangan generasi yang menjadi pelapis
kepimpinan disebabkan oleh fikiran mereka yang telah diracuni dengan bayangan keganasan dan kekerasan.
Jelaslah terbukti bahawa apabila tersilap langkah, generasi muda ini akan mudah diracuni akal dan fikirannnya
olehpemikiran yang negatif.

13

6.0 LANGKAH-LANGKAHMENGATASI RADIKALISME DAN EKSTREMISME DALAM BERAGAMA
Setiap masalah yang berlaku pasti ada jalan keluarnya. Pelbagai langkah yang boleh diambil dan dilaksanakan
untuk mengatasi masalah radikalisme dan ekstremisme ini daripada semakin berleluasa. Antara langkah untuk
mengatasi radikalisme danekstremisme yang boleh dilaksanakan ialah:

6.1 PERANAN IBU BAPADALAM MENERAPKAN ILMUAGAMA
Seperti kita ketahui, golongan ekstremis radikal ini menggunakan Islam untuk membela Islam sendiri. Namun
begitu, golongan ini masih lagi tidak mengetahui hukum Islam dan ilmu agama seterusnya menjadikan mereka
ini buta kerana hanya ingin memiliki kuasa sahaja. Oleh itu, ibu bapa tidak sepatutnya memandang remeh hal ini
kerana golongan ekstremis radikal juga terdiri daripada golongan anak muda Islam. Ibu bapa adalah individu
pertama yang dilihat oleh anak apabila mereka lahir di dunia. Rumah pula merupakan universiti pertama bagi
anak-anak. Hal ini menjelaskan bahawa ibu bapa lah yang bertanggungjawab mendidik ilmu agama kepada anak-
anak.
Ibu bapa juga boleh menjadi suri teladan kepada anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa meluangkan masa
bersama-sama anak-anakdengan aktivti keagamaan seperti mengajidan mendengar ceramah. Denganitu, anak-
anak dapat mempelajari ilmu agama sekaligus mempunyai aktiviti yang berfaedah untuk dilakukan. Hal ini
demikian, anak-anak akan memahami betapa pentingnya ilmu agama dalam kehidupan mereka. Ibu bapa
bertanggungjawab mencorakkan anak-anaksama adamenjadi Majusi atau Nasrani.

Sesungguhnya orang-orang yang hampir sekali kepada Nabi I
orang-orang yang mengikutinya dan juga Nabi (Muhammad) ini s
Islam). Dan (ingatlah),Allahialah Pelindungdan Penolongsekali

{SHumaidBinAbdulrrahmanr.a mengatakanbahawaia menden
mendengar Rasulullah SAWbersabda : " Barangsiapa yang dik
14

diberi-Nya pengertian (kefahaman) di dalam hal agama. Saya
hanyalahAllah SWT.SelamaumatIslamberdiri teguhdi atasaga
sanggup membinasakan merekasampai ke HariKiamat."
{HadithRiwayat Imam Bukhari, Shahi Bukhari Hadith No: 58}
{SurahA-li'Imraan 3:68}

6.2 PERANAN MASYARAKAT DALAM MENJALIN KERJASAM

Selain daripada ibu bapa, masyarakat juga bertanggungjawab dalam mengatasi radikalisme dan ekstremisme ini
daripada semakin bermaharajalela. Antara peranan masyarakat dalam mengatasi radikalisme dan ekstremisme
dalam beragama ialah ialah masyarakat perlu bersama-sama berganding bahu dalam merancang untuk
mengadakan pelbagai program kesedaran yang berkaitan tentang ancaman radikalisme dan ekstremisme dalam
beragama dalamkalangan masyarakat setempat.
Hal ini kerana, apabila program kesedaran tentang ancaman ini dilaksanakan kepada masyarakat, sekurang-
kurangnya mereka dapat membuka mata dan minda serta akal fikiran mereka agar mereka tidak terjerumus
dalam golongan radikalisme dan ekstremisme tersebut. Sebagai contoh, program yang boleh diadakan seperti
program kerohanian yang berlandaskan syariat agama Islamyang sebenar-benarnya.
Oleh yang demikian, setiap masyarakat perlu menjalin kerjasama antara satu sama lain bagai aur dengan tebing
untuk menguar-uarkan program kesedaran yang dilaksanakan agar program ini mendapat sambutan kepada
semua pihak serta dapat mengelakkanmasyarakat daripada menjadi golonganradikal.

15

6.4 MENGUKUHKAN PERPADUAN KAUM

Kemunculan fahaman radikalis, ekstremis atau pelampau ini bukan sahaja dalam bentuk fizikal seperti senjata,
revolusi dan pemberontakan malah kemunculan ini adalah disebabkan oleh sikap radikalisme dan ekstremisme
dalambentuk kefahaman, kepercayaandan pegangan.

Dalil berikut adalah berkenaantentang pengharamanekstremis:

‫دلانِ م ˚ةِجِل‬ ‫نِيعِ تِس˚ ِغل˚رِِ لاوِ ةِ وِ د ˚ش وِ ةِ حِ و ˚ي „ء‬
‫اورِشِ ب‬، ِ‫اوبِ رِ اِقوِ اود ˚داو‬، ِ‫هِ ِ’ ِأو‬، ِ‫ف‬
‫ِبِلغ‬

Maksudnya: Sesungguhnya agama (Islam) itu mudah, dan tidaklah sama sekali seseorang yang tasyaddud

dalam beragama melainkan pasti agama itu akan mengalahkannya, oleh sebab itu hendaklah kamu menepatinya

dan menghampirinya dan bergembiralah (dengan berita itu). Dan mohon pertolonganlah kamu dengan waktu

pagi dan petang dan sedikit daripada waktu malam. (Dan dalam lafaz yang lain pula): Hendaklah kamu bersikap

sederhana, hendaklah kamu bersikapsederhana, niscaya kamu akan sampai(kepadatujuanyang selamat).

[ Riwayat al-Bukhari (39) ]

Jadi, langkah untuk membanteras fahaman radikalisme dan ekstremisme dalam kehidupan adalah melalui
perpaduan kaum. Perpaduan kaum adalam merupakan perkara penting dalam memastikan gejala radikalisme
dan ekstremisme di dalam negara agar dapat ditangani. Fahaman radikalisme dan ekstremisme berkembang
akibat tanggap buruk terhadap setiap kaum dan terhadap agama yang berbeza. Oleh hal yang demikian,
perpaduan kaum contohnya saling menghormati agama dan pegangan bangsa lain tanpa mengkritik atau menilai
mereka. Sifat kesepaduan antara kaumdi dalam negara perlu dihargai bagi mencorak masa hadapan peradaban
manusia.

16

7.0 KESIMPULAN
Pada saat ini, fahaman radikalisme dan ekstremisme telah menjadi isu nasional. Dunia sedang digoncang dengan
isu-isu radikalisme dan ekstremisme yang melibatkan kekerasan dan penidasan. Kejahatan atau kekerasan
adalah satu isu di mana kita sering lihat dan dengar di media massa dan juga realiti di sekeliling kita. Masih
begitu banyak yang perlu kita ketahui tentang fahaman ini dan pencegahan fahaman radikalisme dan
ekstremisme ini harus dilaksanakan dengan segera. Mencegahnya adalah tanggungjawab semua pihak di
sesebuah negara tersebut. Tanggungjawab terhadap memerangi fahaman ini bukan sahaja perlu dilaksanakan
oleh pemerintah, malah masyarakat juga perlu bekerjasama menghapuskan fahaman ini. Individu, masyarakat
dan negara perlu peka dan mengambil tahu dengan isu semasa agar tidak terlepas pandang jika berlakunya
radikalisme dan ekstremisme ini. Fahaman radikalisme dan ekstremisme tidak sesuai dengan ajaran Islam dan
tidak patut digalakkan dalam Islam malah fahaman ini merosakkan bangsa. Oleh itu, umat Islam perlu berikhtiar
dan bersama-sama menghapuskan fahaman radikalisme dan ekstremisme sebelum ia semakin diterima dalam
kalangan umat Islam.

17

8.0 RUJUKAN

BUKU
WanNorinaWanHamat, NorhaslinaSulaiman,AhmadFkrudinMohamedYusoff,Ammar BadruddinRomli
(2019)Pengajian Islam, ShahAlam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

JURNAL
Mohammad Kamil bin HjAb Majid (2003) Fanatik dan Taksub dalam Islam : Analisis PandanganAl-Qaradawi,
Kuala Lumpur :PenerbitUniversitiMalaya, 28
Dimuat turun daripada: https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUD/article/download/4086/1954/10094

AhmadMunawarIsmail, Siti MadihahKamaruddin(2020) ReaksiMasyarakatIslamTerhadapEkstremisme,
Penerbit UniversitiKebangsaan Malaysia, 9
Dimuat turun daripada : http://journalarticle.ukm.my/15862/1/40752-130129-1-SM.pdf

WEB
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2017/06/296076/kejahilan-suburkan-ekstremisme
http://www.nadinegara.com/uncategorized/golongan-radikal-islam-di-anggap-human-bomb/
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/03/404210/golongan-agamawan-perlu-bantu-tangani-
ekstremisme
http://hadith-imam-bukhari.blogspot.com/
https://www.slideshare.net/HIKMAHwpkl/ekstremisme-dalam-kalangan-muslim
https://ustazfathulbari.wordpress.com/2013/09/02/ancaman-kepada-pemimpin-yang-zalim/
https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/931-irsyad-al-hadith-siri-ke-171-sikap-melampau-dalam-agama
https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2019/09/604352/generasi-muda-penguat-ummah

18

LAMPIRAN
19

20

PENGENALAN WAHABI
• Menurut Zaman Mat Zin (2011), Kalimah Wahabi"'

Dinisbahkan Kepada Bapa Pengasas Fahaman laitu Syeikh
Muhammad Bin Abdul Wahab.
• Wahabi Merupakan Pegangan Dan Gerakan Yang Didokong
Oleh Syeikh Muhammad Bin AbdulWahab Di Semenanjung
tanah Arab Dan telah tersebar Ke Seluruh Dunia.
• (Golongan Tersebut Tidak Pernah Menggelarkan Diri Mereka
Sebagai Wahabisme AtaupunWahabi, Sebaliknya
Menggelarkan Dir Mereka Sebagai Ahli Salafi, Salafiah
Ataupun Muhawidun.
• Bermaksud "Satu Tuhan" Dan Mengangkat Pemikiran Imam
Hanbali Dalam Permasalahan feqah Sebagai Pegangan
Mereka.Terdapat Beberapa Sudut Untuk Diamalkan Oleh
Wahabi iaitu
1. Sudut Aqidah
2. Sudut Fiqah

21

SEJARAH WAHABI
• Wahabi adalah gerakan pembaharuan Islam yang dipelopori oleh

Muhammad bin AbdulWahab
• Perkataan wahabi datang dari nama ayahnya Abdul Wahab.
• Wahabi pada asalnya adalah aliran yang memerangi golongon

sesat dan menolak bid’ah.Idea yang datang dari Ibnu Taimiyyah,-
• Ibnu Taimiyyah dikenali sebagai seorang yang sangat kuat dalam

menentang kesesatan yang dibawa oleh golongan syiah dan
tareqat sufi
• Aliran Salifyyah in dkembangkan dengan lebih pesat di bawah
bimbingan Muhammad Bin Abdul Wahab pada kurun ke-12 hijrah
sehingga ia mula kukuh di tanah Arab Saudi dan beberapa tempat
lain di dalam dunia Islam
• Aliran in semakin mendapat tempat setelah sokongan yang diberi
oleh Amir Muhammad bin Saud yang akhirnya dapat membantu
memperluaskan lagi pengaruh gerakan ini ke seluruh semananjung
Tanah Arab.

• Di Malaysia, aliran Wahabi dibawa oleh pembawaan beberapa
orang orang pelajar Malaysia dan Indonesia yang berkesempatan
menuntut ilmu di Mekah, Mesir dan India.

• Kaum muda ini dikenali sebagai wahabi,jelas dengan sikap
mereka yang agak agresif dan radikal

• Sejarah mencatatkan perselisihan faham yang berlaku antara
kaum muda dan kaum tua pada suatu masa dahulu

• Setelah beberapa abat,wahabi menjadi satu gerakan yang agak
radikal dalam membawa matlamat perjuangan mereka sehingga
mengkafirkan sesiapa yang menolak ajaran mereka

• Antara tokoh wahabi dimalaysia ialah:Doktor Mohd Asri Zainal
Abidin dan Doktor Abdullah Yassin

22

FAKTOR FAKTOR BERLAKUNYA PERKEMBANGAN FAHAMAN
WAHABI
 Faktor Individu
o Ilmuwan muda masa kini terlalu taksub dengan ilmu yang

diperolehi.
o Membawa pemahaman yang dipelajari daripada guru-gurunya

tapa mengambil kira faktor wagilah (realiti)setempat.
o Tidak menerapkan sifat berlapang dada dalam perselisihan yang

berlaku.
 Faktor Media terbahagi kepada 2 bahagian, jaitu:
o Media cetak
o Media Elektronik = terbahagi kepada dua iaitu (media maya dan

media perdana)
 Faktor Organisasi
o Menguruskan laman sesawang serta menyebarkan pemikiran

melalui laman sosial seperti Facebook.
 Faktor Kerajaan
o Negeri Perlis merupakan satu-satunya Negeri di Malaysia yang

hasil keputusan fatwanya tidak terikat dengan mana-mana
mazhab.
o Berusaha mengukuhkan pemikiran mereka kepada masyarakat
Malaysia.

23

 KESAN ANCAMAN WAHABI
o Timbulnya kekeliruan dalam masyarakat tentang hukum-hakam

danmenyebabkan regang an ukhuwah serta perselisihan dalam
kalanganumat islam di malaysia.
o Golongan wahabi sukar menerima amalan dan budaya tradisi
islamdi malaysia yang bertunjangkan feqah Imam As-syafie.
o Menggugat kedamaian dan keharmonian mat Islam di Malaysia
o Menurut menteri di jabatan perdana menteri iaitu datuk seri
jamilkhir baharom, perkara yang berlaku pada hari in merupakan
khilafyang diperbesarkan dan telah menimbulkan sensitiviti
umat.
o Hilanqnya nilai dalam kalangan masyarakat seperti hilanqnya
nilaimoral, berlakunya perpecahan umat islam dan kegawatan
ekonomiakibat pergolakan yang berlaku.

24

 KESIMPULAN
Pada saat ini, fahaman radikalisme dan ekstremisme telah menjadi isu
nasional. Dunia sedang digoncang dengan isu- isu radikalisme dan
ekstremisme yang melibatkan kekerasan dan penidasan. Kejahatan
atau kekerasan adalah satu isu di mana kita sering lihat dan dengar di
media massa dan juga realiti di sekeliling kita. Masih begitu banyak
yang perlu kita ketahui tentang fahaman ini dan pencegahan fahaman
radikalisme dan ekstremisme ini harus dilaksanakan dengan segera.
Mencegahnya adalah tanggungjawab semua pihak disesebuah negara
tersebut. Tanggungjawab terhadap memerangi fahaman ini bukan
sahaja periu dilaksanakan oleh pemerintah, malah masyarakat juga
perlu bekerjasama menghapuskan fahaman ini. Individu, masyarakat
dan negara perlu peka dan mengambil tahu dengan is semasa agar
tidak terlepas pandang jika berlakunya radikalisme dan ekstremisme
ini. Fahaman radikalisme dan ekstremisme tidak sesuai dengan ajaran
Islam dan tidak patut digalakkan dalam Islam malah fahaman ini
merosakkan bangsa. Oleh itu, umat Islam perlu berikhtiar dan
bersama-sama menghapuskan fahaman radikalisme dan ekstremisme
sebelum ia semakin diterima dalam kalangan umat Islam.

25

SEKIAN
TERIMA
KASIH

26


Click to View FlipBook Version