The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Laporan ini merupakan hasil kerjasama strategik di antara Persatuan Ekonomi Input-Output Malaysia, Astro AWANI dan Pusat Kajian Pasaran Buruh Masa Hadapan (EU-ERA).

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mioeasu, 2022-08-05 00:11:56

Meniti Titian Hidup: Memahami Impak Badai Inflasi

Laporan ini merupakan hasil kerjasama strategik di antara Persatuan Ekonomi Input-Output Malaysia, Astro AWANI dan Pusat Kajian Pasaran Buruh Masa Hadapan (EU-ERA).

MENITI TITIAN HIDUP

MEMAHAMI IMPAK BADAI INFLASI

MENITI TITIAN HIDUP
Memahami impak badai Inflasi

eISBN: 978-629-97133-0-2

Persatuan Ekonomi Input-Output Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian daripada penerbitan ini
boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi
semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa juga cara elektronik,
mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebagainya tanpa kebenaran bertulis
daripada pihak penerbit.

Pandangan yang dinyatakan dalam penerbitan ini adalah pandangan pengarang
dan tidak semestinya mewakili pandangan bagi pihak Persatuan Ekonomi Input-
Output Malaysia, Astro AWANI dan juga Pusat Kajian Pasaran Buruh Masa
Hadapan EIS-UPMCS (EU-ERA).

Diterbitkan oleh:
Persatuan Ekonomi Input-Output Malaysia
No. 22A Tingkat 1, Jalan Pinggiran Putra 4A/1
Desa Pinggiran Putra, 43000 Kajang, Selangor

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi :
Tel : +60 3-8927 5103
Email : [email protected]

Sorotan 01
04
Tujuan dan Skop 08
15
Ekonomi Semasa dan 20
Jangkaan 2023-2024 23
26
Persekitaran Semasa

Gelagat dan Corak
Perbelanjaan

Kestabilan Pekerjaan
Keutamaan Instrumen
Bantuan

KANDUNGANISI

SOROTAN

Laporan Meniliti Tititan Hidup: Memahami Impak Badai Inflasi menyediakan gambaran realiti kehidupan gologan
berpendapatan rendah di bandar akibat tekanan peningkatan harga pada ketika ini. Laporan ini merupakan hasil kerjasama
strategik di antara Persatuan Ekonomi Input-Output Malaysia, Astro Awani dan Pusat Kajian Pasaran Buruh Masa Hadapan EIS-
UPMCS (EU-ERA) dalam membantu menambahbaik instrumen dasar menangani kos sara hidup.

Laporan ini bertujuan memahami kedudukan semasa isi rumah B40 dan M40 di kawasan bandar akibat peningkatan harga
barangan. Kajian ini turut menilai keterangkuman mekanisme bantuan sedia ada dan mencadangkan penambahbaikkan yang
bersesuaian. Data yang dianalisa dalam kajian ini dicerap dengan mengunakan kaedah purposive sampling di 18 Penempatan
Perumahan Rakyat (PPR) dan 9 penempatan di luar PPR di sekitar Lembah Klang. Cerapan data menggunakan kaedah temu bual
bersemuka yang dijalankan di antara 23 dan 24 Julai 2022.

01 Situasi semasa keadaan perbelanjaan isi rumah

Tekanan harga yang dihadapi pada ketika ini telah 75.8% 24.2%
memberi impak kepada kuasa beli dan kebajikan Terkesan Tak Terkesan
kumpulan isi rumah B40 dan sebahagian M40.
Cerapan mendapati 8 daripada 10 responden telah 02 Situasi semasa corak isi rumah meneruskan
terkesan dari segi keupayaan kewangan untuk kehidupan harian
menampung perbelanjaan harian dan 79.1% daripada
yang terkesan adalah dari kumpulan B40 dan 20.9% 37.8% Tidak terjejas. 26.7%
dari kumpulan M40. Peningkatan harga telah
mengurangkan kuasa beli kumpulan isi rumah B40 dan
sebahagian M40 serta mengubah corak perbelanjaan
mereka bagi memastikan kelangsungan hidup. Majoriti
isi rumah yang terkesan terpaksa mengurangkan saiz
hidangan.

Sebahagian besar isi rumah yang terkesan terdedah sMaeiznhguidraannggakna.n
kepada risiko ketidaktentuan ekonomi apabila
sebahagian besar daripada mereka bekerja di 62.2% 73.3% 100.0%
sektor swasta dan sektor tak formal dengan liputan
keselamatan sosial yang terhad. Hasil cerapan keKdhyuaiamdpnupagptumamlanenentneiesytriaiurmpsuikpmtaaiandnhak mKuemynagpsnguigmulantpneaarkipnsaiaanrnkuwsmaaanhg Kkumemyhmaepinmdeugunlianpetnejraaurnimpssihakrbakauasrnmiagaianh
mendapati 64.9% isi rumah adalah bekerja di sektor
swasta dan sektor tak formal dengan 56.9% daripada
golongan ini tidak mempunyai perlindungan sosial.
Satu-per-tiga daripada mereka yang terjejas tidak
mempunyai caruman KWSP pada pekerjaan sekarang
dan mereka ini telah mengeluarkan caruman KWSP
sebelum mencapai had umur persaraan.

Peningkatan harga barang telah membebankan 03 Peratusan perubahan perbelanjaan
golongan terkesan dengan menyaksikan
33.0%
perubahan gelagat perbelanjaan semasa. Cerapan
menunjukkan 76.9% golongan yang terkesan terpaksa 23.1%
meningkatkan perbelanjaan bulanan mereka. Tekanan
ke atas kebajikan mereka lebih mendalam apabila 19.8%
peratusan perbelanjaan kepada barangan berkualiti
rendah serta pembelian pada kuantiti yang lebih kecil 15.4%
meningkat melepasi 2 kali ganda berbanding sebelum
kenaikan harga.

Menangani krisis kos sara hidup pada ketika ini 2.2% 4.4% 2.2%
memerlukan penambahbaikkan kepada instrumen
yang sedia ada agar lebih terangkum dan mampan. Tiada
Instrumen bantuan sedia ada membantu perubahan
mengurangkan tekanan harga ke atas golongan yang
terkesan. Walaubagaimanapun, kecekapan instrumen

tersebut perlu dipertingkatkan lagi bagi memastikan

blind spots dapat dikurangkan dan seterusnya 20% dan
memperkukuh kuasa beli golongan terkesan. ke bawah






21% - 40%








41% - 60%






61% - 80%








81% - 100%






100% dan
ke atas

Daya tahan ekonomi Malaysia bergantung kepada struktur dan kekuatan
kesalingbergantungan antara sektor ekonomi. Kedudukan pendapatan dan gelagat
perbelanjaan isi rumah yang dicerap dalam kajian ini adalah hasil tindak balas antara

struktur pasaran barangan dan perkhidmatan, dan pasaran buruh.

PROF. MADYA DR. MOHD YUSOF SAARI
Pengerusi

Persatuan Ekonomi Input-Output Malaysia

Transformasi ekonomi dan sosial memerlukan tindak balas media yang melangkaui
peranan tradisional. Pembabitan langsung Astro AWANI bersama Persatuan Ekonomi
Input-Output Malaysia dan Pusat Kajian Pasaran Buruh Masa Hadapan dalam kajian ini
adalah untuk mengukuhkan sinergi penyampaian maklumat serta keberkesanan dalam

membantu masyarakat mengharungi fasa sukar.

ASHWAD ISMAIL
Ketua Pengarang

Astro AWANI

Kajian ini memperlihatkan kepentingan pasaran buruh dalam mempengaruhi kedudukan
ekonomi golongan berpendapatan rendah. Kunci kepada peningkatan taraf hidup
golongan ini adalah melalui mekanisme penambahbaikan dan pengukuhan pasaran
buruh yang bersifat holistik.

DR. MUHAMMAD DAANIYALL ABD RAHMAN
Ahli Ekonomi Kanan

Pusat Kajian Pasaran Buruh Masa Hadapan

Badai inflasi yang menghempas telah
membongkar kesusahan rakyat yang
berdepan rintangan untuk menelurusi
dugaan hidup. Apalah makna sebuah
pembangunan andai masih ada kisah
masyarakat yang masih merangkak untuk
membolosi ruang kesusahan ekonomi.

04 MENITI TITIAN HIDUP

TUJUAN DAN SKOP

Tekanan harga pada masa kini memerlukan intervensi yang berkesan

Tahun 2022 diharapkan menjadi tahun pemulihan sebenar ekonomi dan pasaran buruh bagi
Malaysia. Mengikut anggaran awal, pertumbuhan ekonomi 2022 diramalkan berkembang
sekitar 5.5% hingga 6.5%, dan dengan kadar ini, kadar pengangguran diunjurkan menurun
kepada 4.0% atau lebih rendah. Jika ini berlaku, kedudukan pekerjaan, pendapatan dan kuasa
beli rakyat adalah lebih baik. Namun langit tidak selalunya cerah dan awan pula tidak
selalunya mendung. Begitulah gambaran keadaan ekonomi yang sedang dihadapi pada ketika
ini.
Sebagai sebuah ekonomi yang kecil dan terbuka serta pengaruh tahap pemulihan ekonomi
dunia yang tidak simetri, ketidaktentuan persekitaran ekonomi antarabangsa mempengaruhi
kedudukan ekonomi Malaysia. Pada masa kini, konflik Rusia-Ukraine, gangguan rantaian
perbekalan global dan kekurangan pekerja adalah faktor utama yang mempengaruhi prestasi
semasa ekonomi negara. Semuanya ini diterjemahkan kepada peningkatan harga barangan
dan perkhidmatan yang menekan kuasa beli mereka yang berpendapatan rendah. Indeks
Harga Pengguna (CPI) untuk makanan dan minuman bukan beralkohol telah meningkat
melepasi 4% sejak Mac 2022 berbanding dengan kadar kebiasaan. Dengan kadar
pengangguran yang masih tinggi pada kadar 3.9% pada Mei 2022, peningkatan harga
makanan dan minuman ini pastinya memberi impak kepada isi rumah yang berpendapatan
rendah terutamanya golongan B40 dan sebahagian M40.

Paparan 1
Kadar inflasi dan kadar pengangguran, Januari - Jun 2022

6.1%

5.2%

3.6% 3.7% 4.0% 4.1%

4.2% 4.1% 4.1% 3.9% 3.9%
Mac
Januari Febuari April Mei Jun

Kadar Pengangguran Indeks Harga Pengguna (CPI)

Tiada data kadar pengangguran terkini untuk bulan Jun 2022.
Sumber:
1. Indeks Harga Pengguna Jun 2022, Jabatan Perangkaan Malaysia (2022)
2. Laporan Statistik Tenaga Buruh Mei 2022, Jabatan Perangkaan Malaysia (2022)

05MENITI TITIAN HIDUP

Melaksanakan intervensi dasar yang inklusif bagi mengimbangi kesan peningkatan harga ke
atas kumpulan berpendapatan rendah memerlukan maklumat yang tepat dan lengkap
berkenaan situasi yang dihadapi. Ini bagi memastikan instrumen bantuan yang dilaksanakan
bukan sahaja sampai kepada golongan sasaran malah berkesan menangani situasi sukar yang
sedang dihadapi pada ketika ini. Paracetamol berkesan menangani sakit kepala tetapi kurang
berkesan menangani kehilangan selera makan. Analogi ini memberi implikasi bahawa
pentingnya kewujudan instrumen bantuan yang berkesan.

Memahami landskap ekonomi semasa dan menilai serta mencadang
intervensi yang lebih terangkum

Peningkatan harga barangan keperluan asas terutamanya makanan dan minuman bergerak
lebih pantas berbanding dengan pertumbuhan gaji dan upah. Dinamika harga dan
pergerakannya yang tidak selari dengan gaji dan upah menyebabkan kuasa beli dan kebajikan
isi rumah B40 dan sebahagian M40 terkesan. Melaksanakan instrumen bantuan yang efektif
dan terangkum memerlukan maklumat yang lengkap. Kekangan cerapan data sedia ada yang
bersifat lagging berpotensi mewujudkan blind spots dalam pemantauan dan perancangan.
Kajian tinjauan ringkas Kedudukan Ekonomi Isi Rumah B40 dan M40 di Lembah Klang
adalah manifestasi kebertanggungjawaban Persatuan Ekonomi Input-Output Malaysia, Astro
AWANI dan Pusat Kajian Pasaran Buruh Masa Hadapan EIS-UPMCS (EU-ERA) dalam
membantu menambah baik dan menilai instrumen dasar mikro untuk menangani kos sara
hidup. Secara spesifiknya, kajian ini bertujuan memahami kedudukan semasa isi rumah B40
dan M40 di kawasan bandar akibat peningkatan harga barangan. Kajian ini turut menilai
keterangkuman mekanisme bantuan sedia ada dan mencadangkan penambahbaikkan yang
bersesuaian. Dapatan kajian ini dapat menjadi pelengkap kepada maklumat dan pengetahuan
yang sedia ada berkaitan dengan keperluan intervensi dasar yang berkesan.

06 MENITI TITIAN HIDUP

Kaedah cerapan data yang menyediakan landskap “lapisan pertama”
kedudukan ekonomi B40 dan M40

Cerapan data dalam kajian ini menggunakan kaedah purposive sampling, iaitu teknik
pengumpulan data secara rawak dengan mengenal pasti lokasi penempatan golongan B40
dan M40. Teknik ini mudah digunakan dan lebih efektif dari segi kos dan masa serta diguna
pakai sebagai salah satu kaedah persampelan saintifik. Keseluruhannya, sebanyak 120 sampel
telah berjaya diperoleh dari 18 Penempatan Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar Bandar Tun
Razak, Cheras, Titiwangsa, Lembah Pantai, Batu, dan 9 penempatan di luar PPR di Sentul dan
Wangsa Maju. Cerapan data menggunakan kaedah temu bual bersemuka yang dijalankan di
antara 23 dan 24 Julai 2022.
Cerapan data hanya tertumpu di kawasan bandar berbanding dengan luar bandar. Tumpuan
kajian di kawasan bandar dibuat memandangkan peningkatan harga barangan lebih dirasai
oleh mereka yang tinggal di bandar. Mengikut perangkaan CPI semasa pada Jun 2022, isi
rumah di bandar mengalami peningkatan harga sebanyak 3.6% berbanding dengan isi rumah
di luar bandar yang mengalami kenaikan sebanyak 2.6%. Bagi kategori makanan dan minuman,
peningkatan harga di bandar adalah 1.9% lebih tinggi berbanding di luar bandar.

Paracetamol berkesan menangani sakit
kepala tetapi kurang berkesan

menangani kehilangan selera makan.
Analogi ini memberi implikasi bahawa

pentingnya kewujudan instrumen
bantuan yang berkesan.

08 MENITI TITIAN HIDUP

EKONOMI SEMASA DAN
JANGKAAN 2023-2024

Lonjakan harga makanan dan minuman paling tinggi sejak 2015

Sejak Januari 2022, peningkatan harga yang diukur berdasarkan kepada pertumbuhan Indeks
Harga Pengguna (CPI) bagi makanan dan minuman mengatasi harga keseluruhan barangan
dalam ekonomi. Cerapan mendapati peningkatan harga makanan dan minuman pada Jun
2022 adalah yang tertinggi sejak 2015. Peningkatan harga makanan dan minuman ini memberi
kesan besar kepada isi rumah kerana mereka memperuntukkan sekitar 29.5% daripada
perbelanjaan mereka ke atas makanan dan minuman.

Paparan 2
Pergerakan harga makanan dan minuman

Makanan Makanan di rumah Makanan di luar rumah

Sumber: Indeks Harga Pengguna Jun 2022, Jabatan Perangkaan Malaysia (2022)

Ada yang berpandangan CPI makanan dan minuman tidak menggambarkan realiti sebenar
keadaan di luar sana. Perbezaan ini wujud akibat daripada perbezaan perspektif
pengukuran harga tersebut. Orang ramai merasai peningkatan harga secara langsung
apabila mereka membuat pembayaran pada masa dan tempat tertentu sedangkan CPI
adalah disediakan dalam bentuk indeks yang meliputi keseluruhan Malaysia. Pada
pemerhatian dan analisis kami, CPI masih relevan digunakan untuk menggambarkan situasi
di luar sana. Peningkatan CPI makanan dan minuman yang melepasi 4% sudah memadai
menunjukkan situasi harga makanan dan minuman yang meningkat lebih tinggi daripada
kebiasaan.

09MENITI TITIAN HIDUP

Perbelanjaan ke atas makanan dan minuman, termasuk keperluan asas lain bersifat regresif
mengikut tahap pendapatan. Semakin rendah pendapatan isi rumah, semakin besar
peruntukan perbelanjaan ke atas makanan dan minuman. Kumpulan isi rumah B40
memperuntuk 73.2% daripada perbelanjaan mereka ke atas makanan dan minuman, serta
keperluan asas berbanding 68.8% dan 64.1% bagi kumpulan pendapatan M40 dan T20.

Paparan 3
Perbelanjaan isi rumah ke atas keperluan asas, Malaysia, 2019

73.2% 68.8% 64.1%

B40 M40 T20

Keperluan asas adalah merangkumi (i) Makanan & minuman bukan alkohol, (ii) Perumahan, air, elektrik, gas &
bahan api lain, (iii) Pengangkutan dan (iv) Restoran & hotel.

Sumber: Laporan Penyiasatan Perbelanjaan Isi Rumah, Jabatan Perangkaan Malaysia (2019)

10 MENITI TITIAN HIDUP

Kadar pengangguran yang masih tinggi mengehadkan pergerakan gaji dan upah

Hampir dua-per-tiga daripada pendapatan isi rumah dijana daripada pasaran buruh dalam
bentuk gaji dan upah, dan pekerjaan sendiri. Kadar pengangguran yang masih tinggi pada
kadar 3.9% (Mei 2022) berbanding kadar normal sekitar 3.3% menunjukkan masih ramai
penduduk yang masih tiada pekerjaan dan pendapatan yang stabil. Situasi ini memberi kesan
kepada kuasa beli dan kebajikan isi rumah apabila peningkatan harga dirasai secara
menyeluruh tanpa mengenal kumpulan isi rumah tersebut.

Paparan 4 Pengangguran di atas paras normal
Kadar pengangguran, Januari 2018 - Mei 2022

6

4

Pengangguran paras normal

2

0

Sumber: Laporan Statistik Tenaga Buruh Mei 2022, Jabatan Perangkaan Malaysia (2022)
Jan-18
Mac-18
Mei-18

Jul-18
Sep-18
Nov-18
Jan-19
Mac-19
Mei-19

Jul-19
Sep-19
Nov-19
Jan-20
Mac-20
Mei-20

Jul-20
Sep-20
Nov-20
Jan-21
Mac-21
Mei-21

Jul-21
Sep-21
Nov-21
Jan-22
Mac-22
Mei-22

11MENITI TITIAN HIDUP

Pertumbuhan ekonomi dunia yang diunjur perlahan memberi cabaran
“pemulihan” kos sara hidup

Pertumbuhan ekonomi dunia tahun 2022 dijangka akan lebih perlahan berbanding dengan
unjuran awal. Bank Dunia mengunjurkan pertumbuhan ekonomi dunia menyusut kepada 2.9%
berbanding 5.7% pada 2021. Organisation for Economic Co-operation and Development
(OECD) juga mengunjurkan pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan pada 2022
berbanding dengan unjuran awal. Tahun 2023 sehingga 2024, ekonomi dunia dijangka
bertumbuh pada kadar 3% setahun, iaitu situasi yang tidak banyak berbeza berbanding
dengan tahun 2022. Unjuran ini bersandarkan kepada tiga persekitaran ekonomi iaitu
pemulihan impak peperangan Rusia-Ukraine yang perlahan, tekanan inflasi yang semakin
mendalam dan krisis kos sara hidup.
Apa makna kadar unjuran ekonomi global ini kepada Malaysia? Sebuah negara kecil yang
terbuka dan berdagang, kelembapan ekonomi dunia turut memperlahan pertumbuhan
ekonomi Malaysia. Situasi yang dihadapi oleh Malaysia pada ketika ini sebahagian besarnya
dipengaruhi oleh persekitaran ekonomi global. Pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan
akan memberi cabaran kepada Malaysia dalam proses pemulihan ekonomi secara
keseluruhannya termasuklah “pemulihan” kos sara hidup. Akibatnya, momentum
penambahbaikan pasaran buruh dan pertumbuhan gaji dan upah turut menjadi lebih
perlahan.

Sumber dari Global Economic Prospects oleh Bank Dunia
https://www.worldbank.org/en/publication/global-economic-prospects

12 MENITI TITIAN HIDUP

Paparan 5
Unjuran pertumbuhan KDNK tahunan bagi tahun 2022

Unjuran Disember 2021

Unjuran Jun 2022

Sumber: OECD Economic Outlook (https://www.oecd.org/economic-outlook/)

Dalam mendepani situasi ini, peranan aktif kerajaan dalam mengukuh pasak
ekonomi domestik serta melindungi ekonomi isi rumah berpendapatan rendah

adalah fokus utama sehingga 2024.

Untung sabut timbul, untung batu
tenggelam. Sebuah pepatah yang
menjadi ciapan kata mereka yang
ditemubual yang akur kepada sistem
sokongan sosial sedia ada. Perubahan
perlu dibuat demi membantu mereka.

MENITI TITIAN HIDUP 14 MENITI TITIAN HIDUP

PROFIL RESPONDEN

Pendapatan Isi Rumah Tahap Pendidikan

71.7% 76.8%

kumpulan isi berpendidikan
rumah B40 sehingga pendidikan
menengah

71.7% 28.3% 4.1% 1.7% 5.6% 76.8% 15.9%

B40 M40 Tidak Rendah Me3n.e9n%gah Tertiari
Bersekolah

Jantina Status Perkahwinan

58.3% 70.8%

lelaki berkahwin

58.3% 41.7% 17.5% 70.8% 11.7%

Lelaki Perempuan Bujang Berkahwin Duda /
Janda /

Balu

Umur Saiz Isi Rumah

74.1% 34.1%

berumur di saiz isi rumah lebih
antara 30-64 daripada 5 orang
tahun

14.1% 74.1% 11.8% 5.0% 15.0% 24.2% 21.7% 34.1%

15-29 30-64 65 tahun 1 2 3 4 5 dan
tahun tahun dan keatas orang keatas

Pemilikan Rumah Tanggungan Bersekolah

58.3% 56.7%

menyewa tanggungan masih
bersekolah
41.7% 58.3%
56.7% 43.3%
Milik Menyewa
sendiri Ya Tidak

15MENITI TITIAN HIDUP

PERSEKITARAN SEMASA

Kenaikan harga barang pada ketika ini telah memberi impak kepada isi rumah terutamanya
kumpulan B40 dan sebahagian M40. Sebahagian kumpulan isi rumah yang terkesan perlu
meneruskan kehidupan dengan terpaksa mengurangkan saiz hidangan.

Sejauh manakah kenaikan harga barang menjejaskan
perbelanjaan isi rumah?

8 10daripada responden berpendapat
bahawa kenaikan harga
barang telah menyukarkan
mereka untuk membeli
barangan keperluan seisi
keluarga.

Paparan 6
Persepsi isi rumah ke atas peningkatan harga barang

Sangat tidak setuju Tidak setuju Neutral Setuju Sangat setuju

3.4% 5.0% 10.0% 30.8% 50.8%

Bagaimanakah kedudukan ekonomi semasa isi rumah?
75.8%
responden telah terkesan dari segi
keupayaan kewangan untuk
menampung perbelanjaan ke atas
barangan keperluan.

Paparan 7
Peratusan isi rumah yang terkesan

75.8% 24.2%
Terkesan Tak Terkesan

Dalam tinjauan ini, isi rumah yang tidak terkesan adalah yang terdiri daripada mereka yang mampu untuk
berbelanja lebih dan menyimpan wang. Isi rumah yang terkesan adalah yang terdiri daripada mereka yang terpaksa
mengurangkan saiz hidangan.

16 MENITI TITIAN HIDUP

Kumpulan isi rumah manakah yang lebih terkesan?

79.1% 20.9%
isi rumah yang lebih terkesan isi rumah dalam kumpulan
terdiri daripada B40. M40 yang terkesan.

Paparan 8
Isi rumah yang terkesan mengikut kumpulan pendapatan

B40 M40

79.1% 20.9%

Sejauh manakah saiz isi rumah ini mempengaruhi golongan yang
terkesan?

Hasil tinjauan mendapati bahawa beban kewangan lebih tinggi kepada isi rumah yang
mempunyai saiz keluarga yang besar.

Paparan 9
Saiz keluarga mengikut golongan terkesan dan tidak terkesan

34.5% 34.5% 34.4%

25.6%

21.1%

15.6%

10.4% 10.3% 10.3%

1 2 3 4 5-9 3.3%
Orang Orang Orang Orang Orang 1 2 3 4 5-9

Tidak Terkesan Orang Orang Orang Orang Orang

Terkesan

17MENITI TITIAN HIDUP

Bagaimanakah situasi mereka yang terkesan dalam menampung

81.3% 16.5%perbelanjaanharian?
isi rumah mampu meneruskan terpaksa menggunakan wang
kehidupan dan tiada lebihan simpanan dan selebihnya
wang untuk disimpan. terpaksa meminjam.

Paparan 10
Situasi isi rumah yang terkesan

81.3% 16.5% 2.2%

Tiada lebihan wang Terpaksa menggunakan Terpaksa meminjam
untuk disimpan wang simpanan

18 MENITI TITIAN HIDUP

Apakah tindakan isi rumah dalam mendepani situasi sukar ini?

40.5% 40.0%

responden yang tidak dapat responden yang menggunakan wang
menyimpan dan terpaksa simpanan terpaksa mengurangkan saiz
mengurangkan saiz hidangan hidangan.
bagi meneruskan kehidupan
harian.

Paparan 11
Situasi semasa corak isi rumah meneruskan kehidupan harian

37.8% 26.7%

62.2% 73.3% 100.0%

Kumpulan isi rumah Kumpulan isi rumah yang Kumpulan isi rumah
yang meneruskan terpaksa menggunakan yang terpaksa
kehidupan tetapi tidak meminjam bagi
dapat menyimpan wang simpanan meneruskan

kehidupan harian

Terpaksa mengurangkan Tidak terjejas apa-apa.
saiz hidangan.

Perjalanan menemubual pelbagai lapisan
masyarakat dengan mengetahui keperluan
dan kesusahan yang dihadapi merefleksi

kembali keberkesanan sistem yang
dilaksanakan dan keperluan untuk
menambah baik ekonomi demi kesejahteraan
kehidupan semua lapisan masyarakat.

MENITI TITIAN HIDUP 20 MENITI TITIAN HIDUP

GELAGAT DAN CORAK
PERBELANJAAN

Peningkatan harga barangan telah mengurangkan kuasa beli isi rumah yang menyebabkan
mereka terpaksa mengubah corak perbelanjaan harian.

Berapakah peningkatan perbelanjaan akibat kenaikan harga?

76.9% responden mengalami
peningkatan dalam perbelanjaan
bulanan sehingga ada diantara
mereka mengalami peningkatan
lebih daripada 100% dari
perbelanjaan biasa.

Paparan 12
Peratusan pertambahan perbelanjaan

33.0%

23.1%

19.7%

15.4%

4.4%

2.2% 2.2%

Tiada 20% dan 21%-40% 41%-60% 61%-80% 81%-100% 100% dan
perubahan ke bawah ke atas

21MENITI TITIAN HIDUP

Sejauh manakah peningkatan harga mengubah gelagat
perbelanjaan?

Paparan 13
Gelagat perbelanjaan isi rumah

Sebelum Semasa

Kenaikan Harga Kenaikan Harga

Peningkatan harga barang semasa telah mengurangkan kuasa beli isi rumah serta
mengubah corak perbelanjaan melalui pengurangan kuantiti pembelian barangan.

Peningkatan harga barang yang
mendadak akan terus membebani
rakyat yang berpendapatan rendah.

Sebahagian mereka terpaksa
menggunakan keseluruhan simpanan
demi meneruskan kehidupan harian

yang kian mencabar.

23MENITI TITIAN HIDUP

KESTABILAN PEKERJAAN

Kumpulan isi rumah yang terkesan menghadapi risiko tinggi apabila mereka menyertai sektor
pekerjaan yang tiada perlindungan sosial serta simpanan masa hadapan. Perkara ini akan
menyebabkan ketidaktentuan kepada persediaan menghadapi hari tua.

Apakah sektor pekerjaan yang paling terkesan dan sejauh
manakah mereka dilindungi?

64.9% 56.9%

daripada golongan yang terkesan daripada golongan yang terkesan
adalah terdiri daripada mereka tidak mempunyai perlindungan
yang bekerja di sektor swasta dan sosial.
sektor tak formal (bekerja sendiri).

Paparan 14
Jenis sektor pekerjaan golongan yang terkesan

34.1%

30.8%

13.2% Kebanyakkan mereka
yang terkesan tidak
9.8%
mempunyai
5.5% 6.6% perlindungan sosial
(KWSP, PERKESO, dan

lain-lain)

43.1% 56.9%
Ada Tiada

Majikan Kakitangan Kakitangan Bekerja Pencen Tidak
kerajaan swasta sendiri bekerja

24 MENITI TITIAN HIDUP

Sejauh manakah mereka yang terkesan berpotensi menghadapi
risiko semasa hari tua?

57.9% 1 3daripada

responden telah mengeluarkan responden yang telah membuat
simpanan KWSP sebelum pengeluaran KWSP tidak lagi
mencapai had umur pengeluaran. mempunyai caruman KWSP pada
pekerjaan terkini.

Perkara ini sangat membimbangkan kerana perlindungan masa hadapan sangat
penting bagi meneruskan kehidupan di hari tua nanti. Situasi semasa mereka
yang terjejas amat kritikal pada masa hadapan jika tiada intervensi khusus
dilaksanakan.

Melaksanakan instrumen bantuan yang
efektif dan terangkum memerlukan

maklumat yang lengkap. Kekangan cerapan
data sedia ada yang bersifat lagging dan
fragmented berpotensi mewujudkan blind

spots dalam pemantauan dan perancangan.

26 MENITI TITIAN HIDUP

KEUTAMAAN INSTRUMEN
BANTUAN

Menangani krisis kos sara hidup pada ketika ini memerlukan penambahbaikkan kepada
instrumen yang sedia ada agar lebih terangkum dan mampan.

Apakah jenis bantuan yang lebih diperlukan, tunai atau bukan
tunai?

Isi rumah yang terkesan akibat daripada peningkatan harga pada masa ini memilih

58.2% 41.8%
untuk bantuan tunai untuk bantuan barangan

(bukan tunai)

Paparan 16
Instrumen tunai dan bukan tunai mengikut umur

100%

77.8% 71.4% 67.8%

50.8% 57.1% 57.9% 60.0% 58.3% 71.4% 32.2%
49.2% 42.9% 42.1% 41.7% 28.6%
55.6% 53.3% 50.0% 50.0% 28.6%
44.4% 46.7%

40.0%

22.2%

15-19 20-24 25-29 30-34 35-39 40-44 45-49 50-225.24% 55-59 60-64 65-69
tahun tahun tahun tahun tahun tahun tahun tahun tahun tahun tahun

Bantuan Tunai Bantuan Barangan Min Skor Bantuan Tunai Min Skor Bantuan Barangan

Faktor umur mempengaruhi kecenderungan isi rumah memilih di antara instrumen tunai dan
bukan tunai. Tiada perbezaan yang ketara bagi isi rumah yang berumur di antara 15 sehingga
44 tahun dalam penentuan jenis instrumen bantuan. Tetapi wujud perbezaan ketara bagi
mereka yang berumur 45 tahun dan ke atas dengan kecenderungan memilih bantuan
berbentuk tunai. Bagi kumpulan umur ini, 67.8% memilih untuk mendapatkan bantuan tunai
berbanding hanya 32.2% memilih bantuan barangan. Hasil temuramah menunjukkan tunai
lebih diperlukan bagi mendapatkan keperluan kesihatan bagi usia yang semakin meningkat.

27MENITI TITIAN HIDUP

Antara bantuan tunai dan bukan tunai, di manakah titik
pertemuannya?

94.2% 85.0%Isi rumah yang terkesan akibat daripada peningkatan harga pada masa ini memilih
bersetuju sekiranya pihak kerajaan bersetuju jika diwujudkan kad
menyediakan kedai satelit di kawasan diskaun atau kad tunai yang
kejiranan bagi membolehkan isi rumah membolehkan isi rumah B40 dan
B40 dan sebahagian M40 sebahagian M40 menggunakannya
mendapatkan barangan keperluan bagi mendapatkan barangan
dengan harga yang lebih murah keperluan di kedai biasa dengan
berbanding harga pasaran. harga diskaun.

Model Kedai Satelit Freshmoves

Hasil tinjauan mendapati cadangan mekanisme untuk menyediakan kedai
satelit di kawasan kejiranan membolehkan isi rumah terutamanya golongan
yang terjejas mendapatkan barangan yang lebih murah berbanding harga
pasaran. Satu kajian kes yang dibuat di Minneapolis-St. Paul, Minnesota
menunjukkan model kedai runcit mudah alih Freshmoves yang tertumpu di
kawasan kejiranan yang berpendapatan rendah. Inisiatif ini dilaksanakan
dengan penglibatan pelbagai organisasi komuniti sebagai rakan strategik.
Namun, kemampanan model kedai satelit seperti ini bergantung kepada
usahasama agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam
kesungguhan membantu golongan yang terjejas ini.

28 MENITI TITIAN HIDUP
Instrumen bantuan sedia ada membantu mengurangkan tekanan

harga ke atas golongan yang terkesan. Walaubagaimanapun,
kecekapan instrumen tersebut perlu dipertingkatkan lagi bagi

memastikan blind spots dapat dikurangkan dan seterusnya
memperkukuh kuasa beli golongan terkesan.

Hasil kajian mendapati latihan peningkatan kemahiran dan
pengukuhan pekerjaan (termasuk jaringan keselamatan
sosial) isi rumah B40 dan sebahagian M40 adalah intervensi
dasar jangka sederhana yang perlu diberi perhatian. Objektif
untuk mencapai matlamat keterangkuman ekonomi untuk
B40 dan sebahagian M40 berkemungkinan sukar diperoleh
jika kedua-dua aspek ini tersisih dalam perancangan dan
pembangunan.

Usaha ke arah memperkukuh asas pekerjaan dan kestabilan
pendapatan perlu mendapat perhatian sewajarnya bagi
memastikan ekonomi isi rumah B40 dan M40 lebih terlindung
daripada ketidaktentuan ekonomi di masa hadapan.

29MENITI TITIAN HIDUP

PASUKAN KAMI

KETUA PENYELIDIK
Mohd Yusof Saari
Muhamad Zharif Luqman Hashim
Nur Azreen Mokhyi
Ashwad Ismail

PENYELIDIK BERSEKUTU
Muhammad Daaniyall Abd Rahman
Muzafar Shah Habibullah

PENYELIDIK
Adzzahir Ifwad Adzman
Muhammad Adib Jamal
Muhammad Anas Nabil Al-Fattah Mohd Yazid
Nurul Nabilah Iskandar
Nurul Sakinah Ngai'ni

ENUMERATOR
Muhammad Khalid Ahmad Kamal
Zainab Nadhilah Al-Uzrah Mohd Abd Aziz
Syarifah Mardhiah Syed Salim
Muhammad Zulkifli Amiruddin
Muhammad Hafiz Mohd Zulkeply
Norsyazani Ismail
Nurul Farzana Roslan
Muhammad Adib Anuar
May Hajjartul Ain Meor Mohamad

Persatuan Ekonomi Input-Output
Malaysia adalah sebuah badan bukan
kerajaan yang ditubuhkan untuk
mengembang penggunaan teknik
input-output dan model berkaitan
dalam pembangunan dan perancangan
ekonomi di Malaysia.

www.eiom.org

Pusat Kajian Pasaran Buruh Masa
Hadapan EIS-UPMCS (EU-ERA)
merupakan sebuah pusat penyelidikan
yang memberi tumpuan kepada analisis
kajian pasaran buruh di Malaysia. Misi
EU-ERA ialah untuk menggabungkan
pendekatan saintifik dan empirikal bagi
merangka dasar pembangunan.
www.euera.org

www.euera.org



Ketidakseimbangan pengagihan
daripada manfaat pertumbuhan adalah

manifestasi ketidakcekapan sistem
ekonomi dan ketidakseimbangan ini jika

tidak diperbaiki berpotensi menjadi
barah yang berisiko kepada ekonomi


Click to View FlipBook Version