E-BULETIN MAY 30, 2020
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
PUNCA STATISTIK LANGKAH
Obesiti Terhadap Rakyat Kadar diabetes Gaya hidup sihat bersama
Malaysia Senaman dan cara
Kestabilan BMI pemakanan yang sihat.
DEFINISI
Obesiti adalah satu keadaan yang kompleks di mana
seseorang individu itu mempunyai lemak berlebihan.
Ia adalah penyakit kronik yang memerlukan rawatan
susulan berpanjangan, terapi dan perhatian yang
wajar oleh pengamal perubatan. Lelaki dikatakan
obese sekiranya mempunyai kadar lemak berlebihan
sebanyak 25%. Manakala wanita pula di katakan
obese apabila lebihan lemak sebanyak 35%. Obesiti
boleh di ukur menggunakan penggiraan Body Mass
Index atau BMI (Indeks Jisim Badan). BMI adalah
indeks pengukuran berat badan berbanding dengan
ketinggian. Formula adalah seperti tertera:
BMI = Weight (kg) / Height² (m) ² Saringan obesiti
memerlukan ukuran berat badan dalam kilogram dan
ukuran ketinggian di dalam meter.
“Obesiti dan berat
badan berlebihan
menjadi antara
penyebab kanser
yang dikesan
dalam kalangan
penduduk di
Malaysia”
kata Dr Lee.
PUNCA/FAKTOR OBESITI
Terdapat beberapa punca mengapa obesiti semakin meningkat
di Malaysia. Antaranya ialah pengambilan makanan berlebihan
terutama makanan manis. Makanan yang tinggi kandungan
gula dan berkarbohidrat akan meningkatkan paras gula dan
hormon insulin di dalam darah. Apabila makanan bergula
diambil dengan banyak, semakin banyak insulin akan
dirembeskan untuk menstabilkan paras gula. Lama-kelamaan,
paras gula ini akan menjadi tidak stabil. Hal ini akan
menyebabkan seseorang itu akan menjadi lesu, kurang
bertenaga dan sentiasa teringin makanan manis untuk meningkatkan tenaga. Jadinya, berat badan
akan naik sehingga menyebabkan berlakunya obesiti yang membawa pelbagai penyakit. Selain itu,
obesiti juga turut dikaitkan dengan nilai tenaga yang diperoleh daripada makanan iaitu kalori.
Kandungan kalori yang diperlukan oleh seorang lelaki aktif adalah sekurang-kurangnya 2500 kalori
setiap hari untuk kekal sihat dan cergas, manakala bagi seorang wanita pula memerlukan 2000
kalori setiap hari. Berat badan seseorang boleh dipengaruhi oleh nilai kalori. Berat badan dapat
diturunkan dengan mengurangkan kalori makanan dan bersenam untuk membakar kalori. Namun,
masalah sering berlaku apabila kebanyakan orang gemar makan secara berlebihan dan jarang
bersenam. Tabiat ini akan menyebabkan berat badan cepat naik dan boleh menjadi obesiti
sekiranya tidak dibendung. Orang yang mempunyai berat badan yang berebihan memang suka
makan walaupun perut tidak lapar. Akhirnya, kalori yang terkandung dalam makanan yang tidak
digunakan akan ditukarkan kepada lemak dan disimpan di bahagian-bahagian bada seperti lengan,
perut dan pinggang. Pengambilan ubat-ubatan juga boleh menpengaruhi obesiti. Antaranya ialah
ubat anti kemurungan dan pil perancang. Pengambilan ubat-ubatan seperti ini boleh menyebabkan
berlakunya kegemukan. Hal ini berpunca daripada tindak balas daripada pengambilan ubat-ubatan
tersebut.
STATISTIK OBESITI
Menurut dapatan Tinjauan
Kebangsaan Kesihatan dan
Morbiditi Kebangsaan 2019
(NHMS 2019) oleh
Kementerian Kesihatan
Malaysia, hasil tinjauan
terhadap 32 000 penduduk
Malaysia yang dijalankan
dari Julai hingga Oktober
tahun 2018 menunjukkan
terdapat lebih 50 peratus
orang dewasa di Malaysia
mempunyai berat badan
berlebihan atau obes.
Kajian menunjukkan bahawa hampir 14 peratus peningkatan rakyat Malaysia mengalami
obesity setiap tahun. Secara umumnya, lelaki yang mempunyai peratus lemak melebihi 25
peratus dan wanita yang mempunyai peratus lemak melebihi 35 peratus adalah
dikategorikan sebagai obes. Obesiti boleh diklasifikasikan mengikut berat badan seseorang
berdasarkan Indeks Jisim Tubuh (BMI).
KESAN OBESITI
Terdapat pelbagai kesan yang menyebabkan
berlakunya obesiti. Salah satunya adalah
orang yang mengalami obes akan mudah
untuk mendapat serangan jantung berbanding
orang yang kurus. Kajian pada tahun 2007
yang telah diterbitkan oleh Archives of Internal
Medicine telah mendapati orang yang ada
berat badan berlebihan berisiko menghidap
penyakit jantung sebanyak 32% manakala
peratus yang mendapat sakit jantung bagi
orang yang mengalami obesiti adalah 81%.
Selain itu, penghidap obesiti juga berpeluang
tinggi untuk mendapat penyakit angin ahmar.
Laporan pada tahun 2010 yang telah
diterbitkan oleh jurnal Stroke mendapati
bahawa kadar peratusan bagi orang obes
untuk menghidap angin ahmar meningkat
sebanyak 64%. Bukan itu sahaja, masalah
kencing manis juga berkait rapat dengan
obesiti. Kajian mendapati hamper 90% orang yang obes akan menghidap diabetes jenis 2 yang
boleh mengancam nyawa. Jika tidak dirawat dengan segera, ia boleh mengundang kepada
kerosakan buah pinggang, mata boleh menjadi buta, dan kudung kedua-dua belah kaki. Obesiti
juga turut mempengaruhi kesihatan mental pesakit terutamanya yang berkaitan dengan
kemurungan. Pada tahun 2010, kajian yang telah diterbitkan oleh Archives of General Psychiatry
yang mendapati risiko orang yang mengalami obesiti untuk menghidap kemurungan berbanding
orang yang memiliki berat badan yang normal adalah sebanyak 55%.
LANGKAH MENGATASI OBESITI
SECARA SIHAT
Obesiti boleh dikawal atau diatasi dengan
mengubah gaya hidup. Ia memang sukar pada
peringkat awal dan memerlukan komitmen
yang tinggi. Namun, sudah ada ramai yang
berjaya yang boleh anda contohi. Mereka ini
berjayamengatasi masalah obesiti mereka dan
seterusnya kembali sihat hanya dengan
berbekalkan keinginan yang tinggi untuk
menjalani hidup yang lebih baik.
1) Kurangkan berat badan semasa
sebanyak 10% dalam masa 6 bulan : Jadikan
sasaran penurunan berat badan yang selamat
ini sebagai matlamat anda. Contohnya jika
berat badan semasa anda adalah 80 kilogram,
tetapkan matlamat untuk mengurangkan 10%
daripada 80 kilogram iaitu 8 kilogram dalam
masa 6 bulan. Ini bermakna sasaran berat
badan yang anda ingin capai adalah 72
kilogram. Pengurangan berat badan yang
selamat adalah sebanyak ½ kilogram
seminggu. Penurunan berat badan secara
mendadak perlu dielakkan kerana ia boleh
memudaratkan kesihatan.
2) Amalkan pengambilan maknaan yang bersesuaian dengan keperluan tenaga harian dan tahap
aktiviti fizikal : Kurangkan pengambilan makanan anda secara beransur-ansur sehingga mencapai
kuantiti yang bersesuaian dengan keperluan tenaga anda. Contohnya, kurangkan pengambilan
makanan sebanyak 500 kilo kalori sehari supaya dapat mengurangkan berat badan anda sebanyak
½ hingga 1 kilogram seminggu.
3) Ubah corak pengambilan dan penyediaan makanan : Kurangkan makanan yang tinggi kandungan
lemak seperti makanan yang bergoreng, bersantan dan yang mengandungi lemak haiwan. Gunakan
kaedah memasak yang tidak menggunakan minyak seperti mengukus, merebus dan memanggang.
Jika perlu menggoreng, gunakan sedikit minyak sahaja. Kurangkan makanan yang tinggi kandungan
gula seperti kuih muih yang manis dan aiskrim dan gantikan minuman manis dengan air kosong.
Lebihkan pengambilan sayur-sayuran, ulam-ulaman dan buah-buahan. Ianya berkalori rendah dan
membuatkan anda berasa kenyang dalam masa yang lebih lama.
4) Tingkatkan tahap aktiviti fizikal : Lakukan senaman sederhana aktif. Anda boleh memilih apa jua
aktiviti fizikal yang anda suka dan pastikan anda terus melakukannya. Antara senaman yang anda
boleh lakukan ialah berjogging, berenang, berjalan laju, dan aktiviti senaman seperti di gim atau
sukan lain yang anda suka. Sebenarnya anda boleh bersenam dengan memecahkan waktu senaman
kepada beberapa bahagian dalam sehari. Cuba lakukan sekurang-kurangnya 15 minit untuk sekali
senaman. Mulakan dengan apa yang anda mampu dan tingkatkan usaha sedikit-demi sedikit. Cuba
sasarkan untuk mencapai sekurang-kurangnya 45 sehingga 60 minit aktiviti fizikal dalam masa
seminggu. Lakukan mengikut kemampuan anda.
5) Dapatkan sokongan daripada orang yang rapat : Dapatkan sokongan daripada orang yang rapat
dengan anda seperti rakan taulan, adik-beradik, suami atau isteri, saudara mara dan ibu bapa.
Maklumkan ahli keluarga dan rakan taulan tentang hasrat untuk mengurangkan berat badan. Mereka
pasti akan memberi sokongan. Libatkan ahli keluarga anda dalam aktiviti yang dilakukan, sama ada
dalam pemilihan pemakanan atau amalan aktiviti fizikal harian anda.