The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Nota Pembentukan Ayat ini dibuat untuk rujukan murid-murid Tingkatan 4

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurulsyamimienadhirah, 2023-11-18 00:13:04

PEMBENTUKAN AYAT: AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK

Nota Pembentukan Ayat ini dibuat untuk rujukan murid-murid Tingkatan 4

PEMBENTUKAN AYAT: AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK Disediakan oleh : Cikgu Syamimie (212487)


bentuk ayat


bentuk ayat Bentuk ayat ialah pengkategorian ayat dengan berdasarkan bilangan klausa yang membina sesuatu ayat. Bentuk ayat dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua, iaitu ayat tunggal dan ayat majmuk.


Susunan Ayat Tunggal Jenis Ayat Tunggal ayat tunggal Ayat tunggal = ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat, atau satu klausa sahaja. Ayat tunggal berasal daripada ayat dasar, tetapi ayat tunggal boleh terdiri daripada pelbagai ayat selagi bersifat satu klausa. Ragam Ayat Tunggal


Konsep Ayat Majmuk Ayat majmuk atau ayat luas1 ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu klausa,atau mengandungi lebih dari satu subjek atau satu predikat. Ayat ini terbina daripada percantuman beberapa ayat tunggal dengan caracara tertentu dengan menggunakan kata hubung sehingga menjadikannya ayat baharu. Jenis Ayat Majmuk Ayat Majmuk Gabungan Ayat Majmuk Pancangan Ayat Majmuk Campuran ayat majmuk


Ayat majmuk gabungan Ayat majmuk gabungan menggunakan kata hubung gabungan. Kata hubung gabungan tidak boleh diletakkan pada bahagian awal ayat, kecuali sambil. Ayat majmuk gabungan atau ayat gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua atau lebih ayat tunggal yang digabungkan atau dicantumkan menjadi satu ayat. Penggabungan dengan menggunakan kata hubung gabungan. Ayat-ayat yang bergabung itu bersifat setara iaitu sama taraf dan boleh berdiri sendiri. Hubungan antara ayat-ayat itu wujud kerana disusun berturut-turut. Penggabungan boleh terjadi dalam subjek atau dalam predikat. Perkaitan antara ayat-ayat dalam ayat majmuk gabungan dapat digambarkan sebagaimana yang berikut. Konsep Ayat Majmuk Gabungan


JENIS AYAT MAJMUK GABUNGAN Ayat gabungan susunan berurutan 1 Gabungan jenis ini menyusun fakta-faktanya secara berurutan iaitu satu demi satu. Gabungan ini menggunakan kata hubung setara tambahan maklumat


Ayat gabungan susunan pertentangan fakta 2 Ayat gabungan jenis ini memperlihatkan pertentangan fakta antara ayat yang digabungkan. Kata hubung yang digunakan ialah kata hubung pertentangan Ayat gabungan susunan fakta menunjukkan pilihan 3 Menggunakan pasangan kata hubung pilihan. 4 Gabungan menggunakan kata hubung berpasangan.


ayat majmuk pancangan Ayat majmuk pancangan ialah ayat majmuk yang terbina daripada gabungan satu ayat induk dengan satu atau beberapa ayat kecil lain. Ayat atau ayat-ayat kecil itu dipancangkan ke dalam ayat induk dan menjadi sebahagian daripada ayat induk. Ayat majmuk pancangan relatif (ayat relatif) = ayat gabungan antara induk dengan klausa relatif dengan menggunakan kata hubung relatif iaitu perkataan yang. Ayat majmuk pancangan komplemen (ayat komplemen) = ayat gabungan antara ayat induk dengan klausa komplemen dengan menggunakan kata hubung komplemen. Kata hubung pancangan yang lazim digunakan ialah bahawa, untuk, agar dan supaya. Ayat majmuk pancangan keterangan (ayat keterangan) = ayat gabungan antara ayat induk dengan satu atau lebih klausa kecil yang berfungsi sebagai keterangan kepada predikat. Terdapat sekurang-kurangnya sembilan jenis ayat keterangan yang dilihat dari segi kata hubung yang digunakan dan maksud yang terkandung di dalamnya. a) Ayat majmuk pancangan relatif b) Ayat majmuk pancangan komplemen c) Ayat majmuk pancangan keterangan


jenis ayat majmuk pancangan Ayat majmuk pancangan relatif 1 Pemancangan klausa relatif dengan predikat Pemancangan klausa relatif dengan subjek


Ayat majmuk pancangan komplemen 3 Ayat majmuk pancangan keterangan 2


jenis ayat majmuk campuran


TERIMA KASIH Semoga nota ini dapat menjadi rujukan murid-murid dalam memahami pembentukan ayat.


Click to View FlipBook Version