The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ainhassan0305, 2022-06-05 22:19:10

EBOOK ETIKA ii

EBOOK ETIKA ii

PENGHAYATAN ETIKA DAN
PERADABAN (MPU21032)

NAMA PENSYARAH : DR
ABU BAKAR BIN ZAKARIA

Sesi : 2 2021/2022
Progam : Diploma
Pengurusan Pelancongan

AHLI KUMPULAN

NAMA NO MATRIK
ALLIF AQASHA 26DUP21F2042
EISYATUL QUMAIRAH 26DUP21F2036
26DUP21F2030
NURUL AIN 26DUP21F2048
ALEYA NATASHA

PERPADUAN DI MALAYSIA
DARI ASPEK SUKAN dan

KEBUDAYAAN

Isi kandungan

BIL KANDUNGAN
1 Penghargaan
2 Pengenalan
3 TOPIK

1.0 : Tentang sukan untuk Perpaduan
1.1 : Kebudayaan memupuk perpaduan
1.2 : Contoh-contoh sukan
1.3: Rumusan dari ketiga-tiga sukan di atas
1.4 : Faedah sukan dalam masyarakat
1.5 : Kesimpulan

Penghargaan

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi atas nikmat yang dikurniakan olehNya
dapat juga kami menyiapkan tugasan E-book ini dengan jayanya. Pertamanya kami ingin mengucapkan
terima kasih kepada pensyarah kami iaitu Dr Abu Bakar Bin Zakaria yang telah banyak menolong dan
memberi tunjuk ajar serta bimbingan kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini.

Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang sentiasa memberi peringatan terhadap kerja ini. Juga tidak
pernah mengeluh dengan kerja dan memberi kerjasama dalam menyelesaikan E-book ini. Tidak lupa
juga kepada pihak yang secara langsung dan tidak langsung membantu kami dalam menjayakan E-book
ini.

Akhir sekali, kalungan terima kasih kepada semua atas tunjuk ajar, Kerjasama dan dorongan yang
diberikan oleh semua pihak telah membolehkan kami menyiapkan E-book
Ini dengan lancer dan jayanya.

Pengenalan

Apa itu sukan?
Sukan ialah salah satu aktiviti riadah. Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang
dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan,
kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya. Selain itu, Sukan dapat juga menjadi
sumber pendapatan. Sukan fizikal menggunakan sifat sifat seperti kekuatan, stamina,
kelajuan, dan beberapa kemahiran lain manakala sukan-sukan lain contohnya iaitu
sukan akal menggunakan kemahiran berfikir seperti pemikiran strategik dalam catur.

Apa itu perpaduan ?

Perpaduan ialah penyatuan dandarjah serta jenis penyatuan yang
dipamerkan oleh sesebuah masyarakat ataupun kumpulan dan jiran
mereka. Ia merujuk kepada semua perhubungan sosial yang mengaitkan
manusia. Istilah ini lazimnya digunakan dalam bidang sosiologi ataupun
sains kemasyarakatan

Apa itu Kebudayaan?

Keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan,
dan berfikir serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yg berupa
kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban dan
kemajuan. Kita dapat melihat kebudayaan ini merangkumi dalam semua
aspek kehidupan dalam hidup kita.

1.0 Tentang Sukan untuk Perpaduan

❖ Berperanan sebagai alat perpaduan tanpa mengira ideologi

❖ Menyemarakkan semangat patriotic dalam kalangan rakyat

❖ Penyertaan aktiviti sukan tidak terhad kepada kaum tertentu

❖ Membuka peluang seluas-luasnya bagi mereka yang berminat di peringkat, sukan
adalah aktiviti kokurikulum

❖ Penubuhan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia/MSSM

❖ Mengadakan temasya Sukan Malaysia/SUKMA setiap dua tahun sekali pada peringkat
awal, kemudian SUKMA mula diadakan setiap tahun untuk rapatkan hubungan antara
negeri

❖ Aktiviti sukan dapat memupuk perpaduan dalam kalangan pemain/penonton/penggiat
sukan.

1.1 KEBUDAYAAN MEMUPUK PERPADUAN

• Kepelbagaian kaum dan budaya dapat mengeratkan silaturrahim antara berbilang
kaum.

• Sukan menjadi platform untuk menyepadukan kaum.
• Ketika Perang Dunia Kedua, sukan menjadi alat untuk mengetepikan perbezaan

masing-masing dan tempat penyatuan negara-bangsa yang boleh bersama walaupun
mempunyai latar belakang pemerintahan dan struktur tadbir urus berbeza.
• Perpaduan bukan sekadar dalam kalangan masyarakat; tetapi juga segenap lapisan
stratifikasi kepimpinan dan organisasi sukan agar perpaduan tidak dikompromi
tetapi dijadikan sebagai benteng pembinaan jati diri menyeluruh. Ini kerana sukan
merupakan antara mekanisme penting dalam melentur semangat 'kekitaan'.
• Sukan mampu memecah tradisi dominasi oleh sesuatu etnik terutama dengan
penampilan 'kemajmukan' bukan sahaja dari segi penyertaan tetapi lebih dari itu,
menghargai dan mencipta 'semangat satu negara, satu matlamat'.

1.2 Contoh-contoh sukan

Badminton Berbasikal Berenang

Badminton

Nama : Lee Chong Wei
Negara : Malaysia
Tarikh lahir : 21 Oktober 1982

Antara sumbangan Dato Lee Chong Wei kepada
Negara ialah beliau pernah menjuarai sukan
Terbuka Malaysia pada tahun 2005 dan
menjadikan kejuaraan selama 2 tahun berturut-
turut. Selain itu juga, beliau juga telah
memenangi juara bagi kategori perseorangan
lelaki pada sukan World Suoer Series Masters
Finals, 2009.

Berbasikal

Nama : Muhammad Azizul Hasni Bin Awang
Tarikh lahir : 5 Januari 1988
Tempat lahir : Kuala Dungun, Terengganu,
Malaysia
Digelar sebagai “The Pocket RocketMan”

Azizul Hasni Awang merupakan pemain
basikal Malaysia. Antara perkara dan
sumbangan terbaik beliau adalah kejayaan yang
dikecapinya dalam Sukan Olimpik, Sukan
Komanwel, Sukan Asea, Sukan Sea dan
kejohanan lain. Beliau juga pernah memenangi
kejuaraan lumba basikal dunia di Melbourne,
Australia pada Januari 2009 serta pingat emas
acara keirin dan dan pecut 200m.

Berenang

Nama : Pandelela Rinong Anak Pamg
Tarikh lahir : 2 Mac 1993
Tempat lahir : Bau, Sarawak Malaysia

Pandelela Rinong ialah seorang atlet
Malaysia bagi acara terjun. Beliau menjadi
Wanita pertama Malaysia pembawa bendera
di Upacara Pembukaan Sukan Olimpik
Musim Panas 2012 di London dan mencatat
sejarah sebagai atlet Wanita Malaysia
pertama memenangi pingat Olimpik (Pingat
Gangsa) iaitu dalam acara terjunan 10 meter
platform Wanita

1.3 Rumusan dari ketiga-tiga
sukan di atas

Perpaduan yang dapat dilihat dari perkembangan sukan di Negara
kita ialah contoh seperti sukan di atas iaitu badminton, berbasikal
dan berenang yang telah mendapat nama di peringkat tinggi.
Ketiga-tiga atlet tersebut telah mengharumkan nama Negara
Malaysia dengan menyertai sukan tersebut. Sehubungan dengan itu,
perpaduan antara kaum dapat dilihat antara satu sama lain dengan
cara mendapat sokongan daripada rakyat Malaysia yang terdiri
daripada kaum Melayu, India dan Cina kepada atlet-atlet Negara
tidak kira dalam sukan apapun. Hal yang demikian, menjelaskan
bahawa telah wujud perpaduan melalui sukan dalam Negara kita.

1.4 FAEDAH SUKAN DALAM
MASYARAKAT

Di peringkat individu, sukan menyumbang kepada pembentukan sahsiah positif, kesedaran diri
dan berdaya saing, peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal menerusi penggunaan
masa senggang secara berfaedah, pengukuhan interaksi sosial dan penguasaan kemahiran
pergerakan asas dan kompleks.

Di peringkat masyarakat, sukan menyumbang kepada peningkatan jalinan perhubungan di antara
pelbagai kaum, peningkatan tahap kesihatan komuniti dan produktiviti, peningkatan semangat
kesukarelaan, penyertaan, kerjasama dan sokongan.

Di peringkat antarabangsa, sukan menyumbang kepada pemupukan jalinan dan kerjasama
antarabangsa, peningkatan ketahanan dan daya saing; dan peningkatan kecemerlangan dan imej
negara.

Dalam konteks pembangunan ekonomi, sukan adalah satu sektor ekonomi yang dapat menjana
pendapatan dan peluang pekerjaan, bukan sahaja kepada atlet tetapi juga kumpulan sokongan,
pengeluar peralatan sukan, media dan lain-lain pihak yang berkaitan.

1.5 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, kita semua dapat melihat bahawa, sukan merupakan aspek
yang penting untuk memupuk perpaduan antara kaum. Selain itu, dapat mengetahui
tokoh sukan dalam semua aspek kaum. Sehubungan dengan itu, sukan juga amat bagus
untuk kesihatan kerana ia dapat mencergaskan otak dan juga mencergaskan anggota
badan kita selain menyatupadukan pelbagai etnik di Malaysia. Sukan tidak pernah
mengira latar belakang agama, keturunan mahupun kepercayaan. Jadi kita sebagai
rakyat Malaysia mestilah bersikap Bersatu padu antara kaum-kaum yang lain juga untuk
memupuk perpaduan kerana itu adalah salah satu dari toleransi untuk kita merapatkan
hubungan. Sukan tidak pernah mengira latar belakang agama, keturunan mahupun
kepercayaan. Sukan menyumbang kepada peningkatan jalinan perhubungan di antara
pelbagai kaum, peningkatan semangat kesukarelaan, penyertaan, Kerjasama dan
sokongan. Selain itu, ia meningkatkan kecemerlangan imej Negara dan jalinan
Kerjasama Antarabangsa.



SEKIAN TERIMA
KASIH ☺


Click to View FlipBook Version