The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 3 TAHUN 2021 - NUR HASLIYANA NABIHAH BINTI MOHD NAZIR

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sylver.charming, 2021-06-26 04:06:29

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 3 TAHUN 2021 - NUR HASLIYANA NABIHAH BINTI MOHD NAZIR

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 3 TAHUN 2021 - NUR HASLIYANA NABIHAH BINTI MOHD NAZIR

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 3
TAHUN 2021

TAJUK: KEGIATAN EKONOMI YANG TERDAPAT DI KAWASAN
KAJIAN

NAMA: NUR HASLIYANA NABIHAH BINTI MOHD NAZIR
KELAS: 3 IKHLAS
NAMA GURU: PN. ASMANIZA BINTI YOP

1

ISI KANDUNGAN HALAMAN

BIL. ISI KANDUNGAN 3
4
1 PENGHARGAAN 5
2 PENDAHULUAN 6-8
3 OBJEKTIF KAJIAN 9
4 KAWASAN KAJIAN 10-12
5 KAEDAH KAJIAN 13
6 HASIL KAJIAN 13
7 RUMUSAN 14-16
8 RUJUKAN
9 LAMPIRAN

2

1. PENGHARGAAN

Bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan izin, limpah dan kurnia-NYA, dapat
saya siapkan kajian lapangan Geografi ini sehingga selesai. Terima kasih
yang tidak terhingga kepada guru Geografi iaitu Pn. Asmaniza Binti Yop yang
membimbing dan membantu saya untuk menyiapkan kajian lapangan ini.
Tidak lupa juga kepada kepada kedua-dua ibu bapa saya iaitu Tn. Mohd
Nazir Bin Khamis dan Pn. Hasliza Binti Jab yang banyak memberi dorongan
dan bantuan kepada saya untuk menyiapkan kajian lapangan ini. Begitu
juga kepada adik beradik saya yang sentiasa memberi dorongan.
Akhir sekali, tidak lupa juga kepada rakan-rakan 3 Ikhlas terutamanya
saudari Anis Amira Binti Md Noh yang memberi motivasi dan bantuan
secara maya akibat wabak pandemik COVID-19 yang telah melanda.

3

2. PENDAHULUAN

Saya, Nur Hasliyana Nabihah Binti Mohd Nazir, Tingkatan 3 Ikhlas dari
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu (IKUPS) telah menjalankan
Kajian Lapangan Geografi Tingkatan 3 dengan tajuk Kegiatan Ekonomi di
Kawasan Kajian. Saya mengambil tempoh selama 4 hari untuk menyiapkan
kajian lapangan ini.
Saya memilih Pekan Changlun sebagai lokasi kajian lapangan saya kerana
kawasan tersebut merupakan kawasan berhampiran kediaman saya dan
keluarga. Hal ini secara tidak langsung memudahkan kerja saya untuk
mengumpul dan menyusun maklumat yang diperlukan untuk
menyempurnakan kajian lapangan ini.
Harapan saya terhadap kawasan kajian ini adalah saya dapat menyelesaikan
kajian lapangan ini dengan jaya dan cemerlangnya disamping mengetahui
dengan lebih lanjut lagi tentang kawasan yang dikaji.

4

3. OBJEKTIF KAJIAN

• Mengenal pasti jenis kegiatan ekonomi utama di Pekan Changlun.
• Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi

utama di Pekan Changlun.
• Menghuraikan kepentingan kegiatan ekonomi utama tersebut

kepada Pekan Changlun.

5

4. KAWASAN KAJIAN

Peta menunjukkan lokasi Kawasan kajian di Pekan Changlun

6

Lokasi kawasan kajian ini ialah Pekan Changlun yang terletak kira-kira 42
kilometer di utara Alor Setar di Daerah Kubang Pasu, Kedah, Malaysia.
Antara kaum yang tinggal di kawasan kajian ini ialah Melayu, Cina dan India
serta sebilangan kecil orang Siam.

Selain itu, pandang darat budaya yang terdapat di kawasan kajian ialah
tanah pamah, hutan dan sungai.

Seterusnya, pandang darat budaya yang ada di kawasan kajian ialah jalan
raya, jambatan, petempatan, sekolah, klinik, pasar raya, stesen bas, balai
polis, pejabat pos dan gereja.

Jenis kegiatan ekonomi utama di kawasan kajian ini merupakan sektor
tertier atau sektor perkhidmatan yang menawarkan pelbagai perkhidmatan
dan memainkan peranan yang penting kepada pembangunan negara.

Antara kegiatan ekonomi di kawasan ini ialah pengangkutan. Pembinaan
jalan raya di Pekan Changlun telah memudahkan urusan pergerakan dan
menghubungkan negeri Kedah dengan negeri Perlis. Misalnya, Lebuh Raya
Changlun-Kuala Perlis.

Selain itu, kegiatan ekonomi utama di kawasan kajian ialah perniagaan
makan dan minum seperti KFC, Restoran Yasmeen Nasi Kandar, Café Black
Wood and Choclate, Pizza Hut, MarryBrown, Fairy Hot Bread and Cake
House, kedai makan Makcik Tomyam Retro, kedai makan Kampong Coffee
and Steak, Restoran Secret Receipe, Restoran Mambo Bistro dan Restoran
Kayu Kitchen. Permis perniagaan berkenaan menyediakan makanan dan
minuman bukan sahaja untuk sarapan dan makanan tengah hari malahan
terdapat restoran yang beroperasi selama 24 jam iaitu Restoran Yasmeen
Nasi Kandar dan perkhidmatan bungkus makanan untuk dibawa balik serta
perkhidmatan penghantaran makanan juga turut disediakan.

7

Kegiatan ekonomi ketiga yang saya dapati ialah perniagaan peruncitan,
pasar atau pasar raya. Kegiatan ini merupakan antara kegiatan yang utama
di Pekan Changlun ini. Contohnya, ProMart Changlun, Pasar Raya C-Mart
Changlun,7 Eleven Changlun, Pasar Raya Eonomi A-Wang SDN BHD, Pasar
Basah Changlun, Wan Yen Hardware House SDN BHD, Mr. DIY dan CT
Chezzy Bakery. Peruncitan ini menjual barangan basah, keperluan harian
dan bahan masakan

Selanjutnya, kegiatan ekonomi Pekan Changlun ialah kewujudan sekolah-
sekolah dari peringkat sekolah rendah dan sekolah menegah. Misalnya,
Sekolah Kebangsaan Dato’ Wan Kemara dan Sekolah Menengah
Kebangsaan Changlun. Penduduak yang tinggal berhampiran menghantar
anak-anak mereka ke sekolah tersebut.

Disamping itu, terdapat juga perkidmatan kesihatan dari klinik swasta iaitu
Klinik Kesihatan Changlun. Klinik ini mengenakan bayaran perkihdmatan
kepada pesakit yang dirawat disitu.

Tambahan pula, terdapat juga perkhidmatan pengangkutan bas dan teksi.
Pekan Changlun menghubungkan Lebuh Raya Changlun-Kuala Perlis, maka
perkhidmatan pengangkutan dibina bagi memudahkan pergerakan.

Seterusnya ialah perkidmatan kewangan seperti Maybank Changlun dan
Bank Simpana Nasional. Perkidmatan kewangan membantu menguruskan
wang penduduk di Pekan Changlun.

Perkidmatan balai polis seperti Balai Polis Changlun juga terdapat di Pekan
Changlun. Balai polis berfungsi sebagai pusat operasi pegawai polis dan
kakitangan lain bagi memudahkan tugas pegawai polis dan kakitangan lain.

Akhir sekali merupakan perkhidmatan pejabat pos iaitu cawangan J&T
Ekspress. Pejabat pos merupakan antara kemudahan yang penting kerana
wujudnya pembelian barang secara atas talian yang memerlukan
perkidmatan pejabat pos.

8

5. KAEDAH KAJIAN

Terdapat beberapa kaedah kajian yang saya guanakan untuk menyiapkan
kajian lapangan ini. Kaedah kajian yang pertama ialah kaedah pemerhatian.
Saya memerhati kegiatan yanag terdapat di kawasan dan mengambil
gambar bangunan-bangunan tempat kegiatan ekonomi tersebut.
Akhir sekali, kaedah kajian yang digunakan ialah merujuk bahan sumber.
Berikutan dengan perintah kawalan pergerakan yang dijalankan, saya hanya
merujuk bahan sumber secara atas talian. Saya merujuk laman sesawang
dan beberapa buku yang berkaitan dengan kajian lapangan Geografi ini.

9

6. HASIL KAJIAN

Terdapat pelbagai jenis kegiatan ekonomi yang terdapat di Pekan Changlun
seperti perniagaan peruncitan, pasar atau pasar raya, perniagaan kedai
makan dan minum, sekolah, klinik swasta, perkihdmatan bas dan teksi,
perkhidmatan kewangan, perkhidmatan balai polis dan perkhidmatan
pejabat pos. Selain itu, terdapat juga perkhidmatan farmasi, perkidmatan
penginapan dan dobi layan diri.
a) Kegiatan ekonomi utama di kawasan kajian
Saya mendapati bahawa pengangkutan merupakan kegiatan ekonomi
utama yang terdapat di Pekan Changlun. Hal ini kerana, Pekan Changlun
menyambungkan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS).

Jalan yang menghubungkan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS).

10

b) 2 Faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi di kawasan kajian
i) Faktor pertama yang mempengaruhi kegiatan ekonomi

pengangkutan di Pekan Changlun ialah bentuk muka bumi tanah
pamah. Hal ini kerana Pekan Changlun terletak di kawasan bertanah
pamah yang membolehkan pembinaan jalan raya tercipta.
Contohnya, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS).

Peta menunjukkan bahawa kawasan kajian berada di kawasan yang bertanah pamah.

ii) Faktor kedua yang mempengaruhi kegiatan ekonomi ialah
infrasturuktur yang terdapat di Pekan Changlun. Hal ini demikian
kerana kewujudan jaringan pengangkutan yang baik menyebabkan
wujudnya beberapa perkidmatan lain yanag secara tidak langsung
mengembangkan kegiatan ekonomi di kawasan kajian. Misalnya,
wujudnya perkidmatan kedai makan dan minum.

Gerai KFC yang dibuka berikutaan dengan perkembanagn ekonomi Pekan Changlun.
11

c) 2 Kepentingan kegiatan ekonomi di kawasan kajian

i) Antara kepentingan kegiatan ekonomi di Pekan Changlun ialah
membuka peluang pekerjaan. Hal ini dapat mengurangkan kadar
pengangguran penduduk di Pekan Changlun. Contohnya seperti
pembukaan kedai yang lebih banyak berikutan dengan perkembangan
ekonomi yang di Pekan Changlun yang giat berkembang.

Restoran Pak Dep Kueyteow Kerang yang telah dibuka beberapa tahun lepas.

ii) Kepentingan kegiatan ekonomi yang kedua ialah peningkatan
infrastruktur berikutan dengan kemajuan ekonomi yanag semakin
meningkat . Hal ini demikian kerana lebuh raya akan meningkatkan
darjah ketersampaian penduduk di sesuatu kawasan. Misalnya,
Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS).

Jalan yang menyambungkan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS).

12

7. RUMUSAN

Berdasarkan kajian lapangan Geografi ini, saya dapati bahawa faktor
manusia yang mempengaruhi kegiatan ekonomi mempengaruhi kemajaun
kegiatan ekonomi di kawasan kajian. Saya yakin kesemua objektif kajian
lapangan ini telah tercapai dengan jayanya.
Saya percaya setiap perkara pasti mempunyai cabaran atau halanagan yang
dihadapi bagi menyempurnakan sesuatu tugasan. Namun begitu, setiap
masalah pasti mempunyai jalan penyelesainnya dan alhamdulillah sebarang
masalah yang dihadapi semasa menyiapkan kajian lapangan ini berjaya saya
tangani. Saya berpuas hati dengan hasil dan usaha saya untuk menyiapkan
kajian lapangan ini.

8. RUJUKAN

• Buku Teks Geografi Tingkatan 3 karya Ahmad Ridzuan Bin Abd
Rahman, Rajini Gauri Muthusamy dan Pau Anak Utek.

• Buku Teks Geografi Tingkatan 2 karya Kang Chai Yeong, Zulkipli Bin
Ismail dan Rajanderan Subramaniam.

• Laman sesawang Google Maps.
• Laman sesawang Wikipedia.
• Laman sesawang street view oleh Google.
• Laman sesawang Waze.
• Contoh Kajian Lapangan Tingkatan 3 di laman sesawang Anyflip.

13

9. GAMBAR-GAMBAR YANG BERKAITAN

Balai Polis Changlun
Pasar Raya C-Mart Changlun
Stesen Bas dan Teksi di Pekan Changlun

14

Cawangan Maybank di Pekan Changlun

Sekolah Kebangsaaan Dato’ Wan Kemara di Pekan Changlun

Klinik Kesihatan Changlun, klinik swasta di Pekan Changlun

15

Cawangan T Hotel di Pekan Changlun.
16

17


Click to View FlipBook Version