SAJAK AKU
MAKSUD RANGKAP SAJAK
RANGKAP MAKSUD
1 Penyajak mengatakan bahawa hanya dirinya yang berada di pantai ini.
2 Penyajak menyusuri pantai yang panjang dan berpasir sambal
membayangkan dirinya sebagai Adam.
3 Penyajak membayangkan dia dicipta pada hari tersebut. Buat pertama
kalinya juga, dia dapat melihat laut, langit, dan pohon.
4 Penyajak mengatakan bahawa kelmarin dia belum wujud dan dia tidak
mendengar bunyi ombak.
5 Penyajak tidak dapat merasai sentuhan angina yang bertiup di serata alam.
6 Penyajak mengatakan bahawa dia tidak tahu akan kewujudan kulit kerang
dan ru di pantai ini.
7 Penyajak mengakui kewujudan dan keesaan Tuhan sebagai pencipta alam.
TEMA Kecintaan kepada pencipta.
➢
PERSOALAN
a) Kesyukuran kerana kita dihidupkan lalu dapat melihat dunia dan isi alam.
b) Keinsafan bahawa apabila kita sudah tiada nanti, kita tidak dapat mendengar bunyi
ombak dan merasai sentuhan angin.
c) Keyakinan bahawa Tuhanlah yang mencipta kita.
BENTUK
1. Sajak ini terdiri daripada tujuh rangkap.
2. Bilangan baris pada setiap rangkap adalah sama (Rangkap 1 hingga 7 : tiga baris).
3. Panjang pendek barisnya tidak sama, iaitu antara satu hingga empat patah kata.
➢ Contoh: Tuhan (1 patah kata)
Tidak ada manusia lain (4 patah kata)
UNSUR BUNYI
1. Asonansi
➢ Contoh: dan pertama kali melihat (perulangan vokal a)
2. Aliterasi
➢ Contoh: Kususuri pasir panjang (perulangan konsonan p)
3. Rima akhirnya bebas
Rangkap 1: abc
Rangkap 2: abc
Rangkap 3: abc
Rangkap 4: abb
Rangkap 5: abc
Rangkap 6: aab
Rangkap 7: abb
GAYA BAHASA
a) Bahasa yang puitis
➢ Contoh: bunyi ombak
b) Imej alam
➢ Contoh: pantai, pasir
c) Inversi
➢ Contoh: Kelmarin aku belum ada
NILAI
1. Kesyukuran
➢ Contohnya, bersyukur kerana dapat melihat laut, langit, dan pohon.
2. Keimanan
➢ Contohnya, keyakinan yang tinggi terhadap Tuhan.
3. Kasih sayang
➢ Contohnya, kasih dan sayang akan keindahan alam sekeliling.
PENGAJARAN
a)Kita hendaklah bersyukur kerana dapat melihat laut, langit, dan pohon.
b)Kita harus sedar bahawa setelah kita meninggal dunia, kita tidak dapat mendengar bunyi
ombak dan merasai tiupan angin.
c)Kita hendaklah mencintai alam sekitar supaya alam sekitar tidak dicemari atau diganggu
dengan sesuka hati.
LATIHAN PENGUKUHAN
1.Berdasarkan sajak Aku, apakah yang dilihat oleh penyajak di pantai itu? (3 markah)
2.Nyatakan tema dan dua persoalan sajak tersebut. (3 markah)