NAMA : NUR ALYAA MAISARAH BT MOHAMAD AZMAN
TAHUN : 4 ZAMRUD
SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT MENTOK
1
• PERIHAL KANDUNGAN MUKA SURAT
• Pengenalan & Tajuk 1
• Penghargaan 3
• Gambar Kuih Tradisional 1 4
• Gambar Kuih Tradisional 2 5
• Gambar Kuih Tradisional 3 6
• Gambar Kuih Tradisional 4 7
• Penutup 8
2
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya ingin mengucapkan jutaan
terima kasih kepada ibu bapa saya kerana telah banyak membantu saya
mencari idea dan bahan-bahan untuk menyiapkan Buku Skrap Digital bertajuk
‘’ Kuih Tradisional Malaysia ‘’.
Sehubungan dengan itu saya juga ingin mengucapkan terima kasih juga
kepada Cikgu Nik Raihan kerana telah mengajar saya dan tidak jemu
membimbing saya untuk menghasilkan buku skrap ini. Memandangkan tajuk
ini berkaitan dengan kuih tradisional. Saya sememangnya seorang peminat
kepada kuih tradisional seperti kuih bahulu,kuih donut,kuih seri muka dan
sebagainya. Saya juga berharap saya dapat membuat buku skrap digital ini
dengan jayanya.
Akhir sekali saya juga ingin merakamkan titipan doa dan ucapan terima
kasih kepada semua guru-guru dan adik beradik yang terlibat dalam
menghasilkan buku skrap ini.
Sekian, terima kasih
3
Bahan-bahan untuk jus pandan:
• 5-6 helai daun pandan
• 1 1/2 cawan air
Bahan-bahan lain:
• 1 cawan tepung pulut * Air rebusan secukupnya
• 2 sudu besar tepung beras/ tepung gandum * 1/2 biji kelapa
parut
• 1/4 sudu kecil pewarna hijau * garam secukup rasa
• Gula nisan/ gula melaka secukupnya
Kuih onde-onde atau juga dikenali sebagai buah melaka atau klepon
merujuk kepada sejenis kuih yang diperbuat daripada bahan-bahan
seperti tepung beras pulut, manisan, kelapa muda parut, garam, air dan
daun pandan (untuk warna dan baunya yang harum).Kuih onde-onde
merupakan sejenis hidangan yang sering dijumpai di Malaysia, Indonesia,
Singapura dan juga Brunei. Di Indonesia, onde-onde disebut "klepon",
sedangkan di Jawa dan bahagian lain di Indonesia makanan yang
disebut onde-onde adalah bebola tepung beras berisi doh kacang hijau
yang ditaburi biji bijan.
4
BAHAN-BAHAN:
Bahan untuk inti: Bahan untuk kulit:
2 cawan tepung gandum 1/2 biji kelapa parut
2 cawan santan sederhana cair 1/4 cawan gula melaka
1 biji telur 1/4 cawan gula pasir
4-5 helai daun pandan 2-3 helai daun pandan
1 sudu kecil garam 1/2 sudu kecil garam
2-3 titik pewarna hijau
Kuih gulung atau juga dikenali sebagai kuih ketayap merupakan sejenis
kuih tradisi yang popular di Malaysia. Ia merupakan sejenis kuih adalah
sejenis kuih berinti. Ia merupakan sejenis kuih yang terdiri daripada kulit
nipis bulat dan diletakkan inti yang diperbuat daripada nyiur muda dan
gula Melaka/nisan di dalamnya
5
Bahan-bahan untuk air gula: Bahan-bahan untuk hiasan kelapa:
1/4 cawan gula putih 1/2 biji kelapa parut
1/2 cawan gula merah 1/2 - 1 sudu kecil garam
1/2 keping gula nisan 1 helai daun pandan
2 1/2 cawan air
1 helai daun pandan
Bahan-bahan untuk kuih lompang (lain-lain):
1 1/2 cawan tepung beras
1 sudu membukit tepung ubi
1/2 sudu kecil air kapur
Sedikit minyak, untuk sapuan pada acuan
Kuih lompang merujuk kepada sejenis kuih tradisi yang popular di
Malaysia. Ia biasanya berbentuk cawan kecil dengan sedikit lubang /
lompang dibahagian tengah. Pada kebiasaannya kuih lompang
bewarna-warni. Kuih Lompang merupakan sejenis kuih yang dikukus,
dengan itu adalah menyihatkan kerana tidak mempunyai minyak. Kuih
Lompang diperbuat dari campuran ramuan tepung beras dan tepung
ubi.
6
BAHAN-BAHAN: 9 biji telur ayam
200ml santan
4 biji telur itik 1/3 cawan gula pasir
2 helai daun pandan 1 sudu besar air kapur
1 cawan gula merah 6 kuntum bunga cengkih
½ cawan air
¼ sudu the garam
Kuih Seri Kaya,merujuk kepada sejenis kuih yang diperbuat daripada telur
dan santan.Ia juga boleh menjadi Kuih Tok Aji Serban sekiranya dimasak
bersama pulut dibawah dengan kelapa manis sekaya di atas. Kuih Tok
Aji Serban(seri kaya berpulut)di sebelah kiri dan kuih sekaya penuh di
sebelah kanan .Kuih Tok Aji Serban hamper menyerupai kuih seri muka
kecuali adunan kepala(bahagian atasnya)yang biasanya berwarna
perang(cokelat).
7
Secara kesimpulannya, kita hendaklah mempelajari cara pembuatan
kuih-kuih tradisional kerana kuih ini bukan sahaja sedap di makan
manakala kuih tradisional di malaysia menjadi satu identiti dan keunikan
yang tidak terdapat di negara lain. Hal ini menjadi satu sumber tarikan
pelancong yang dapat menarik minat orang luar untuk mengunjungi
negara Malaysia yang penuh dengan kepelbagaian budaya ini. Oleh
hal yang demikian,agak memalukan bagi warganegara Malaysia jika
tidak mengenali kuih tradisional kaum mereka sendiri.Kini,kuih tradisional
semakin hilang dalam kalangan generasi baharu.Sehubungan dengan
itu, remaja pada hari ini kebanyakannya tidak mengenali kuih muih
tradisional,seperti kuih baulu,onde-onde,kuih biji sagu,kuih gulung @
ketayap dan kuih sekaya dan banyak lagi kuih muih tradisional kita.Kita
hendaklah mengekalkan kuih tradisional supaya ia tidak ditinggalkan
oleh masyarakat akan datang.
Akhir kata, kuih tradisional tidak akan ditelan zaman jika kita sebagai
pengguna ingin mengekalkan tradisi itu buat selama-lamanya.
Sekian, Terima Kasih.
8