The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU SKRAP KUIH TRADISIONAL
- NUR DAMIA AISYAH
- 6 ZAMRUD

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cik Puan Syuhada Rameli, 2022-06-11 07:22:19

BUKU SKRAP KUIH TRADISIONAL

BUKU SKRAP KUIH TRADISIONAL
- NUR DAMIA AISYAH
- 6 ZAMRUD

NAMA : NUR DAMIA AISYAH BT MOHAMAD AZMAN

TAHUN : 6 ZAMRUD

SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT MENTOK

1)BIODATA MURID 1
2)ISI KANDUNGAN 2
3)PENGHARGAAN 3
4)KUIH TRADISIONAL 4
5)PENUTUP 8

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih
kepada pihak yang telah menolong dan memberi kerjasama yang tidak
ternilai untuk saya menyiapkan buku skrap ini.

Terlebih dahulu, saya bersyukur kepada ibu bapa saya kerana telah
membantu saya menyiapkan buku skrap ini pada masa yang telah
ditetapkan.Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada guru.Beliau
telah memberikan panduan,bimbingan dan nasihat yang sungguh berfaedah
semasa saya menjalankan projek ini.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang
telah banyak membantu saya dalam usaha menyiapkan tugasan ini serta
berkongsi idea bagi menyiapkan projek ini .Jadi,saya ingin mengucapkan
terima kasih kepada mereka .

Akhir kata,saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang sedia
menolong saya dalam menyiapkan buku skrap ini.Saya tidak akan lupa
pertolongan yang telah diberikan .

KUIH BAULU

Bahan-bahan:

3 kuning telur ½ sud the esen vanilla

100gm tepung gandum 4 putih telur

1 sudu tepung ubi 100gm gula

¼ sudu the baking powder

Baulu merupakan sejenis makanan tradisional orang Melayu yang biasanya
sangat terkenal terutamanya pada hari raya dan hari-hari keramaian serta
dijadikan hadiah kenduri perkahwinan. Walaupun demikian,kuih baulu ini
boleh didapati di pasar raya, kini kerana sambutan yang menggalakkan
daripada orang ramai.

KUIH LEPAT PISANG

Bahan-bahan:
2 cawan pisang(yang sudah dilecek)
¼ cawan gula putih
1 cawan tepung gandum
3 sudu besar tepung beras
1 keping gula Melaka atau nisan
¼ cawan kelapa parut
1 sudu kecil garam

Lepat pisang atau lapek pisang merupakan makanan khas Minangkabau yang
di buat dari buah pisang.Kuih ini dimakan ketika sarapan ataupun sebagai
makanan harian.Cara pembuatan lepat pisang adalah mengikut tradisi lama
dan menggunakan daun pisang sebagai pembalut.Teknik yang digunakan
untuk memasak kuih ini adalah mengukus kuih tersebut sehingga masak.

KUIH SAGU @ BERONOK

Bahan-bahan
1 cawan biji sagu(rendam 30 minit)
4 cawan air
½ cawan gula pasir(boleh tambah)
1 sudu kecil sirap ros merah
Kelapa putih+garam(kukus seketika)
Kuih Beronok atau sagu juga dikenali sebagai beronok sagu merupakan
sejenis kuih tradisional Melayu.Ia dibuat daripada sagu biji atau juga dikenali
sebagai sagu mata ikan.Kuih Beronok ini dimakan bersama dengan kelapa
parut. Cara pembuatan kuih beronok ini mengambil masa yang lama untuk
menyiapkannya. Tetapi rasanya sangat sedap di makan dan rasa lemak
daripada sambal kelapa yang meyaluti kuih tersebut.

KUIH SEKAYA

Bahan-Bahan:

4 biji telur itik 9 biji telur ayam
2 helai daun pandan 200ml santan
1 cawan gula merah 1/3 cawan gula pasir
½ cawan air 1 sudu besar air kapur
¼ sudu the garam 6 kuntum bunga cengkih

Kuih Seri Kaya,merujuk kepada sejenis kuih yang diperbuat daripada telur
dan santan.Ia juga boleh menjadi Kuih Tok Aji Serban sekiranya dimasak
bersama pulut dibawah dengan kelapa manis sekaya di atas. Kuih Tok Aji
Serban(seri kaya berpulut)di sebelah kiri dan kuih sekaya penuh di sebelah
kanan .Kuih Tok Aji Serban hamper menyerupai kuih seri muka kecuali
adunan kepala(bahagian atasnya)yang biasanya berwarna perang(cokelat).

Secara kesimpulannya, kita hendaklah mempelajari cara pembuatan kuih-
kuih tradisional kerana kuih ini bukan sahaja sedap di makan manakala kuih
tradisional di malaysia menjadi satu identiti dan keunikan yang tidak terdapat
di negara lain. Hal ini menjadi satu sumber tarikan pelancong yang dapat
menarik minat orang luar untuk mengunjungi negara yang penuh dengan
kepelbagaian budaya ini.Oleh hal yang demikian,agak memalukan bagi
warganegara Malaysia jika tidak mengenali kuih tradisional kaum mereka
sendiri.Kini,kuih tradisional semakin hilang dalam kalangan generasi
baharu.Remaja pada hari ini kebanyakannya tidak mengenali kuih muih
tradisional,seperti kuih baulu,lepat pisang,kuih biji sagu dan kuih telur
sekaya.Kita hendaklah mengekalkan kuih tradisional supaya ia tidak
ditinggalkan oleh masyarakat akan datang.
Akhir kata, kuih tradisional tidak akan ditelan zaman jika kita sebagai
pengguna ingin mengekalkan tradisi itu buat selama-lamanya.

Sekian, Terima Kasih.


Click to View FlipBook Version