The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 2022679keo, 2024-04-19 09:14:46

BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU TUGASAN 1 (E-BUKU)

Tugasan 1 Penghasilan Produk (e-buku)

N A M A : L E O J ERR Y S I O K A N G K A G I L IR A N : 202 3042 3 10040 N O . K A D P E N G E N A L A N : 040820- 1 3 -0959 K U M P U L A N : P I S M P J U N 202 3 / M E I 2028 N A M A D A N K O D K U RS U S : B M M B1144 K E S A N T U N A N BERB A H A S A P E N Y E L A R A S K U RS U S : P U A N H A J A H S U L A S TRI BI N T I A B D U L L A H Tugasan 1 : Penghasilan Produk (e-buku) N A M A : L E O J ERR Y S I O K A N G K A G I L IR A N : 202 3042 3 10040 N O . K A D P E N G E N A L A N : 040820- 1 3 -0959 K U M P U L A N : P I S M P J U N 202 3 / M E I 2028 N A M A D A N K O D K U RS U S : B M M B1104 K E S U S A S T ER A A N D A N K EB U D A Y A A N M E L A Y U P E N Y E L A R A S K U RS U S : P U A N A L I C E P U T I N G K O S I N


1.SOALAN TUGASAN 2.KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU 3.FUNGSI SASTERA MELAYU 4.MANIFESTASI AKAL BUDI MASYARAKAT MELAYU DALAM SEBUAH KARYA PUISI TRADISIONAL 5.KESIMPULAN 6.RUJUKAN ISI KANDUNGAN


Tugasan 1: Penghasilan Produk (e-Buku) Jelaskan konsep kesasasteraan Melayu, fungsi sastera Melayu dan manifestasi akal budi masyarakat Melayu bagi sebuah karya puisi tradisional menerusi penghasilan eBuku. Anda perlu memuat naik pautan e-Buku tersebut dalam Google Classroom (Tugasan 1) kelas masing-masing. SOALAN TUGASAN


Umumnya perkataan sastera berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu “ castra ” yang bermaksud huruf atau baku. Manakala, perkataan su membawa maksud baik atau berfaedah. Oleh itu, definisi kesusasteraan secara konseptualnya ialah kumpulan buku yang indah dan baik bahasanya. Menurut Ismail Hussein (1998), bahasa juga merangkumi pelbagai aspek yang menggunakan bahasa yang bersifat kreatif. Menurut Kamus Dewan Edisi Kedua (2004), sastera merujuk kepada hasil seni yang diwujudkan dalam karangan bebas atau dalam bentuk puisi. Kesusasteraan juga boleh ditakrifkan sebagai sebuah ciptaan seni yang dihasilkan dalam bahasa (Hashim Awang, 1997). Isi Kandungan : Merujuk kepada kunci utama sebuah penyampaian maklumat yang boleh terdiri daripada pengalaman, kepercayaan dan perasaan. 1. Bentuk : Sastera juga terdiri daripada pelbagai bentuk seperti bentuk suara atau intonasi. 2. Ekspresi : Merujuk kepada sesuatu keupayaan untuk mengungkapkan sesuatu misalnya perasaan. 3. Bahasa : Medium utama dalam mengungkapkan sesuatu dalam bentuk sastera yang indah. 4. Takrifan kesusasteraan Unsur - unsur Sastera KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU


KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU Keindahan : Merujuk kepada keunikan gaya bahasa dalam karya sastera. 1. Mencerminkan Pengalaman : Merujuk situasi yang menggambarkan respon manusia secara realiti. 2. Pengalaman Seni : Merujuk kepada penguasaan pembaca secara menyeluruh terhadap karya sastera yang menimbulkan kepuasan kepada pembaca. 3. Karya Sastera : Hasil karya ciptaan seni yang bersifat fiksyen, nilai-nilai estetik dan gaya bahasa yang khusus. 4. Ciri - ciri Sastera Konsep Karya sastera juga boleh terdiri daripada : PROSA Prosa Tradisional Prosa Moden Hasil karya berunsurkan barat yang tersebar melalui lisan dan tulisan. Kepunyaan bersama yang dikongsi masyarakat atau bersifat kolektif. puisi Puisi Tradisional Puisi Moden Merujuk kepada puisi warisan atau pusi klasik yang merupakan karangan berangkap serta terikat. Berfungsi sebagai didaktik iaitu untuk memberi pengajaran dan didikan.


KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU Jenis, Bentuk, Ciri-ciri PROSA tRADISONAL Jenis prosa ini terbahagi kepada dua iaitu naratif (mitos) dan bukan naratif (undand-undang). Bentuknya juga terdiri daripada lisan dan bertulis yang merupakan milik masyarakat. Cirinya lebih kepada pemilihan plot, watak persoalan serta memberi didikan dan pengajaran. puisi tradisional PROSAmoden Jenisnya terdiri daripada cerpen, novel dan drama. Bentuk prosa kebiasaanya disebar melalui tulisan bebas dan tidak mengikut pola. Ciri prosa ini memberi didikan dan pengajaran, ada pengarang, bertulis serta bersifat kritis. Jenis, Bentuk, Ciri-ciri Jenis puisi terbahagi kepada pantun, seloka, syair, gurindam. Bentuknya adalah bergantung terhadap jenis puisi yang digunakan sama ada terikat atau bebas. puisi moden Jenis puisi terdiri daripada puisi sinis yang berunsurkan sindiran, puisi elegi yang menyampaikan peristiwa yang sedih, puisi romatis dan puisi nasinalisme mengenai semangat cinta akan negara. Puisi moden adalah bebas atau tidak terikat. Cirinya pula ialah berangkap serta penggunaan bahasa yang puitis dan indah,


PENDIDIKAN Fungsi sastera Melayu merangkumi pelbagai aspek dan peranan yang memberikan makna dan kepentingan dalam masyarakat. Oemarjati (1992), menjelaskan bahawa pengajaran sastera pada dasarnya berupaya mengembangkan misi efektif iaitu memperkayakan pengalaman pelajar dan menjadikannya lebih peka terhadap peristiwa di sekelilingnya. Memberi keseronokan dan keriangan hati pembaca yang lelah. Karya sastera dapat mencerminkan nilai-nilai budaya, sejarah, dan tradisi masyarakat tertentu yang sarat dengan pengajaran serta iktibar yang dapat dijadikan pegangan hidup. Sastera membantu pelajar memahami dan menghargai keindahan bahasa. FUNGSI SASTERA MELAYU HIBURAN Medium hiburan yang dapat menyembuhkan hati yang terluka atau sedang bersedih. Memberi mesej yang berunsurkan lawak untuk hiburan hati.


Karya sastera dapat digunakan untuk menyampaikan mesej berunsurkan nilai moral dan ketakwaan kepada pembaca atau pendengar. Suminto (2000), berpendapat bahawa pendidikan Kesusasteraan Melayu diharap dapat memperkaya kehidupan rohaniah manusia. DAKWAH Membantu dalam pemahaman yang lebih dalam tentang ajaran agama dan bagaimana menerapkannya dalam kehidupan seharian. KRITIKAN SOSIAL Penilaian terhadap sesuatu tindakan atau amalan dalam kehidupan bermasyarakat. Menyampaikan mesej kepada pembaca mengenai nilai yang perlu diamati dalam kehidupan bermasyarakat. Mengkritik institusi dan individu yang menyalahgunakuasa serta membangkitkan kesedaran akan ketidakadilan dan menentang penindasan. Mendedahkan kepentingan kebaikan atau amal ibadah melalui medium sastera. Membangunkan hubungan sosial yang lebih erat dan utuh. FUNGSI SASTERA MELAYU


Gurindam beberapa petua hidup karya, Za ’ba MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM PUISI TRADISIONAL


Gurindam adalah bentuk puisi Melayu lama yang terdiri daripada dua baris serangkap yang mengandungi pelbagai pengajaran. Awal abad ke-17, gurindam telah wujud di Kesultanan Melayu Deli yang pertama kali dicipta oleh seorang pujangga bernama Raja Ali Haji. Gurindam ini juga berasal daripada bahasa sanskrit iaitu “kirindam” yang bermaksud perumpamaan (Ismail Hamid, 1987). Gurindam secara konseptualnya didefinisikan sebagai puisi secara terbuka dan pengutaraan idea yang saling melengkapi yang merupakan petua atau nasihat. Baris pertama dipanggil syarat (protatsis) dan baris kedua dipanggil jawab (apadotis). Apa itu GURINDAM! MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM PUISI TRADISIONAL


Gurindam ini berfungsi untuk memberi didikan hiburan, gambaran masyarakat Melayu lama serta pengajaran yang mengetengahkan iman dan moral yang baik dan utuh. Jenis Gurindam: Gurindam Serangkap Dua Baris Gurindam Serangkap Empat Baris Gurindam Bebas. Fungsi dan Jenis Ciri atau Bentuk Gurindam Kenali Gurindam ! Bentuk gurindam terikat dan tidak terikat. Jumlah rangkap, baris, suku kata dan patah perkataan tidak tetap. Jumlah rangkap, baris, suku kata dan patah perkataan tidak tetap. Rima hujung sama iaitu a-a.


Manifestasi akal budi dalam Gurindam Beberapa Petua Hidup Berfikirlah terlebih dahulu sebelum berkata - kata bagi mengelakkan persilisihan faham. Setiap kata-kata atau ucapan yang dilontarkan haruslah sopan dan tidak menyinggung perasaan orang lain untuk mengelakkan tercetusnya sebarang perbalahan yang boleh menjejaskan hubungan sesama. Masyarakat disarankan untuk menjaga tutur kata dengan berfikir serta menilai penggunaan ayat atau kata yang sesuai dan sopan ketika bertutur. Manifestasi Akal Budi: Pertuturan RANGKAP 2 Fikir dahulu sebelum berkata, Supaya terelak silang sengketa. Rangkap tersebut juga mengingatkan kita mengenai etika bertutur untuk sentiasa beringat bahawa setiap katakata yang diucapkan pasti meninggalkan impak atau kesan kepada pendengar.


Manifestasi akal budi dalam Gurindam Beberapa Petua Hidup Pertuturan harian perlulah dijaga untuk menjaga maruah dan imej diri. Kata-kata kesat yang dilontarkan justeru boleh memudaratkan diri, keluarga dan mayarakat. Oleh itu, pertuturan yang lebih positif, beradab dan sopan perlulah ditikberatkan bagi mengelakkan sebarang perselisihan faham. Hal ini dikatakan demikian demikian, kerana setiap apa yang diucapkan melambangkan personaliti dan sikap sebenar dalam diri. Maka, janganlah mudah terjebak dengan kata fitnah atau sindiran yang boleh mengundang masalah. Manifestasi Akal Budi: Pertuturan RANGKAP 4 Kalau mulut tajam dan kasar, Boleh ditimpa bahaya besar. Rangkap tersebut mengingatkan kita untuk sentiasa menjaga tutur kata bagi mengelakkan sebarang pergaduhan dan konflik berlaku dalam kalangan masyarakat.


Kita perlulah sentiasa berfikir dan meneliti sesuatu perkara supaya tidak melakukan kesilapan. Kita janganlah malas dan mudah jemu untuk berfikir atau mencari tahu mengenai sesuatu hal yang hendak diketahui. Berfikir dengan lebih kerap justeru dapat mendorong masyarakat untuk berfikir lebih jauh melalui ilmu pengetahuan yang dimiliki serta mendorong pemikiran yang lebih kritis, kreatif dan berwawasan. Manifestasi akal budi dalam Gurindam Beberapa Petua Hidup Manifestasi Akal Budi: Pemikiran RANGKAP 1 Fikir dan Kata Kurang fikir, kurang siasat, Tentu dirimu kelak tersesat. Rangkap tersebut mengingatkan kita untuk sentiasa meneliti, berfikir dan menyelidik sesuatu terlebih dahulu agar mengelakkan hidup kita tersesat akibat kesilapan yang dilakukan.


Seseorang yang dermawan dapat menawan hati orang sekeliling. Manifestasi akal budi dalam Gurindam Beberapa Petua Hidup Manifestasi Akal Budi: Perlakuan RANGKAP 13 Jikalau kamu bersifat dermawan, Segala orang dapat kau tawan. Sikap suka menderma bagi membantu masyarakat yang memerlukan dan kurang berkemampuan justeru selalu disenangi dan disayangi oleh masyarakat sekliling. Hal ini dikatakan demikian kerana, nilai keprihatinan yang tinggi dalam diri seseorang justeru mendorong individu tersebut untuk membantu serta memberikan bantuan yang sepatutnya dengan seikhlas hati. Rangkap tersebut justeru memberi sumber teladan yang baik mengenai sikap menderma yang wajar dipupuk untuk membantu golongan susah atau kurang berkemampuan demi kebaikkan bersama.


Manifestasi akal budi dalam Gurindam Beberapa Petua Hidup Manifestasi Akal Budi: Perlakuan RANGKAP 14 Jikalau kamu bersifat pemurah, Segala manusia datang menyerah Seseorang yang pemurah akan mudah mendapat bantuan atau pertolongan. Sikap pemurah justeru dapat membangun hubungan yang kuat serta dapat mencipta lingkungan sosial yang positif. Sikap pemurah dalam kalangan masyarakat juga dapat meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan. Apabila kita ringan tangan untuk membantu serta prihatin terhadap golongan yang memerlukan, kita akan sentiasa dihargai dan diingati sekiranya kita memerlukan bantuan atau pertolongan. Sikap pemurah justeru dapat meningkatkan rasa simpati dan kepedulian dalam kalangan masyarakat dimana setiap kebaikan akan dibalas sekiranya kita memerlukan bantuan.


Seseorang yang sentiasa berjasa akan diingat sampai bila-bila. Manifestasi akal budi dalam Gurindam Beberapa Petua Hidup Manifestasi Akal Budi: Gaya Hidup RANGKAP 15 Perbuatan yang Baik Barang siapa berbuat jasa, Mulia namanya segenap masa. Rutin atau gaya hidup orang yang sentiasa menabur bakti terhadap diri, keluarga dan masyarakat akan sentiasa dikenang dan dihargai jasanya Dalam kehidupan bermasyarakat, setiap perbuatan yang mendatangkan kebaikkan serta manfaat kepada masyarakat justeru memberi impak serta persepsi positif terhadap personaliti, sikap serta tanggungjawab dalam diri individu. Oleh itu, sudah semestinya, setiap kebaikan dan kemurahan hati akan dibalas dengan penghargaan dan pujian. Makna rangkap tersebut menceritakan lumrah kehidupan bermasyarakat dimana setiap kebaikan akan sentiasa dibalas dengan kebaikan.


Konklusinya, kesusasteraan Melayu bukanlah sesuatu perkara yang asing dalam kehidupan harian malah merupakan simbolik berharga bagi masyarakat Melayu pada masa kini. Sastera ini turut menggambarkan pelbagai aspek kehidupan manusia, termasuklah konflik, kegembiraan, penderitaan, dan kehidupan bermasyarakat. Merujuk konteks ini, sastera berperanan penting dalam melestarikan bahasa dan budaya. Melalui karya sastera, bahasa-bahasa yang digunakan dan nilai-nilai budaya yang disampaikan dapat dipelihara dan dilestarikan dari generasi ke generasi yang akan datang. Oleh itu, semua pihak haruslah berganding bahu bagai aur dengan tebing dalam memelihara serta memartabat ketamadunan kesusasteraan Melayu di peringkat antarabangsa. Kesimpulan


Ismail Hussein. (1998). Sastera dan agama. Dewan Bahasa dan Pustaka Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Sastera. Kamus Dewan Edisi Kedua. Dewan Bahasa. https://prpm.dbp.gov.my/Cari1? keyword=sastera Hashim Awang. (1997). Kritikan Kesusasteraan: Teori dan Penulisan. Dewan Bahasa dan Pustaka. Oemarjati. (1992). Dengan sastera mencerdaskan Siswa; Memperkaya pengalaman dan pengetahuan. Pustaka Sinar Harian. Ismail Hamid. (1987). Perkembangan kesusasteraan Melayu lama. Longman Malaysia. https://books.google.com.my/books/about/Perkembangan_kesusastera an_Melayu_lama.html?id=rX3vAAAACAAJ&redir_esc=y SEKIAN TERIMA KASIH! Rujukan


Click to View FlipBook Version