N A M A : L E O J ERR Y S I O K A N G K A G I L IR A N : 202 3042 3 10040 N O . K A D P E N G E N A L A N : 040820- 1 3 -0959 K U M P U L A N : P I S M P J U N 202 3 / M E I 2028 N A M A D A N K O D K U RS U S : B M M B1144 K E S A N T U N A N BERB A H A S A P E N Y E L A R A S K U RS U S : P U A N H A J A H S U L A S TRI BI N T I A B D U L L A H Tugasan 2: Penghasilan Produk
1.SOALAN TUGASAN 2.PENGENALAN 3.ISU PENGGUNAAN BAHASA YANG KURANG SOPAN DI MEDIA SOSIAL 4.LANGKAH MENGATASI ISU PENGGUNAAN YANG KURANG SOPAN DI MEDIA SOSIAL 5.KESIMPULAN 6.RUJUKAN ISI KANDUNGAN
TUGASAN 2: Penghasilan Produk (30%) Kemajuan teknologi yang dibawa oleh Revolusi Industri (RI 4.0) telah banyak mempengaruhi aspek komunikasi dan interaksi manusia abad ini dengan wujudnya pelbagai medium komunikasi seperti WhatsApp, Twitter, Instagram, Facebook dan seumpamanya. Meskipun media sosial ini merupakan laman peribadi, namun pengguna perlu menggunakan bahasa yang santun semasa berkomunikasi agar tidak menimbulkan salah faham dan mencetuskan pertelagahan. Secara individu, anda dikehendaki menghasilkan sebuah e-buku untuk membincangkan isu penggunaan bahasa yang kurang sopan di media sosial. Berikan justifikasi berlandaskan gaya kesantunan berbahasa dan kesantunan berbahasa dalam sistem bahasa serta cadangkan langkah-langkah menangani isu tersebut. e-buku anda hendaklah dihantar ke pelantar Google Classroom yang telah disediakan bagi kursus ini. SOALAN TUGASAN
Gaya merujuk kepada perlakuan atau perbuatan yang dilakukan Kamus Dewan, (2005), mentakrifkan kesantunan sebagai beradap, bersopan santun dan halus budi pekerti. Manakala, berbahasa menurut Asmah Haji Omar (1998), ialah sebuah firasat atau petunjuk kepada sesuatu kebudayaan. Oleh itu, gaya kesantunan berbahasa secara konseptualnya ialah perlakuan bahasa yang baik, sopan, dan beradab yang memancarkan peribadi mulia seseorang individu (Awang Sariyan, 2007). Gaya Kesantunan Berbahasa PENGENALAN Kesantunan berbahasa dalam sistem bahasa Kesantunan amnya merujuk kepada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang (Hamka, 2002). Oleh itu, kesantunan berbahasa dalam sistem bahasa merujuk kepada norma atau aturan yang mengatur cara berkomunikasi dan etika bertutur agar tetap harmoni. Dalam konteks ini, sistem bahasa didefinisikan sebagai kaedah penggunaan bahasa yang mematuhi standard bahasa yang tepat bagi mewujudkan komunikasi yang efektif antara dua pihak.
Bahasa sapaan dan panggilan hormat yang kurang sopan. Panggilan hormat dan sapaan yang kurang sesuai kepada pihak tertentu juga dianggap tidak sopan. Penggunaan bahasa sapaan yang betul amat penting untuk menunjukkan rasa hormat terhadap individu yang lebih tua atau berjawatan tinggi dalam sebuah organisasi. Panggilan hormat justeru diberikan kepada individu tertentu untuk mengenang jasa dan pengorbanan beliau. Oleh itu, bahasa sapaan dan panggilan hormat amat penting untuk menghargai atau menghormati antara satu sama yang lain. Merujuk kepada bukti tersebut, individu tidak menggunakan panggilan hormat seperti “Tan Sri” ketika memulakan perbualan dalam media sosial. Media sosial dilihat semakin berpengaruh dalam kehidupan seharian dan menjadi pilihan masyarakat kini untuk berkomunikasi (Siti Ezaleila Mustafa, 2015). Oleh itu terdapat pelbagai isu kesantunan bahasa dalam media sosial. Bukti penggunaan bahasa yang kurang sopan di media sosial
Penggunaan Bahasa Rojak Bahasa rojak amnya merujuk kepada campuranpelbagai bahasa yang digunakan terutamanyadalam perbualan melalui media sosial. Penggunaan bahasa rojak justeru bolehmenimbulkan kekeliruan serta kesukaran dalammemahami maklumat yang disampaikan. Merujuk kepada bukti tersebut, individu memuatnaik komen menggunakan campuran bahasaMelayu dan Inggeris semata-mata untukmenunjukan kepandaian dalam menguasai kepelbagaian bahasa. Perkara ini menunjukkan sikap pentingkan diri dengan menunjukkan kehebatan berbahasasehingga meminggirkan bahasa bangsa sendiri. Bahasa Ibunda haruslah diutamakan dalamkehidupan untuk menunjukkan rasa cinta dantaat setia terhadap negara. Bukti penggunaan bahasa yang kurang sopan di media sosial
Bahasa singkatan amat popular dalam media sosial terutamanya Whatapps kerana segelintir berpendapat bahawa penggunaan sistem pesanan ringkas dalam media massa dapat menjimatkan masa. Penggunaan bahasa singkatan justeru menyukarkan pembaca untuk memahami perkataan yang disingkatkan terutamanya golongan yang sudah tua atau warga emas. Hal ini juga menyebabkan punahnya penggunaan perkataan atau ayat yang betul dalam menyampaikan maklumat dengan relevan. Merujuk bukti tersebut, huruf ‘x’ membawa maksud tidak yang telah diringkaskan. Ruangan perbualan dalam media sosial menunjukan pengguna tidak menghargai sesuatu bahasa demi keselesaan diri semata-mata sehingga menjadi rutin atau kebiasaan. Bahasa singkatan atau sistem pesanan ringkas. Bukti penggunaan bahasa yang kurang sopan di media sosial
Penggunaan bahasa kasar wujud dalam diri masyarakat kini kerana kurangnya adab dan akhlak budi dalam diri sehingga sanggup menghina atau melontarkan komen negatif tanpa memikirkan kesannya. Pengguna media sosial haruslah berpada-pada dalam memberi komen sehingga tidak menyinggung perasaan orang lain atau menimbulkan ketidakselesaan dalam diri pembaca. Misalnya, merujuk bukti tersebut penggunaan bahasa kesat terhadap golongan terhormat justeru sudah dianggap sebagai satu kebiasaan. Komen-komen yang bersifat negatif perlulah dihindari untuk menjaga air muka dan perasaan pengguna media sosial tanpa mengguris perasaan mana-mana pihak. Oleh itu, penggunaan bahasa yang sopan perlulah dititikberatkan untuk menghalang perkara ini daripada terus berlaku. Penggunaan bahasa yang kasar atau kurang sopan. Bukti penggunaan bahasa yang kurang sopan di media sosial
Slanga adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan bahasa informal atau percakapan seharian yang tidak mengikuti aturan tatabahasa yang betul. Bahasa ini sering digunakan oleh golongan remaja atau kelompok sosial tertentu untuk berkomunikasi sesama mereka dan hanya difahami oleh kelompok itu sahaja. Misalnya, merujuk contoh berikut perkataan ‘ ambik’ sepatutnya merujuk kepada perkataan ‘ ambil’. Contoh kedua, perkataan ‘ ayaq ’ merujuk kepada perkataan ‘ air ’. Perubahan struktur kata justeru boleh menimbulkan kekeliruan dalam menginterpretasikan makna ayat tersebut dengan betul. Faktor yang mendorong penggunaan bahasa slanga ialah kerana pengetahuan bahasa Melayu yang kurang dan kebiasaan pengguna yang sering bertutur dalam bahasa ibunda mereka sendiri sehingga bahasa ibunda yang menjadi simbol kedaulatan negara semakin terpinggir. Penggunaan Bahasa Slanga Bukti penggunaan bahasa yang kurang sopan di media sosial
Individu Peka dan bijak dalam memilih rakan. Memastikan penyertaan sejagat dan enrolmen penuh dari peringkat prasekolah ke peringkat sekolah menengah atas (Tingkatan 5). Berfikir sebelum memuat naik sebarang komen atau kritikan negatif yang boleh menyinggung perasaan orang lain. Mengehadkan masa penggunaan media sosial dan tidak melayari laman sosial yang tidak mendatangkan faedah atau manfaat kepada diri. Menggunakan kata yang sopan dan sesuai ketika memuat naik komen. Rakan yang berakhlak mulia dapat dijadikan suri teladan yang baik agar tidak mudah terpengaruh dengan trend semasa dalam media sosial. Mewujudkan jadual aktiviti seharian. Langkah-langkah pelbagai pihak dalam mengatasi isu penggunaan bahasa yang kurang sopan di media sosial
Ibu bapa berperanan dalam membentuk adab serta akhlak mulia dalam diri anakanak. Ibu bapa dapat mempraktikkan atau mengutamakan penggunaan bahasa Melayu ketika berkomunikasi dengan orang lain atau anak-anak. Ibu bapa juga perlu menjaga adab atau sikap didepan anak-anak baik dari segi tingkah laku mahupun pertuturan. Menjadi model atau suri teladan yang baik kepada anak-anak Ibu Bapa Ibu bapa perlu mendidik serta melatih adab bertutur dalam diri anak-anak. Misalnya, ibu bapa dapat menegur serta menasihati sikap atau tingkah laku anak yang kurang sopan sebagai pengajaran kepada mereka untuk tidak mengulangi kesalahan yang dilakukan. Dengan ini, anak-anak dapat meneladani sikap yang ditunjukkan oleh ibu bapa mereka untuk mengukuhkan sikap atau nilai moral dalam diri.
Menarik minat pelajar untuk menggunakan bahasa Melayu melalui pelbagai aktiviti menarik seperti kuiz bahasa atau pertandingan pidato. Menganjurkan kempen atau program berkaitan penggunaan bahasa dalam teknologi untuk menyedarkan murid mengenai kepentingan etika berbahasa dalam media sosial. Institusi Pendidikan Guru juga dapat memberikan khidmat kaunseling kepada pelajar yang terlibat dan memberi teguran serta nasihat kepada mereka. Kerajaan Menegakkan hukum terhadap tindakan yang melanggar etika kesantunan bahasa dalam teknologi. Undang-undang dapat digunakan untuk mengawal serta membentuk etika komunikasi yang sempurna dalam media massa. Misalnya, individu akan tertuduh di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 sekiranya menyebarkan kandunganatau konten berunsur lucah dalam media sosial. Mendedahkan kepentingan kesantunan berbahasa kepada pelajar. Menetapkan standard yang berkaitan dengan kesantunan bahasa untuk platform dan aplikasi digital tertentu.
Menyebarkan maklumat yang bermanfaat mengenai etika berkomunikasi melalui aplikasi seperti whatapps, Menyaring konten yang melanggar etika penggunaan bahasa yang sopan. Menyuarakan norma kesantunan berbahasa dalam teknologi. MediaMassa Menyaring atau mengawal konten bersifat negatif yang disiarkan atau diterbitkan. Menyajikan berita atau iklan yang mendedahkan penggunaan bahasa yang baik berdasarkan standard bahasa yang telah ditetapkan. Mendedahkan norma berbahasa melalui medan iklan atau berita.
Konklusinya, setiap pihak memainkan peranan penting dalam menangani isu kesantunan bahasa dalam teknologi. Kesantunan bahasa dalam teknologi amat penting untuk memelihara ketamaduanan bahasa serta memartabatkan bahasa Melayu agar tidak hilang ditelan zaman. Dalam konteks teknologi, isu kesantunan bahasa melibatkan penggunaan bahasa yang sopan dan sesuai dengan nilai-nilai masyarakat dalam komunikasi digital yang perlu diamati dan difahami bagi membanteras isu kesantunan bahasa dalam teknologi. Oleh itu, semua pihak perlulah berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk menangani isu ini daripada semakin berleluasa. Kesimpulan
Asmah Haji Omar. (1988). Susur galur bahasa . Dewan Bahasa dan Pustaka Awang Sariyan. (2007). Santun berbahasa . Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Dewan. (2005). Kesantunan. Dalam Kamus Dewan (Edisi Keempat). Dewan Bahasa http://prpmv1.dbp.gov.my/Search.aspx? k=kesantunan#:~:text= Hamka. (2002). Falsafah hidup . Pustaka Dini. Siti Ezaleila Mustafa. (2015). Media jaringan sosial: Penggunaan dan pengaruhnya. UM Press. SEKIAN TERIMA KAISIH! Rujukan