The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Majalah Pendeta SMK Yam Tuan Radin edisi April 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nordarlina.idris, 2021-04-22 21:20:54

Majalah Pendeta SMKYTR

Majalah Pendeta SMK Yam Tuan Radin edisi April 2021

Keywords: pendeta

SALAM EDITOR Pendeta

Assalamualaikum w. b. t dan selamat Penaung
sejahtera Nor Hayati binti Abdul Rahman
Pengetua SMK YAM Tuan Radin
Saya rasa bersyukur dengan izin-Nya
dapat juga buletin Sekolah Menengah Penasihat
Kebangsaan YAM Tuan Radin diterbitkan Noradilah binti Asari
sekali lagi. Terlebih dahulu saya ingin Ketua Bidang Bahasa
merakamkan ucapan jutaan terima kasih
kepada kesemua ahli jawatankuasa pusat Editor
sumber yang telah memberikan kepercayaan Norhafidah Binti Mohamad Nazip
kepada saya untuk memegang jawatan
sebagai ketua editor. Tidak dilupakan juga Sidang Pengarang
kepada rakan-rakan buletin yang telah Zaimi binti Mamat
memberikan kerjasama yang baik dalam Suriati binti Ibrahim
menghasilkan Buletin Pendeta 2021 ini. Suriyati binti Majid
Peluang untuk menjadi sebahagian Mardziah binti Abdul Rani
daripada ahli buletin sekolah ini Nor Liyana binti Abdul Shukor
membolehkan saya mempelajari pelbagai
perkara terutamanya hal-hal yang berkaitan Pereka Bentuk Grafik
dengan penerbitan buletin. Saya juga Nor Aizam bin Ab. Rahman
dapat mempelajari dan mengembangkan
lagi ilmu pengetahuan berkaitan rekaan Jurufoto
grafik dan suntingan buletin. Pengalaman Mohd Azizi bin Hirodin
yang diperoleh ini akan dijadikan sebagai
kenangan dan inspirasi untuk masa hadapan. Promosi
Akhir kata, saya berharap agar Pow Chee Fung
pembaca Buletin Pendeta 2021 berpuas hati
dengan hasil yang diterbitkan walaupun, Penerbit
ringkas tetapi menarik. Bagi pihak buletin, Pusat Sumber
ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan SMK YAM Tuan Radin
terima kasih kepada semua pihak yang KM11 Jalan Seremban
terlibat sama ada secara langsung atau tidak 71010 Lukut, Port Dickson,
langsung dalam usaha menerbitkan buletin Negeri Sembilan.
ini. +60 651 4002
Sekian, terima kasih.
NORHAFIDAH BINTI MOHAMAD NAZIP

02 PENDETA

Program

RESTU ILMU SPM 2020

Seramai 196 murid Sekolah Menengah
Kebangsaan YAM Tuan Radin yang
bakal menghadapi Peperiksaan Sijil
Malaysia (SPM) diraikan dalam Majlis Restu
Ilmu bersama-sama guru Tingkatan 5 pada
10 Februari 2021.

Jika dahulu Program Restu Ilmu
disambut bersama-sama seluruh warga
SMKYTR dengan meriahnya, namun kini kita
berada dalam norma baharu kerana negara
masih ‘berperang ‘ dengan COVID-19. Oleh
itu, kita perlulah mengikuti prosedur operasi
standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh
Kementarian Kesihatan Malaysia (KKM).

PENDETA 03

MAJLIS PERSARAAN PN MALIGA DAN
PERPISAHAN EN.SATHIA SEELAN

Oleh Suriati Ibrahim

Perpisahan pastilah selalu menyakitkan, itu kewajaran
pada manusia. Tetapi, yakinlah bahawa selalu ada rencana
disebalik itu semua yang telah Tuhan rencanakan.
Ayat tersebut selari dengan Majlis Persaraan Pn. Malliga
a/p Annamalai dan Majlis Perpisahan En. Sathia Seelan a/l
Ahambaram pada 04 Mac 2021 yang bertemakan “Jasamu
Dikenang, Budinya Dijulang.

Majlis tersebut diadakan di Dewan Budiman bagi
menghargai jasa dan pengorbanan mereka di Sekolah
Menengah Kebangsaan YAM Tuan Radin. Mereka ada
menyatakan bahawa sangat sukar untuk meninggalkan
sekolah ini kerana banyak kenangan manis yang dilakar selama
berkhidmat di sekolah ini. Kata-kata mereka sedikit- sebanyak
telah memberikan impak positif kepada semua guru di
SMKYTR.

04 PENDETA

PENDETA 05

06 PENDETA

PENDETA 07

Pegawai diraikan
Bersama Pengetua

08 PENDETA

PELANCARAN PROGRAM
IHYA RAMADAN

oleh Nor Liyani binti Abdul Shukor

Program Ihya Ramadan telah dilancarkan pada
9 April 2020 sempena meraikan bulan Ramadan.
Pelancaran Program Ihya Ramadan dilancarkan
oleh En. Mohd Kavi bin Shamsudin, Guru Penolong
Kanan Akademik SMK YAM Tuan Radin. Bulan
Ramadan adalah bulan ke 9 dalam kalendar Hijrah. Ia
satu-satunya bulan yang disebut namanya dalam
Al- Quran. Bulan Ramadan juga digelar sebagai
‘Penghulu Segala Bulan’. Hal yang demikian kerana
terdapat kelebihan pada bulan tersebut yang tiada
pada bulan- bulan yang lain.

PENDETA 09

MAJLIS PERPISAHAN PELAJAR
ASRAMA TINGKATAN 5 SESI 2020

Oleh Suriati Ibrahim

Setelah melalui satu tempoh berada di
asrama SMK YAM Tuan Radin, sebuah majlis
khas iaitu Majlis Perpisahan Pelajar Asrama
Tingkatan 5 Sesi 2020 bertarikh 5 Mac 2021 telah
diadakan dan menjadi satu memori terakhir bagi
mereka. Segala yang dikutip di sini telah terakam
dalam sejarah peribadi masing-masing.
Majlis tersebut adalah sebagai penutup
tirai perjalanan bagi pelajar tingkatan 5 di SMK
YAM Tuan Radin. Namun noktah di sini adalah
sementara kerana ada tanggungjawab yang lebih
mencabar sedang menunggu di hadapan.

10 PENDETA

PROGRAM PENDAFTARAN
PELAJAR ASRAMA 2021

Oleh Suriati Ibrahim

Program Pendaftaran Pelajar Asrama
merupakan salah satu aktiviti yang wajib
dijalankan di SMK YAM Tuan Radin pada
setiap tahun. Program ini telah diadakan pada
4 April 2021, bertempat di Balai Menunggu

Asrama SMK YAM Tuan Radin.
Tujuan program ini dilaksanakan untuk mendaftar
serta menyambut kemasukan pelajar asrama
yang akan memulakan sesi persekolahan pada
April tahun ini. Diharapkan pelajar-pelajar di
asrama lebih cemerlang dalam pelbagai bidang
kerana pelbagai keistimewaan telah disediakan

untuk kemudahan mereka.

PENDETA 11


Click to View FlipBook Version